• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3

  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,993,551 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 40,757 other followers

Sunnah Nabi Muhammad s.a.w DiJulang Sistem Jahiliah DiTentang


السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 107-108 surah al-Anbiya’:

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ قُلْ إِنَّمَا يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَهَلْ أَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

Maksudnya : Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya yang diwahyukan kepadaku (mengenai ketuhanan ialah) bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang bersifat Esa, maka adakah kamu mahu menurut apa yang diwahyukan kepadaku?”

Kini kita pada bulan Rabiul Awwal yang merupakan bulan kelahiran junjungan besar nabi Muhammad s.a.w nabi akhir zaman pembawa rahmat kepada seluruh alam. Kelahiran nabi s.a.w telah merubah keadaan dunia yang selama ini berada dalam kelam kufur kepada terangnya iman, daripada kezaliman jahiliah kepada keadilan Islam, daripada akal dan nafsu serakah menjadi asas pertimbangan kepada tunduk patuh pada wahyu al-Quran. Sesuai dengan pengutusan nabi Muhammad s.a.w sebagai pembawa rahmat kepada sekalian alam di mana cara penyampaian risalah Islam adalah untuk memberikan kelembutan dan perlindungan kepada alam sejagat bukannya membawa keresahan dan bencana. Makna rahmat sebagaimana yang diungkap dalam tafsir al-Baidhowi dari sudut bahasanya iaitu : kelembutan hati dan perasaan melindungi yang mendorong untuk memberi dan berbuat baik. Dari sini diambil kata rahim ibu kerana ia melindungi apa yang ada dalam kandungannya. Antara rahmat kedatangan nabi Muhammad s.a.w kepada manusia ialah menukar cara hidup jahiliah seperti membunuh anak perempuan hidup-hidup kepada meletakkan kaum wanita ditempat yang mulia, mengharamkan perempuan daripada berkahwin lebih daripada seorang suami bagi memastikan zuriat terjaga tidak seperti amalan jahiliah yang menisbahkan anak hasil perkahwinan dengan ramai lelaki mengikut rupa lelaki mana yang serupa dengan anak yang baru dilahirkan. Rahmat kepada haiwan contohnya wajib kita menggunakan alat yang tajam ketika menyembelih dan diharamkan membunuh binatang sesuka hati. Begitu juga rahmat kepada tumbuh-tumbuhan yang dilarang daripada dicabut, ditebang sesuka hati walau pun dalam peperangan. Akibat manusia rakus merosakkan hutan dengan menebang tumbuh-tumbuhan secara melampau antara penyebab yang membawa kepada kepanasan global yang semakin tinggi bukan sahaja membahayakan kesihatan malah mengancam nyawa

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 29  surah al-Fathu:

مُحَمَّدٌ رَّسُولُ اللَّـهِ ۚ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ ۖتَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّنَ اللَّـهِ وَرِضْوَانًا ۖ سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِم مِّنْ أَثَرِ السُّجُودِ ۚ ذَٰلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ ۚ وَمَثَلُهُمْ فِي الْإِنجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَىٰ عَلَىٰ سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ ۗ وَعَدَ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا ﴿٢٩

Maksudnya : Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka – dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki – dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar

Melalui ayat 29 surah al-Fathu ini kita fahami antara ciri-ciri golongan yang mengaku beriman dan mengasihi Nabi Muhammad s.a.w iaitu :

[1] Tegas terhadap orang kafir apabila mengancam aqidah umat Islam. Islam melarang kita berlembut dengan sebarang usaha mereka yang cuba memurtadkan umat Islam terutama yang melibatkan perlembagaan negara. Sebab itu kita menentang habis-habisan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang didakwa akan dipersetujui oleh kerajaan yang dilihat oleh pakar dalam bahagian ini bakal menggugat kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan termasuk halalnya murtad. Malah ketika usaha pendakyah Kristian termasuk dari Luar negara yang mengedar Bible kepada pelajar sekolah dan awam terutama yang beragama Islam di Pulau Pinang merupakan suatu yang bertentangan dengan Perkara 11 (4) dalam perlembagaan Malaysia yang memberi peruntukan bahawa Undang-undang Negeri dan undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam. Suatu tindakan yang tegas dan bersungguh mesti diambil agar ia tidak berulang

Kita ambil pengajaran daripada suatu kisah sahabat yang mulia bernama Jabir bin Abdillah RA memberitahu

أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِكِتَابٍ أَصَابَهُ مِنْ بَعْضِ أَهْلِ الْكُتُبِ .فَقَرَأَهُ النَّبِيُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَغَضِبَ فَقَالَ: أَمُتَهَوِّكُوْنَ فِيْهَا يَا ابْنَ الْخَطَّابِ؟ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، لَقَدْ جِئْتُكُمِ بِهَا بَيْضَاءَ نَقِيَّةً، لاَ تَسْأَلُوْهُمْ عَنْ شَيْءٍ فَيُخْبِرُوكُمْ بِحَقٍّ فَتُكَذِّبُوْا بِهِ أَوْ بِبَاطِلٍ فَتُصَدِّقُوْا بِهِ، وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَوْ أَنَّ مُوْسَى عَلَيْهِ السَّلَامُ كَانَ حَيًّا مَا وَسِعَهُ إِلاَّ أَنْ يَتَّبِعَنِي  – رواه أحمد

Maksudnya : Sesungguhnya Sayyidina Umar al-Khottab RA datang kepada Nabi s.a.w membawa sebuah kitab yang diperolehnya dari sebahagian ahli kitab. Nabi s.a.w membacanya lalu baginda marah seraya bersabda, “Apakah engkau termasuk orang yang kebingungan, wahai Ibnul Khottab? Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sungguh aku telah datang kepada kalian membawa agama yang putih bersih. Janganlah kalian menanyakan sesuatu kepada mereka (ahli kitab), sehingga mereka mengabarkan al-haq (kebenaran) kepada kalian lantas kalian mendustakannya. Atau mereka mengabarkan suatu kebatilan lantas kalian membenarkannya. Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, seandainya nabi Musa a.s masih hidup, nescaya tidaklah boleh baginya kecuali mengikuti aku.”

Teguran nabi s.a.w bukan menunjukkan iman Umar terlalu lemah sehingga membaca Bible atau Taurat pun dilarang  tetapi nabi s.a.w bersikap tegas dalam perkara ini supaya Muslim menumpukan fokus mereka kepada al-Quran. Sebarang tindakan yang melarikan tumpuan Muslim, bahkan meragukan Muslim dari al-Quran mestilah dijauhi. Kebimbangan Rasulullah ini menjadi asas kepada ulama’ dalam menentukan pendirian seseorang yang ingin membaca kitab nabi-nabi terdahulu. Bagi al-Imam Ibn Hajar, orang awam yang tidak mahir dalam bidang ini haruslah menjauhkan diri dari membacanya. Kata beliau dalam kitab Fath al-Bari, 13/525:

“Dan (pendekatan) yang terbaik dalam perkara ini adalah dibezakan antara mereka yang tidak mahir dalam perkara ini, (iaitu) yang bukan dikalangan mereka yang tinggi dalam urusan keimanan, maka tidak harus bagi mereka melihat (membaca) sesuatu daripadanya (Taurat dan Bible).”

Manakala Al-Imam al-Nawawi pula memberikan alasan bahawa penyelewengan maklumat serta perubahan kandungan kitab- kitab terdahulu ini menjadi punca mengapa Muslim seharusnya mengelakkan diri dari membacanya. Kata beliau dalam kitab Raudah al-Talibin, 10/259: “Dan kitab-kitab Taurat dan Injil, adalah sesuatu yang tidak boleh seseorang itu mendapat manfaat daripadanya kerana kandungannya telah diubah dan diseleweng”

Kerajaan wajib memperkasakan penyebaran Islam dan memberi kefahaman tentang keindahan Islam kepada non muslim di mana kita ambil contoh daripada Kerajaan Brunei yang mewajibkan non muslim untuk belajar ilmu asas berkaitan Islam agar nos muslim bukan sahaja tahu tentang Islam malah tidak menentang Islam

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 34-35 surah al-Ankabut :

إِنَّا مُنزِلُونَ عَلَىٰ أَهْلِ هَـٰذِهِ الْقَرْيَةِ رِجْزًا مِّنَ السَّمَاءِ بِمَا كَانُوا يَفْسُقُونَ ﴿٣٤﴾ وَلَقَد تَّرَكْنَا مِنْهَا آيَةً بَيِّنَةً لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ ﴿٣٥

Maksudnya : “Sesungguhnya kami (diutuskan) untuk menurunkan atas penduduk bandar ini (kaum nabi Luth) azab dari langit, disebabkan mereka melakukan kejahatan (kufur dan maksiat)”. Dan demi sesungguhnya, Kami telah (binasakan bandar itu dan telah) tinggalkan bekas-bekasnya sebagai satu tanda (yang mendatangkan iktibar) bagi orang-orang yang mahu memahaminya.

Kita juga bimbang dengan pengiktirafan apa yang dikehendaki konvensyen antarabangsa juga akan menyebabkan kawalan kepada masalah akhlak termasuk zina yang masih meruncing di mana laporan Jabatan Pendaftaran Negara sejumlah 4999 anak zina lahir pada 2017 oleh ibu berumur 18 tahun ke bawah dengan 120 kes buang bayi pada tahun yang sama. Manakala dari Januari – Jun 2018 mencatat 1664 anak zina dilahirkan oleh ibu bawah 18 tahun.

Begitu juga laporan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Jumlah pengamal hubungan seks sejenis terutama gay di negara ini berada pada tahap membimbangkan apabila lebih 300,000 individu dikesan terlibat dengan perbuatan songsang itu ketika ini berbanding hanya 173,000 individu yang direkodkan terlibat dengan aktiviti LGBT yang sama kira-kira 5 tahun lalu. Oleh itu perlu kepada kesungguhan pemimpin dalam menangani masalah ini termasuk mencari penganjur kepada program yang sebelum ini berusaha dalam menjemput 2 pelakon LGBT dari Thailand dan terbaru ikon gay antarabangsa yang berasal dari Filiphina. Ini bagi membendung gejala LGBT yang rosak akhlak dan mengundang laknat Allah dapat dibanteras. Kita juga mahu agar kerajaan memperkasakan Mahkamah Syariah dalam memastikan masalah murtad, zina, LGBT dan maksiat yang lain dapat dicegah. Ini sesuai dengan semangat cintakan nabi Muhammad s.a.w di mana antara Sunnah terbesar ialah melaksanakan semua system Islam termasuk poltik, ekonomi, social dan sebagainya.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 46 surah al-Anfal :

 

وَأَطِيعُوا اللَّـهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖوَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّـهَ مَعَ الصَّابِرِينَ ﴿٤٦

Maksudnya : Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar

 

Ciri ke[2] umat yang mencontohi nabi s.a.w ialah berkasih sayang dan lembut kepada sesama muslim. Kita diminta untuk bersatu seperti sebatang tubuh atau susunan batu bata yang mengukuhkan sesuatu binaan. Akibat perpecahan apatah lagi perang saudara menyebabkan musuh Islam menguasai dan menjajah di Negara umat Islam sendiri

Ciri ke[3] Mantap Beribadah di mana hubungan dengan Allah memastikan hubungan kita sesama manusia semakin baik. Pengabaian terhadap ibadat menyebabkan jiwa seseorang gersang dan akan mengganggu kehidupan dalam masyarakat

Ciri ke[4]  Ibadah yang berkualiti dan ikhlas  yang mampu mempengaruhi diri dalam membentuk peribadi soleh serta mampu mengislah atau memperbaiki orang lain. Akhirnya lahir umpama singa di siang hari dan ahli ibadat di malam hari yang bersungguh memperjuang dan mempertahankan Islam

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: