• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3






  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,747,207 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 9,944 other followers

128. UKHWAH ISLAMIAH TERJAGA UMMAH BERJAYA


 

 

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  74 surah al-Anfal :

والذين ءامنوا وهاجروا وجــهدوا فى سبيل الله والذين ءاووا ونصروا  أولئك هم المؤمنون حقا  لهم مغفرة ورزق كريم

Maksudnya : Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan kurniaan yang mulia

            Kita sedang berada pada minggu terakhir bulan Zulhijjah bagi tahun 1427H di mana kita semua bakal meninggalkannya untuk sama-sama menyambut pula kedatangan bulan Muharram bagi tahun baru 1428H. Oleh itu, marilah kita sama-sama bermuhasabah menghitung diri samada kuantiti dan kualiti amal ibadat serta keimanan kita kepada Allah semakin bertambah atau sebaliknya. Berubahnya bulan dan tahun bererti bertambahnya umur kita di mana bertambahnya umur bererti semakin dekatnya kita dengan ajal kematian yang memisahkan antara kehidupan dunia yang fana dengan kehidupan akhirat yang kekal selamanya. Tanyalah diri kita sendiri tentang bekalan akhirat yang bakal dibawa samada semakin bertambah atau berkurang, samada banyak pahala atau dosa, samada banyak ibadat atau maksiat. Ingatlah kepada suatu pesanan Sayyidina Ali Karramallhu wajhah : Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang sedangkan kebaikan yang telah dilakukan akan terus kekal. Sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang sedangkan dosa yang dilakukan terus kekal.

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

            Pada bulan Zulhijjah ini kita banyak diperingatkan tentang pengorbanan besar yang telah dilakukan oleh nabi Ibrahim sekeluarga termasuk berhijrah ke bumi Mekah yang kering kontang pada waktu itu. Akhirnya bumi Mekah yang gersang menjadi bumi yang subur dan suatu tempat tumpuan ramai sehingga hari ini terutama dengan terbinanya Ka’abah yang mulia. Manakala bulan Muharram yang bakal kita sambut pula dijadikan bulan untuk memperingati arahan hijrah oleh Allah kepada junjungan besar nabi Muhammad s.a.w dari tanahair tercinta Mekah ke Yathrib yang kemudiannya ditukar nama kepada Madinah Munawwarah yang bererti Kota Bercahaya. Hijrah yang dilakukan memerlukan kepada pengorbanan yang besar demi melaksanakan segala perintah Allah kerana makna hijrah itu sendiri ialah suatu pengorbanan untuk membawa perubahan. Tiada perubahan ke arah yang lebih baik dan cemerlang yang tidak memerlukan pengorbanan. Perubahan merupakan salah suatu tuntutan hidup bagi berubah daripada sesuatu yang buruk kepada yang baik dan lebih baik, daripada sifat mazmumah yang dikeji kepada sifat mahmudah yang terpuji, daripada amalan dosa derhaka kepada amal soleh yang dijanjikan pahala. Oleh itu ketika menyentuh berkenaan Hijraturrasul s.a.w maka kita bukan sahaja sekadar menyebut dan mengingati kepada peristiwa bersejarah itu sahaja tetapi apa yang lebih penting ialah menghidupkan budaya hijrah ke arah kebaikan dalam diri kita sebagaimana yang disarankan melalui sebuah hadis nabi yang berbunyi :

قال الرسول e  : المُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ المُسْلِمُوْنَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللهُ عَنْهُ  – رواه البخاري وأبو دأود والنسائي

Maksudnya: Seorang muslim ialah orang yang menyelamatkan saudaranya muslim yang lain melalui lidah dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah ialah sesiapa yang berhijrah daripada perkara yang ditegah oleh Allah daripadanya

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

            Antara pengajaran penting yang dapat kita ambil daripada Hijraturrasul s.a.w ialah erti persaudaraan yang sebenar yang ditanam dalam diri umat Islam sehingga perpecahan dan perbalahan sesama sendiri antara penduduk asal Madinah Aus dan Khazraj dapat diselesaikan serta persaudaraan antara anak tempatan Madinah yang dipanggil Ansor dengan umat Islam yang berhijrah dari Mekah yang digelar Muhajirin dapat disatukan dengan baik atas dasar Islam. Apabila Islam dijadikan pegangan utama maka segala masalah dapat diselesaikan termasuk membuang sikap dendam dan bermusuh serta hasad dengki yang membahayakan. Kita dapat saksikan melalui catatan sejarah di mana bangsa arab Madinah yang terdiri daripada 2 suku bangsa yang berpengaruh iaitu Aus dan Khazraj berbalah sesama sendiri yang menyebabkan golongan yahudi yang merupakan penduduk minoriti Madinah pada masa itu dapat hidup senang dan menguasai ekonomi Madinah. Yahudi mengambil kesempatan atas perbalahan itu di mana satu golongan yahudi memberi bantuan kepada Aus dan satu golongan yang lain memberi bantuan kepada Khazraj. Yahudi telah menjual senjata kepada golongan yang berbalah ini yang menyebabkan mereka dapat mengaut keuntungan di atas perpecahan orang lain. Oleh itu menjadi suatu yang tidak pelik apabila zionis yahudi pada hari ini menggunakan kuasa besar terutama Amerika Syarikat dalam menjajah bumi umat Islam di mana musuh Islam ini tidak berjaya melakukan penjajahan baru melainkan dengan mewujudkan perpecahan di kalangan umat Islam dengan meniup kembali semangat asobiyyah. Bumi Afghanistan diranapkan selepas umat Islam berpecah dari dalam dan luar negara. Begitu juga Iraq berjaya ditakluki setelah hancurnya kesatuan umat Islam. Malah hukuman gantung terhadap Saddam Husin bekas Presiden Iraq merupakan antara usaha dalam menambahkan lagi permusuhan antara umat Islam yang sedia bertelagah sesama sendiri. Berlakunya peperangan membolehkan musuh Islam menjajah dan menjual senjata mereka untuk mengaut sebanyak mungkin keuntungan. Tindakan zionis yahudi memberi sokongan terhadap Parti Fatah yang telah kalah sebelum ini dalam pilihanraya Palestin untuk menggulingkan kerajaan HAMAS merupakan antara usaha musuh Islam itu bagi memastikan Israel terus selamat daripada sebarang penentangan. Akhirnya musuh Islam bersorak riang atas perpecahan umat Islam, menjajah setelah kita berpecah, mengaut keuntungan atas perbalahan sesama sendiri yang tidak berkesudahan. Jika Rasulullah s.a.w berjaya membuang semangat asobiyyah dan menangani masalah perpecahan sesama sendiri dengan menjadikan Islam sebagai asas perpaduan maka umat Islam hari ini pun wajib kembali kepada ajaran Islam yang sebenar agar kesatuan kita semakin rapat dan kuat sehingga musuh tidak lagi berani memperkotak-katikkan kita sesuka hati mereka

Sabda nabi melalui suatu hadis:

إِنَّ أَوْثَقَ عُرَى الإْيمَانِ أَنْ تُحِبَّ فِى اللهِ وَتَبْغَضَ فِى اللهِ

Maksudnya : Sesungguhnya sekuat-kuat ikatan iman itu ialah kasih kamu kerana Allah dan benci kamu pun kerana Allah

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

                Melalui ikatan persaudaraan yang dijalinkan atas asas iman yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w telah membolehkan sebuah Daulah Islamiah ditegakkan sehingga bukan sahaja system pemerintahan, perundangan, ekonomi, sosial berasaskan Islam dapat dilaksanakan malah system jahiliah yang menindas seperti amalan riba yang dimanopoli oleh yahudi dapat dihapuskan. Sebaliknya umat Islam pada hari ini akibat longgar dan lemahnya semangat persaudaraan dengan suburnya kembali semangat kebangsaan disamping ramai dikalangan kita lebih yakin kepada system ciptaan kuffar menyebabkan musuh Islam terus menguasai system perundangan, ekonomi, sosial umat Islam. Malah perpecahan umat Islam disamping adanya umat Islam sendiri yang mempertikaikan ajaran Islam yang sebenar telah menyebabkan orang bukan Islam semakin berani dan lantang menentang keistimewaan Islam yang dijamin oleh perlembagaan negara. Oleh itu suburkan kembali semangat persaudaraan termasuk dengan sama-sama kita membantu golongan yang memerlukan bantuan terutama mangsa banjir. Renungilah sebuah hadis nabi daripada Abu Hurairah yang berbunyi :

قال االرسول e  :…. مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ القِيَامَةِ وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِى الدُّنْيَا والآخِرَةِ     – رواه مسلم

Maksudnya : Sesiapa yang melapangkan orang mukmin daripada suatu kesusahan daripada kesusahan dunia nescaya Allah melapangkan daripadanya akan kesusahan dari kesusahan hari qiamat. Dan sesiapa memudahkan atas orang yang sedang dalam kesusahan maka Allah akan memudahkan ke atasnya daripada kesusahan di dunia dan akhirat.

Firman Allah dalam ayat  87 surah al-Qasas :

ولا يصدنك عن ءايت الله بعد إذ أنزلت إليك وادع إلى ربك ولاتكونن من المشركين

Maksudnya : Dan janganlah sekali-kali mereka dapat menghalangmu dan (menyampaikan) ayat-ayat Allah sesudah ayat-ayat itu diturunkan kepadamu. Dan serulah mereka kepada (jalan) Tuhanmu dan janganlah sekali-kali kamu termasuk mereka yang mempersekutukan Allah.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: