• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib Khutbah

  • ekhutbah Audio MP3

     

  • Tetamu Online

  • Pengurusan Blog

Khutbah Jumaat : Perjanjian Hudaibiah DiHayati Kalimah Allah DiJulang Tinggi

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 27-28 surah al-Hajj :

وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِ‌جَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ‌ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ ﴿٢٧﴾ لِّيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُ‌وا اسْمَ اللَّـهِ فِي أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ عَلَىٰ مَا رَ‌زَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ ۖ فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ‌

Maksudnya : Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh. “Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.

            Kini kita berada pada bulan Zulkaedah yang merupakan bulan ke-2 terakhir dalam taqwim Hijrah. Pada bulan ini ramai di kalangan umat Islam dari seluruh dunia termasuk ibubapa, adik-beradik, sanak saudara mahu pun sahabat handai kita telah dan akan bertolak menuju ke tanah suci Mekah bagi menunaikan Fardhu haji. Kita doakan semoga para jemaah haji diberikan keselamatan sepanjang menunaikan ibadat di Mekah dan dianugerahkan dengan ganjaran haji mabrur yang diidamkan.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُأَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:  العُمْرَةُ إِلَى العُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا، وَالحَجُّ المَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الجَنَّةَ  – مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.

Maksudnya : Antara umrah kepada umrah lainnya itu akan menghapuskan dosa di antara keduanya. Dan haji mabrur tidak ada balasannya melainkan Syurga.

            Semoga pertemuan dan berkumpulnya umat Islam dari seluruh dunia mampu menanam seterusnya membangkitkan semangat untuk bersatu atas dasar Islam dalam membebaskan kita daripada belenggu penjajahan hawa nafsu dan system ciptaan manusia kepada tunduk patuh kepada Allah dan melaksanakan system Islam dalam seluruh aspek kehidupan. Jadikan bilangan yang ramai yang bermanfaat dengan membuang penyakit al-Wahnu iaitu takut kepada mati dan terlalu cinta kepada dunia

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 27 surah al-Fathu :

لَّقَدْ صَدَقَ اللَّـهُ رَ‌سُولَهُ الرُّ‌ؤْيَا بِالْحَقِّ ۖ لَتَدْخُلُنَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَ‌امَ إِن شَاءَ اللَّـهُ آمِنِينَ مُحَلِّقِينَ رُ‌ءُوسَكُمْ وَمُقَصِّرِ‌ينَ لَا تَخَافُونَ ۖ فَعَلِمَ مَا لَمْ تَعْلَمُوا فَجَعَلَ مِن دُونِ ذَٰلِكَ فَتْحًا قَرِ‌يبًا

Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah redha terhadap orang mukmin ketika mereka berbai’ah (janji setia) kepada engkau di bawah pohon. Maka Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi ganjaran kepada mereka kemenangan yang dekat waktunya.

            Bulan Zulkaedah juga turut mencatat beberapa peristiwa besar dan bersejarah antaranya telah berlangsungnya Perjanjian Hudaibiah pada tahun 6 Hijrah antara kaum muslimin pimpinan Rasulullah s.a.w dengan kaum Quraisy. Peristiwa ini berlaku apabila umat Islam yang ingin menunaikan ibadat haji telah dihalang oleh kafir Quraisy. Akhirnya termeterainya Perjanjian Hudaibiah. Antara perkara yang tertulis dalam perjanjian damai ini ialah yang pertama : Rasulullah s.a.w hendaklah pulang dan tidak memasuki Mekah pada tahun ini. Apabila tiba tahun hadapan mereka dibenarkan memasuki Mekah dengan syarat  hanya membawa senjata musafir iaitu pedang bersama sarung sahaja. Perkara ini amat berat diterima oleh umat Islam memandangkan kedatangan mereka pada tahun itu untuk menunaikan haji. Kegagalan untuk menunaikan haji pada tahun tersebut akhirnya memberi kemenangan yang lebih gemilang apabila berlakunya pembukaan Kota Mekah beberapa tahun 8 Hijrah

            Perkara kedua pula berbunyi : Gencatan senjata iaitu tidak boleh berperang antara kedua belah pihak selama 10 tahun. Perkara ini telah memberi peluang kepada umat Islam untuk berdakwah dan berbincang mengenai Islam secara lebih meluas tanpa sekatan menggunakan kekerasan sehingga lebih ramai yang memeluk Islam termasuk Khalid ibnu Walid dan ‘Amru bin al-‘As. Genjatan senjata ini juga telah memberi peluang kepada Rasulullah s.a.w untuk berdakwah melalui pengutusan surat kepada Raja Rom, Parsi, Damsyik dan beberapa kerajaan yang lain yang menyebabkan penguasaan Islam semakin luas.

            Perkara ketiga : Sesiapa yang ingin mengadakan ikatan perjanjian dengan nabi Muhammad s.a.w maka bolehlah melakukannya, begitu juga bagi mereka yang ingin mengadakan perjanjian dengan pihak Quraisy. Mana-mana pihak yang bergabung dengan salah satu daripada pihak tersebut maka ia dianggap suatu juzu’ daripadanya. Sebarang pencerobohan yang dihadapi oleh mereka dianggap menceroboh ke atas salah satu daripada pihak tadi. Perkara ini membolehkan Islam mudah tersebar dan juga menjadi salah satu sebab kepada berlakunya pembukaan Kota Mekah apabila berlakunya pencerobohan terhadap qabilah Khuza’ah yang berada bersama kaum muslimin oleh pihak musyrikin.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

            Perkara keempat berbunyi : Sesiapa di kalangan Quraisy yang datang kepada Muhammad tanpa izin walinya maka hendaklah dihantar pulang ke Mekah dan sesiapa daripada pihak Muhammad yang melarikan diri kepada pihak Quraisy maka dia tidak akan dikembalikan ke Madinah.

            Inilah ia antara hikmat kepada perjanjian damai Hudaibiah di mana jika dilihat secara zahirnya ia begitu merugikan umat Islam tetapi apa yang berlaku adalah memberi kemenangan yang besar buat umat Islam

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Firman Allah S.W.T dalam 1-4 surah al-Ikhlas:

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ۝  ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ۝  لَمۡ یَلِدۡ وَلَمۡ یُولَدۡ ۝  وَلَمۡ یَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ

Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.”          

Baru-baru ini umat Islam digemparkan dengan isu penggunaan kalimah Allah yang mana isu ini sebenarnya telah lama berlaku dan telah ada ketetapan-ketetapan dibuat dan diputuskan mengenainya. Contohnya Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, sebagai ketua agama Islam bagi Negeri Selangor telah melarang penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan berkaitan agama Kristian di Negeri Selangor. Baginda menegaskan bahawa penggunaan kalimah Allah dalam Kitab Bible (terjemahan Bahasa Melayu) atau percetakan apa-apa buku dan tulisan agama Kristian dalam apa-apa bentuk sekali pun tetap dilarang penggunaannya di Negeri Selangor. Titah baginda berpandukan kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor mengenai isu tuntutan penganut Kristian terhadap penggunaan kalimah Allah yang diwartakan pada 18 Februari 2010. Dalam masa yang sama, Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) Tahun 1988 telah dikuatkuasakan di Negeri Selangor yang telah menetapkan bahawa penggunaan kalimah Allah adalah suatu kesalahan untuk digunakan oleh penganut agama bukan Islam. Ini turut diperkuat dengan kedudukan undang-undang berkaitan halangan dan larangan penggunaan kalimah Allah yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan pada Tahun 2014 dalam kes Menteri Dalam Negeri lawan Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur. Dalam kes ini mahkamah memutuskan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam penerbitan agama Kristian.

Kalimah Allah bukan terjemahan Bahasa Malaysia kepada perkataan ‘God’. Sebaliknya perkataan yang mewakilinya adalah tuhan atau dewa. Sekiranya dirujuk kamus-kamus nescaya akan didapati perkataan ‘Allah’ merujuk kepada nama Tuhan dalam kalangan orang Islam, satu-satunya Tuhan dalam agama Islam atau nama Tuhan yang berasal daripada istilah Arab yang digunakan seluruh penganut agama Islam tanpa mengira bahasa. Wujud alasan bahawa kalimah Allah dituntut kerana ianya digunapakai dalam Bible edisi Bahasa Arab dan Bahasa Indonesia. Hakikatnya, ianya adalah kesalahan sejak awal penterjemahan. Buktinya, Bible edisi Bahasa Inggeris tidak menggunakan kalimah Allah sama sekali sebaliknya menggunakan perkataan ‘God’ merujuk Tuhan Bapa dan ‘Lord’ merujuk Tuhan Anak. Justeru, mengapakah mahu diterjemahkan perkataan ‘God’ dengan kalimah Allah? Sehubungan dengan itu, penggunaan kalimah Allah oleh agama lain selain agama Islam adalah suatu perkara yang menyanggah konsep keesaan Allah SWT dan boleh membawa kekeliruan kepada umat Islam.

Kalimah Allah ialah nama khas yang merujuk kepada Tuhan dalam agama Islam. Apabila disebut nama khas maka ianya adalah khusus, istimewa, ditentukan atau diperuntukkan hanya kepada penamanya. Tidak sebagaimana kata nama am yang boleh digunapakai kepada kelompok umum seperti tuhan, manusia atau haiwan. Allah SWT adalah nama Tuhan kepercayaan umat Islam. Justeru, apakah agama yang menuntut penggunaan kalimah Allah ini tidak mempunyai nama tuhannya? Penama yang dinamakan dengan nama khas mempunyai identiti, ciri-ciri atau sifat-sifat yang memperkenalkannya atau mengasingkannya daripada yang lain. Sebagai contoh, rumah ibadat adalah kata nama am yang dikongsi sama, sebaliknya istilah masjid, gereja dan gurdwara adalah perkataan beridentiti yang membezakannya dengan yang lain. Justeru, adakah rasional nama Allah boleh dirujuk kepada dua tuhan dengan identiti serta konsepnya yang berlainan?

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Konsep ketuhanan adalah intipati atau pokok (essence) yang membezakan satu agama dengan agama yang lain. Identiti Allah SWT, tuhan yang dipercayai umat Islam konsepnya terkandung secara tuntas di dalam surah al-Ikhlas . Allah SWT ialah Tuhan yang esa, satu atau tunggal. Menurut Ahli Sunnah Wal-jamaah, esa-Nya Allah SWT pada zat, sifat dan perbuatan-Nya. Esa Allah SWT pada zat memberi maksud tiada pecahan-Nya atau tiada tara-Nya. Esa zat Allah SWT adalah mutlak bukan bermaksud satu dengan dua unsur atau satu dengan tiga unsur. Esa Allah SWT pada sifat memberi maksud tiada seumpama-Nya atau tiada bandingNya. Allah SWT itu bukan Tuhan dengan sifat-sifat manusia dan tiada manusia sama sekali yang memiliki sifat-sifat-Nya. Esa Allah SWT pada perbuatan memberi maksud tiada sekutu-Nya atau tiada tandingNya. Allah SWT menegaskan di dalam al-Quran surah al-Maidah ayat 73:

 لَّقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ ثَالِثُ ثَلَاثَةٍ ۘ وَمَا مِنْ إِلَٰهٍ إِلَّا إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۚ وَإِن لَّمْ يَنتَهُوا عَمَّا يَقُولُونَ لَيَمَسَّنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ ‎﴿٧٣﴾

Maksudnya :  “Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan. Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”

Ayat ini menunjukkan seseorang itu menjadi kafir apabila menyatakan tuhan-tuhan selain Allah sebagai Allah. Ini bermakna kalimah Allah itu tidak boleh digunakan kepada tuhan selain Allah yang Maha Esa yang membawa kepada kekufuran. Kaum Muslimin yang berbahagia, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dan agama bagi negeri. Ini suatu jaminan undang-undang dan menjadi prinsip utama dasar pemerintah dan pihak berkuasa agama dalam menjaga akidah dan tuntutan syariat Islam. Dengan dasar-dasar yang menjaga kepentingan agama Islam ini, umat Islam hendaklah mengambil peluang meningkatkan amalan masing-masing dan mempamerkan akhlak Islam serta mencerminkan keindahan Islam dalam bermasyarakat, berorganisasi dan bernegara. Masyarakat bukan Islam perlulah menghormati agama Islam dan umat Islam sebagaimana umat Islam menghormati kepercayaan agama orang bukan Islam. Elakkan sama sekali apa-apa juga perkara, isu atau persoalan yang menyentuh sensitiviti dan keyakinan antara berbilang agama di negara ini. Setiap lapisan masyarakat wajib menghormati kepercayaan agama masing-masing dan tidak cuba untuk menyentuh sensitiviti agama lain yang boleh merosakkan perpaduan kaum Jika umat Islam boleh menghormati penganut agama lain dengan tidak mencampuri urusan berkaitan agama mereka maka kits juga menggesa agar penganut agama selain dari Islam untuk menghormati penganut agama Islam khususnya dalam penggunaan kalimah Allah yang menjadi pegangan utama umat Islam.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Himpunan Khutbah Pilihanraya

Gelombang Islam Bina Negara Sejahtera

164. UNDI BIJAK ADIL DITEGAK

Jihad Ubah Kepimpinan Zalim Kepada Adil

Kepimpinan Islam DiPilih Kezaliman Jahiliah DiSisih

163. SOKONG BAWA BAHAGIA ATAU DERITA

 

Khutbah Jumaat : Kepimpinan nabi Muhammad s.a.w DiContohi Negara DiBerkati

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ   !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 21 surah al-Ahzab :

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيرًا

Maksudnya : Sesungguhnya adalah bagi kamu contoh ikutan yang terbaik pada diri Rasulullah s.a.w, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat. Dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya

Kini kita masih berada dalam saki baki bulan Rabiul Awwal yang merupakan bulan kelahiran junjungan besar nabi Muhammad s.a.w nabi akhir zaman pembawa rahmat kepada seluruh alam. Hadirnya bersama misi dan visi yang besar iaitu memastikan umat manusia yang tenggelam dalam cara hidup jahiliah terutama syirik kepada kembali MengEsakan Allah, daripada mengikut hawa nafsu kepada tunduk kepada suluhan wahyu, daripada sikap kebinatangan kepada akhlak yang mulia. Kita sebagai umat yang beriman begitu yakin bahawa pada diri Rasulullah s.a.w mempunyai contoh teladan yang terbaik dari pelbagai aspek kehidupan samada cara berkeluarga, cara berekonomi, cara bersosial, cara berpolitik, cara bernegara dan sebagainya. Bila kita benar-benar beriman kepada Allah dan rasulNya maka setiap tindak tanduk kita akan membawa kebaikan bukan sahaja pada diri sendiri malah mampu menyebar luaskan kebaikan kepada sekitar. Hanya umat yang meyakini bahawa perlunya kita kepada pengutusan nabi untuk membimbing umat manusia dalam mengurus kehidupan dunia berteraskan agama bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan yang paling penting di akhirat nanti. Islam melarang kita mendewakan nabi sehingga dianggap sebagai Tuhan sebagaimana sesatnya Kristian yang mempertuhankan nabi Isa a.s .

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

            Firman Allah dalam ayat 31 surah Ali ‘Imran :

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

           Sempena berada di bulan Maulidurrasul s.a.w ini marilah kita sama-sama bermuhasabah menghitung diri berkaitan sejauh mana rasa cinta dan kasih kita kepada nabi Muhammad s.a.w, sejauh manakah kesungguhan kita dalam mengamalkan sunnah nabi s.a.w dalam kehidupan seharian. Individu manakah yang lebih kita kenal dan sanjung antara peribadi nabi s.a.w atau artis, pemain sukan dan selainnya yang kita lebih minati. Adakah kita sudah mempunyai seseorang yang kita sanjung dan junjung sepanjang hidup di dunia ini untuk kita bangkit bersama mereka bila keluar daripada lubang kubur menuju ke padang Mahsyar nanti. Nabi s.a.w mengingatkan kita bahawa seseorang itu akan bangkit daripada kuburnya bersama dengan orang yang paling dia kasih semasa hidup di dunia ini. Berapa banyak hadis nabi s.a.w yang telah kita hafaz dan amalkan dalam kehidupan seharian.

Sunnah nabi s.a.w merangkumi daripada sekecil-kecil perkara seperti adab masuk dan keluar tandas sehinggalah sunnah dalam berkeluarga, bermasyarakat dan seterusnya dalam bernegara. Oleh itu jangan kita sempitkan pemahaman dan pengamalan kepada sunnah nabi hanya berkisar pada ibadat khusus sahaja sehingga mengenepikan sunnah kepimpinan nabi s.a.w dalam melaksanakan system Islam dalam Negara termasuk dalam sosial, ekonomi dan politik. Kepimpinan nabi s.a.w dalam mengurus Daulah Islamiah telah membumikan pelaksanaan amar makruf nahi mungkar yag terkandung dalam al-Quran termasuk pengharaman judi, arak serta hukuman ke atas pesalah jenayah mengikut kehendak Allah dapat dilaksanakan dengan jayanya bukan semata-mata dibaca dalam al-Quran sahaja

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

قال الرسول: وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لاَ يُؤْ مِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُوْنَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَلِدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ – متفق عليه

Maksudnya:Demi jiwaku ditanganNya! Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihinya daripada anaknya, bapanya sendiri dan sekalian manusia

                Menyedari tentang betapa sunnah kepimpinan nabi Muhammad s.a.w adalah suatu yang penting dalam mengembalikan semula kehebatan dan kegemilangan Islam maka kita wajib mencontohi dan melaksanakannya dalam kepimpinan kita pada hari ini. Kesan-kesan yang maaruf dari pimpinan iman yang seharusnya meresap ke dalam jiwa, rumahtangga, pertubuhan, masyarakat seterusnya Negara yang ditanam oleh pemimpin-pemimpin yang berkaitan. Tanpa wujud kesan-kesan yang seumpama ini keseluruhan atau sebahagian darinya adalah menunjukkan kegagalan pimpinan tersebut. Dari aspek itu, kejayaan kebendaan sahaja, sudah pasti tidak mencerminkan kejayaan sebenarnya menurut pandangan Islam dalam satu- satu pimpinan. Seluruh pemimpin di pelbagai peringkat perlu mempunyai ciri-ciri antaranya: [1] Berpegang teguh dengan dasar hidup dan dasar perjuangan Islam yang benar di mana pemimpin islam mestilah mereka yang berpegang teguh dengan akidah dan perjuangan islam sebenar.Mereka bukan pengikut fahaman asabiah jahiliah, fahaman liberal atau fahaman yang bercanggah dengan Islam.

Firman Allah dalam surah al-zuhruf ayat 43:

فَٱسۡتَمۡسِكۡ بِٱلَّذِىٓ أُوحِىَ إِلَيۡكَ‌ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ صِرَٲطٍ۬ مُّسۡتَقِيمٍ۬ “

Maksudnya : Dengan yang demikian,berpegang teguhlah engkau kepada al-quran yang telah diwahyukan kepadamu,kerana sesungguhnya engkau berada diatas jalan yang lurus”.

[2] Penghayatan budaya ilmu di mana syarat ini amat perlu dipenuhi oleh setiap individu yang bergelar sebagai pemimpin.Segala tindak-tanduk dan corak kepimpinan mestilah bersandarkan ilmu lebih-lebih lagi dalam suasana cabaran globalisasi hari ini.

Firman Allah dalam surah az-Zumar ayat 9:

 أَمَّنۡ هُوَ قَـٰنِتٌ ءَانَآءَ ٱلَّيۡلِ سَاجِدً۬ا وَقَآٮِٕمً۬ا يَحۡذَرُ ٱلۡأَخِرَةَ وَيَرۡجُواْ رَحۡمَةَ رَبِّهِۦ‌ۗ قُلۡ هَلۡ يَسۡتَوِى ٱلَّذِينَ يَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِينَ لَا يَعۡلَمُونَ‌ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ “

Maksudnya : Katakanlah :” Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?.”Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna”.

[3] Mengikut syariat dan akhlak Islam di mana pemimpin terikat dengan peraturan-peraturan Islam dan boleh terus memegang amanah kepimpinan selagi dia mengikut perintah Allah. Semasa mengendalikan urusannya dia wajib patuh kepada adab-adab Islam khususnya ketika berurusan dengan rakyatnya.

Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 36:

 وَمَا كَانَ لِمُؤۡمِنٍ۬ وَلَا مُؤۡمِنَةٍ إِذَا قَضَى ٱللَّهُ وَرَسُولُهُ ۥۤ أَمۡرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ ٱلۡخِيَرَةُ مِنۡ أَمۡرِهِمۡۗ وَمَن يَعۡصِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ فَقَدۡ ضَلَّ ضَلَـٰلاً۬ مُّبِينً۬ا

Maksudnya : “Dan tidaklah wajar bagi lelaki dan perempuan mukmin apabila allah dan rasulnya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah wajar mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka.Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum allah dan rasulnya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata”.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

            Firman Allah dalam surah az-Zumar ayat 18:

 ٱلَّذِينَ يَسۡتَمِعُونَ ٱلۡقَوۡلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحۡسَنَهُ ۥۤ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ هَدَٮٰهُمُ ٱللَّهُ‌ۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمۡ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ “

Maksudnya : Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama),mereka itulah orang-orang yang diberi hadiah petunjukkan oleh allah dan mereka itulah orang-orang yang diberi hadiah petunjuk oleh allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna”.

            Sifat kepimpinan Islam yang ke- [4] Keterbukaan dan menerima pandangan yang baik. ‘As-samahah’ iaitu bersifat terbuka dan mengamalkan dasar bersedia menerima kritikan,bersedia mendengar,menerima pandangan,berbincang,menerima teguran dan mengamal pentadbiran dengan cara ia memiliki keyakinan diri,kental dan tidak merasa terancam dengan pandangan-pandangan-pandangan dan saranan orang lain.

[5] Pemimpin yang sentiasa bermuhasabah di mana sifat pemimpin yang cemerlang ialah pemimpin yang sangat kerap membuat penilaian terhadap tugas dan tanggungjawab serta memiliki tahap-tahap pencapaian dan natijah atas hasil usahanya.Tujuan penilaian dibuat ialah untuk mencari kelemahan-kelemahan supaya diperbaiki dan untuk melihat kejayaan-kejayaan yang boleh dipertingkatkan.Saidina Umar r.a berkata: “muhasabahlah diri kamu sebelum kamu dihisab”.

[6] Pemimpin yang sanggup berkorban dan tidak mementingkan diri di mana Pemimpin yang cemerlang ialah pemimpin yang perhatian terhadap kepentingan rakyat umum. Dalam melaksanakan tugas beliau dapat membezakan kepentingan diri atau keluarga dengan kepentingan umum.

Firman Allah dalam surah al-Hasyr ayat 9:

 وَٱلَّذِينَ تَبَوَّءُو ٱلدَّارَ وَٱلۡإِيمَـٰنَ مِن قَبۡلِهِمۡ يُحِبُّونَ مَنۡ هَاجَرَ إِلَيۡہِمۡ وَلَا يَجِدُونَ فِى صُدُورِهِمۡ حَاجَةً۬ مِّمَّآ أُوتُواْ وَيُؤۡثِرُونَ عَلَىٰٓ أَنفُسِہِمۡ وَلَوۡ كَانَ بِہِمۡ خَصَاصَةٌ۬‌ۚ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفۡسِهِۦ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ

Maksudnya :  “Dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri,sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat.Dan (ingatlah),sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya,maka merekalah orang-orang yang berjaya”.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 33 surah At Taubah :

هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ (33(

Maksudnya : Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang Musyrik tidak menyukainya.”

Memahami tentang betapa pentingnya mencontohi nabi Muhammad s.a.w dalam mengurus Negara maka kita jangan sama sekali memandang remeh temeh bab memilih kepimpinan Negara agar Negara kita selamat dan diberkati Allah. Tidak berlaku pecah amanah, rasuah yang boleh menghancurkan Negara. Kita tidak mahu merebak fahaman liberal dan budaya songsang LGBT akibat salah pilih pemimpin. Kita kena ambil iktibar daripada keadaan di Taiwan walau pun pungutan suara di kalangan rakyatnya majority menolak LGBT tetapi malangnya bila ahli Parlimennya majority menyokong LGBT menyebabkan LGBT dihalalkan di Taiwan. Kita bimbang bila Negara jiran kita iaitu Singapura mula menghalalkan LGBT di Negara itu maka ia boleh merebak ke Negara kita bila pemimpin yang kita pilih mesra LGBT. Begitu juga suara sumbang yang semakin galak mempertikai undang-undang syariat akan lebih berani sekiranya pemimpin yang dipilih sehati sejiwa dengan mereka. Oleh itu bersama menjunjung Syariat Allah, menyanjung kepimpinan Rasulullah s.a.w untuk Berjaya dunia akhirat. Islamlah nescaya kita selamat dan dilimpahi rahmat

 قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم : لَيَبْلُغَنَّ هَذَا الْأَمْرُ مَا بَلَغَ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ ، وَلَا يَتْرُكُ اللَّهُ بَيْتَ مَدَرٍ وَلَا وَبَرٍ إِلَّا أَدْخَلَهُ اللَّهُ هَذَا الدِّينَ ، بِعِزِّ عَزِيزٍ أَوْ بِذُلِّ ذَلِيلٍ ، عِزًّا يُعِزُّ اللَّهُ بِهِ الْإِسْلَامَ ، وَذُلًّا يُذِلُّ اللَّهُ بِهِ الْكُفْرَ – رواه أحمد والبيهقي

Maksudnya : Sungguhnya perkara ini akan sampai ke seluruh dunia sebagaimana malam dan siang. Allah tidak akan membiarkan satu rumah pun baik di kota mahu pun di desa kecuali Allah akan memasukkan agama ini dengan kemuliaan yang dimuliakan atau kehinaan yang dihinakan: kemuliaan yang dengannya Allah memuliakan Islam dan kehinaan yang dengannya Allah menghina-dinakan kekufuran

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Jumaat : Menjejaki Nabi s.a.w Mencetak Umat Kemenangan

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ !!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 21 surah al-Ahzab :

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِاللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَاللهَ كَثِيرًا

Maksudnya : Sesungguhnya adalah bagi kamu contoh ikutan yang terbaik pada diri Rasulullah s.a.w, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat. Dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya

            Kini kita sedang menyambut kehadiran bulan Rabiul Awwal iaitu bulan kelahiran junjungan besar nabi Muhammad s.a.w yang merupakan nabi akhir zaman yang diutuskan untuk membawa rahmat kepada sekalian alam. Rahmat daripada kelahiran Rasulullah SAW merangkumi pelbagai aspek kehidupan manusia termasuk aqidah, syariah dan akhlak. Dalam soal membersihkan aqidah, Baginda s.a.w membimbing umat manusia kepada mentauhidkan Allah setelah masyarakat kehilangan arah sehingga meluasnya penyembahan berhala dan selainnya. Kemudian dalam soal syariat atau hukum-hakam agama maka ia diajar dan diperlihatkan oleh Baginda s.a.w sama ada melalui teori dan amali. Begitu juga dengan akhlak ditunjukkan melalui kehidupan seharian dan nasihat yang berkesan sehingga keindahan akhlak nabi Muhammad s.a.w berjaya menarik ramai manusia yang selama ini tenggelam dalam arus kerakusan hawa nafsu kepada adab Islam yang murni. Kejayaan sesuatu kepimpinan keluarga, masyarakat, negeri dan seterusnya negara bergantung kepada sejauh mana kita mencontohi cara hidup nabi Muhammad s.a.w dalam setiap aspek kehidupan. Kita wajib menghayati kisah hidup para sahabat nabi yang bukan sahaja bersungguh-sungguh mengikut cara hidup nabi dari segi pemakaian, pemakanan, membina keluarga bahagia, mengurus masyarakat dan Negara malah sanggup diseksa dan mati demi mempertahankan nabi Muhammad s.a.w. Pengorbanan suci ini lahir daripada rasa kasih dan cinta kepada nabi Muhammad s.a.w yang tidak berbelah bahagi. Tak kenal maka tak cinta serta tidak melahirkan rasa bertanggungjawab dan peka terhadap isu yang berkaitan dengan nabi Muhammad

قال الرسول: وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لاَ يُؤْ مِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُوْنَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَلِدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ – متفق عليه

Maksudnya:Demi jiwaku ditanganNya! Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihinya daripada anaknya, bapanya sendiri dan sekalian manusia

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 31 surah Ali ‘Imran :

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

           Ketika menyoroti kemenangan Nabi Muhammad s.a.w  sehingga  Islam itu menguasai alam ini maka kita dapat saksikan  bagaimana Allah s.w.t tidak memberi kemenangan dengan begitu  mudah sekali,  Allah s.w.t tidak menjadikannya seperti ‘mukjizat’  tanpa memerlukan mujahadah serta jalan yang perlu diikuti oleh manusia.  Kita lihat di dalam sirah nabi bagaimana Allah s.w.t   menjadikan kemenangan itu sebagai hasil tabii dari Jihad Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda,  serta natijah yang selayaknya dari pengorbanan mereka.

Sesiapa yang ingin mengetahui bagaimana Rasulullah s.a.w mencapai kemenangan, serta bagaimana Islam berjaya, maka hendaklah ia mempelajari serta meneliti akan keperibadian Rasulullah s.a.w,  tindakannya,  perjalanan sirah kehidupannya serta jihadnya semoga kita dapat memahami bahawa jalan kemenangan dan kejayaan itu sudah tersedia dan terbentang serta faktor-faktornya telah sedia wujud.  Sesiapa juga inginkan kemenangan walau di zaman mana dan di mana tempat dia berada maka hendaklah dia mengikut contoh-contoh yang telah dilalui oleh Rasulullah  s.a.w.

Terdapat 3 nilai asasi kejayaan nabi Muhammad  s.a.w iaitu :

[1]  Kejayaan Peribadi  Baginda Rasulullah s.a.w sendiri   di mana ketika orang-orang kafir Quraisy meminta bapa saudaranya  Abu Talib supaya menahan baginda daripada bercakap mengenai tuhan-tuhan mereka, mereka telah membuat berbagai tawaran kepadanya, sekiranya baginda  mahukan hartabenda maka mereka akan berikannya, jika baginda  inginkan pangkat maka mereka akan mengangkatnya menjadi raja dan apa sahaja yang dikehendaki olehnya maka mereka akan berikan semuanya.   Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah berjaya mengetuk  pendengaran mereka dan pendengaran dunia umumnya di sepanjang zaman dengan sumpahnya yang abadi yang terbit dari keimanan dan keyakinannya, 

 «يا عمي، والله لو وضعوا الشمس في يميني، والقمر في يساري، على أن أترك هذا الأمر حتى يُظهِرَه الله، أو أَهلِكَ فيه، ماتركته!»،

Maksudnya : “Demi Allah!  sekiranya mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku untuk aku tinggalkan urusan ini (perintah Allah), maka sekali-kali aku tidak akan tinggalkan sehingga Allah buktikan kejayaannya ataupun aku mati”

Sungguh hebat. Inilah gambaran tindakan yang dicetuskan oleh  Iman sejati, bukan terbit dari khayalan manusia semata.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 128-129 surah at-Taubah :

لَقَدْ جَاءَكُمْ رَ‌سُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِ‌يصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَ‌ءُوفٌ رَّ‌حِيمٌ ﴿١٢٨﴾ فَإِن تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللَّـهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ وَهُوَ رَ‌بُّ الْعَرْ‌شِ الْعَظِيمِ ﴿١٢٩

Maksudnya : Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): “cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang agong.”

Kejayaan Rasulullah s.a.w yang ke [2] ialah  Membentuk para Sahabat RH; yang menjadi pengikut setia yang merealisasikan iman mereka dalam  gerak kehidupan mereka.  Baginda berjaya membentuk dan mencorak mereka mengikut corak al Quran sehingga jadilah mereka itu ibarat al Quran yang bergerak di atas muka bumi ini.  Baginda berjaya menjadikan  mereka sebagai model berjisim bagi Islam, jika manusia melihat mereka, bermakna melihat Islam itu sendiri.

Sebenarnya  nas ayat-ayat al Quran sahaja tidak bermakna sekiranya tidak dijelmakan dalam amalan seseorang, prinsip-prinsip  sahaja tidak hidup melainkan dijelmakan dalam tingkahlaku dan amalan hidup ini.  Kita dapati Rasulullah s.a.w meletakkan haluan utamanya ialah:  membentuk rijal atau pendokong-pendokong Islam, tidak semata-mata menyampaikan peringatan-peringatan sahaja. Baginda mendidik jiwa mereka, tidak semata-mata berkhutbah sahaja.  Baginda membina  Ummah bukan membangunkan manusia yang berteori tanpa amali.

Adapun  fikrah pemikira) Islam itu telah terkandung di dalam al Quran al Karim, maka peranan Rasulullah s.a.w ialah membentuk Rijal yang mendokong fikrah tersebut sehingga dapat disaksikannya dengan mata kasar.  Apabila rijal yang sudah terbentuk keperibadian mereka itu bergerak menjalankan aktiviti mereka di atas muka bumi ini, maka manusia lain melihat suatu keperibadian yang unik yang tidak pernah dilihat sebelum itu kerana keperibadian mereka itu adalah terjemahan atau jelmaan dari fikrah Islam yang unik, yang tidak pernah dikenali dalam sejarah manusia sebelum itu.  Ketika itu barulah manusia lain yakin dengan fikrah Islam kerana mereka telah yakin kepada rijal atau pendokong-pendokong fikrah itu yang telah menghayati Islam sepenuhnya dalam kehidupan mereka,  juga barulah mereka  mahu mengambil contoh tauladan serta menuruti jalan yang telah dilalui oleh rijal tersebut.
            Fikrah Islam sahaja tidak akan hidup melainkan apabila fikrah itu dijelmakan di dalam kehidupan manusia seluruhnya.  Dalam hal ini kita dapati Rasulullah s.a.w telah berjaya membentuk atau mendidik  sehingga fikrah Islam itu menjadi manusia yang berfikrah.  Baginda berjaya dalam tarbiyyahnya sehingga keimanan mereka itu lahir dalam bentuk amalan praktik hidup, seolah-olah baginda berjaya mencetak berpuluh-puluh, beratus-beratus bahkan beribu-ribu naskah al Quran, tetapi  bukanlah dicetak  dengan dakwat atas lembaran-lembaran kertas, hanya sanya baginda mencetak beribu-ribu naskah al Quran itu dengan Nur Iman di ats lembaran-lembaran hati dan jiwa manusia.  Generasi al Quran itulah yang dikeluarkan  ke tengah-tengah masyarakat manusia, menjelas dan menghuraikan dengan perbuatan serta amalan mengenai apakah Islam yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w yang menjadi utusan Allah s.w.t itu.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 46 surah al-Anfal :

وَأَطِيعُوا اللَّـهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖوَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّـهَ مَعَ الصَّابِرِينَ ﴿٤٦

Maksudnya : Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar

Kejayaan Rasulullah s.a.w ke [3]   ketika mana Baginda Menjadikan  Islam Sebagai Peraturan Yang Sempurna Yang Mentadbir Hidup Manusia – menyusun masyarakat, mengatur perhubungan di antara manusia dan menentukan nilai-nilai manusia dan benda. Sesungguhnya Islam itu adalah suatu ‘aqidah yang melahirkan syariat dan terbina di atas  syariat itu  suatu sistem atau peraturan.  Himpunan ‘aqidah dan syariat serta sistem itu maka terbentuklah pokok Islam, tiap-tiap pokok ada akarnya, batangnya dan buahnya (hasilnya), tidak tegak batang dan tidak lahir buahnya tanpa akarnya yang menjunam ke dalam bumi,  tidak bernilai bagi akar yang tidak tumbuh batang pokoknya dan tidak bernilai atau berfaedah pokok yang tidak mengeluarkan hasilnya.

Kesimpulannya, bagi melahirkan natijah-natijah amali Islam tersebut maka perlu kepada satu keyakinan (keImanan) yang mendalam  terhadap  Rasulullah  s.a.w  dan  apa   yang   dibawa oleh baginda disamping keImanan kepada Allah s.w.t. Ucapan dua kalimah syahadah  itu tidak semata-mata pengakuan dibibir sahaja.  Bahkan mesti lahir daripada hati yang yakin dan sedar.  Sebenarnya ucapan dua kalimah syahadah itu adalah Bai’ah janji setia kita bahawa Tiada Ilah yang disembah melainkan Allah s.w.t dan Nabi Muhammad s.a.w itu adalah pesuruh Allah s.w.t.

Perlu ada keyakinan bahawa Allah s.w.t adalah Pencipta alam, Penggubal undang-undang, peraturan-peraturan, syar’iat.  SistemNya sahaja yang perlu dipatuhi dan kepadaNya  sahaja perlu diperhambakan.  Perlu meyakini bahawa Nabi Muhammad s.a.w itu adalah diutuskan oleh Allah s.w.t bagi melaksanakan perintah-perintah Nya, memimpin seluruh manusia ini menurut arahan-arahan  Allah s.w.t.  Perjalanan hidup Rasulullah s.a.w itu menjadi contoh yang baik serta model utama bagi seluruh alam ini, pimpinan dan sistem  yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w itu bukan rekaan  menurut hawa nafsu tetapi mendapat pertunjuk Allah

 Firman Allah dalam ayat 7 surah al-Hasyru :

وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا وَاتَّقُوا اللهَ إِنَّ اللهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Maksudnya : Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya)

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Jumaat hari ini : Islam DiPilih Jahiliah DiSisih Kemenangan DiRaih

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 65 surah al-Anfal :
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ حَرِّضِ الْمُؤْمِنِينَ عَلَى الْقِتَالِ ۚ إِن يَكُن مِّنكُمْ عِشْرُونَ صَابِرُونَ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ ۚ وَإِن يَكُن مِّنكُم مِّائَةٌ يَغْلِبُوا أَلْفًا مِّنَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَفْقَهُونَ ‎﴿٦٥﴾
Maksudnya : Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti.
Kita kini telah pun berada penghujung bulan Sofar di mana bulan ini turut mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk direnungi bersama oleh umat Islam. Antaranya peristiwa Peperangan Al-Mazar yang telah berlaku pada bulan Sofar tahun 12 Hijrah. Ia meletus akibat daripada peperangan Zat As-Salasil yang berlaku sebelum itu yang menyebabkan terbunuhnya panglima perang Parsi yang dianggap tidak memadai untuk mengecewakan maharaja Parsi, lalu peperangan Al-Mazar dicetuskan sebagai peperangan tambahan dalam melemahkan lagi kekuatan tentera Parsi. Sayyidina Khalid bin Al-Walid r.a telah telah diberi tanggungjawab yang besar iaitu memikul amanah sebagai panglima tentera Islam di mana tentera Islam di bawah pimpinannya ini telah bertempur dengan tentera Parsi yang mempunyai bilangan yang ramai dan dipimpin oleh seorang panglima yang bergelar Qorin. Di dalam peperangan Al-Mazar ini tentera Parsi berjaya dikalahkan oleh tentera Islam, malah Parsi terpaksa mengorbankan seramai 30,000 tentera. Belum lagi keletihan yang di alami oleh tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid bin Al-Walid hilang di dalam peperangan Al-Mazar itu, mereka telah memasuki satu peperangan lain melawan tentera Parsi yang besar di akhir bulan Safar yang dikenali sebagai peperangan Alis. Di dalam peperangan Alis ini sekali lagi tentera Parsi terpaksa mengalami kerugian yang besar walaupun mereka membekalkan dengan kekuatan ketenteraan yang begitu ramai, di mana Parsi terpaksa mengorbankan sejumlah 70,000 tenteranya. Boleh dikatakan kesemua peperangan yang dilancarkan oleh tentera Islam bagi menghadapi kekuatan tentera Parsi adalah di dahului dengan perancangan yang halus, iaitu selama mana musuh menggunakan kekuatan tentera yang cukup besar, maka peperangan secara bertalu-talu digunakan dalam tempoh waktu yang lama. Tentera Islam menunggu sehingga pihak musuh menjadi lemah akibat kerosakan dan penderitaan semasa perang barulah serangan secara menyeluruh dapat dilakukan di mana akhirnya tentera Islam berjaya mencapai kemenangan
Kemenangan yang besar ini telah membolehkan tentera Islam melemahkan kekuatan Empayar Parsi yang merupakan antara kuasa besar dunia pada masa itu. Kekuatan aqidah dan ikatan kukuh kepada Allah serta bersatunya umat Islam di bawah panji kalimah suci لاإِلهَ إِلا اللهُ مُحَمًَّد َرَسُوْلُ اللهُ telah mendatangkan pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dijanjikan. Walau pun Rasulullah s.a.w telah pun wafat namun usaha di dalam menyebarkan dakwah Islam terus dijalankan malah janji kemenangan daripada Allah dan rasulNya bahawa kuasa Rom dan Parsi akan jatuh telah menyemarakkan lagi semangat jihad umat Islam untuk melihat Islam merajai dan memimpin dunia. Jumlah yang kecil bukan bererti lemah tetapi apa yang paling penting ialah keimanan kepada Allah serta keikhlasan diri dalam memperjuangkan agama Islam yang suci.

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,
Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisaa’ :
فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالْآخِرَةِ ۚ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيُقْتَلْ أَوْ يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا ‎﴿٧٤﴾‏
Maksudnya : Oleh itu, orang-orang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam). Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar.
Pengajaran besar yang bukan sahaja untuk didengar malah wajib diikuti ialah bagaimana tugas kepimpinan dan dakwah Islam terus berjalan walau pun nabi Muhammad s.a.w telah wafat. Ketika zaman Khulafa’ ar-Rasyidin sendiri menyaksikan bagaimana usaha dalam meluaskan penguasaan dan penyebaran Islam sehingga kejayaan menguasai Empayar Rom dan Parsi berjaya diraih. Manakala khalifah selepas itu berjaya menguasai Empayar India dan China serta kejayaan Sultan Muhammad al-Fateh menakluk Kota Konstantinople. Begitulah kejayaan Islam menguasai Sepanyol di mana catatan sejarah itu bukan berhenti setakat di dalam buku sejarah tetapi mesti diulangi. Islam tidak membeku dengan berpuas hati atau terus berada pada takuk tertentu sahaja malah Islam terus subur berkembang sesuai dengan agama sejagat yang membawa rahmat
Tugas dalam menyebar dan mengamalkan Islam sudah tentu berdepan dengan cabaran dan hakangan. Antara cabaran dalam era globalisasi ini boleh dikategorikan kepada dua iaitu cabaran luaran dan cabaran dalaman. Cabaran Luaran iailah (i) Cabaran Globalisasi di mana manusia mendapat maklumat dengan cepat dan pantas sehingga apa yang berlaku di Barat dengan cepat memberi kesan kepada bahagian-bahagian bumi yang lain. Kesejagatan ini menjadi faktor utama merubah kehidupan, rentak dan daya gerakan serantau dan antarabangsa serta tindakan ekonomi, politik dan sosial. Globalisasi kebudayaan memberi pengaruh paling besar menjadikan umat Islam sebagai umat pengguna, pembeli dan pemakai produk kapitalis Barat. Ia merupakan penjahan moden yang mencengkam umat Islam sehingga menggugat aqidah dan akhlak
(ii) Kecelaruan Fahaman Moden Yang Asing seperti pembebasan wanita, fahaman liberal dan lebih membimbangkan ialah budaya songsang LGBT terutama bila kerajaan Singapura mula membuka ruang kepada kebebasan LGBT yang dibimbangi akan memberi kesan kepada negara kita jika tidak ditangani dengan baik dan segera
(iii) Masyarakat Yang Tidak Cakna atau Prihatin akibat dihinggap penyakit jiwa santai, jiwa hamba, penting diri sendiri dan mati rasa sehingga menyebabkan mereka tidak lagi merasa terpanggil untuk mempertahankan agama. Mereka lebih seronok hidup dalam gelombang maksiat daripada memikir tentang nasib umat. Akibatnya, kebejatan moral bertambah parah dikalangan umat Islam

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 120 surah al-Baqarah:
وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ ‎﴿١٢٠﴾
Maksudnya : Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
Manakala Cabaran Dalaman pula ialah (i) Lemah dan Malas Befikir di mana Tradisi keilmuan ini perlu disepadukan dengan penerapan iman dan taqwa. Belia yang berilmu tetapi perilakunya penuh dengan kebobrokan hanya membawa masalah kepada zaman. Akhirnya tidak ada beza antara mereka dengan para orientalis yang punya banyak ilmu tetapi terkutuk akhlaknya lantaran akal budinya tidak didasari fitrah keimanan
(ii) Penyakit Wahn: Cintakan Dunia dan Takutkan Mati di mana peringatan nabi SAW menyebutkan majoriti umat akhir zaman tidak memiliki kualiti kerana mengikut hawa nafsu cintakan dunia dan takutkan mati. Kedua-dua sifat ini telah membunuh semangat untuk berjihad menegakkan kalimah Allah.
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « يُوشِكُ الأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا ». فَقَالَ قَائِلٌ وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ قَالَ « بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ وَلَيَنْزِعَنَّ اللَّهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمُ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ فِى قُلُوبِكُمُ الْوَهَنَ ». فَقَالَ قَائِلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الْوَهَنُ قَالَ « حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ ».
Maksudnya : Akan hampir seluruh umat manusia menyeru kamu sebagaimana diseru makanan ke bekasnya. Maka seorang berkata : Dan adakah disebabkan jumlah kami pada waktu itu menjadi sedikit?. Jawab baginda : Bahkan jumlah kamu pada hari itu begitu ramai tetapi kami seperti buih seumpama buih air banjir. Dan akan dicabut daripada sanubari musuh kamu perasaan kagum terhadap kehebatanmu disamping Allah akan mencampakkan penyakit wahan ke dalam hati kamu. Maka seorang berkata : Wahai Rasulullah! Apakah penyakit wahan itu. Lalu sabda baginda : Cinta kepada dunia dan benci kepada kematian.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Dr. ‘Abdullah Nasih ‘Ulwan dalam bukunyaPeranan Pemuda Dalam Memikul Risalah Islam menggariskan beberapa aspek untuk dihayati oleh belia Islam sebagai bekalan mereka:(1) Setiap belia Islam mestilah mengetahui matlamat dia diciptakan oleh Allah SWT.(2) Setiap belia Islam mestilah mempunyai gambaran dan maklumat tentang strategi musuh yang setiap detik berusaha menghancurkan Islam.(3) Setiap belia Islam mestilah menaruh harapan untuk menempuh kejayaan dalam bidang dakwah dan menghindarkan perasaan pasif dan berputus asa.(4) Setiap belia Islam mestilah mengambil contoh teladan yang ditunjukkan oleh para Sahabat seperti tercatat dalam Sirah.(5) Setiap belia Islam mestilah yakin akan kelebihan para da’I dan jalan dakwah.(6) Setiap belia Islam mestilah mengetahui teknik dakwah yang bijak supaya dapat memberi kesan kepada orang lain.(7) Setiap belia Islam mestilah mengetahui dengan penuh keyakinan qadha’ dan qadar Allah SWT itu hanyalah disisiNya sahaja.
Kejayaan kita adalah bergantung kepada sejauh mana kita berjaya melaksana dan meniru nabi Muhammad s.a.w dalam setiap aspek kehidupan samada ibadat khusus, ekonomi, politik, sosial dan sebagainya. Kegagalan kita akibat menjauhi dan membenci cara hidup Nabi s.a.w. Tepuklah dada dan tanya iman kita. Islamlah nescaya kita selamat dan berjaya dunia dan akhirat
Firman Allah dalam ayat 13 surah al-Kahfi :
نَّحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُم بِالْحَقِّ ۚ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى ‎﴿١٣﴾‏
Maksudnya : Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka (Ashabul Kahfi) dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Jumaat : Islam DiSanjung, Penghinanya DiHukum

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.  

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  8   surah  :

 وَمِنَ النَّاسِ مَن يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَن سَبِيلِ اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا ۚ أُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُّهِينٌ ‎﴿٦﴾‏

Maksudnya : Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan

Agama hanya memiliki kemuliaan dan ketinggian kerana ia benar. Kalau ia bohong dan dianggap suatu pembohongan apakah lagi yang tinggal padanya? Siapa yang akan mengikuti ajarannya? Mempertahankan institusi-institusinya? Memuliakan tokoh-tokohnya? Jawabnya hanya orang-orang yang bodoh dan tertipu sahaja. Akan tetapi itulah tanggapan ramai manusia pada hari ini: agama adalah khayalan manusia semata-mata, dan para pengikutnya adalah golongan yang bodoh, yang terpedaya. Dalam kalangan mereka yang berpendirian sedemikian ada yang percaya bahawa walaupun agama itu kepalsuan, akan tetapi ia adalah alat yang berguna untuk kesejahteraan negara kerana dengan agama masyarakat dapat diatur dan dikawal dengan lebih mudah. Seorang ahli falsafah Peranchis dikhabarkan berkata, “Tuhan sebenarnya tidak wujud, akan tetapi jangan katakan itu kepada khadammu, takut dia akan membunuhmu semasa engkau tidur dan mencuri wangmu.” Perkataannya ini membayangkan sikapnya terhadap agama sebagai kepalsuan yang berguna sebagai alat semata-mata. Pandangan yang lain pula mengatakan bahawa agama itu adalah kepalsuan yang merbahaya; oleh itu ia mesti diperangi dan dihapuskan. Menurut pandangan ini manusia hanya mencapai kesejahteraan apabila mereka meninggalkan agama.

Kedua-dua pandangan di atas menolak kebenaran agama, dan sikap inilah yang dominan dalam masyarakat Barat hari ini. Walau bagaimanapun, sikap ini tidak lagi terhad kepada orang Barat. Ramai yang turut berfikiran begitu, termasuklah sebahagian daripada kaum Muslimin.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat  140  surah an-Nisaa’:

وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللَّهِ يُكْفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلَا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّىٰ يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ ۚ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا ‎﴿١٤٠﴾

Maksudnya : Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam neraka jahannam 

Tidak mungkin sah pengakuan seseorang bahawa dia seorang Muslim kalau di dalam hatinya dia meragui kebenaran agama. Sebagai contohnya adalah seseorang yang mendakwa bahawa agama adalah diasaskan kepada mitos-mitos kejadian. Sekiranya yang dia maksudkan dengan kenyataan itu ialah semua agama, termasuk Islam, maka dia telah secara langsung menafikan kebenaran agama Islam. Inilah bahananya apabila ilmu-ilmu kemanusiaan seperti psikologi, sosiologi, dan antropologi diambil dan diajarkan secara melulu tanpa menilai dengan teliti kesahihan kesimpulan-kesimpulan umumnya. Untuk membolehkan penilaian itu dibuat pula seseorang itu hendaklah mempunyai ilmu yang mencukupi dalam perkara-perkara fardu ain. Namun apa yang berlaku selama ini adalah pengabaian terhadap ilmu-ilmu fardu ain, dan pengabaian ini pula berpunca daripada salah faham yang mendalam terhadap konsep ilmu fardu ain itu. Maka apa yang dipelajari oleh umat Islam pada hari ini hanya terhad kepada hukum-hakam yang berkaitan dengan amal ibadat yang asas, dan sedikit-sebanyak tentang akidah, dan itulah yang mereka sangka fardu ain sedangkan apa yang dipelajari itu hanya memadai untuk kanak-kanak kecil dan tidak memadai untuk dijadikan panduan dalam menilai ilmu-ilmu lain yang bakal dipelajari pada peringkat pengajian tinggi, sedangkan pada peringkat pengajian tinggilah segala macam falsafah dan ideologi dibawa masuk dan dipelajari dengan sangkaan semua itu adalah ilmu-ilmu yang terkini. Dengan cara itulah bibit-bibit keraguan terhadap kebenaran agama mula tumbuh.

Dalam masyarakat Barat, keraguan terhadap agama bukanlah masalah baharu. Penyakit ini sudah lama timbul bersama-sama dengan kebangkitan sains dan zaman moden. Dalam pengalaman hidup mereka, ilmu sains telah menyebabkan mereka hilang, meragui kebenaran agama akibat daripada penemuan-penemuan baharu yang didapati bercanggah dengan ajaran agama mereka. Lama-kelamaan para saintis dan orang ramai langsung merasa ragu terhadap kebenaran agama dan kitab suci. Keraguan mereka ini telah berjangkit dan merebak ke seluruh dunia melalui sistem pendidikan Barat, dan di antara penerima keraguan ini adalah sebahagian daripada umat Islam.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 19 surah Ali Imran :

إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ ۗ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِن بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ ۗ وَمَن يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ ‎﴿١٩﴾

Maksudnya : Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. 

Penghinaan terhadap Islam, secara khusus, bukanlah perkara baharu. Ia bermula dengan ketibaan Islam. Sebaik sahaja Rasululah SAW mengisytiharkan dakwahnya kepada kaumnya, semasa itu jugalah segala kata-kata pujian dan sanjungan terhadap baginda SAW berubah menjadi kejian dan nista. Namun, di sebalik penghinaan, penentangan dan ugutan yang diterima, Rasulullah SAW tetap memohon kepada Allah, “Ya Allah! Kurniakanlah hidayat kepada kaumku, kerana sesungguhnya mereka tidak tahu!” Maksudnya, tindakan mereka itu adalah berpunca daripada kejahilan semata-mata yang disebabkan oleh ketaksuban terhadap puak dan pengaruh propaganda palsu yang diulang-ulang. Kalau sekiranya mereka tahu hakikat sebenar, mereka takkan menentang Islam, apatah lagi menghinanya kerana yang mereka tentang dan hina itulah yang mereka perlukan demi kesejahteraan abadi. Apa yang mereka perlukan adalah kesedaran itu, dan bukan mudah untuk menyedarkan manusia daripada lena yang panjang!

Masalah penghinaan terhadap agama membayangkan krisis dalaman yang menimpa manusia hari ini kesan daripada pembaratan dan pensekularan. Ia tidak boleh diatasi semata-mata dengan cara undang-undang tanpa memahami akar umbi masalah.

Antara punca utama berlakunya penghinaan terhadap agama ialah : [1] Kurang Kefahaman Tentang Agama Islam Secara keseluruhannya [2] Kekurangan dalam didikan ibu bapa dan keluarga tentang agama kepada anak-anak ataupun golongan yang terlibat dalam penghinaan agama ini [3] Pengalaman individu yang berhadapan atau berurusan dengan orang Islam yang tidak membawa imej Islam yang betul merupakan punca kepada penghinaan agama [4] aliran pemikiran seperti sekularisme, liberalisme dan ekstremisme adalah adalah aspek yang membentuk kefahaman dan tindaakan untuk menghina agama [5] Undang-undang berkenaan penghinaan agama ini tidak jelas, tegas dan tidak dilaksanakan secara menyeluruh dalam negara

Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam  ayat 85 surah Ali Imran :

وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ ‎﴿٨٥﴾

Maksudnya : Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.

Umat Islam yang tidak terpengaruh dengan fahaman sekuler atau liberal pasti akan mengakui bahawa tiada system politik, ekonomi, social yang lebih baik dan adil daripada Islam. Agama dalam Islam ialah panduan hidup berdasarkan wahyu Allah. Kebenaran membabitkan kewujudan rohani dan ukhrawi yang disampaikan oleh Rasul. Islam juga menawarkan sistem kehidupan dan hukum-hakam yang sesuai untuk individu serta awam. Dengan kata lain, agama dalam Islam bukan sekadar masalah peribadi seperti dipegang sebahagian tradisi agama lain, tetapi merangkumi soal kemasyarakatan.

Dalam soal ini kaum Muslimin mempunyai tugas yang amat besar, bukan sekadar dengan menunjukkan bantahan dan kemarahan terhadap penghinaan yang dilemparkan terhadap Islam, tetapi yang lebih utama adalah dengan menunjukkan jalan keluar daripada krisis itu. Umat manusia pada hari ini sedang menderita akibat daripada keraguan terhadap makna diri dan nasib akhir. Apa yang mereka tidak miliki itu ialah keimanan yang memberikan keamanan kepada diri, dan keamanan itu tidak mungkin tercapai oleh jiwa yang ragu-ragu dan keluh-kesah mengenangkan nasib yang tidak pasti. Yang mereka perlukan adalah ilmu yang berpunca daripada petunjuk dan hidayat Allah SWT. Ilmu itulah yang telah mereka nafikan kerana terpedaya dengan falsafah ilmu sekular, dan akibatnya mereka turut menderita kekosongan jiwa kerana tiada keyakinan.

Maka perjuangan sebenar bagi membela Islam dan menyampaikan dakwahnya kepada manusia adalah perjuangan yang diasaskan kepada ilmu dan keyakinan. Manusia yang selama ini sudah hilang keyakinan terhadap agama kerana dakyah kebudayaan Barat, mesti diyakinkan semula bahawa ilmu dan keyakinan dapat dicapai olehnya, dan hanya dengan itu kesejahteraan dapat dicapai.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Jumaat : Berqiblatkan Islam Julang Kehebatan Umat

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  144 surah al-Baqarah :

قَدْ نَرَىٰ تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ ۖ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا ۚ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ ۚ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ ۗ وَإِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ ۗ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ ‎﴿١٤٤﴾‏ 

Maksudnya : Sesungguhnya Kami lihat engkau sentiasa mengadah ke langit, maka Kami palingkan engkau (menghadap) ke kiblat yang engkau ingini. Sebab itu, palingkanlah mukamu ke pihak Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, hadapkanlah mukamu ke pihaknya. Dan sesungguhnya orang yang diberi kitab mengetahui bahawasanya itu adalah kebenaran daripada Tuhan mereka. Dan Allah tidak lalai terhadap apa pun yang kamu kerjakan.

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Ayat 144 surah al-Baqarah yang dibaca tadi mengingatkan kita bagaimana peristiwa perubahan arah qiblat daripada mengadap ke arah Masjid Aqsa di Palestin kepada Ka’abah di Mekah Mukarramah. Jika pada bulan Rejab lepas kita dingatkan dengan peristiwa Isra’ Mikraj di mana disebut secara jelas bagaimana perjalanan nabi Muhammad s.a.w dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjdi al-Aqsa di Palestin maka dalam peristiwa perubahan qiblat daripada mengadap Baitul Maqdis kepada Ka’abah di Masjidil Haram yang berlaku pada bulan Sya’aban yang menunjukkan kepada kita bagaimana kuatnya ikatan antara kedua-dua masjid tersebut.

Sewaktu Rasulullah s.a.w tiba di Madinah, baginda diarahkan agar menghadap ke arah Baitul Maqdis dan ramai di kalangan penduduk Madinah waktu itu daripada golongan Yahudi di mana sememangnya qiblat mereka adalah Baitul Maqdis. Oleh itu kaum yahudi sentiasa mengejek dan mencerca nabi Muhammad s.a.w dan muslimin kerana mereka menganggap baginda tidak benar serta tidak tetap pendirian kerana terpaksa menghadap ke arah qiblat yang sama dengan yahudi iaitu Baitul Maqdis. Cercaan dan ejekan yahudi ini agak memberi kesan mendalam terhadap umat Islam pada masa itu sehingga nabi berdoa dan memandang ke langit mengharapkan turunnya wahyu yang mengizinkannya dan para sahabat berpaling ke Baitullah di Mekah. Akhirnya selepas 16 atau 17 bulan Rasulullah s.a.w menghadap ke Baitul Maqdis, barulah Allah memerintahkan agar baginda menghadap ke Ka’abah.

Sidang Jumaat yang dikasihi,

Firman Allah antaranya dalam ayat  145 surah al-Baqarah :

وَلَئِنْ أَتَيْتَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ بِكُلِّ آيَةٍ مَّا تَبِعُوا قِبْلَتَكَ ۚ وَمَا أَنتَ بِتَابِعٍ قِبْلَتَهُمْ ۚ وَمَا بَعْضُهُم بِتَابِعٍ قِبْلَةَ بَعْضٍ ۚ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم مِّن بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ إِنَّكَ إِذًا لَّمِنَ الظَّالِمِينَ ‎﴿١٤٥﴾‏

Maksudnya : Dan demi sesungguhnya! Jika engkau bawakan kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, akan segala keterangan (yang menunjukkan kebenaran perintah berkiblat ke Kaabah itu), mereka tidak akan menurut kiblatmu, dan engkau pula tidak sekali-kali akan menurut kiblat mereka; dan sebahagian dari mereka juga tidak akan menurut kiblat sebahagian yang lain. Demi sesungguhnya! Kalau engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka setelah datang kepadamu pengetahuan (yang telah diwahyukan kepadamu), sesungguhnya engkau, jika demikian, adalah dari golongan orang-orang yang zalim. 

            Peristiwa pertukaran Qiblat ini memberi isyarat yang jelas kepada umat Islam agar kita mesti berusaha menjauhi amalan dan budaya hidup yang bercanggah daripada Islam yang sentiasa disogokkan oleh musuh Islam dengan pelbagai cara. Umat Islam mesti mempunyai jatidiri berdasarkan apa yang ditunjukkan oleh al-Quran dan Sunnah Nabi sehingga kita mampu menjadi contoh teladan yang baik kepada orang bukan Islam bukannya kita menjadi penghalang atau tembok yang mendinding orang bukan Islam daripada melihat keindahan yang ada dalam Islam yang meliputi seluruh aspek kehidupan.

Sejarah mencatatkan bagaimana Islam telah berjaya mengubah dan merevolusi diri dan jiwa orang Melayu sehingga orang Melayu seolah menemukan identiti diri mereka yang serasi dan sesuai dengan jiwa mereka. Walaupun umum mengetahui bahwa Kepulauan Melayu sebelum kedatangan Islam, rata-rata umat Melayu dikatakan menganuti samada ajaran Hindu atau  Buddha dan budaya atau kepercayaan anak negeri sendiri. Namun, sepertimana yang dijelaskan oleh seorang tokoh sejarawan Barat Van Leur, ajaran-ajaran itu sebenarnya tidak benar-benar dihayati oleh masyarakat tetapi sekadar oleh golongan raja-raja dan bangsawan. Para sami dari tanah besar India didatangkan ke Nusantara ini untuk mempengaruhi masyarakat agar mendewa-dewakan raja-raja kononnya keturunan dewa atau wakil Tuhan. Ajaran ini sekadar nipis dan tidak benar-benar bertapak dalam jiwa masyarakat umum pada masa itu. Begitu juga dengan ajaran Buddha walaupun kesan Candi Borobudur  wujud di Pulau Jawa, namun dari segi pemikiran dan pegangan tiada ditemukan karya-karya Buddha mahupun Hindu yang dikarang oleh bangsa Melayu. Tiada ahli fikir Melayu-Hindu atau Melayu-Buddha yang pernah dicatatkan wujud dalam sejarah Nusantara ini. Tetapi berbeza dengan Islam apabila ramai ulama Melayu-Islam yang lahir dengan karya-karya yang berkualiti tinggi sepeti Sheikh Hamzah Fansuri, Sheikh Nuruddin al-Raniri, Sheikh Shamsuddin al-Sumara’I dan ramai lagi. Ini jelas, betapa ajaran Islam telah berjaya membentuk jatidiri bangsa Melayu dari dulu hingga kini dan tanpa Islam, bangsa Melayu seolah-olahnya tidak memiliki identiti yang jelas dan kukuh. Kalimat bahasa Arab juga ditemui begitu banyak dalam bahasa Melayu sehingga dianggarkan sekitar 3,000 kalimat Arab diterimapakai dalam bahasa Melayu, iaitu sekitar 15 peratus daripada perbendaharaan kata bahasa Melayu.

Kekuatan Islam terhadap bangsa Melayu ini diperkukuhkan lagi apabila Perlembagaan Persekutuan turut memasukkan takrif bagi “orang Melayu” sepertimana yang dirakamkan dalam Perkara 160 (2) yang menyebut  orang Melayu “sebagai seorang yang menganut agama Islam, lazimnya bercakap bahasa Melayu, menurut adat Istiadat Melayu…”

Kedudukan Islam-Melayu itu adalah hubungan yang berkait rapat yang tidak dapat dipisahkan sepertimana ikan dan air atau irama dan lagu. Adat budaya dan sopan santun yang bangsa Melayu miliki hari ini adalah kerana pengaruh daripada ajaran Islam yang dianuti mereka khususnya daripada aspek tasawuf melalui pendekatan Imam al-Ghazali misalnya

Sidang Jumaat yang dikasihi Allah,

            Firman Allah dalam ayat  110 surah Ali Imran :

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم ۚ مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ

Maksudnya: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah SWT (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.”

Hasan al-Banna berkata: “Bangsa yang membangun perlu merasa bangga dengan bangsa mereka dan merasakan bangsa mereka adalah bangsa yang mempunyai kelebihan dan kemuliaan. Mereka perlu merasakan bangsa mereka mempunyai keistimewaan dan sejarah silam yang agung. Rasa bangga ini perlu wujud dalam jiwa anak bangsa ini.

Dengan ini, mereka akan bersedia mengorbankan darah dan jiwa raga demi mempertahahankan kegemilangan dan maruah mereka. Dengan ini juga mereka akan berusaha demi kepentingan, kemuliaan dan kesejahteraan negara ini. Nilai ini tidak akan dapat kita lihat dilaksanakan secara adil, bermaruah dan berperikemanusiaan oleh mana-mana sistem yang lain tidak seperti yang dilaksanakan oleh Islam yang suci ini.

Sebuah bangsa yang mengetahuinya harga diri dan maruahnya pasti dimuliakan oleh Allah SWT. Sebagaimaan ungkapan Saidina Umar ibn Al-Khattab : “Kita adalah bangsa yang dimuliakan Allah dengan Islam, dan sekiranya kita mencari kemuliaan melalui selain daripada Islam, nescaya Allah akan menghina kita”.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat  56 surah al-Zariyat:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Maksudnya: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”

Banyak manfaat yang dapat diperolehi daripada ibadah khusus yang disyariatkan Islam. Kesannya bukan hanya dapat membentuk baik jati diri seorang Muslim, ia juga berkesan dalam memupuk sebuah masyarakat yang harmonis. Sebagai contoh, solat fardu dapat memupuk disiplin dan kepekaan tentang masa dalam seseorang, dan jika dilakukan secara berjamaah ia dapat mengeratkan silaturahim sesama Muslim dan mengajar tentang kesamarataan antara manusia dalam urusan kerohanian. Memberi zakat pula dapat membersihkan jiwa dari sifat tamak dan kedekut, dan mengajar manusia untuk mengambil peduli tentang keadaan sekelilingnya.

Ibadah juga bukan hanya terhad pada amalan-amalan kerohanian yang berlaku di atas tikar sembahyang atau di persekitaran masjid. Bahkan setiap perbuatan dan percakapan yang dilakukan seorang Muslim atas tujuan mencari reda Tuhan dan rahmat-Nya serta membawa kebaikan pada semua dapat dikira sebagai ibadah.

Mencari rezeki buat keluarga, melaksanakan tanggungjawab pekerjaan, membantu meringankan beban dan menjaminkan keamanan adalah antara perbuatan lazim manusia yang boleh dilihat sebagai ibadah yang umum. Seharusnya identiti Islam seseorang tidak dilucutkan apabila ia melakukan perbuatan luar daripada ibadat khusus kerana ajaran Islam merangkumi semua aspek kehidupan termasuk politik, ekonomi, sosial dan lainnya. Hanya dengan cara ini kesan ibadah khusus itu dapat diterapkan dalam jati diri seorang yang bergelar Muslim.

Oleh itu bersungguhlah kita dalam membentuk jati diri sehingga kita sahaja akan memberi manfaat pada diri sendiri malah dapat memberi manfaat untuk oran lain

خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ

Maksudnya : Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain.

(Riwayat Ibn Hibban)

 بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Jumaat : Isra’ Mikraj Pertahan Aqidah Julang Maruah

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ !!  الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.  

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Renungilah firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra’ :

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ

Maksudnya : Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Setiap kali berada pada bulan Rejab maka kita tidak lekang daripada memperkatakan tentang suatu peristiwa besar yang pernah berlaku pada tubuh nabi Muhammad s.a.w iaitu peristiwa Isra’ Mikraj yang menguji tahap keimanan manusia. Isra’ Mikraj ini merupakan mukjizat kedua terbesar selepas mukjizat al-Quran di mana kita sebagai umat beriman kepada Allah dan rasulnya wajib menerima berita  dan mengimani tentang kebenaran tanpa rasa ragu dan was-was walau sedikit pun. Contohilah iman Saidina Abu Bakar  tidak mempertikaikan apatah lagi meragui peristiwa luar biasa yang dilalui oleh Baginda Rasulullah SAW pada saat ada penduduk Makkah ketika itu yang ragu tentang peristiwa tersebut.

Hari ini banyak pandangan ilmiah daripada ahli sains yang membuktikan peristiwa Israk Mikraj bukan perkara mustahil berlaku. Misalannya mengambil teori kelajuan cahaya iaitu kaitan perjalanan dan kelajuan perjalanan Israk dan Mikraj ini melalui teori kecepatan kelajuan cahaya. Bagaimanapun, sebagai umat Islam yang beriman, tidak perlu kita untuk mencari bahan bukti bagi mempercayai peristiwa Israk Mikraj ini. Marilah sama-sama kita menuruti apa yang dilakukan oleh Abu Bakar yang menerima peristiwa tersebut tanpa ragu kerana keimanan yang tinggi kepada Allah

Peristiwa Israk Mikraj adalah suatu perjalanan agung yang mengandungi makna tersirat yang perlu digali dan dihayati bagi menumbuhkan rasa ketakwaan terhadap Allah SWT menerusi sebahagian tanda kebesaran-Nya yang telah diperlihatkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 94 surah al-Hijr:

فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ ﴿٩٤

Maksudnya : Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu

Oleh itu kita meliahat bagaimana isu aqidah adalah isu paling penting dalam kehidupan umat Islam. Ketika seminggu dua ini ketika dunia sedang menyaksikan India sedang berlaku penindasan agama oleh pemerintah India. Pelajar Muslim bertudung dilarang masuk ke sekolah. Ia merupakan provokasi dan penindasan hak asasi manusia tiba-tiba di Malaysia dihangatkan dengan isu 3 anak muallaf yang telah memeluk Islam melalui bapanya telah diambil hak penjagaan oleh ibunya yang belum Islam atas keputusan Mahkamah. Kita sebagai rakyat di negara berdaulat memamahi bahawa bagi seseorang bukan Islam yang ingin menukar agama kepada agama Islam, mereka perlu melalui beberapa proses yang telah ditetapkan mengikut negeri-negeri di Malaysia. Begitu juga dalam soal pemelukan agama anak. Mengikut peruntukan undang-undang negeri berhubung dengan pemelukan agama anak, wujud perbezaan syarat, di mana ada negeri yang mensyaratkan persetujuan salah seorang ibu bapa, dan ada negeri yang mensyaratkan persetujuan kedua-duanya.  

Dalam hal ini, kita menghormati syarat-syarat yang diputuskan oleh negeri-negeri kerana perkara itu di bawah bidang kuasa negeri, dan syarat-syarat yang diputuskan juga adalah berasaskan kepada pandangan ulama dan fatwa yang sah. Merujuk kepada isu di Perlis, tindakan pengislaman tiga kanak-kanak oleh bapanya yang telah memeluk Islam adalah selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa di Perlis pada masa tersebut seperti yang termaktub dalam Seksyen 117(b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006 Negeri Perlis yang membenarkan pengislaman anak-anak dibuat dengan persetujuan salah seorang ibu atau bapa.  

Oleh itu, hal ini tidak sepatutnya menjadi pertikaian apabila pihak yang telah menukar agamanya kepada Islam telah menukar agama anaknya mengikut prosedur dan undang-undang negeri yang telah ditetapkan secara sah. Apatah lagi sehingga menuduh pihak berkuasa agama Perlis ‘menculik dan menukar agama’ anak-anak tersebut. Tidak sepatutnya kita meniup api perselisihan sehingga mengancam keharmonian hidup berbilang kaum di negara ini. Dalam hal ini, kita menyeru kepada semua pihak agar jangan sesekali cuba memainkan api perkauman apabila undang-undang negeri yang membenarkan pemelukan agama anak-anak itu adalah sah dan terpakai. Kita doakan semoga aqidah 3 anak muallaf terus terjaga walau pun hak penjagaan mereka diserah kepada ibu mereka yang belum Islam

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 50 surah al-Maidah:

أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ ‎﴿٥٠﴾‏

Maksudnya :Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal – kepada orang-orang yang penuh keyakinan – tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah.

Sebagai sebuah negara yang telah merdeka lebih dari 64 tahun dan meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan sewajarnya tidak perlu lagi melalui detik-detik pertikaian yang akan mencetuskan perbalahan di antara kaum dan agama. Sudah tiba masanya usaha untuk meminda Perlembagaan Persekutuan dilaksanakan dengan segera. Adakah kita perlu menunggu kes yang sama berulang pada masa hadapan untuk kita mengulangi semula skrip dan tindakan yang sama。 Semua pihak perlu menghormati undang-undang tersebut kerana ia digubal oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai satu badan yang kompeten dan mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang di bawah bidang kuasanya.

Kita menyeru kepada semua pemimpin politik Melayu dan Islam, merentasi semua latar politik, agar sama-sama berganding bahu untuk memulakan langkah yang besar untuk bergerak ke arah meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengekang kesan yang terhasil dari keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes-kes yang tersebut. Kita juga menyeru kerajaan-kerajaan negeri dan Pihak-Pihak Berkuasa Agama Negeri untuk menjadikan Agenda Menyelamatkan Aqidah Ummah sebagai Agenda Kerajaan, dimana fokus yang konsisten, bersepadu dan berterusan perlu disegerakan bagi mempertahankan kuasa-kuasa Ketua Agama Islam di Negeri-Negeri, kuasa Dewan-Dewan Undangan Negeri dalam menggubal kesalahan-kesalahan jenayah syariah terhadap Perintah-Perintah Agama, dan mempertahankan bidang kuasa dan peranan Mahkamah-Mahkamah Syariah di seluruh negara.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 219 surah  al-Baqarah :

 يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ ۖ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا ۗ وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّـهُ لَكُمُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ ﴿٢١٩

Maksudnya : Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: “Dermakanlah – apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir

Ketika menghayati Israk Mikraj dan juga masih berdepan musibah covid 19 maka kita mendesak agar kerajaan membatalkan lesen pusat judi dan hadkan lesen jualan arak. Perjudian secara asasnya tidak diterima oleh mana-mana kaum dan penganut agama sekalipun kalangan non-Muslim jika difikirkan secara pertimbangan rasional kerana terbukti perjudian bukan hanya merosakkan ekonomi malah memberi kesan terhadap sosial kekeluargaan dengan berlakunya pergaduhan, persengketaan dan lebih teruk lagi “menggadai” anak keluarga bagi mereka yang terdesak dan mengalami kekalahan dalam pertaruhan. Walau pun hasil cukai judi begitu tinggi dapat dikutip oleh kerajaan seperti 2019  sebanyak RM2.72 billion namun ia tidak berbaloi berbanding kerosakan dan laknat Allah. Hentikan maksiat supaya kita mendapat rahmat bukan laknat, disirami kasih sayang Allah bukan dihujani bala bencana. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Isra’ dan Mikraj Membina Kekuatan Umat

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ !!  الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.  

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Renungilah firman Allah dalam ayat 36 surah at-Taubah :

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللَّـهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّـهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ ۚ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً ۚ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ ﴿٣٦

Maksudnya : Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah 12 bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa

Kini kita telah berada pada pertengahan bulan Rejab yang merupakan antara 4 bulan haram selain bulan Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Sesungguhnya ketibaan bulan Rejab sebagai petanda betapa kita semakin menghampiri bulan yang paling mulia iaitu Ramadan al-Mubarak. Rejab ialah bulan yang mulia dan suci. Selain itu, terdapat juga maksud lain bagi Rejab iaitu kebesaran, rahmat, pemurah, kebajikan dan kerohanian. Seorang Ulama iaitu Abu Bakar al-Warraq RH berkata : “Rejab ialah bulan untuk bercucuk tanam, Syaaban pula bulan untuk menyiram tanaman dan Ramadan pula bulan untuk memungut hasil.”  

Nabi S.A.W bersabda:

الزَّمَانُ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ، السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا، مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ: ذُو القَعْدَةِ وَذُو الحِجَّةِ وَالمـُحَرَّمُ، وَرَجَبُ مُضَرَ، الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ

Maksudnya :  “Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah S.W.T menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang Haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zulkaedah, Zulhijah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab Mudhor terletak antara Jamadil Akhir dan Syaaban.”

Rejab Mudhor ini merujuk kepada kabilah Bani Mudhor kerana kabilah ini amat menjaga akan pengharaman bulan tersebut. Selain itu, Ibn Kathir menukilkan pendapat Ibn Abbas R.A yang menyatakan bahawa setiap kezaliman yang dilakukan di dalam bulan-bulan Haram ini, dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan lain. Begitu juga, amal soleh yang dilakukan juga adalah lebih besar (pahala) berbanding bulan-bulan yang lain.

Sebab itulah ramai di kalangan ulama salafussoleh yang selalu berpuasa sunat di bulan-bulan Haram seperti Sufyan al-Thauri. Beliau menyebutkan: “Bulan-bulan haram itu lebih aku sukai untuk berpuasa sunat padanya.”

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 42 surah at-Taubah :

لَوْ كَانَ عَرَضًا قَرِيبًا وَسَفَرًا قَاصِدًا لَّاتَّبَعُوكَ وَلَٰكِن بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ ۚ وَسَيَحْلِفُونَ بِاللَّهِ لَوِ اسْتَطَعْنَا لَخَرَجْنَا مَعَكُمْ يُهْلِكُونَ أَنفُسَهُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ ‎﴿٤٢﴾

Maksudnya : Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: “Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu”. (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).

Bulan Rejab yang pernah mencatatkan beberapa peristiwa besar terutama peristiwa Isra’ dan Mikraj, Peperangan Tabuk tahun 9H serta kembali tertawannya bumi Palestin oleh Yahudi pada 15 Mei 1948 bersamaan 6 Rejab 1367H dengan penubuhan negara haram Israel selepas Palestin dibebaskan oleh Salahuddin al-Ayyubi pada 27 Rejab 583 Hijrah bersamaan 2 Oktober 1187 Masihi. Peristiwa-peristiwa ini meninggalkan begitu banyak pengajaran dan iktibar yang mesti diambil dalam meninggikan kalimah Allah atas muka bumi ini.

Melalui peristiwa Isra’ dan Mikraj khususnya banyak iktibar yang mesti diambil terutama di dalam mengembalikan kemuliaan dan kekuatan umat Islam. Sebelum berlakunya mukjizat Isra’ dan Mikraj yang merupakan mukjizat kedua terbesar selepas mukjizat al-Quran di mana kita menyaksikan penghinaan dan serangan terhadap batang tubuh nabi Muhammad s.a.w semakin kuat sehingga berlakunya suatu peristiwa yang hebat ini di bawah aturan Allah. Ia menjadi motivasi yang begitu kuat pada diri nabi s.a.w dalam meneruskan kerja dakwah dan mentadbir bumi berasaskan Islam. Kemenangan Islam bukan datang dengan mudah dan senang bahkan terpaksa menumpahkan darah dan nyawa melayang

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 79 surah Ali Imran :

مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُؤْتِيَهُ اللَّهُ الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُوا عِبَادًا لِّي مِن دُونِ اللَّهِ وَلَٰكِن كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنتُمْ تَدْرُسُونَ ‎﴿٧٩﴾‏

Maksudnya : Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: “Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah”. Tetapi (sepatutnya ia berkata): “Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala – dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.

Perlu diinsafi bahawa hanya dengan senjata kekuatan sahaja, umat Islam akan muncul sebagai umat yang terbaik, berwibawa, dihormati, bermaruah dan disegani oleh kawan dan lawan sehingga tidak mudah dipermainkan dan dipengaruhi oleh musuh-musuhnya. Kekuatan yang dimaksudkan di sini bukan hanya sekadar kekuatan material atau luaran sahaja seperti kekuatan senjata, ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya, malah kekuatan yang perlu ditekankan di sini ialah kekuatan dalaman iaitu kekuatan akidah, ibadah, akhlak, ukhuwah Islam dan seumpamanya. Kedua-dua kekuatan iaitu kekuatan dalaman dan luaran inilah yang telah melahirkan generasi terbaik dan cemerlang pada suatu ketika dahulu. Mereka memanfaatkan segala kekuatan tersebut sehingga mampu mencipta satu tamadun Islam yang tiada tolok bandingnya dalam lipatan sejarah Islam. kekuatan yang harus dijana dan direalisasikan dalam kehidupan umat Islam dewasa ini. Antara kekuatan tersebut ialah:

[1] Kekuatan akidah merupakan tonggak yang paling penting dalam proses pembinaan sahsiah Muslim yang sebenar. Ia bermula dengan menanam dan menyuburkan jiwa keimanan yang hanya tunduk dan patuh ke hadrat Allah Yang Maha Berkuasa. Akidah yang mantap adalah benteng yang bertapak kukuh di dalam jiwa Muslim sehingga mampu menepis segala anasir asing yang cuba mengeruhkan kesucian Islam. Akidah yang kukuh adalah penyelamat umat daripada segala gejala sosial dan memelihara mereka daripada terjerumus dalam kancah kesesatan yang dimurkai Allah.

[2] Kekuatan ilmu. Ilmu adalah sumber kekuatan dan ejen pemangkin ke arah kegemilangan serta keunggulan Islam dalam pelbagai lapangan hidup sebagaimana yang pernah dirintis oleh generasi Rasulullah SAW dan sahabat satu ketika dahulu. Generasi Rasulullah dan sahabat merupakan contoh generasi yang memahami Islam secara bersepadu dan menyeluruh dari segi teori dan amalinya, duniawi dan ukhrawinya. Justeru, umat Islam dituntut menguasai seluruh ilmu Islam yang memenuhi keperluan duniawi dan ukhrawi. Ini sesuai dengan kedudukan Islam itu sendiri sebagai cara hidup  cukup sempurna dan lengkap yang merangkumi semua tuntutan keperluan manusia dunia dan akhirat. 

[3] Kekuatan akhlak. Ini kerana akhlak adalah antara mekanisme terpenting dalam Islam sehingga mendapat kedudukan yang istimewa sebagai nilai pengisi dan penyeri binaan asas iman dan Islam. Malah kualiti manusia yang berpaksikan kekentalan iman dan ketrampilan akhlak yang luhur merupakan aset yang amat penting bagi sesebuah negara dan seterusnya boleh bertindak sebagai agen penentu kepada jatuh bangunnya sesebuah negara. 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 60 surah al-Anfal :

وَأَعِدُّوا لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ ۚ وَمَا تُنفِقُوا مِن شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لَا تُظْلَمُونَ ‎﴿٦٠﴾

Maksudnya :  Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.
Kekuatan  yang seterusnya ialah [4] kekuatan harta. Ini kerana Islam menganggap harta itu sebagai urat nadi kehidupan yang mampu membawa kesejahteraan hidup dunia dan akhirat di samping ia juga merupakan sebahagian daripada kepentingan asasi individu dan masyarakat umum. Harta yang dikurniakan Allah itu sebenarnya adalah satu amanah yang dipinjamkan buat sementara waktu kepada setiap Muslim di dunia ini agar dapat memanfaatkannya untuk kepentingannya dan juga untuk kepentingan masyarakat umum. 

[5] Kekuatan jihad. Jihad menurut pengertian syarak ialah berjuang dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu matlamat yang disasarkan dan juga untuk menegakkan agama Allah di atas muka bumi ini. Jihad amat memerlukan pengorbanan sebagai bukti kepada keteguhan imannya dan kesungguhannya untuk merealisasikan cita-cita Islam. Perlu diingat, pengorbanan tersebut bukan hanya sekadar mengorbankan nyawanya sahaja, bahkan ia juga merangkumi kesanggupan seseorang Muslim membelanjakan harta bendanya, mengerahkan tenaganya, masanya dan fikirannya ke jalan Allah.

[6] Kekuatan ukhuwah. Ukhuwah Islam adalah antara tonggak terpenting yang sama-sama menyumbang ke arah kecemerlangan ummah. Islam amat menganjurkan umat Islam agar mereka membina persaudaraan dan ia merupakan antara intipati dan mesej utama perutusan Islam yang hendak disampaikan kepada umat Islam. Biarpun berlainan bangsa, warna kulit, sempadan tempat dan bahasa, namun ia bukanlah merupakan batu penghalang besar ke arah itu dan Islam tetap menyatukan mereka atas dasar iman dan takwa kepada Allah.

Demikianlah enam kekuatan yang perlu dijana dan dibangunkan oleh umat Islam kini agar mereka dapat mengharungi arus globalisasi yang membadai kini dengan jayanya. Tanpa kekuatan tersebut, sukar bagi umat Islam untuk menghadapi persaingan yang hebat tersebut. Malah enam kekuatan inilah senjata utama umat Islam untuk membangunkan kembali era kegemilangan tamadun Islam di persada dunia dalam waktu terdekat ini. Islamlah nescaya kita mulia dan berjaya dunia akhirat

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Jumaat : Kepimpinan Nabi s.a.w DiContohi Judi DiPerangi Negara DiBerkati

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ   !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.  

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  116-117  surah Huud:

فَلَوْلَا كَانَ مِنَ الْقُرُونِ مِن قَبْلِكُمْ أُولُو بَقِيَّةٍ يَنْهَوْنَ عَنِ الْفَسَادِ فِي الْأَرْضِ إِلَّا قَلِيلًا مِّمَّنْ أَنجَيْنَا مِنْهُمْ ۗ وَاتَّبَعَ الَّذِينَ ظَلَمُوا مَا أُتْرِفُوا فِيهِ وَكَانُوا مُجْرِمِينَ ﴿١١٦﴾ وَمَا كَانَ رَبُّكَ لِيُهْلِكَ الْقُرَىٰ بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا مُصْلِحُونَ ﴿١١٧

Maksudnya : Maka sepatutnya ada di antara umat yang telah dibinasakan dahulu daripada kamu itu, orang-orang yang berkelebihan akal fikiran yang melarang kaumnya dari perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang! Tidak ada yang melarang melainkan sedikit sahaja, iaitu orang-orang yang Kami telah selamatkan di antara mereka. Dan orang-orang yang tidak melarang itu telah menitik beratkan segala kemewahan yang diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orang-orang yang berdosa. Dan Tuhanmu tidak sekali-kali hendak membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya, selagi mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri

Al-Quran banyak menceritakan kisah bagaimana umat dahulu dihancurkan sebagaimana pengajaran dan iktibar yang berguna kepada kita semua agar tidak mengulanhi jenayah dan sikap yang sama. Antara sikap umat dahulu yang telah dihancurkan oleh Allah iailah : [1] Menentang ayat-ayat Allah dan Rasul-rasulNya. [2]  Mengikut perintah pemerintah yang zalim, hidup berfoya-foya, melakukan kerosakan di muka bumi tanpa melakukan pembaikan seperti kaum ‘Aad dan Thamud. [3]  Berbangga dengan pengetahuan kebendaan, berpaling dari ilmu wahyu [4]  Kagum dengan kekuatan kebendaan dan kekayaan harta benda dengan melupakan kemurkaan Allah seperti Firaun dan Qarun). [5]  Zalim dan bongkak yang melampaui batas kebenaran khususnya terhadap orang-orang miskin dan lemah seperti bangsa Madyan kaum Nabi Syu’aib. [6] Melakukan perbuatan kotor dan mengikut hawa nafsu seperti kaum Nabi Luth). [7] Tersebarnya kerosakan dan kemungkaran di mukabumi secara terang-terangan tanpa usaha menghentikannya seperti sebahagian kaum Bani Israeil. [8] Kufur pada ni’mat Allah dan tidak mensyukurinya, bahkan digunakan pemberian Allah itu untuk melakukan maksiat. [9] Boros dan melampau-lampau dalam kesenangan

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 21 surah al-Ahzab :

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيرًا 

Maksudnya : Sesungguhnya adalah bagi kamu contoh ikutan yang terbaik pada diri Rasulullah s.a.w, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat. Dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya

Menyedari tentang betapa bahayanya apabila umat hanyut dalam gelombang hawa nafsu maka Allah telah mengutuskan nabi-nabi termasuk nabi Muhammad s.a.w untuk menunjuk jalan menuju Syurga dan menjauhi seksaan api Neraka. Pengutusan nabi Muhammad s.a.w bukan setakat sebagai pendakwah malah bertindak sebagai pemimpin Daulah yang telah memberi tunjuk ajar dalam segenap aspek kehidupan manusia termasuk ekonomi, politik, sosial dan sebagainya.

Ciri-ciri kepimpinan Rasulullah s.a.w yang mesti di contohi antaranya ialah : [1] Berilmu Pengetahuan terutama aspek-aspek teknikal dan juga pengurusan yang lebih terutamanya aspek-aspek teknikal dan juga pengurusan dalam organisasi. [2] Teras Aqidah yang kukuh bagi memastikan setiap tindakannya adalah bersandarkan kepada ajaran Islam. [3] Amanah agar menjauhi daripada perbuatan pecah amanah, pemalsuan dan juga rasuah, yang boleh meruntuhkan organisasi yang dipimpin. [4] Benar dalam perkataan dan tindakan agar tidak menimbulkan kecelaruan dalam organisasi yang dipimpin atau dipertikaikan kredibilitinya. [5] Bijak dalam menangani masalah di samping mempunyai ketokohan yang boleh menyakinkan anak buahnya dalam melaksanakan sesuatu tindakan dengan berkesan dan sempurna. [6] Keadilan yang meliputi segenap aspek yang dipimpin agar setiap mereka itu terhindar dari sifat tidak puas hati atau memberontak disebabkan perkara tersebut. [7] Bersifat Rahim iaitu belas kasihan dan bertimbang rasa kepada orang bawahan [8] Sentiasa menyampaikan perkara-perkara yang baik dan pesan dengan perkara-perkara yang benar selaras dengan kehendak Allah

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 90 surah al-Ma’idah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Ketahuilah sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan anak panah ialah perbuatan yang keji daripada amalan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Pemimpin yang bijak dan bertaqwa ialah pemimpin yang sentiasa berusaha mencontohi cara kepimpinan nabi Muhammad s.a.w termasuk menyekat judi dan had penjualan arak kerana kedua ini adalah virus merbahaya bukan sahaja kepada umat Islam malah orang bukan Islam. Antara kesan negatif dan akibat daripada judi [1] Lalai daripada tanggungjawab yang dipikul. [2] Mengalami kehabisan wang dan sumber. [3] Selalu dibebani dengan hutang. [4] Mudah terjebak dengan perlakuan jenayah. [5] Meruntuhkan institusi kekeluargaan. [6] Punca perpecahan dalam masyarakat. [7] Meruntuhkan moral dan integriti sesebuah masyarakat.

Manakala antara hikmah pengharaman judi pula  dapat mengelakkan seseorang itu daripada terjebak dalam pelbagai jenayah seperti: [1] Mencuri. [2]Mencederakan jiwa. [3] Menimbulkan permusuhan dan pertelingkahan. [4] Mengambil harta orang lain secara batil. [5] Menjadi asbab kepada seseorang dalam menipu dan menzalimi orang lain. [6] Menghabiskan harta sehingga sanggup menggadai isteri dan anak-anak.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 219 surah al-Baqarah :

 يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ ۖ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا ۗ وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ ‎﴿٢١٩﴾‏

Maksudnya : Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: “Dermakanlah – apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:  

Ketika ada pihak yang memberi hujah yang dangkal atas alasan hak kebebasan dan agama selain Islam membenarkan judi maka  kita datangkan kajian di mana didapati bukan Islam sahaja mengharamkan judi malah agama lain turut meletakkan judi sebagai perbuatan buruk.

Ajaran lama Budha Hinayana, menggariskan lima larangan kepada penganut Budha iaitu; ” membunuh, mencuri, menipu, berzina, meminum alkohol dan berjudi”.

Namun ajaran baru Budha Mahayana telah melonggarkan larangan ini dan ia hanya terpakai kepada yang mahu menjadi sami atau betul-betul menghayati ajaran Budha. Juga tercatit dalam kitab lama Budha kisah masyhur ‘Ratapan si Penjudi’ (Gambler’s Lament) yang menjadi pengajaran berguna apabila seorang penjudi yang kalah wang taruhan menyebabkan dia kehilangan anak dan isteri.

Bagi ajaran Kristian pula tidak ada kejelasan dalam pengharaman judi tetapi ajaran Kristian memberi amaran bagi yang mencari kekayaan secara cepat dan cintakan wang. Majoriti gereja bersepakat menyatakan keburukan judi dan menolak penubuhan pusat judi secara besaran seperti kasino atas dasar ‘melampau’. Manakala gereja Prebysterian menolak terus segala bentuk judi termasuk loteri kerana atas hujah ia mengambil wang dari golongan miskin dan berpendapatan rendah, yang mengharapkan hadiah lumayan, tetapi hanya ‘seorang dalam sejuta sahaja’ yang memenangi hadiah wang yang dijanjikan.

Manakala bagi penganut agama Yahudi, para Rabbi (pemimpin agama Yahudi) menetapkan aktiviti judi dibenarkan semasa perayaan Hannukah sahaja sebagai satu bentuk hiburan di musim perayaan.

Di Amerika Syarikat sendiri, walaupun di peringat Pusat membenarkan aktiviti judi, namun setiap negeri mempunyai kuasa untuk mengharamkannya di mana kebanyakan negeri  masih tidak membenarkan lesen judi atas sebab kesan moral dan sosial. Adakah Amerika Syarikat dituduh diskriminasi agama kerana melarang judi di kebanyakan negerinya. Oleh itu kita sebagai negara yang Islam adalah tunggak agama rasmi sewajibnya membanteras amalan judi bukan menyuburkannya agar dijauhi daripada laknat dan kemurkaan Allah

Firman Allah dalam ayat 90 surah al-Ma’idah :

وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ ‎﴿٣٠﴾‏

Maksudnya : Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu. 

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ