• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3

  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 2,008,488 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 42,867 other followers

Khutbah Jumaat : Tentera Allah DiKenali Bala Allah DiJauhi

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  11   surah at-Taghabun :

مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّـهِ ۗوَمَن يُؤْمِن بِاللَّـهِ يَهْدِ قَلْبَهُ ۚ وَاللَّـهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ ﴿١١﴾ ‌

Maksudnya : Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu

Kehidupan dunia dipenuhi dengan pelbagai ujian dalam menguji keimanan kita kepada Allah. Imam al-Ghazali menyatakan, jika ditimpa musibah, ada 5 cara bagaimana seseorang itu perlu berdepan ujian supaya tidak kecundang

[1] Jika menerima musibah atau ujian yang terlalu besar dan berat bagi dirinya, seseorang itu perlu bayangkan bahawa ada ujian lebih besar dan lebih teruk menimpa orang lain berbanding apa dialaminya. Sedarilah bahawa setiap sesuatu itu dalam kekuasaan Allah. Jadi, bayangkan bagaimana jika bencana atau sakitnya dilipatgandakan Allah SWT, dan adakah kita akan dapat menolak atau menghalangnya. Oleh yang demikian, seseorang itu perlu bersyukur kepada Allah kerana Dia tidak menguji kita dengan ujian lebih berat, lebih parah dan lebih menyedihkan di dunia ini. Jika semuanya ditangani dengan kesabaran, pahalanya akan berlipat ganda, sedangkan keburukannya dapat dikurangkan berkat kesabaran ketika menerima ujian.

[2] Datangnya bencana itu mungkin sekali sebagai musibah kerana kekurangan taatnya dalam agama. Oleh itu kembalilah hidup mengikut acuan agama untuk selamat dunia akhirat

[3] Takutilah jika musibah itu menimpa secara berterusan di dunia hingga akhirat. Oleh itu, terimalah ujian itu dengan sabar kerana lebih baik diseksa di dunia saja dengan harapan semoga Allah tidak melanjutkan ujian itu hingga semua makhluk dihidupkan semula di akhirat. Ujian diberi Allah masih dapat diringankan dengan melakukan hal lain berbanding perihal sewaktu akhirat. Jika Allah memberikan azabnya di akhirat, pasti kita tidak dapat lari daripada melakukan pekerjaan lain kerana azab yang diberikan oleh-Nya pasti secara berterusan. Oleh itu, bersabar dengan ujian Allah sewaktu di dunia dengan berharap ia sebagai seksaan yang disegerakan oleh-Nya sebagai pengganti seksaan di akhirat. Bersyukurlah kerana musibah dan azab yang kita terima menyelamatkan kita daripada seksaan di akhirat.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 22 surah al-Hadid :

مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَا ۚ إِنَّ ذَٰلِكَ عَلَى اللَّـهِ يَسِيرٌ ﴿٢٢

Maksudnya : Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

[4] Setiap bencana atau musibah ditentukan secara pasti dan tercatat tanpa ada kuasa mampu mengubahnya selain Allah SWT. Ketentuan dan catatan itu ada sejak azali di Ummul-kitab (buku amalan) yang ada di sisi Allah dan tetap perlu ditempuh oleh seseorang itu. Jika seseorang itu menghadapi ujian yang ditetapkan Allah, bersyukurlah dengan berdoa tanpa jemu kepada Allah SWT. Ingatkan diri bahawa apabila ujian itu berakhir, dia terlepas juga daripada bencana.

[5] Ketahuilah bahawa pahala diterima seseorang lebih besar sewaktu mereka ditimpa musibah. Ingatlah, ujian yang diterima bukan beban, sebaliknya nikmat bagi manusia sebagai bekalan di akhirat.  Musibah itu hanya sebagai ubat pahit yang harus ditelan bagi memberi kebaikan pada masa depan

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 9 surah al-Ahzab :

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ جَاءَتْكُمْ جُنُودٌ فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ رِيحًا وَجُنُودًا لَمْ تَرَوْهَا وَكَانَ اللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرًا

Maksudnya: Wahai orang yang beriman, ingatlah nikmat Allah kepada kamu. Semasa kamu didatangi tentera (bersekutu dalam perang Al-Ahzab), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut (yang kencang) serta angkatan tentera (daripada malaikat) yang kamu tidak dapat melihatnya. Dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan

Ketika dunia hari ini sedang berdepan dengan penularan COVID-19 sehinga ada negeri dan negara yang membatalkan Solat Jumaat pada hari ini dan diganti dengan sembahyang zohor di rumah selepas mengambil kira situasi semasa penularan COVID-19. Begitu juga program yang melibatkan kehadiran ramai banyak yang telah dibatalkan bagi mencegah merebaknya penyakit yang merbahaya ini. Ketika merenungi tentang musibah yang berlaku maka bagi kita sebagai umat yang beriman wajib percaya bahawa segala yang berlaku adalah di bawah penguasaan dan kehendak Allah. Sehebat dan sekuat mana pun manusia tidak mampu menandingi kuasa Allah. Di sini juga kita dapat melihat bagaimana pelbagai bentuk tentera Allah yang melaksanakan tugasan mengikut aturan dan arahan Allah. Antara tentera Allah ialah : [1] Matahari  di mana ia pernah berhenti seketika ketika membantu perjuangan seorang nabi:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ غَزَا نَبِيٌّ مِنْ الْأَنْبِيَاءِ …………… فَدَنَا مِنْ الْقَرْيَةِ صَلَاةَ الْعَصْرِ أَوْ قَرِيبًا مِنْ ذَلِكَ فَقَالَ لِلشَّمْسِ إِنَّكِ مَأْمُورَةٌ وَأَنَا مَأْمُورٌ اللَّهُمَّ احْبِسْهَا عَلَيْنَا فَحُبِسَتْ حَتَّى فَتَحَ اللَّهُ عَلَيْهِ – رواه البخاري ومسلم

Maksudnya: Seorang nabi berperang ……. Lalu dia mendekati sebuah negeri (Palestin) ketika masuk waktu Asar atau hampir pada waktu itu, dia lalu berkata kepada matahari: Sesungguh kamu disuruh (oleh Allah untuk urusanmu) dan aku pun disuruh (oleh Allah). Ya Allah! Tahanlah untuk kami matahari ini (dari terbenam). Maka matahari ditahan sehingga Allah memberikan kemenangan kepadanya

[3] Api pernah bertukar sejuk, nyaman dan selamat kepada nabi Ibrahim

[4] Laut pernah membantu nabi Musa AS dan Bani Isra’il ketika mereka melarikan diri daripada buruan Firaun.

[5] Burung daripada berbagai kelompok dan arah pernah (Ababil) merejam batu batan kepada tentera bergajah ketika mereka mahu musnahkan Ka’abah

[6] Belalang, kutu, katak, darah pernah menyerang Firaun dan para pengikutnya

[7] Para malaikat banyak kali membantu perjuangan Rasulullah SAW dalam perang

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 11 surah al-Anfal:

إِذْ يُغَشِّيكُمُ النُّعَاسَ أَمَنَةً مِنْهُ وَيُنَزِّلُ عَلَيْكُمْ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً لِيُطَهِّرَكُمْ بِهِ وَيُذْهِبَ عَنْكُمْ رِجْزَ الشَّيْطَانِ وَلِيَرْبِطَ عَلَى قُلُوبِكُمْ وَيُثَبِّتَ بِهِ الْأَقْدَامَ

Maksudnya: (Ingatlah) ketika kamu diliputi perasaan mengantuk sebagai satu (pemberian) aman dari Allah (untuk menghapuskan kecemasan kamu). Dan (ingatlah ketika) Dia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya dan menghapuskan dari kamu gangguan Syaitan, dan juga untuk menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian (kamu di medan perjuangan)

Antara bentuk tentera Allah lagi ialah [8] Rasa mengantuk pernah turun menenangkan umat Islam dalam perang Badar dan Uhud. Hujan penghilang dahaga, pembersih jasad dan rasa mengantuk menjadi tentera penenang umat Islam sebelum perang Badar. Manakala dalam perang Uhud, rasa mengantuk muncul di tengah kegawatan perang sebagaimana firman Allah dalam ayat 154 surah Ali ‘Imran :

ثُمَّ أَنْزَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ بَعْدِ الْغَمِّ أَمَنَةً نُعَاسًا يَغْشَى طَائِفَةً مِنْكُمْ وَطَائِفَةٌ قَدْ أَهَمَّتْهُمْ أَنْفُسُهُمْ يَظُنُّونَ بِاللَّهِ غَيْرَ الْحَقِّ ظَنَّ الْجَاهِلِيَّةِ

Maksudnya: Kemudian sesudah (kamu mengalami kejadian) yang mendukacitakan itu, Allah turunkan kepada kamu perasaan aman tenteram, iaitu rasa mengantuk yang meliputi segolongan daripada kamu (yang teguh imannya lagi ikhlas), sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri sendiri, menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan orang jahiliyah

[9] Rasa gerun dan gentar turut menjadi tentera Allah. Dengar sahaja kemaraan tentera Muslimin, musuh terus kecut perut kerana mereka tahu pasukan yang bakal dihadapi adalah pasukan “berani mati yang mengejar syahid.” Kegentaran ini digerakkan oleh Allah Pemilik perasaan takut sebagaimana firman Allah dalam ayat 12 surah al-Anfal:

إِذْ يُوحِي رَبُّكَ إِلَى الْمَلَائِكَةِ أَنِّي مَعَكُمْ فَثَبِّتُوا الَّذِينَ آمَنُوا سَأُلْقِي فِي قُلُوبِ الَّذِينَ كَفَرُوا الرُّعْبَ فَاضْرِبُوا فَوْقَ الْأَعْنَاقِ وَاضْرِبُوا مِنْهُمْ كُلَّ بَنَانٍ

Ertinya: (Ingatlah) ketika tuhanmu wahyukan kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku menyertai kamu (memberi pertolongan), maka tetapkanlah (hati) orang yang beriman. Aku akan isi hati orang yang kafir dengan perasaan gerun; oleh itu, pancunglah leher mereka (musuh) dan potonglah setiap anggota mereka”

Kesimpulannya, tentera Allah sangat ramai, cuma menurut Imam al-Razi, tentera Allah boleh menjadi “tentera rahmat” dan “tentera azab” kepada manusia. Ketika datang membantu orang beriman ia menjadi pengawal peribadi atau perisai rahmat, manakala ketika datang menerjah musuh Allah ia menjadi pembunuh ganas atau senjata tajam

Usaha mengenal tentera Allah sangat penting bagi mengenal Tuhan yang berkuasa Multak mengarahkan semua tentera-Nya. Jika satu tentera-Nya pun tak mampu kita dihadapi maka usahlah berangan hendak melawan Allah Pemilik segala kuasa dan tentera. Usahlah melawan Allah atau barisan tenteranya, sebaliknya kita wajib menjadi mendaftar diri menjadi tentera Allah dengan patuh melaksana segala suruhan-Nya dan mencegah segala larangan-Nya. Usahlah bimbang akan insentif dunia dan akhirat bagi para tentera Allah kerana ia memang dijanjikan

Banyakkan berdoa kepada Allah serta bersungguh-sungguh melakukan segala suruhan Allah dan menjauhi segala laranganNya. Tunduk patuh segala hukum hakam dan system yang telah ditetapkan oleh Allah dan jangan sama sekali angkuh mencabar kekuasaan Allah. Banyakkan amal ibadat serta jauhi dosa maksiat untuk kita selamat dan bahagia dunia akhirat

Firman Allah dalam ayat 55 surah al-Nur

وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Maksudnya: Allah janjikan orang yang beriman dan beramal soleh dalam kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan jadikan mereka khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah jadikan orang sebelum mereka: khalifah yang berkuasa; dan Dia akan kuat dan kembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka; dan Dia juga akan gantikan untuk mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (daripada ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang yang derhaka

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

 

Khutbah Jumaat : Kerajaan Taqwa DiBentuk Keredhaan Allah DiTuntut

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ!!  الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  1-2 surah al-Mulk :

تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿١﴾ الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ ﴿٢

Maksudnya : Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;  Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);

Umat beriman sentiasa meyakini bahawa Allah adalah Pemerintah yang memiliki kuasa mutlak dalam memerintah segala raja-raja yang ada di dunia ini sama ada raja Islam ataupun kafir, adil ataupun zalim. Semua kerajaan dunia diberi oleh Allah  di mana kerajaan-kerajaan itu tidak kekal selama-lamanya. Kerajaan yang kekal hanya kerajaan Allah sahaja sebagaimana Allah telah memberi kerajaan kepada nabi Daud AS dan anaknya nabi Sulaiman AS yang memerintah kerajaan yang besar menguasi jin, manusia dan binatang-binatang termasuk burung yang terbang di udara. Begitu juga kerajaan kepada Raja Zulqarnain yang disebut dalam Quran yang memerintah dunia. Allah memberi kerajaan juga kepada nabi Muhamad SAW.

Dalam masa yang sama Allah turut memberi kerajaan kepada Namrud dan Firaun yang zalim. Allah  memberi kerajaan kepada orang zalim yang ada pada hari ini. Mereka melakukan kezaliman dan bila habis tempuh Allah  tamatkan kerajaan itu. Kerajaan Namrud dan Firaun yang zalim itu ditamatkan dan Allah  kekalkan kisahnya dalam Quran. Kerajaan nabi Daud, nabi Sulaiman dan Raja Zulkurnain yang memerintah secara Islam telah berlalu dan dinyatakan dalam Quran. Kerajaan nabi Muhamad s.a.w dan kerajaan khalifah ar-Rasyidin serta khilafah Islamiah selepas itu dapat dibaca dalam kitab-kitab karangan ulamak.

Mengapa Allah jadikan kerajaan itu silih berganti?. Antara hikmatnya ialah Allah  hendak menguji manusia mana satu kerajaan yang hendak disokong. Manusia boleh menyokong mana-mana kerajaan yang mereka suka samada kerajaan zalim atau kerajaan adil. Di hari kiamat mereka akan dibicarakan di hadapan mahkamah Allah di mana kerajaan adil mendapat pahala yang sangat besar. Manakala Kerajaan zalim dan termasuk penyokong-penyokongnya masuk neraka.

Firman Allah dalam ayat 66-67 surah al-Ahzab :

يَوْمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمْ فِي النَّارِ يَقُولُونَ يَا لَيْتَنَا أَطَعْنَا اللَّـهَ وَأَطَعْنَا الرَّسُولَا ﴿٦٦﴾ وَقَالُوا رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءَنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلَا ﴿٦٧

Maksudnya Pada hari dibalik-balikkan muka-muka mereka dalam neraka lalu mereka berkata alangkah baiknya masa atas dunia dulu aku taatkan Allah dan taatkan rasul dan mereka berkata wahai Tuhan kami! Sebenarnya kami ikut pemimpin-pemimpin kami dan mereka telah menyesatkan kami atas dunia dulu.”

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Dari Abu Sa’id Al Khudri, ia berkata bahwa Rasulullah s.a.w bersabda,

لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوا فِى جُحْرِ ضَبٍّ لاَتَّبَعْتُمُوهُمْ . قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ آلْيَهُودَ وَالنَّصَارَى قَالَ فَمَنْ – رواه مسلم

Maksudnya : Sungguh kalian akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sampai jika orang-orang yang kalian ikuti itu masuk ke lubang dhob, pasti kalian pun akan mengikutinya.” Kami (para sahabat) berkata, “Wahai Rasulullah, Apakah yang diikuti itu adalah Yahudi dan Nasrani?” Baginda menjawab, “Lantas siapa lagi?”

Kewajipan kita dalam memastikan sebarang perubahan terhadap kerajaan Malaysia ialah sebuah kerajaan yang lebih bersungguh dalam melaksanakan system Islam dalam negara. Kita dapat lihat bagaimana Yahudi dan barat cuba untuk merosakkan jatidiri umat Islam termasuk di Malaysia dengan menggunakan proksi-proksi liberal yang terdiri daripada ejen-ejen mereka yang berselindung di sebalik laungan, Islam moderate, Islam liberal, hak asasi manusia, hak samarata dan istilah-istilah lain yang bertopengkan Islam. Suara sumbang seperti mengkritik amalan solat berjemaah yang dijalankan di sekolah, qiamullail dan program kerohanian agama dikatakan tidak membantu dalam membangunkan perkembangan pelajar. Malah yang lebih teruk lagi bila didakwa pendidikan agama sebagai punca kelembapan minda orang Melayu sehingga adanya suara sumbang yang mencadangkan agar pendidikan agama di sekolah dihadkan tidak lebih dari 2 jam seminggu sahaja.

Pemikiran sesat ini bukan sahaja bercanggah dengan cara didikan nabi Muhammad s.a.w malah sebuah kajian yang dijalankan oleh Harvard University mendapati bahawa anak-anak yang dibesarkan dengan didikan agama akan membesar dengan lebih sihat dan mempunyai kehidupan yang lebih baik ketika dewasa. Kajian yang dikendalikan oleh Harvard School of Public Health ini dijalankan ke atas 5000 responden berusia di antara 8 hingga 14 tahun. 18 peratus daripada mereka menikmati kegembiraan yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak menerima pendidikan agama sejak dari kecil.

Oleh itu yakinlah kita dengan pendidikan Islam dalam membina generasi yang hebat dunia sebagaimana Rasulullah S.A.W sangat menekankan pendidikan asas agama bagi anak-anak Muslim. Ulamak menjelaskan bahawa seawal kelahiran anak kecil itu lagi kita telah dianjurkan untuk membisikkan azan di telinga mereka. Lafaz-lafaz tauhid yang menerobos ke telinga mereka menggambarkan betapa penerapan nilai aqidah perlu diterapkan sejak anak kecil itu lahir ke dunia lagi. Pengabaian terhadap didikan agama akan melahirkan umat yang hilang jatidiri dan mudah terpengaruh dengan hidup sesat

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 85 surah Ali ‘Imran

وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ ﴿٨٥

Maksudnya : Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi

Kita juga sama-sama doakan kepada Allah agar kerajaan yang akan terbentuk akan lebih bersungguh dalam menjaga kedaulatan Islam sebagai agama negara. Kita bimbang  kata-kata dari salah sebuah laman sesawang Missionary Kristian yang memfokuskan usaha pendakyahan kepada Muslim di Malaysia. Kenapa mereka tetap nak berdakyah sedangkan mereka tahu Malaysia tidak membenarkan pendakyahan agama lain kepada Muslim di Malaysia?. Jawapannya mudah. Dalam buku “Vision 2020: A Malaysian Christian Response – Theoloji Wawasan 2020” halaman 103 ada jawapannya;  (Secara asasnya, gereja hanya memiliki satu misi iaitu: penginjilan! Itulah perintah Tuhan kita (Matius 28:19)… Di dalam masyarakat berbilang bangsa, berpendidikan dan serba mewah, penginjilan adalah sangat sukar. Namun kita mesti mematuhi perintah itu (penginjilan). Masa depan kelihatan sukar tetapi hakikatnya ianya adakah masa keemasan untuk menginjilkan Malaysia.)

Kristian sanggup menghadapi onak dan duri walaupun berdepan tindakan undang-undang tetapi bagaimana pula dengan kita sebagai Muslim?. Mereka tidak akan berhenti tetapi apakah majoriti Muslim masih lena dan tertidur di zon selesa sehingga ‘rumahnya terbakar’ sekalipun dia masih belum mahu berdakwah atau menyumbang kepada usaha dakwah?. Mereka tetap akan mara tetapi apakah Muslim cukup dengan marah tanpa mara ke depan untuk berdakwah?

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 20 surah al-A’araf :

فَوَسْوَسَ لَهُمَا الشَّيْطَانُ لِيُبْدِيَ لَهُمَا مَا وُورِيَ عَنْهُمَا مِن سَوْآتِهِمَا وَقَالَ مَا نَهَاكُمَا رَبُّكُمَا عَنْ هَـٰذِهِ الشَّجَرَةِ إِلَّا أَن تَكُونَا مَلَكَيْنِ أَوْ تَكُونَا مِنَ الْخَالِدِينَ ﴿٢٠

Maksudnya : Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata: “Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)”.

Kejahilan punca kesesatan maka ketika ada golongan Liberal yang keliru mengenai pensyariatan penutupan aurat. Katanya hukum aurat hanya datang pada zaman Nabi Muhammad. Pernyataan ini tidak benar bahkan bercanggah dengan pandangan beberapa Ulama’ berhubung perkara ini. Misalnya Al-Imam al-Qurtubi dalam kitab Jami li Ahkam al-Quran  ketika menghuraikan ayat berhubung hasutan Iblis untuk mengeluarkan Nabi Adam dari syurga, beliau menjelaskan bahawa di sinilah bermula perbahasan isu berhubung aurat berlaku.  “Dalam ayat ini terdapat dalil yang jelas membuktikan mengenai kejelikan membuka aurat, dan Allah telah mewajibkan untuk menutupnya (menutup aurat). Dan di situ titik permulaan kepada penutupannya. Dan tidak ada yang menghalang Allah mengeluarkan arahan (menutup aurat sedemikian) sepertimana arahan kepada Nabi Adam agar menjauhi pokok tersebut.” Perhatikan di sini bagaimana al-Imam al-Qurtubi berpandangan bahawa arahan (atau penghukuman) aurat ini telah bermula di zaman Nabi Adam lagi. Ia jelas bercanggah dengan pandangan seorang Feminis Liberal yang mengeluarkan kenyataan tanpa mendatangkan dalil yang jelas.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 7 surah al-Fathu :

وَلِلَّـهِ جُنُودُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ وَكَانَ اللَّـهُ عَزِيزًا حَكِيمًا ﴿٧

Maksudnya : Dan Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menyeksa orang-orang yang derhaka); dan Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana

Sempena berada pada hari Jumaat yang mulia, di rumah Allah yang mulia maka marilah kita sama-sama doakan keselamatan kepada saudara segama yang sedang dibunuh di Palestin, Syria, Iraq, China, India, Yaman, Filiphina, Myanmar dan selainnya. Jika sebelum ini dunia menyaksikan kezaliman yang melampau terhadap umat Islam Uyghuir oleh kerajaan China tapi lenyap isunya ditimbus oleh serangan virus corona yang menjalar hampir seluruh dunia. Yang terbaru pihak Arab Saudi menggantung  visa pelancong dari negara-negara yang terjejas dengan virus tersebut. Sehebat dan sekuat mana manusia rasa namun tidak mampu menandingi kehebatan dan kekuatan Allah. Allah tidak perlu menghantar tenteraNya yang besar namun cukup dengan tentera sekecil virus namun mampu menggegarkan dunia

Penderitaan saudara seagama di India yang berlarutan sekian lama kian memuncak dengan pelbagai tekanan dan kezaliman yang dilakukan tanpa pembelaan sewajarnya.

Bagi yang berkemampuan hulurkan bantuan mengikut kadar kemampuan masing-masing. Paling penting panjatkan doa sentiasa kepada Allah dalam membantu dan menghentikan perderitaan saudara segama yang sedang ditindas. Adakah subur iman kita jika saudara seagama meraung kesakitan sedangkan kita melaung keseronokan, adakah kita boleh rehat kekenyangan sedangkan saudara seagama sedang menggelupur kelaparan, adakah kita boleh tidur nyenyak ketika musuh sedang melanyak tubuh saudara seagama, adakah air mata kita dibazirkan untuk menangis ditipu filem tv daripada sedih memikirkan penderitaan saudara seagama yang dibom, adakah kita tersenyum girang melihat mahligai indah sedangkan rumah saudara seagama sedang ranap menyembah tanah. Tepuklah dada tanyalah iman

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

 

Khutbah Jumaat : Valentine’s Day DiHindari, Laknat Allah DiJauhi, Rahmat Allah DiMiliki

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 24 surah at-Taubah :
قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ اللَّـهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّـهُ بِأَمْرِهِ ۗ وَاللَّـهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ ﴿٢٤﴾
Maksudnya : Katakanlah (wahai nabi Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (derhaka)
Islam begitu menitikberatkan sifat berkasih sayang dengan memberi ruang lingkupnya sangat luas dan mempunyai batas-batas tertentu. Islam sememangnya dari peringkat asas lagi adalah agama yang menyebarkan kasih sayang bukan sahaja sesama manusia bahkan kasih sayang dizahirkan dengan melarang daripada melakukan kezaliman kepada alam dan binatang. Cinta yang paling agung adalah cinta kepada Allah diikuti dengan cinta kepada Rasul-Nya, para Sahabat, ibu bapa, sesama orang-orang beriman dan sesama manusia. Sebagai seorang beriman, kita wajib pandai menyusun kedudukan cintanya yang perlu didahulukan dan cinta yang mana perlu diputuskan. Pemahaman seseorang terhadap kedudukan cinta ini sudah tentu akan membentuk jati diri seseorang dan sudah tentu akan mempengaruhi cara ia berfikir dan bertindak. Al-Quran telah memberi panduan di dalam meletakkan kedudukan cinta bahkan al-Quran telah menggambarkan akibat apabila kita gagal meletakkan kedudukan cinta pada tempat sepatutnya iaitu bakal menerima azab Allah, digelar fasiq, jauh dari petunjuk Allah
Malah melalui ayat ayat 24 surah at-Taubah yang dibaca awal khutbah tadi maka kita mendapati bahawa cinta Allah adalah paling utama, Rasul-Nya dan berusaha bersungguh-sungguh sehabis daya untuk memenangkan agama Allah di atas muka bumi ini. Ayat di atas juga difahami bahawa kita tidak dihalang untuk mencintai perkara-perkara yang lazimnya dicintai oleh manusia seperti anggota keluarga, sanak saudara, perniagaan dan sebagainya asalkan kecintaan kepada perkara-perkara berkenaan tidak berlawanan dengan apa yang dibenarkan oleh Allah dan Rasul-Nya dan tidak membantut dan menghalang usaha jihad mendaulatkan agama Allah di atas muka bumi ini.
Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 72 surah an-Nahlu :
وَاللَّـهُ جَعَلَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَجَعَلَ لَكُم مِّنْ أَزْوَاجِكُم بَنِينَ وَحَفَدَةً وَرَزَقَكُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ ۚ أَفَبِالْبَاطِلِ يُؤْمِنُونَ وَبِنِعْمَتِ اللَّـهِ هُمْ يَكْفُرُونَ ﴿٧٢﴾
Maksudnya : Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala), dan mereka kufur pula akan nikmat Allah?
Tarikh 14 Februari seluruh dunia khususnya dunia remaja dan awal dewasa akan diwarnai dengan fenomena mengadakan sambutan ‘Hari Kekasih’ atau disebut sebagai Valentine’s Day. Sambutan lebih tertumpu kepada meraikan percintaan pasangan-pasangan walaupun ada di kalangan mereka yang tiada ikatan pernikahan yang sah.Jika disaring sambutan ‘Hari Kekasih’ seperti yang disambut oleh masyarakat muda-mudi hari ini, mengikut fahaman di atas maka kita dapati peluang untuk melanggar cinta Allah dan Rasul-Nya sangat terbuka luas. Mencintai kekasih yang berlainan jantina tanpa sebarang ikatan pernikahan yang sah sehingga membawa kepada pergaulan bebas adalah sesuatu yang dibenci oleh Allah dan Rasul-Nya.
Bulan Februari dipromosikan sebagai bulan cinta dan dijadikan tema bulanan yang seolah-olah wajib diraikan. Media memainkan peranan mempromosi sambutan ini dengan berbagai pendekatan sama ada secara langsung mahupun secara halus. Tidak boleh secara terang-terangan, dibuat secara lebih diplomasi seperti menu istimewa sempena hari kekasih, fesyen hari kekasih dan sebagainya. Para pemuda-pemudi dikelirukan pula dengan pujukan “tidak mengapa menyambut hari kekasih dan menyambutnya berdua-duaan asalkan tahu menjaga diri”. Bahkan ada ibu bapa yang dikatakan ‘berfikiran terbuka’ mengizinkan sambutan berkenaan untuk hari istimewa itu
Oleh itu sebagai umat beriman yang memiliki jatidiri yang tinggi sepastinya menjauhi sebarang perkara yang menjerumus kepada kemungkaran termasuk zina yang bukan saja menjatuhkan maruah malah merosakkan keturunan
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Dari Abu Sa’id Al Khudri, ia berkata bahwa Rasulullah s.a.w bersabda,
لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوا فِى جُحْرِ ضَبٍّ لاَتَّبَعْتُمُوهُمْ . قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ آلْيَهُودَ وَالنَّصَارَى قَالَ فَمَنْ – رواه مسلم
Maksudnya : Sungguh kalian akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sampai jika orang-orang yang kalian ikuti itu masuk ke lubang dhob, pasti kalian pun akan mengikutinya.” Kami (para sahabat) berkata, “Wahai Rasulullah, Apakah yang diikuti itu adalah Yahudi dan Nasrani?” Baginda menjawab, “Lantas siapa lagi?”
Umat Islam wajib sedar bahawa serangan terhadap Islam dan umatnya terus berlangsung tanpa henti. Serangan musuh bukan setakat dengan senjata fizikal malah melalui serangan pemikiran dalam menghilangkan jatidiri umat Islam. Yahudi dan barat cuba untuk merosakkan jatidiri umat Islam termasuk di Malaysia dengan menggunakan proksi-proksi liberal yang terdiri daripada ejen-ejen mereka yang berselindung di sebalik laungan, Islam moderate, Islam liberal, hak asasi manusia, hak samarata dan istilah-istilah lain yang bertopengkan Islam. Suara sumbang seperti mengkritik amalan solat berjemaah yang dijalankan di sekolah, qiamullail dan program kerohanian agama dikatakan tidak membantu dalam membangunkan perkembangan pelajar. Malah yang lebih teruk lagi bila didakwa pendidikan agama sebagai punca kelembapan minda orang Melayu sehingga dicadangkan agar pendidikan agama dihadkan tidak lebih dari 2 jam seminggu sahaja.
Pemikiran sesat ini bukan sahaja bercanggah dengan cara didikan nabi Muhammad s.a.w malah sebuah kajian yang dijalankan oleh Harvard University mendapati bahawa anak-anak yang dibesarkan dengan didikan agama akan membesar dengan lebih sihat dan mempunyai kehidupan yang lebih baik ketika dewasa. Kajian yang dikendalikan oleh Harvard School of Public Health ini dijalankan ke atas 5000 responden berusia di antara 8 hingga 14 tahun. 18 peratus daripada mereka menikmati kegembiraan yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak menerima pendidikan agama sejak dari kecil. Sekalipun kesedaran mengenai agama dilihat menurun di Amerika, 51 peratus daripada mereka masih menganggap agama sebagai sesuatu yang sangat penting. Perkembangan di Amerika lebih membimbangkan apabila Pew Research Centre mengeluarkan data bahawa 36 peratus daripada anak-anak yang lahir sekitar tahun 1990 hingga 1996 tidak mengikat diri mereka dengan agama.
Oleh itu yakinlah kita dengan pendidikan Islam dalam membina generasi yang hebat dunia sebagaimana Rasulullah S.A.W sangat menekankan pendidikan asas agama bagi anak-anak Muslim. Al-Imam Ibn al-Qayyim menjelaskan bahawa seawal kelahiran anak kecil itu lagi kita telah dianjurkan untuk membisikkan azan di telinga mereka. Lafaz-lafaz tauhid yang menerobos ke telinga mereka menggambarkan betapa penerapan nilai aqidah perlu diterapkan sejak anak kecil itu lahir ke dunia lagi. Pengabaian terhadap didikan agama akan melahirkan umat yang hilang jatidiri dan mudah terpengaruh dengan hidup sesat
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 32 surah al-Anfal :
وَإِذْ قَالُوا اللَّـهُمَّ إِن كَانَ هَـٰذَا هُوَ الْحَقَّ مِنْ عِندِكَ فَأَمْطِرْ عَلَيْنَا حِجَارَةً مِّنَ السَّمَاءِ أَوِ ائْتِنَا بِعَذَابٍ أَلِيمٍ ﴿٣٢﴾
Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika mereka (kaum musyrik Makkah) berkata: “Wahai tuhan kami! Jika betul (Al-Quran) itu ialah yang benar dari sisimu, maka hujanilah kami dengan batu dari langit, atau datangkanlah kepada kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya”.
Kita berasa sedih akibat kejahilan maka terdapat golongan Liberal yang bertanya, mengapa Allah tidak menghantar petir ketika pendukung kemungkaran melakukan kerosakan di Mekah? Tahukah golongan Liberal ini bahawa kafir Quraisy pernah melakukan lebih dahsyat dari itu. Kafir Quraiys pernah menghimpunkan segala berhala di dalam Kaabah, bahkan memposisikan patung Hubal di atas Kaabah. Mereka melakukan dosa syirik iaitu kezaliman yang paling besar di sisi Allah, namun Allah tidak mengazab mereka serta merta. Soalan golongan liberal ini tidak ubah seperti yang pernah diutarakan oleh Abu Jahal sebagaimana dirakam dalam ayat 32 surah al-Anfal
Menurut al-Imam Ibn Hajar, soalan ini, atau lebih tepat cabaran ini diutarakan sendiri oleh Abu Jahal, penghulu kemungkaran yang mencabar kebenaran al-Quran. Tindakan Abu Jahal ini kemudian diikuti oleh beberapa pembesar Quraysh yang lain, bertanyakan sesuatu dengan nada mencabar kebenaran al-Quran. Mendengar cabaran tersebut, Allah terus menjawab melalui firmannya dalam ayat 33 surah al-Anfal:
وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ وَأَنتَ فِيهِمْ ۚ وَمَا كَانَ اللَّهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ
Maksudnya : “Allah tidak akan sekali-kali menurunkan azab selagimana engkau (wahai nabi Muhammad) masih berada di sisi mereka. Bahkan Allah tidak akan mengazab mereka selagi mana ada dikalangan mereka yang memohon keampunan.”
Melalui ayat ini, Allah menjelaskan bahawa keberadaan Rasulullah yang berusaha untuk membimbing kaum Baginda menjadi sebab mengapa Allah menangguh azab. Bahkan ucapan istighfar (permohonan ampun) dan belas ehsan oleh kaum muslimin menjadi salah satu punca mengapa sesuatu azab ditangguhkan. Ini kerana, sekiranya Allah menimpakan azab ke atas sesuatu kaum, maka ia akan turut menimpa semua yang berada dengan mereka sebagaimana Firman Allah dalam ayat 45 surah Fatir:
وَلَوْ يُؤَاخِذُ اللَّهُ النَّاسَ بِمَا كَسَبُوا مَا تَرَكَ عَلَىٰ ظَهْرِهَا مِن دَابَّةٍ
Maksudnya : “Dan kalaulah Allah menghitung kesalahan manusia serta terus menyeksa mereka disebabkan amal-amal jahat yang mereka telah kerjakan, tentulah Allah tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak.”
Lalu, bagi menghadapi cabaran kafir Quraisy ini, Allah mendidik Rasulullah agar memberikan jawapan yang positif dengan menjelaskan bahawa Allah itu Maha Pengasih. Mengapa azab yang kamu minta sedangkan rahmat Allah itu luas?
Bala Allah jangan diminta, laknat Allah jangan dipinta. Perbanyakkan ibadat, istigfar dan taubat agar diampuni seterusnya disirami rahmat dan nikmat Allah dunia akhirat
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Jumaat : Islam DiNobat Virus Corona DiRawat Arak diSekat

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  17 surah al-An’am :

وَإِن يَمْسَسْكَ اللَّـهُ بِضُرٍّ فَلَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا هُوَ ۖ وَإِن يَمْسَسْكَ بِخَيْرٍ فَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿١٧

Maksudnya : Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika Dia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Ia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu

Dunia hari ini digemparkan dengan kehadiran sejenis wabak yang dikenali sebagai Novel Coronavirus (2019-nCoV) yang merujuk kepada spesis baru virus dalam famili coronavirus yang belum pernah ditemui manusia. Virus ini boleh merebak sesama haiwan dan manusia. Jangkitan virus ini adalah sama seperti jangkitan selesema yang lain dan komplikasinya lebih teruk pada badan yang lemah imunisasi badan. Wabak ini datangnya dari Bandar Wuhan, China. Kini, lebih 2,761 kes di beberapa Negara dengan 81 kematian berlaku di China. Perlahan-lahan virus ini menular hampir ke 13 buah negara lain termasuk 7 kes positif virus itu di Malaysia. Sehingga kini, WHO sendiri tidak pernah menemui virus seperti ini. Justeru, apa yang berlaku ini adalah bukti tanda keEsaan dan keagungan Allah. Sehebat mana pun manusia, canggih bagaimana pun teknologi akhirnya terpaksa akur kepada Allah yang Maha Kuasa apabila berdepan dengan wabak ini. Perhatikan, wabak yang sedang melanda adalah merupakan panggilan dan seruan kepada seluruh umat manusia untuk kembali kepada apa yang diajar oleh Islam.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sesuai dengan pengutusan nabi Muhammad s.a.w membawa rahmat kepada sekalian alam maka Islam bukan sahaja menekan ibadat khusus sahaja malah meliputi seluruh aspek kehidupan termasuk kesihatan. Antara kaedah yang dianjurkan oleh Islam ketika berdepan dengan situasi penyakit berjangkit atau mudah merebak ini ialah pendekatan yang berasaskan perubatan `mencegah’atau kuarantin.

الطَّاعُونُ آيَةُ الرِّجْزِ ابْتَلَى اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ بِهِ نَاسًا مِنْ عِبَادِهِ فَإِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ فَلاَ تَدْخُلُوا عَلَيْهِ وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَفِرُّوا مِنْهُ  – رواه مسلم

Maksudnyu :Taun (penyakit merebak) adalah suatu peringatan dari Allah untuk menguji hamba-hamba-Nya dari kalangan manusia. Maka apabila kamu mendengar penyakit itu berjangkit di suatu negeri, janganlah kamu masuk ke negeri itu. Dan apabila wabak itu berjangkit di negeri tempat kamu berada, jangan pula kamu lari keluar daripadanya.”

Wabak coronavirus yang melanda dunia ketika ini dilihat bukan sahaja mengancam kesihatan dan nyawa manusia, malah turut memberi kesan yang kurang baik terhadap sumber ekonomi dan pendapatan sesebuah negara terutama bagi negara-negara di mana aktiviti pelancongan adalah di antara beberapa sumber pendapatan negara. Keadaan ini berlaku di samping sebagai kesan dari kebimbangan dan panik masyarakat yang enggan melawat negara yang berkenaan kerana takut dijangkiti, adalah juga berpunca dari langkah-langkah pencegahan dan larangan seperti kuarantin yang dikenakan oleh sesebuah negara. Bagaimanapun, tindakan yang elok ini telah dianggap sebagai satu tindakan yang kurang baik, malah disalah tafsir pula akan mempunyai unsur sabotaj ke atas ekonomi negara lain. Mungkin ini juga sebagai kesan tidak langsung globalisasi di mana negara-negara amat bergantung kepada negara lain bagi mengukuhkan ekonomi negara sendiri.

Walau apa pun tindakan yang diambil, faktor kesihatan dan keuntungan ekonomi adalah sama pentingnya. Namun hakikatnya, Islam lebih mengutamakan kesejahteraan nyawa manusia dan ia perlu dipelihara pada setiap masa agar terhindar daripada sebarang perkara yang boleh mengancamnya. Aspek ekonomi yang kukuh, di samping pemakanan yang baik dan sihat serta persekitaran yang bersih dan selamat amat berkait rapat dan turut membantu meningkatkan kesejahteraan nyawa manusia. Namun ada pada ketika yang tertentu, seseorang itu perlu mengehadkan aktiviti sosioekonominya jika ia didapati akan mengancam kesejahteraan nyawanya.

Menurut prinsip Islam, sesuatu tindakan yang baik itu adalah yang mendatangkan manfaat kepada seluruh umat manusia. Bagaimanapun, jika terdapat kemudaratan atau keburukan yang akan menimpa mereka, maka menghindari keburukan itu adalah lebih penting dan diutamakan daripada mencari kemanfaatan. Manakala jika terdapat pelbagai kepayahan dalam menangani sesuatu isu yang sukar seperti ketika wabak ini, maka Islam menyarankan agar menerima kepayahan yang mendatangkan dengan mengawal kesan buruk yang paling minimum kepada masyarakat.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 91 surah al-Maidah :

إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَن يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّـهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ ۖ فَهَلْ أَنتُم مُّنتَهُونَ ﴿٩١

Maksudnya : Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?

Islam begitu menjaga akal daripada dirosakkan termasuk dengan arak dan dadah. Ketika kes kemalangan maut akibat pemandu mabuk terus berlaku maka kewajipan kepada kerajaan untuk menanganinya segera. Kita yakin bahaya arak bukan sahaja merosakkan akal peminum malah membahayakan nyawa orang lain. Sebab itu di Negara maju seperti Australia dan United Kingdom (UK) tidak membenarkan penjualan dan minum arak secara terbuka. Taiwan pula merancang untuk melaksanakan hukuman mati terhadap pesalah yang menyebabkan kemalangan maut, ketika memandu dalam keadaan mabuk bagi kes serius. Jika undang-undang merokok di tempat awam boleh dikuatkuasakan dalam Negara maka arak yang lebih bahaya mesti lebih dipandang serius. Dengan peningkatan kes kematian yang diakibatkan pemandu mabuk, kita menyarankan langkah-langkah segera dipertimbangkan:

[1] Melalui peruntukan undang-undang yang lebih ketat dan hukuman yang lebih berat kepada seorang yang sabit kesalahan. Hukuman mandatori yang lebih keras wajar dikenakan.

[2] Daripada aspek kebajikan, tiba masanya negara memperkenalkan skim sosial bagi membantu keluarga si mati yang menjadi mangsa dalam setiap kes pemandu mabuk. Kelalaian pemandu sedemikian telah diperhatikan dalam hukum Islam bila mana adanya hukuman diat pada kes-kes kematian atau kemalangan.

[3] Antara solusi juga adalah mewajibkan kenderaan polis mempunyai ‘breathalyzer’ untuk segera ukur kandungan alkohol mereka yang terlibat dengan kemalangan tidak kira maut atau bukan. Difahamkan sekarang ini, jika berlaku kemalangan, pemandu yang terlibat boleh lepaskan diri dengan hadir lambat ke balai polis.

Kerajaaan wajib lebih serius dalam menangani masalah ini. Jangan hanya sibuk untuk kuatkuasa masalah penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak sahaja sedangkan isu pemandu mabuk dipandang sambal lewa sahaja. Sayangi nyawa rakyat dengan menyekat aktiviti minum arak di tempat awam. Cegah sebelum parah, sekat sebelum melarat.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 10 surah Fatir :

مَن كَانَ يُرِيدُ الْعِزَّةَ فَلِلَّـهِ الْعِزَّةُ جَمِيعًا ۚ إِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ وَالْعَمَلُ الصَّالِحُ يَرْفَعُهُ ۚ وَالَّذِينَ يَمْكُرُونَ السَّيِّئَاتِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ ۖ وَمَكْرُ أُولَـٰئِكَ هُوَ يَبُورُ ﴿١٠

Maksudnya : Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula diangkatnya naik (sebagai amal yang makbul – yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya: orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa

Jika penyakit berjangkit begitu merbahaya sehingga menggugat nyawa maka ada lagi penyakit yang lebih merbahaya daripada itu iaitu penyakit hati terutama berkaitan keimanan kepada Allah dan segala rukun iman. Penyakit ini bukan menyebabkan kehinaan di dunia malah sengsara dalam Neraka Allah di akhirat nanti. Antara penyakit hati yang merbahaya ialah tidak berbangga dengan Islam dan merasakan Islam sebagai penyekat kebebasan dan kemajuan. Adalah amat ganjil tatkala orang kafir berbangga dengan kekafirannya, orang munafik begitu dan berbangga serta yakin dengan berbaik-berbaik dengan orang-orang kafir serentak meninggalkan orang mukmin, manakala orang beriman merasa rendah diri  dengan keIslaman dan keimanannya.

Bangga dengan Islam bukan sekadar hanya ‘merasainya’ di dalam diri, namun perlu dibuktikan dengan berbangga dengan segala syariat-Nya, merasa marah apabila ada pihak yang mempersendakannya, membela apabila ia dihina. Pertuturan dan penulisannya membuktikan bahawa benar-benar ia berbangga dengan Islam. Sesungguhnya jika setiap muslim merasa bangga dengan anugerah yang amat bernilai ini, menjadi manusia yang dipilih oleh Allah menjadi seorang muslim, dia akan menjadi batu penghalang terbesar kepada pihak-pihak yang berniat jahat kepada Islam berbuat apa sahaja kepada umat Islam. Umat yang berjaya membuang penyakit wahnu iaitu terlalu cinta dengan dunia dan benci kepada kematian akan melahirkan umat yang hebat yang digeruni oleh musuh Islam

Sebagai warga negara muslim di Malaysia ini, kita berbangga kerana Islam diberikan kedudukan istimewa di dalam negara ini, Islam berperanan di dalam pentadbiran negara, Institusi-institusi Islam ditubuhkan untuk melicinkan pentadbiran menguruskan kehidupan masyarakat, institusi Pendidikan berusaha menerapkan rasa cinta kepada agama Islam sejak dari usia muda. Perbuatan meragui dan mempertikaikan perkara-perkara di atas adalah tanda-tanda tidak berbangga dengan Islam. Jika bukan umat Islam berbangga dan mempertahankannya, siapa lagi yang kita harapkan?. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat.

Firman Allah dalam ayat 139 surah Ali ‘Imran :

وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ ﴿١٣٩

Maksudnya : Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Jumaat : Suburkan Kekuatan Rohani Dambakan Kebahagiaan Hakiki

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  17 surah al-An’am :

وَإِن يَمْسَسْكَ اللَّـهُ بِضُرٍّ فَلَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا هُوَ ۖ وَإِن يَمْسَسْكَ بِخَيْرٍ فَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿١٧

Maksudnya : Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika Dia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Ia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu

Kedatangan Islam menerusi nabi Muhammad s.a.w. dengan system yang lengkap dan menyeluruh termasuk penekanan terhadap kesihatan dan penjagaan kesihatan yang sempurna. Ajaran Islam amat menitikberatkan aspek penjagaan kesihatan yang sempurna supaya individu itu mempunyai kekuatan yang diperlukan bagi menjalankan ibadat kepada Allah. Begitu juga, bagi menjadikan amalan ibadat dan doanya itu diterima Allah, individu Muslim itu mestilah sentiasa memelihara kesihatan diri terutamanya dalam memastikan kebersihan dan halal haram makanan yang diambil di samping menggunakan hanya pakaian yang bersih, tidak dikotori najis dan sebagainya.

Oleh itu ketika berdepan dengan penyakit berjangkit seumpama Influenza pada waktu ini yang merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti salur pernafasan antaranya sentiasa merujuk pihak kesihatan dan apa yang paling penting ialah menjauhi maksiat dan perkara yang menjadi punca kepada penyakit serta memperbanyakkan doa kepada Allah

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 7-10 surah as-Syamsu :

وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا ﴿٧﴾ فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا ﴿٨﴾ قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا ﴿٩﴾ وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا ﴿١٠

Maksudnya : Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);  Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; – Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), (Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

Ketika berbicara tentang penyakit berjangkit di mana sebahagiannya boleh membawa maut maka datang rasa gerun di hati kita. Namun ada lagi penyakit lebih merbahaya daripada itu iaitu penyakit rohani yang bukan sahaja menyebabkan kerosakan akhlak yang membawa kepada jenayah malah membawa kesengsaraan sehingga akhirat. Kestabilan dan keteguhan sebuah negara bergantung kepada kekuatan jati diri rakyatnya. Apabila rakyat dijangkiti penyakit sosial, hidup semata-mata mengejar kemewahan dan keseronokan hawa nafsu, berpecah belah, negara akan menuju kehancuran. Nilai kerohanian membolehkan manusia mempunyai akhlak dan tingkah laku yang baik serta memelihara nilai-nilai itu walau apa juga perubahan yang berlaku di persekitarannya.

Islam masuk ke alam Melayu dalam keadaan masyarakat ketika itu hidup dengan pelbagai kepercayaan dan animisme. Namun, dengan kegiatan keilmuan dan kerohanian yang dicetuskan oleh ulama silam, umat Islam membina tamadun yang dibanggakan dan mematuhi nilai-nilai kehidupan yang baik serta mengukuhkan institusi kekeluargaan. Tamadun Melayu tidak meninggalkan binaan-binaan bangunan, sebaliknya mewariskan banyak hasil ilmu terutama dalam menterjemahkan tulisan Arab dalam pelbagai disiplin ilmu. Tamadun Melayu hanya hebat dan kuat setelah mereka menerima dan menemui makna diri dengan Islam, seterusnya muncul sebagai antara bangsa yang hebat.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 37 surah an-Nuur :

رِجَالٌ لَّا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَن ذِكْرِ اللَّـهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ ۙ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالْأَبْصَارُ ﴿٣٧

Maksudnya : (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan

Imam al-Ghazali dalam Ihya’ ‘Ulum al-Din menukilkan bagaimana aspek ruh lebih tinggi nilai dan kedudukannya berbanding jasad kerana datang secara langsung serta dinisbahkan kepada Allah sedangkan jasad hanya dinisbahkan kepada tanah atau air mani hina. Komponen kedua-dua aspek material dan ruh inilah tabie yang mewujudkan makhluk dipanggil insan atau manusia. Kita begitu bimbang umat Islam turut terperangkap dengan krisis jiwa dengan mendewakan unsur kebendaan berdasarkan faham dan doktrin materialisme yang rata-rata menjadi pedoman, dorongan serta bernilai utama dan tinggi dalam kehidupan. Hasilnya mereka terperangkap dalam krisis kerohanian dan kejiwaan yang berat sehingga terbabit dalam pelbagai perlakuan negatif seperti ketagih arak, dadah, bunuh diri dan sebagainya. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) misalnya mencatatkan kebelakangan ini lebih daripada sejuta manusia seluruh dunia membunuh diri setiap tahun, iaitu pada kadar seorang membunuh diri setiap 40 saat.

Memandangkan betapa pentingnya membina jatidiri berteraskan Islam bermula dari alam sekolah lagi kerana seseorang itu bergantung dengan apa yang dipelajari, apa yang dijadikan rutin dan apa yang sering berlaku dalam kehidupannya. Aktiviti solat berjemaah, qiamullail, berpuasa sunat, tadarrus al-Quran dan program keagamaan yang lain adalah penting dalam memupuk sikap kebersamaan dalam melakukan ketaatan, sekaligus membina satu sosok tubuh jatidiri seorang muslim yang ghairah terhadap agamanya. Aktiviti kerohanian ini mampu membina kecemerlangan dalam pengajian dan juga pembentukan peribadi yang hebat yang berjaya dunia dan akhirat. Kita bukan sahaja mahu membentuk anak muda yang cemerl;ang akademik tetapi juga teguh aspek kerohanian mereka

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 217 surah al-Baqarah :

…… وَمَن يَرْتَدِدْ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَـٰئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۖ وَأُولَـٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ ﴿٢١٧

Maksudnya : “…..Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (Islam), lalu dia mati sedang ia tetap kafir, maka orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan akhirat, dan mereka itulah ahli neraka,mereka kekal di dalamnya (selama-lamanya).”

Pembinaan rohani umat Islam berteraskan Islam begitu penting terutama dalam  berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk serangan sekulerisme, liberalisme, atheis tolak agama. Antaranya Isu aqidah apabila Kumpulan bekas penjawat awam kanan, G25 yang sebelum ini lantang mempertikaikan kewujudan JAKIM di mana yang terbaru mereka mengkritik Undang-undang Murtad dengan mengatakan keputusan seorang Islam untuk keluar agamanya antara individu itu dengan Tuhan. Kumpulan itu mengatakan bahawa Undang-undang Negeri menghukum orang murtad, sama ada dengan denda, pemenjaraan atau pemulihan, tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama. Kumpulan ini jelas menafsirkan kebebasan beragama mengikut acuan Liberal Barat. Agama dianggap urusan peribadi yang tidak ada campur tangan dari pihak lain. Kebebasan beragama bagi mereka, manusia tidak boleh dipaksa hidup beragama. Pentafsiran ini adalah tidak betul kerana setiap individu yang telah menganut sebarang agama adalah terikat dengan peraturan agamanya.

Kebebasan beragama dalam Islam ialah Islam menjamin kebebasan agama dalam bentuk tidak boleh melakukan paksaan untuk menganut agama Islam bahkan Islam memberi hak kepada setiap individu untuk memilih agama yang ingin dianuti tanpa ada paksaan. Murtad atau keluar dari agama Islam adalah satu jenayah, telah melakukan kesalahan dan dikenakan hukuman hudud. Murtad tergolong dalam dosa-dosa besar yang tidak diampunkan oleh Allah. Hukuman membunuh orang murtad akan dilaksanakan sekiranya telah tamat tempoh untuk bertaubat dengan kembali kepada Islam

مَنْ بَدَّلَ دِينَهُ فَاقْتُلُوهُ – رواه البخاري

Maksudnya : “Barangsiapa yang menukar agamanya, bunuhlah dia.”

Murtad atau keluar daripada agama Islam sebenarnya adalah berbeza dengan konteks hak kebebasan beragama yang dijamin oleh Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan kerana Perkara 11 tersebut adalah lebih merujuk kepada kebebasan mempertahankan amalan dan cara hidup yang digariskan oleh agama masing- masing bukan menghalalkan murtad sebagaimana yang didakwa oleh kumpulan pelampau ini.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 91 surah al-Maidah :

إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَن يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّـهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ ۖ فَهَلْ أَنتُم مُّنتَهُونَ ﴿٩١

Maksudnya : Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?

Islam begitu menjaga akal daripada dirosakkan termasuk dengan arak dan dadah. Ketika kes kemalangan maut akibat pemandu mabuk terus berlaku maka kewajipan kepada kerajaan untuk menanganinya segera. Kita yakin bahaya arak bukan sahaja merosakkan akal peminum malah membahayakan nyawa orang lain. Sebab itu di Negara maju seperti Australia dan United Kingdom (UK) tidak membenarkan penjualan dan minum arak secara terbuka. Taiwan pula merancang untuk melaksanakan hukuman mati terhadap pesalah yang menyebabkan kemalangan maut, ketika memandu dalam keadaan mabuk bagi kes serius. Jika undang-undang merokok di tempat awam boleh dikuatkuasakan dalam Negara maka arak yang lebih bahaya mesti lebih dipandang serius. Dengan peningkatan kes kematian yang diakibatkan pemandu mabuk, kita menyarankan langkah-langkah segera dipertimbangkan:

  1. Melalui peruntukan undang-undang yang lebih ketat dan hukuman yang lebih berat kepada seorang yang sabit kesalahan. Hukuman mandatori yang lebih keras wajar dikenakan.
  2. Daripada aspek kebajikan, tiba masanya negara memperkenalkan skim sosial bagi membantu keluarga si mati yang menjadi mangsa dalam setiap kes pemandu mabuk. Kelalaian pemandu sedemikian telah diperhatikan dalam hukum Islam bila mana adanya hukuman diat pada kes-kes kematian atau kemalangan.
  • Antara solusi juga adalah mewajibkan kenderaan polis mempunyai ‘breathalyzer’ untuk segera ukur kandungan alkohol mereka yang terlibat dengan kemalangan tidak kira maut atau bukan. Difahamkan sekarang ini, jika berlaku kemalangan, pemandu yang terlibat boleh lepaskan diri dengan hadir lambat ke balai polis.

Kerajaaan wajib lebih serius dalam menangani masalah ini. Jangan hanya sibuk untuk kuatkuasa masalah penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak sahaja sedangkan isu pemandu mabuk dipandang sambal lewa sahaja. Sayangi nyawa rakyat dengan menyekat aktiviti minum arak di tempat awam. Cegah sebelum parah, sekat sebelum melarat. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Jumaat : Islam DiMartabat Murtad DiSekat Umat Kuat

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  17 surah al-An’am :

وَإِن يَمْسَسْكَ اللَّـهُ بِضُرٍّ فَلَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا هُوَ ۖ وَإِن يَمْسَسْكَ بِخَيْرٍ فَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿١٧

Maksudnya : Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika Dia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Ia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu

Tamadun manusia telah menyaksikan bahawa sebelum kedatangan Islam ke Tanah Arab, keadaan kesihatan awam pada ketika itu amat daif. Penyakit berjangkit seperti cirit-birit, batuk kering, taun dan lain-lain amat mudah berlaku, bahkan secara berleluasa. Hanya dengan kedatangan Islam menerusi nabi Muhammad s.a.w. penekanan terhadap kesihatan dan penjagaan kesihatan yang sempurna mula mendapat perhatian masyarakat. Walaupun Rasulullah diutuskan bagi menyampaikan hukum-hukum Allah yang Maha Suci, tetapi ajaran dalam Islam amatlah menyeluruh sifatnya. Malah ajaran Islam juga amat menitikberatkan aspek penjagaan kesihatan yang sempurna supaya individu itu mempunyai kekuatan yang diperlukan bagi menjalankan ibadat kepada Tuhan.

Begitu juga, bagi menjadikan amalan ibadat dan doanya itu diterima Allah, individu Muslim itu mestilah sentiasa memelihara kesihatan diri terutamanya dalam memastikan kebersihan dan halal haram makanan yang diambil di samping menggunakan hanya pakaian yang bersih, tidak dikotori najis dan sebagainya. Semua perkara ini terkandung dalam ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w sehingga muncul sebuah karya agung khusus berkaitan kaedah perubatan dan penjagaan kesihatan cara Rasulullah s.a.w yang dikenali At Tibb an Nabawi.

Pencegahan menjadi asas utama penjagaan kesihatan yang baik di samping melakukan aktiviti kehidupan secara bersederhana dan tidak berlebih-lebihan yang sentiasa dianjurkan oleh Islam kepada umatnya. Manakala bidang perubatan dan kesihatan moden yang berasaskan kaedah saintifik kini turut memberi penekanan terhadap pencegahan dan rawatan dalam menghadapi sesuatu jangkitan dan penyakit yang menjadi asas disiplin kesihatan awam.

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Firman Allah dalam ayat  51 surah at-Taubah :

قُل لَّن يُصِيبَنَا إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّـهُ لَنَا هُوَ مَوْلَانَا ۚ وَعَلَى اللَّـهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ ﴿٥١

Maksudnya :  Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal”.

Kini Negara kita diuji dengan penyakit berjangkit Influenza yang merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti salur pernafasan. Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius. Dalam keadaan tertentu, ia boleh mengancam nyawa individu yang dijangkiti. Secara kebiasaannya, gejala influenza bermula 1 atau 2 hari selepas dijangkiti, dan ianya meliputi Demam, Selesema, Sakit tekak, Batuk, Sakit kepala, Sakit badan, Sukar bernafas, Cirit birit dan sakit perut khususnya di kalangan kanak-kanak) . Influenza merebak dari seorang individu yang dijangkiti kepada seorang individu yang lain melalui titisan salur pernafasan apabila bercakap, batuk atau bersin. Titisan ini boleh mencemari permukaan dan menyebabkan jangkitan kepada individu yang menyentuh permukaan tersebut.

Pendekatan yang berasaskan perubatan `mencegah’ dalam menangani wabak dan jangkitan penyakit sebenarnya telah diajar oleh Nabi s.a.w dalam banyak situasi.

الطَّاعُونُ آيَةُ الرِّجْزِ ابْتَلَى اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ بِهِ نَاسًا مِنْ عِبَادِهِ فَإِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ فَلاَ تَدْخُلُوا عَلَيْهِ وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَفِرُّوا مِنْهُ ) – رواه مسلم

Maksudnyu :Taun (penyakit merebak) adalah suatu peringatan dari Allah untuk menguji hamba-hamba-Nya dari kalangan manusia. Maka apabila kamu mendengar penyakit itu berjangkit di suatu negeri, janganlah kamu masuk ke negeri itu. Dan apabila wabak itu berjangkit di negeri tempat kamu berada, jangan pula kamu lari keluar daripadanya.”

Kekhuatiran ini berkisar apabila kita berkemungkinan sebagai kumpulan pembawa yang terlibat menjangkitkan pula penyakit berkenaan kepada orang lain. Ajaran dalam al-Quran, kita juga ditegah daripada terlibat dengan sebarang aktiviti yang menjerumus kepada kesengsaraan, kemudaratan dan kemusnahan.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Usaha dalam menangani masalah penyakit berjangkit ini juga ialah sentiasa merujuk pihak kesihatan dan apa yang paling penting ialah menjauhi maksiat dan perkara yang menjadi punca kepada penyakit serta memperbanyakkan doa kepada Allah

Daripada Uthman bin Affan berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:

مَنْ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ، فِي الْأَرْضِ، وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ، ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ، حَتَّى يُصْبِحَ، وَمَنْ قَالَهَا حِينَ يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ، لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُمْسِيَ

Maksudnya: “Sesiapa yang membaca: (Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui) sebanyak 3 kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga subuh. Dan barangsiapa yang membacanya ketika subuh sebanyak 3 kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga petang (malam).” [Riwayat Abu Daud (5088)]

Daripada Abu Hurairah RA berkata:

جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ مَا لَقِيتُ مِنْ عَقْرَبٍ لَدَغَتْنِي الْبَارِحَةَ، قَالَ: أَمَا لَوْ قُلْتَ، حِينَ أَمْسَيْتَ: أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ، لَمْ تَضُرَّكَ – رواه مسلم

Maksudnya: “Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah, ketika aku sedang tidur, ada seekor kala jengking datang menyengatku. Maka Nabi SAW bersabda: Jika kamu membaca ketika waktu petang (malam) itu: (Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta)” nescaya tidak akan berlaku perkara yang memudharatkan kamu.”

Daripada Anas bin Malik RA berkata:

كَانَ يَقُولُ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ

Maksudnya: Adapun Rasulullah berdoa: (Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk)”.” [Riwayat Abu Daud (1554)]

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 6 surah al-Kafiruun :

لَكُمۡ دِینُكُمۡ وَلِیَ دِینِ

Maksudnya : “Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku

Ketika melihat isu Tanglung di sebuah sekolah baru-baru ini  betapa menteri terus turun padang untuk mempertahankannya atas alasan perpaduan. Alangkah bagusnya jika isu yang dianggap perpaduan itu juga diguna dalam isu tulisan jawi di sekolah yang dirempuh ganas oleh kumpulan rasis antara alasan dangkalnya bertujuan untuk menyebar Islam di kalangan pelajar bukan Islam ketika kaligrafi Cina dianggap lambang penyatuan. Isu terbaru ada pihak mengecam dan mempertikaikan arahan Kementerian Pendidikan untuk semua sekolah melarang pelajar Islam menyertai Pesta Ponggal yang diisytiharkan haram oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pongal merupakan perayaan masyarakat Hindu terutama di Tamil Nadu yang dirayakan pada bulan ‘Thai’ sekitar pertengahan Januari dalam kalendar India. Ia sempena berakhirnya musim menuai, di mana hasil tuaian ditujukan kepada Suriabhagawan atau Dewa Matahari. ‘Pongal’ dalam bahasa Tamil bermaksud ‘merebus’, dan perayaan ini dirayakan sebagai perayaan kesyukuran bagi musim menuai. Oleh itu apa relevan untuk pelajar-pelajar Islam di sekolah-sekolah dikerah untuk terlibat sama dalam Pesta Ponggal ini. Sedangkan dalam masa yang sama kita tidak melarang pelajar yang beragama Hindu untuk menyambut Pesta tersebut. Inilah toleransi kita dalam perbezaan agama dalam perayaan masing-masing yang perlu dihormati akan prinsip oleh penganut agama lain. Mengapa orang Islam yang tegas dalam mempertahankan prinsip dianggap rasis sedangkan orang lain yang tidak toleransi malah menyerang Islam secara membabi buta tidak dipanggil rasis.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 217 surah al-Baqarah :

…… وَمَن يَرْتَدِدْ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَـٰئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۖ وَأُولَـٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ ﴿٢١٧

Maksudnya : “…..Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (Islam), lalu dia mati sedang ia tetap kafir, maka orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan akhirat, dan mereka itulah ahli neraka,mereka kekal di dalamnya (selama-lamanya).”

Isu yang paling besar apabila Kumpulan bekas penjawat awam kanan, G25 yang sebelum lantang mempertikaikan kewujudan JAKIM di mana yang terbaru mereka mengkritik Undang-undang Murtad dengan mengatakan keputusan seorang Islam untuk keluar agamanya antara individu itu dengan Tuhan. Kumpulan itu mengatakan bahawa Undang-undang Negeri menghukum orang murtad, sama ada dengan denda, pemenjaraan atau pemulihan, tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama. Kumpulan ini jelas menafsirkan kebebasan beragama mengikut acuan Liberal Barat. Agama dianggap urusan peribadi yang tidak ada campur tangan dari pihak lain. Kebebasan beragama bagi mereka, manusia tidak boleh dipaksa hidup beragama. Pentafsiran ini adalah tidak betul kerana setiap individu yang telah menganut sebarang agama adalah terikat dan berkewajipan dengan peraturan agamanya. Hak beragama ini bukanlah bersifat mutlak bahkan ianya adalah berdasarkan prinsip agama masing-masing.

Kebebasan beragama dalam Islam ialah Islam menjamin kebebasan agama dalam bentuk tidak boleh melakukan paksaan untuk menganut agama Islam bahkan Islam memberi hak kepada setiap individu untuk memilih agama yang ingin dianuti tanpa ada paksaan. Murtad atau keluar dari agama Islam adalah satu jenayah, telah melakukan kesalahan dan dikenakan hukuman hudud. Murtad tergolong dalam dosa-dosa besar yang tidak diampunkan oleh Allah. Hukuman membunuh orang murtad akan dilaksanakan sekiranya telah tamat tempoh untuk bertaubat dengan kembali kepada Islam

مَنْ بَدَّلَ دِينَهُ فَاقْتُلُوهُ – رواه البخاري

Maksudnya : “Barangsiapa yang menukar agamanya, bunuhlah dia.”

Murtad atau keluar daripada agama Islam sebenarnya adalah berbeza dengan konteks hak kebebasan beragama yang dijamin oleh Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan kerana Perkara 11 tersebut adalah lebih merujuk kepada kebebasan mempertahankan amalan dan cara hidup yang digariskan oleh agama masing- masing bukan menghalalkan murtad sebagaimana yang didakwa oleh kumpulan pelampau ini. Oleh itu bersungguhlah kita bukan sahaja dalam mempertahankan aqidah malah memperkasakan system Islam dalam Negara. Islamlah nescaya kita berjaya dunia akhirat

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Jumaat : Jaga Masa Perkasa Pendidikan Julang Kegemilangan

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 1-3  surah al-Asr :

وَالْعَصْرِ ﴿١﴾ إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ ﴿٢﴾ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ ﴿٣

Maksudnya :  Demi Masa!. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian – Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Kini kita telah melangkah pada tahun baru 2020 Masihi dengan meninggal seribu kenangan pahit dan manis, suka dan duka, menangis dan ketawa sepanjang tahun 2019 yang baru lalu. Berlalunya masa bererti semakin pendek umur kita untuk mendekati saat kematian. Islam begitu menitikberatkan umatnya untuk menjaga dan menghargai masa kerana ia lebih mahal dan bernilai daripada harta benda sehingga Allah bersumpah dengan masa. Yakinlah kita bahawa kita diciptakan bagi menunaikan tugas penting dan nikmat waktu itu merupakan modal yang penting untuk dapat menunaikan tugas itu sebaiknya. Keberkatan waktu dan rezeki bergantung kepada kekuatan iman dalam tunduk dan patuh kepada setiap arahan dan larangan Allah dalam kehidupan. Imam Abu Bakar bin ‘Ayash pernah mengungkapkan : “ Betapa ramai manusia yang mengeluh, menyesal dan mengingati hartanya yang hilang tetapi jarang berlaku orang yang mengeluh kerana kehilangan masa yang tidak digunakan pada jalan kebaikan”.

Malah kita pada hari Jumaat yang mulia ini diminta supaya berlumba dalam mengejar fadhilat waktunya termasuk datang paling awal ke masjid.

قال الرسول  : مَنِ اغْتَسَلَ يَوْمَ الجُمُعَةِ غُسْلَ الجَنَابَةِ ثُمَّ رَاحَ، فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَدَنَةً، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الثَّانِيَةِ، فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَقَرَةً، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الثَّالِثَةِ، فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ كَبْشًا أَقْرَنَ، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الرَّابِعَةِ، فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ دَجَاجَةً، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الخَامِسَةِ، فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَيْضَةً، فَإِذَا خَرَجَ الإِمَامُ حَضَرَتِ المَلاَئِكَةُ يَسْتَمِعُونَ الذِّكْرَ– رواه  البخاري ومسلم

Maksudnya: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat (seperti) mandi janabah lalu segera pergi ke masjid, maka seakan-akan berkorban dengan unta, sesiapa yang pergi pada masa yang kedua, maka seakan-akan dia berkorban dengan lembu, dan sesiapa pergi pada masa yang ketiga, maka seakan-akan dia berkorban dengan biri-biri jantan yang bertanduk, dan sesiapa yang pergi pada masa yang keempat seakan-akan dia berkorban dengan seekor ayam, dan sesiapa yang pergi pada masa kelima, maka seakan-akan dia berkorban dengan sebiji telur dan apabila imam telah keluar (untuk berkhutbah) maka para malaikat turut hadir untuk mendengar peringatan (khutbah)”

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Firman Allah dalam ayat  102-104 surah Toha :

يَوْمَ يُنفَخُ فِي الصُّورِ ۚ وَنَحْشُرُ الْمُجْرِمِينَ يَوْمَئِذٍ زُرْقًا ﴿١٠٢﴾ يَتَخَافَتُونَ بَيْنَهُمْ إِن لَّبِثْتُمْ إِلَّا عَشْرًا ﴿١٠٣﴾ نَّحْنُ أَعْلَمُ بِمَا يَقُولُونَ إِذْ يَقُولُ أَمْثَلُهُمْ طَرِيقَةً إِن لَّبِثْتُمْ إِلَّا يَوْمًا ﴿١٠٤

Maksudnya :  (Iaitu) hari ditiup Sangkakala, dan Kami akan himpunkan pada hari itu orang-orang yang bersalah dalam keadaan kelabu matanya.  Mereka berbisik-bisik sesama sendiri: “Kamu telah tinggal hanya sepuluh sahaja”.  (Allah berfirman): Kami lebih mengetahui akan kadar masa yang mereka katakan itu, manakala orang yang lebih tepat pendapatnya di antara mereka berkata pula: “Tiadalah kamu tinggal melainkan satu masa yang amat singkat”.

Al-Quran menggambarkan bagaimana keadaan manusia  yang gagal memanfaatkan nikmat waktu yang Allah anugerahkan di dunia ini dengan amalan soleh malah digunakan untuk melakukan kekufuran terhadap Allah dan pelbagai bentuk perderhakaan sehingga menyesal di akhirat dengan merasakan bagaimana kehidupan dunia yang diberikan begitu singkat sehingga gagal dimanfaatkan. Oleh itu kita wajib menghargai masa dengan mengisinya dengan perkara-perkara yang bermanfaat yang memberi keuntungan untuk kehidupan dunia dan akhirat kita. Apa yang kerap berlaku ialah kita menyalahkan masa, tidak cukup masa sedangkan sebenarnya masa itu cukup dan banyak sekiranya kita atur dan susun mengikut keutamaan dan menyusunnya  dan tidak membuang masa, nescaya dia akan memberi barakah kepada hidup kita. Ibarat kata pujangga : “masalahnya bukan kerana kita diberi masa yang pendek, tetapi kita membuang masa yang banyak. Hidup ini cukup panjang  untuk kita mencapai kejayaan sekiranya setiap saat kita gunakan sepenuhnya”.

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

قال الرسول  : لا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقْبَضَ الْعِلْمُ ، وَتَكْثُرَ الزَّلازِلُ ، وَيَتَقَارَبَ الزَّمَانُ ، وَتَظْهَرَ الْفِتَنُ ، وَيَكْثُرَ الْهَرْجُ وَهُوَ الْقَتْلُ الْقَتْلُ ، وحَتَّى يَكْثُرَ فِيكُمْ الْمَالُ فَيَفِيضَ– رواه  البخاري

Maksudnya : “Tidak berlakunya kiamat sehingga ditarik ilmu pengetahuan, dan banyak gempa bumi, terlalu singkat waktu, banyak fitnah dan kekacauan, iaitu pembunuhan demi pembunuhan, sehingga semakin banyak harta kemewahan yang melimpah ruah”.”

Para ulama tidak mentafsirkan “singkatnya waktu” dengan bertambahnya kecepatan putaran bumi sehingga misalnya, jumlah masa dalam satu hari berkurang menjadi 23 jam. Qadi ‘Iyad, an-Nawawi dan Ibn Abi Jamrah mentafsirkan singkatnya waktu ini dengan hilangnya keberkatan. Mereka berkata, “Maksud singkat waktu ialah hilangnya keberkatan waktu tersebut sehingga pada satu hari misalnya, tidak dapat dimanfaatkan seluruhnya melainkan Cuma beberapa jam sahaja. Begitu juga ungkapan Ibn Hajar dalam Fath al Bari bahawa Allah mencabut semua keberkatan daripada segala sesuatu, termasuk keberkatan waktu dan ini merupakan salah satu tanda dekatnya Kiamat.

Antara punca kegagalan dalam memanfatkan nikmat masa akibat daripada kejahilan dan iman yang lemah. Sesuai dengan suasana sambutan tahun baru yang dibuka tirai dengan bermulanya alam persekolahan di mana kita sebagai ibubapa sepastinya mempunyai pilihan tersendiri dalam memastikan anak kita mendapat pendidikan yang terbaik untuk lahir sebagai anak soleh dan solehah. Pendidikan memain peranan penting untuk mencapai hidup yang berkualiti kerana pendidikan merupakan antara petunjuk terpenting dalam kualiti hidup manusia. Pendidikan mempunyai hubungan rapat dengan ilmu, dan ilmu dikenalpasti sebagai faktor ‘hasil’. Pendidikan membantu individu membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan dunianya, menikmati kemudahan yang ada dipersekitarannya, serta memahami diri sendiri untuk menjadi hamba Allah yang taqwa untuk berusaha mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Pendidikan juga bertindak sebagai pemangkin kesejahteraan hidup dengan cara memimpin individu ke arah sumber-sumber ekonomi yang mantap, keupayaan kawalan diri, dan kestabilan hubungan sosial. Individu yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi cenderung untuk mengalami gangguan emosi dan tekanan fizikal yang rendah. Taraf pendidikan yang baik memberikan seseorang individu itu laluan ke arah pembangunan diri, bergantung bagaimana ilmu tersebut dibina dan dilaburkan dalam pendidikan. Justeru itu, untuk mencapai kecemerlangan kualiti hidup melalui pendidikan, perhatian awal harus tertumpu pada peringkat kanak-kanak lagi. Islam begitu menitikberatkan pendidikan dari awal terutama dalam mengenal Allah, cinta nabi Muhammad s.a.w, pandai membaca al-Quran, mampu jaga solat, menutup aurat dan bersungguh serta istiqamah dengan amalan soleh yang lain.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 13-14 surah al-Kahfi :

نَّحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُم بِالْحَقِّ ۚ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى ﴿١٣﴾ وَرَبَطْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُوا فَقَالُوا رَبُّنَا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَن نَّدْعُوَ مِن دُونِهِ إِلَـٰهًا ۖ لَّقَدْ قُلْنَا إِذًا شَطَطًا ﴿١٤

Ertinya : Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.  Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.”

Memahami betapa pentingnya pendidikan maka kita wajib memastikan hala tuju pendidikan Negara mesti berteraskan kepada Islam. Generasi akan datang bergantung kepada garapan kepada falsafah Negara pada hari ini samada ke arah Islam, Yahudi, Kristian, Liberal, Sekuler, Kapitalis, Sosialis, Komunis atau ideology yang lain. Oleh itu jagalah dasar pendidikan Negara agar selamat dari tangan jahat yang anti Islam. Jagalah golongan muda yang masih teguh fizikalnya, segar fikirannya, sihat tubuh badannya, kental jiwa dan semangatnya. Pemuda adalah tonggak negara kerana kekuatan fizikal mereka boleh menjadi benteng pertahanan teguh sesebuah Negara sebagaimana Imam Al-Ghazali pernah berkata: “Jika kita ingin tahu corak dan rupa bentuk masa hadapan, lihatlah kepada generasi muda hari ini”. Begitu juga ungkapan Imam Hassan al-Banna, “Asas keimanan adalah hati yang bersih, asas keikhlasan ialah jiwa yang suci, asas semangat ialah keinginan yang kuat, asas usaha ialah keazaman yang membara dan semua sifat ini tidak wujud kecuali pada diri seorang pemuda.”

Antara garis panduan bagi seseorang pemuda untuk menjadi golongan yang ideal dengan mengambil teladan daripada kisah ashabul kahfi. Iaitu bertaqwa kepada Allah, menjalankan peranan dakwah kepada sesiapa sahaja supaya ajaran agama Islam terus berkembang kepada seluruh umat manusia, malah Islam terus utuh serta kukuh diamalkan setiap penganutnya. Pemuda Muslim ideal haruslah mempunyai sifat akidah yang benar kerana ia inti pati tertinggi dalam memusatkan ketauhidan iaitu mengesakan Allah SWT. Pemuda ideal juga memiliki ilmu dan pengetahuan agama yang tinggi serta memahaminya secara mendalam, pemuda tidak tersasar daripada landasan ajaran agama yang berpandukan kepada al-Quran dan hadis. Pemuda ideal juga mesti mempunyai keterampilan dalam pelbagai sudut kehidupan untuk dimanfaatkan demi meningkatkan kemajuan diri serta mereka yang ada di sekelilingnya. Mereka juga bijak mengambil peluang mengembangkan potensi dan mempertajamkan kemahiran diri. Pemuda hendaklah menjauhkan diri daripada segala perkara yang membawa kemungkaran dan kejahatan. Kehadiran teknologi yang tiada sempadan maka pemuda hendaklah bijak memilih maklumat yang membawa kebaikan dan begitu juga sebaliknya. Kita tidak boleh menjadi alat kepada kemajuan teknologi dengan menerima bulat-bulat apa juga berita atau maklumat diperoleh. Begitu juga kehadiran laman sosial dan permainan gajet yang mengasyikkan membuat kita selalu leka dengan matlamat asal kehidupan. Kelekaan terhadap perkara sia-sia inilah akan merugikan kita dunia akhirat. Berwaspada sebelum datangnya saat kematian, beringat sebelum hilangnya peluang

Pesanan Imam Hassan al-Banna, “Wahai manusia, selepas kehidupan yang pendek ini. Kamu akan menjalani kehidupan abadi. Bila kamu memahami rahsia tugasmu dalam kehidupan ini dan mengikhlaskan amal untuk Tuhanmu, ada kenikmatan menanti.”

Firman Allah dalam ayat 57 surah al-Ankabut :

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۖ ثُمَّ إِلَيْنَا تُرْجَعُونَ ﴿٥٧

Maksudnya : Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ