• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3








  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,704,402 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 6,443 other followers

161. JAHILIAH DIPUJA UMAT DERITA


 

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

            Firman Allah dalam ayat  40 surah at-Taubah :

إِلاَّ تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُواْ ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لاَ تَحْزَنْ إِنَّ اللهَ مَعَنَا فَأَنزَلَ اللهُُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَّمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُواْ السُّفْلَى وَكَلِمَةُ اللهِِ هِيَ الْعُلْيَا وَاللهُُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Maksudnya : Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: “Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana

Kita pada hari ini baru menyambut kedatangan bulan baru dalam taqwim Hijrah iaitu bulan Sofar. Kita baru sahaja melalui bulan Muharram yang begitu banyak meninggalkan kesan kepada kita terutama dalam menghayati sebaik mungkin iktibar daripada peristiwa Hijraturrasul s.a.w. Umat Islam yang mahu berjaya di dunia dan akhirat mesti berhijrah daripada keadaan yang tidak baik kepada yang terbaik, daripada bergelumang dengan maksiat dengan istiqamah dalam ibadat, daripada menggunakan system jahiliah ciptaan manusia kepada melaksanakan system Islam dalam kehidupan, daripada berqiblatkan cara hidup barat kepada bersemangat dengan cara hidup Islam. Golongan yang berjaya ialah golongan yang yakin dengan kebenaran Islam, sanggup berkorban untuk Islam serta tidak putus asa dalam berjuang. Oleh itu dalam memperjuangkan Islam maka sudah pasti terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran, halangan, sekatan dan tohmahan di mana kemenangan Islam bukanlah dapat dicapai dengan jalan yang senang. Kita juga perlu ingat bahawa jika kita malas atau tidak mahu memperjuangkan Islam maka Allah tetap akan mendatangkan kemenangan kepada agamaNya. Oleh itu pilihlah samada kita mahu berjuang menegakkan system Islam sehingga dianugerahkan kemuliaan hidup di dunia dan akhirat atau memilih untuk terus hidup dengan system jahiliah anutan penjajah tanpa menghiraukan system Islam sehingga dihinakan oleh Allah di dunia dan akhirat. 2 pilihan ditawarkan kepada kita samada dosa atau pahala, syurga atau neraka, Islam atau jahiliah, iman atau kufur. Bijak memilih mulia dunia dan akhirat tetapi jika silap memilih merana hidup dunia dan akhirat

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat  10-11 surah as-Soff :

يأَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ تُؤْمِنُونَ بِاللهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Adakah kamu gembira jika Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih?. Iaitu kamu beriman kepada Allah dan rasulNya serta kamu berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa ragamu. Demikian itu adalah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya

Ketika menyoroti kejayaan Rasululllah s.a.w dalam mendirikan Daulah Islamiah yang gemilang di Madinah Munawwarah maka kerja dan perancangan ke arah itu bukanlah dengan jalan yang mudah termasuk dalam menawarkan kehebatan dan keadilan Islam kepada masyarakat arab pada masa itu dengan melawat khemah-khemah pemimpin arab yang datang ke Mekah untuk menunaikan haji bagi menyebarkan dakwah Islam di mana pelbagai jawapan yang diterima hasil daripada usaha yang tidak pernah mengenal erti putus asa itu. Pemimpin Bani ‘Amir sebagai contohnya mahukan janji kesenangan dunia yang dapat dilihat dengan mata sekiranya Islam menang lalu nabi meninggalkannya. Golongan yang lebih mementingkan wang daripada Islam, mementingkan dunia daripada agama terus wujud hingga hari ini sehingga ramai yang boleh dijual beli seumpama binatang malah lebih murah daripada itu kerana bagi golongan ini iman dan Islam tiada nilai berbanding wang dan dunia. Sebab itulah Imam Abu Hanifah pernah berwasiat bahawa 3 golongan yang biasanya tecabut imannya ketika mati iaitu [1] tidak bersyukur dengan nikmat iman yang dianugerahkan kepadanya [2] tidak berasa gerun dengan keadaan hari matinya nanti akibat terlalu asyik dengan godaan dunia [3] suka berbuat zalim kepada manusia

Seterusnya nabi bertemu dengan pemimpin Bani Syaiban yang mengakui Islam adalah benar tetapi bila mendengar kalimah syahadah lalu dia menyatakan bahawa dia tidak mahu mengucapnya kerana yakin bahawa Islam boleh menyebabkan mereka diperangi bukan sahaja oleh puak arab malah oleh kuasa besar dunia. Golongan seperti ini juga terus wujud hingga hari ini di mana mengakui kehebatan system Islam tetapi takut untuk berjuang apatah lagi berkorban kerana bimbang diperangi oleh kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat atau takut dibuang kerja, diturun pangkat dan sebagainya.

Golongan yang mesti kita contohi ialah pemimpin Aus dan Khazraj dari Madinah yang bukan sahaja menerima Islam malah sanggup bersumpah taat setia dalam mempertahankan nabi disamping sanggup menjadikan Madinah sebagai Daulah Islamiah yang dipimpin oleh nabi Muhammad s.a.w sendiri. Golongan seperti inilah yang kita mesti lahirkan sehingga dapat memastikan system Islam dapat dilaksana

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

            Firman Allah dalam ayat  91 surah al-Maidah :

إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَن يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاء فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَن ذِكْرِ اللهِ وَعَنِ الصَّلاَةِ فَهَلْ أَنتُم مُّنتَهُونَ

Maksudnya : Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?

            Ketika kuasa pemerintahan telah ada dengan terdirinya Daulah Islamiah di Madinah maka antara perkara yang dibuat oleh Rasullah s.a.w ialah mengharamkan arak dan judi di mana kedua-dua najis dan senjata syaitan ini merupakan penyebab utama kepada kerosakan akhlak dan jenayah dalam sesebuah negara. Suatu kertas kerja yang pernah dibentangkan oleh bekas Ketua Polis Kelantan pada 2007 telah mencatatkan bagaimana Selangor walau pun nisbah setiap seorang anggota polis perlu menjaga 200 orang rakyat tetapi kadar jenayahnya paling tinggi dalam negara berbanding Kelantan di mana seorang anggota polis terpaksa mengawal 435 orang rakyat mencatat jenayah paling rendah dalam negara. Antara punca utama ialah Selangor terlalu bebas penjualan arak, banyak kelab malam dan pusat judi serta meluasnya amalan rasuah. Kes pembunuhan adik Nurin Jazlin belum selesai ditambah pula dengan kehilangan adik Sharlinie yang lebih sebulan masih belum ditemui. Sempena berada pada hari Jumaat yang mulia ini marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah agar adik Sharlinie selamat pulang ke pangkuan ahli keluarga tercinta secepat mungkin. Inilah bahayanya bila tempat dan aktiviti yang merosakkan akhlak hidup subur sedangkan tempat dan majlis ilmu semakin dikepung menyebabkan suasana yang menakutkan semakin bertambah. Sebab itu tidak hairan  bila seorang tauke judi Genting Highland mati maka kebanyakan pemimpin Melayu, akhbar, tv, radio meratap sedih kehilangannya sedangkan bila seorang bekas mufti Selangor iaitu al-Marhum Ustaz Ishak Baharum meninggal dunia hanya sedikit berita mengenainya. Semoga roh al-Marhum ditempatkan bersama golongan soleh. Begitu juga berkenaan artis yang mati turut diberi liputan yang meluas berbanding ulama’ yang banyak berjasa. Ini tidak pelik kerana hasil negara banyak daripada judi begitu juga akhbar seperti Berita Harian, Utusan Malaysia, Metro mengaut keuntungan ratusan juta hasil daripada menyiarkan keputusan judi. Inilah tanda akhir zaman bila ahli maksiat dipuja manakala ahli ibadat pula dipandang hina, orang jahil dipuji orang alim dikeji, orang fasik dijulang orang soleh ditendang, jahiliah diangkat Islam disekat.

Firman Allah dalam ayat  87 surah al-Qasas :

وَلاَ   يَصُدُّنَّكَ عَنْ آيَاتِ اللهِِ بَعْدَ إِذْ أُنزِلَتْ إِلَيْكَ وَادْعُ إِلَى رَبِّكَ وَلاَ  تَكُونَنَّ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Maksudnya : Dan janganlah sekali-kali mereka dapat menghalangmu dan (menyampaikan) ayat-ayat Allah sesudah ayat-ayat itu diturunkan kepadamu. Dan serulah mereka kepada (jalan) Tuhanmu dan janganlah sekali-kali kamu termasuk mereka yang mempersekutukan Allah.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Advertisements

Satu Respons

  1. salam ustaz,saya cuma nak tsendirianya soalan.saya x tahu nak rujuk pada siapa permasaalahan saya.kenapa kita diuji denagn pelbagai masaalah contohnya saya sendiri ada masalah difitnah dan diadudomba oleh adik-beradik,disebabkan tekanan saya mengalami gangguan makluk halus,kemurungan dan skrg penyakit strok.saya x leh jumpa adikberadik sebelah suami dan saya sendiri.skrg saya rasa sendirian.suami saya pula kena bangkrap disebabkan rumah terbengkalai.kenapa jadi mcm tu?sebenarnya saya x kesal semua tu,saya redha.tapi yang menyebabkan x tenang adalah muflis suami.saya kesian kat suami.saya nak buat sesatu tapi tak tahu nak buat apa cuma mampu berdoa pada allah.kami teraniya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: