• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib Khutbah

  • ekhutbah Audio MP3

     

  • Tetamu Online

  • Pengurusan Blog

Khutbah Jumaat : Perjanjian Hudaibiah DiHayati Kalimah Allah DiJulang Tinggi

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 27-28 surah al-Hajj :

وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِ‌جَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ‌ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ ﴿٢٧﴾ لِّيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُ‌وا اسْمَ اللَّـهِ فِي أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ عَلَىٰ مَا رَ‌زَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ ۖ فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ‌

Maksudnya : Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh. “Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.

            Kini kita berada pada bulan Zulkaedah yang merupakan bulan ke-2 terakhir dalam taqwim Hijrah. Pada bulan ini ramai di kalangan umat Islam dari seluruh dunia termasuk ibubapa, adik-beradik, sanak saudara mahu pun sahabat handai kita telah dan akan bertolak menuju ke tanah suci Mekah bagi menunaikan Fardhu haji. Kita doakan semoga para jemaah haji diberikan keselamatan sepanjang menunaikan ibadat di Mekah dan dianugerahkan dengan ganjaran haji mabrur yang diidamkan.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُأَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:  العُمْرَةُ إِلَى العُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا، وَالحَجُّ المَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الجَنَّةَ  – مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.

Maksudnya : Antara umrah kepada umrah lainnya itu akan menghapuskan dosa di antara keduanya. Dan haji mabrur tidak ada balasannya melainkan Syurga.

            Semoga pertemuan dan berkumpulnya umat Islam dari seluruh dunia mampu menanam seterusnya membangkitkan semangat untuk bersatu atas dasar Islam dalam membebaskan kita daripada belenggu penjajahan hawa nafsu dan system ciptaan manusia kepada tunduk patuh kepada Allah dan melaksanakan system Islam dalam seluruh aspek kehidupan. Jadikan bilangan yang ramai yang bermanfaat dengan membuang penyakit al-Wahnu iaitu takut kepada mati dan terlalu cinta kepada dunia

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 27 surah al-Fathu :

لَّقَدْ صَدَقَ اللَّـهُ رَ‌سُولَهُ الرُّ‌ؤْيَا بِالْحَقِّ ۖ لَتَدْخُلُنَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَ‌امَ إِن شَاءَ اللَّـهُ آمِنِينَ مُحَلِّقِينَ رُ‌ءُوسَكُمْ وَمُقَصِّرِ‌ينَ لَا تَخَافُونَ ۖ فَعَلِمَ مَا لَمْ تَعْلَمُوا فَجَعَلَ مِن دُونِ ذَٰلِكَ فَتْحًا قَرِ‌يبًا

Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah redha terhadap orang mukmin ketika mereka berbai’ah (janji setia) kepada engkau di bawah pohon. Maka Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi ganjaran kepada mereka kemenangan yang dekat waktunya.

            Bulan Zulkaedah juga turut mencatat beberapa peristiwa besar dan bersejarah antaranya telah berlangsungnya Perjanjian Hudaibiah pada tahun 6 Hijrah antara kaum muslimin pimpinan Rasulullah s.a.w dengan kaum Quraisy. Peristiwa ini berlaku apabila umat Islam yang ingin menunaikan ibadat haji telah dihalang oleh kafir Quraisy. Akhirnya termeterainya Perjanjian Hudaibiah. Antara perkara yang tertulis dalam perjanjian damai ini ialah yang pertama : Rasulullah s.a.w hendaklah pulang dan tidak memasuki Mekah pada tahun ini. Apabila tiba tahun hadapan mereka dibenarkan memasuki Mekah dengan syarat  hanya membawa senjata musafir iaitu pedang bersama sarung sahaja. Perkara ini amat berat diterima oleh umat Islam memandangkan kedatangan mereka pada tahun itu untuk menunaikan haji. Kegagalan untuk menunaikan haji pada tahun tersebut akhirnya memberi kemenangan yang lebih gemilang apabila berlakunya pembukaan Kota Mekah beberapa tahun 8 Hijrah

            Perkara kedua pula berbunyi : Gencatan senjata iaitu tidak boleh berperang antara kedua belah pihak selama 10 tahun. Perkara ini telah memberi peluang kepada umat Islam untuk berdakwah dan berbincang mengenai Islam secara lebih meluas tanpa sekatan menggunakan kekerasan sehingga lebih ramai yang memeluk Islam termasuk Khalid ibnu Walid dan ‘Amru bin al-‘As. Genjatan senjata ini juga telah memberi peluang kepada Rasulullah s.a.w untuk berdakwah melalui pengutusan surat kepada Raja Rom, Parsi, Damsyik dan beberapa kerajaan yang lain yang menyebabkan penguasaan Islam semakin luas.

            Perkara ketiga : Sesiapa yang ingin mengadakan ikatan perjanjian dengan nabi Muhammad s.a.w maka bolehlah melakukannya, begitu juga bagi mereka yang ingin mengadakan perjanjian dengan pihak Quraisy. Mana-mana pihak yang bergabung dengan salah satu daripada pihak tersebut maka ia dianggap suatu juzu’ daripadanya. Sebarang pencerobohan yang dihadapi oleh mereka dianggap menceroboh ke atas salah satu daripada pihak tadi. Perkara ini membolehkan Islam mudah tersebar dan juga menjadi salah satu sebab kepada berlakunya pembukaan Kota Mekah apabila berlakunya pencerobohan terhadap qabilah Khuza’ah yang berada bersama kaum muslimin oleh pihak musyrikin.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

            Perkara keempat berbunyi : Sesiapa di kalangan Quraisy yang datang kepada Muhammad tanpa izin walinya maka hendaklah dihantar pulang ke Mekah dan sesiapa daripada pihak Muhammad yang melarikan diri kepada pihak Quraisy maka dia tidak akan dikembalikan ke Madinah.

            Inilah ia antara hikmat kepada perjanjian damai Hudaibiah di mana jika dilihat secara zahirnya ia begitu merugikan umat Islam tetapi apa yang berlaku adalah memberi kemenangan yang besar buat umat Islam

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Firman Allah S.W.T dalam 1-4 surah al-Ikhlas:

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ۝  ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ۝  لَمۡ یَلِدۡ وَلَمۡ یُولَدۡ ۝  وَلَمۡ یَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ

Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.”          

Baru-baru ini umat Islam digemparkan dengan isu penggunaan kalimah Allah yang mana isu ini sebenarnya telah lama berlaku dan telah ada ketetapan-ketetapan dibuat dan diputuskan mengenainya. Contohnya Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, sebagai ketua agama Islam bagi Negeri Selangor telah melarang penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan berkaitan agama Kristian di Negeri Selangor. Baginda menegaskan bahawa penggunaan kalimah Allah dalam Kitab Bible (terjemahan Bahasa Melayu) atau percetakan apa-apa buku dan tulisan agama Kristian dalam apa-apa bentuk sekali pun tetap dilarang penggunaannya di Negeri Selangor. Titah baginda berpandukan kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor mengenai isu tuntutan penganut Kristian terhadap penggunaan kalimah Allah yang diwartakan pada 18 Februari 2010. Dalam masa yang sama, Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) Tahun 1988 telah dikuatkuasakan di Negeri Selangor yang telah menetapkan bahawa penggunaan kalimah Allah adalah suatu kesalahan untuk digunakan oleh penganut agama bukan Islam. Ini turut diperkuat dengan kedudukan undang-undang berkaitan halangan dan larangan penggunaan kalimah Allah yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan pada Tahun 2014 dalam kes Menteri Dalam Negeri lawan Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur. Dalam kes ini mahkamah memutuskan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam penerbitan agama Kristian.

Kalimah Allah bukan terjemahan Bahasa Malaysia kepada perkataan ‘God’. Sebaliknya perkataan yang mewakilinya adalah tuhan atau dewa. Sekiranya dirujuk kamus-kamus nescaya akan didapati perkataan ‘Allah’ merujuk kepada nama Tuhan dalam kalangan orang Islam, satu-satunya Tuhan dalam agama Islam atau nama Tuhan yang berasal daripada istilah Arab yang digunakan seluruh penganut agama Islam tanpa mengira bahasa. Wujud alasan bahawa kalimah Allah dituntut kerana ianya digunapakai dalam Bible edisi Bahasa Arab dan Bahasa Indonesia. Hakikatnya, ianya adalah kesalahan sejak awal penterjemahan. Buktinya, Bible edisi Bahasa Inggeris tidak menggunakan kalimah Allah sama sekali sebaliknya menggunakan perkataan ‘God’ merujuk Tuhan Bapa dan ‘Lord’ merujuk Tuhan Anak. Justeru, mengapakah mahu diterjemahkan perkataan ‘God’ dengan kalimah Allah? Sehubungan dengan itu, penggunaan kalimah Allah oleh agama lain selain agama Islam adalah suatu perkara yang menyanggah konsep keesaan Allah SWT dan boleh membawa kekeliruan kepada umat Islam.

Kalimah Allah ialah nama khas yang merujuk kepada Tuhan dalam agama Islam. Apabila disebut nama khas maka ianya adalah khusus, istimewa, ditentukan atau diperuntukkan hanya kepada penamanya. Tidak sebagaimana kata nama am yang boleh digunapakai kepada kelompok umum seperti tuhan, manusia atau haiwan. Allah SWT adalah nama Tuhan kepercayaan umat Islam. Justeru, apakah agama yang menuntut penggunaan kalimah Allah ini tidak mempunyai nama tuhannya? Penama yang dinamakan dengan nama khas mempunyai identiti, ciri-ciri atau sifat-sifat yang memperkenalkannya atau mengasingkannya daripada yang lain. Sebagai contoh, rumah ibadat adalah kata nama am yang dikongsi sama, sebaliknya istilah masjid, gereja dan gurdwara adalah perkataan beridentiti yang membezakannya dengan yang lain. Justeru, adakah rasional nama Allah boleh dirujuk kepada dua tuhan dengan identiti serta konsepnya yang berlainan?

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Konsep ketuhanan adalah intipati atau pokok (essence) yang membezakan satu agama dengan agama yang lain. Identiti Allah SWT, tuhan yang dipercayai umat Islam konsepnya terkandung secara tuntas di dalam surah al-Ikhlas . Allah SWT ialah Tuhan yang esa, satu atau tunggal. Menurut Ahli Sunnah Wal-jamaah, esa-Nya Allah SWT pada zat, sifat dan perbuatan-Nya. Esa Allah SWT pada zat memberi maksud tiada pecahan-Nya atau tiada tara-Nya. Esa zat Allah SWT adalah mutlak bukan bermaksud satu dengan dua unsur atau satu dengan tiga unsur. Esa Allah SWT pada sifat memberi maksud tiada seumpama-Nya atau tiada bandingNya. Allah SWT itu bukan Tuhan dengan sifat-sifat manusia dan tiada manusia sama sekali yang memiliki sifat-sifat-Nya. Esa Allah SWT pada perbuatan memberi maksud tiada sekutu-Nya atau tiada tandingNya. Allah SWT menegaskan di dalam al-Quran surah al-Maidah ayat 73:

 لَّقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ ثَالِثُ ثَلَاثَةٍ ۘ وَمَا مِنْ إِلَٰهٍ إِلَّا إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۚ وَإِن لَّمْ يَنتَهُوا عَمَّا يَقُولُونَ لَيَمَسَّنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ ‎﴿٧٣﴾

Maksudnya :  “Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan. Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”

Ayat ini menunjukkan seseorang itu menjadi kafir apabila menyatakan tuhan-tuhan selain Allah sebagai Allah. Ini bermakna kalimah Allah itu tidak boleh digunakan kepada tuhan selain Allah yang Maha Esa yang membawa kepada kekufuran. Kaum Muslimin yang berbahagia, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dan agama bagi negeri. Ini suatu jaminan undang-undang dan menjadi prinsip utama dasar pemerintah dan pihak berkuasa agama dalam menjaga akidah dan tuntutan syariat Islam. Dengan dasar-dasar yang menjaga kepentingan agama Islam ini, umat Islam hendaklah mengambil peluang meningkatkan amalan masing-masing dan mempamerkan akhlak Islam serta mencerminkan keindahan Islam dalam bermasyarakat, berorganisasi dan bernegara. Masyarakat bukan Islam perlulah menghormati agama Islam dan umat Islam sebagaimana umat Islam menghormati kepercayaan agama orang bukan Islam. Elakkan sama sekali apa-apa juga perkara, isu atau persoalan yang menyentuh sensitiviti dan keyakinan antara berbilang agama di negara ini. Setiap lapisan masyarakat wajib menghormati kepercayaan agama masing-masing dan tidak cuba untuk menyentuh sensitiviti agama lain yang boleh merosakkan perpaduan kaum Jika umat Islam boleh menghormati penganut agama lain dengan tidak mencampuri urusan berkaitan agama mereka maka kits juga menggesa agar penganut agama selain dari Islam untuk menghormati penganut agama Islam khususnya dalam penggunaan kalimah Allah yang menjadi pegangan utama umat Islam.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Himpunan Khutbah Bulan Zulkaedah

Sistem Islam DiMartabat Penjajahan Moden DiSekat

Jahiliah diJadikan Ubat Bala Allah Semakin Merebak

Pengajaran berharga Perjanjian Hudaibiah 6H

Fitnah membawa syahidnya Sayyidina Uthman bin ‘Affan

Qiamat DiIngat Amalan Soleh DiTingkat

Khutbah Jumaat : Syawal Menyemai Jiwa Pemenang

الحَمْدُ للهِ  !! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 9 dan 10 surah as-Syamsi :

قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا ﴿٩﴾وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا

Maksudnya : Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

KIni lebih 2 minggu kita menyambut Syawal dan dalam masa yang sama meninggal Ramadhan yang penuh dengan pelbagai keistimewaannya. Hayatilah syair dari Ibnu Rajab Al-Hanbali : “ Hati orang-orang yang benar diselimuti kerinduan dan ratapan akibat derita dengan pemergian Ramadhan. Bagaimana mungkin seorang beriman tidak menitiskan air mata atas pemergian Ramadhan ketika dia sendiri tidak mengetahui apakah dirinya akan berjumpa kembali dengan bulan Ramadan tahun depan. Wahai Ramadan! Berbaik hatilah, air mata para pecintamu mengalir deras. Hati mereka koyak akibat derita pemergianmu. Berharap dengan tetap mengucapkan selamat tinggal padamu akan memadamkan api kerinduan yang terbakar. Berharap dengan meluangkan waktu bertaubat akan memperbaiki segala yang terkoyak dengan segera. Berharap yang tersingkirkan dari mereka yang puasanya diterima akan digabungkan bersama mereka.

Berharap yang terpenjara dengan dosa-dosanya akan dibebaskan. Berharap yang sepantasnya dimasukkan ke neraka akan diampuni. Berharap kasih sayang Tuhan akan dilimpahkan kepada orang-orang yang berlumuran dosa.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sempena berada pada bulan Syawal yang dinamakan bulan kemenangan maka pastikan kita suburkan dengan amal ibadat disamping menjauhi dosa maksiat. Renungi nasihat ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz rahimahuLlah Ta’ala kepada puterinya tentang hakikat hari raya yang sebenar:

لَيْسَ الْعَيْدُ لِمَنْ لَبِسَ الْجَدِيْدَ إِنَّمَا الْعَيْدُ لِمَنْ خَافَ يَوْمَ الْوَعِيْدِ

“Hari raya itu bukan bagi orang yang memakai pakaian baru, akan tetapi hari raya bagi mereka yang takut terhadap hari pembalasan.”

Ibnu Rajab Al-Hanbali rahimahuLlah mengingatkan:

لَيْسَ الْعِيْدُ لِمَنْ تَجَمَّلَ بِاللِبَاسِ وَالرُكُوْبِ إِنَّمَا الْعِيْدُ لِمَنْ غُفِرَتْ لَهُ الذُنُوْبُ

“Dan bukanlah hari raya itu milik orang yang berhias dengan pakaian yang indah dan kendaraannya mewah, tetapi hari raya itu adalah milik orang yang telah diampunkan baginya dosa-dosanya.”

لَيْسَ الْعِيْدُ لِمَنْ لَبِسَ الْجَدِيْدَ إِنَّمَا الْعِيْدُ لِمَنْ طَاعَاتُهُ تَزِيْدُ

“Bukanlah hari raya itu milik orang yang berpakaian baru, akan tetapi (sebenar-benar) hari raya adalah milik orang yang ketaatannya bertambah.”

Amat malang apabila sepanjang Ramadhan kita dapat menjauhi dosa maksiat mata, telinga, lidah, tangan dan pancaindera yang lain tetapi bila masuk Syawal kita diperkudakan oleh hawa nafsu untuk melakukan dosa. Lupakah kita tentang bahayanya dosa yang boleh membawa kepada kerugian dunia dan akhirat. Peringatan Nabi SAW :

الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ وَالإِثْمُ مَا حَاكَ فِى صَدْرِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ  – رواه مسلم

Maksudnya: “Kebaikan adalah dengan berakhlak yang mulia. Sedangkan dosa adalah sesuatu yang menggelisahkan hatimu. (Ketika dosa tersebut dilakukan), tentu engkau tidak suka hal itu nampak di tengah-tengah manusia.” 

Dalam hadis yang lain, Nabi SAW bersabda:

الْبِرُّ مَا اطْمَأَنَّتْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَالْإِثْمُ مَا حَاكَ فِي النَّفْسِ وَتَرَدَّدَ فِي الصَّدْرِ- رواه أحمد

Maksudnya: Kebaikan ialah apa yang membuatkan jiwa tenang. Manakala dosa adalah yang membuat jiwamu gelisah dan ragu-ragu di hatimu.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Rasulullah SAW melalui sabdanya:

إِنَّ الْعَبْدَ إِذَا أَخْطَأَ خَطِيئَةً نُكِتَتْ فِي قَلْبِهِ نُكْتَةٌ ، فَإِنْ هُوَ نَزَعَ وَاسْتَغْفَرَ وَتَابَ صَقَلَتْ قَلْبَهُ ، وَإِنْ عَادَ زِيدَ فِيهَا حَتَّى تَعْلُوَ قَلْبَهُ فَهُوَ الرَّانُ الَّذِي ذَكَرَ اللَّهُ {كَلاَّ بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ} -رواه النسائي

Maksudnya: Sesungguhnya hamba, apabila melakukan satu kesalahan atau dosa, akan ditulis pada hatinya satu titik hitam. Apabila dia meninggalkan dosa, beristighfar dan bertaubat, nescaya digilap hatinya.

Sebaliknya, apabila mengulangi dosa, akan ditambah padanya titik hitam sehingga memenuhi hatinya, maka itulah dipanggil al-raan (الرَّانُ) yang Allah nyatakan: {كَلاَّ بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ} Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.

Kata Abdullah ibn Mas’ud R.A:

‎إِنَّ الْمُؤْمِنَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَأَنَّهُ فِي أَصْلِ جَبَلٍ يَخَافُ أَنْ يَقَعَ عَلَيْهِ، وَإِنَّ الْفَاجِرَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَذُبَابٍ وَقَعَ عَلَى أَنْفِهِ – رواه  الترمذي

Maksudnya: “Seorang Mukmin melihat dosa-dosanya seperti dia berada di bawah gunung, dia takut gunung itu akan menghempapnya. Sedangkan orang fajir (derhaka), dia melihat dosa-dosanya seperti melihat lalat hinggap di hidungnya.”

Ulama menyifatkan dosa ialah sesuatu yang ketagih umpama dadah atau arak. Sekali dicuba maka sukar untuk ditinggal. Dosa juga ibarat racun di mana ia memberi kesan kepada kehidupan kita mengikut kadar banyak atau sedikit dosa yang dilakukan.

Oleh itu jangan kotori kemuliaan Syawal dengan dosa maksiat. Jangan sama sekali kita terpengaruh dengan bisikan syaitan yang menyuruh kita meninggal solat, puasa , bersedekah atau tmenutup aurat atas alasan tidak ikhlas. Sebalknya  lakukan ibadat berterusan sehingga ikhlas. Kita tidak tahu bila kita akan mati dan bila kita yakin betul-betul boleh ikhlas dalam menunaikan amalan soleh.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 140 surah Ali ‘Imran :

إِن يَمْسَسْكُمْ قَرْحٌ فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِّثْلُهُ ۚ وَتِلْكَ الْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَيَتَّخِذَ مِنكُمْ شُهَدَاءَ ۗ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ ‎﴿١٤٠﴾‏

Maksudnya : Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka maka sesungguhnya kaum kafir itu pun (dalam perang Badar) mendapat luka yang sama. Dan masa kejayaan dan kekalahan itu, Kami gilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pengajaran). Dan agar Allah membezakan orang-orang beriman (dengan orang-orang kafir) dan supaya sebahagian kamu dijadikanNya gugur sebagai syuhada’. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim

Ketika menyambut Syawal juga kita sepatutnya mengambil iktibar daripada Peperangan Uhud yang berlaku pada Syawal tahun 3 Hijrah. [1] bahawa janji Allah akan kemenangan itu cuma akan berlaku, sekiranya kita taat pada Allah ﷻ. Sebagaimana kita tahu, sahabat ra ada yang melakukan kesilapan pada Perang Uhud, di mana 50 orang pemanah meninggalkan Jabal Rama sebelum mendapat keizinan daripada Nabi ﷺ. Ini membuatkan tentera berkuda Khalid Al-Walid pada masa itu belum lagi memeluk Islam mengambil kesempatan untuk menyerang umat Islam daripada belakang. Sama pada kita pada hari, janji kemenangan dan kebahagiaan itu cuma diberikan setelah sekalian kita menunjukkan ketaatan kepada Allah.

            [2] bahawa dalam kekalahan itu terdapat ujian kepada sekalian umat Islam. Seandainya Allah ﷻ hanya memberikan kemenangan dan keuntungan setiap masa kepada semua manusia yang memeluk Islam, maka bagaimana dibezakan di antara mereka yang benar-benar ikhlas beriman, dengan mereka yang hanya beriman dan gembira di kala mendapat manfaat dan ingkar pada ketika diuji? Malahan, itu merupakan salah satu sifat munafik, beriman ketika untung dan kufur ketika mendapat ujian atau bala. Sedangkan mereka yang beriman kekal mengikhlaskan diri kepada Allah, dalam susah dan senang. Dalam kelapangan mereka bersyukur kepada Allah. Dalam diberikan nikmat, mereka faham itu semua adalah milik Allah, namun dipinjamkan atas sifat Belas Kasihan Allah. Dalam ujian, mereka memahami itu tandanya Allah ingin menghapuskan dosa. Dalam ditimpa bala, mereka memahami itu ertinya Allah ingin mereka membuktikan keikhlasan dan keimanan mereka kepada Allah yang tidak berbelah bahagi, tanpa mengira masa dan keadaan.

            [3] bahawa setiap ujian dan bala menimpa, mempunyai pengajaran yang sangat berharga untuk jangka masa panjang. Benar sahabat ra ada melakukan kesilapan pada Uhud, namun kesilapan itu dididik Allah dengan kekalahan, sehingga selepas daripada Uhud, tidak ada lagi para sahabat ra yang ingkar pada arahan Nabi ﷺ. Kerana itu kita perhatikan, peperangan Nabi ﷺ bersama para sahabat tidak lagi mengalami kekalahan setelah Perang Uhud. Kesilapan mereka ambil sebagai pengajaran dan dijadikan bekalan untuk lebih matang dan cekal beriman, kerana itu, mereka akhirnya menamatkan hidup mereka dengan keimanan yang teguh kepada Allah dan rasulNya, dan juga membawa pulang amal soleh yang hanya Allah tahu betapa besar dan berharga ketika bertemu denganNya.

[4] bahawa proses menang dan kalah merupakan suatu ketentuan Allah bukannya datang secara kebetulan dan bergantung kepada nasib semata-mata. Kita perlu faham tentang ketentuan kemenangan iaitu سُنَّةُ النَّصْرِ dan ketentuan kekalahan iaitu سُنَّةُ الهَزِيْمَةِ di mana musuh Islam sekali pun tetap diberi kemenangan jika mereka memenuhi syarat kemenangan. Begitulah juga dengan umat Islam jika mencukupi syarat kekalahan maka kita akan kalah walau pun perjuangan Islam adalah benar sekali pun.  Sayyidina Ali Karramallahu wajhah pernah mengingatkan kita : “Kebenaran yang bergerak tanpa organisasi dan perancangan yang tersusun bakal dikalahkan oleh kebatilan yang bergerak dengan cara tersusun”.

  Semoga syarat kemenangan Islam kita dapat penuhi untuk mencapai kemenangan yang dijanjikan oleh Allah dunia dan akhirat nanti

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Himpunan Khutbah Bulan Syawal

Istiqamah Bentuk Umat Cemerlang Negara Gemilang

AidilFitri DiRai, Syariat DiHayati, Kasih Sayang Bersemi

Syawal DiRai Zionis Yahudi DiPerangi

Syarat Kemenangan DiIkut Zionis Yahudi DiTunduk

Islamkan Sambutan Raya Raih Kehidupan Mulia

  1. Ketetapan Kalah Dan Menang Dalam Perjuangan
  2. Syawal Semarakkan Jihad Kemenangan

Islam Dijulang Keganasan Tentera Ahzab Moden Dihalang Syarat Dipenuhi Kemenangan Dunia Akhirat Dirai

  1. Bahaya Silap Pilih 3 Pangkat
  2. Peperangan Ahzab
  3. Peperangan Hunain
  4. Menyoroti Hikmat Peperangan Uhud
  5. Iktibar Daripada Peperangan Hunain
  6. Iktibar Peperangan Uhud
  7. Peperangan Khandak
  8. Peperangan Uhud Peringatan Berharga

Jauhi Maksiat Perolehi Berkat Maksiat Disisih Kemenangan Diraih

Istiqamah Tarbiah Ramadhan Musibah Kematian Ulama

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.  

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 1 surah al-Anbiya’ :

اقْتَرَبَ لِلنَّاسِ حِسَابُهُمْ وَهُمْ فِي غَفْلَةٍ مُّعْرِضُونَ ﴿١

Maksudnya : Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.

Hari ini kita berada pada hari terakhir bagi Ramadhan 1444H.  Sebulan Ramadan yang dilalui ibarat suatu perjalanan tarbiah dan rohaniah yang sewajarnya memberi kesan terhadap diri. Berpuasa secara zahir dan dihubungkan dengan batin bakal membawa keinsafan kepada diri bahawa kelahiran kita asalnya fitrah ibarat kain putih yang tercerna dengan pengalaman hidup yang pelbagai lalu wujud keinginan kembali semula ke fitrah. Manusia pada asasnya memiliki dua sifat iaitu nasiyya atau lupa dan ghaflah atau lalai seperti yang disebutkan oleh al-Quran. Kelupaan dan kelalaian perlukan peringatan. Melakukan puasa yang dibuat berulang-ulang ibarat peringatan Allah kepada kita supaya kita menjadi lebih manusiawi dalam niat dan amalan

Oleh itu antara doa yang diajarkan oleh nabi s.a.w agar kita dihindari daripada perkara yang buruk selepas memiliki suatu kebaikan

اللّهُمّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الحَوْرِ بَعْدَ الكَوْرِ – رواه ابن ماجه

Maksudnya : Ya Allah, saya berlindung kepada-Mu dari kembali (kepada keburukan termasuk kekufuran) setelah (mendapatkan) tambahan (kebaikan terutama keimanan). 

Ulama’ menyatakan maksud hadis ini seperti kembali kepada kekufuran selepas keimanan, maksiat selepas tunduk ibadat, kurang amalan selepas berjaya menambahnya, keburukan selepas mendapat kebaikan. Oleh itu kita doakan semoga kita berjaya menjadi hamba Allah yang kekal beribadat serta menjauhi maksiat bukan sahaja pada bulan Ramadhan malah pada 11 bulan selepasnya. Kita mohon perlindungan daripada Allah daripada menjadi hamba Ramadhan iaitu kuat beribadat dan menjauhi dosa maksiat, memusuhi syaitan, mengawal hawa nafsu hanya pada bulan Ramadhan sahaja sedangkan pada bulan yang lain kita tidak menghirau suruhan dan larangan Allah.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 9-10 surah As-Syamsu :

قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا ﴿٩﴾ وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا ﴿١٠

Maksudnya : Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), (9)Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat) 

Sayyidina Ali bin Abi Thalib RA pernah berkata: “Aduhai seandainya aku tahu siapakah yang diterima amalannya pastilah kami akan mengucapkan selamat kepadanya, dan siapa yang ditolak amalannya, kami akan bersedih kepadanya”. Para generasi salaf, 6 bulan pasca Ramadhan mereka gunakan untuk memohon kepada Allah agar seluruh amalan di bulan Ramadhan diterimanya. Khalifah Umar bin Abdul Aziz, di saat berkhutbah di hadapan rakyatnya pada hari raya : “Wahai rakyat sekalian! Kalian telah berpuasa selama 30 hari, dan telah solat malam selama 30 hari. Sekarang tiba saatnya kalian keluar dari bulan Ramadhan untuk memohon pada Allah agar semuanya diterima”.

Antara usaha kita dalam memastikan tarbiah Ramadhan tidak terhenti dengan berlalunya Ramadhan ialah dengan kita terus bersemangat untuk membaca, memahami dan mengamalkan al-Quran. Kita terus jinak dengan solat berjemaah di masjid atau surau. Tidak lupa untuk kita hidupkan bulan lain dengan puasa sunat termasuk merebut kelebihan puasa sunat  enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w :

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ – رواه مسلم

Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.

Abu Said Al-Khudri RA berkata: Rasulullah saw bersabda

 مَنْ صَامَ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللهِ بَعَّدَ اللهُ وَجْهَهُ عَنْ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا – رواه البخاري.

Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah swt menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun”. 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 4-6 surah at-Tiin :

لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ ﴿٤﴾ ثُمَّ رَدَدْنَاهُ أَسْفَلَ سَافِلِينَ ﴿٥﴾ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَلَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ ﴿٦

Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah,  Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus  

Setiap diri insan yang beriman sentiasa mengambil berat tentang kuantiti dan kualiti amalan soleh mereka di mana timbul perasaan sentiasa berharap agar Allah maqbulkan disamping berasa takut jika amalan ditolak sehingga dia begitu bersungguh dan cermat dalam ibadat dan memohon keampunan. Ibnu Rajab Al-Hanbali RH menukil dalam kitabnya  “Lathaa`ifu al-Ma’aarif” berkaitan 5 tanda yang menunjukkan bahawa amal atau ibadah mu’min diterima di bulan Ramadhan:

[1] Memiliki persepsi atau pandangan yang benar berkaitan amalan yang dilakukan. Amal yang dilakukan di bulan Ramadhan tidak sampai membuatnya membezakannya dengan bulan yang lain.  Ungkapan ulama’ : “Sehina-hina kaum adalah yang mengenal hak-hak Allah hanya di bulan Ramadhan saja. Sesungguhnya orang soleh adalah yang beribadah dan bersungguh-sungguh sepanjang tahun.”

[2] Lahir sebagai hamba Allah bukan hamba Ramadhan iaitu beramal tidak bergantung pada bulan sebaliknya bergantung kepada Allah sepanjang masa

[3] Melakukan ibadat secara istiqamah atau berkesinambungan. Kalau di bulan Ramadhan dia berpuasa, bersedekah, membaca Al-Qur`an dan qiamullail maka di bulan-bulan lain juga mengamalkannya secara berterusan.

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحَبُّ الْأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَدْوَمُهَا وَإِنْ قَلَّ  – رواه مسلم

Maksudnya : Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit.

[4]  Diberi taufiq atau pertolongan oleh Allah untuk mengamalkan kebaikan setelah berlalu Ramadhan.  Sebagian ulama berkata:  “Pahala kebaikan adalah kebaikan yang dilakukan setelahnya. Sesiapa melakukan amal kebaikan kemudian diikuti dengan kebaikan berikutnya, maka itu sebagai tanda diterima amal kebaikan yang pertama. Sementara orang yang melakukan amal keburukan setelah kebaikan, itu sebagai tanda amalnya tidak diterima oleh Allah.”

Ibnu Rajab RH berkata:  “Sesiapa yang mengamalkan beberapa ketaatan dan menyelesaikannya, maka tanda amal itu diterima adalah ketika berlanjutan atau bersambung dengan ketaatan yang lain. Sedangkan tanda amal ditolak ketika diiringi maksiat setelah selesai melakukan sesuatu amal kebaikan”.

[5]   Tidak lupa bersyukur kepada Allah yang memudahkan dan memberinya taufiq untuk beramal soleh. Ketika Wahab bin Warad ditanya mengenai pahala amalan tertentu seperti towaf dan semacamnya, beliau menjawab: “Jangan bertanya tentang pahalanya, tapi bertanyalah: apa kamu sudah bersyukur kepada Allah yang telah memberi taufiq dan pertolongan untuk melakukan amal kebaikan tersebut.”

Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T,

إِنَّ اللَّهَ لاَ يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ الْعِبَادِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوْسًا جُهَّالاً فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا – رواه البخاري ومسلم

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT tidak menghapus ilmu pengetahuan dengan cara mengambil sekaligus daripada hamba-hamba-Nya. Tetapi Allah SWT menghapus ilmu pengetahuan itu dengan kematian ulama sehingga tiada lagi orang yang alim. Ketika itu orang ramai melantik ketua-ketua mereka dari kalangan orang yang jahil dan apabila mereka ditanya mereka memberi fatwa dengan sewenang-wenangnya tanpa berpandukan ilmu pengetahuan. Maka mereka sesat lagi menyesatkan.” 

Ramadhan tahun ini menyaksikan kita kehilangan beberapa orang Ulama yang boleh dianggap satu musibah terutama apabila kematian mereka berturut-turut pada waktu hampir sama  dan ia digambarkan seolah-olah rantaian biji tasbih yang jatuh serta terungkai sekali gus. Peringatan daripada Nabi s.a.w bagaimana cara ilmu dicabut ialah dengan kematian ulama. Justeru, hendaklah kita pelajari ilmu dari para ulama dengan cara bertalaqqi sebelum mereka meninggalkan kita. Ini kerana, ilmu tidak boleh diwarisi seperti mana harta, sebaliknya perlu dipelajari dan ditekuni dengan bersungguh-sungguh.

Kelebihan ulama dalam memberi petunjuk keimanan kepada masyarakat supaya masyarakat menjadi celik daripada sebarang kejahilan kerana kejahilan akan membawa bala kepada mereka yang jahil tanpa pegangan agama yang kukuh. Kematian ulama dianggap sebagai musibah yang besar kerana ulama adalah pewaris nabi dan pelita bagi umat ini. Untuk melahirkan ulama yang berwibawa dan mursyid ummah, memerlukan tempoh yang panjang dan tapisan yang tebal. Justeru, sedikit sahaja yang tergolong dalam golongan ulama rabbani yang berani menyatakan kebenaran dan berdakwah dengan penuh hikmah.

Daripada Sayyidina Ali RA, berkata:

إِذَا مَاتَ العَالِمُ ثُلِّمَ فِي اَلإِسْلَامِ ثُلْمَةٌ لَا يَسُدُّهَا شَيْءٌ إِلَى يَوْمِ القِيَامَةِ

Maksudnya: “Apabila matinya seorang alim nescaya dipatahkan mercu tanda Islam yang tidak mungkin dapat ditampungnya oleh sesuatu hingga hari kiamat.”

Daripada Sayyidina Umar RA, katanya:

لَمَوْتُ أَلْفِ عَابِدٍ قَائِمِ اللَّيْلِ صَائِمِ النَّهَارِ، أَهْوَنُ مِنْ مَوْتِ عَاقِلٍ

Maksudnya: “Mati seribu orang ahli ibadat yang berqiamullail dan puasa sunat di siang hari lebih ringan daripada mati seorang yang berakal lagi alim.”

Sulaiman Rahimahullah pula berkata:

لَا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا بَقِيَ الأَوَّلُ حَتَّى يَتَعَلَّمَ الآخِرُ، فَإِذَا هَلَكَ الأَوَّلُ قَبْلَ أَنْ يَتَعَلَّمَ الآخِرُ هَلَكَ النَّاسُ

Maksudnya: “Manusia sentiasa dalam kebaikan selama mana masih kekal generasi pertama sehingga yang kemudian dapat mempelajarinya. Jika binasa generasi yang pertama sebelum dipelajari oleh generasi seterusnya, maka binasalah manusia.”

Ketika ditanya kepada Sa’id Bin Jubair Rahimahullah: “Apakah alamat binasanya manusia? Jawabnya: “Apabila para ulama mereka meninggal dunia.”

Daripada nas dan kenyataan di atas, jelas menunjukkan kepada kita betapa ilmu, hikmah dan juga para ulama mempunyai kelebihan yang tersendiri. Justeru apabila berlaku kematian ulama, maka sebenarnya cacatlah dunia ini dan umat manusia dengan terpadamnya pelita atau obor yang menyuluh kehidupan mereka. Semoga para ulama diberkati Allah dan ilmu mereka terlebih dahulu dapat diambil dan dikutip dari mulut mereka oleh generasi selepasnya agar kesinambungan ilmu bersilsilah tidak terputus

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Jumaat : Istiqamah DiJaga Lailatul Qadar DiDamba

الحَمْدُ للهِ  !! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 1-5 surah al-Qadar :

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ﴿١﴾ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ ﴿٢﴾ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ ﴿٣﴾ تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ ﴿٤﴾ سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ ﴿٥

Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,  Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?. ( Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.  Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);  Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! 

Kini kita mula telah memasuki  10 malam terakhir bulan Ramadhan bagi tahun 1444H  yang memberi isyarat jelas supaya kita semakin bersemangat dalam menambahkan bekalan akhirat pada saat yang begitu berharga ini terutama salah suatu malamnya akan ada Lailatul Qadar yang beribadat padanya lebih baik daripada 1000 bulan atau  83 tahun 4 bulan. Dikatakan lebih baik daripada seribu bulan di mana Imam al-Qurtubi berkata: “Malam Qadar mempunyai kelebihan kerana banyaknya keistimewaan dan malam tersebut dibahagikan kebaikan yang banyak yang tidak terdapat seumpamanya pada seribu bulan. Ramai ulama dan ahli tafsir berpendapat amalan dilakukan pada malam Qadar lebih baik daripada seribu bulan yang tiada padanya malam Qadar. Hal ini, disokong oleh Abu al-‘Aliyah. Maksud Jibril dan Malaikat turun pada malam tersebut pula di mana Imam Qurtubi berkata: “Mereka turun daripada setiap langit dan juga Sidratul Muntaha ke langit dunia untuk mengaminkan doa orang yang memohon pada malam tersebut hingga waktu fajar. Turunnya malaikat dan Jibril membawa rahmat dengan perintah Tuhan.

Manakala maksud mendapat keselamatan dan kebaikan semuanya tanpa sebarang kejahatan hingga keluarnya fajar di mana ahli tafsir Al-Dahhaq berkata: “Allah tidak takdirkan pada malam tersebut kecuali keselamatan. Sedangkan imam Mujahid berpendapat: “Ia merupakan malam selamat di mana syaitan tidak mampu untuk melakukan sebarang kejahatan pada malam tersebut.”

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

قال الرسول : مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِإِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ -– رواه البخاري ومسلم.

Maksudnya : Sesiapa yang bangun beribadat pada Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka diampunkan baginya  dosa-dosanya yang telah lalu

Jika dalam urusan dunia seperti bila adanya tawaran gaji lumayan, jualan murah serta bonus kerja maka kita pasti berebut dan rasa begitu gembira apabila berjaya mendapatnya. Sepatutnya semangat berlumba untuk mendapatkan Lailatul qadar mesti lebih bersungguh daripada mengejar habuan dunia. Kita jangan hilang fokus dan tumpuan bila berada di akhir Ramadhan sebaliknya amalan soleh kita termasuk solat berjemaah, iktikaf di masjid, membaca al-Quran, bersedekah terus dijaga dan ditambah. Perbanyakkan zikir, istighfar dan doa terutama

Dari Aisyah RA, beliau bertanya kepada Nabi SAW:

يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ عَلِمْتُ أَيُّ لَيْلَةٍ لَيْلَةُ القَدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَا؟ قَالَ قُولِي: اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي – رواه أحمد والترمذي والنسائي والبيهقي

Maksudnya: Wahai Rasulullah, jika aku menjumpai satu malam merupakan Lailatul Qadar, apa yang harus aku ucapkan di malam itu? Baginda menjawab: Ucapkanlah:

 اللَّـهُـمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ تُـحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku.”

Jangan biarkan persiapan menyambut hari raya mengganggu tumpuan kita dalam mengejar Lailatul qadar bagi menjamin hari raya yang lebih hebat dalam Syurga  Allah di akhirat nanti

قال الرسول : “تحَرَّوْا لَيْلَةَ القَدْرِ فيِ الوِتْرِ مِنَ العَشِر الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ” – رواه البخاري ومسلم

Maksudnya : Carilah Lailatul Qadar pada bilangan ganjil pada 10 malam terakhir daripada  Ramadhan

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam  ayat 204-205 surah al-A’araf:

وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ ﴿٢٠٤﴾ وَاذْكُر رَّبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ وَلَا تَكُن مِّنَ الْغَافِلِينَ ﴿٢٠٥

Maksudnya : Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.  Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.

Suatu kajian menunjukkan bahawa sesuatu perbuatan yang sentiasa dibuat berulangkali dalam suatu tempoh tertentu boleh menimbulkan perasaan untuk terus melakukannya bila berjaya dihayati. Menyedari perkara ini maka kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk mengekalkan momentum tarbiah Ramadhan dengan sama-sama mengekalkan amalan soleh yang telah kita jayakan pada bulan Ramadhan ini pada 11 bulan lain selepas ini antaranya memperbanyakkan bacaan al-Quran seterusnya tadabbur makna dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Pastikan program membaca al-Quran ada dalam jadual harian kita supaya tidak menjadikan alasan sibuk untuk tidak membaca al-Quran sedangkan masa untuk berbual, menonton tv, bermain sukan sentiasa ada dalam jadual walau sesibuk mana pun kita. Kita tidak mahu menjadi manusia yang lalai dengan kehidupan dunia sehingga lupa kepada akhirat

قال النبي (ص) : مَن قَرَأَ عَشْرَ آيَاتٍ فِي لَيلَةٍ لَم يُكتَبْ مِنَ الغَافِلِينَ
– رواه الحاكم في المستدرك

Maksudnya : Sesiapa yang membaca 10 ayat (daripada al-Quran) pada malam hari, maka dia tidak termasuk orang-orang yang lalai.”

Imam Nawawi mengatakan dalam kitab Al-Adzkar : “Ketahuilah bahawa bacaan Al-Qur’an merupakan zikir yang utama, maka hendaknya dibiasakan. Jangan sampai berlalunya sehari semalam tanpa membaca al-Quran. Hal tersebut dapat diraih dengan sekadar membaca ayat meskipun sedikit”.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 30 surah Fussilat :

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّـهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ ﴿٣٠

Maksudnya : Sesungguhnya orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari masa ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu

Sempena berada dipenghujung Ramadhan juga marilah kita sama-sama bermusabah agar semangat Ramadhan terus membara dalam diri bukannya semakin lemah dan tidak lagi fokus dalam amal ibadat. Begitu juga usaha dalam memastikan kita dapat terus istiqmah dengan amal soleh bukan sahaja pada awal Ramadhan malah terus melaksanakannya sehingga berakhir Ramadhan dan seterusnya pada 11 bulan selepas Ramadhan nanti. Adakah kita berjaya menjadi pemenang hasil tarbiah Ramadhan atau termasuk dalam golongan gagal sebagaimana yang disifatkan oleh nabi s.a.w betapa ramai yang berpuasa tetapi gagal mendapat apa-apa ganjaran akhirat kecuali lapar dan dahaga sahaja. Oleh itu, tanyalah diri kita Pertama, selama berpuasa, saya merasa takut bahawa puasa saya hanya untuk menahan lapar dan dahaga dari sebelum subuh sampai matahari terbenam, tidak akan ada amalan pahala yang mengalir pada diri ini. Itu semua kerana saya hanya fokus pada perasaan takut badan menjadi kurus. Fizikal menjadi lemah karena saya merasa kelaparan dan kehausan sampai melupakan makna sejati dari berpuasa itu sendiri.

Kedua. Ada hawa nafsu serakah pada jiwa ini dan sulit untuk mengawalnya. Berapa banyak wang dan dana yang harus dihabiskan hanya untuk menimbun bahan makanan dan pakaian demi terlihat sebagai pemenang.

Mengapa saya menjadi lebih boros selama bulan Ramadhan dan itu ertinya, saya masihlah berada dalam golongan orang yang kalah. Nafsu duniawi masih berlegar dalam  perilaku diri sehari-hari.

Ketiga. Saya memang sedang berpuasa, namun banyak perbuatan saya yang tidak ikut di dalamnya. Mungkin ada perilaku yang terikut nafsu jahat yang saya lakukan di bawah alam sadar karena kebiasaan sebelumnya.

Perilaku berkata bohong, berbual kosong, menghina, mengumpat atau dengki serta berprasangka buruk pada orang lain, sahabat dibimbangi akan menghilangkan ganjaran dari ibadah puasa ini.

Keempat. Kebingungan dalam memanfaatkan dan mengatur waktu. Malam lailatur qadar, harusnya berburu malam ampunan, justru dihabiskan untuk berburu berbagai diskaun di kedai dan gedung daripada mengaji atau tadarus al-Quran dan ibadat khusus yang lain,

Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun sebelum ini dalam melahirkan diri kita sebagai hamba Allah yang bertaqwa yang mulia dan bahagia dunia dan akhirat

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Jumaat : Ramadhan dan al-Quran Semarak Jihad Bebaskan al-Aqsa

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.  

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 82 surah al-Isra’:

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا

Maksudnya : Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.

Syukur kita panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat Ramadhan di mana kini telah 2 minggu kita sama-sama diberikan kesempatan untuk beramal pada bulan yang penuh keberkatan ini. Ramadhan dan al-Quran tidak dapat dipisahkan maka begitulah juga dengan diri kita jangan pisahkan daripada al-Quran. Kemuliaan Ramadhan berkait rapat dengan penurunan al-Quran maka begitulah hati kita bila sentiasa disirami dan dipenuhi dengan al-Quran akan membawa kepada kemuliaan diri dunia dan akhirat. Amat rugi apabila kita mampu membaca akhbar, majalah, whatsap, tonton tv, layari internet, berbual kosong sedangkan sentiasa memberi seribu alasan untuk tidak membaca al-Quran.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 57 surah :

 يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِّمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ‎﴿٥٧﴾

Maksudnya : Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.

Dalam ayat yang mulia ini, setidaknya Allah  menyebutkan 4 fungsi Al-Qur’an, iaitu: mau’idzah (nasihat) , syifa’ (penyembuh) bagi penyakit hati, huda (sumber petunjuk), dan rahmat bagi orang beriman. Syekh Abdurrahman bin Nashir As-Sa’di rahimahullah menjelaskan, “Di dalam Al-Qur’an terdapat peringatan tentang amalan yang menyebabkan murka Allah dan berdampak mendapat hukuman-Nya. Di dalamnya terdapat peringatan agar kita menjauhinya disertai penjelasan dampak buruk dan kerosakan yang ditimbulkan kerananya. Al-Quran ini merupakan penyembuh bagi penyakit hati, baik berupa penyakit syahwat yang menghalangi manusia untuk tunduk kepada syariat, mahupun penyakit syubhat yang mengotori keyakinan aqidah.

Di dalam Al-Quran juga terdapat nasihat, motivasi, peringatan, janji, dan ancaman yang akan menimbulkan perasaan harap dan sekaligus takut di hati para hamba. Jika muncul dalam perasaannya motivasi untuk beramal kebaikan dan rasa takut untuk berbuat kemaksiatan di mana perasaan itu akan terus tumbuh. Hal ini kerana orang tersebut selalu mengulang dan mengkaji makna Al-Quran, sehingga akan mendorong dirinya untuk lebih mendahulukan perintah Allah daripada keinginan nafsunya. Pada akhirnya, dia akan menjadi hamba yang lebih mencari rida Allah daripada nafsu syahwatnya sendiri.

Demikian pula berbagai penjelasan dan dalil yang ada dalam Al-Qur’an telah Allah sebutkan dengan sangat jelas dan terang. Hal ini akan menghilangkan setiap syubhat yang menghalangi kebenaran masuk dalam dirinya sehingga hatinya pun berada pada puncak darjat keyakinan dalam menerima kebenaran. Ketika hati itu sihat dan bebas dari penyakit, keadaannya akan diikuti oleh seluruh anggota badannya. Seluruh anggota badan akan jadi baik disebabkan baiknya hati dan akan menjadi rosak disebabkan rosaknya hati.

Al-Quran merupakan hidayah dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. Yang dimaksud hidayah adalah mengetahui kebenaran dan mengamalkannya. Rahmat merupakan kesan dari kebaikan dan kebajikan, dan balasan kebaikan di dunia mahupun di akhirat, bagi mereka yang dibimbing olehnya. Hidayah adalah perkara yang paling penting, dan rahmat merupakan tujuan dan keinginan yang paling lengkap. Namun, tidak akan mendapat hidayah dan mendapat rahmat, kecuali orang beriman. Jika telah mendapat hidayah dan terwujud rahmat, maka kebahagiaan dan kemakmuran, keuntungan dan kejayaan, kegembiraan dan kesenangan akan tercapai dunia dan akhirat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat  35 surah al-Maidah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ‎﴿٣٥﴾

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.

Ramadhan yang mulia ini, Rasulullah SAW mengajar kita untuk membina jati diri, membina satu  perjuangan atau suatu jihad yang kecil untuk dilatih melakukan satu perjuangan atau jihad yang besar iaitu jihad melawan nafsu. Jihad nafsu bermaksud mengawal diri untuk melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT. Melawan hawa nafsu atau mujahadatun nafsi sememangnya sangat sukar bagi kita kerana tanpa kesedaran dan kemahuan yang sungguh-sungguh kita pasti dikalahkan.

Berjihadlah terhadap diri sendiri supaya mentaati Allah SWT dan menjauhi hawa nafsu, berjihadlah melawan syaitan supaya godaan dan gangguan dihapuskan, berjihadlah menentang orang zalim supaya kezaliman dapat dibasmi dan berjihadlah menentang orang kafir supaya kekufuran dapat dihindari. Ulama menegaskan jihad melawan nafsu mempunyai 4 peringkat: [1] Berjihad melawan nafsu dengan mempelajari petunjuk dan kebenaran Islam, kerana Islam satu-satunya sumber kebahagiaan dan keselamatan jiwa dalam kehidupan dunia dan akhirat. [2] Berjihad melawan nafsu dengan mengamalkan apa yang dipelajari dan apa yang diketahui. [3] Berjihad melawan nafsu dengan berdakwah kepada masyarakat, berdasarkan ilmu yang dipelajari dan diamalkan dalam semua aspek kehidupan. [4] Berjihad melawan nafsu dengan bersabar dalam memikul beban dakwah dan menghadapi gangguan daripada musuh dakwah.

Ibnu Rajab Al-Hambali Rahimahullah menyatakan: “Ketahuilah, bahawa seorang Mukmin melakukan dua jihad di bulan Ramadan. Jihad pertama adalah jihad kepada diri sendiri pada siang hari dengan melakukan ibadah puasa. Sedangkan, jihad kedua adalah di malam hari dengan ibadah solat malam. Sesiapa yang melakukan dua jihad dan menunaikan hak-hak berkaitan dengan kedua-duanya, lalu terus bersabar melakukannya, maka ia akan diberikan ganjaran di sisi Allah dengan pahala tanpa batas (tidak terhingga).”

Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat  41 surah at-Taubah :

انفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ ‎﴿٤١﴾

Maksudnya : Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

Ramadan adalah bulan perjuangan. Selain daripada penurunan al-Quran, bulan Ramadan menyaksikan beberapa peristiwa peperangan dan pembukaan Islam samada berlaku pada zaman Nabi SAW  antaranya Peperangan Badar yang berlaku pada 17 Ramadah tahun 2 Hijrah yang merupakan peperangan pertama yang terjadi dalam Sirah nabi.  Kedua Pembukaan Mekah yang berlaku Pada 21 Ramadhan tahun 8 Hijrah bersamaan 630 Masihi selepas pengkhianatan terhadap Perjanjian Hudaibiyyah yang dimulakan daripada pihak Quraisy. Nabi SAW mula menggerakkan tentera ke Mekah tanpa menyebut sebarang tujuan bagi memastikan operasi Baginda SAW tidak terbongkar. Ketiga Peperangan Tabuk  yang berlaku pada tahun 9 Hijrah di mana ia merupakan peperangan yang terakhir yang berlaku pada bulan Ramadan iaitu mengira perjalanan Nabi SAW pada bulan Rejab dan pulang ke Madinah pada 26 Ramadan di zaman Nabi SAW. Ia merupakan pertembungan pertama berlaku dalam menentang kuasa besar dunia iaitu Empayar Rom Byzantine. Bulan Ramadhan bukan bulan lemah dan menyerah diri kepada musuh malah ia bulan jihad yang membangkit semangat juang

Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat  39 surah al-Hajj :

أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَاتَلُونَ بِأَنَّهُمْ ظُلِمُوا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ نَصْرِهِمْ لَقَدِيرٌ ‎﴿٣٩﴾

Maksudnya : Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).

Sempena mengambil semangat jihad Ramadhan maka kita sebagai umat Islam yang bermaruah memandang serius dan mengutuk keras perbuatan jenayah rejim zionis Israel yang menceroboh Masjid Al-Aqsa dan menyerang umat Islam yang sedang beribadah di dalamnya pada Rabu yang lalu. Tindakan ganas dan tidak berkemanusiaan itu dilaporkan telah mencederakan sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin, sementara lebih 350 yang lain ditahan oleh pihak polis rejim, membabitkan umat Islam yang berada dan beribadat di masjid berkenaan sempena Ramadan.

Berselindung di sebalik dakwaan kehadiran kumpulan pengacau bertopeng yang berlindung di dalam masjid, pihak keselamatan rejim Israel pada hakikatnya hanya mengulangi kejadian pada April tahun lepas dan pada tahun 2021, yang telah mencetuskan perang 10 hari dengan rakyat Palestin berikutan pencerobohan ganasnya terhadap masjid ketiga paling suci bagi umat Islam itu.

Laporan media yang memetik kenyataan Bulan Sabit Merah Palestin menyebut bahawa anggota polis rejim menggunakan peluru getah, bom asap dan bom tangan, selain memukul jemaah yang berada di dalam kawasan masjid menggambarkan niat jahat yang bermuslihat rejim zionis.

Keganasan terhadap rakyat Palestin terus-menerus dilakukan dan makin memuncak dengan kedatangan pendatang Yahudi, penubuhan pasukan khas dan bantuan senjata yang mencurah daripada negara-negara di bawah pengaruh Zionis.

Jangan dilupakan bahawa cita-cita pelampau Yahudi tetap mahu merobohkan Masjid al-Aqsa supaya digantikan dengan Haikal Sulaiman (Kuil Yahudi). Perjuangan yang tidak dinafikan oleh mereka juga ke arah menubuhkan Negara Agung Israel (The Greater Israel) yang paling berkuasa di dunia.

Teruskan jihad kita bersama saudara seagama di bumi Pelastin dalam membebaskan Masjid Aqsa daripada cengkaman zionis yahudi dan sekutunya. Yakinlah kita dengan janji kemenangan daripada Allah

فال النبي : لا تقومُ الساعةُ حتى يقاتلَ المسلمون اليهودَ ، فيقتلُهم المسلمون ، حتى يختبيءَ اليهوديُّ من وراءِ الحجرِ و الشجرِ ، فيقولُ الحجرُ أو الشجرُ : يا مسلمُ يا عبدَ اللهِ هذا يهوديٌّ خلفي ، فتعالَ فاقْتلْه . إلا الغَرْقَدَ ، فإنه من شجرِ اليهودِ – رواه مسلم

Maksudnya : “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga umat Muslim memerangi Yahudi. Orang-orang Islam membunuh Yahudi sampai Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon.Namun, batu dan pohon berkata, “Wahai muslim, wahai hamba Allah, inilah Yahudi di belakangku, kemarilah dan bunuhlah dia. Kecuali pohon Gharqad (yang tidak demikian) kerana termasuk pohon Yahudi.”

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Himpunan Khutbah Ambang Ramadhan

Ramadhan DiRindu Taqwa DiBuru

Rai Kedatangan Ramadhan Raih Kemenangan Islam

Ramadhan DiRai Keistimewaannya DiNikmati

Ramadhan DiSambut Taqwa DiRebut

Ramadhan Dirai Kemuliaan DiRasai

Taqwa DiTagih Kemuliaan Diraih

Khutbah Jumaat : Islam DiNobat Filem Sesat DiSekat Aqidah Selamat

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.  

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Renungilah firman Allah dalam ayat 7-8  surah al-Bayyinah:

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَـٰئِكَ هُمْ خَيْرُ‌ الْبَرِ‌يَّةِ ﴿٧﴾ جَزَاؤُهُمْ عِندَ رَ‌بِّهِمْ جَنَّاتُ عَدْنٍ تَجْرِ‌ي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ‌ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۖ رَّ‌ضِيَ اللَّـهُ عَنْهُمْ وَرَ‌ضُوا عَنْهُ ۚ ذَٰلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَ‌بَّهُ ﴿٨

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.

Kini kita telah pun berada minggu ketiga bulan Sya’aban yang turut mempunyai kelebihan dan catatan sejarah yang tersendiri. Nabi s.a.w bila ditanya tentang amalan baginda yang banyak berpuasa sunat pada bulan Sya’aban lalu baginda menjelaskan bahawa Sya’aban adalah bulan yang kebanyakan orang melalaikannya iaitu antara Rejab dan Ramadhan. Sya’aban merupakan bulan yang di dalamnya di angkat amalan-amalan kepada Allah. Maka nabi s.a.w ingin amalan diangkat sedangkan baginda dalam keadaan berpuasa.

Ibarat kata Ulama’ : “Bulan Rejab bulan menanam pokok. Bulan Syaaban bulan menyiram pokok. Dan bulan Ramadan bulan menuai buahnya.” Begitu juga Hukama’ menyifatkan bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri daripada  segala macam celaan manakala bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa. Marilah kita sama-sama menghidupkan bulan Sya’aban ini dengan pelbagai amalan soleh sebagai latihan awal dan persiapan dari segi rohani dan jasmani sebelum datangnya Ramadhan. Antara amalan sunat yang paling  baik bulan Sya’aban ialah berpuasa sunat selain daripada memperbanyakkan doa, sedekah, membaca al-Quran dan memohon keampunan kepada Allah

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Renungilah firman Allah dalam ayat 150  surah al-Baqarah:

وَمِنْ حَيْثُ خَرَجْتَ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ ۚ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ لِئَلَّا يَكُونَ لِلنَّاسِ عَلَيْكُمْ حُجَّةٌ إِلَّا الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْهُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِي وَلِأُتِمَّ نِعْمَتِي عَلَيْكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ 

Maksudnya : Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi (sebarang) alasan bagi orang-orang (yang menyalahi kamu), kecuali orang-orang yang zalim di antara mereka (ada sahaja yang mereka jadikan alasan). Maka janganlah kamu takut kepada (cacat cela) mereka, dan takutlah kamu kepada Ku (semata-mata); dan supaya Aku sempurnakan nikmatKu kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah (mengenai perkara yang benar)

Jika padal bulan Rejab yang baru lalu pernah mencatatkan peristiwa Isra’ Mikraj, manakala pada bulan Sya’aban pula telah berlaku perubahan Qiblat daripada mengadap ke arah Masjid al-Aqsa di Palestin ketika mula-mula nabi Muhamamd s.a.w sampai di Madinah kepada mengadap Ka’abah di Masjidil Haram, Mekah selepas 16 atau 17 bulan Rasulullah s.a.w memohon daripada Allah. Pertukaran qiblat ini telah menghentikan ejekan kaum yahudi terhadap nabi Muhammad s.a.w dan para muslimin kerana yahudi menganggap baginda tidak benar serta tidak tetap pendirian kerana terpaksa menghadap ke  arah qiblat yang sama dengan yahudi iaitu Baitul Maqdis. Peristiwa ini memberi pengajaran besar kepada umat Islam agar kita mesti memerdekakan diri kita daripada mengikut jejak langkah musuh Islam terutama yahudi dalam setiap aspek kehidupan samada dalam sistem ekonomi, sosial, politik, perundangan dan sebagainya. Akibat dipasak dan ditanam dengan system penjajah begitu lama telah melahirkan umat Islam yang berfikiran penjajah yang mengagungkan segala system kuffar serta memandang hina system Islam.

2 peristiwa yang besar ini membuktikan bagaimana Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa adalah 2 saudara yang tidak boleh dipisahkan. Jika terabai salah satunya, maka yang satu lagi juga turut akan terjejas.

David Ben-Gurion, Perdana Menteri pertama Israel pernah mengerahkan tentera Yahudi untuk mengepung Masjidil Aqsa sambil beliau menyampaikan ucapan kepada hadirin dalam penuh rasa kebencian (ke atas ummat Islam dan rakyat Palestin) serta mengakhiri teks ucapannya dengan mengatakan: “Kami dah pun menakluk Al Quds (Al-Aqsa) dan sekarang kami dalam perjalanan ke Yathrib(Madinah).”

Begitu juga Golda Meir Bekas Perdana Menteri keempat zionis Israel pernah berkata dengan bongkaknya selepas mereka berjaya merampas Al-Quds: “Aku dapat mencium bau nenek moyangku di (Madinah dan Hijaz) dan itu adalah negara kami yang kami bakal merampasnya kembali.”

Kenyataan biadap pemimpin zionis ini sepatutnya membangkitkan rasa perhambaan diri kita kepada Allah dan semangat berjihad dijalan Allah adalah satu jalan untuk membebaskan Masjidil Aqsa.   Hentikan zionis Yahudi daripada terus bermaharajalela di segenap ceruk rantau dan yakinlah kita tentang kemenangan Islam dan kemerdekaan Aqsa adalah suatu ketetapan Allah yang pasti terlaksana.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 186  surah Ali ‘Imran:

 لَتُبْلَوُنَّ فِي أَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ وَلَتَسْمَعُنَّ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلِكُمْ وَمِنَ الَّذِينَ أَشْرَكُوا أَذًى كَثِيرًا ۚ وَإِن تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ ﴿١٨٦

Maksudnya : Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu. Dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik: banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya)

Peristiwa pertukaran Qiblat ini memberi isyarat yang jelas kepada umat Islam agar kita mesti berusaha menjauhi amalan dan budaya hidup yang bercanggah daripada Islam yang sentiasa disogokkan oleh musuh Islam dengan pelbagai cara. Umat Islam mesti mempunyai jatidiri berdasarkan apa yang ditunjukkan oleh al-Quran dan Sunnah Nabi sehingga kita mampu menjadi contoh teladan yang baik kepada orang bukan Islam bukannya kita menjadi penghalang atau tembok yang mendinding orang bukan Islam daripada melihat keindahan yang ada dalam Islam yang meliputi seluruh aspek kehidupan. Umat Islam wajib kembali kepada ajaran Islam yang sebenar sehingga orang bukan Islam yang selama ini dimomokkan dengan gambaran jahat tentang Islam dan umatnya yang dipandang sebagai punca keganasan dan kemunduran dapat ditepis. Islam adalah agama yang menyucikan aqidah dan mencantikkan akhlak manusia dengan membersihkan diri daripada sifat dan sikap yang buruk serta menyuruh umat manusia agar tunduk patuh kepada garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah dalam setiap kelakuan. Islam bukan agama yang bersangkutan hati sahaja tetapi ia adalah sebuah agama yang lengkap. Islam juga bukan agama untuk kegunaan peribadi tetapi ajarannya mengambil berat tentang kehidupan masyarakat seluruhnya. Kegagalan umat Islam sendiri daripada menghayati suruhan agama dalam kehidupan seharian bukan sahaja menyebabkan diri mereka rosak malah turut memberi kesan kepada orang bukan Islam untuk memandang rendah kepada Islam. Sebab itulah Sayyidina Ali Karramallahu wajhah pernah memberi nasihat penting dengan katanya : “ Kenalilah muslim melalui Islam dan jangan kamu kenali Islam melalui muslim”. Pesanan berharga ini mengingatkan kita semua bahawa dalamilah Islam terlebih dahulu barulah seseorang itu dapat tahu siapakah orang Islam yang benar-benar menghayati Islam atau sebaliknya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 71 surah al-Mukminun :

 وَلَوِ اتَّبَعَ الْحَقُّ أَهْوَاءَهُمْ لَفَسَدَتِ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّ ۚ بَلْ أَتَيْنَاهُم بِذِكْرِهِمْ فَهُمْ عَن ذِكْرِهِم مُّعْرِضُونَ ﴿٧١

Maksudnya : Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya. (Bukan sahaja Kami memberikan ugama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya;

Seminggu dua ini isu sebuah Filem yang bertajuk Mentega Terbang hangat diperkatakan. Kita menyokong penuh tindakan pantas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang menegaskan bahawa filem ini ‘bertentangan dengan akidah’ adalah maklum balas yang wajar bagi sebuah agensi kerajaan. Kita bimbang adanya unsur Plurel agama diterapkan melalai filem akan memberi kesan besar kepada aqidah umat Islam terutama yang cetek pengetahuan agamanya

Pluralisme agama adalah pandangan, fikiran, keyakinan bahawa agama-agama yang pelbagai dan berbeza-beza itu mempunyai kesamaan dari segi ontologi, soteriologi dan epistemologi. Seperti dikemukakan Peter Byrne, pluralisme agama merupakan persenyawaan tiga tesis. Pertama, semua tradisi agama-agama besar dunia adalah sama, semuanya merujuk dan mengisyarat kepada suatu realiti tunggal yang suci. Kedua, semuanya sama-sama menawarkan jalan keselamatan. Dan ketiga, semuanya tidak ada yang final. Ertinya, setiap agama mesti senantiasa terbuka untuk dikritik dan diteliti kembali. Ini jelas bercanggah dengan aqidah Islam
Dengan menisbikan kebenaran mutlak, ini bermakna secara tersirat ia telah menafikan, atau sekurang-kurangnya merendahkan kebenaran mutlak yang sebenar. Tuntutan pluralisme agama membawa implikasi berbahaya kepada manusia sama ada yang bersifat teori, epistemologi, dan metodologi, atau yang bersifat ideologi dan akidah, atau yang berkaitan dengan isu yang lebih praktikal, iaitu hak asasi manusia (human rights), terutamanya kebebasan beragama. Paling penting, sehingga hari ini kita belum temui bukti faham pluralisme agama ini mampu menyelesaikan isu pertelingkahan dan mewujudkan toleransi yang sebenar antara agama tanpa menggadaikan prinsip akidah masing-masing.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Filem ini juga cuba menerapkan konsep kelahiran semula di mana konsep perpindahan roh dari satu jasad ke satu jasad yang lain wujud dalam pelbagai agama-agama selain Islam. Ia berasal daripada beberapa buah agama dan falsafah kerohanian seperti Hindu, Buddha, sebahagian ajaran Greek, ajaran Mesir Purba, dan sebahagian agama-agama di Afrika. Dalil yang paling jelas tentang batilnya akidah konsep perpindahan roh dari satu jasad ke satu jasad adalah ketidakmampuan roh kembali ke dunia selepas meninggal dunia sedangkan itulah yang diimpikan oleh orang kafir apabila mereka melihat azab-Nya. Firman Allah S.W.T:

وَلَوۡ تَرَىٰٓ إِذۡ وُقِفُواْ عَلَى ٱلنَّارِ فَقَالُواْ يَٰلَيۡتَنَا نُرَدُّ وَلَا نُكَذِّبَ بِـَٔايَٰتِ رَبِّنَا وَنَكُونَ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ.

Maksudnya : “Dan sungguh ngeri jika engkau melihat ketika mereka didirikan di tepi neraka (untuk menyaksikan azabnya yang tidak terperi), lalu mereka berkata: “Wahai kiranya kami dikembalikan ke dunia, dan kami tidak akan mendustakan lagi ayat-ayat keterangan Tuhan kami, dan menjadilah kami dari golongan yang beriman.” 

Kita mendesak agar kerajaan mengharamkan fileh ini dari terus disiarkan agar sebarang usaha dalam menyesatkan umat dalam apa juag bentuk termasuk melalui filem dapat disekat. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Himpunan Khutbah Bulan Sya’aban

Berqiblatkan Sistem Islam Merawat Penyakit Umat

Berqiblatkan Islam Menerajui Perubahan

Berqiblatkan Islam Meraih Kebahagiaan

Berqiblatkan Islam Membina Masa Depan Gemilang

Berqiblatkan Islam Menuju Kemenangan

Pengajaran Peperangan Bani Mustaliq 6H

Sistem Islam DiLaksana Kemuliaan DiRasa

Cemburu dan malu julangkan maruah umat

117. BERSUNGGUH MEMBINA JATIDIRI MUSLIM SEJATI

14. PERUBAHAN QIBLAT

94. BERSATU BERQIBLATKAN SISTEM ISLAM

32. KEMBALIKAN SEMUA SISTEM BERQIBLATKAN ISLAM