• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib Khutbah

  • ekhutbah Audio MP3

  • Tetamu Online

  • Pengurusan Blog

Khutbah Jumaat : Contohi Nabi Muhammad s.a.w Menjadi Peniaga Hebat Jauhi Laknat

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.  

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 107-108 surah al-Anbiya’:

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ قُلْ إِنَّمَا يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَهَلْ أَنْتُمْ مُسْلِمُونَ 

Maksudnya : Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya yang diwahyukan kepadaku (mengenai ketuhanan ialah) bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang bersifat Esa, maka adakah kamu mahu menurut apa yang diwahyukan kepadaku?”

Kita masih berada pada bulan Rabiul Awwal yang merupakan bulan kelahiran junjungan besar nabi Muhammad s.a.w nabi akhir zaman pembawa rahmat kepada seluruh alam. Kelahiran nabi s.a.w telah merubah keadaan dunia yang selama ini berada dalam kelam kufur kepada terangnya iman, daripada kezaliman jahiliah kepada keadilan Islam, daripada akal dan nafsu serakah menjadi asas pertimbangan kepada tunduk patuh pada wahyu al-Quran. Sesuai dengan pengutusan nabi Muhammad s.a.w sebagai pembawa rahmat kepada sekalian alam di mana cara penyampaian risalah Islam adalah untuk memberikan kelembutan dan perlindungan kepada alam sejagat bukannya membawa keresahan dan bencana.

 Antara rahmat kedatangan nabi Muhammad s.a.w kepada manusia ialah menukar cara hidup jahiliah seperti membunuh anak perempuan hidup-hidup kepada meletakkan kaum wanita ditempat yang mulia, mengharamkan perempuan daripada berkahwin lebih daripada seorang suami bagi memastikan zuriat terjaga tidak seperti amalan jahiliah yang menisbahkan anak hasil perkahwinan dengan ramai lelaki mengikut rupa lelaki mana yang serupa dengan anak yang baru dilahirkan. Rahmat kepada haiwan contohnya wajib kita menggunakan alat yang tajam ketika menyembelih dan diharamkan membunuh binatang sesuka hati. Begitu juga rahmat kepada tumbuh-tumbuhan yang dilarang daripada dicabut, ditebang sesuka hati walau pun dalam peperangan. Akibat manusia rakus merosakkan hutan dengan menebang tumbuh-tumbuhan secara melampau antara penyebab yang membawa kepada kepanasan global yang semakin tinggi bukan sahaja membahayakan kesihatan malah mengancam nyawa

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 1-6  surah al-Muthaffifiin:

وَيْلٌ لِّلْمُطَفِّفِينَ ‎﴿١﴾‏ الَّذِينَ إِذَا اكْتَالُوا عَلَى النَّاسِ يَسْتَوْفُونَ ‎﴿٢﴾‏ وَإِذَا كَالُوهُمْ أَو وَّزَنُوهُمْ يُخْسِرُونَ ‎﴿٣﴾‏ أَلَا يَظُنُّ أُولَٰئِكَ أَنَّهُم مَّبْعُوثُونَ ‎﴿٤﴾‏ لِيَوْمٍ عَظِيمٍ ‎﴿٥﴾‏ يَوْمَ يَقُومُ النَّاسُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ ‎﴿٦﴾‏

Maksudnya : Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup,  Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.  Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)? Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya),  Hari berdiri manusia untuk mengadap Tuhan sekalian alam? 

Sesuai dengan pengutusan nabi Muhammad s.a.w sebagai khatamul Anbiya wal Mursalin yang membawa rahmat kepada seluruh alam maka syariat yang dibawa bukan hanya berlegar dalam hal masalah ibadat khusus seperti solat, puasa, zakat dan haji sahaja malah merangkumi  seluruh aspek kehidupan manusia termasuk ekonomi, sosial, politik dan sebagainya. Nabi Muhammad s.a.w bukan sahaja menjadi contoh kepada pendakwah yang tabah dan hebat malah baginda s.a.w menjadi contoh sebagai ayah dan suami yang penyayang, ketua negara yang adil dan saksama. Begitu juga baginda s.a.w menjadi suri teladan yang terbaik dalam mengurus ekonomi.

Rasulullah SAW telah menegaskan bahawa kedudukan perniagaan adalah merupakan suatu kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Oleh yang demikian, sesiapa yang menjalankan urusan perniagaan sama ada kecil atau besar tetapi masih di dalam lingkungan perniagaan, mempunyai kedudukan dan darjat yang tinggi di sisi Allah

التَّاجِرُ الصَّدُوقُ الأَمِينُ مَعَ النَّبِيِّينَ، وَالصِّدِّيقِينَ، وَالشُّهَدَاءِ – رواه الترمذي

Maksudnya: “Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama para nabi, orang yang jujur dan orang yang mati syahid.” 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

إِنَّ التُّجَّارَ يُبْعَثُونَ يَوْمَ القِيَامَةِ فُجَّارًا، إِلَّا مَنْ اتَّقَى اللَّهَ، وَبَرَّ، وَصَدَقَ- رواه الترمذي

Maksudnya: “Sesungguhnya para peniaga ini akan dibangkitkan pada hari Kiamat dalam keadaan yang berdosa melainkan orang yang bertaqwa kepada Allah, berbuat kebaikan dan jujur.” 

Peniaga yang berjaya dunia dan akhirat adalah yang mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh syarak, yang juga disertai dengan sifat benar dan amanah. Sifat-sifat sedemikian adalah merupakan ciri-ciri yang akan menempatkan peniaga bersama-sama dengan para nabi dan rasul. Rasulullah SAW telah menghalang orang yang melakukan jual beli daripada bersumpah dan mengatakan sesuatu yang tidak benar.

الْحَلِفُ مُنَفِّقَةٌ لِلسِّلْعَةِ مُمْحِقَةٌ لِلْبَرَكَةِ

Maksudnya: “Sumpah itu melariskan barang dagangan akan tetapi menghapuskan keberkatannya”

Di samping itu para peniaga hendaklah sentiasa bersedia memberi kemudahan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan. Mereka perlu ingat bahawa tujuan perniagaan bukan hanya untuk mendapatkan keuntungan semata-mata tetapi juga terselit konsep memberi kemudahan dan membantu pihak lain, khasnya pembeli.  Bagi peniaga Muslim inilah peluang yang boleh direbut kerana sesiapa yang memberi hutang dan melanjutkan tempoh bayaran balik hutang tersebut, Allah SWT telah berjanji akan memberinya bayangan arasy di akhirat kelak. Ini menunjukkan peluang untuk mendapat keredhaan Allah SWT melalui perniagaan.

Firman Allah dalam ayat 280 surah al-Baqarah :

وَإِن كَانَ ذُو عُسْرَةٍ فَنَظِرَةٌ إِلَىٰ مَيْسَرَةٍ ۚ وَأَن تَصَدَّقُوا خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya: “Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).”

Imam al-Maraghi menjelaskan ayat ini: “Sekiranya penghutang sedang mengalami kesulitan, hendaklah pemiutang menunggu atau memberi tempoh sampai ada kelapangan sehingga memungkinkan dia melunaskan hutang. Namun begitu, bersedekah kepada orang yang berhutang yang sedang menanggung kesulitan dengan membebaskan sebahagian atau seluruh hutangnya adalah lebih baik bagi pemiutang dan lebih besar pahalanya di sisi Allah SWT daripada menunda masa pembayaran mereka.” 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

لاَ يَحتَكِرُ إِلاَّ خَاطِئٌ

Maksudnya: “Monopoli hanya dilakukan oleh orang yang bersalah.”

Monopoli ialah membeli barangan yang disenaraikan sebagai makanan asasi daripada pasaran, apatah lagi jika dilakukan ketika barangan tersebut amat diperlukan oleh pengguna. Barangan tersebut dihimpun dan disorok dengan tujuan menaikkan harganya berlipat kali ganda dan kemudian dijual sedikit demi sedikit dengan mengeksploitasi keperluan orang ramai. Imam al-Nawawi mendefinisikan monopoli barang (al-ihtikar) sebagai: “Seseorang membeli makanan ketika harganya tinggi untuk dijualbelikan, tetapi dia tidak menjualnya pada waktu itu, malah disorokkannya agar dapat menjualkan barang dengan harga yang lebih tinggi.”  Menurut Imam al-Syairazi, monopoli barang  adalah: “Seseorang membeli barang pada waktu harganya tinggi dan menahannya bagi tujuan menaikkan harganya.” Manakala  Imam al-Ghazali menyatakan bahawa monopoli barang  adalah: “Penjual barangan menyimpan barangan (kerana) menunggu harga dinaikan.”

Imam Al-Kasani menyatakan pengharaman monopoli barang adalah kerana dilihat kepada kemudaratan yang boleh berlaku kepada pihak masyarakat ramai . Jika orang ramai amat memerlukan makanan asasi tersebut atau keadaan menjadi dharurat, orang yang memonopoli tadi boleh dipaksa menjual barangan tersebut dengan harga yang munasabah. Jika dia ingkar, hakim boleh menjual barangan tersebut bagi pihaknya dan hasil jualan diserahkan kepadanya.

Ini sebagai bukti bahawa Islam mengambil berat tentang hal kehidupan manusia agar sebarang bentuk penipuan dan penindasan dapat dihindarkan. Islam sentiasa memberi panduan kepada kita untuk membentuk masyarakat yang sentiasa dalam keharmonian, ketenangan dan selamat daripada sebarang bentuk kerisauan dan kebimbangan. Semoga negara kita ini sentiasa aman, harmoni, tenteram seterusnya dikurniakan keberkatan rezeki dan kemewahan yang akhirnya menatijahnya negara yang disebutkan sebagai Baldatun Toyyibatun wa Rabbun Ghafur.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat surah al-Baqarah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ ‎﴿٢٧٨﴾‏ 

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.

Riba merupakan perkara yang diharamkan dalam Islam. Orang yang menyatakan riba adalah halal akan menjadi kufur dan terkeluar dari Islam, kerana riba adalah salah satu dari dosa besar yang wajib dielakkan oleh seorang muslim yang disebutkan secara jelas dalam al-quran dan sunnah tentang pengharamannya. Dalam menjalankan aktiviti perniagaan, amalan riba hendaklah dielakkan sepenuhnya. Peniaga yang baik dan diredhai Allah SWT ialah peniaga yang mampu berniaga dengan berpandukan peruntukan syarak, bebas dari sebarang bentuk riba sama ada dalam mendapatkan modal, membuat simpanan, membuat pelaburan dan seumpamanya.

Kewajipan kita bersama untuk mencontohi nabi Muhammad s.a.w dalam setiap aspek kehidupan termasuk ibadat khusus, politik, ekonomi, sosial dan sebagainya agar kita berjaya dunia akhirat. Kegagalan mematuhi syariat Islam menyebabkan kita hina didunia dan merana di akhirat

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Jumaat : Rasulullah s.a.w DiTeladani Mangsa Musibah DiSantuni

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ   !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.  

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 21 surah al-Ahzab :

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيرًا 

Maksudnya : Sesungguhnya adalah bagi kamu contoh ikutan yang terbaik pada diri Rasulullah s.a.w, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat. Dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya

Kini kita masih berada dalam  bulan Rabiul Awwal yang merupakan bulan kelahiran junjungan besar nabi Muhammad s.a.w nabi akhir zaman pembawa rahmat kepada seluruh alam. Hadirnya bersama misi dan visi yang besar iaitu memastikan umat manusia yang tenggelam dalam cara hidup jahiliah terutama syirik kepada kembali MengEsakan Allah, daripada mengikut hawa nafsu kepada tunduk kepada suluhan wahyu, daripada sikap kebinatangan kepada akhlak yang mulia. Kita sebagai umat yang beriman begitu yakin bahawa pada diri Rasulullah s.a.w mempunyai contoh teladan yang terbaik dari pelbagai aspek kehidupan samada cara berkeluarga, cara berekonomi, cara bersosial, cara berpolitik, cara bernegara dan sebagainya. Bila kita benar-benar beriman kepada Allah dan rasulNya maka setiap tindak tanduk kita akan membawa kebaikan bukan sahaja pada diri sendiri malah mampu menyebar luaskan kebaikan kepada sekitar. Hanya umat yang meyakini bahawa perlunya kita kepada pengutusan nabi untuk membimbing umat manusia dalam mengurus kehidupan dunia berteraskan agama bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan yang paling penting di akhirat nanti. Islam melarang kita mendewakan nabi sehingga dianggap sebagai Tuhan sebagaimana sesatnya Kristian yang mempertuhankan nabi Isa a.s .

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 107-108 surah al-Anbiya’:

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ قُلْ إِنَّمَا يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَهَلْ أَنْتُمْ مُسْلِمُونَ 

Maksudnya : Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya yang diwahyukan kepadaku (mengenai ketuhanan ialah) bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang bersifat Esa, maka adakah kamu mahu menurut apa yang diwahyukan kepadaku?”

  Menurut Ibnu Abbas, Allah mengutus Nabi Muhammad sebagai rahmat bagi seluruh manusia, baik mukmin mahupun kafir. Rahmat bagi orang mukmin yaitu Allah memberinya petunjuk dengan sebab diutusnya Rasulullah. Baginda penyebab memasukkan orang-orang beriman ke dalam syurga dengan iman dan amal mereka terhadap ajaran Allah. Sedangkan rahmat bagi orang kafir, berupa tidak disegerakannya bencana yang menimpa umat-umat terdahulu yang mengingkari ajaran Allah.

Tafsir Imam Al-Baidhawi menyebutkan bahawa secara bahasa rahmat bererti : kelembutan hati dan perasaan melindungi yang mendorong untuk memberi dan berbuat baik. Dari sini diambil kata rahim wanita kerana dia melindungi apa yang ada di dalamnya.

Dengan pengertian kata rahmat seperti ini, maka tujuan Rasulullah s.a.w. diutus beserta seluruh isi serta cara penyampaian risalahnya adalah untuk memberikan kelembutan dan perlindungan kepada seluruh semesta alam. Misi baginda bukanlah untuk membawa bencana dan keresahan di muka bumi.

Dari sini terlihat bahawa misi Nabi Muhammad s.a.w. adalah menjaga dan mengembangkan sifat rahmat yang telah dipersiapkan dalam jiwa kita sejak kita masih dalam kandungan. Dan sampai saat kita meninggalpun kita mengharap untuk masuk dalam lingkaran rahmat itu dengan ungkapan “almarhum” iaitu yang memperolehi rahmat, kelembutan dan perlindungan daripada Allah

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Tanda syukur kita atas nikmat pengutusan nabi Muhammad s.a.w yang membawa rahmat kepada sekalian alam ini maka wajib kasih dan cinta kepada nabi s.a.w lebih daripada segala yang lain.

قال الرسول: وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لاَ يُؤْ مِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُوْنَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَلِدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ – متفق عليه

Maksudnya:Demi jiwaku ditanganNya! Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihinya daripada anaknya, bapanya sendiri dan sekalian manusia

Sabda Nabi SAW dalam riwayat Anas bin Malik:

ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ الإِيمَانِ: أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا، وَأَنْ يُحِبَّ المَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

Maksudnya: “3 perkara di mana sesiapa memilikinya, maka dia akan merasai kemanisan iman: [1]seseorang yang  menjadikan Allah dan Rasul-Nya sebagai yang paling dicintainya, [2] tidak mencintai  seseorang melainkan keranaNya dan [3] membenci untuk kembali kekufuran sepertimana dia tidak suka untuk dicampakkan ke dalam neraka.”

Imam an-Nawawi  berkata,  :“Makna manisnya iman adalah kelazatan dalam melakukan ketaatan dan berani menanggung beban berat ketika menjalankan suruhan agama, serta lebih mengutamakan agama daripada dunia. Cinta hamba kepada Allah dapat terwujud dengan mengerjakan ketaatan dan menjauhi maksiat atau kedurhakaan”.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam surah ad-Dhuha ayat 6-11:

أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا فَآوَىٰ ‎﴿٦﴾‏ وَوَجَدَكَ ضَالًّا فَهَدَىٰ ‎﴿٧﴾‏ وَوَجَدَكَ عَائِلًا فَأَغْنَىٰ ‎﴿٨﴾‏ فَأَمَّا الْيَتِيمَ فَلَا تَقْهَرْ ‎﴿٩﴾‏ وَأَمَّا السَّائِلَ فَلَا تَنْهَرْ ‎﴿١٠﴾‏ وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ ‎﴿١١﴾‏

Maksudnya : Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia memberikan perlindungan?  Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu – Al-Quran)?  Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Dia memberikan kekayaan?  Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya, Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik; ) Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya. 

Ketika menyoroti sirah perjalan hidup manusia Agong nabi Muhammad s.a.w maka kita akan dapati bagaimana kehidupan yang susah penuh mencabar dari usia kecil hinggalah wafat di mana ia adalah tarbiah dan didikan Allah bukan sahaja kepada baginda s.a.w tetapi juga kepada kita sebagai umatnya agar kita tidak memandang bahawa perjuangan Islam ini pasti akan diberikan dengan kemenangan yang mudah dan janji kejayaan yang senang. Sebaliknya kejayaan dan kemenangan Islam perlunya pengorbanan dan seribu macam kesusahan.

Antara ujian  kepada nabi s.a.w ialah [1] lahir sebagai anak yatim Piatu di mana ia ada hikmah tersembunyi. Pengaruhnya terhadap baginda SAW sangat luar biasa. Dia menjadi orang yang lebih kuat, baik secara jiwa dan mental. Hal ini membuat Baginda bersiap untuk misi mulianya sebagai seorang Nabi. [2] Ditinggalkan Orang-Orang tersayang yang banyak membantu misi dakwahnya antaranya isteri tercinta iaitu Khadijah yang banyak berdiri di sisinya, menawarkan tidak hanya dokongan emosi tetapi malah dokongan material kepada suaminya dan komuniti Muslim yang baru. Begitu juga kehilangan Abu Tolib yang turut menjadi pelindung yang kuat kepada nabi dalam menghadapi ancaman kejam dari orang-orang Mekah saat itu.

  • Kesulitan dalam kerja dakwah di Mekah selama 13 tahun pertama di mana baginda dan para pengikutnya menghadapi banyak penganiayaan. Penentangan ini tidak menyebabkan nabi kecewa dan berputus asa malah kesabaran baginda lebih terserlah apabila memilih untuk mendoakan agar penduduk Taif diberi taufiq hidayah daripada Allah berbanding tawaran malaikat untuk menghempap mereka dengan gunung yang besar.

عَنْ أبِي هُرَيْرَةَ قالَ: قِيلَ: يا رَسُولَ اللَّهِ ادْعُ عَلى المُشْرِكِينَ. قالَ: إنِّي لَمْ أُبْعَثْ لَعّانًا، وإنَّما بُعِثْتُ رَحْمَةً-  رواه مسلم

Maksudnya: “Dikatakan kepada Rasulullah s.a.w, : Do’akanlah kaum musyrik dengan keburukan! Baginda s.a.w bersabda, ‘Sesungguhnya, aku tidak diutus sebagai pengutuk, namun aku diutus sebagai pembawa rahmat.”

[4] Begitulah saat getir ketika berada di Madinah walau pun telah memiliki kuasa pemerintahan namun terpaksa berdepan dengan musuh dalaman dari kalangan munafiq dan yahudi. Begitu juga siri peperangan dengan pihak kafir Quraisy Mekah yang terus memerangi nabi. Namun ketika berlakunya pembukaan Kota Mekah nabi telah memaafkan musuhnya sehingga ramai yang beriman. Manakala yang tetap kafir telah dilepaskan untuk keluar dari bumi Mekah secara aman kecuali beberapa orang dari kalangan mereka yang telah dijatuhkan hukuman

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 22 surah al-Hadid :

مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَا ۚ إِنَّ ذَٰلِكَ عَلَى اللَّـهِ يَسِيرٌ ﴿٢٢

Maksudnya : Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

Ketika kita bergembira menyambut Maulidurrasul s.a.w maka kita jangan lupa kepada penderitaan saudara kita yang sedang ditimpa musibah. Antaranya dunia digemparkan dengan kejadian gempa bumi berukuran 7.0 magnitud yang melanda beberapa wilayah di Morocco baru-baru ini. Pusat gempa bumi yang besar di wilayah Al-Haouz dan Taroudant. Angka korban telah mencecah 3000 orang sehingga kini dan dijangka akan mengingkat lagi. Dilaporkan juga lebih 4000 orang cedera dan kritikal. Mangsa-mangsa yang terselamat terpaksa tinggal di dalam khemah selepas rumah mereka musnah setelah menghadapi gempa bumi paling dahsyat di Maghribi dalam tempoh lebih 60 tahun. Kini mereka bergelut mencari makanan, air dan tempal tinggal yang selamat.

Manakala di Libya pula dikejutkan dengan bencana banjir besar akibat Ribut Daniel. Pasukan penyelamat dilaporkan telah menemui ratusan mayat dalam serpihan bandar Derna di timur Libya, dan dikhuatiri jumlah korban akan meningkat dengan 10,000 orang dilaporkan masih hilang selepas air banjir dari Ribut Daniel melanda empangan dan menghanyutkan seluruh kawasan kejiranan. Kemusnahan berlaku di Derna dan bahagian lain di timur Libya

Ketika kita sekarang boleh makan, minum, dan memiliki rumah, maka ingatlah saudara-saudara kita yang ditimpa pelbagai musibah termasuk banjir, gempa bumi dan sebagainya. Saat ini mereka sedang kesusahan dan kesulitan. Maka hulurkanlah tangan kita untuk membantu mereka semampu mungkin. Sedekah kita di dunia akan membawa kesenangan di akhirat kelak

قال النبي :مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ-رواه مسلم

Maksudnya: Sesiapa yang membantu menghilangkan kesusahan seorang mukmin di dunia, maka Allah akan menghilangkan kesusahan daripadanya pada hari kiamat

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Himpunan Khutbah Maulidurrasul s.a.w

 Rasulullah s.a.w DiTeladani Penyakit DiUbati

Sunnah Nabi Muhammad s.a.w DiJulang Sistem Jahiliah DiTentang

Agama DiJulang al-Quds DiMerdekakan

Sunnah Nabi s.a.w DiJulang Penderitaan Aleppo DiHentikan

Sunnah Nabi s.a.w DiHayati Bala Allah DiJauhi

Kecintaan Kepada Rasulullah s.a.w Tinggi Umat DiBerkati

Cinta Nabi Muhammad s.a.w Subur Umat Makmur

Sistem Islam DiNobat Ajaran Nabi Muhammad s.a.w DiMartabat

Kepimpinan nabi Muhammad s.a.w DiPilih Kebahagiaan DiRaih

Nabi Muhammad s.a.w DiCintai Ajarannya DiRealisasi

Sistem nabi DiJulang Racun Musuh DiBuang

Rasulullah s.a.w DiTeladani Rahmat Allah Dirasai

Nabi Muhammad s.a.w DiIkuti Sistem Islam DiJulang Tinggi

Nabi Muhammad s.a.w DiContoh Jahiliah DiRoboh

Ajaran Nabi DiMartabat Negara Selamat

Rasulullah DiJulang Asobiyyah DiBuang

19. Rasulullah S.A.W Dan Tarbiah

112. Tarbiah Pemangkin Kejayaan Dakwah

68. Maulidurrasul S.A.W Pemangkin Kesatuan Ummah

70. Sanjungi Rasulullah & Junjungi Agama Allah

Ujian Ditempuh Iman Utuh

69. Maulidurrasul S.A.W Semarakkan Perjuangan Islam

45. Kelahiran Rasulullah S.A.W Perubah Tamadun

Rasulullah s.a.w DiPertahan Umat Gemilang

67. Bersatu Hadapi Tentera Bergajah Moden

91. Islam Dijulang Jahiliah Dibuang

Khutbah Jumaat : Tarbiah Nabi s.a.w DiTeladani, Pemuda DiSantuni, Negara DiBerkati

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ   !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.  

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 13 surah al-Kahfi :

نَّحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُم بِالْحَقِّ ۚ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى ‎﴿١٣﴾‏

Maksudnya : Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka (Ashabul Kahfi) dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.

Pengutusan nabi Muhammad s.a.w  penghulu para nabi dan rasul merupakan suatu nikmat yang besar daripada Allah dalam menunjuk jalan kebenaran bukan sahaja untuk bahagia di dunia malah kebahagiaan yang abadi di akhirat nanti. Antara tugas nabi s.a.w ialah membina jatidiri dalam diri para pemuda kerana Generasi muda berperanan memacu negara ke arah yang lebih maju dan lebih baik. Generasi muda adalah masa depan agama dan negara. Sekiranya generasi muda hari ini rosak, maka akan rosaklah agama dan negara pada masa akan datang.

Al-Quran telah membawakan contoh kisah ashab al-Kahfi iaitu penghuni gua yang teguh akidah mereka, kukuh iman mereka, indah budi pekerti mereka. Mereka hidup di bawah pemerintahan raja yang zalim dan masyarakat yang rosak agama dan akhlaknya. Sejarah Islam membuktikan bahawa Islam telah diperjuangkan, dipertahankan dan disebarkan oleh generasi-generasi muda di sisi Rasulullah s.a.w.

            Masa depan negara sama ada dari segi syakhsiah, ekonomi, sosial mahupun agama terletak di tangan generasi muda. Inilah cabaran kepada generasi muda pada hari ini. Ketahuilah, sesungguhnya serangan musuh terhadap Islam atau penganutnya datang dalam pelbagai seperti serangan ideologi , budaya, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Generasi muda yang tidak mempunyai kesedaran terus hanyut mengikut arus dengan mencontohi gaya kehidupan yang melalaikan serta jauh dari panduan syariat Islam. Generasi sebegini hidup seakan-akan tidak memikirkan masa hadapan. Apa yang penting adalah keseronokan, glamor dan hiburan. Atas slogan “Hak asasi manusia” dan “Kebebasan”, identiti bangsa dan agama sedikit demi sedikit cuba dikikis dan dihapuskan.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:

سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللهُ يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ …وَعَدَّدَ مِنْهَا : شّابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ الله –  رواه البحاري ومسلم

Maksudnya : “Tujuh golongan yang akan mendapatkan naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya.. (salah satunya) pemuda yang tumbuh di dalam ketaatan kepada Allah”

Formula atau cara terbaik dalam membina jatidiri pemuda ialah dengan meneladani apa yang telah ditunjuk ajar oleh Nabi s.a.w. Sarjana Islam iaitu Abdullah Nashih ‘Ulwan telah menukilkan 6 kaedah yang telah ditunjukkan oleh  Nabi s.a.w dalam mentarbiah para pemuda iaitu :

[1] Mempersiapkan pemuda untuk iltizam atau konsisten dalam ketaatan kepada Allah  beribadah kepada-Nya dan menjauhi segala hal yang dilarang-Nya.

[2] Menyeru pemuda supaya mengambil dan memanfaatkan setiap peluang dan kesempatan yang ada guna membentuk peribadi pemuda menjadi baik dan kukuh dari aspek rohani, jasmani, mental, akal dan akhlak.

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:

اغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ: حَيَا تَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ وَصِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ وَفَرَاغَكَ قَبْلَ شُغْلِكَ وَشَبَابَكَ قَبْلَ هَرَمِكَ وَغِنَاكَ قَبْلَ فَقْرِكَ.- رواه الحاكم

Maksudnya : “Pergunakanlah (dengan baik) lima perkara sebelum datang lima perkara, iaitu hidupmu sebelum matimu, sihatmu sebelum sakitmu, masa lapangmu sebelum masa sibukmu, mudamu sebelum tuamu dan kayamu sebelum miskinmu”

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Cara ke[3] yang ditunjuk oleh Nabi s.a.w dalam membina jatidiri pemuda ialah Memelihara jiwa pemuda dari penyelewengan dan penyimpangan, serta menjaga kesuciannya dengan menganjurkan para pemuda untuk segera berkahwin jika sudah memiliki kemampuan, sebagaimana telah disyariatkan Allah kepada hamba-Nya. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:

يَا مَعْشَرَ الشَبَابِ مَنْ استَطَاعَ مِنْكُمْ البَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ. – رواه الجماعة

Maksudnya : “Wahai para pemuda, siapa saja dari kamu yang mampu untuk menikah, hendaklah ia segera menikah. Karena hal tersebut lebih menjaga pandangan dan lebih memelihara kemaluan.”

[4] Membina para pemuda untuk senantiasa menghitung diri atau muhasabah dan memperbaiki amalnya, kerana amal-amalnya akan diminta untuk dipertanggung jawabkannya di hadapan Allah Allah Ta’ala di akhirat kelak.

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:

لاَتَزُوْلُ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ القِيَامَةِ حَتىَّ يُسْأَلَ عَنْ أَرْبَعٍ : عَنْ عُمْرِهِ فِيْمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ شَبَابِهِ فِيْمَا أَبْلاَهُ وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيْمَا أَنْفَقَهُ وَعَنْ عِلْمِهِ مَا عَمِلَ فِيْهِ.- رواه الترمذي

Maksudnya : “Tidaklah berganjak kedua kaki seorang hamba pada hari Kiamat, sehingga ditanyakan kepadanya mengenai empat perkara. Umurnya dihabiskan untuk apa, masa mudanya dipergunakan untuk apa, hartanya diperoleh dari mana dan kemana ia membelanjakannya, dan apa yang diperbuat dengan ilmunya”

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Cara ke[5] yang ditunjuk oleh Nabi s.a.w dalam mempersiapkan dan membina generasi muda ialah Membina para pemuda untuk sentiasa istiqomah di atas manhaj Islam, menjauhkan mereka dari hal-hal yang sia-sia dan mendorong pemuda untuk terus berusaha agar selalu berada dalam ketakwaan kepada Allah. 

Rasulullah s.a.w bersabda:

إِنَّ اللهَ لَيَعْجَبُ مِنْ الشَبَابِ الَّذِيْ لَيْسَ لَهُ صَبْوَةٌ. -رواه أحمد وأبو يعلى

Maksudnya :”Sesungguhnya Allah ta’jub pada pemuda yang tidak ada padanya kesia-siaan”

[6] Rasulullah s.a.w berwasiat kepada umat Islam agar sentiasa menjaga para pemuda dan menjelaskan kelebihan mereka atas orang-orang tua.

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:

أُوْصِيْكُمْ باِلشَّبَابِ خَيْرًا فَإِنـَّهُمْ أَرَقُّ أَفْئِدَةً لَقَدْ بَعَثَنِيَ اللهُ باِلْحَنَفِيَّةِ السَّمْحَةِ فَحَالَفَنِيْ الشَبَابُ وَخَالَفَنِيْ الشُّيُوْخُ.

Maksudnya :”Aku berwasiat kepada kalian supaya berbuat baik kepada para pemuda. Sesungguhnya hati mereka adalah hati yang paling lembut. Sesungguhnya Allah telah mengutusku dengan Hanafiyyatu As-Samhah (agama Islam), lalu para pemuda bergabung denganku dan para orang tua menentangku.”

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 37 surah an-Nuur :

رِجَالٌ لَّا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَن ذِكْرِ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ ۙ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالْأَبْصَارُ ‎﴿٣٧﴾‏

Maksudnya : (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan

Inilah asas-asas terpenting dalam pembinaan peribadi pemuda dan masyarakat. Tidak diragukan lagi bahawa tujuan dari pembinaan dan persiapan ini adalah agar pemuda terbentuk sebagai pribadi yang sempurna, baik dari aspek rohani, akhlak, mental, jasmani dan jiwa. Serta seluruh aspek yang menyempurnakan kepribadian mereka.

Dengan pembentukan ini para pemuda akan lebih mampu untuk menghadapi pelbagai tentangan, lebih kuat untuk melaksanakan tanggung jawab dan lebih kukuh dalam berpegang teguh dengan dasar-dasar Islam. Sehingga mereka tidak akan menyeleweng, merasa lemah, terhembus angin fitnah, menyerah kalah kepada tipu daya kerosakan, berputus asa dan lemah semangat, begitu juga mereka tidak akan tergelincir ke dalam lubang keruntuhan dan penyelewengan.

Demikianlah, pemuda muslim akan kekal sebagai peribadi yang sihat, teguh, beriman, berjihad menyampaikan risalah Islam, menunaikan amanah dan bekerja untuk Islam. Sehingga dia diwafatkan Allah Ta’ala dalam keadaan yang mulia atau dia menghadap Tuhannya sebagai seorang dikalangan para syuhada’.

Kejayaan kita adalah bergantung kepada sejauh mana kita berjaya melaksana dan meniru nabi Muhammad s.a.w dalam setiap aspek kehidupan samada ibadat khusus, ekonomi, politik, sosial dan sebagainya. Kegagalan kita akibat menjauhi dan membenci cara hidup Nabi s.a.w. Tepuklah dada dan tanya iman kita. Islamlah nescaya kita selamat dan berjaya dunia dan akhirat

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Jumaat : Syariat Nabi s.a.w DiNobat Maruah Wanita DiMartabat Arak DiSekat

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ   !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.  

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 58-59 surah an-Nahlu :

وَإِذَا بُشِّرَ أَحَدُهُم بِالْأُنثَىٰ ظَلَّ وَجْهُهُ مُسْوَدًّا وَهُوَ كَظِيمٌ ‎﴿٥٨﴾‏ يَتَوَارَىٰ مِنَ الْقَوْمِ مِن سُوءِ مَا بُشِّرَ بِهِ ۚ أَيُمْسِكُهُ عَلَىٰ هُونٍ أَمْ يَدُسُّهُ فِي التُّرَابِ ۗ أَلَا سَاءَ مَا يَحْكُمُونَ ‎﴿٥٩﴾

Maksudnya : Sesungguhnya adalah bagi kamu contoh ikutan yang terbaik pada diri Rasulullah s.a.w, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat. Dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya

Pengutusan nabi Muhammad s.a.w  penghulu para nabi dan rasul sebagai rahmat bagi sekalian alam telah mengubah cara hidup umat manusia daripada kezaliman jahiliah kepada keadilan Islam, daripada kegelapan kufur kepada terangnya iman, daripada kerakusan hawa nafsu kepada pedoman wahyu. Antara kesan besar ialah kedatangan Islam telah mengembalikan semula wanita kepada kedudukan mereka yang baik dan dihormati setelah agama dan kefahaman yang lain  telah meletakkan kaum wanita ditempat yang hina. Contohnya Bangsa arab jahiliah  membunuh atau menanam anak perempuan mereka hidup-hidup kerana bimbangkan keaiban dan kepapaan. Jika tidak menanam bayi dalam keadaan hidup, mereka tetap akan letak bayi itu di tempat yang hina sehingga dia besar dengan dipakaikan pakaian jijik sebelum dihantar ke kawasan pedalaman sebagai pengembala unta. Bagi isteri kematian suami pula, seluruh harta peninggalan suami akan diambil termasuk pakaian yang dipakainya. Tiada siapa lagi akan mengahwininya melainkan dia akan beranak-pinak tanpa bersuamikan yang halal. Jika wanita itu kaya, mereka akan membunuh suaminya dan memaksa berkahwin dengan salah seorang daripada mereka.

Wanita dan para isteri masyarakat India tidak diberi hak untuk hidup di mana isteri akan turut dibakar hidup-hidup apabila suaminya meninggal dunia. Seorang isteri yang dibakar hidup bersama mayat suaminya ini dianggap sebagai perempuan yang setia. Menurut kaum Tionghoa pula perbuatan menanamkan orang perempuan hidup-hidup bersama mayat suaminya telah menjadi adat kebiasaan . Turut diriwayatkan bagaimana para isteri orang-orang besar bangsa Tionghoa zaman silam akan dipakaikan celana dari besi antara kedua pehanya hingga bawah pusat dan dikunci kukuh oleh suaminya sepanjang peninggalannya. Ini menyebabkan mereka merasa kesusahan dan kerumitan dalam pergerakan sepanjang peninggalan suami mereka.  

    Mengikut agama Yahudi dan Kristian pula mereka menganggap bahawa wanita dianggap najis atau kotoran, sumber dosa dan kedurhakaan, pusat segala pelanggaran, asas kepada segala bentuk perbuatan curang, dasar pendustaan atau penipuan dan tidak boleh dipercayai. Wanita dianggap beracun dan berbahaya di mana mesti dimusnahkan daripada alam ini.Kaum wanita dilarang belajar ilmu pengetahuan apa lagi mengajar kaum lelaki. Begitu juga mengikut Yahudi bahawa kaum perempuan tidak boleh mewarisi pusaka.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 58-59 surah an-Nahlu :

مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً ۖ وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ‎﴿٩٧﴾‏

Maksudnya : Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.

Islam meletakkan kedudukan wanita di tempat yang mulia dan berperanan sebagai pembantu kepada kaum lelaki. Antaranya Islam memberi hak yang sepatutnya dikecapi oleh kaum wanita iaitu : [1] Hak perempuan untuk beribadah atau beragama bukan hanya dimonopoli kaum laki-laki sahaja. [2] Hak dalam pentadbiran untuk berganding bahu dengan kaum lelaki. [3] Hak-hak kebendaan, mewarisi harta pusaka, memiliki hasil usahanya sendiri dan hak untuk bekerja. [4] Hak memilih dan menentukan pasangan hidup [5] Hak menuntut ilmu

Malangnya akibat kejahilan tentang Islam menyebabkan wanita Islam menganggap Islam sebagai penyekat hak dan kebebasan wanita sehingga termakan umpan musuh Islam. Antara umpan musuh yang sedang ditelan oleh umat Islam ialah pergaulan bebas dan cara berpakaian yang menjolok mata di mana kesemua ini merupakan pintu ke arah penzinaan. Atas nama hak asasi manusia serta kebebasan maka umat Islam tanpa segan silu berpakaian mendedahkan bentuk tubuh badan ditambah dengan pergaulan yang melampaui batas yang dibenarkan oleh syarak. Kita masih ingat suatu cadangan yang pernah disyorkan oleh bekas Perdana Menteri Britain Gladstone pada awal penjajahan terhadap bumi umat Islam dengan katanya : “ Untuk menghancurkan kekuatan Islam, mestilah dibuang dahulu hijab daripada muka perempuan Islam, ditutup terlebih dahulu al-Quran dan mestilah membawa masuk benda-benda yang memabukkan, dadah, benda keji dan mungkar”.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 8 surah al-Mumtahanah :

﴿لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ﴾

Maksudnya: Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Rahmatnya kedatangan nabi Muhammad s.a.w ke muka bumi ini bukan sahaja dirasai oleh umat Islam malah turut dirasai oleh orang bukan Islam. Malah Piagam Madinah yang merupakan perlembagaan negara yang bertulis pertama di dunia dapat kita saksikan bagaimana digariskan tentang hak orang bukan Islam yang wajib dijaga dan dihormati.

Pergaulan orang Islam bersama orang bukan Islam bukanlah perkara yang baharu, malah ia telah berlaku sejak zaman Rasulullah S.A.W dalam pelbagai urusan seperti muamalat, perjanjian, perdamaian, dan sebagainya. Maka, perlunya kepada kita untuk melihat kepada konsep fiqh kewujudan bersama bagi melihat lebih lanjut hukum hakam syarak berkaitan tatacara kehidupan bersama antara golongan Islam dan golongan bukan Islam. Secara asasnya bahawa hukum bagi orang Islam menerima pandangan, idea, buah fikiran ataupun pendapat daripada orang bukan Islam adalah harus dan dibolehkan namun mestilah berdasarkan kepada syarat iaitu:

[1] Menerima pandangan, idea, buah fikiran atau pendapat dalam hal-hal yang tidak berkait dengan agama dan tidak pula bercanggah dengan syariat juga ajaran Islam.

[2] Menerima pandangan bukan bagi tujuan yang tidak baik seperti idea untuk menjatuhkan atau meruntuhkan agama Islam.

[3] Menerima pandangan dalam hal-hal keduniaan bukan dalam hal Akhirat.

Maka kesemua syarat ini perlulah dipatuhi sebelum menerima sebarang idea dan juga pandangan orang bukan Islam. Malah jika didapati ada Muslim yang lebih mahir dalam sesuatu hal atau perkara, maka sebaiknya diutamakan pendapat  Muslim.

Oleh itu kita menyanggah pendapat orang bukan Islam yang mahu halalkan orang Islam bekerja dengan syarikat arak dengan kenyataannya : “Arak adalah haram untuk orang-orang Islam. Tiada persoalan mengenainya. Tetapi ia tidak bermakna orang-orang Islam tidak boleh melihat, mendengar, menyentuh atau menghantar arak. Ia juga tidak bermakna orang-orang Islam tidak boleh bekerja di syarikat atau kilang yang menjual atau menghasilkan arak. Tiap orang ada hak masing-masing.” 

Sebaliknya kita mendesak kerajaan agar mewujudkan dasar arak iaitu:
[1] Melarang umat Islam daripada terlibat dalam semua aktiviti pemprosesan, jual beli, pengangkutan, hidangan dan yang berkaitan,
[2] Melarang sama sekali sebarang promosi arak dan kaitannya bagi menghormati Islam sebagai Agama Persekutuan, dan
[3] Memelihara sensitiviti umat Islam dalam semua aktiviti arak di kalangan bukan-Islam termasuk penganjuran majlis, pemilihan jenama dan simbol yang boleh menimbulkan kemarahan kepada umat Islam

Nabi S.A.W melaknat 10 golongan yang terlibat dengan arak seperti hadis daripada Anas bin Malik sabda Nabi S.A.W:

قَالَ لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي الْخَمْرِ عَشَرَةً عَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَشَارِبَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةَ إِلَيْهِ وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَآكِلَ ثَمَنِهَا وَالْمُشْتَرِيَ لَهَا وَالْمُشْتَرَاةَ لَهُ ‏

Maksudnya: Rasulullah saw melaknat sepuluh orang yang berkaitan dengan arak. Yang memerah,yang meminta perah, yang minum, yang membawa, yang dibawa kepadanya, yang menuangkan arak, yang menjual, yang memakan hasil jualan arak, yang membeli dan yang dijual untuknya.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Jumaat : Syariat Nabi s.a.w DiMartabat, Arak Judi DiSekat

السلام عليكمالحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalianFirman Allah dalam ayat 107 surah al-Anbiya’ :وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ ‎﴿١٠٧﴾Maksudnya : Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.Sesugguhnya kehidupan masyarakat jahiliyyah di zaman sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. berada dalam keadaan huru hara dan penuh dengan keserabutan, kerana masyarakat Makkah khususnya boleh disifatkan sebagai masyarakat yang tidak bertamadun kerana melakukan jenayah-jenayah yang dianggap kecil bagi mereka. Jenayah seperti pembunuhan anak-anak perempuan dengan pelbagai alasan yang tidak boleh diterima oleh akal yang waras, berjudi, berfoya-foya, berzina, meminum arak sudah menjadi budaya biasa bagi masyarakat jahiliyyah tersebut, dan mereka mempertahankan perbuatan jenayah itu dan menganggapnya sebagai perkara yang membawa kepada tamadun mereka. Mana-mana pihak yang cuba menghalang apa yang telah menjadi darah daging mereka termasuk penyembahan berhala, pasti akan ditentang habis-habisan walau dengan apa cara sekalipun walaupun terpaksa menggadai nyawa semata-mata untuk berkorban kepada Tuhan-tuhan mereka.Oleh itu, kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. yang diiringi rahmat daripada Allah amat diperlukan oleh segenap makhluk yang ada di muka bumi ini, sama ada makhluk bernama manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain Ini kerana rahmat itu seperti dalam Tafsir Imam Al-Baidhawi menyebutkan bahawa secara bahasa rahmat berarti : kelembutan hati dan perasaan melindungi yang mendorong untuk memberi dan berbuat baik. Dari sini diambil kata rahim wanita kerana dia melindungi apa yang ada di dalamnya.Dengan pengertian kata rahmat seperti ini, maka tujuan Rasulullah s.a.w. diutus beserta seluruh isi serta cara penyampaian risalahnya adalah untuk memberikan kelembutan dan perlindungan kepada seluruh semesta alam. Misi baginda bukanlah untuk membawa bencana dan keresahan di muka bumi.Dari sini terlihat bahawa misi Nabi Muhammad s.a.w. adalah menjaga dan mengembangkan sifat rahmat yang telah dipersiapkan dalam jiwa kita sejak kita masih dalam kandungan. Dan sampai saat kita meninggalpun kita mengharap untuk masuk dalam lingkaran rahmat itu dengan ungkapan “almarhum” yang bererti memperolehi rahmat, kelembutan dan perlindungan.Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 90 surah al-Ma’idah :يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَMaksudnya: “Wahai orang yang beriman! Ketahuilah sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan anak panah ialah perbuatan yang keji daripada amalan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.Antara rahmat pengutusan nabi Muhammad s.a.w yang dapat dirasai ialah dengan pengharaman judi di mana kita semua maklum tentang akibat buruk tabiat berjudi yang bukan sahaja mendatangkan kerosakan kepada kaki judi malah memporak peranda rumahtangga dan memberi kesan buruk kepada masyarakat dan negara. Malah bila kita membuat kajian di mana didapati bukan Islam sahaja mengharamkan judi malah agama lain turut meletakkan judi sebagai perbuatan buruk. Ajaran lama Budha Hinayana, menggariskan lima larangan kepada penganut Budha iaitu; ” membunuh, mencuri, menipu, berzina, meminum alkohol dan berjudi”.Namun ajaran baru Budha Mahayana telah melonggarkan larangan ini dan ia hanya terpakai kepada yang mahu menjadi sami atau betul-betul menghayati ajaran Budha. Juga tercatit dalam kitab lama Budha kisah masyhur ‘Ratapan si Penjudi’ (Gambler’s Lament) yang menjadi pengajaran berguna apabila seorang penjudi yang kalah wang taruhan menyebabkan dia kehilangan anak dan isteri.Bagi ajaran Kristian pula tidak ada kejelasan dalam pengharaman judi tetapi ajaran Kristian memberi amaran bagi yang mencari kekayaan secara cepat dan cintakan wang. Majoriti gereja bersepakat menyatakan keburukan judi dan menolak penubuhan pusat judi secara besaran seperti kasino atas dasar ‘melampau’. Manakala gereja Prebysterian menolak terus segala bentuk judi termasuk loteri kerana atas hujah ia mengambil wang dari golongan miskin dan berpendapatan rendah, yang mengharapkan hadiah lumayan, tetapi hanya ‘seorang dalam sejuta sahaja’ yang memenangi hadiah wang yang dijanjikan.Manakala bagi penganut agama Yahudi, para Rabbi (pemimpin agama Yahudi) menetapkan aktiviti judi dibenarkan semasa perayaan Hannukah sahaja sebagai satu bentuk hiburan di musim perayaan.Di Amerika Syarikat sendiri, walaupun di peringat Pusat membenarkan aktiviti judi, namun setiap negeri mempunyai kuasa untuk mengharamkannya di mana kebanyakan negeri masih tidak membenarkan lesen judi atas sebab kesan moral dan sosial. Oleh itu kita sebagai negara yang Islam adalah tunggak agama rasmi sewajibnya membanteras amalan judi bukan menyuburkannya agar dijauhi daripada laknat dan kemurkaan AllahSidang Jumaat yang dirahmati Allah,Sabda Baginda SAW:‌لَيَشْرَبَنَّ ‌نَاسٌ ‌مِنْ ‌أُمَّتِي ‌الْخَمْرَ، ‌يُسَمُّونَهَا ‌بِغَيْرِ اسْمِهَا. – رواه أبو دأود وابن ماجهMaksudnya : “Demi sesungguhnya ada dalam kalangan umatku yang meminum arak, sehingga menamakannya dengan bukan nama asalnya (menukar namanya bagi mengelirukan).” Rahmat pengutusan nabi Muhammad s.a.w juga dapat dirasai apabila syariat Islam mengharamkan arak dan bahan sepertinya kerana memabukkan, sehingga menghilangkan dan merosakkan akal manusia. Selain itu, ia menjadi penyebab kepada pelbagai penyakit lain yang membahayakan jasad, meruntuhkan akhlak, sehingga merosakkan keluarga dan masyarakat, serta memesongkan hikmah manusia itu diciptakan.Bahkan, semua agama pada asalnya juga mengharamkan arak kerana masing-masing berasaskan panduan Islam yang menjadi agama fitrah manusia. Namun, para agamawannya yang terdiri daripada kalangan paderi, pendeta dan sami telah meminda agama asalnya. Sehingga kemudiannya menghalalkan arak, bahkan ada yang memasukkan arak dalam upacara keagamaannya.Mudarat arak sangat besar lebih daripada faedahnya yang sedikit, dan ia sekali-kali tidak mampu menimbus kerugian akibat mudaratnya kepada diri manusia. Maka, menolak perkara yang memudaratkan diri sendiri itu adalah lebih baik. Dalam pada itu, perbelanjaan bagi menghadapi penyakit dan akibat keburukannya juga lebih mahal daripada harga faedahnya termasuklah cukai itu sendiri. Arak sebenarnya merugikan kehidupan manusia sehinggalah keluarga, masyarakat dan negaraSempena berada pada hari Jumaat yang mulia, di rumah Allah yang mulia, di bulan kelahiran nabi Muhammad s.a.w yang mulia maka kita mendesak agar kerajaan lebih tegas dalam menangani masalah Penggunaan jenama arak dengan perkataan bahasa Melayu seperti ‘Timah’. Ia mesti ditarik dan diubah serta-merta, di samping gambar yang digunakan juga hendaklah tidak menyentuh sensitiviti masyarakat Islam yang merupakan penduduk majoriti, demi keharmonian negara.Adalah dinasihatkan pihak-pihak berkaitan agar lebih sensitif dan peka terhadap isu-isu sebegini yang berpotensi mengancam perpaduan dan keamanan masyarakat berbilang kaum. Memelihara kerukunan masyarakat dan tidak melanggar batas-batas yang boleh mengancam kestabilan hidup dan menggugat keharmonian umat Islam adalah menjadi teras kestabilan negara ini. Ketika kita masih berada suasana musibah wabak covid-19 sepatutnya kita mencari sebanyak mungkin jalan agar Allah mengangkat musibah yang merbahaya ini bukannya mencari nahas dengan menjemput bala Allah yang merugikan kita dunia akhirat. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat. Firman Allah dalam ayat 90 surah al-Ma’idah :وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ ‎﴿٣٠﴾‏Maksudnya : Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Jumaat : Sunnah Nabi s.a.w DiHayati Syafaat DiMiliki

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ   !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 31 surah Ali ‘Imran :

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Rabiul Awwal datang lagi bersama ingatan yang kuat kepada diri nabi Muhammad s.a.w yang bukan sahaja pembawa rahmat kepada sekalian alam untuk kita rasai di dunia yang sementara malah apa yang paling besar untuk kita meraih syafaat nabi di akhirat nanti. Syafaat bererti memohon atau mengharapkan bantuan di saat memasuki syurga Allah dan umat Nabi Muhammad SAW perlu kepada syafaat itu. Baginda yang turut dikategorikan kepada beberapa jenis agar setiap manusia tidak terlepas daripada mendapat keistimewaan syafaat daripada Rasulullah.

Rasulullah SAW juga berpesan, bahawa Baginda adalah syafaat pertama untuk memasuki syurga.  Manusia begitu memerlukan syafaat memandangkan perjalanan hidup yang dilalui tidak sempurna, banyak kelompangan dan sia-sia serta menghabiskan masa dengan melakukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat. Apabila berada di Padang Mahsyar kelak, sudah tentu manusia akan membawa bersama banyak dosa dan pada ketika inilah syafaat diperlukan daripada Rasulullah SAW untuk membawa mereka ke dalam syurga.

Rasulullah SAW sendiri mendapat syafaat Allah untuk ke syurga dan ini membuktikan perlunya umat Baginda mendekatkan diri kepadanya untuk beroleh syafaat itu

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

            Firman Allah dalam ayat 23 surah Saba’ :

وَلَا تَنْفَعُ الشَّفَاعَةُ عِنْدَهُ إِلَّا لِمَنْ أَذِنَ لَهُ حَتَّى إِذَا فُزِّعَ عَنْ قُلُوبِهِمْ قَالُوا مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْ قَالُوا الْحَقَّ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيرُ

Maksudnya : Dan tiadalah berguna syafa’at di sisi Allah melainkan bagi orang yang telah diizinkan-Nya memperoleh syafa’at itu, sehingga apabila telah dihilangkan ketakutan dari hati mereka, mereka berkata “Apakah yang telah difirmankan oleh Tuhan-mu?” Mereka menjawab: (Perkataan) yang benar”, dan Dia-lah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar

قال الرسول: لِكُلِّ نَبِىٍّ دَعْـوَةٌ مُسْـتَجَابَةٌ فَتَعَجَّـلَ كُلُّ نَبِىٍّ دَعْوَتَـهُ وَإِنِّى اخْتَبَأْتُ دَعْـوَتِى شَــفَاعَةً لأُمَّـتِى يَوْمَ الْقِيَـامَـةِ فَهِىَ نَائـِلَةٌ إِنْ شَـاءَ اللَّهُ مَنْ مَـاتَ مِنْ أُمَّـتِى لاَ يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا – رواه مسلم والترمذي وابن ماجه وأحمد

Maksudnya : Setiap Nabi mempunyai doa yang mustajabah, maka setiap Nabi doanya dikabulkan segera, sedangkan saya menyimpan doaku untuk memberikan syafaat kepada umatku di hari kiamat. Syafaat itu insya Allah diperoleh umatku yang meninggal tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun

Tanda cinta Nabi SAW turut dapat dilihat dari sikap prihatinnya terhadap umatnya di padang Mahsyar kelak. Tatkala manusia gementar berhadapan penghakiman Allah SWT terhadap setiap amalan, Baginda SAW merayu kepada Allah SWT supaya umatnya diringankan beban dan dilepaskan daripada seksa api neraka.

Qadhi Iyadh menukil dalam kitab “asy Syifa Fii Huquqi al Musthafa” bahwa syafaat itu terbagi menjadi 5 bahagian :

Syafaat Pertama: Khusus dengan perantaraan Nabi Muhammad SAW yang bersifat menenangkan situasi dan mempercepat hisab kerana lamanya berdiri di padang Mahsyar pada hari qiamat. Tidak ada yang boleh memberikan syafaat ini kecuali nabi Muhammad SAW, dan ini merupakan “syafaat uzhma (syafaat paling agung)”.

Syafaat Kedua: Untuk memasukkan kaum ke Syurga tanpa hisab yang juga khusus pada Nabi kita SAW

Syafaat Ketiga: Untuk kaum yang ditetapkan masuk neraka, lalu Nabi SAW memberikan syafaat kepada mereka dan siapa saja yang dikehendaki Allah, sehingga mereka selamat dari dimasukkan ke dalam neraka.

Syafaat Keempat: Bagi orang-orang yang penuh dosa yang telah masuk neraka. Telah datang hadis-hadis sohih dengan mengeluarkan mereka dari neraka lantaran syafaat Nabi kita SAW, seluruh para Nabi as., para malaikat, dan orang-orang shalih dari hamba-hamba Allah yang mukmin.

Syafaat Kelima: Tentang penambahan darjat kedudukan di dalam surga untuk ahli Syurga yang amal-amalnya tidak cukup untuk mencapainya. Nabi Muhammad SAW pemilik wasilah yang paling tinggi kedudukannya di dalam Syurga.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

قال الرسول: ((أحق الناس بشفاعتي يوم القيامة من قال: لا إله إلا الله خالصة من قلبه) – رواه البخاري

Maksudnya:Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucap kalimah Lailahaillallah dengan hati yang ikhlas.”

Jika semasa hidup di dunia ini kita perlu kepada pertolongan ibubapa untuk menjalani kehidupan, orang yang berjawatan untuk memberi peluang kepada kita untuk mendapat sesuatu pekerjaan, orang kaya untuk untuk kita menumpang bantuan, pemimpin untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Maka begitulah pada hari akhirat maka bantuan yang dinamakan syafaat ini begitu diperlukan

Antara cara untuk kita meraih syafaat nabi pada hari akhirat nanti ialah dengan ikhlas mengucap 2 kalimah syahadah serta melaksanakan segala tuntutannya dengan menjauhi syirik menyutukan Allah dengan sesuatu yang lain serta melaksana segala suruhan dan meninggal segala laranganNya dalam setiap aspek kehidupan

Terutama ketika diuji dengan musibah covid-19 maka perbanyakkan amal ibadat disamping menjauhi maksiat. Ketika pintu masjid mula dibuka semula maka datanglah beramai-ramai dengan penuh rasa syukur kepada Allah. Jangan kembali kotori buku catatan amalan kita dengan dosa maksiat.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Amalan yang membolehkan kita mendapat Syafaat nabi s.a.w pada hari akhirat lagi ialah dengan memperbanyakkan berselawat kepada Rasulullah s.a.w terutama pada hari Jumaat kerana Rasulullah pernah menyebutkan,

عَنْ أَبِى أُمَامَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَكْثِرُوا عَلَىَّ مِنَ الصَّلاَةِ فِى كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ فَإِنَّ صَلاَةَ أُمَّتِى تُعْرَضُ عَلَىَّ فِى كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ ، فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَىَّ صَلاَةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّى مَنْزِلَة
ً
Dari Abi Umamah berkata, Rasulullah SAW bersabda: Banyakkanlah berselawat ke atasku di setiap hari Jumaat kerana selawat umatku diperlihatkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Maka sesiapa yang paling banyak selawatnya ke atasku, dialah yang paling dekat kedudukannya denganku. (HR al-Baihaqi)

Jangan jadi manusia yang kedekut iaitu yang begitu berat lidahnya untuk berselawat kepada nabi s.a.w. Biasanya bila kita terlalu kasih dan sayang kepada seseorang maka kita banyak menyebut nama dan kelebihannya. Begiulah apa yang sepatutnya kita lakukan dalam kehidupan seharian dengan memperbanyak selawat kepada nabi, membaca seterusnya mencontohi cara hidup nabi s.a.w untuk berjaya dunia dan akhirat

Sidang Jumaat yang dikasihi Allah,

Daripada Abdillah bin ‘Amr bin ‘Asr RA, sesungguhnya dia mendengar Nabi SAW bersabda:

إِذَا سَمِعْتُمُ الْمُؤَذِّنَ، فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ ثُمَّ صَلُّوا عَلَيَّ، فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا، ثُمَّ سَلُوا اللهَ لِيَ الْوَسِيلَةَ، فَإِنَّهَا مَنْزِلَةٌ فِي الْجَنَّةِ، لَا تَنْبَغِي إِلَّا لِعَبْدٍ مِنْ عِبَادِ اللهِ، وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ أَنَا هُوَ، فَمَنْ سَأَلَ لِي الْوَسِيلَةَ حَلَّتْ لَهُ الشَّفَاعَةُ

Maksudnya: “Apabila kamu mendengar muazdin, maka ucapkanlah sepertimana yang sedang diucapkan oleh muadzin. Kemudian berselawatlah kamu ke atasku kerana barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat maka Allah akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh (10 kali selawat). Setelah itu, mohonlah (doalah) kepada Allah terhadapku sebagai wasilah kerana ia merupakan salah satu tempat (kedudukan di dalam Syurga) di mana dia tidak layak untuk sesiapapun melainkan buat hamba-hamba Allah. Aku mengharapkan agar aku adalah orang tersebut (yang layak di kedudukan tersebut di dalam Syurga kelak). Maka barangsiapa yang memohon kepadaku wasilah maka layaklah baginya untuk mendapatkan syafaat (syafaat Nabi SAW).” [Riwayat Muslim (384)]

Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Minhaj Syarah Sahih Muslim menukilkan bahawa hadith ini menunjukkan sunat berselawat ke atas Nabi SAW selepas daripada selesai menjawab azan. Di samping itu juga, sunat seseorang itu berdoa atau memohon wasilah kepada Nabi SAW. Tambahan pula, sunat juga bagi orang yang mendengar azan untuk menjawab setiap daripada perkataan-perkataan muadzin itu selepas daripada muadzin selesai menyebutnya dan dengan tidak menunggu lama untuk menjawabnya.

Marilah kita sama-sama subukan rasa kasih dan sayang kepada nabi s.a.w dengan meneladani segala tunjuk ajar baginda dalam setiap aspek kehidupan bukan setakat dalam ibadat khusus seperti solat, puasa sahaja malah dalam berpolitik, berekonomi, bersosial dan sebagainya. Dengan mencotohi cara hidup nabi s.a.w maka kita bukan sahaja diberkati dan berjaya di dunia malah akan beroleh syafaat nabi di akhirat seterusnya meraih Syurga Allah yang penuh dengan segala kenikmatan

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Jumaat : Rasulullah s.a.w DiTeladani Penyakit DiUbati

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ   !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.  

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 21 surah al-Ahzab :

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيرًا 

Maksudnya : Sesungguhnya adalah bagi kamu contoh ikutan yang terbaik pada diri Rasulullah s.a.w, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat. Dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya

Hari ini kita mula memasuki bulan Rabiul Awwal 1443H yang merupakan bulan kelahiran junjungan besar nabi Muhammad s.a.w nabi akhir zaman pembawa rahmat kepada seluruh alam. Hadirnya bersama misi dan visi yang besar iaitu yang pertama memastikan umat manusia yang tenggelam dalam cara hidup jahiliah terutama syirik menyembah berhala kepada kembali MengEsakan Allah, membersihkan kepercayaan  khurafat dan tahyul kepada memandu akal berlandaskan wahyu  . Misi kedua membentuk akhlak mulia daripada mengikut hawa nafsu, bersikap kebinatangan seperti membunuh anak perempuan hidup-hidup dan berbunuhan kepada akhlak yang mulia. Misi dakwah Rasulullah Saw. yang ketiga adalah membawa rahmat kepada sekalian alam. Turunnya wahyu al-Quran. menegakkan hujjah untuk umat manusia dalam menjelaskan kepada kita mana jalan ke Syurga Allah dan mana jalan yang mengheret manusia ke Neraka Allah. Jalannya sudah terang benderang di mana Allah menciptakan kita dan memberikan panduan yang jelas. Sesungguhnya pengutusan Nabi s.a.w merupakan kasih sayang Allah

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 31 surah Ali ‘Imran :

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Sempena berada di bulan Maulidurrasul s.a.w ini marilah kita sama-sama bermuhasabah menghitung diri berkaitan sejauh mana rasa cinta dan kasih kita kepada nabi Muhammad s.a.w, sejauh manakah kesungguhan kita dalam mengamalkan sunnah nabi s.a.w dalam kehidupan seharian. Berapa kitab yang berkaitan Sirah nabi yang kita telah khatam berbanding komik dan novel. Berapa banyak masa kita habiskan untuk membaca atau mendengar kisah nabi s.a.w berbanding membaca dan melayan whatsap dan media sosial berkaitan kisah dunia yang lain. Bagaimana dengan cara pemakaian, pemakanan, sosial, politik dan pelbagai cara hidup nabi s.a.w yang telah kita berjaya tiru dalam kehidupan seharian kita. Orang yang benar-benar cinta nabi s.a.w tidak hanya didengar melalui lidahnya sahaja tetapi mesti melalui pengamalan dan pematuhan dalam kehidupan seharian

Hitunglah diri kita banyak mana kita berselawat kepada nabi s.a.w setiap hari berbanding berbual kosong dan mengalun nyanyian. Ini semua sebagai tanda awal untuk mengetahui tahap kasih dan cinta kepada nabi s.a.w

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

قَالَ سَمِعْتُ أُسَامَةَ بْنَ زَيْدٍ يُحَدِّثُ سَعْدًا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ إِذَا سَمِعْتُمْ بِالطَّاعُونِ بِأَرْضٍ فَلَا تَدْخُلُوهَا وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلَا تَخْرُجُوا مِنْهَا  – رواه البخاري

Maksudnya: Saidina Usamah bin Zaid RA pernah menceritakan kepada  Sa’d, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sekiranya kamu mendengar  tentang (penyebaran) wabak di sesuatu tempat, maka janganlah kamu  masuk. Dan sekiranya kamu sudah berada dalam kawasan (penularan  wabak) tersebut, maka janganlah kamu keluar darinya.”

قال رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ : لا يُورَدُ مُمْرِضٌ على مُصِحٍّ – رواه البخاري

Maksudnya: Janganlah didatangkan yang sakit kepada yang sihat

Rahmat pengutusan nabi s.a.w bukan sahaja dirasai oleh umat Islam malah seluruh makhluk yang lain terutama bila kita berada dalam keadaan diuji dengan wabak covid-19 di mana Islam telah menggariskan beberapa cara pencegahan termasuk  pengasingan atau kuarantin orang yang sakit daripada orang yang sihat. Antara  hikmah mengapa Rasulullah SAW

menyarankan agar kawalan pergerakan ini dilaksanakan iaitu: [1] Menjauhi sebab-sebab yang boleh membinasakan manusia.  [2] Mengutamakan kesihatan (kesejahteraan) yang mana ia adalah asas  dalam kehidupan manusia.  [3] Larangan menjauhi udara yang telah dicemari kerana dibimbangi

akan menyebabkan lebih ramai yang sakit.  [4] Menjarakkan diri dari orang yang telah terkena penyakit sekaligus  menjadi langkah pencegahan dari penyebaran wabak. [6] Menyelamatkan diri dari kebergantungan kepada kepercayaan yang salah

Malah Islam menyuruh kita untuk berubat apabila ditimpa penyakit

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً -رواه البخاري

Maksudnya: “Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penawar.” 

Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ اللهَ حَيْثُ خَلَقَ الدَّاءَ، خَلَقَ الدَّوَاءَ، فَتَدَاوَوْا -رواه أحمد

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah ketika menciptakan penyakit, diciptakan juga penawar. Maka berubatlah kamu.” 

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Jumaat : Syafaat Nabi s.a.w Jadi Idaman, Penghina Nabi DiTentang

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ   !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 31 surah Ali ‘Imran :

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Cinta adalah ungkapan yang sering diucapkan. Kalimah cinta menggambarkan perasaan sangat sayang terhadap sesuatu atau seseorang sama ada antara suami dan isteri; ibu dan anak; sesama kaum keluarga serta kaum kerabat. Cinta itu bukan sekadar tumbuh subur di dalam jiwa bahkan suatu tindak tanduk yang dapat diukur melalui tingkah laku seseorang. Sebagai Muslim, kita tidak dapat lari daripada membicarakan perasaan kasih dan sayang kepada Allah SWT dan juga rasul-Nya Nabi Muhammad SAW. Baginda diutuskan kepada manusia untuk membimbing mereka ke jalan yang benar melalui tunjuk ajar dan tindak tanduknya.

Mari kita renungkan sifat cinta Rasulullah SAW kepada umatnya. Baginda dikurniakan Allah SWT sebagai seorang insan yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya. Kasih sayang Rasulullah s.a.w kepada umatnya begitu tinggi sehingga baginda memperjuangkan Islam hingga sampai kepada kita walau pun banyak sekali ujian, ancaman, kesulitan hingga ancaman kematian terhadap baginda. Namun begitu baginda tetap memperjuangkan Islam hingga kita mampu merasai kemanisan Islam ini.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

            Firman Allah dalam ayat 23 surah Saba’ :

وَلَا تَنْفَعُ الشَّفَاعَةُ عِنْدَهُ إِلَّا لِمَنْ أَذِنَ لَهُ حَتَّى إِذَا فُزِّعَ عَنْ قُلُوبِهِمْ قَالُوا مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْ قَالُوا الْحَقَّ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيرُ

Maksudnya : Dan tiadalah berguna syafa’at di sisi Allah melainkan bagi orang yang telah diizinkan-Nya memperoleh syafa’at itu, sehingga apabila telah dihilangkan ketakutan dari hati mereka, mereka berkata “Apakah yang telah difirmankan oleh Tuhan-mu?” Mereka menjawab: (Perkataan) yang benar”, dan Dia-lah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar

قال الرسول: لِكُلِّ نَبِىٍّ دَعْـوَةٌ مُسْـتَجَابَةٌ فَتَعَجَّـلَ كُلُّ نَبِىٍّ دَعْوَتَـهُ وَإِنِّى اخْتَبَأْتُ دَعْـوَتِى شَــفَاعَةً لأُمَّـتِى يَوْمَ الْقِيَـامَـةِ فَهِىَ نَائـِلَةٌ إِنْ شَـاءَ اللَّهُ مَنْ مَـاتَ مِنْ أُمَّـتِى لاَ يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا – رواه مسلم والترمذي وابن ماجه وأحمد

Maksudnya : Setiap Nabi mempunyai doa yang mustajabah, maka setiap Nabi doanya dikabulkan segera, sedangkan saya menyimpan doaku untuk memberikan syafaat kepada umatku di hari kiamat. Syafaat itu insya Allah diperoleh umatku yang meninggal tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun

Tanda cinta Nabi SAW turut dapat dilihat dari sikap prihatinnya terhadap umatnya di padang Mahsyar kelak. Tatkala manusia gementar berhadapan penghakiman Allah SWT terhadap setiap amalan, Baginda SAW merayu kepada Allah SWT supaya umatnya diringankan beban dan dilepaskan daripada seksa api neraka.

Qadhi Iyadh menukil dalam kitab “asy Syifa Fii Huquqi al Musthafa” bahwa syafaat itu terbagi menjadi 5 bahagian :

Syafaat Pertama: Khusus dengan perantaraan Nabi Muhammad SAW yang bersifat menenangkan situasi dan mempercepat hisab kerana lamanya berdiri di padang Mahsyar pada hari qiamat. Tidak ada yang boleh memberikan syafaat ini kecuali nabi Muhammad SAW, dan ini merupakan “syafaat uzhma (syafaat paling agung)”.

Syafaat Kedua: Untuk memasukkan kaum ke Syurga tanpa hisab yang juga khusus pada Nabi kita SAW

Syafaat Ketiga: Untuk kaum yang ditetapkan masuk neraka, lalu Nabi SAW memberikan syafaat kepada mereka dan siapa saja yang dikehendaki Allah, sehingga mereka selamat dari dimasukkan ke dalam neraka.

Syafaat Keempat: Bagi orang-orang yang penuh dosa yang telah masuk neraka. Telah datang hadis-hadis sohih dengan mengeluarkan mereka dari neraka lantaran syafaat Nabi kita SAW, seluruh para Nabi as., para malaikat, dan orang-orang shalih dari hamba-hamba Allah yang mukmin.

Syafaat Kelima: Tentang penambahan darjat kedudukan di dalam surga untuk ahli Syurga yang amal-amalnya tidak cukup untuk mencapainya. Nabi Muhammad SAW pemilik wasilah yang paling tinggi kedudukannya di dalam Syurga.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

قال الرسول: وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لاَ يُؤْ مِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُوْنَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَلِدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ – متفق عليه

Maksudnya:Demi jiwaku ditanganNya! Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihinya daripada anaknya, bapanya sendiri dan sekalian manusia

Pada tahun ini ketika baru memasuki bulan Rabiul Awwal tiba-tiba dunia dikejutkan dengan tragedi berdarah apabila seorang guru subjek Sejarah sebuah sekolah di Perancis telah dibunuh dengan kepalanya dipenggal oleh seorang pemuda Islam  sebagai respon balas terhadap gurunya yang menghina Nabi Muhammad SAW dengan menayangkan beberapa lukisan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW kepada pelajar-pelajarnya di dalam bilik darjah atas dasar hak kebebasan bersuara.  Kita tidak seharusnya menyalahkan pemuda itu sahaja yang bertindak melampau kerana tindakan Presiden Perancis dan pelukis kartun yang menghina Baginda SAW lebih melampau sehingga mencetuskan provokasi yang keterlaluan.

Rasulullah SAW melarang para sahabat menghina sahabat yang lain apabila ada kalangan ayah mereka yang bukan Islam dibunuh dalam Perang Badar kerana menyerang umat Islam. Ini semata-mata bagi menghormati perasaan dan fitrah yang ada dalam hati seseorang manusia yang normal fikirannya. Seandainya Presiden Perancis itu berfikiran normal, maka apakah perasaannya jika dilukis dan dilakarkan kartun yang menghina ayah, ibunya mahupun dirinya sendiri?. Sudah pasti dia sendiri pun mempunyai perasaan marah jika perkara itu dilakukan di hadapannya. Sekiranya dia tidak rasa marah apabila dilakukan sedemikian, itu menandakan dia seorang yang berada di luar tabii manusia biasa.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

            Firman Allah dalam ayat 112 surah Al-An’am :

وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الْإِنسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَىٰ بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا ۚ وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ ۖ فَذَرْهُمْ وَمَا يَفْتَرُونَ

Maksudnya : Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.”

Jika kita meneliti sirah Nabi S.A.W, Baginda telah dihina dan dicerca dengan pelbagai bentuk dan cara, bukanlah kerana Baginda seorang yang jahat atau melakukan kezaliman dan provokasi kepada orang lain, bahkan hanyalah kerana Baginda menyampaikan kebenaran dan berdialog dengan cara terbaik dalam berdakwah. Baginda pernah dituduh dan diburukkan karakternya dengan pelbagai gelaran seperti gila, penipu, ahli sihir, dirasuk jin dan lain-lain lagi yang amat jauh dari keperibadian sebenar Baginda, tetapi akhirnya apa yang berlaku ialah manusia semakin ramai mengenali Islam dan memeluk Islam setelah mengenali Baginda dan ajaran Islam dalam wajahnya yang sebenar.

Selain itu, kita juga dapat saksikan dalam sejarah Islam akibat daripada penghinaan terhadap Rasulullah S.A.W yang mana ia membawa kemusnahan terhadap diri atau kumpulan itu sendiri, antaranya kisah Raja Parsi. Raja Parsi pernah mengoyak surat Rasulullah S.A.W dan menghina Baginda dengan mengatakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W hanya setaraf hambanya sahaja. Lalu Baginda S.A.W mendoakan supaya Allah mengoyakkan kerajaannya dan akhirnya Allah S.W.T telah memakbulkan doa Baginda sehingga jatuhnya empayar Parsi dengan penuh kehinaan dan tidak pernah bangkit semula hingga ke hari ini.

Kita percaya para penghina Rasulullah S.A.W akan ditimpakan oleh Allah S.W.T dengan kehinaan sama ada di dunia atau akhirat. Bukanlah suatu yang sukar bagi Allah S.W.T meruntuhkan kerajaan Perancis kerana biadap menghina kekasihNya.

Sidang Jumaat yang dikasihi Allah,

Pada Disember 2019, Kerajaan Perancis telah meluluskan undang-undang anti semitik iaitu menjadi kesalahan jika melakukan perbuatan dalam bentuk apa sekalipun jika didapati ia adalah anti semitik mahupun anti Zionisme seperti menghina atau melakukan sesuatu yang memberikan imej buruk kepada Yahudi mahupun Israel. Ia jauh berbeza bila dilakukan terhadap Islam dan pemimpin agungnya Nabi Muhammad SAW, ianya tidak menjadi kesalahan malah sememangnya akan dikategorikan sebagai hak kebebasan bersuara . Inikah sikap Perancis dan pemimpinnya, sebuah negara yang penuh dengan ketamadunan, sejarah dan intelektual? Bersikap berat sebelah dan “double standard” terhadap agama dan pemimpin agung agama lain namun melindungi Yahudi dan Zionisme hingga digubal undang-undang? Dimanakah keadilan diletakkan jika hanya melindungi segolongan pihak tetapi membiarkan yang lain?

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 33 surah At Taubah :

هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ (33(

Maksudnya : Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang Musyrik tidak menyukainya.”

Umat Islam mestilah bangkit membantah penghinaan terhadap Rasulullah S.A.W mengikut cara yang dianjurkan oleh syarak, akal yang waras dan akhlak dalam menangani perbezaan agama dan aliran. Tidak boleh menolak mudarat dengan mendatangkan mudarat yang lebih besar. Tidak boleh melampau dalam bertindak balas, serta tidak boleh juga berserah dan berdiam diri kerana itu adalah sikap orang yang dayus serta lemah iman. Hari ini hampir seluruh dunia Islam khususnya di Timur Tengah melancarkan boikot terhadap barangan keluaran Perancis. Banyak pasar raya di Timur Tengah mengeluarkan barangan Perancis dari kedai-kedai mereka. Apabila dilancarkan kempen boikot ini dianggarkan kerugian Perancis melebihi USD 1 bilion sehari. Ini menunjukkan betapa kuatnya kesan dan pengaruh Dunia Islam terhadap ekonomi dan perdagangan Barat.

Selain daripada usaha memboikot barangan buatan Perancis, umat Islam juga mestilah tidak putus menyampaikan dakwah dan menyebarluaskan gambaran sebenar berkenaan Islam dan keperibadian Nabi Muhammad S.A.W.

Biar bermandi darah namun penghinaan terhadap nabi s.a.w wajib disanggah, biar bercerai nyawa dari badan namun kemuliaan nabi s.a.w kami tetap pertahankan, biar nyawa melayang asalkan maruah dan agama kami perjuangkan. Jangan bermain api dengan umat Islam buruk padahnya.

 قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم : لَيَبْلُغَنَّ هَذَا الْأَمْرُ مَا بَلَغَ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ ، وَلَا يَتْرُكُ اللَّهُ بَيْتَ مَدَرٍ وَلَا وَبَرٍ إِلَّا أَدْخَلَهُ اللَّهُ هَذَا الدِّينَ ، بِعِزِّ عَزِيزٍ أَوْ بِذُلِّ ذَلِيلٍ ، عِزًّا يُعِزُّ اللَّهُ بِهِ الْإِسْلَامَ ، وَذُلًّا يُذِلُّ اللَّهُ بِهِ الْكُفْرَ – رواه أحمد والبيهقي

Maksudnya : Sungguhnya perkara ini akan sampai ke seluruh dunia sebagaimana malam dan siang. Allah tidak akan membiarkan satu rumah pun baik di kota mahu pun di desa kecuali Allah akan memasukkan agama ini dengan kemuliaan yang dimuliakan atau kehinaan yang dihinakan: kemuliaan yang dengannya Allah memuliakan Islam dan kehinaan yang dengannya Allah menghina-dinakan kekufuran

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Cinta Nabi s.a.w DiJulang, Penghina Nabi DiTentang

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ   !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 21 surah al-Ahzab :

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيرًا

Maksudnya : Sesungguhnya adalah bagi kamu contoh ikutan yang terbaik pada diri Rasulullah s.a.w, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat. Dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya

Keberadaan kita pada bulan Rabiul Awwal yang merupakan bulan kelahiran junjungan besar nabi Muhammad s.a.w nabi akhir zaman pembawa rahmat kepada seluruh alam. Hadirnya bersama misi dan visi yang besar iaitu memastikan umat manusia yang tenggelam dalam cara hidup jahiliah terutama syirik kepada kembali MengEsakan Allah, daripada mengikut hawa nafsu kepada tunduk kepada suluhan wahyu, daripada sikap kebinatangan kepada akhlak yang mulia. Kita sebagai umat yang beriman begitu yakin bahawa pada diri Rasulullah s.a.w mempunyai contoh teladan yang terbaik dari pelbagai aspek kehidupan samada cara berkeluarga, cara berekonomi, cara bersosial, cara berpolitik, cara bernegara dan sebagainya. Bila kita benar-benar beriman kepada Allah dan rasulNya maka setiap tindak tanduk kita akan membawa kebaikan bukan sahaja pada diri sendiri malah mampu menyebar luaskan kebaikan kepada sekitar. Hanya umat yang meyakini bahawa perlunya kita kepada pengutusan nabi untuk membimbing umat manusia dalam mengurus kehidupan dunia berteraskan agama bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan yang paling penting di akhirat nanti. Islam melarang kita mendewakan nabi sehingga dianggap sebagai Tuhan sebagaimana sesatnya Kristian yang mempertuhankan nabi Isa a.s .

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

            Firman Allah dalam ayat 31 surah Ali ‘Imran :

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

           Sempena berada di bulan Maulidurrasul s.a.w ini marilah kita sama-sama bermuhasabah menghitung diri berkaitan sejauh mana rasa cinta dan kasih kita kepada nabi Muhammad s.a.w, sejauh manakah kesungguhan kita dalam mengamalkan sunnah nabi s.a.w dalam kehidupan seharian. Individu manakah yang lebih kita kenal dan sanjung antara peribadi nabi s.a.w atau artis, pemain sukan dan selainnya yang kita lebih minati. Adakah kita sudah mempunyai seseorang yang kita sanjung dan junjung sepanjang hidup di dunia ini untuk kita bangkit bersama mereka bila keluar daripada lubang kubur menuju ke padang Mahsyar nanti. Nabi s.a.w mengingatkan kita bahawa seseorang itu akan bangkit daripada kuburnya bersama dengan orang yang paling dia kasih semasa hidup di dunia ini. Berapa banyak hadis nabi s.a.w yang telah kita hafaz dan amalkan dalam kehidupan seharian.

Seorang muslim yang mengaku mencintai Rasulullah s.a.w semestinya dia selalu berusaha untuk meneladani sunnah nabi s.a.w dalam kehidupannya mengikuti petunjuk dan perbuatan baginda s.a.w. Imam Ibnu Katsir, ketika menafsirkan ayat 31 surah Ali ‘Imran berkata, “Ayat yang mulia ini merupakan hakim (pemutus perkara) bagi setiap orang yang mengaku mencintai Allah, akan tetapi dia tidak mengikuti jalan (sunnah) Rasulullah s.a.w, maka dia adalah orang yang berdusta dalam pengakuan tersebut dalam masalah ini, sampai dia mahu mengikuti syariat dan agama (yang dibawa oleh) Nabi Muhammad s.a.w dalam semua ucapan, perbuatan dan keadaannya”

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

قال الرسول: وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لاَ يُؤْ مِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُوْنَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَلِدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ – متفق عليه

Maksudnya:Demi jiwaku ditanganNya! Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihinya daripada anaknya, bapanya sendiri dan sekalian manusia

2 minggu lepas dunia dikejutkan dengan tragedi berdarah apabila Samuel Paty, seorang guru subjek Sejarah sebuah sekolah di Perancis telah dibunuh dengan kepalanya dipenggal oleh seorang pemuda Islam  sebagai respon balas terhadap gurunya yang menghina Nabi Muhammad SAW dengan menayangkan beberapa lukisan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW kepada pelajar-pelajarnya di dalam bilik darjah untuk berbincang di atas dasar hak kebebasan bersuara.  Kita tidak seharusnya menyalahkan pemuda itu sahaja yang bertindak melampau kerana tindakan Presiden Perancis dan pelukis kartun yang menghina Baginda SAW lebih melampau sehingga mencetuskan provokasi yang keterlaluan.

Rasulullah SAW melarang para sahabat menghina sahabat yang lain apabila ada kalangan ayah mereka yang bukan Islam dibunuh dalam Perang Badar kerana menyerang umat Islam. Ini semata-mata bagi menghormati perasaan dan fitrah yang ada dalam hati seseorang manusia yang normal fikirannya. Seandainya Presiden Perancis itu berfikiran normal, maka apakah perasaannya jika dilukis dan dilakarkan kartun yang menghina ayah, ibunya mahupun dirinya sendiri?. Sudah pasti dia sendiri pun mempunyai perasaan marah jika perkara itu dilakukan di hadapannya. Sekiranya dia tidak rasa marah apabila dilakukan sedemikian, itu menandakan dia seorang yang berada di luar tabii manusia biasa.

Namun pada dasarnya, dia mestilah kembali kepada hak asasi manusia yang berbeza dengan hak makhluk yang lain. Termasuklah hak binatang sehingga ia menjadi agenda perjuangan kumpulan pencinta alam di negara Barat. Memberi hak kebebasan tidak bermakna diizinkan kebebasan mencuri, merompak sehingga membunuh secara bebas sepertimana binatang buas, juga tidak bermakna dibolehkan bertelanjang di tengah khalayak ramai kerana amalan itu ditolak oleh semua agama dan manusia yang mempunyai sifat kemanusiaan yang sebenar.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

            Firman Allah dalam ayat 112 surah Al-An’am :

وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الْإِنسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَىٰ بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا ۚ وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ ۖ فَذَرْهُمْ وَمَا يَفْتَرُونَ

Maksudnya : Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.”

Jika kita meneliti sirah Nabi S.A.W, Baginda telah dihina dan dicerca dengan pelbagai bentuk dan cara, bukanlah kerana Baginda seorang yang jahat atau melakukan kezaliman dan provokasi kepada orang lain, bahkan hanyalah kerana Baginda menyampaikan kebenaran dan berdialog dengan cara terbaik dalam berdakwah. Baginda pernah dituduh dan diburukkan karakternya dengan pelbagai gelaran seperti gila, penipu, ahli sihir, dirasuk jin dan lain-lain lagi yang amat jauh dari keperibadian sebenar Baginda, tetapi akhirnya apa yang berlaku ialah manusia semakin ramai mengenali Islam dan memeluk Islam setelah mengenali Baginda dan ajaran Islam dalam wajahnya yang sebenar.

Selain itu, kita juga dapat saksikan dalam sejarah Islam akibat daripada penghinaan terhadap Rasulullah S.A.W yang mana ia membawa kemusnahan terhadap diri atau kumpulan itu sendiri, antaranya kisah Raja Parsi. Raja Parsi pernah mengoyak surat Rasulullah S.A.W dan menghina Baginda dengan mengatakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W hanya setaraf hambanya sahaja. Lalu Baginda S.A.W mendoakan supaya Allah mengoyakkan kerajaannya dan akhirnya Allah S.W.T telah memakbulkan doa Baginda sehingga jatuhnya empayar Parsi dengan penuh kehinaan dan tidak pernah bangkit semula hingga ke hari ini.

Kita percaya para penghina Rasulullah S.A.W akan ditimpakan oleh Allah S.W.T dengan kehinaan sama ada di dunia atau akhirat. Bukanlah suatu yang sukar bagi Allah S.W.T meruntuhkan kerajaan pimpinan Emmanuel Macron kerana menghina kekasihNya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 33 surah At Taubah :

هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ (33(

Maksudnya : Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang Musyrik tidak menyukainya.”

Umat Islam mestilah bangkit membantah penghinaan terhadap Rasulullah S.A.W mengikut cara yang dianjurkan oleh syarak, akal yang waras dan akhlak dalam menangani perbezaan agama dan aliran. Tidak boleh menolak mudarat dengan mendatangkan mudarat yang lebih besar. Tidak boleh melampau dalam bertindak balas, serta tidak boleh juga berserah dan berdiam diri kerana itu adalah sikap orang yang dayus serta lemah iman. Hari ini hampir seluruh dunia Islam khususnya di Timur Tengah melancarkan boikot terhadap barangan keluaran Perancis. Banyak pasar raya di Timur Tengah mengeluarkan barangan Perancis dari kedai-kedai mereka. Apabila dilancarkan kempen boikot ini dianggarkan kerugian Perancis melebihi USD 1 bilion sehari. Ini menunjukkan betapa kuatnya kesan dan pengaruh Dunia Islam terhadap ekonomi dan perdagangan Barat.

Jika Dunia Islam bersatu membantah dan memboikot ekonomi dan sebarang urusniaga dengan pihak yang menghina Islam, sudah pasti tiada pihak yang berani memperlekehkan Islam. Yang penting usaha dan pilihan itu berada di dalam tangan kita sendiri. Adakah kita rela membiarkan maruah kita dan Nabi kita dihina musuh atau bangkit mempertahankan hak dan maruah kita sebagai umat beriman?

Akibat daripada kempen boikot yang dilancarkan ini, Perancis mula terasa bahang akibat keceluparan mereka sendiri sehingga ada dari kalangan menterinya yang menyeru supaya dihentikan boikot kerana kononnya ia dianjurkan kumpulan radikal. Dalam masa yang sama Islam melarang umatnya menghina dan memperlekehkan agama lain.