• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib Khutbah

  • ekhutbah Audio MP3

     

     

  • Tetamu Online

  • Pengurusan Blog

Pengajian Kitab Umum Sempena Ramadhan 1439H di Pondok Pasir Tumboh


Sempena kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak 1439H maka pihak Pondok Pasir Tumboh akan mengadakan suatu program ilmu tahunan bagi menghayati bulan yang penuh keberkatan itu. Program ini bertujuan memberi peluang kepada seluruh umat Islam samada dalam negeri atau luar Kelantan untuk mendalami ilmu agama sepanjang bulan Ramadhan. Ini merupakan program untuk tahun ke-10 setelah program yang sama pada tahun-tahun sebelum ini  berjaya diadakan dengan sambutan menggalakkan daripada peserta dalam dan luar Kelantan terutama siswa/wi yang sedang cuti semester dan juga lepasan SPM/STPM/STAM yang sedang menunggu panggilan masuk Universiti.

Sebarang maklumat lanjut berkenaan program ini bolehlah menghubungi Ustaz Ahmad Shairazi di talian
09-7657786 / 019-9388902 atau untuk muslimat  012-9975513 Ustaz Syuib)

Pendaftaran dibuka sepanjang masa

Pengajian secara berulang alik atau menginap di pondok

Syarat & Yuran Penyertaan

  • Terbuka kepada seluruh muslimin dan muslimat tanpa had umur
  • Pendaftaran RM 5 sahaja (tanpa kitab) dengan berulang-alik setiap hari
  • Harga Kitab Siraj Mubtadin Edisi jawi /rumi  RM 9.00
  • Harga kitab Hidayah Salikin edisi jawi RM5.00
  • Harga Kitab Mazariul Muttaqin edisi jawi/rumi RM8.00
  • Bagi peserta muslimin yang ingin menetap di pondok yuran daftar , bil elektrik dan asrama RM50.00. Datang daftar mulai Sabtu 3 Ramadhan / 19 Mei nanti
  • Perbelanjaan makan minum tanggungan sendiri (majlis berbuka puasa disediakan di Masjid pondok setiap petang manakala pelajar muslimat bujang makanan berbuka disedia di madrasah tempat mereka menginap)
  • Bagi muslimat yang ingin tinggal kawasan pondok yuran daftar, tempat tinggal dan bil elektrik RM50.00. Sila hubungi 012-9975513 (Ustaz Syuib)
  • Bagi pasangan kelamin atau warga emas kena cari pondok atau bilik sewa sendiri jika mahu tinggal kawasan pondok kerana pihak pejabat tidak menguruskan urusan tersebut

Tarikh & Masa Mula Daftar Diri

Mulai 3 Ramadhan 1439H bersamaan 19 Mei 2018M (Sabtu)
jam 8.30 pagi

Kelengkapan peribadi bagi yang ingin menginap di pondok

sila bawa perkara tersebut :

1. Pelajar lelaki kena bawa Jubah sekurang sehelai(jika ada) / banyakkan baju melayu dan kain atau kemeja lengan panjang
2. Pelajar perempuan kena bawa Jubah
2. Pakaian tidur/selimut/toto@tilam/bantal
3. alat tulis
4. Fotostat kad pengenalan
5. Gambar ukuran passport sekeping

JADUAL AKADEMI PONDOK 1439H

TARIKH Masa Kitab

Mulai

9.00– 11.30 am Kitab : Siraj Mubtadin

19 Mei 2018M

3 Ramadhan 1439H

 2.00 – 3.00 pm  Kitab : Hidayah Salikin
hingga 7 Jun 2018M bersamaan 22 Ramadhan 1439H 3.30 – 4.30 pm Kitab : Mazariul Muttaqin

Setiap Jumaat cuti

# Kitab Siraj Mubtadin melibatkan beberapa bab daripada ilmu Feqah

# Kitab Hidayah Salikin pula menyentuh ilmu tasawwuf

# Kitab Mazariul Muttaqin berkenaan ilmu Tauhid

Tempat Program

Madrasah Diniah Bakriah,
Pondok Pasir 
Tumboh,

16150, Kota Bharu, Kelantan

Hubungi :

Tel :09-7657786 H/P :019-9388902

(Ust. Ahmad Shairazi )

Satu Respons

  1. Semoga dipermudahkan

Tinggalkan komen