• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib Khutbah

  • ekhutbah Audio MP3

  • Tetamu Online

  • Pengurusan Blog

Khutbah Jumaat : Hijrah Membentuk Negara Merdeka yang berkat

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  su  ruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 40 surah at-Taubah :

إِلَّا تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللَّـهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّـهَ مَعَنَا ۖ فَأَنزَلَ اللَّـهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَّمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُوا السُّفْلَىٰ ۗ وَكَلِمَةُ اللَّـهِ هِيَ الْعُلْيَا ۗ وَاللَّـهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ ﴿٤٠

Maksudnya : Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: “Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Peristiwa Hijrah dijadikan sebagai asas kepada perkiraan Taqwim umat Islam bagi meniupkan semangat berubah kepada keadaan yang lebih baik. Walau pun peristiwa hijrah telah lama berlaku namun pengajaran dan hasil daripada peristiwa bersejarah ini mesti dihidupkan dalam kehidupan umat Islam untuk mencapai kejayaan umat Islam dunia dan akhirat

قال الرسول e  : المُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ المُسْلِمُوْنَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللهُ عَنْهُ  – رواه البخاري وأبو دأود والنسائي

Maksudnya: Seorang muslim ialah orang yang menyelamatkan saudaranya muslim yang lain melalui lidah dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah ialah sesiapa yang berhijrah daripada perkara yang ditegah oleh Allah daripadanya   

Allah memberi suatu peringatan termasuk melalui ayat 40 surah at-Taubah yang telah dibaca pada awal khutbah tadi bahawa perjuangan Islam akan diberi pertolongan oleh Allah walau ada umat Islam sendiri tidak mahu membantu apatah lagi malas untuk berjuang.  Antara pertolongan Allah ketika berlangsungnya hijrah nabi s.a.w ialah musuh tidak nampak nabi Muhammad s.a.w bersama Saidina Abu Bakar RH dalam gua yang sempit, dibuang rasa takut dengan ditanam keyakinan dengan bantuan Allah, memberi ketenangan disaat getir dan didatangkan bantuan para malaikat. Oleh itu kita jangan memberi pelbagai dalih dan seeribu alasan dalam memperjuangkan Islam sebaliknya kita wajib mencari pelbagai usaha dan rancangan agar seluruh sistem Islam yang merangkumi ibadah khusus, ekonomi, politik, sosial dan lain-lain dapat dilaksana dalam negara

Sidang Jumaat yang dikasihi Allah,

Firman Allah dalam ayat 30 surah al-Anfal :

وَإِذْ يَمْكُرُ‌ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُ‌وا لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِ‌جُوكَ ۚ وَيَمْكُرُ‌ونَ وَيَمْكُرُ‌ اللَّـهُ ۖ وَاللَّـهُ خَيْرُ‌ الْمَاكِرِ‌ينَ

Maksudnya : Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Mekah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya

Ketika merenungi peristiwa hijrah yang agong ini maka kita dapati pelbagai usaha dan perancangan yang disusun dan diatur oleh nabi Muhammad s.a.w yang memberi pengajaran kepada kita walau pun baginda s.a.w sebagai seorang nabi namun mesti berusaha disampung bertawakkal kepada Allah kerana kemenangan Islam tidak dihampar dengan permaidani merah sebaliknya perlu kepada tumpahnya darah, tidak dijanjikan dengan kemenangan yang senang sebalikny menuntut nyawa yang melayang, bukan kejayaan yang mudah sebaliknya perlu kepada pengorbanan yang berterusan. Antara pengajaran besar daripada hijrah nabi s.a.w ialah :

  • Melakukan strategi dan perancangan yang tersusun dan kemas. Nabi SAW telah memberikan contoh melakukan perancangan hijrah antaranya menyediakan pengganti untuk berada di tempat tidur Nabi SAW, kaedah menghantar bekalan makanan, mengatur laluan perjalanan, memilih pemandu jalan, bersembunyi di gua Thur dan sebagainya. Malah telah berlaku 2 kali Baiah Aqabah iaitu janji taat setia daripada penduduk Madinah dari kalangan Aus dan Khazraj yang bukan sahaja terkandung akuan beriman semata-mata malah turut menekankan rasa tanggungjawab dan kesediaan untuk melantik nabi Muhammad s.a.w sebagai pemimpin serta sanggup gugur syahid dalam menjaga nabi s.a.w
  •  Pengorbanan perlu dilakukan dalam mencapai matlamat dalam kehidupan. Nabi SAW telah mencontohkan penghijrahan dengan melakukan pengorbanan jiwa, harta dan tanah air tercinta menjadi titik tolak perubahan dan pemangkin kejayaan penyebaran syiar Islam ke seluruh alam. Islam bukan sahaja mengurus diri, keluarga malah bernegara
  • Hijrah dan perubahan adalah suatu tuntutan hidup serta memerlukan pengorbanan. Perubahan dari suatu yang buruk kepada yang baik dan dari yang baik kepada yang terbaik adalah perlu dilaksanakan dalam kehidupan yang menuntut pengorbanan.
  • Melahirkan sifat sabar dan tawakkal berserah diri hanya kepada Allah SWT. Nabi SAW telah mencontohkan kesabaran melalui pelbagai kesukaran ketika berhijrah seperti diancam bunuh, dikejar musuh, perjalanan yang jauh dan sebagainya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat  74 surah al-Anfal :

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُ‌وا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَالَّذِينَ آوَوا وَّنَصَرُ‌وا أُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ لَّهُم مَّغْفِرَ‌ةٌ وَرِ‌زْقٌ كَرِ‌يمٌ

Maksudnya : Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan kurniaan yang mulia

Pengajaran Hijrah Ke –[5] Keperluan kepada sokongan dan dokongan pelbagai pihak. Nabi SAW memberi teladan bahawa hijrah yang dilakukan memerlukan sokongan dan dokongan pelbagai lapisan usia, jantina, agama dan sebagainya untuk menjayakan misi hijrah. Contohnya Saidini Abu Bakar al-Siddiq dan Uthman bin Affan yang mempunyai pengaruh dan kekuatan melalui kekuasaan dan kewangan. Saidina Ali bin Abi Talib yang masih belia menggantikan tempat tidur Nabi SAW. Asma’ binti Abu Bakar berperanan menghantar bekalan makanan. Abdullah bin ‘Uraiqit walaupun bukan Islam berperanan sebagai pemandu jalan ke Madinah. Kelebihan yang ada digunakan untuk memainkan peranan yang sesuai mengikut potensi masing-masing. Begitulah juga dalam kehidupan, manusia sentiasa perlukan sokongan dan dokongan dari pelbagai pihak supaya dibantu, terus bermotivasi dan berjaya dalam setiap kerja dan misi hijrah yang dilakukan.

  •  Mewujudkan semangat persaudaraan dan saling membantu. Nabi SAW mencontohkan mempersaudarakan golongan Ansar dan Muhajirin serta menggalakkan memberi bantuan. Peristiwa hijrah telah mendidik sifat keperihatinan dan kepedulian masyarakat tanpa mengira latar belakang dan keturunan. Islam menganjurkan kepada setiap Muslim agar selalu peduli dengan nasib masyarakat disekeliling.

Firman Allah dalam ayat  4 surah as-Soff :

 إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُم بُنْيَانٌ مَّرْصُوصٌ ‎﴿٤﴾

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 26 Surah Ali ‘Imran:

قُلِ اللَّـهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ‌ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ‌

Maksudnya :Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.  

            Hijrah nabi s.a.w menunjukkan bukti yang jelas kepada kita bahawa kepimpinan, bernegara dan politik tidak boleh dipisahkan daripada Islam. Islam mengajar kita bagaimana hanya Kerajaan Allah sahaja merupakan kerajaan yang sebenar dan berkekalan. Manakala kerajaan lain merupakan suatu amanah yang sementara sahaja yang bakal disoal tentang corak pemerintahannya di akhirat nanti. Semua kerajaan lain berada di bawah genggaman kekuasaan Allah di mana Allah boleh menaik dan menjatuhkan sesebuah kerajaan mengikut kehendakNya. Ia mengingatkan kita semua bahawa tidak ada kerajaan yang terus kekal memerintah selama-lamanya agar pemimpin sentiasa bertaqwa dalam memerintah negara dengan menjauhi penyalahgunaankuasa yang menyebabkan kerajaan mereka bukan sahaja dijatuhkan di dunia malah di akhirat kelak akan diseksa dalam api neraka Allah yang dahsyat bakarannya.  Oleh itu pilih pemimpin yang bersungguh mengharamkan judi dan menghadkan jualan arak, membanteras rasuah. Memilih kerajaan yang mampu menjaga etika untuk rakyat berhibur bukannya menjemput kumpulan LGBT yang merosakkan rakyat dan negara. Islam nescaya negara berkat rakyat selamat.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Himpunan Khutbah Hijraturrasul s.a.w

Hijrah Julang Islam Buang Jahiliah Raih Keberkatan

Hijrah DiHayati Jatidiri DiMiliki

Muharram DiRai Hijrah DiHayati Kemuliaan DiMiliki

Hijrah Julang Islam Hancurkan Jahiliah

Hijrah Martabat Islam Tolak Jahiliah

Hijrah Daulatkan Ketuanan Islam

Hijrah Diri Daulah Perangi Jahiliah

Hijrah Dihidupkan Islam Terjulang

23.Tiga Asas Terbina Selepas Hijrah

87. Cabaran Sebelum Hijraturrasul S.A.W

22. Syarat Penubuhan Daulah Islamiah

152. Lima Langkah Bina Daulah

110. Hijrah Dihayati Nabi Disanjungi

161. Jahiliah Dipuja Umat Derita

3. Hijraturrasul Dan Daulah Islamiah

88. Islam Pentingkan Kepimpinan

39. Daulah Islamiah Memperkasakan Islam

119. Hijrah Bina Identiti Umat Merdeka

40. Hijrah Menjulang Kehebatan Islam

96. Hijraturrasul S.A.W Luaskan Peranan Agama

160. Hijrah Disahut Daulah Terbentuk

128. Ukhwah Islamiah Terjaga Ummah Berjaya

71. Islam Dijulang Umat Gemilang

Hijrah Dimartabat Palestin Berdaulat

127. Korban Segalanya Demi Islam

Hijrah Membina Negara Merdeka

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  su  ruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat  77-78 surah Thoha :

وَلَقَدْ أَوْحَيْنَا إِلَىٰ مُوسَىٰ أَنْ أَسْرِ بِعِبَادِي فَاضْرِبْ لَهُمْ طَرِيقًا فِي الْبَحْرِ يَبَسًا لَّا تَخَافُ دَرَكًا وَلَا تَخْشَىٰ ﴿٧٧﴾ فَأَتْبَعَهُمْ فِرْعَوْنُ بِجُنُودِهِ فَغَشِيَهُم مِّنَ الْيَمِّ مَا غَشِيَهُمْ ﴿٧٨

Maksudnya : Dan demi sesungguhnya! Kami telah wahyukan kepada Nabi Musa: “Hendaklah engkau membawa hamba-hambaKu (kaummu) keluar pada waktu malam, kemudian pukullah air laut dengan tongkatmu, untuk mengadakan jalan yang kering bagi mereka di laut itu; janganlah engkau menaruh bimbang daripada ditangkap oleh musuh, dan jangan pula engkau takut tenggelam”. Maka Firaun pun mengejar mereka bersama-sama dengan tenteranya, lalu dia dan orang-orangnya diliputi oleh air laut yang menenggelamkan mereka semuanya dengan cara yang sedahsyat-dahsyatnya.

Kini lebih seminggu kita berada di bulan Muharram tahun baru 1442H di mana bulan Muharram merupakan salah satu dari 4 bulan haram yang dimuliakan oleh Allah. Salah suatu amal soleh yang dianjurkan oleh Nabi s.a.w untuk dikerjakan pada bulan Muharram ini ialah memperbanyakkan puasa sunat.

قَالَ الرسول e: أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ – رواه مسلم

Maksudnya : Puasa yang paling utama sesudah puasa Ramadlan adalah puasa pada Syahrullah (bulan Allah) Muharram. Sedangkan solat malam merupakan solat yang paling utama sesudah solat fardhu.”

Begitu juga galakan khusus untuk berpuasa sunat hari ke-10 Muharram

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ e: .. وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ ، أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ”  – رواه مسلم

Maksudnya : … Adapun puasa hari Asyura (iaitu hari ke-10 Muharram), pahalanya di sisi Allah dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya

Sidang Jumaat yang dikasihi Allah,

Firman Allah dalam ayat  92 surah Yunus :

فَالْيَوْمَ نُنَجِّيكَ بِبَدَنِكَ لِتَكُونَ لِمَنْ خَلْفَكَ آيَةً ۚ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ عَنْ آيَاتِنَا لَغَافِلُونَ ﴿٩٢

Maksudnya : “Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil itibar). Dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!”.

Bulan Muharram turut mencatatkan beberapa peristiwa besar termasuk pada 10 Muharram yang merupakan hari diselamatkan nabi Musa as dan pengikutnya daripada dikejar oleh Firaun. Pada hari tersebut juga Firaun dan bala tenteranya ditenggelamkan apabila Laut Merah kembali bercantum. Apa yang lebih hebat bila kita dapat melihat bagaimana mukjizat al-Quran yang menceritakan secara jelas tentang tubuh Firaun yang tidak lenyap hancur ditelan air laut sebaliknya diselamatkan mayatnya sehingga diawet menjadi mumia untuk simpanan di Muzium Mesir. Sejarah moden menyaksikan adanya pengkaji termasuk dari Perancis yang mengakui bahawa tubuh Firaun ini kekal hingga hari ini. Ini suatu  pengajaran besar kepada kita semua

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat  21 surah al-Maidah :

يَا قَوْمِ ادْخُلُوا الْأَرْضَ الْمُقَدَّسَةَ الَّتِي كَتَبَ اللَّـهُ لَكُمْ وَلَا تَرْتَدُّوا عَلَىٰ أَدْبَارِكُمْ فَتَنقَلِبُوا خَاسِرِينَ ﴿٢١

Maksudnya: (Nabi Musa berkata lagi): “Wahai kaumku, masuklah ke Tanah Suci (Palestin) yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kamu (memasukinya); dan janganlah kamu berbalik undur ke belakang, (kalau kamu undur) maka kamu kelak menjadi orang-orang yang rugi (di dunia dan di akhirat)”.

Perintah Nabi Musa a.s kepada pengikutnya untuk masuk ke Tanah Suci Palestin merupakan perintah Allah Taala. Justeru, Nabi Musa a.s tidak melakukan tindakan dengan semberono malah melakukan perancangan rapi bagi memastikan kaumnya tidak merasakan dukacita di atas setiap arahan Allah. Melihat kepada tindakan nabi Musa as adalah  hampir sama dengan Hijrah Rasulullah s.a.w apabila Nabi Muhammad saw telah menyusun strategi dan perancangan yang rapi bagi memastikan perjalanan ke Madinah selamat dan mencapai matlamat. Hijrah nabi sa.w bukan pelarian kerana ia adalah Perintah Allah yang dijanjikan kemuliaan dunia akhirat. Jika hanya untuk lari daripada kejahatan kafir Quraisy sudah pasti nabi s.a.w terus berhijrah ke Habsyah bersama sebahagian umat Islam.  Hijrah nabi merupakan Strategi dakwah dan politik Islam bukan melarikan diri apabila didahulukan dengan Baiah Aqabah Pertama dan Baiah Aqabah Kedua dengan wakil penduduk Madinah sebelum berlangsungnya peristiwa hijrah yang bersejarah. Baiah atau janji taat setia ini bukan sahaja terkandung akuan beriman semata-mata malah Baiah Aqabah kedua turut menekankan rasa tanggungjawab dan kesediaan untuk melantik nabi Muhammad s.a.w sebagai pemimpin serta sanggup gugur syahid dalam menjaga nabi s.a.w. Perkara ini sudah pasti tidak didapati oleh seorang pelarian. Malah hijrah nabi s.a.w mendapat jemputan dan disambut oleh kaum Ansar secara rela dan penuh kegembiraan. Oleh itu sesuatu gelaran yang tidak layak kepada nabi s.a.w termasuk pelarian wajib dijauhi agar tidak merosakkan pahala amalan dan agama itu sendiri

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

قال الرسول e  : المُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ المُسْلِمُوْنَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللهُ عَنْهُ  – رواه البخاري وأبو دأود والنسائي

Maksudnya: Seorang muslim ialah orang yang menyelamatkan saudaranya muslim yang lain melalui lidah dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah ialah sesiapa yang berhijrah daripada perkara yang ditegah oleh Allah daripadanya

Hijrah nabi Musa as dan nabi Muhammad s.a.w bukan hanya untuk merdekakan umatnya daripada penindasan kerajaan yang sesat dan zalim malah Berjaya membina Daulah yang merdeka daripada kesesatan dan kezaliman. Gerunnya Firaun kepada kelahiran nabi Musa as sehingga sanggup membunuh anak lelaki dari bani Israil kerana bimbang kerajaannya akan tumbang. Allah mengatur segala perancangan dengan begitu hebat apabila nabi Musa as bukan sahaja diselamatkan daripada dibunuh ketika kecil malah dibesarkan dalam istana Firaun. Akhirnya kerajaan Firaun jatuh menyembam tanah akibat kekufuran dan kezaliman.

Begitulah kejayaan nabi Muhammad s.a.w membina Daulah Islamiah di Madinah bukan setakat terhenti di situ malah akhirnya nabi s.a.w bersama umat Islam Berjaya kembali ke Mekah beberapa tahun selepas itu bukan setakat untuk menunai ibadat malah diberikan kemenangan yang gemilang dengan pembukaan kota Mekah sehingga mekah dimerdekakan daripada kesesatan dan kezaliman.

Oleh itu antara pengajaran besar daripada hijrah ialah melaksanakan hijrah dalam diri kita seterusnya ahli keluarga, masyarakat sekitar, negeri, negara dan alam sejagat kepada tunduk patuh kepada perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Malah dalam suasana kita masih belum bebas daripada musibah covid 19 maka antara perkara yang wajib kita buat ialah memperbanyakkan ibadat dan doa kepada Allah disamping berusaha bersungguh-sungguh menjauhi maksiat serta memperbanyakkan istighfar dan taubat

Firman Allah dalam ayat  115 surah Huud :

وَأَقِمِ الصَّلَاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِّنَ اللَّيْلِ ۚ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ۚ ذَٰلِكَ ذِكْرَىٰ لِلذَّاكِرِينَ ﴿١١٤﴾ وَاصْبِرْ فَإِنَّ اللَّـهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ ﴿١١٥

Maksudnya : Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Jumaat : Piagam DiHayati Rahmatan Lil Alamin DiRasai

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah S.W.T dalam ayat 1-3 surah al-Asr :

وَالْعَصْرِ ﴿١﴾ إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ ﴿٢﴾ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ ﴿٣

Maksudnya : Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian –  Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Alhamdulillah rasa syukur kita rafakkan ke hadhrat Allah yang masih memanjangkan umur kita untuk bertemu dengan tahun baru 1441H. Nikmat waktu yang Allah anugerahkan ini wajib diisi dengan amalan soleh disamping menjauhi dosa maksiat. Betapa ramai umat manusia yang mensia-siakan nikmat masa ini sehingga mereka menyesal bila nikmat itu diangkat. Nabi s.a.w pernah mengingatkan kita

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ  – رواه البخاري

Maksudnya : 2 kenikmatan, kebanyakan manusia tertipu pada keduanya, (iaitu) kesihatan dan waktu luang.

Waktu luang adalah nikmat yang besar dari Allâh tetapi malangnya ramai manusia tertipu dan mendapat kerugian terhadap nikmat ini antaranya :

[1] Seseorang tidak mengisi waktu luangnya dengan bentuk yang paling sempurna seperti menyibukkan waktu luangnya dengan amalan yang kurang utama, padahal dia mampu mengisinya dengan amalan yang lebih utama.

[2] Seseorang itu tidak mengisi waktu luangnya dengan amalan-amalan yang utama, yang memiliki manfaat bagi agama atau dunianya. Namun kesibukannya adalah dengan perkara-perkara mubah atau harus yang tidak berpahala.

[3] Apa yang lebih malang apabila seseorang itu mengisi waktu dengan perkara yang haram. Ini adalah orang yang paling tertipu dan rugi kerana dia menyia-nyiakan kesempatan memanfaatkan waktu dengan perkara yang tidak bermanfaat. Tidak hanya itu, bahkan dia menyibukkan waktunya dengan perkara yang akan membawanya kepada hukuman azab Allâh di dunia dan di akhirat.

Ketika melihat keadaan umat manusia dalam mengisi nikmat waktu maka terbahagi kepada 3 golongan iaitu :

[1] Golongan yang amalan soleh mereka lebih banyak daripada waktu mereka.
[2] Golongan yang menghabiskan waktu mereka dalam mengejar perkara yang tidak berfaedah, baik berupa ilmu atau harta yang tidak bermanfaat, atau urusan-urusan dunia lainnya.

[3] Golongan yang tidak mengetahui apa yang mereka hendak lakukan terhadap nikmat waktu sehingga terlepas faedah dunia apatah lagi manfaat akhirat

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 74 surah al-Anfal :

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَالَّذِينَ آوَوا وَّنَصَرُوا أُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ لَّهُم مَّغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ ﴿٧٤

Maksudnya : Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam), dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia.

Keberadaan kita pada awal tahun hijrah juga mengingatkan kita bagaimana betapa penting peristiwa hijrah untuk difahami dan dihayati dalam kehidupan seharian bukan sahaja peringkat peribadi malah keluarga, masyarakat seterusnya negara dan antarabangsa. Hijrah yang berjaya ialah hijrah yang berjaya menukarkan umat melarat kepada umat berdaulat, umat dihina kepada umat memimpin dunia, umat yang lemah bertukar menjadi gagah. Hijrah yang berjaya juga mengubah dunia daripada kongkongan jahiliah kepada keluasan Islam, daripada gelap kekufuran kepada terangnya iman, daripada kezaliman nafsu kepada keadilan wahyu. Umat yang mahu berjaya mesti berhijrah daripada mengikut hawa nafsu kepada tunduk dengan segala arahan wahyu tanpa rasa was-was dan ragu-ragu lagi.

Hijrah menzahirkan Rahmatan Lil Alamin dalam kehidupan sehingga Islam diyakini mampu menyelesaikan masalah umat. Sebagaimana intipati titah DYMM Yang Dipertuan Agong ketikan sambutan Hijraturrasul 1441H bagaimana Rahmatan Lil Alamin ialah rahmat yang lahir daripada penghayatan Islam yg sebenar. Rahmat ini akan mencucuri kehidupan manusia dan alam sejagat. Bukan bertolak ansur sehingga hilang roh dan izzah Islam. Bukan hendak sesuai dengan kehendak manusia.
Bukan hendak ambil hati orang bukan Islam sehingga hilang ruh Islam.
Bukan meletakkan Islam terlalu mudah sehingga hilang kecantikan Islam.
Bukan takut untuk mempertahankan Islam ketika dihina.
Bukan takut hendak membela saudara seIslam ketika dihina. Rahmatan Lil Alamin bukan ilusi, fantasi tetapi realiti, dengan syarat ambil daripada acuan Islam. Ianya suatu kebenaran daripada Allah SWT.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah ,

Firman Allah dalam ayat 41 surah al-Hajj :

الَّذِينَ إِن مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنكَرِ ۗ وَلِلَّـهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ ﴿٤١

Maksudnya : Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.

Ketika menyoroti peristiwa hijrah maka kita dapati 3 perkara utama yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w setibanya di Madinah ialah membina masjid, mempersaudarakan umat Islam dan menggubal piagam. Tahap awal ini merupakan proses untuk mengukuhkan kedudukan sosio-politik orang Islam di Madinah termasuk kedudukan Baginda s.a.w sebagai Ketua Negara. Piagam yang digubal pada 633 Masihi tersebut juga dikenali sebagai Ṣaḥīfah al-Madīnah. Piagam adalah sebuah perlembagaan yang digunapakai sebagai rujukan dalam pentadbiran dan pengurusan sesebuah negara yang adil. Oleh itu, perlembagaan bukan hanya diperlukan oleh sebuah negara yang dianggap bertamadun tetapi juga digunapakai oleh negara yang dianggap tidak bertamadun. Untuk mencapai kestabilan dalam kehidupan masyarakat pelbagai budaya dan bangsa serta agama, kontrak sosial diperlukan sebagai perjanjian yang disepakati oleh setiap kumpulan masyarakat. Ia juga bukan sekadar perjanjian oral tetapi adalah sebuah perjanjian yang termaktub di dalam dokumen. Piagam Madinah merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia yang digubal oleh sebuah negara berdaulat di bawah kepimpinan Rasulullah s.a.w. Ia juga menolak dakwaan yang menyatakan Islam hanyalah agama ibadat yang menumpukan hubungan antara makhluk dengan Tuhan semata-mata.

Piagam tersebut mempunyai 52 bahagian yang mengandungi istilah-istilah perundangan dan kaedah penulisan perlembagaan yang sesuai dengan era tersebut bahkan kepentingannya juga turut diperakui oleh pengkaji-pengkaji di Eropah. Malah ketika penjajah ingin mengurus negara jajahan selepas perang dunia turut menjadikan Piagam Madinah sebagai rujukan utama. 3 asas utama dalam piagam Madinah ialah :

[1] Piagam Madinah adalah perlembagaan persekutuan yang membentuk negara Madinah;

[2] Piagam Madinah adalah kontrak sosial masyarakat pelbagai kaum dan agama bagi membentuk ummah dan;

[3] Piagam Madinah menjamin hak-hak asasi setiap warganegara terutamanya hak kebebasan beragama mereka terutama masyarakat Yahudi.

Begitulah dalam konteks negara kita sekiranya setiap rakyat dapat memahami dan mematuhi kontrak sosial yang dibuat sebelum mendapat kemerdekaan maka isu adanya golongan pelampau yang menghina Islam, mencaci nabi Muhammad s.a.w, mencerca raja, mempertikai keistimewaan Melayu, membantah pembelajaran jawi di sekolah, mengibar bendera Malaysia secara terbalik dan beberapa isu lain yang menggugat keharmonian Negara tidak akan berlaku secara terang-terangan

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 96  surah al-A’araf :

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُواْ وَاتَّقَواْ لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاء وَالأَرْضِ وَلَكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُواْ يَكْسِبُونَ

Maksudnya : Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

Hijrah telah mengubah keadaan umat yang tertindas menjadi kuat berkuasa. Hijrah telah membolehkan seluruh system Islam termasuk ekonomi, perundangan, sosial, politik dapat disebar luaskan sehingga dirasai nikmat dan keadilannya. Hijrah telah merubah umat manusia yang menurit hawa nafsu kepada tunduk kepada hukum hakam yang diwahyukan sehingga kezaliman disekat dan negara mendapat berkat. Semoga semangat hijrah yang pernah ditunjukkan oleh nabi s.a.w dan para sahabat dapat dihayati dan diteruskan dalam kehidupan kita untuk mengembalikan izzah kemuliaan umat. Kita mesti buang rasa sangsi terhadap perundangan Islam sebagaimana contoh yang terdekat iaitu Brunei yang hampir 2 bulan melaksanakan perundangan Islam termasuk hudud di mana setakat ini hanya 2 orang pesalah di bawah kesalahan mencuri didakwa di mana kedua-dua pencuri itu hanya dihukum takzir iaitu denda dan penjara sahaja kerana tidak cukup bukti dan jumlah yang dicuri kurang daripada had minima untuk dikenakan hukuman potong tangan. Apa yang penting bila kita laksanakan hukuman Islam ialah jaminan daripada Allah. Kita sendiri terus dihantui dengan kes curi, rompak yang semakin menjadi-jadi

Hijrah juga membentuk peribadi yang takut kepada Allah sehingga menjauhi sifat jahat termasuk rasuah dan pecah amanah. Kita begitu bimbang dan mendesak agar pihak pihak berkuasa membanteras jenayah sindiket menjual kad pengenalan kepada warga asing. Jangan gadai kemerdekaan negara dengan jenayah yang menjijikkan ini. Sebagaimana tokoh China pernah berkata bahawa penjajan tidak mampu menawan China dengan meruntuhkan tembok China yang begitu kukuh tetapi penjajah boleh menjajah dengan membeli pengawal yang menjaga pintu kota

Hijrahlah kita daripada jahiliah kepada Islam agar kita bahagia dan Berjaya dunia dan akhirat

قال الرسول   : المُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ المُسْلِمُوْنَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللهُ عَنْهُ  – رواه البخاري وأبو دأود والنسائي

Maksudnya: Seorang muslim ialah orang yang menyelamatkan saudaranya muslim yang lain melalui lidah dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah ialah sesiapa yang berhijrah daripada perkara yang ditegah oleh Allah daripadanya

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Hijrah DiHayati Izzah Umat DiMiliki

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  su  ruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat  36 surah at-Taubah :

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللَّـهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّـهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ ۚ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً ۚ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ ﴿٣٦﴾‌

Maksudnya : Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya 4 bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa

Kini kita telah berada di bulan Muharram tahun baru 1440H di mana bulan Muharram merupakan salah satu dari 4 bulan haram yang dimuliakan oleh Allah. Secara khusus Allah melarang berbuat zalim pada bulan ini untuk menunjukkan kehormatannya. Larangan berbuat zalim pada bulan-bulan ini menunjukkan bahawa dosanya lebih besar daripada dikerjakan pada bulan-bulan selainnya. Sebaliknya, amal kebaikan yang dikerjakan di dalam bulan-bulan haram termasuk Muhharam juga dilebihkan pahalanya. Salah satu amal soleh yang dianjurkan oleh Nabi s.a.w untuk dikerjakan pada bulan Muharram ini ialah memperbanyakkan puasa sunat.

قَالَ الرسول e: أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ – رواه مسلم

Maksudnya : Puasa yang paling utama sesudah puasa Ramadlan adalah puasa pada Syahrullah (bulan Allah) Muharram. Sedangkan solat malam merupakan solat yang paling utama sesudah solat fardhu.”

Begitu juga galakan khusus untuk berpuasa sunat hari ke-10 Muharram

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ e: .. وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ ، أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ”  – رواه مسلم

Maksudnya : … Adapun puasa hari Asyura (iaitu hari ke-10 Muharram), pahalanya di sisi Allah dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya

Sebaiknya jika berkemampuan kita gabungkan puasa Asyura’ dengan puasa sunat Tasua’ iaitu hari ke-9 Muharram sebagai bentuk berhati-hati terutama untuk membezakan daripada puasa orang Yahudi dan Nasrani

لَئِنْ عِشْتُ إلَى قَابِلٍ لاَصُومَنَّ التَّاسِعَ – رواه مسلم

Maksudnya : Jika aku masih hidup di tahun depan, pasti akan berpuasa pada hari kesembilan Muharram.

Sidang Jumaat yang dikasihi Allah,

Firman Allah dalam ayat  74 surah al-Anfal :

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُ‌وا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَالَّذِينَ آوَوا وَّنَصَرُ‌وا أُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ لَّهُم مَّغْفِرَ‌ةٌ وَرِ‌زْقٌ كَرِ‌يمٌ

Maksudnya : Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan kurniaan yang mulia

Ayat ini menjelaskan tentang tujuan dan kelebihan hijrah antaranya : [1] Hijrah mesti dilaksana atas dasar niat ikhlas kerana Allah dan bertujuan mendapat rahmat dan keredhaan Allah. [2]  Hijrah yang ikhlas akan memperolehi   pengampunan Allah, memperolehi  keberkatan rezeki dan kemenangan di sisi Allah. [3] Hijrah dan jihad hanya dapat dilakukan dengan mengorbankan apa yang kita  miliki, termasuk  hartabenda bahkan jiwa raga [4] Penekanan tentang  3 prinsip  hidup, iaitu  iman,  hijrah dan jihad. Iman bermakna keyakinan, hijrah bermakna perubahan dan jihad bermakna perjuangan dalam menegakkan risalah Allah atas muka bumi ini.

Hijrah adalah salah satu prinsip hidup yang sentiasa kita maknai dengan kebenaran berasaskan Islam. Seseorang itu dikatakan hijrah jika dia telah memenuhi 2 syarat iaitu yang pertama ada sesuatu yang ditinggalkan dan kedua ada sesuatu yang dituju. Kedua-duanya mesti dipenuhi oleh seseorang yang berhijrah. Meninggalkan segala hal yang buruk, negatif, maksiat, kondisi yang tidak kondusif menuju keadaan yang lebih yang lebih baik, positif dan kondisi yang kondusif untuk menegakkan ajaran Islam dalam setiap aspek kehidupan samada berkaitan ibadat khusus, politik, ekonomi, sosial dan sebagainya.

قال الرسول  : المُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ المُسْلِمُوْنَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللهُ عَنْهُ  – رواه البخاري وأبو دأود والنسائي

Maksudnya: Seorang muslim ialah orang yang menyelamatkan saudaranya muslim yang lain melalui lidah dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah ialah sesiapa yang berhijrah daripada perkara yang ditegah oleh Allah daripadanya

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَقَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَدَأَ الْإِسْلَامُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ

  • رواه مسلم

Maksudnya: Islam bermula dalam keadaan asing, dan akan kembali terasing seperti mulanya maka beruntunglah orang-orang yang terasing

Makna ghuraba’ iaitu orang-orang yang asing itu dijelaskan oleh baginda :

الَّذِينَ يُصْلِحُونَ عِنْدَ فَسَادِ النَّاسِ

Mereka yang melakukan perbaikan ketika orang-orang telah rosak

Dan dalam lafaz yang lain: الذين يُصْلِحُونَ مَا أَفْسَدَ النَّاس

Mereka yang memperbaiki apa yang telah dirosak oleh orang-orang yang rosak

Dalam lafaz lain: – رواه ابن ماجه   النُّزَّاعُ مِنَ الْقَبَائِلِ

“Mereka adalah orang-orang yang terasing dari kabilah-kabilah”

Apa yang dapat difahami maksud ghuraba’ adalah orang yang tetap melakukan pembaikan dan tetap istiqamah menjalankan ketaatan kepada Allah ketika masyarakat telah rosak dengan istiqamah menyuruh kepada yang ma’ruf dan melarang dari yang munkar.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 115  surah an-Nisaa’ :

وَمَن يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَىٰ وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّىٰ وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ ۖ وَسَاءَتْ مَصِيرًا ﴿١١٥

Maksudnya : Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.

Pada hari ini umat Islam seluruh dunia diuji hebat dengan pelbagai bentuk penindasan termasuk di negara kita. Cabaran besar yang datang bukan sahaja kesan perang ketenteraan seperti perang proksi, bahkan serangan pemikiran. Umat Islam mulai meragui Islam adalah penyelesaian kepada konflik kemanusiaan sehingga mengambil ideologi dan akal manusia semata-mata sebagai panduan. Contohnya isu sebat pesalah budaya songsang oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu 2 minggu lepas. Hukuman ke atas pesalah yang ringan dengan 6 kali sebatan syarie tidak langsung menyakiti apalagi mencederakan pesalah. Ia sekadar memalukan dan yang lebih penting ialah ia bertaubat dan memohon keampunan Allah di atas kesalahannya. Bukan sahaja itu, hukum syarak juga mempunyai nilai pencegahan ke atas masyarakat di mana penyaksian ke atas hukuman itulah nilai pencegahan kepada orang ramai agar tidak melakukan kesalahan yang sama.

Ini berbeza dengan sebatan sivil yang ternyata gagal mencegah perbuatan jenayah walau pun keras seperti sebat sivil menggunakan buluh tumpat dalam keadaan pesalah ditelanjangkan dan dilaksana pula secara tertutup. Malah pernah terjadi dalam isu liwat di bawa tilam sebagai bukti kes dan pesalah dipenjara bertahun-tahun sehingga maruah pesalah tercalar lebih teruk. Kegerunan hanya ada kepada yang melakukan jenayah, bukan bersifat mencegah kepada mereka yang belum atau berhasrat melakukan jenayah. Oleh itu kita menyeru kerajaan pusat agar memberikan kesempatan kepada negeri-negeri melaksanakan hukum syarak yang berada di bawah bidang kuasa negeri, bukan mempertikaikannya. Apa yang dikesalkan ialah yang disensasikan dan difokuskan ialah hukuman sebat itu dan bukannya kebimbangan terhadap perbuatan LGBT yang semakin berleluasa meskipun ia sebagai suatu kesalahan jenayah yang sepatutnya dibanteras.

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,

Firman Allah dalam ayat  87 surah al-Qasas :

وَلاَ   يَصُدُّنَّكَ عَنْ آيَاتِ اللهِِ بَعْدَ إِذْ أُنزِلَتْ إِلَيْكَ وَادْعُ إِلَى رَبِّكَ وَلاَ  تَكُونَنَّ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Maksudnya : Dan janganlah sekali-kali mereka dapat menghalangmu dan (menyampaikan) ayat-ayat Allah sesudah ayat-ayat itu diturunkan kepadamu. Dan serulah mereka kepada (jalan) Tuhanmu dan janganlah sekali-kali kamu termasuk mereka yang mempersekutukan Allah.

Umat Islam haruslah sedar dan benar-benar menghayati mesej daripada Peristiwa Hijrah nabi s.a.w dan para sahabat dengan pengertian yang sebenar. Matlamatnya untuk membina sebuah masyarakat yang hidup aman dan melaksanakan keadilan dengan menjadikan Islam memimpin bukan dipimpin dan menjadi dasar kepada pembangunan negara bukan sekadar penerapan kepada nilai-nilai ibadat dan peribadi semata-mata. Tanggungjawab mempertahankan Islam adalah salah satu usaha yang menepati matlamat hijrah yang digariskan Islam. Tugas mempertahankan Islam tidak mengira sesiapa, sama ada para pemerintah, raja-raja, ahli politik, para ulama’ serta mufti, kumpulan Islam, NGO-NGO dan umat seluruhnya. Mempertahankan Islam satu kemuliaan terutama adanya suara sumbang yang semakin lantang menghina dan menuntut agar undang-undang syariah dihapuskan. Marilah kita bekerjasama atas semangat ta’awun dan menghayati makna hijrah dalam mempertahankan kesucian agama daripada celaan mereka yang memusuhi Islam, dalam masa yang sama tanpa menafikan hak bukan Islam hidup dalam sebuah masyarakat madani berkonsepkan adil untuk semua. Islamlah nescaya kita selamat dan berjaya di dunia dan akhirat

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Hijrah Memuliakan Kita Dunia Akhirat

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 5 surah al-Qosas :

وَنُرِيدُ أَن نَّمُنَّ عَلَى الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الْوَارِثِينَ

Maksudnya : Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya).

Perubahan adalah sesuatu yang fitrah. Ia berlaku pada sepanjang sejarah hidup manusia. Kita tidak boleh mengelak dari perubahan. Apa yang berlaku pada hari ini akan menjadi tradisi pada keesokannya. Peristiwa yang terjadi pada masa lalu menjadi sejarah pada hari ini. Peristiwa Hijrah yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. adalah suatu sejarah. Tetapi peristiwa itu tetap hidup pada sepanjang sejarah umat Islam. Ada latar belakang mengapa hijrah itu terjadi. Ada kesan besar kepada umat Islam dan umat manusia hasil dari peristiwa tersebut. Hijrah Rasulullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah adalah suatu peristiwa strategik di mana Rasulullah s.a.w. menghadapi suatu suasana yang amat kritikal dalam perjuangannya menemui jalan keluar yang amat mencabar dan melaluinya dengan perancangan bijaksana yang dibantu oleh Allah. Peristiwa ini juga memperlihatkan pandangan jauh dan futuristik Rasulullah s.a.w. terhadap perubahan dan peradaban. Membebaskan manusia dari belenggu jahiliah bukanlah suatu hal yang mudah. Fahaman nenek-moyang yang sudah lama terbina, semangat kekabilahan yang sudah berakar umbi, undang-undang rimba yang kuat mengatasi yang lemah yang sudah sekian lama berjalan adalah faktor-faktor penghalang yang menyebabkan pejuang-pejuang jahiliah merasa tergugat dan akhirnya mengambil keputusan untuk menghapuskan Rasulullah s.a.w. dari muka bumi.

Fahaman dan amalan jahiliah berlaku di sepanjang zaman umat manusia. Ia berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. boleh berlaku pada masa kini dan boleh berlaku pada masa depan. Asas yang membezakan jahiliah dan tidak jahiliahnya sesuatu keadaan dan zaman ialah faktor akidah, iman dan takwa. Akidah yang benar memandu manusia tentang adanya Pencipta. Kewujudan Pencipta membina asas iman bahawa Pencipta berkuasa atas segala-gala. Darinya lahir keinsafan yang membawa kepada takwa bahawa dari Allah manusia datang dan kepada Allah manusia akan kembali. Kehidupan umat Islam tidak saja mengambil pertimbangan dunia tetapi juga mengambil pertimbangan akhirat. Apabila pertimbangan akhirat menjadi agenda utama, kehidupan di dunia akan menjadi lebih sempurna kerana manusia terus ingat akan hari pembalasan. Ia menyebabkan manusia lebih berhati-hati dan sentiasa dipandu untuk melakukan kebaikan dan mengelak dari melakukan kejahatan.

Jahiliah pada zaman Rasulullah s.a.w. atau sebelumnya tidak bermakna tiadanya perubahan dan kemajuan dari sudut sains dan teknologi. Zaman Yunani, zaman Mesir Purba, zaman Mesopotamia umpamanya sains dan teknologi sudah mula berkembang. Kemajuan sains dan teknologi bukan ukuran mutlak bahawa manusia sudah bebas dari belenggu. Sains dan teknologi selamanya alat untuk menemukan manusia dan faktor alamiah dan menemukan manusia dengan ilmu alat untuk memudahkan kehidupan. Dalam tradisi Islam sains mendekatkan manusia dengan pencipta. Teknologi memudahkan manusia melakukan kebaikan dan membina kesejahteraan. Komputer sebagai alat komunikasi dan sistem maklumat tidaklah salah. Tetapi perisian dan program dalam komputer yang menyebabkan maklumat yang salah tersebar dan program yang lucah menjadi subur mencetuskan masalah kepada minda dan pemikiran manusia. Tanpa akidah yang memandu manusia ke arah keperkasaan dan kebesaran Allah, pengguna komputer akan merasakan komputer itu segala-gala. Pengguna yang mempunyai akidah mantap melihat komputer selamanya alat. Input, perisian dan program yang bermanfaat berkait rapat dengan matlamat. Alat dan matlamat yang baik bakal membangunkan minda dan ilmu yang baik dan ia akan membebaskan manusia daripada belenggu.

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,

Firman Allah dalam ayat  22 surah az-Zumar :

أَفَمَن شَرَحَ اللَّهُ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ فَهُوَ عَلَىٰ نُورٍ مِّن رَّبِّهِ ۚ فَوَيْلٌ لِّلْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُم مِّن ذِكْرِ اللَّهِ ۚ أُولَٰئِكَ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ

Maksudnya : Maka apakah orang-orang yang dibukakan hatinya oleh Allah untuk (menerima) agama Islam lalu dia mendapat cahaya dari Rabb-nya (sama dengan orang yang membatu hatinya)? Maka, celakalah mereka yang hatinya telah membatu untuk mengingat Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata.”

Penghijrahan dalam membentuk sebuah negara yang hebat dan kukuh mesti bermula daripada penghijrahan dalam diri pada 4 perkara pokok iaitu :

[1]  Hijrah I’tiqadiyah iaitu hijrah dari segi keimanan dan keyakinan.

Khalifah Umar Bin Abdul Aziz berpesan:

إِنَّ لِلإِيمَانِ فَرَائِضَ وَشَرَائِعَ وَحُدُودًا وَسُنَنًا ، فَمَنِ اسْتَكْمَلَهَا اسْتَكْمَلَ الإِيمَانَ ، وَمَنْ لَمْ يَسْتَكْمِلْهَا لَمْ يَسْتَكْمِلِ الإِيمَانَ  – رواه البخاري

Maksudnya : “Sesungguhnya iman memiliki kewajiban-kewajiban, batasan dan aturan serta sunnah-sunnah, barangsiapa menyempurnakannya maka sempurnalah imannya dan barangsiapa tidak menyempurnakannya maka tidak sempurna pula imannya”.

[2] Hijrah Fikriyah iaitu pemikian. Seiring perkembangan zaman, kemajuan teknologi dan derasnya arus informasi, seolah dunia tanpa batas. Tak heran berbagai pemikiran telah tersebar di medan perang tersebut laksana dari senjata-senjata peragut nyawa. Isu sekularisasi, kapitalisasi, liberalisasi, pluralisasi, dan sosialisasi dan lain-lain telah menyusup ke dalam sendi-sendi dasar pemikiran kita yang murni. Ia menjadi virus ganas yang cuba merosakkan pemikiran umat Islam sehingga adanya umat Islam yang mahu halalkan murtad, menghalalkan kahwin sejenis dan budaya songsang serta minta dihapuskan hukuman syariat. Hijrah fikriyah menjadi sangat penting mengingat kemungkinan besar pemikiran kita telah terserang virus ganas tersebut. Mari kita kembali mengkaji pemikiran-pemikiran Islam yang murni. Pemikiran yang telah disampaikan oleh Baginda Nabi Muhammad Saw, melalui para sahabat dan para salafussoleh yang sanggup mati dalam mengembangkan dakwah Islam.

[3] Hijrah Syu’uriyyah iaitu cita rasa, kesenangan, kesukaan dan kemahuan yang ada pada diri kita sering dipengaruhi oleh nilai-nilai yang tidak Islamik. Banyak hal seperti hiburan, muzik, bacaan, gambar, hiasan, pakaian, rumah, idola luput daripada pengaruh nilai-nilai Islam. Dulu penjajah mahu menjajah umat Islam terpaksa datang ke negara kita tetapi kini kita sendiri menjemput musuh Islam untuk mengubah cara hidup ala penjajah melalui tv, radio, internet dan sebagainya

Faham jahiliah tidak melihat agama itu penting. Pedoman baik buruk akan sesuatu dianggap sebagai ketinggalan zaman. Untuk menjadi moden dan maju remaja dikatakan harus melepaskan diri dari ikatan salah-benar dan dosa-pahala. Untuk menjadi global, apa yang datang dari Barat adalah lambang maju dan moden. Yang lahir dari tradisi dan agama dianggap kolot dan ketinggalan zaman. Oleh itu untuk menjadi remaja yang maju dan terkini, Baratlah menjadi segala-gala. Bukanlah Barat yang harus dibenci oleh remaja. Di Barat terdapat sumber ilmu dan teknologi yang bermanfaat. Tetapi agenda pembaratan yang menyebabkan ramai remaja kita terjebak seharusnya menimbulkan kewaspadaan. Lebih-lebih lagi mengambil faktor kebebasan Barat sebagai ukuran hidup yang maju boleh menjebak remaja kepada elemen-elemen jahiliah yang menjauhkan remaja dari agama.

[4]  Hijrah Sulukiyyah   iaitu tingkah laku , keperibadian atau biasa disebut juag akhlak. Rasulullah s.a.w begitu menekankan tentang penghijrahan daripada terlibat dengan perkara mungkar barulah kita benar-benar menjadi manusia yang berhijrah

قال الرسول  : المُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ المُسْلِمُوْنَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللهُ عَنْهُ  – رواه البخاري وأبو دأود والنسائي

Maksudnya: Seorang muslim ialah orang yang menyelamatkan saudaranya muslim yang lain melalui lidah dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah ialah sesiapa yang berhijrah daripada perkara yang ditegah oleh Allah daripadanya

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 35 surah  al-Anbiya’  :

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ ﴿٣٥

Maksudnya : Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan

Jika penghijrahan untuk mencari kemuliaan dan kegemilangan di dunia perlu kepada pengorbanan dan kesungguhan maka lebih-lebih lagi persiapan sebelum berlakunya penghijrahan atau perpindahan hidup kita ke negeri akhirat tempat pembalasan atas segala amalan kita di dunia ini. Cara dan gaya hidup kita dunia samada dihiasai dengan amalan soleh atau dicemari dengan dosa maksiat merupakan cerminan awal kepada tempat kembalinya kita di akhirat nanti.

Imam Al-Ghazali membahagikan manusia kepada 3 tingkatan dalam menghadapi mati iaitu [1]Al-Munhamik, iaitu orang yang tenggelam dalam tipu daya dan hawa nafsu dunia. Mereka tidak ingat kematian dan enggan diingatkan mengenai kematian. Golongan seperti itu tidak mempersiapkan bekalan untuk menghadapi kematian bahkan hidup mereka terus bergelumang dosa dan maksiat. [2]  At-Taib, iaitu golongan yang bertaubat memohon keampunan daripada Allah dan mereka banyak mengingati kematian yang mendorongnya beramal dan mempersiapkan bekalan menuju akhirat. [3]  Al ‘Arif, iaitu golongan yang mengetahui kedudukan dirinya di hadapan Allah. Mereka sentiasa mengingati kematian bahkan sentiasa menanti saat kematian kerana kematian baginya adalah pertemuan dengan Allah yang begitu dirindui.

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Malam tadi kita di sini menerima suatu berita yang menyedihkan dengan pemergian tokoh Murabbi Pondok Pasir Tumboh al-Marhum Tuan Guru Hj Soleh b Ismail yang merupakan Timbalan Mudir 1 madrasah ini. Ucapan takziah kita ucapkan kepada seluruh ahli keluarga beliau. Kita doakan semoga beliau ditempatkan bersama para solehin dengan dibalaskan segala amalan soleh dan diampuni segala dosanya. Kehilangan beliau sukar dicari ganti namun kita yang masih hidup wajib meneruskan perjuangan suci dalam menegakkan kalimah Allah yang mulia di atas muka bumi ini. Contohilah al-Marhum yang telah mengorbankan seluruh jiwa raga dan masa sehingga penghujung usia dalam menyebar luas ilmu agama. Kita juga doakan semoga al-Marhum dijauhkan daripada azab kubur dan azab Neraka sesuai dengan kelebihan seorang muslim yang meninggal pada malam atau hari Jumaat yang diberikan keistimewaan disisi Allah

عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ﴿مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَوْ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إِلا وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ الْقَبْرِ﴾ – رواه أحمد والترمذي

Maksudnya : Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Hijrah Julang Islam Buang Jahiliah Raih Keberkatan

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  74 surah al-Anfal :

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُ‌وا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَالَّذِينَ آوَوا وَّنَصَرُ‌وا أُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ لَّهُم مَّغْفِرَ‌ةٌ وَرِ‌زْقٌ كَرِ‌يمٌ

Maksudnya : Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan kurniaan yang mulia

Kini hampir seminggu kita menyambut tahun baru 1438H di mana ia sepatutnya memberi makna yang besar dalam mengorak langkah kepada kehidupan yang lebih baik berasaskan Islam. Sempena berada pada bulan Muharram juga marilah kita sama-sama meningkat amalan soleh disamping memohon keampunan daripada Allah di mana kita digalakkan untuk banyak melakukan amalan puasa sunat pada bulan ini terutama pada hari Kesembilan-9 atau Tasua’ dan Ke-10 atau hari ‘Asyura’ daripada bulan Muharram

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” ….وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ ، أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ”  – رواه مسلم

Maksudnya : …..Adapun puasa hari Asyura, pahalanya di sisi Allah dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 30 surah al-Anfal :

وَإِذْ يَمْكُرُ‌ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُ‌وا لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِ‌جُوكَ ۚ وَيَمْكُرُ‌ونَ وَيَمْكُرُ‌ اللَّـهُ ۖ وَاللَّـهُ خَيْرُ‌ الْمَاكِرِ‌ينَ

Maksudnya : Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Mekah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya

Ketika menyoroti peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w yang dijadikan permulaan tahun baru umat Islam maka kita dapati ia suatu bukan peristiwa yang kecil sebaliknya mempunyai matlamat yang besar dalam perkembangan dakwah dan pemerkasaan system Islam yang menyeluruh. Antara matlamat Hijrah ialah [1] bertujuan untuk mencari satu `bumi subur’ bagi menyemai dan menyuburkan benih dakwah, [2] mencari suatu pusat atau markas yang aman bagi melancarkan seruan dakwah, mengasaskan masyarakat Islam, menubuhkan sebuah kerajaan Islam serta merealisasikan kewujudan kaum muslimin sebagai satu entiti yang mampu berdiri dengan sendiri. [3] mewujudkan sebuah negara bagi agama Islam dan pengikut-pengikutnya sehingga dapat dikembangkan serta adanya golongan manusia yang menjaga dan melindunginya sehingga sanggup mempertaruhkan jiwa dan raga mereka. Sememangnya penghijrahan itu telah berjaya membawa kepada tertegaknya sebuah kerajaan dan masyarakat Islam serta melahirkan satu umat baru, iaitu sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia.

Sidang Jumaat yang dikasihi Allah,

Firman Allah dalam ayat  74 surah al-Anfal :

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُ‌وا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَالَّذِينَ آوَوا وَّنَصَرُ‌وا أُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ لَّهُم مَّغْفِرَ‌ةٌ وَرِ‌زْقٌ كَرِ‌يمٌ

Maksudnya : Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan kurniaan yang mulia

Memandangkan kepada matlamat Hijrah yang besar dalam mengubah dunia jahiliah yang zalim kepada system Islam yang adil, daripada kelam kufur kepada sinar iman maka sepastinya ia tidak berlaku secara spontan sebaliknya penuh perancangan yang rapi. Ia bermula dengan zaman pengasasan Islam selama 13 tahun di Mekah  termasuk menjadikan Darul Arqam bin Abi al-Arqam sebagai markas dalam menyampaikan asas aqidah dan ajaran Islam kepada sekelompok sahabat baginda bagi membentuk generasi awal Islam yang akan memikul perutusan tersebut selepas baginda dan menyampaikan seruan dakwah ke seluruh alam disamping menyampaikan dakwah kepada orang-orang Quraisy dan masyarakat di sekelilingnya. Dakwah disampaikan kepada rombongan yang datang untuk mengerjakan haji pada setiap tahun dan juga kepada kaum Taif dalam satu pengembaraan yang menyedihkan. Dalam pada itu, baginda turut membenarkan para sahabatnya untuk berhijrah ke Habshah bagi menjaga keimanan mereka. Sementara baginda s.a.w sendiri terus menyampaikan dakwahnya kepada kabilah-kabilah Arab tanpa sedikit pun merasa putus asa daripada rahmat Allah. Sehinggalah Allah menyediakan bagi baginda satu kumpulan untuk membantu agamanya yang terdiri daripada penduduk Yathrib iaitu kaum Aus dan Khazraj. 2 kaum ini apabila `dibentangkan’ Islam kepada mereka, dada mereka menjadi lapang serta terbuka hati mereka untuk memeluk agama tersebut malah bersedia mengorbankan harta dan jiwa dalam mempertahankan nabi s.a.w bila berlakunya hijrah ke Madinah.

Kita fahami daripada gerak kerja yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w iaitu perlu membina generasi yang mantap aqidahnya, indah akhlaknya dan mempunyai semangat juang yang tinggi dalam memperjuangkan system Islam barulah datangnya pertolongan dan kemenangan daripada Allah. Oleh itu usaha seumpama itu tidak hanya terhenti pada zaman nabi s.a.w dan zaman kegemilangan Islam sebelum ini sahaja sebaliknya ia wajib diteruskan pada zaman kita agar usaha dalam memastikan hijrah daripada system jahiliah kepada Islam dapat dilaksana. Pada tangan kita adanya 2 pilihan samada berhijrah kepada system Islam dalam politik, ekonomi, sosial untuk berjaya dunia akhirat atau terus berbangga berada bawah kezaliman system ciptaan manusia sehingga menghadapi satu demi satu bencana daripada Allah di dunia apatah lagi seksaan akhirat yang begitu dahsyat

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

قال الرسول  : المُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ المُسْلِمُوْنَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللهُ عَنْهُ  – رواه البخاري وأبو دأود والنسائي

Maksudnya: Seorang muslim ialah orang yang menyelamatkan saudaranya muslim yang lain melalui lidah dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah ialah sesiapa yang berhijrah daripada perkara yang ditegah oleh Allah daripadanya

            Semangat hijrah mesti bermula dalam diri kita sendiri melalui 4 perkara iaitu [1] Hijrah I’tiqadiyyah iaitu menjauhi diri daripada perkara yang boleh merosakkan iman samada dari segi pegangan, perbuatan mahu pun perbuatan [2] Hijrah Fikriyyah
iaitu pemikiran agar tidak terpesong dengan ajaran atau ideology sesat termasuk Islam Liberal sehingga merasakan agama hanya untuk amalan individu bukannya system yang boleh mengawal manusia daripada kerosakan aqidah, keruntuhan akhlak dan kezaliman jenayah. Golongan ini banyak menyokong tuntutan Comango antaranya menentang hukum murtad, menghalalkan kahwin sejenis dan budaya songsang serta minta dihapuskan hukuman syariat di mana tuntutan jahat ini boleh menyebabkan suburnya zina dan banyak perkara negatif yang lain. Ini suatu bencana yang bakal menambah masalah yang sedia ada termasuk dengan suatu laporan yang mendakwa Malaysia mencatat 52 pelacur bagi setiap 10,000 orang sehingga berada di tempat ke-8 tertinggi di dunia. Ini lebih teruk daripada Thailand yang menduduki tempat yang ke-10 dengan 45 pelacur bagi setiap 10,000 orang [3]  Hijrah Syu’uriyyah atau cita rasa, kesenangan, kesukaan agar tidak terpengaruh dengan budaya hiburan melampau, pergaulan bebas, pakaian menjolok mata. [4] Hijrah Sulukiyyah  iaitu tingkah laku atau keperibadian atau biasa disebut juga akhlak. Ibn Khaldun, telah menyatakan bahawa jatuh atau bangun, maju atau mundur sesebuah masyarakat dan ketamadunan itu sebenarnya dipacu oleh ketinggian nilai murni pemikiran yang dilihat dalam konteks moral dan akhlak yang berlaku di peringkat pemimpin dan masyarakat

Oleh itu hijrahlah diri kita untuk menjadi umat mulia dunia akhirat bukannya terus seronok dengan hawa nafsu sehingga tergelincir menjadi orang yang celaka di mana antara tanda orang yang akan mendapatkan kecelakaan di akhirat ialah:

  1. Terlalu mudah melupakan dosa yang diperbuatnya, padahal dosa itu tercatat di sisi Allah. Orang yang mudah melupakan dosa ia akan malas bertaubat dan mudah mengerjakan dosa kembali.
  2. Selalu mengingat dan membanggakan atas jasanya dan amal solehnya sedangkan dia sendiri tidak yakin apakah amal tersebut diterima Allah atau tidak. Orang yang selalu mengingat jasanya yang sudah lalu akan menimbulkan rasa ujub dan takabur seterusnya malas untuk berbuat kebajikan kembali di hari-hari berikutnya.
  3. Selalu melihat orang yang lebih daripadanya dalam urusan dunia sehingga hidupnya selalu merasa kekurangan.
  4. Selalu memandang ke bawah dalam urusan agama sehingga merasa puas dengan amalnya selama ini, sebab ia hanya membandingkan amalnya dengan amal orang lain yang lebih kurang amalan daripadanya sehingga semakin malas beribadat

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 96  surah al-A’araf :

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُواْ وَاتَّقَواْ لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاء وَالأَرْضِ وَلَكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُواْ يَكْسِبُونَ

Maksudnya : Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

Semangat Hijrah mesti dihayati dalam mewujudkan sebuah negara yang diberkati wajib berdiri atas dasar taqwa bermula daripada pemimpin, ulama’ dan seluruh rakyat jelatanya. Hijrah daripada sifat jahat kepada taqwa mampu menangani masalah pemimpin yang zalim dan pecah amanah, pegawai yang rasuah, ulama’ yang menjual agama, peniaga yang menipu, majikan yang menindas, pekerja yang pecah amanah, anak yang derhaka, pelajar yang melawan guru dan sebagainya

            Imam al-Ghazali melalui kita-kitabnya banyak menegur tentang bahayanya zalim termasuk melalui banyak suratnya yang dihantar kepada pemimpin, ulama’, menteri, pegawai, hakim agar sentiasa selari dengan kehendak Allah. Antara suratnya ialah yang berbunyi : ” Bertafakkurlah selama satu atau dua jam dan berfikirlah secara mendalam mengenai golongan miskin yang darah dan keringatnya dihisap oleh pegawai kerajaan. Berapa saat setelah itu maka anda akan melihat betapa rahsia Allah semuanya akan terbuka bagi anda dan doa rakyat didengar dan dimakbul oleh Allah. Janganlah lupa bahawa orang yang tidak adil bererti dia tidak taqwa. Berfikirlah seperti mukmin sejati dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan keluhuran sempurna dan sederhana serta kasih sayang dan keadilan. Kasihanilah rakyat dan berbuat baik kepada mereka kerana saya benar-benar belajar daripada pengalaman bahawa kezaliman yang dilakukan oleh yang kuat ke atas yang lemah tanpa batas. Tahanlah diri daripada menyiksa rakyat yang tidak berdosa kerana ia dimurkai Allah kepadamu. Jika tidak mahu murka Allah maka perangilah kekejaman dan ketidakadilan”.

Oleh itu hijrahlah kepada sistem Islam, canggah jahiliah supaya kita mampu meraih keberkatan dan kejayaan daripada Allah dunia akhirat.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Muharram DiRai Hijrah DiHayati Kemuliaan DiMiliki

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  36 surah at-Taubah :

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللَّـهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّـهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ ۚ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً ۚ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ ﴿٣٦﴾‌

Maksudnya : Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa

Kini telah seminggu kita berada di bulan Muharram tahun 1436H di mana bulan Muharram merupakan salah satu dari 4 bulan haram yang telah Allah muliakan. Secara khusus Allah melarang berbuat zalim pada bulan ini untuk menunjukkan kehormatannya. Larangan berbuat zalim pada bulan-bulan ini menunjukkan bahawa dosanya lebih besar daripada dikerjakan pada bulan-bulan selainnya. Sebaliknya, amal kebaikan yang dikerjakan di dalam bulan-bulan haram termasuk Muhharam juga dilebihkan pahalanya. Salah satu amal soleh yang dianjurkan oleh Nabi s.a.w untuk dikerjakan pada bulan Muharram ini ialah memperbanyakkan puasa sunat.

قَالَ الرسول e: أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ – رواه مسلم

Maksudnya : Puasa yang paling utama sesudah puasa Ramadlan adalah puasa pada Syahrullah (bulan Allah) Muharram. Sedangkan solat malam merupakan solat yang paling utama sesudah solat fardhu.”

Begitu juga galakan khusus untuk berpuasa sunat hari ke-10 Muharram

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ e: .. وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ ، أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ”  – رواه مسلم

Maksudnya : … Adapun puasa hari Asyura (iaitu hari ke-10 Muharram), pahalanya di sisi Allah dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya

Sebaiknya jika berkemampuan kita gabungkan puasa Asyura’ dengan puasa sunat Tasua’ iaitu hari ke-9 Muharram sebagai bentuk berhati-hati terutama untuk membezakan daripada puasa orang Yahudi dan Nasrani

لَئِنْ عِشْتُ إلَى قَابِلٍ لاَصُومَنَّ التَّاسِعَ – رواه مسلم

Maksudnya : Jika aku masih hidup di tahun depan, pasti akan berpuasa pada hari kesembilan Muharram.

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 30 surah al-Anfal :

وَإِذْ يَمْكُرُ‌ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُ‌وا لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِ‌جُوكَ ۚ وَيَمْكُرُ‌ونَ وَيَمْكُرُ‌ اللَّـهُ ۖ وَاللَّـهُ خَيْرُ‌ الْمَاكِرِ‌ينَ

Maksudnya : Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Mekah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya

Beradanya kita pada tahun baru Hijrah turut mengetuk hati untuk sama-sama menghayati tentang strategi dan cara terbaik yang ditunjukkan oleh nabi Muhammad s.a.w dalam mendirikan Daulah Islamiah yang berjaya di bumi Madinah Munawwarah. Peristiwa hijrah bukan suatu perjalanan biasa malah menyingkap perjuangan penuh kekuatan tanpa putus asa dan menyerah kalah di samping ia menjadi garisan pemisah antara kebenaran dengan kebatilan. Ia juga diibaratkan jambatan yang menghubungkan antara 2 tahap masa perjuangan Rasulullah SAW selama 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah. 2 tahap ini sudah cukup untuk mengajar kita bahawa setiap kejayaan akan didahului dengan ujian yang hebat serta daya saing yang mantap. Hijrah menghasilkan umat yang dipandang lemah berjaya mendirikan Daulah yang gagah, dakwah yang banyak tertumpu kepada pembersihan Aqidah dan ibadat bentuk individu kepada pelaksaan system Islam yang menyeluruh merangkumi politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Hijrah penyempurna pelaksanaan syariat Islam bermula dari individu, keluarga, masyarakat seterusnya Negara. Berjayanya Hijrah kerana berpindah daripada cara hidup jahiliah kepada Islam, gelap kufur kepada sinar iman, kezaliman system manusia kepada keadilan system Islam. Sedangkan umat Islam hari ini tertinggal dari banyak sudut akibat berundur ke belakang termasuk daripada hukum Islam kepada mendewakan hukum manusia. Tanpa hukum syariat sesetengah kita sanggup menuduh seseorang berzina atau liwat tanpa saksi dan bukti sehingga dunia memandang betapa kolotnya sikap kita dan buruknya akhlak umat Islam. Ibarat kata Ulama’ perahu yang dipenuhi air akan karam agak bahaya kepada penumpangnya tetapi hati manusia yang karam kerana cinta dunia menyebabkan dia hina di dunia dan bakal diselam dalam api Neraka di akhirat kelak. Oleh itu gunalah semangat hijrah dalam memahatkan kembali kebanggaan dalam jiwa masing-masing bahawa Islamlah agama yang paling hebat. Sifat segan silu dan ragu-ragu hendaklah dikikis daripada dada umat Islam dalam menzahirkan keindahan dan keagungan Islam dalam setiap aspek kehidupan.

Firman Allah dalam ayat 139 surah Ali ‘Imran :

وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ ﴿١٣٩

Maksudnya : Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat  74 surah al-Anfal :

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُ‌وا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَالَّذِينَ آوَوا وَّنَصَرُ‌وا أُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ لَّهُم مَّغْفِرَ‌ةٌ وَرِ‌زْقٌ كَرِ‌يمٌ

Maksudnya : Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan kurniaan yang mulia

Model Daulah yang agung yang dibina oleh nabi Muhammad s.a.w berdiri atas 3 asas utama iaitu [1] pembinaan masjid bagi membina ikatan manusia dengan Allah yang menjadi kekuatan utama kepada kesejahteraan dan keberkatan Negara.  [2] Nabi s.a.w membina ikatan persaudaraan yang kuat antara golongan Muhajirin yang berhijrah dengan golongan Ansar yang merupakan anak watan Madinah sehingga hubungan kemanusiaan atas dasar iman ini banyak membantu membina Negara yang kuat. Manakala asas ke-[3] yang dibina selepas hijrah ialah membentuk Piagam Madinah yang merupakan asas pembinaan Negara yang pertama di dunia dalam memastikan setiap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama dapat hidup aman di bawah satu system yang saksama.

3 asas yang dibina oleh nabi s.a.w turut memberi kefahaman kepada kita bahawa antara tanggungjawab manusia meliputi 3 bidang utama iaitu; [1] Al-ibadat iaitu manusia dicipta untuk mengabdikan diri kepada Allah merangkumi ibadat khusus seperti solat, haji, puasa dan juga ibadat umum seperti bekerja, berniaga, belajar dan apa-apa perlakuan manusia yang berfaedah untuk dunianya lebih-lebih lagi akhirat. Kita menyokong penuh usaha Kerajaan Kelantan yang akan menjatuhkan hukuman kepada orang Islam lelaki yang cukup syarat yang disabitkan tidak solat Jumaat 3 kali berturut-turut kerana semakin rakyat yang tidak solat akan membawa kemusnahan kepada Negara. Di Brunei Darussalam telah ada perintah sama dalam  kanun hukuman jenayah syariah 2013 yang dikuatkuasakan April lalu

Tanggungjawab ke- [2] Al-khalifah iaitu manusia perlu melaksanakan ajaran Islam dalam kehidupan dan mentadbir bumi ini mengikut kehendak. Contohnya, mendidik anak dan isteri mengikut acuan agama, melaksanakan Undang-undang Islam dalam pemerintahan, adil serta berusaha membahagiakan hidup keluarga dan masyarakat. Jika diperingkat keluarga, suami dan ayah wajib menyuruh anak isterinya solat dan menutup aurat maka peringkat Negara juga mesti berbuat demikian. Jika atas alasan Islam tidak memaksa umatnya untuk ikut syariat maka mengapa kita boleh menerima undang-undang manusia untuk memaksa manusia. Malangnya lahirnya umat Islam yang berfikiran yahudi iaitu agama ialah hak individu tidak boleh dihukum jika seseorang tidak mahu menurut perintah agama seperti solat, tutup aurat dan sebagainya. Malah bila mendengar cadangan SPRM supaya pencuri balak disebat maka mengapa umat Islam sendiri boleh menerima hukuman keras berdasarkan hukuman manusia tetapi tidak boleh menerima hukuman sebat terhadap penzina, penuduh orang berzina, peminum arak yang jauh lebih adil berbanding cara sebat sivil yang menyeksakan.

Manakala tanggungjawab ke- [3] Al-Imarah iaitu Pembangunan di mana manusia perlu berusaha membangunkan diri dan masyarakat dalam bidang kerohanian dan kebendaan untuk memajukan masyarakat serta negara demi kesejahteraan semua. Pemimpin memikul tanggungjawab yang paling besar dan berat. Pemimpin amanah berasa takut untuk melanggari perintah ALLAH dan Rasulullah SAW. Rakyat mengharapkan harta negara diuruskan dengan adil. Harta negara dapat dikecapi bersama kerana disitu adanya bahagia. Khalifah Sayyidina ‘Umar al-Khottab pernah menulis surat kepada gabenornya Abu Musa al-Asy’ari RA, antara isinya: “Sesungguhnya pemimpin yang paling bahagia ialah mereka yang menyebabkan rakyatnya bahagia, dan pemimpin yang paling celaka ialah yang menyebabkan rakyatnya celaka. Jaga-jaga engkau jangan bermewah-mewahan, nanti pegawai-pegawaimu juga akan bermewah-mewahan”. Akhirat nanti, tidak kira pemimpin atau rakyat jelata, semuanya berhadapan seorang diri bertemu Allah bagi menjawab apa dilakukan di dunia. Mereka yang diberikan amanah untuk menguruskan harta negara, sudah pasti lebih banyak perbicaraannya. Pemimpin amanah balasannya Syurga, pemimpin khianat dilaknat dan tempatnya Neraka. Islamlah nescaya kita mulia dan bahagia dunia dan akhirat.

Firman Allah dalam ayat 105 surah an-Nisa’ :

إِنَّا أَنزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ بِمَا أَرَاكَ اللَّـهُ ۚ وَلَا تَكُن لِّلْخَائِنِينَ خَصِيمًا ﴿١٠٥

Maksudnya : Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Hijrah Julang Islam Hancurkan Jahiliah

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  5 surah Ibrahim :

وَلَقَدْ أَرْ‌سَلْنَا مُوسَىٰ بِآيَاتِنَا أَنْ أَخْرِ‌جْ قَوْمَكَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ‌ وَذَكِّرْ‌هُم بِأَيَّامِ اللَّـهِ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّكُلِّ صَبَّارٍ‌ شَكُورٍ‌

Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Musa (pada masa yang lalu) dengan membawa mukjizat-mukjizat Kami sambil Kami berfirman: “Hendaklah engkau mengeluarkan kaummu dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman; dan ingatkanlah mereka dengan Hari-hari Allah. “Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur

            Kita baru sahaja menyambut ketibaan bulan Muharram tahun 1435H yang mengetuk hati kita untuk sama-sama menghayati erti hijrah dalam kehidupan sesuai denga ianya merupakan bulan pertama dalam Taqwim Hijrah. Sewajarnya setiap kali meninggalkan tahun lama dan masuk kepada tahun baru maka kita perlu melakukan proses hijrah terutama pada diri kita sendiri ke arah tunduk patuh kepada segala arahan Allah dan menjauhi segala laranganNya dalam setiap aspek kehidupan. Kita wajib hijrah dengan meninggalkan segala perkara yang merugikan agama dan umat serta melakukan ketaatan maksimum kepada Allah SWT.

Kita juga digalakkan untuk banyak melakukan amalan puasa sunat terutama pada hari Kesembilan dan Kesepuluh daripada bulan Muharram atau hari ‘Asyura’

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ e: .. وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ ، أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ”  – رواه مسلم

Maksudnya : … Adapun puasa hari Asyura, pahalanya di sisi Allah dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 30 surah al-Anfal :

وَإِذْ يَمْكُرُ‌ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُ‌وا لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِ‌جُوكَ ۚ وَيَمْكُرُ‌ونَ وَيَمْكُرُ‌ اللَّـهُ ۖ وَاللَّـهُ خَيْرُ‌ الْمَاكِرِ‌ينَ

Maksudnya : Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Mekah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya

            Ketika menyingkap berkenaan matlamat hijrah nabi-nabi maka kita dapati antara 3 sebab  berlangsungnya hijrah iaitu [1] untuk menyeru manusia mentauhidkan Allah, [2] bagi mempertahankan keimanan pengikut daripada diganggu dan [3] membuka penempatan baru untuk kebaikan semua. Nabi Ibrahim berhijrah meninggalkan tanah kelahirannya kerana enggan tunduk kepada Raja Namrud yang menolak agama tauhid. Nabi Ibrahim juga berhijrah membawa isterinya Siti Hajar dan puteranya Nabi Ismail menuju ke sebuah lembah kering kontang untuk membuka penempatan baru, iaitu Makkah yang akhirnya menjadi pusat ibadat hingga kini. Nabi Musa pula berhijrah meninggalkan Mesir menuju ke Syam bersama pengikut setia bagi mengelak kekejaman dilakukan Firaun yang mengaku dirinya tuhan dan di sana diberi negeri untuk menguatkan lagi penyebaran Islam. Nabi Nuh pula berhijrah atas perintah Allah menaiki kapal ketika banjir besar bertujuan menyelamatkan sejumlah pengikut setia daripada terus diejek dan diganggu penduduk yang menolak seruan tauhid.

Penghijrahan nabi meninggalkan sesuatu tempat menuju tempat lain bukan bermakna mengaku kalah atau meninggalkan amanah menyebarkan agama tauhid. Hijrah satu strategi mendapat kekuatan dan keselamatan. Hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah menjadi titik permulaan kejayaan umat Islam di mana Islam dapat disebarkan secara terbuka dan mendapat sambutan serta dapat melaksanakan system Islam yang lengkap dengan adanya kuasa pemerintahan. Menyedari Makkah tidak sesuai diteruskan dakwah, lalu Nabi Muhammad SAW mencari tempat lain difikirkan lebih selamat. Tempat pertama dipilih ialah Taif. Namun, keadaan tidak memihak kepada Rasulullah SAW. Tempat lain pernah dijadikan tempat hijrah ialah Habsyah. Walaupun mendapat layanan baik Raja Habsyah, terdapat beberapa keadaan menyebabkan Habsyah tidak menjadi destinasi hijrah Rasulullah SAW walau pun ramai sahabat terus tinggal di Habsyah untuk tempoh lama. Penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah tidak dilakukan secara terburu-buru sebaliknya Rasulullah SAW mengkaji latar belakang atau kesesuaian terlebih dahulu sebelum berhijrah. Rasulullah SAW menguji penerimaan penduduk Madinah dengan berdakwah kepada mereka yang datang ke Makkah mengerjakan haji sehingga berlangsungnya Perjanjian Aqabah yang menjadi perintis kepada hijrah. Tindakan bijak ini mesti diteladani dalam memperkasakan Islam agar umat Islam maju ke depan bukan mundur ke belakang, menjadi bangsa berdaulat bukan mangsa yang diinjak-injak oleh musuh Islam, menjadi model ikutan bukan ‘pak turut’ yang merugikan

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

عن عائشة رضي الله عنها قال: قال رسول الله e: (لَا هِجْرَةَ بَعْدَ الْفَتْحِوَلَكِنْ جِهَادٌ وَنِيَّةٌ وَإِذَا اسْتُنْفِرْتُمْ فَانْفِرُوا) متفق عليه

Maksudnya: Tidak ada hijrah lagi setelah dibukanya kota Makkah, tetapi yang ada adalah jihad (berjuang di jalan Allah) dan niat untuk selalu berbuat baik. Oleh kerana itu, jika kalian diseru untuk berjuang, maka berangkatlah!”

                Sempena berada pada tahun baru hijrah marilah kita sama-sama menghayati roh hijrah untuk diguna pakai dalam konteks semasa iaitu membina semula kegemilangan tamadun Islam yang sudah lama hilang. Umat Islam mestilah memahatkan suatu kebanggaan dalam jiwa masing-masing bahawa Islam agama paling hebat. Sifat segan silu hendaklah dikikis daripada dada umat Islam bagi menzahirkan keindahan dan keagungan Islam dalam setiap aspek kehidupan samada politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Ketika masalah kerapuhan aqidah, kerosakan akhlak, peningkatan masalah jenayah yang berlaku dalam Negara diikuti dengan suasana keselamatan yang tergugat terutama kes pengawal keselamatan sendiri yang terlibat dengan jenayah bunuh dan rompak ditambah pula ramai warga asing yang diupah menjadi pengawal keselamatan. Kita harap jangan pula ada kes polis dan tentera pun daripada kalangan warga asing selepas ini.

            Oleh itu sudah sampai masanya Negara berhijrah kepada system perundangan Islam sebagaimana tindakan berani Kerajaan Brunei mewartakan Akta Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar’iah yang merangkumi pelaksanaan hukum hudud mulai 22 Oktober 2013, dan akan mula berkuat kuasa enam bulan selepasnya secara berfasa. Undang-undang itu meliputi hukuman termasuk merejam hingga mati kerana muhsan yang berzina, memotong tangan kerana mencuri dan sebat kerana pelbagai kesalahan seperti pengguguran kandungan hingga kepada meminum arak. Kita menyokong penuh ucapan Sultan Brunei semasa mewartakan hukuman Islam ini dengan kata baginda : Undang-Undang Allah disyari’atkan bukanlah untuk kepentingan Allah sendiri kerana Allah sama sekali tidak mempunyai apa-apa hajat, kerana Dia sendiri adalah Tuhan yang Maha Sempurna. Yang berhajat itu ialah kita para hamba, termasuk hajat untuk dapat menikmati keadilan dan kesejahteraan.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat  74 surah al-Anfal :

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُ‌وا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَالَّذِينَ آوَوا وَّنَصَرُ‌وا أُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ لَّهُم مَّغْفِرَ‌ةٌ وَرِ‌زْقٌ كَرِ‌يمٌ

Maksudnya : Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan kurniaan yang mulia

            Model Daulah yang agung yang dibina oleh nabi Muhammad s.a.w berdiri atas 3 asas utama iaitu [1] pembinaan masjid bagi membina ikatan manusia dengan Allah yang menjadi kekuatan utama kepada kesejahteraan dan keberkatan Negara. Apabila bermula daripada pemimpin hingga rakyat jelata takut kepada Allah maka masalah kezaliman, penindasan dapat dihakiskan. Kita tidak mahu mempunyai pemimpin yang hanya mahu rakyat berjimat cermat sedangkan sikap boros dan membazir seperti kes ketirisan akibat pecah amanah, rasuah mengakibatkan RM6.5 bilion wang rakyat lebur tahun lepas melebihi subsidi minyak dan gula yang ditarik. Itu belum dikira dengan kos Kompleks Perdana Menteri  lebih RM2.2 juta untuk elektrik manakala lebih RM300,000 dibelanjakan untuk bil air iaitu RM 8 500 sehari untuk tahun lepas sahaja. Begitu juga penggunaan pesawat persendirian menelan kos RM14.95 juta untuk bahan api dan RM160.08 juta untuk penyelenggaraan dengan kos hampir RM 500 ribu untuk satu penerbangan

[2] Nabi s.a.w membina ikatan persaudaraan yang kuat antara golongan Muhajirin yang berhijrah dengan golongan Ansar yang merupakan anak watan Madinah sehingga hubungan kemanusiaan atas dasar iman ini banyak membantu membina Negara yang kuat. Oleh itu kita pada hari mestilah menghayati semangat persaudaraan Islam yang kuat dalam memastikan penjajahan Palestin dapat ditamatkan, pembunuhan di Syria dapat dihentikan, penderitaan bangsa Roghiya di Myanmar dapat pembelaan, nasib umat Islam yang tertindas di seluruh dunia dapat perhatian. Musuh Islam melalui dasar pecah perintah yang menjadi dasar penjajahan ke atas bumi Umat Islam telah menanam sikap Assobiyah atau kebangsaan sempit yang menyebabkan ramai umat Islam merasakan bagaimana nasib malang yang menimpa saudara seagama di Negara yang lain adalah masalah Negara masing-masing bukan masalah kita bersama. Buangkan sikap yang buruk ini untuk kembali menjadikan umat Islam seperti batu bata yang tersusun rapi dan ibarat sebatang tubuh di mana satu anggota merasa sakit menyebabkan anggota lain turut menderita

قال الرسول e  : المُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ المُسْلِمُوْنَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللهُ عَنْهُ  – رواه البخاري وأبو دأود والنسائي

Maksudnya: Seorang muslim ialah orang yang menyelamatkan saudaranya muslim yang lain melalui lidah dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah ialah sesiapa yang berhijrah daripada perkara yang ditegah oleh Allah daripadanya

            Asas ke-[3] yang dibina selepas hijrah ialah membentuk Piagam Madinah yang merupakan asas pembinaan Negara yang pertama di dunia dalam memastikan setiap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama dapat hidup aman di bawah satu system yang saksama. Keadilan dan kehebatan system Islam bukan sahaja dapat dirasai oleh umat Islam malah orang bukan Islam. Oleh itu gunakanlah peluang ketika orang Islam masih mempunyai kuasa poltik dalam Negara untuk memperkasakan system Islam. Kita tidak mahu Negara tunduk kepada suara seperti atas nama hak asasi manusia supaya dihalakan budaya songsang Lesbian, homoseksualiti (LGBT) , murtad, pemansuhan jenayah syariah. Kita tidak akan menjemput bala Allah dengan menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Allah. Bersama berhijrah dalam menjulang system Islam. Bersama berhijrah daripada terus dijajah oleh system ciptaan manusia. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat

Firman Allah dalam ayat 117 surah Hud :

وَمَا كَانَ رَبُّكَ لِيُهْلِكَ الْقُرَىٰ بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا مُصْلِحُونَ

Maksudnya : Dan Tuhanmu tidak sekali-kali mahu membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya selagimana mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Hijrah Martabat Islam Tolak Jahiliah

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 30 surah al-Anfal :

وَإِذْ يَمْكُرُ‌ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُ‌وا لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِ‌جُوكَ ۚ وَيَمْكُرُ‌ونَ وَيَمْكُرُ‌ اللَّـهُ ۖ وَاللَّـهُ خَيْرُ‌ الْمَاكِرِ‌ينَ

Maksudnya : Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Mekah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya

Kita baru sahaja menyambut tahun baru 1434H di mana ia sepatutnya memberi makna yang besar dalam mengorak langkah kepada kehidupan yang lebih baik berasaskan Islam. Malangnya jika sambutan tahun baru hijrah terus disambut hambar tidak sebagaimana tahun baru Masihi. Kita sepatutnya berasa sedih bila penggunaan Taqwim Hijrah yang hanya untuk melihat waktu solat, tarikh puasa, hari raya dan beberapa perkara sahaja berbanding penggunaan Kalendar Masihi yang lebih menyeluruh. Oleh itu sempena tahun baru Hijrah marilah kita sama-sama dalam memperkasakan penggunaan Taqwim Hijrah agar umat Islam lebih dekat dengan agama dalam setiap perkara. Marilah kita berhijrah daripada penjajahan ini untuk mengembalikan kegemilangan Islam. Sempena berada pada bulan Muharram juga marilah kita sama-sama meningkat amalan soleh disamping memohon keampunan daripada Allah di mana kita digalakkan untuk banyak melakukan amalan puasa sunat terutama pada hari Kesembilan atau Tasua’ dan Kesepuluh atau hari ‘Asyura’ daripada bulan Muharram

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” ثَلَاثٌ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ ، وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ ، فَهَذَا صِيَامُ الدَّهْرِ كُلِّهِ ، صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ، وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ ، وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ ، أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ”  – رواه مسلم

Maksudnya : Puasa 3 dari setiap bulan sejak dari Ramadan ke Ramadan berikutnya dianggap berpuasa setahun penuh. Sedangkan puasa hari Arafah pahalanya di sisi Allah akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya. Adapun puasa hari Asyura, pahalanya di sisi Allah dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 24-25 surah As-Sajadah :

وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِ‌نَا لَمَّا صَبَرُ‌وا ۖ وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ ﴿٢٤﴾ إِنَّ رَ‌بَّكَ هُوَ يَفْصِلُ بَيْنَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ

Maksudnya : Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami. (Pertentangan di antara satu golongan dengan yang lain itu) sesungguhnya Tuhanmu sahajalah yang akan memutuskan hukumNya di antara mereka pada hari kiamat, mengenai apa yang mereka berselisihan padanya.

Puasa hari ‘Asyura’ mengingatkan kita tentang suatu peristiwa besar di mana nabi Musa a.s bersama bani Israel diselamatkan daripada dikejar oleh Firaun dan bala tenteranya. Begitu juga setiap kali berada pada awal tahun baru hijrah maka peristiwa hijrah nabi Muhammad s.a.w dan penubuhan daulah Islamiah di bumi Madinah sentiasa diperkatakan. 2 peristiwa besar yang berlaku kepada 2 orang nabi pada 2 zaman yang berbeza dan berdepan dengan 2 kepimpinan jahiliah yang berlainan telah banyak mengajar kita tentang betapa pentingnya kepimpinan dalam mencorak hidup samada dengan cara Islam yang diredhai oleh Allah atau cara jahiliah yang dimurkai oleh Allah. Cara kepimpinan yang pertama di bawah pimpinan nabi Musa a.s dan nabi Muhammad s.a.w ialah kepimpinan yang berteraskan kepada wahyu Allah di mana ia bukan sahaja menunjuk kepada umat manusia bagaimana menguruskan dunia berdasarkan agama malah menitikberatkan tentang kehidupan dunia berkait rapat dengan akhirat agar kepimpinan tidak tergelincir daripada garisan yang telah ditetapkan oleh syarak. Kepimpinan yang adil dan hebat ini memerlukan kepada kesabaran dan keyakinan yang tinggi dalam mencapainya seterusnya mempertahankannya kerana ia dibenci oleh manusia yang dihasut oleh hawa nafsu dan syaitan. Kepimpinan ini bukan sahaja memberi keamanan kepada rakyat jelata di dunia malah sentiasa bersungguh dalam menyelamatkan umat daripada azab bakaran api neraka di akhirat nanti.

Kepimpinan Islam akan sentiasa dicabar dan dimusuhi oleh manusia yang bertuhankan hawa nafsu dan syaitan yang mencorak cara pemerintahan kedua iaitu cara jahiliah seperti Firaun, Abu Lahab dan manusia bongkak yang lain. Kepimpinan jahiliah ini sepastinya hanya menjadi dunia sebagai matlamat utama dengan menolak keimanan terhadap balasan akhirat sehingga tidak mempedulikan lagi masalah sesat, zalim, dosa, khianat dalam kamus pemerintahan mereka. Inilah yang digambarkan oleh Allah dalam ayat 41-42 surah al-Qasas :

وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً يَدْعُونَ إِلَى النَّارِ‌ ۖ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يُنصَرُ‌ونَ ﴿٤١﴾ وَأَتْبَعْنَاهُمْ فِي هَـٰذِهِ الدُّنْيَا لَعْنَةً ۖ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ هُم مِّنَ الْمَقْبُوحِينَ

Maksudnya : Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua (dalam kesesatan) yang mengajak ke neraka (dengan kekufurannya), dan pada hari kiamat pula mereka tidak mendapat sebarang pertolongan. Dan Kami iringi mereka dengan laknat di dunia ini, dan pada hari kiamat pula adalah mereka dari orang-orang yang tersingkir (dari rahmat Kami) dengan sehina-hinanya.

Sidang Jumaat yang dikasihi Allah,

Firman Allah dalam ayat  74 surah al-Anfal :

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُ‌وا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَالَّذِينَ آوَوا وَّنَصَرُ‌وا أُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ لَّهُم مَّغْفِرَ‌ةٌ وَرِ‌زْقٌ كَرِ‌يمٌ

Maksudnya : Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan kurniaan yang mulia

Ketika menyoroti tentang peristiwa hijrah nabi yang bersejarah maka ia bukan berlaku secara spontan sebaliknya penuh perancangan termasuk didahului dengan Bai’ah Aqabah pertama dan kedua bagi menjamin hijrah kepada berdirinya Daulah bukan setakat mendapat perlindungan daripada penindasan. Seterusnya ia menuntut kepada pengorbanan dan keyakinan yang tinggi di mana kita lihat bagaimana Sayyidina Abu Bakar begitu gembira bila dia dipilih untuk menemani nabi Muhammad s.a.w untuk berhijrah. Begitu juga Sayyidina Ali yang masih kecil sanggup mati untuk duduk di bawah selimut nabi dalam rumah yang sedang dikepung oleh pembunuh. Tidak ketinggalan peranan besar yang dimainkan oleh anak Sayyidina Abu Bakar iaitu Abdullah dan Asma’ dalam menjayakan misi hijrah. Tidak lupa pengorbanan para sahabat yang lain seperti Suhaib ar-Rumi dan Abdul Rahman bin ‘Auf yang sanggup meninggalkan seluruh kekayaan dan kemewahan asalkan dapat berhijrah bersama nabi. Kisah-kisah manusia hebat ini wajib dicontohi dan diteladani di mana dalam memperjuangkan Islam perlu melibatkan semua peringkat samada tua dan muda, miskin dan kaya, lelaki dan perempuan, berpangkat atau rakyat biasa

Proses hijrah kepimpinan dalam Negara tidak akan berlaku tanpa kesedaran dan pengorbanan. Musuh-musuh Islam sentiasa berusaha dalam menjauhkan umat Islam daripada al-Quran dan cara hidup Islam serta mencanangkan bagaimana pemerintahan bukan urusan agama. Akhirnya lahir golongan kaya yang kedekut untuk membelanjakan harta mereka untuk memperjuangkan Islam, ramai rakyat miskin pula lebih terpesona dengan habuan ratusan ringgit sehingga lupa kepada pecah amanah terhadap wang rakyat yang bukan sahaja ratusan juta malah billion ringgit, anak-anak muda hanyut dalam hiburan melampau, najis arak dan dadah.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

قال الرسول  : المُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ المُسْلِمُوْنَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللهُ عَنْهُ  – رواه البخاري وأبو دأود والنسائي

Maksudnya: Seorang muslim ialah orang yang menyelamatkan saudaranya muslim yang lain melalui lidah dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah ialah sesiapa yang berhijrah daripada perkara yang ditegah oleh Allah daripadanya

            Sempena berada pada tahun baru hijrah marilah kita sama-sama berhijrah daripada system jahiliah kepada melaksanakan seluruh system Islam dalam kehidupan samada politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Kita juga wajib menegur dan menutup mulut umat Islam sendiri dan orang bukan Islam daripada memperlekeh system Islam termasuk Hudud. Ambillah pengajaran daripada Allah antaranya taufan Sandy yang melanda New York, Amerika Syarikat yang menyaksikan banyak nyawa terkorban, banyak bangunan musnah yang dianggar kerugian lebih 30 bilion dalam masa sekejap sahaja di mana musibah ini datang lebih kurang 2 bulan selepas tersiarnya filem pendek yang menghina nabi Muhammad s.a.w di Amerika Syarikat. Kita tidak mahu bala yang dahsyat ini melanda Negara kita akibat membiarkan manusia bacul untuk menghina system Islam.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

            Sempena berada pada tahun baru hijrah pada hari Jumaat yang mulia dan dalam rumah Allah yang mulia maka kami umat Islam bermaruah mengutuk sekeras-kerasnya serangan ganas yahudi Israel terhadap Gaza, Palestin buat sekian kalinya. Marilah kita sama-sama menadah tangan memohon kepada Allah agar menghancurkan musuh yang kejam ini. Ya Allah Tuhan yang Menurunkan al-Quran, Tuhan yang Menggerakkan awan, Tuhan yang menewaskan Tentera Ahzab menangkan kami dan kalahkan yahudi durjana. Hancurkan kesatuan mereka, gagalkan serangan mereka, patahkan perancangan jahat mereka, tumbangkan musuh Islam sehingga menyembam bumi buat selama-lamanya ya Allah.

Firman Allah dalam ayat 5-6 surah al-Faatir :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ وَعْدَ اللَّـهِ حَقٌّ ۖ فَلَا تَغُرَّ‌نَّكُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا ۖ وَلَا يَغُرَّ‌نَّكُم بِاللَّـهِ الْغَرُ‌ورُ‌ ﴿٥﴾ إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا ۚ إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ‌

Maksudnya : Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia, dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka). (5) Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.