• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib Khutbah

  • ekhutbah Audio MP3

  • Tetamu Online

  • Pengurusan Blog

Khutbah Jumaat : Syariat Nabi s.a.w DiNobat Maruah Wanita DiMartabat Arak DiSekat


السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ   !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.  

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 58-59 surah an-Nahlu :

وَإِذَا بُشِّرَ أَحَدُهُم بِالْأُنثَىٰ ظَلَّ وَجْهُهُ مُسْوَدًّا وَهُوَ كَظِيمٌ ‎﴿٥٨﴾‏ يَتَوَارَىٰ مِنَ الْقَوْمِ مِن سُوءِ مَا بُشِّرَ بِهِ ۚ أَيُمْسِكُهُ عَلَىٰ هُونٍ أَمْ يَدُسُّهُ فِي التُّرَابِ ۗ أَلَا سَاءَ مَا يَحْكُمُونَ ‎﴿٥٩﴾

Maksudnya : Sesungguhnya adalah bagi kamu contoh ikutan yang terbaik pada diri Rasulullah s.a.w, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat. Dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya

Pengutusan nabi Muhammad s.a.w  penghulu para nabi dan rasul sebagai rahmat bagi sekalian alam telah mengubah cara hidup umat manusia daripada kezaliman jahiliah kepada keadilan Islam, daripada kegelapan kufur kepada terangnya iman, daripada kerakusan hawa nafsu kepada pedoman wahyu. Antara kesan besar ialah kedatangan Islam telah mengembalikan semula wanita kepada kedudukan mereka yang baik dan dihormati setelah agama dan kefahaman yang lain  telah meletakkan kaum wanita ditempat yang hina. Contohnya Bangsa arab jahiliah  membunuh atau menanam anak perempuan mereka hidup-hidup kerana bimbangkan keaiban dan kepapaan. Jika tidak menanam bayi dalam keadaan hidup, mereka tetap akan letak bayi itu di tempat yang hina sehingga dia besar dengan dipakaikan pakaian jijik sebelum dihantar ke kawasan pedalaman sebagai pengembala unta. Bagi isteri kematian suami pula, seluruh harta peninggalan suami akan diambil termasuk pakaian yang dipakainya. Tiada siapa lagi akan mengahwininya melainkan dia akan beranak-pinak tanpa bersuamikan yang halal. Jika wanita itu kaya, mereka akan membunuh suaminya dan memaksa berkahwin dengan salah seorang daripada mereka.

Wanita dan para isteri masyarakat India tidak diberi hak untuk hidup di mana isteri akan turut dibakar hidup-hidup apabila suaminya meninggal dunia. Seorang isteri yang dibakar hidup bersama mayat suaminya ini dianggap sebagai perempuan yang setia. Menurut kaum Tionghoa pula perbuatan menanamkan orang perempuan hidup-hidup bersama mayat suaminya telah menjadi adat kebiasaan . Turut diriwayatkan bagaimana para isteri orang-orang besar bangsa Tionghoa zaman silam akan dipakaikan celana dari besi antara kedua pehanya hingga bawah pusat dan dikunci kukuh oleh suaminya sepanjang peninggalannya. Ini menyebabkan mereka merasa kesusahan dan kerumitan dalam pergerakan sepanjang peninggalan suami mereka.  

    Mengikut agama Yahudi dan Kristian pula mereka menganggap bahawa wanita dianggap najis atau kotoran, sumber dosa dan kedurhakaan, pusat segala pelanggaran, asas kepada segala bentuk perbuatan curang, dasar pendustaan atau penipuan dan tidak boleh dipercayai. Wanita dianggap beracun dan berbahaya di mana mesti dimusnahkan daripada alam ini.Kaum wanita dilarang belajar ilmu pengetahuan apa lagi mengajar kaum lelaki. Begitu juga mengikut Yahudi bahawa kaum perempuan tidak boleh mewarisi pusaka.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 58-59 surah an-Nahlu :

مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً ۖ وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ‎﴿٩٧﴾‏

Maksudnya : Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.

Islam meletakkan kedudukan wanita di tempat yang mulia dan berperanan sebagai pembantu kepada kaum lelaki. Antaranya Islam memberi hak yang sepatutnya dikecapi oleh kaum wanita iaitu : [1] Hak perempuan untuk beribadah atau beragama bukan hanya dimonopoli kaum laki-laki sahaja. [2] Hak dalam pentadbiran untuk berganding bahu dengan kaum lelaki. [3] Hak-hak kebendaan, mewarisi harta pusaka, memiliki hasil usahanya sendiri dan hak untuk bekerja. [4] Hak memilih dan menentukan pasangan hidup [5] Hak menuntut ilmu

Malangnya akibat kejahilan tentang Islam menyebabkan wanita Islam menganggap Islam sebagai penyekat hak dan kebebasan wanita sehingga termakan umpan musuh Islam. Antara umpan musuh yang sedang ditelan oleh umat Islam ialah pergaulan bebas dan cara berpakaian yang menjolok mata di mana kesemua ini merupakan pintu ke arah penzinaan. Atas nama hak asasi manusia serta kebebasan maka umat Islam tanpa segan silu berpakaian mendedahkan bentuk tubuh badan ditambah dengan pergaulan yang melampaui batas yang dibenarkan oleh syarak. Kita masih ingat suatu cadangan yang pernah disyorkan oleh bekas Perdana Menteri Britain Gladstone pada awal penjajahan terhadap bumi umat Islam dengan katanya : “ Untuk menghancurkan kekuatan Islam, mestilah dibuang dahulu hijab daripada muka perempuan Islam, ditutup terlebih dahulu al-Quran dan mestilah membawa masuk benda-benda yang memabukkan, dadah, benda keji dan mungkar”.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 8 surah al-Mumtahanah :

﴿لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ﴾

Maksudnya: Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Rahmatnya kedatangan nabi Muhammad s.a.w ke muka bumi ini bukan sahaja dirasai oleh umat Islam malah turut dirasai oleh orang bukan Islam. Malah Piagam Madinah yang merupakan perlembagaan negara yang bertulis pertama di dunia dapat kita saksikan bagaimana digariskan tentang hak orang bukan Islam yang wajib dijaga dan dihormati.

Pergaulan orang Islam bersama orang bukan Islam bukanlah perkara yang baharu, malah ia telah berlaku sejak zaman Rasulullah S.A.W dalam pelbagai urusan seperti muamalat, perjanjian, perdamaian, dan sebagainya. Maka, perlunya kepada kita untuk melihat kepada konsep fiqh kewujudan bersama bagi melihat lebih lanjut hukum hakam syarak berkaitan tatacara kehidupan bersama antara golongan Islam dan golongan bukan Islam. Secara asasnya bahawa hukum bagi orang Islam menerima pandangan, idea, buah fikiran ataupun pendapat daripada orang bukan Islam adalah harus dan dibolehkan namun mestilah berdasarkan kepada syarat iaitu:

[1] Menerima pandangan, idea, buah fikiran atau pendapat dalam hal-hal yang tidak berkait dengan agama dan tidak pula bercanggah dengan syariat juga ajaran Islam.

[2] Menerima pandangan bukan bagi tujuan yang tidak baik seperti idea untuk menjatuhkan atau meruntuhkan agama Islam.

[3] Menerima pandangan dalam hal-hal keduniaan bukan dalam hal Akhirat.

Maka kesemua syarat ini perlulah dipatuhi sebelum menerima sebarang idea dan juga pandangan orang bukan Islam. Malah jika didapati ada Muslim yang lebih mahir dalam sesuatu hal atau perkara, maka sebaiknya diutamakan pendapat  Muslim.

Oleh itu kita menyanggah pendapat orang bukan Islam yang mahu halalkan orang Islam bekerja dengan syarikat arak dengan kenyataannya : “Arak adalah haram untuk orang-orang Islam. Tiada persoalan mengenainya. Tetapi ia tidak bermakna orang-orang Islam tidak boleh melihat, mendengar, menyentuh atau menghantar arak. Ia juga tidak bermakna orang-orang Islam tidak boleh bekerja di syarikat atau kilang yang menjual atau menghasilkan arak. Tiap orang ada hak masing-masing.” 

Sebaliknya kita mendesak kerajaan agar mewujudkan dasar arak iaitu:
[1] Melarang umat Islam daripada terlibat dalam semua aktiviti pemprosesan, jual beli, pengangkutan, hidangan dan yang berkaitan,
[2] Melarang sama sekali sebarang promosi arak dan kaitannya bagi menghormati Islam sebagai Agama Persekutuan, dan
[3] Memelihara sensitiviti umat Islam dalam semua aktiviti arak di kalangan bukan-Islam termasuk penganjuran majlis, pemilihan jenama dan simbol yang boleh menimbulkan kemarahan kepada umat Islam

Nabi S.A.W melaknat 10 golongan yang terlibat dengan arak seperti hadis daripada Anas bin Malik sabda Nabi S.A.W:

قَالَ لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي الْخَمْرِ عَشَرَةً عَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَشَارِبَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةَ إِلَيْهِ وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَآكِلَ ثَمَنِهَا وَالْمُشْتَرِيَ لَهَا وَالْمُشْتَرَاةَ لَهُ ‏

Maksudnya: Rasulullah saw melaknat sepuluh orang yang berkaitan dengan arak. Yang memerah,yang meminta perah, yang minum, yang membawa, yang dibawa kepadanya, yang menuangkan arak, yang menjual, yang memakan hasil jualan arak, yang membeli dan yang dijual untuknya.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: