• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3











  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,678,031 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 6,416 other followers

Hijrah DiMartabat Palestin Berdaulat


السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat  74 surah al-Anfal :

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ آوَوْا وَنَصَرُوا أُولَٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ

Maksudnya : Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan kurniaan yang mulia

            Kini kita telah berada pada tahun baru 1430 Hijrah dan juga 2009 Masihi di mana umat Islam menyambut ketibaan tahun baru ini dalam keadaan peristiwa berdarah apabila saudara seagama kita di Semenanjung Gaza, Palestin di serang tanpa belas kasihan oleh zionis yahudi laknatullah dari arah darat, laut dan udara sehingga mengorbankan lebih 1000 nyawa termasuk kanak-kanak dan orang tua, manakala lebih 3000 lagi cedera setakat 20 hari serangan tidak bertamadun ini.  Setelah lebih setahun bekalan makanan disekat, bekalan ubat-ubatan dinafikan, minyak dan gas dihalang, permit kerja dibekukan terhadap penduduk Gaza yang dikuasai oleh pergerakan HAMAS maka pengganas paling kejam di dunia iaitu zinonis yahudi memulakan serangan besar-besaran untuk membunuh umat Islam atas alasan pejuang Islam menyerang Israel. Alasan yang memualkan ini sentiasa dilaungkan untuk menipu dunia sedangkan zionis yahudi merupakan penceroboh yang merampas tanahair milik umat Islam kerana mereka telah ditanam kepercayaan melalui kitab yahudi Talmud dan terbaru Khakam iaitu ulama’ Yahudi telah mengeluarkan fatwa supaya bangsa Arab sama ada Islam dan Kristian mesti dihapuskan bagi memastikan yahudi menguasai Palestin seterusnya dunia

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Setiap kali membicarakan peristiwa Hijraturrasul s.a.w maka kita sentiasa diingatkan tentang penderitaan dan penyiksaan yang diterima oleh umat Islam semasa berada di bumi Mekah, tanahair sendiri semata-mata beriman kepada Allah dan rasulNya. Akhirnya umat Islam diizinkan untuk mendapat perlindungan daripada Raja An-Najjasyi di Habsyah bagi hijrah yang pertama sebelum berlakunya hijrah yang lebih besar sehingga terdirinya Daulah Islamiah di Madinah Munawwarah. Kita masih ingat bagaimana bersungguhnya nabi Muhamamad s.a.w dalam mengembangkan dakwah Islam termasuk berusaha menyampaikan dakwah Islam ini kepada penduduk Taif setelah tekanan di Mekah begitu hebat tetapi malangnya di sana baginda bukan sahaja dicemuh malah dilontar dengan batu. Pada waktu inilah nabi menadah tangan memohon bantuan daripada Allah seraya berdoa antaranya :

يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ  أَنْتَ رَبُّ المُسْتَضْعَفِيْنَ وَأَنْتَ رَبِّي ، إِلىَ مَنْ تَكِلُنِي ، إِلىَ بَعِيْدٍ يَتَجَهَّمُنِي  أَمْ إِلىَ عَدُوٍّ مَلَّكْتَهُ أَمْرِيْ

Maksudnya : Ya Allah Tuhan Yang Paling Penyayang, Engkaulah Tuhan kepada golongan yang lemah tertindas, Engkaulah Tuhanku. Kepada siapakah Engkau menyerahkan diriku ini. Adakah kepada orang jauh yang memandangku dengan muka yang masam atau pun kepada musuh yang Engkau berikan kepada mereka kuasa untuk menguasai urusanku….

            Bila kita ingat kepada peristiwa ini maka inilah juga doa saudara seagama kita yang sedang menunggu masa untuk dibom dan dibunuh sesuka hati oleh zionis yahudi di bumi Palestin tanpa mendapat mendapat bantuan dan sokongan sewajarnya daripada negara umat Islam yang lain. Rejim zionis bukan setakat mengebom rumah dan bangunan malah turut memusnahkan lima buah masjid dan dua dewan ibadat setakat ini. Malah ada bot bantuan kemanusiaan antarabangsa yang mengisi bekalan perubatan dan doktor-doktor bedah telah disekat dan diserang oleh tentera laut rejim Zionis. Kenyataan Perdana Menteri Israel bahawa yahudi disuruh oleh setengah pemimpin arab supaya menyerang Gaza ada kebenarannya bila pemimpin parti FATAH yang kalah dalam pilihanraya mengerah agar pegawainya untuk mengambil alih Gaza selepas sehari ia diserang. Begitu juga tindakan kerajaan Mesir yang pada mulanya begitu berdegil membuka pintu sempadan daripada dimasuki oleh penduduk Palestin yang ingin mendapat perlindungan serta menghalang sebarang bentuk saluran bantuan kemanusiaan oleh negara-negara lain yang ingin menggunakan laluan sempadan Mesir untuk masuk ke Gaza. Yang paling kejam lagi apabila ada sebuah keluarga yang mencari perlindungan daripada serangan tentera udara rejim zionis telah ditembak oleh pengawal sempadan negara Mesir di sempadan Rafah sehingga menyebabkan kematian seorang ibu dan anaknya yang masih kecil. Inilah yang berlaku kepada rakyat Palestin yang bukan sahaja dizalimi oleh rejim zionis tetapi juga kerajaan negara Arab yang berada di sekitarnya. Mereka diserang oleh rejim zionis keparat dan dibaham oleh kawan jahat. Selagi negara umat Islam dipimpin oleh pemimpin yang gila dunia maka selagi itulah penderitaan umat Islam dan keganasan rejim zionis serta sekutunya gagal dihentikan. Ayuh kita sedarkan pemimpin kita atau tukar kepada pemimpin yang cintakan Islam dan umatnya serta berani melaksanakan system Islam dalam negara tanpa gentar kepada  musuh Islam

 

Sidang Jumaat Yang diberkati Allah ,

قال الرسول e  : المُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ المُسْلِمُوْنَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللهُ عَنْهُ  – رواه البخاري وأبو دأود والنسائي

Maksudnya: Seorang muslim ialah orang yang menyelamatkan saudaranya muslim yang lain melalui lidah dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah ialah sesiapa yang berhijrah daripada perkara yang ditegah oleh Allah daripadanya

Antara asas yang kuat dalam menjayakan Daulah Islamiah yang gemilang di bumi Madinah ialah terbinanya semangat persaudaraan yang kuat antara golongan Muhajirin dan Ansor. Semangat persaudaraan Islam yang berjaya mengikis semangat Assobiyah atau perkauman sempit ini telah mendatangkan kemenangan dan kemajuan yang gemilang kepada umat Islam. Pada hari ini kita dapat rasakan bagaimana perasaan persaudaraan di kalangan umat Islam yang semakin longgar akibat semangat kebangsaan yang kuat sehingga tidak lagi merasakan bahawa isu Palestin adalah isu umat Islam bukannya isu rakyat Palestin sahaja. Betapa ramai umat Islam hari ini yang terus seronok menyambut tahun baru dengan hiburan melalaikan ketika saudara seagama di Palestin meraung kesakitan. Gembirakah kita bila mengelilingi hidangan makanan yang lazat sedangkan umat Palestin tengah berdepan dengan peluru rejim zionis dari udara dan darat. Bahagiakah kita semasa berehat dalam mahligai indah sedangkan umat Palestin tengah meratap sedih melihat rumah mereka dibom menyembam tanah. Selesakah kita bila asyik bergurau senda dengan anak isteri sedangkan umat Palestin tengah berduka memangku tubuh anak kecil yang tidak bernyawa lagi. Sempurnakah iman kita sekiranya membiarkan saudara seagama menangis menderita sedangkan kita asyik bergelak ketawa

Sidang jumaat yang dikasihi Allah ,

قَالَ الرَّسُوْلُ e  : مَنْ قُتِلَ دُوْنَ مَالِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَ مَنْ قُتِلَ دُوْنَ دِيْنِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَ مَنْ قُتِلَ دُوْنَ دَمِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَ مَنْ قُتِلَ دُوْنَ أَهْلِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ –  رواية الترمذي دان النسائي

Maksudnya: Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya maka dia adalah mati syahid, Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan agamanya maka dia adalah mati syahid, Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan darahnya maka dia adalah mati syahid dan sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya maka dia adalah mati syahid

Hijrah turut mengajar erti pengorbanan di mana golongan Ansor sanggup memberi rumah, modal perniagaan malah ada yang mempunyai isteri lebih daripada seorang sanggup mencerai salah seorang isterinya untuk dikahwini dengan saudara Muhajirin. Sedarlah kita bahawa untuk mencapai kemenangan tidak cukup sekadar menitis air mata tetapi mesti berkorban segala apa yang ada termasuk menumpahkan darah ke bumi dalam memerdekakan Masjid Aqsa dan Palestin. Kita mesti menghargai betapa bernilainya Masjid Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat Islam serta yakin bahawa bumi Palestin adalah tanah wakaf milik seluruh umat Islam. Umat Palestin adalah penjaga kepada tanah wakaf milik kita semua. Ayuh bangun membantu umat Palestin dengan doa, harta dan jiwa raga kita serta memboikot barangan Israel dan sekutunya terutama Amerika Syarikat. Biar bermandi darah, pantang pejuang menyerah kalah. Biar nyawa melayang, bumi Aqsa mesti dimerdekakan. Biar bercerai nyawa daripada badan asalkan keganasan zionis yahudi dapat dihentikan. Beritahu kepada dunia bahawa umat Islam yang bermaruah tidak akan membiarkan tubuh umat Islam diratah dan bumi kita dijajah.

Sama-sama kita laungkan خَيْبَرْخَيْبَرْ يَا يَهُوْد جَيْشُ مُحَمِّدٍ سَوْفَ يَعُوْدُ: Berambus! Berambus wahai yahudi! Tentera Muhammad kan kembali

Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ :

فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: