• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib Khutbah

  • ekhutbah Audio MP3

     

     

  • Tetamu Online

  • Pengurusan Blog

Solat Sunat Istisqa’ (Solat Minta Hujan) & Doa Minta Hujan


Oleh Muhamad Naim

Ini adalah panduan lengkap cara melakukan solat sunat Istisqa’

Panduan ini akan membimbing anda secara langkah-demi-langkah dengan mudah.

Apa yang menarik:

Artikel ini akan menjelaskan bagaimana melakukan solat minta hujan yang sempurna.

Panduan solat sunat Istisqa’ ini juga dipermudahkan dengan bacaan ejaan rumi untuk membantu sesiapa yang mengalami kesukaran membaca tulisan arab.

Isi Kandungan

  1. Pengenalan Solat Minta Hujan
  2. Lafaz Niat Solat Istisqa
  3. Cara Mengerjakan
  4. Membaca Khutbah Selepas Solat
  5. Solat Istisqa’ Yang Sempurna
  6. Doa Minta Hujan
  7. Penutup

Pengenalan

Solat sunat istisqa’ ialah solat meminta hujan kerana berlaku kemarau.

Secara literal, istisqa’ bermaksud meminta siraman air.

Dilakukan dengan penuh harap kepada Allah SWT supaya diampunkan dosa dan diturunkan hujan berserta rahmat daripadaNya.

Hukum mendirikan solat ini adalah sunat muakkad.

Rasulullah SWT pernah mengerjakan solat minta hujan sebagaimana dinyatakan oleh Abu Hurairah r.a:

Nabi SAW keluar pada suatu hari untuk meminta hujan, lalu bersolat bersama-sama kami sebanyak dua rakaat tanpa azan dan iqamat. Kemudian Baginda berkhutbah dan berdoa kepada Allah SWT, dan menghadap mukanya ke arah kiblat dengan menadah kedua-dua tangannya, kemudian memalingkan kain rida’ (selendang) memindahkan yang di sebelah kanan ke sebelah kiri dan yang di sebelah kiri ke sebelah kanan.

— Riwayat Baihaqi

Niat Solat Sunat Istisqa’

Niat solat sunat ini adalah:

niat solat sunat istisqa

 Usolli sunnatal istisqo’i rak’ataini imaman / makmuman lillahi taala 

Sahaja aku solat sunat Istisqa’ dua rakaat (sebagai imam / makmum) kerana Allah Taala.

Cara Mengerjakan Solat Minta Hujan

Solat Sunat Istisqa’ boleh dikerjakan secara seorang diri atau berjemaah.

Setiap rakaat ada dua kali berdiri (qiam), dua kali rukuk dan dua kali sujud.

Iaitu mengandungi empat kali rukuk dan empat kali sujud.Rakaat Pertama

  1. Membaca Al-Fatihah dan sebarang surah (boleh dinyaringkan bacaannya), kemudian rukuk.
  2. Berdiri tegak sekali lagi selepas rukuk dan membaca Al-Fatihah lagi sekali berserta surah.
  3. Selepas itu rukuk, iktidal dan sujud.

Rakaat Kedua

  1. Lakukan sama seperti rakaat pertama.
  2. Surah yang dibaca sebaik-baiknya surah yang panjang.

Membaca Khutbah Selepas Solat

Disunatkan imam membaca khutbah atau peringatan, memuji-muji kebesaran Allah SWT yang menjadikan matahari dan bulan yang merupakan tanda kebesaranNya, memberi nasihat memperbanyakkan amal baik, menjauhi dosa dan maksiat.

Solat Sunat Istisqa Yang Sempurna

Solat Sunat Istisqa’ berjemaah adalah sempurna jika disertai imam atau pemimpin agama, penguasa dan seluruh penduduk kampung atau negeri.

Sebelum mengerjakan solat sunat istisqa, mereka digalakkan berpuasa selama tiga hari.

Ketua-ketua setiap kawasan bertindak menganjurkan kepada penduduk supaya memperbanyakkan taubat dan meninggalkan maksiat serta kemungkaran.

Pada hari keempat sesudah puasa, penduduk beramai-ramai sama ada lelaki, wanita, tua, muda dan kanak-kanak pergi ke tanah lapang untuk mengerjakan solat sunat Istisqa’.

Mereka perlu memakai pakaian biasa atau lusuh dengan tujuan merendah diri kepada Allah SWT.

Solat dikerjakan dengan rasa rendah diri, mengharap kepada pertolongan serta kasih-sayang Allah SWT.

Rasulullah SAW (keluar untuk bersolat Istisqa’) dengan penuh tawaduk khusyuk, menghina diri dan mengenakan pakaian biasa dengan penuh harapan. Baginda bersolat dua rakaat sebagaimana solat Hari Raya, tetapi tidak berkhutbah seperti khutbah yang biasa itu 

— Riwayat Nasa’i

Doa Minta Hujan

Kita digalakkan supaya memperbanyakkan doa, zikir, memohon ampun dengan merendah diri dan menghinakan diri ketika melaksanakan solat istisqa’.

Doa mengenainya memang sudah masyhur.

Berikut adalah doa minta hujan daripada Jabatan Mufti Negeri Sembilan:

doa istisqa terbaru

Maksudnya:

Ya Allah! Turunkan kepada kami hujan yang menyelamatkan, menyuburkan, lebat, menyenangkan, merata manfaatnya, menyeluruh, memuaskan dan terus langsung.

Ya Allah! turunkanlah hujan kepada kami dan jangan Engkau jadikan kami ini golongan orang-orang yang berputus asa.

Ya Allah! sekalian hamba, negeri, ternakan, seluruh makhluk, sedang menghadapi keletihan, kesukaran serta kepayahan. Tiada tempat mengadu semua ini melainkan kepadaMu.

Ya Allah! tumbuhkanlah tanaman kami, keluarkan susu perahan kami, hujanilah kami dengan berkah langit dan tumbuhilah kami dari berkah bumi.

Ya Allah! lenyapkanlah kesukaran kami, kelaparan dan kemiskinan, halaukanlah semua bencana dari diri kami, sebab tiada yang dapat menghalaukan itu selain Engkau.

Ya Allah! kami mohon kempunanMu, sebab Engkau adalah Maha Pengampun.

Kerana itu turunkanlah hujan dari langit dengan selebat-lebatnya.

Penutup

Allah adalah Maha Pemberi Rahmat.

Bagi sesebuah daerah atau negeri yang menghadapi masalah keputusan air kerana kemarau, sedang manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan sangat memerlukannya, maka dituntut untuk menunaikan solat istisqa agar diturunkan hujan.

Ini kerana solat merupakan doa dan ibadat yang paling penting bagi seorang hamba.

Melalui solat ia dapat berhubung secara langsung dan paling hampir dengan Allah SWT.

Semoga panduan ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Tinggalkan komen