• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib Khutbah

  • ekhutbah Audio MP3

  • Tetamu Online

  • Pengurusan Blog

Khutbah Jumaat : Rasulullah s.a.w DiTeladani Penyakit DiUbati


السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ   !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.  

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 21 surah al-Ahzab :

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيرًا 

Maksudnya : Sesungguhnya adalah bagi kamu contoh ikutan yang terbaik pada diri Rasulullah s.a.w, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat. Dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya

Hari ini kita mula memasuki bulan Rabiul Awwal 1443H yang merupakan bulan kelahiran junjungan besar nabi Muhammad s.a.w nabi akhir zaman pembawa rahmat kepada seluruh alam. Hadirnya bersama misi dan visi yang besar iaitu yang pertama memastikan umat manusia yang tenggelam dalam cara hidup jahiliah terutama syirik menyembah berhala kepada kembali MengEsakan Allah, membersihkan kepercayaan  khurafat dan tahyul kepada memandu akal berlandaskan wahyu  . Misi kedua membentuk akhlak mulia daripada mengikut hawa nafsu, bersikap kebinatangan seperti membunuh anak perempuan hidup-hidup dan berbunuhan kepada akhlak yang mulia. Misi dakwah Rasulullah Saw. yang ketiga adalah membawa rahmat kepada sekalian alam. Turunnya wahyu al-Quran. menegakkan hujjah untuk umat manusia dalam menjelaskan kepada kita mana jalan ke Syurga Allah dan mana jalan yang mengheret manusia ke Neraka Allah. Jalannya sudah terang benderang di mana Allah menciptakan kita dan memberikan panduan yang jelas. Sesungguhnya pengutusan Nabi s.a.w merupakan kasih sayang Allah

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 31 surah Ali ‘Imran :

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Sempena berada di bulan Maulidurrasul s.a.w ini marilah kita sama-sama bermuhasabah menghitung diri berkaitan sejauh mana rasa cinta dan kasih kita kepada nabi Muhammad s.a.w, sejauh manakah kesungguhan kita dalam mengamalkan sunnah nabi s.a.w dalam kehidupan seharian. Berapa kitab yang berkaitan Sirah nabi yang kita telah khatam berbanding komik dan novel. Berapa banyak masa kita habiskan untuk membaca atau mendengar kisah nabi s.a.w berbanding membaca dan melayan whatsap dan media sosial berkaitan kisah dunia yang lain. Bagaimana dengan cara pemakaian, pemakanan, sosial, politik dan pelbagai cara hidup nabi s.a.w yang telah kita berjaya tiru dalam kehidupan seharian kita. Orang yang benar-benar cinta nabi s.a.w tidak hanya didengar melalui lidahnya sahaja tetapi mesti melalui pengamalan dan pematuhan dalam kehidupan seharian

Hitunglah diri kita banyak mana kita berselawat kepada nabi s.a.w setiap hari berbanding berbual kosong dan mengalun nyanyian. Ini semua sebagai tanda awal untuk mengetahui tahap kasih dan cinta kepada nabi s.a.w

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

قَالَ سَمِعْتُ أُسَامَةَ بْنَ زَيْدٍ يُحَدِّثُ سَعْدًا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ إِذَا سَمِعْتُمْ بِالطَّاعُونِ بِأَرْضٍ فَلَا تَدْخُلُوهَا وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلَا تَخْرُجُوا مِنْهَا  – رواه البخاري

Maksudnya: Saidina Usamah bin Zaid RA pernah menceritakan kepada  Sa’d, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sekiranya kamu mendengar  tentang (penyebaran) wabak di sesuatu tempat, maka janganlah kamu  masuk. Dan sekiranya kamu sudah berada dalam kawasan (penularan  wabak) tersebut, maka janganlah kamu keluar darinya.”

قال رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ : لا يُورَدُ مُمْرِضٌ على مُصِحٍّ – رواه البخاري

Maksudnya: Janganlah didatangkan yang sakit kepada yang sihat

Rahmat pengutusan nabi s.a.w bukan sahaja dirasai oleh umat Islam malah seluruh makhluk yang lain terutama bila kita berada dalam keadaan diuji dengan wabak covid-19 di mana Islam telah menggariskan beberapa cara pencegahan termasuk  pengasingan atau kuarantin orang yang sakit daripada orang yang sihat. Antara  hikmah mengapa Rasulullah SAW

menyarankan agar kawalan pergerakan ini dilaksanakan iaitu: [1] Menjauhi sebab-sebab yang boleh membinasakan manusia.  [2] Mengutamakan kesihatan (kesejahteraan) yang mana ia adalah asas  dalam kehidupan manusia.  [3] Larangan menjauhi udara yang telah dicemari kerana dibimbangi

akan menyebabkan lebih ramai yang sakit.  [4] Menjarakkan diri dari orang yang telah terkena penyakit sekaligus  menjadi langkah pencegahan dari penyebaran wabak. [6] Menyelamatkan diri dari kebergantungan kepada kepercayaan yang salah

Malah Islam menyuruh kita untuk berubat apabila ditimpa penyakit

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً -رواه البخاري

Maksudnya: “Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penawar.” 

Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ اللهَ حَيْثُ خَلَقَ الدَّاءَ، خَلَقَ الدَّوَاءَ، فَتَدَاوَوْا -رواه أحمد

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah ketika menciptakan penyakit, diciptakan juga penawar. Maka berubatlah kamu.” 

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: