• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3











  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,675,833 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 6,409 other followers

40. HIJRAH MENJULANG KEHEBATAN ISLAM


 

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

فرمان الله تعالى دالم أية    100   سورة النساء :

ومن يهاجر في سبيل الله يجد فى الأرض مرغما كثيرا وسعة ومن يخرج من بيته مهاجرا إلى الله ورسوله ثم يدركه الموت فقد وقع أجره على الله وكان الله غفورا رحيما

Maksudnya : Sesiapa berhijrah di jalan Allah nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang melimpah. Sesiapa keluar dari rumahnya dengan niat berhijrah kepada Allah dan rasulNya kemudian kematian menimpanya sebelum tiba ke tempat yang dituju maka sesungguhnya dia tetap mendapat pahala di sisi Allah. Dan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

            Kini kita berada pada minggu pertama bulan Muharram yang mempunyai banyak kelebihannya yang tersendiri dan kita juga bakal menyambut ketibaan hari Asyura iaitu hari kesepuluh Muharram pada hari Ahad ini bagi sama-sama berpuasa sunat sebagai menyambut saranan dan galakan daripada Rasulullah s.a.w. Kita berdoa kepada Allah agar ketibaan tahun baru hijrah ini dapat mengubah kehidupan umat Islam daripada tersepit dalam kesesatan sistem hidup kepada kelapangan hidup dengan terlaksananya sistem Islam yang adil, daripada kegelapan jahiliah moden yang bersumber hawa nafsu dan akal yang lemah kepada terangnya dunia dengan suluhan wahyu Allah, daripada suramnya dunia daripada kasih sayang akibat meluasnya kezaliman kepada amannya dunia dengan tebaran kasih sayang berasaskan Islam, daripada terseksanya manusia dan hancurnya bumi disebabkan tangan-tangan manusia pengganas yang dahagakan darah dan nyawa demi mencapai kuasa dan harta kepada bahagianya manusia diterajui oleh manusia yang soleh dan bertaqwa yang sentiasa berusaha memimpin dan membimbing umat manusia ke arah mencapai keredhaan Allah di dunia dan akhirat.

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

            Jika pengganas kuffar dengan angkuh mengatakan bahawa tahun 2002 Masihi sebagai tahun peperangan maka kita umat Islam selain berwaspada dengan amaran kuffar itu maka kita sepatutnya menyambut ketibaan tahun baru 1423 Hijrah sebagai tahun untuk umat Islam kembali bersatu di bawah panji Islam seterusnya mengatur langkah dari segi dakwah sehingga bertambahnya umat Islam yang bukan sahaja mampu mengucap 2 kalimah syahadah tetapi turut memahami segala tuntutannya seterusnya mengamalkannya dalam setiap aspek kehidupan. Melalui peristiwa Hijraturrasul s.a.w maka kita boleh dapati banyak pengajaran dan juga taktik yang terbaik dalam mengembalikan semula daulah Islamiah yang telah lama hilang sehingga memungkinkan Islam kembali menjadi agama yang memerintah bukannya agama yang diperintah. Sudah cukup air mata yang dicurahkan bagi meratapi penderitaan umat Islam seluruh dunia yang menjadi sasaran peluru kuffar durjana dan sudah cukup hati kita merintih sayu melihat darah umat Islam mengalir membasahi bumi akibat kezaliman pengganas kuffar yang tidak berhati perut membunuh umat Islam sesuka hati. Kini kita mesti berusaha untuk kembali menjadi umat pilihan dan mulia dengan sama-sama melaksanakan Islam dalam kehidupan bukan sahaja pada ibadat khusus tetapi turut merangkumi sistem ekonomi, politik, sosial dan sebagainya sehingga usaha kita ini mendapat keredhaan Allah dan memenuhi syarat sebagai umat yang dijanjikan kemenangan oleh Allah di dunia dan akhirat. Biarlah air mata yang mengalir selepas ini adalah air mata  kegembiraan menyambut kemenangan Islam setelah segala syarat untuk mencapai kemenangan sudah pun kita tunaikan. Ingatlah bahawa kemenangan Islam bukan datang melayang tetapi memerlukan kepada pengorbanan dalam melawan hawa nafsu dan syaitan daripada kalangan jin dan manusia yang sentiasa berusaha melawan pejuang Islam yang ikhlas berjuang meninggikan kalimah Allah di muka bumi yang fana ini.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

            Apabila merenung beberapa tugas yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w setelah tiba di Madinah dalam peristiwa Hijrah maka kita akan dapati di sana beberapa pengajaran penting yang mesti kita buat mengikut kesesuaian tempat dan masa sehingga Daulah Islamiah yang berjaya ditegakkan di Madinah pada zaman nabi akan dapat ditegakkan kembali pada hari ini. Tugas pertama nabi ialah mendirikan masjid bagi mendekatkan diri hamba dan Allah sehingga sebarang perkara yang melalaikan dan bercanggah daripada syariat Islam dapat dicegah. Masjid bukan sahaja berperanan sebagai tempat ibadat khusus dan pengajian agama malah tempat untuk merapatkan tali persaudaraan berasaskan agama bukannya harta dan bangsa. Pada zaman nabi masjid dijadikan pusat pemerintahan yang utama sehingga peranannya dapat melahirkan sebuah pemerintahan yang adil lagi saksama. Ini berbeza dengan peranan masjid pada hari ini yang cuba disempitkan peranannya sehingga masjid hanya dikunjungi ketika solat jemaah malah ada juga larangan daripada menyampaikan kuliah agama dalam masjid kerana begitu gerun dengan kesedaran masyarakat tentang Islam yang menyeluruh.

            Rasulullah s.a.w turut mempersaudarakan antara kaum Muhajirin dan Ansor sehingga ikatan yang berasaskan iman ini akan lebih menguatkan lagi ukhwah Islamiah sehingga memungkinkan Daulah Islamiah yang ditegak sentiasa dijaga dengan penuh tanggungjawab oleh setiap umat Islam disamping mampu menjadi pemimpin kepada orang bukan Islam yang bersedia tunduk kepada pemerintahan Islam. Persaudaraan yang dibuat ini banyak memberi kebaikan kepada nabi dan umat Islam sehingga Daulah Islamiah yang dibina dengan bilangan umat Islam agak kecil berbanding jumlah orang bukan Islam termasuk yahudi yang menjadi rakyat kepada negara Madinah namun begitu dengan bilangan yang kecil ini Daulah Islamiah yang dibina ini bukan sahaja mampu menguasai orang bukan Islam dalam negara malah mampu meluaskan kuasa pemerintahan sehingga tumbangnya kerajaan Majusi Parsi dan Kristian Rom. Ini berbeza dengan kita pada hari ini di mana perpaduan yang dibuat atas dasar bangsa yang menyebabkan timbulnya perasaan dendam yang merbahaya di mana setiap bangsa hanya menunggu peluang untuk berkuasa bagi menguasai bangsa lain yang lebih lemah. Keadaan dalam negara nampak tenang tetapi apabila api perkauman mula dibangkitkan maka masing-masing mula berbalah antara satu sama lain sehingga berlakunya rusuhan kaum. Inilah bahayanya apabila asas perpaduan yang dibina berdasarkan bangsa bukannya agama. Kehinaan daripada Allah akan menimpa bangsa yang meninggalkan Islam dan kemuliaan akan  menyirami ke atas bangsa yang melaksanakan Islam.

 

Sidang Jumaat yang dihormati,

            Usaha Rasulullah s.a.w yang paling besar dan mesti dijadikan rujukan utama dalam membina Daulah Islamiah ialah Piagam Madinah. Melalui piagam Madinah banyak peraturan dan undang-undang yang melibatkan orang Islam, orang bukan Islam dan hubungan antara negara luar di mana jika perhatikan secara terperinci mengenai piagam Madinah ini maka semakin jelaslah kebijaksaan Rasulullah s.a.w  yang memulakan semula pemerintahan secara teratur berdasarkan wahyu bukannya berasaskan siapa yang paling kuat dan siapakah yang paling ramai penyokongnya. Jika dibandingkan antara piagam Madinah dengan perlembagaan Malaysia maka akan jelaslah perbezaan antara keduanya dan menafikan pengistiharan bahawa negara ini adalah negara Islam. Asas kepada piagam Madinah sendiri yang meletakkan hukum yang tertinggi atau hakimiah ialah Allah sehingga sebarang peraturan yang bercanggah daripada apa yang dibawa oleh nabi adalah salah dan tidak boleh diguna pakai sedangkan perlembagaan negara kita meletakkan hukum yang tertinggi ialah perlembagaan Lord Reid yang berasaskan ideology manusia di mana sebarang percanggahan terhadap perlembagaan ini akan terbatal termasuk undang-undang Islam itu sendiri. Jika pada asasnya sudah bercanggah dan berlainan apatah lagi yang selainnya. Sebab itulah ketika di Madinah Rasulullah s.a.w bukan sahaja dihormati sebagai pemimpin tetapi turut dipandang mulia sebagai seorang rasul sedangkan dalam negara yang dikatakan negara Islam di mana sunnah nabi boleh dihina oleh pemimpin malah lebih ramai umat Islam sendiri yang berani menulis tentang perkara yang memburukkan keperibadian nabi seperti menuduh nabi mempunyai 15 orang gundik. Inilah betapa Islam boleh dipermain-mainkan apabila hilangnya daulah. Oleh itu sempena kedatangan tahun baru hijrah marilah kita sama-sama bersatu di bawah panji Islam dalam mengembalikan semula pemerintahan Islam di muka bumi ini.

Firman Allah dalam ayat 108 surah at-Taubah :

لاتقم فيه أبدا لمسجد أسس على التقوى من أول يوم أحق أن تقوم فيه  فيه رجال يحبون أن يتطهروا والله يحب المطهرين

Maksudnya : Sesungguhnya masjid yang didirikan di atas dasar taqwa sejak hari pertama adalah lebih patut kamu bersembahyang di dalamnya. Di dalamnya ada orang-orang yang ingin membersihkan diri dan Allah mencintai mereka yang bersih.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: