• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib Khutbah

  • ekhutbah Audio MP3

  • Tetamu Online

  • Pengurusan Blog

Khutbah Aidil Adha 1443H


اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ .  وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  . أَمَّا بَعْدُ…… فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ

فرمان الله تعالى دالم أية     27سورةالحج :

وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ ‎﴿٢٧﴾

Maksudnya : “Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.

Selamat menyambut Aidil Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat hari raya haji atau korban ini. Sempena berada pada hari raya haji ini marilah kita sama-sama mendoakan semoga para Jemaah haji dari seluruh dunia yang sedang mengerjakan ibadat haji di Kota Mekah diberikan kesihatan dan keselamatan dan yang paling besar dianugerahkan dengan haji mabrur yang tiada balasan kecuali Syurga. Setelah 2 tahun berada dalam suasana musibah covid-19 yang turut merencat hasrat sebahagian besar umat Islam untuk menunaikan haji maka pada tahun ini suasana semakin pulih yang membolehkan ramai umat Islam menjadi tetamu Allah bagi menunaikan ibadat haji. Bagi kita yang belum berkesempatan untuk menunaikan ibadat haji semoleknya tanamlah niat dan berdoalah bersungguh-sungguh agar Allah memilih kita untuk menjadi tetamuNya untuk tahun mendatang. Niat untuk berbuat amalan soleh pasti akan mendapat pahala dan dipermudahkan sebagaimana tercatat dalam suatu hadis Qudsi

إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ ثُمَّ بَيَّنَ ذَلِكَ، فَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً، فَإِنْ هُوَ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ عَشْرَ حَسَنَاتٍ إِلَى سَبْعِ مِائَةِ ضِعْفٍ إِلَى أَضْعَافٍ كَثِيرَةٍ، وَمَنْ هَمَّ بِسَيِّئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً، فَإِنْ هُوَ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ سَيِّئَةً وَاحِدَةً – رواه البخاري

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah menetapkan nilai kebaikan dan kejahatan, kemudian Dia menjelaskannya. Maka barangsiapa berniat mengerjakan kebaikan tetapi tidak dikerjakannya, Allah mencatatnya sebagai satu kebaikan yang sempurna. Jika ia berniat untuk berbuat kebaikan lalu ia mengerjakannya, Allah mencatatnya sebagai 10 sampai 700 kali kebaikan atau lebih banyak lagi. Jika ia berniat melakukan kejahatan, tetapi ia tidak mengerjakannya, Allah mencatatkan padanya satu kebaikan yang sempurna. Jika ia berniat melakukan kejahatan lalu dikerjakannya, Allah mencatatnya sebagai satu kejahatan.” 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Firman Allah dalam Surah Ibrahim ayat 40 surah :

 رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ ﴿٤٠

Maksudnya : Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku

Ketika menyoroti  proses melahirkan zuriat keturunan yang soleh oleh nabi Ibrahim a.s maka kita lihat bagaimana pentingnya usaha ikatan kita dengan Allah melalui doa dan tarbiah yang berterusan. Zuriat soleh ini merupakan matlamat penting hidup berkeluarga kerana kita manusia memikul amanah kepimpinan yang berat di mana nabi s.a.w bukan hanya berbangga dengan jumlah yang ramai tetapi yang paling penting iaitu kualiti zuriat keturunan dari segi keimanan, akhlak dan amal soleh. Ibubapa jangan hanya meletakkan harapan untuk menumpang tuah anak-anak untuk kesenangan duniawi semata-mata sebaliknya apa yang lebih penting untuk dapat menumpang tuah anak soleh selepas kematian kita nanti.

Imam al-Ghazali ada berpesan: “Anak-anak adalah amanah atas ibu bapa. Jika sudah terbiasa dengan perkara kebaikan, anak itu akan membesar dalam kebaikan dan biasa dengannya. Sebaliknya, jika dibesarkan dalam suasana yang tidak baik dan dipersiakan seperti haiwan, menderitalah dia dan binasa. Dosa juga akan ditimpakan ke atas orang yang dipertanggungjawabkan itu.”

Ibn Khaldun pula mengingatkan: “Al-Quran adalah ilmu pertama yang dipelajari oleh anak-anak kerana mempelajari al-Quran adalah satu syiar agama yang dipelopori oleh orang-orang Islam dan diteruskan oleh semua orang Islam di negeri-negeri mereka kerana al-Quran yang menguatkan iman dan cara untuk mengasah kebolehan-kebolehan lain.”

مَا تَعُدُّونَ الرَّقُوبَ فِيكُمْ؟ قَالَ قُلْنَا: الَّذِي لَا يُولَدُ لَهُ، قَالَ: «لَيْسَ ذَاكَ بِالرَّقُوبِ وَلَكِنَّهُ الرَّجُلُ الَّذِي لَمْ يُقَدِّمْ مِنْ وَلَدِهِ شَيْئًا – رواه أحمد

Maksudnya : “Tahukah engkau siapakah yang mandul?” Para sahabat menjawab; “Orang yang mandul ialah orangyang tidak mempunyai anak”.  Lalu Rasulullah bersabda; Orang mandul yang sebenar ialah orang yang mempunyai ramai anak, tetapi anak-anaknya tidak memberi manfaat kepadanya.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

قَالَ الرَّسُوْلُ  : مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّناَ – رواه ابن ماجه

Maksudnya : Sesiapa yang mempunyai kemampuan sedangkan dia tidak melakukan ibadat korban maka janganlah dia mendekati tempat solat kami

Antara amalan terbaik ketika menyambut hari raya korban ini hingga berakhirnya hari tasyriq iaitu hari ke-13 daripada Zulhijjah nanti ialah ibadat korban. Antara hikmat ibadat korban ialah untuk menanam sikap suka membantu orang yang lebih susah disamping membuang sifat bakhil. Untuk mengatasi sifat bakhil ini Imâm al-Ghazâlî memberikan 2 jalan yang saling berkaitan iaitu:

[1] Secara ilmiah atau teori di mana kita perlu faham bagaimana Sifat bakhil itu akan membawa kehinaan di dunia dan kebinasaan di akhirat kelak. Harta itu, betapa pun banyaknya, tidak akan menyertai dan tidak pula kita bawa ke dalam lubang kubur. Harta merupakan milik Allah yang dilimpahkan kepada hamba-Nya untuk dipergunakan sesuai dengan petunjuk-Nya. Menahan harta kerana ingin berfoya-foya dengannya, merupakan tabiat binatang dan nilainya hanya sementara. Sedangkan menginfakkan harta di jalan Allah merupakan amalan yang bijak dan pahalanya akan abadi dan berlipat ganda.  Harta yang tidak diinfakkan dengan maksud untuk diwariskan kepada anak-cucu, seakan-akan seseorang itu meninggalkan kekayaan kepada anak cucu sedangkan dia sendiri menghadap Allah dengan membawa kejahatan. Ini benar-benar tindakan kurang cerdik. Seandainya anaknya kelak menjadi anak yang soleh, Allah pasti akan mencukupi rezekinya. Namun apabila anaknya fasik, pasti harta itu dipergunakan untuk kemaksiatan. Justeru harta warisan itu menjadi peluang bagi perbuatan maksiatnya. Hal tersebut akan membuat orang tua menderita, sementara yang lain menikmatinya.

Manakala cara ke- [2] Secara Amaliah  atau praktikal pula iaitu Untuk sementara waktu tidaklah mengapa bila pertama kali membayangkan mendapatkan balasan lebih banyak sehingga dapat memotivasi diri untuk senang berinfak. Lama kelamaan dengan sentiasa mendisiplinkan diri untuk rajin berinfak, sehingga akhirnya menjadi lapang dan terbiasa dengan sifat pemurah sehingga hilang sifat bakhil

Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 126 :

وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ اجْعَلْ هَٰذَا بَلَدًا آمِنًا وَارْزُقْ أَهْلَهُ مِنَ الثَّمَرَاتِ مَنْ آمَنَ مِنْهُم بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۖ قَالَ وَمَن كَفَرَ فَأُمَتِّعُهُ قَلِيلًا ثُمَّ أَضْطَرُّهُ إِلَىٰ عَذَابِ النَّارِ ۖ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ ‎﴿١٢٦﴾‏

Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka”. Allah berfirman:” (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali”. 

Doa nabi Ibrahim a.s banyak dirakamkan di dalam al-Quran untuk kita amalkan dan hayati dalam kehidupan seharian. Antaranya doa berkaitan keamanan negara dan keberkatan dengan rezeki termasuk hasil pertanian. Ketika berdepan dengan krisis ekonomi dan sumber makanan maka kita dapat saksikan kebanyakan negara umat Islam dianugerahkan dengan tanah yang subur. Oleh itu nikmat ini tidak sepatutnya disia-siakan sehingga kita terus menjadi pengimport kepada hasil pertanian dan penternakan daripada negara luar yang merugikan kita dalam jangka pendek dan panjang. Kerana itulah negara maju pada masa kini berlumba-lumba untuk meningkatkan produktiviti hasil pertanian dan penternakan mereka. Tidaklah pelik sebahagian negara menjadikan hasil pertanian dan penternakan sebagai salah satu daripada hasil utama negara mereka. Sebagai contoh negara yang mengamalkannya ialah New Zealand dan Australia yang begitu giat menghasilkan penternakan kambing biri-biri dan lembu. Taiwan walau pun buminya sempit tetapi mampu menjadi pengeksport kulat terbesar di dunia. Mereka menjadi negara pengeksport utama hasil penternakan dan juga pertanian. Berdasarkan kepada kenyataan ini, dengan penuh keinsafan, maka hendaklah kita memanfaatkan hasil bumi supaya jangan ditinggalkan kosong dan sia-sia tanpa sebarang penghasilan. Berdasarkan kepada satu hadis yang diriwayatkan oleh Jabir Ibn Abdullah R.A

قَالَ الرَّسُوْلُ  : مَنْ كَانَتْ لَهُ أَرْضٌ فَلْيَزْرَعْهَا فَإِنْ لَمْ يَزْرَعْهَا فَلْيُزْرِعْهَا أَخَاهُ – رواه مسلم

Maksudnya: “Barangsiapa yang memiliki tanah, hendaklah dia bercucuk-tanam padanya ataupun diserahkan tanah itu kepada saudaranya (untuk bercucuk-tanam).”

Malah nabi s.a.w menggambarkan kepada kita betapa pentingnya bidang pertanian sehinggakan hampir kiamat pun digalakkan lagi bercucuk tanam . Ini menunjukkan bidang pertanian tidak boleh diabaikan sama sekali kerana ia adalah penyumbang utama kepada kehidupan manusia. Pertanian merupakan satu ibadah.

قَالَ الرَّسُوْلُ  :إِنْ قامَتِ السَّاعَةُ وَفِي يَدِ أَحَدِكُمْ فَسِيلَةٌ، فَإِنِ اسْتَطَاعَ أَنْ لَا تَقُومَ حَتَّى يَغْرِسَهَا فَلْيَغْرِسْهَا – رواه أحمد

Maksudnya: “Jika terjadi hari kiamat sementara di tangan salah seorang dari kamu ada sebiji benih tanaman, maka jika dia mampu sebelum terjadi hari kiamat untuk menanamnya maka tanamlah.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

خطبة كدوا

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ…….فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ …. فرمان الله تعالى دالم أية  34 سورة  النمل :

قَالَتْ إِنَّ الْمُلُوكَ إِذَا دَخَلُوا قَرْيَةً أَفْسَدُوهَا وَجَعَلُوا أَعِزَّةَ أَهْلِهَا أَذِلَّةً ۖ وَكَذَٰلِكَ يَفْعَلُونَ

Maksudnya : Ratu Balqis berkata: “Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia kepada hina-dina; dan demikian itulah mereka akan lakukan

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,

Ketika merenungi perjalanan hidup nabi Ibrahim a.s dan juga nabi Muhammad s.a.w yang hidup dalam suasana masyarakat jahiliah yang menyembah berhala di mana keadaan sekitar biasanya banyak mempengaruhi kehidupan seseorang. Namun kedua-dua nabi yang mulia sentiasa berada di bawah jagaan dan kawalan Allah sehingga bukan sahaja tidak tergugat iman mereka malah mampu meruntuhkan jahiliah tersebut dan didirikan kehebatan Islam atasnya.

Sebagai manusia biasa maka kita perlu mempunyai jati diri yang kuat agar tidak mudah dijajah oleh musuh Islam walau dengan apa cara sekali pun. Kita dapat lihat bagaimana penjajahan melalui media sosial amat membimbangkan  sehingga cara kehidupan yang bercanggah dengan Islam mula mulai tumbuh secara perlahan serta perubahan terhadap nilai-nilai dan pemikiran umat Islam yang beralih kepada budaya barat seperti kebendaan, penting diri sendiri, sukakan hiburan melampau dan mabuk untuk mendapat perhatian dengan mempamerkan gambar atau video walau pun bercanggah dengan syarak demi mengejar perhatian orang ramai

Ibnu Khaldun  menegaskan dalam karyanya, al-Muqaddimah: “Bangsa yang lemah itu mudah terpengaruh dengan bangsa yang kuat (yang menjajahnya), sehingga terikut cara hidupnya dan berfikir. Termasuklah juga budaya dan bahasa, khususnya dalam aspek negatif yang tidak membantu untuk memperkasakan umatnya sendiri.”

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Keberadaan kita pada hari raya korban yang mulia ini juga jangan kita lupa untuk berkorban samada dengan harta mahu pun doa dalam membantu saudara seagama yang sedang berdepan dengan masalah penjajahan moden dengan peperangan, kebuluran sebagaimana di Palestin, Syria, Iraq, Yaman,  Myanmar, Selatan Thailand dan sebagainya.

 قَالَ الرَّسُوْلُ  :الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ – رواه البخاري ومسلم

Maksudnya : Seorang Muslim adalah saudara orang Muslim lainnya. Ia tidak boleh menzaliminya dan tidak boleh membiarkannya diganggu orang lain (bahkan ia wajib menolong dan membelanya) . Sesiapa membantu kesusahan saudaranya, maka Allâh sentiasa akan menolongnya. Sesiapa melapangkan kesulitan orang Muslim, maka Allâh akan melapangkan baginya dari salah satu kesempitan di hari Qiamat dan barangsiapa menutupi (aib) orang Muslim, maka Allâh menutupi (aib)nya pada hari Kiamat

Akhir kata selamat menyambut Aidil Adha dan selamat mengerjakan ibadat korban bermula pagi ini hinggalah berakhir hari tasyriq 13 Zulhijjah nanti. Bahagiakan daging korban kepada saudara yang memerlukan agar mereka turut merasai nikmat Allah dan betapa manisnya nikmat persaudaraan Islam.

 اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ  وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ  وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ   , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى فَلَسْطِين وَفِى سوريا  وَفِى Myanmar   وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا  اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . للَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ. اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ. نَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ.  اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَأَضْحِيَتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: