• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib Khutbah

  • ekhutbah Audio MP3

     

     

  • Tetamu Online

  • Pengurusan Blog

Khutbah Aidil Adha- edisi Pdf

Khutbah Aidil Adha 1445H

Khutbah Pertama

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ .  وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  . أَمَّا بَعْدُ…… فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ

فرمان الله تعالى دالم سورةالكوثر :

إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ ‎﴿١﴾‏ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ ‎﴿٢﴾‏ إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ ‎﴿٣﴾

Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).  Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).  Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya). 

Selamat menyambut Aidil Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat hari raya haji atau korban ini. Sempena berada pada hari raya haji ini marilah kita sama-sama mendoakan semoga para Jemaah haji dari seluruh dunia yang sedang mengerjakan ibadat haji di Kota Mekah diberikan kesihatan dan keselamatan dan yang paling besar dianugerahkan dengan haji mabrur yang tiada balasan kecuali Syurga.  Ketika menyambut hari raya korban ini juga marilah kita yang berkemampuan untuk melakukan ibadat korban pada hari ini sehingga berakhirnya hari tasyriq iaitu 13 Zulhijjah nanti bagi membuang sifat bakhil dan juga menyebarkan kasih sayang kepada saudara yang memerlukan sumbangan serta tujuan paling besar ialah untuk membuang sifat cinta kepada dunia hingga lupa bekalan akhirat

Rasulullah berpesan kepada kita bahawa akan ada dikalangan manusia ini yang jiwanya semakin terpaut kepada dunia sekalipun sudah semakin tua.

قَالَ الرَّسُوْلُ  : لاَ يَزَالُ قَلْبُ الكَبِيرِ شَابًّا فِي اثْنَتَيْنِ: فِي حُبِّ الدُّنْيَا وَطُولِ الأَمَلِ   –  رواه البخاري

Maksudnya : Hati orang tua itu akan sentiasa merasa muda dalam dua perkara: (1) Cintakan Dunia, (2) Panjang angan-angan.
Rasulullah menggambarkan bagaimana ada sebahagian manusia apabila semakin tua, dia semakin cintakan harta dan berharap agar dipanjangkan lagi umurnya, ditambahkan lagi pelbagai nikmat dunia

قَالَ الرَّسُوْلُ  : يَكْبَرُ ابْنُ آدَمَ وَيَكْبَرُ مَعَهُ اثْنَانِ: حُبُّ المَالِ، وَطُولُ العُمُرِ    –  رواه البخاري

Maksudnya :Semakin tua usia anak Adam itu, semakin besar (cintanya) kepada dua perkara: (1) Cintakan harta dan (2) berharap agar dipanjangkan usianya.
 Imam Ibn Hajar menjelaskan bahawa pada hakikatnya tidak salah berusaha untuk dunia dan mempunyai cita-cita. Namun, yang dilarang adalah kerana pautan terhadap dunia menggelamkan persediaan kita untuk akhirat

قَالَ الرَّسُوْلُ  : لَوْ كَانَ لِابْنِ آدَمَ وَادِيَانِ مِنْ مَالٍ لاَبْتَغَى ثَالِثًا، وَلاَ يَمْلَأُ جَوْفَ ابْنِ آدَمَ إِلَّا التُّرَابُ، وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ    –  رواه البخاري

Maksudnya : Sekiranya anak Adam itu mempunyai dua lembah yang dipenuhi dengan harta, nescaya dia akan mencari (lembah) yang lain, dan tiada yang dapat memenuhkan perut anak Adam (sehingga puas) melainkan tanah kubur (iaitu mati), namun Allah menerima taubat sesiapa yang bertaubat

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Firman Allah dalam Surah Ibrahim ayat 40 surah :

 رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ ﴿٤٠

Maksudnya : Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku

Ketika menyoroti  proses melahirkan zuriat keturunan yang soleh oleh nabi Ibrahim a.s maka kita lihat bagaimana pentingnya usaha ikatan kita dengan Allah melalui doa dan tarbiah yang berterusan. Zuriat soleh ini merupakan matlamat penting hidup berkeluarga kerana kita manusia memikul amanah kepimpinan yang berat di mana nabi s.a.w bukan hanya berbangga dengan jumlah yang ramai tetapi yang paling penting iaitu kualiti zuriat keturunan dari segi keimanan, akhlak dan amal soleh.

Ketika menyoroti keputusan SPM baru-baru ini terutama melihat 26 000 calon SPM yang gagal dalam mata pelajaran Pendidikan Islam maka ia merupakan suatu isyarat yang jelas agar wajib kembali memperkasakan pengajian agama bukan sahaja peringkat sekolah malah hingga Universiti. Kita mengakui pada masa kini secara majoritinya umat Islam masih keliru terhadap kedudukan ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah ini. Secara umumnya umat Islam lebih memberikan keutamaan terhadap ilmu fardu kifayah sedangkan ilmu fardu ain dikesampingkan atau diremehkan. Menurut Profesor Syed Naquib al-Attas, kekeliruan terhadap ilmu berlaku pada strategi pembelajaran iaitu menekankan pembelajaran fardu kifayah secara total, tetapi dalam masa sama melepaskan pembelajaran ilmu fardu ain. Ini bermaksud ilmu yang berhubung dengan matematik, biologi, kimia, geografi, sejarah dan lain-lainnya misalnya diajar secara serius dan bersungguh dengan sukatan yang jelas dan tahap yang tertentu serta perakuan yang tertentu sedangkan ilmu fardhu ain diremehkan

Perkara ini mempunyai kebaikan kepada umat Islam tetapi tidak bernilai positif jika ilmu agama tidak dipelajari dengan mendalam dan menyeluruh. Keadaan yang berlaku ialah kesibukan dan kesungguhan mendalami atau menekuni ilmu matematik, biologi, kimia dan geografi tetapi masih gagal untuk memahami solat, zakat, haji, puasa dan ilmu berkaitan fardu ain yang lain. Kita dapat melihat bahawa terdapatnya segolongan ibu bapa yang sangat menekankan anak-anaknya untuk belajar bahasa-bahasa lain  atau sebagainya dengan perbelanjaan yang tinggi tetapi lupa anaknya masih belum menguasai al-Quran, ibadah sembahyang yang merangkumi kaedah serta bacaannya serta tidak tahu apa itu rukun iman dan rukun Islam.

Menurut statistik agensi dadah bahawa semakin tinggi tahap pengajian seseorang maka semakin rendah peratus yang terlibat dengan dadah. Begitulah betapa pentingnya ilmu Fardhu ain dan fardhu kifayah dalam kehidupan umat Islam agar terhindar daripada perkara haram seperti pecah amanah, rasuah, menipu, riba dan sebagainya.

قَالَ الرَّسُوْلُ  : لَيَأْتِيَنَّ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ لاَ يُبَالِى الْمَرْءُ بِمَا أَخَذَ الْمَالَ ، أَمِنْ حَلاَلٍ أَمْ مِنْ حَرَامٍ   –  رواه البخاري

Maksudnya : Akan datang suatu zaman di mana manusia tidak lagi peduli dari mana mereka mendapatkan harta, apakah dari usaha yang halal atau yang haram.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Firman Allah dalam  ayat 102 surah as-Soffaat:

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَىٰ فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَىٰ ۚ قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِي إِن شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ ‎﴿١٠٢﴾‏

Maksudnya :  Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”

Melalui kisah nabi Ibrahim a.s sekeluarga maka kita dapati betapa pentingnya proses tarbiah bermula dari kecil hingga dewasa. Terdapat pelbagai cabaran ibu bapa dalam berkomunikasi dengan anak-anak. Antaranya ialah:  [1] Maklumat Tidak Dapat Difahami  di mana ramai ibu bapa  yang bercakap dengan anaknya namun tidak bermakna kerana mesej yang  disampaikan tidak sampai pada sasaran, mereka tidak fokus dan tidak memahami apa yang diperkatakan.

[2] Sikap Ibu Bapa  bersikap kasar, terlalu tegas, diktaktor yang menyebabkan anak membesar menjadi seorang yang egois,  agresif dan sukar bergaul.  Sikap ibu bapa yang lebih  mementingkan kerjaya menyebabkan kualiti kebajikan keluarga menurun dan menjadi  tidak kukuh. Selain daripada itu, sikap terlalu memanjakan dengan cara memenuhi segala keperluan dan kehendak anak-anak sehingga menyebabkan anak- anak berasa selesa tanpa perlu berusaha untuk mendapat sesuatu perkara

[3] Ibu bapa kurang mengambil berat di mana suatu kajian menunjukkan penglibatan ibu dalam  kehidupan anak-anak adalah elemen utama dalam mempengaruhi kemajuan dalam  bidang pendidikan. Apabila ibu bapa kurang mengambil berat tentang anak-anak  menyebabkan anak-anak terlibat dengan pelbagai masalah sosial dan pencapaian  akademik yang rendah

[4] Kurang Penerapan Ilmu Agama Dalam Keluarga  yang merangkumi  akidah, syariah dan akhlak.  [5] Kurang Kasih Sayang di mana anak-anak kekurangan kasih dan perhatian ibu bapa menyebabkan  menyebabkan mereka merasakan diri tersisih, tidak disayangi dan tidak dihargai

[6] Kurang Kemahiran Komunikasi di mana wujud jurang di antara ibubapa  dan anak akibat kurang kemahiran komunikasi antara mereka. Ini  mendorong kepada wujudnya konflik dan hubungan yang renggang. Anak-anak sukar untuk meluahkan masalah mereka secara terbuka.  Faktor masa di mana ibubapa lebih tumpu pada perkara lain juga mempengaruhi komunikasi ibu bapa dan anak-anak.

[7]  Pengaruh Media Dalam Institusi Keluarga  di mana  penggunaan internet dari pelbagai peranti teknologi (gadget) telah  digunakan secara meluas oleh semua lapisan masyarakat  menyebabkan pengguna lebih mengutamakan gadjet daripada interaksi sosial secara fizikal. Hilangnya masa berhubungan antara ibubapa dan anak

Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T,

Kisah nabi Ibrahim a.s turut mengajar kita agar sentiasa menjaga batas agama dalam berkeluarga. Selesaikan segala masalah dalam keluarga secara baik berdasarkan agama bukannya mengikut hawa nafsu termasuk membuka aib masalah rumahtangga melalui media sosial yang bukan sahaja tidak menyelesaikan masalah malah menambahkan lagi masalah yang sedia ada. Ibarat menyiram garam di tempat luka yang menambah sakit bukan mengubatinya. Menyiram petrol atas unggun api yang lebih memarakkan lagi api bukan memadamkan kebakaran

Daripada Abu Sa’id al-Khudriy, beliau berkata bahawa Baginda Rasulullah bersabda:

إِنَّ مِنْ أَشَرِّ النَّاسِ عِندَ الله مَنزِلَةً يَومَ القِيَامَةِ الرَّجُلَ يُفضِي إِلَى المَرْأَةِ وَتُفْضِي إِلَيه، ثُمَّ يَنشُرُ سِرَّهَا

Maksudnya: “Sesungguhnya manusia yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat adalah seorang lelaki (suami) yang bergaul (bersetubuh) dengan isterinya, kemudian menyebarkan rahsia isterinya tersebut.(HR  Muslim)

Daripada Abu Qatadah bahawa Nabi SAW bersabda:

قَالَ الرَّسُوْلُ  :مَنْ قَعَدَ عَلَى فِرَاشِ مُغِيبَةٍ قَيَّضَ اللَّهُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ثُعْبَانًا -رواه أحمد

Maksudnya: “Orang yang membuka aib pasangannya, Allah akan mengikatnya dengan ular besar pada hari kiamat nanti

Bersama memperkasakan Islam dalam kehidupan untuk kejayaan dunia akhirat. Kita hidup berkeluarga bukan sahaja di sini tetapi hingga ke Syurga dengan syarat mematuhi panduan agama dengan penuh kesabaran dan istiqamah

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

خطبة كدوا

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ…….فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ …. فرمان الله تعالى دالم أية  190 سورة  البفرة :

وَقَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا ۚ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ ‎﴿١٩٠﴾‏

Maksudnya : Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) ugama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh.

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,

Ketika menyingkap kisah perjuangan nabi Ibrahim a.s maka tidak boleh dipisahkan dengan usaha baginda dalam membina Masjid Aqsa di bumi Palestin. Tarikh penting yang mesti diambil perhatian oleh seluruh umat Islam  iaitu tarikh 15 Mei 1948 yang merupakan tanggal hitam dalam sejarah umat Islam era moden kerana hampir 700,000 warga Palestin diusir serta ratusan buah kampung asal yang diduduki orang Palestin dibakar dan dihancurkan, berpuluh ribu nyawa menjadi korban serta puluhan episod pembunuhan besar-besar dilakukan dengan cukup kejam oleh pengganas Yahudi Zionis yang ketika itu. Kini telah 76 tahun berlalunya detik hitam itu.  Ditambah pula bermula tarikh 7 Oktober 2023 yang lalu menyaksikan serangan balas oleh mujahidin Palestin dalam usaha bagi membuka mata dunia, sehingga 200 hari kemudian pula masyarakat dunia disajikan dengan peristiwa Nakbah era moden apabila hampir 1.5 juta rakyat Palestin kini terusir dan terperangkap di Rafah, di selatan Gaza manakala lebih 37,232 rakyat yang tidak bersalah termasuk majoritinya kanak-kanak dan wanita lemah dibunuh kejam tanpa perikemanusiaan

Kekejaman zionis yahudi bersama sekutunya telah menyebabkan rakyat seluruh dunia tanpa mengira agama dan bangsa terutama di Amerika Syarikat sendiri dan Eropah bangkit menentang. Golongan mahasiswa Universiti melakukan pelbagai protes tindakan pemimpin mereka yang bersekongkol dengan zionis yahudi penjenayah utama dunia

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Cadangan penyelesaian dua negara bagi isu Palestin yang ditaja oleh negara-negara yang menubuhkan negara haram Israel bagi memberi sedikit keselesaan kepada rakyat Palestin, pada masa yang sama memberi peluang kepada kaum Yahudi yang datang menubuhkan negara haram itu. Sokongan persenjataan yang bertali arus dari negara tersebut kepada Israel. Dibekalkan dengan semua jenis senjata, termasuk senjata pemusnah yang kononnya diharamkan, tetapi dihalalkan kepada mereka khususnya kepada Israel atas nama menjaga keselamatan dan keamanannya. Penyelesaian dua negara, satu bahagian untuk Israel yang telah diisytiharkan sejak tahun 1948 dan satu lagi bahagian negara untuk penduduk asal Palestin yang telah dihalau, belum diketahui di manakah sempadannya. Cadangan tersebut merupakan langkah sementara waktu kepada rakyat Palestin yang menderita ditimpa kezaliman yang paling ganas dalam sejarah kemanusiaan. Penduduk Palestin dihalau dari tanah air mereka, dirampas rumah kediaman, kedai dan kebun atau dimusnahkannya bagi menempatkan kaum Yahudi atas nama perjuangan menegakkan negara impian Israel Agung (Israel Kubra) bermula dari Sungai Nil di Mesir sehingga Sungai Furat di Iraq, daripada laut ke laut.

Israel tidak menerima cadangan penyelesaian dua negara kerana idea tersebut bercanggah dengan perjuangan Yahudi Zionis yang berjuang untuk menubuhkan sebuah negara yang lebih besar wilayahnya, termasuk wilayah di Mesir, Syria dan Iraq, bahkan sehingga wilayah Arab Saudi termasuk kawasan Khaybar dan Kota Suci Madinah.

Teruskan berdoa dan nyatakan kebersamaan kita bersama rakyat dan mujahidin di Palestin. Teruskan boikot barangan dan syarikat yang ada kepentingan dengan Israel dan perkasakan pembelian barangan dan syarikat umat Islam. Pemimpin negara umat Islam mesti lebih berani dan tegas dalam menghentikan kerakusan dan keganasan zionis yahudi dan sekutu penjenayahnya. Kita dimuliakan kerana memperjuangkan Islam. Kita dihina kerana meninggalkan perjuangan Islam

اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ  وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ  وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى  فَلَسْطِين وَفِى سوريا وفي يَمَن وَفِى كُلّ َمَكَانٍ. اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُوْرِأَعْدَائِنَا وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ, اللّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَقِلَّ عَدَدَهُمْ وَسِلاحَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاِبكَ يَاقَهَّارُ يَاجَبَّارُ يَامُنْتَقِمُ,اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ,

Ya Allah, kami letakkan Kamu di batang leher musuh-musuh kami dan kami berlindung denganmu dari kejahatan mereka,Ya Allah hancurkan kumpulan mereka,Ya Allah pecahkan pakatan mereka,Ya Allah leburkan pendirian mereka,Ya Allah musnahkan langkah mereka,Cengkamkan anjing-anjingmu kepada mereka,Ya Allah yang Maha Memaksa,Ya Allah yang Maha Perkasa,Ya Allah yang Maha Membalas,Ya Allahu, Ya Allahu, Ya Allah,Yang turunkan kitab,Yang gerakkan awan,Yang tewaskan tentera Ahzab,Kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka dan berilah kemenangan untuk kami.

 اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا  اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ

 Ya Muqallibal Quluub, Teguhkan hati kami dalam agama Islam dan janganlah kau tarik nikmat Islam di dalam hidup kami. Sebagaimana Engkau kumpulkan kami pada hari raya ini maka kumpulkanlah kami untuk kebahagiaan yang berkekalan dalam SyurgaMu di akhirat nanti

.  اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَأَضْحِيَتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Himpunan Khutbah Aidil Adha

Khutbah Aidil Adha 1444H

Khutbah Aidil Adha 1443H

Khutbah Aidil Adha 1442H

Khutbah Aidil Adha 1441H

Khutbah Aidil Adha 1440H

Khutbah Aidil Adha 1439H

Khutbah Aidil Adha 1438H

Khutbah Aidil Adha 1437H

Khutbah Aidil Adha 1436H

Khutbah Aidil Adha 1435H

Khutbah Aidil Adha 1434H

Khutbah Aidil Adha 1433H

Khutbah Aidil Adha 1432H

Khutbah Aidil Adha 1431H

Khutbah Aidil Adha 1430H

Khutbah Eidil Adha 1429H

KHUTBAH EIDIL ADHA 1428H

KHUTBAH EIDIL ADHA 1427H

KHUTBAH EIDIL ADHA 1426H

 KHUTBAH EIDIL ADHA 1425H

KHUTBAH EIDIL ADHA 1424H

KHUTBAH EIDIL ADHA 1423H

KHUTBAH EIDIL ADHA 1422H

KHUTBAH EIDIL ADHA 1420H