• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3











  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,677,030 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 6,409 other followers

3. KHUTBAH EIDIL ADHA 1423H


خطبة فرتام

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 2  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ .  وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  . أَمَّا بَعْدُ…… فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ …….. فرمان الله تعالى دالم أية  78   سورة  الحجّ :

وجــهدوا فى الله حق جهاده   هو اجتبـئكم وماجعل عليكم فى الدين من حرج ملة أبيكم إبرهيم هو سمــكم المسلمين من قبل وفى هذا ليكون الرسول شهيدا عليكم وتكونوا شهداء على الناس فأقيموا الصلوة وءاتوا  الزكوة واعتصموا بالله هو مولئكم فنعم المولى ونعم النصير

Maksudnya : Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan bagi kamu dalam agama itu suatu kesulitan. Ikutilah agama orang tuamu nabi Ibrahim. Dia (Allah) telah menamakan kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu dan begitu pula dalam al-Quran ini supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia. Maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong

 

Muslimin/mat yang dirahmati Allah

            Ketibaan Eidul Adha buat sekian kalinya disambut dengan laungan tahmid memuji Allah dan laungan takbir membesarkan Allah oleh seluruh umat Islam tidak kira di mana mereka berada. Keindahan Islam nampak lebih terserlah dengan anugerah hari raya kepada umatnya di dalam memupuk rasa kasih sayang dan semangat perpaduan. Jika kedatangan Eidil Fitri pada bulan Syawal yang baru lalu selepas selesai umat Islam menunaikan ibadat khusus puasa Ramadhan maka kedatangan Eidil Adha pula selepas umat Islam yang tidak menunaikan fardhu haji disunatkan berpuasa sunat hari Arafah disamping digalakkan pula untuk melakukan ibadat korban pada hari raya pertama dan seterusnya pada hari-hari tasyriq. Jika sebelum solat sunat hari raya Eidil Fitri baru-baru ini kita diwajibkan menunaikan zakat fitrah bagi diagihkan kepada asnaf yang memerlukan bantuan manakala dalam menyambut Eidil Adha pula kita digalakkan melakukan ibadat korban selepas solat hari raya di mana dagingnya disedekahkan kepada saudara kita yang memerlukannya. Setelah kita perhatikan dengan teliti bagaimana anugerah kedua-dua hari raya ini bukan semata-mata untuk bergembira sebaliknya mempunyai 2 matlamat yang lebih besar iaitu merapatkan ikatan perhubungan kehambaan terhadap Allah dan seterusnya merapatkan ikatan kasih sayang sesama insan.

Sifat kehambaan dan perpaduan lebih dirasai bagi jemaah haji di Mekah terutama ketika sama-sama berkumpul di padang Arafah. Budaya cintakan ilmu dan semangat perpaduan sentiasa dihidupkan oleh Islam terutama sehari dalam seminggu iaitu pada hari Jumaat maka umat Islam dikumpulkan untuk mendengar khutbah dan solat Jumaat berjemaah, 2 kali dalam setahun pula umat Islam dikumpulkan untuk menunaikan solat sunat hari raya dan mendengar khutbah dan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup umat Islam yang berkemampuan untuk mengerjakan haji dikumpulkan di padang Arafah untuk solat berjemaah dan mendengar khutbah. Amat malang jika umat Islam masih gagal menghayati keindahan Islam melaluinya serta hanya merasai perasaan taqwa kepada Allah ketika ibadat khusus sahaja seperti sembahyang, puasa sedangkan tidak takut kepada Allah ketika berurusan di pejabat, berurus niaga di pasar, bergaul dengan manusia akibat dihidapi pegangan sesat sekulerisme yang memisahkan agama dan urusan keduniaan.

الله أكبر ! الله أكبر ! الله أكبر ولله الحمد

فرمان الله دالم أية 103 هيغك 107 سورة الصافات

فلما أسلما وتله للجبين وندينه أن يإبراهيم قد صدقت الرؤيا إنا كذلك نجزى المحسنين  إن هذا لهو البلؤا المبين  وفدينه بذبح عظيم

Maksudnya : Setelah keduanya berserah bulat-bulat ( menjunjung perintah Allah) dan nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya atas tompok tanah ( untuk disembelih) serta Kami menyerunya :”Wahai nabi Ibrahim! Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu”. Sesungguhnya  ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebuskan anak itu dengan sembelihan yang besar.

            Ayat ini memberi pengajaran yang besar kepada kita bagaimana erti keyakinan dan pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh nabi Ibrahim dan anaknya Ismail dalam melaksanakan perintah Allah melalui mimpi benar. Keyakinan yang mendalam dan pengorbanan yang berharga kerana Allah tidak akan dimiliki tanpa ilmu dan kepatuhan yang tidak berbelah bahagi kepada Allah. Ia semestinya dicontohi oleh kita semua terutama dalam menyatukan kembali umat Islam di bawah satu sistem hidup iaitu Islam. Perpecahan yang berlaku di kalangan umat Islam bukan disebabkan  kebenaran Islam tetapi akibat kedegilan sesetengah umat Islam yang  jahil tentang ajaran Islam yang menyeluruh untuk tunduk kepada seluruh sistem Islam. Akhirnya timbulnya suatu pertembungan antara pemimpin dan mereka yang jahil dengan golongan rakyat yang berilmu dan faham agama di mana kedua belah pihak saling berkorban demi memenuhi antara tuntutan nafsu dengan tuntutan agama. Golongan pemimpin lebih suka melaungkan agar rakyat mengejar kemewahan dunia dengan cuba melenyapkan panduan agama dalam masalah halal haram yang menyebabkan golongan faham agama yang ikhlas memperjuangkan Islam bangun memberi peringatan agar pemimpin dan rakyat mesti lebih mengejar akhirat tanpa melupakan kemewahan dunia. Ini antara sebab yang membawa kepada perpecahan tetapi jika kita perhatikan kepada puncanya maka Islam telah memberi ubat penawar dalam menangani masalah ini iaitu dengan mematikan hawa nafsu yang meminta agar terlalu mengejar dunia sehingga melupakan kita kepada hari akhirat tempat kembalinya kita.  Apa untungnya kita mengorbankan hari akhirat kita kerana terlalu terpesona dengan godaan dunia yang menyebabkan kita akan sesal yang tidak berkesudahan apabila bertemu Allah di akhirat nanti. Ingatlah sabda nabi s.a.w dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi daripada Jabir :

قَالَ الرَّسُوْلُ : إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَتَخَوَّفُ عَلَى أُمَّتِي الَهَوى وَطُوْلُ الأمَلِ فَأَمَّا الَهَوى فَيَصُدُّ عَنِ الحَقِّ وَأَمَّا طُوْلُ الأمَلِ فَيُنْسِئُ الآخِرَةَ وَهذِهِ الدُّنْيَا مُرْتَحِلَةٌ ذَاهِبَةٌ وَهذِهِ الآخِرَةُ مُرْتَحِلَةٌ قَادِمَةٌ وَلِكُلِّ وَاحِدَةٍ مِّنْهُمَا بَنُوْنَ فَإِنِ اسْتَطَعْتُمْ أَنْ لاتَكُوْنُوْا مِنْ بَنِي الدُّنْيَا فَافْعَلُوْا فَإِنَّكُمُ اليَوْمَ فِى دَارِ العَمَلِ وَلاحِسَابَ وَأَنْتُمْ غَدًا فِى دَارِ الآخِرَةِ وَلاعَمَلََ

Maksudnya : Sesungguhnya perkara yang sangat aku bimbang terrhadap umatku ialah hawa nafsu dan panjang cita-cita. Ini adalah kerana hawa nafsu itu menghalang daripada menerima kebenaran dan panjang cita-cita pula akan melupakan hari akhirat. Ingatlah bahawa dunia ini pada setiap saatnya berlalu pergi dan akhirat pula pada setiap saatnya berjalan datang sedangkan setiap satu-satunya ada orang yang kasih dan setia kepadanya. Jika kamu mampu agar tidak menjadi hamba dunia maka lakukanlah kerana kamu pada hari ini berada di kampung dunia yang ada padanya peluang untuk kamu beramal dan belum ada sebarang hisab sedangkan kamu pada hari esok akan berada di kampung akhirat yang ada padanya hisab dan tiada lagi peluang bagi berbuat sebarang amal.

 

 

Muslimin/mat yang diberkati Allah,

Islam merupakan agama langit yang menggalakkan kepada kemajuan berdasarkan wahyu bukannya hawa nafsu. Kemajuan dan kemewahan dunia sepatutnya ditafsir mengikut kehendak Islam bersumberkan wahyu bukannya mengikut fahaman kebendaan bersumberkan nafsu. Umat Islam dilarang terlalu mengagungkan tamadun kebendaan barat yang hanya berjaya pada kebendaannya tetapi gagal dalam masalah rohani atau kemanusiaannya yang menyebabkan lahirnya manusia pengganas yang bergerak atas nafsu dan dendam dalam menguasai antara satu sama lain. Barat mengakui kegagalan mereka dalam membina jiwa manusia akibat menafikan peranan agama dalam pembinaan tamadun bersepadu. Oleh itu nilai Islam dan ilmu agama jangan dilihat dari sudut kebendaan semata-mata tetapi ia mesti dilihat dari sudut peranannya yang lebih penting iaitu dalam dalam membina tamadun rohani yang mampu menjanjikan kebahagiaan hakiki di dunia dan akhirat. Adalah amat malang apabila pemimpin sanggup memerangi habis-habisan sekolah agama rakyat sedangkan ia telah banyak menabur jasa semenjak sebelum merdeka lagi. Tindakan ini atas alasan bahawa pengajian agama tidak menjamin masa depan dan tidak membantu dalam memajukan negara sedangkan masalah pengangguran, jenayah dan sosial yang semakin meningkat bukan disebabkan pengajian agama. Kerja bagi pelajar agama memang terhad jika pemimpin terus bertindak sebagaimana penjajah dengan menutup rapat ruang kepada golongan agama dalam memberi khidmat kepada masyarakat secara rasmi serta mahu melihat golongan agama hanya berperanan sebagaimana paderi Kristian atau sami Budha dan Hindu yang terbatas dalam bab ibadat khusus, nikah kahwin, tukang baca doa sahaja. Kerja kepada golongan agama juga semakin banyak jika pemimpin mahu melaksanakan seluruh system Islam dalam negara terutama pakar perundangan Islam dalam melaksanakan hokum hudud dan qisas, pakar ekonomi Islam, perawat penyakit sosial, pendakwah dalam mengembalikan semula ribuan umat Islam yang telah murtad serta perluasan dakwah kepada orang bukan Islam sehingga kita tidak lagi bermusuh dengan orang Cina dan India apabila semakin ramai daripada kalangan mereka telah memeluk Islam. Jika penghapusan jawi sebelum ini telah melahirkan rakyat buta al-Quran dan agama apatah lagi jika hancurnya sekolah agama. Kita peringatkan pemimpin bahawa jika pakar ilmu moden seperti kedoktoran, kejuteraan dan sebagainya dianggap berjasa kerana berjaya membangunkan tamadun kebendaan maka pakar ilmu agama lebih berjasa kerana berjaya membina tamadun rohani dan membantu dalam menunjukkan cara yang betul dalam menghidupkan tamadun kebendaan. Ingatlah kita bagaimana dengan adanya golongan faham agama yang soleh yang sentiasa menyuruh kepada makruf dan menegah daripada kemungkaran telah membawa kepada amannya negara daripada bala yang besar seperti peperangan dan sebagainya sebagaimana firman Allah dalam ayat 117 surah Huud :

 وماكان ربك ليهلك القرى بظلم وأهلها مصلحون   

Maksudnya : Dan Tuhanmu sekali-kali tidak akan membinasakan  sesebuah negeri dengan zalim sedangkan ada penduduknya yang memperbetulkan keburukan di kalangan mereka

 

الله أكبر ! الله أكبر ! الله أكبر ولله الحمد

Kita perlu sedar sebelum terlambat bahawa setiap tindakan pemimpin dalam melawan Islam atas alasan kemajuan dan perpaduan hanyalah pembohongan semata-mata. Sebenarnya pemimpin mahu menjadikan negara ini sebagaimana Turki iaitu sekuler penuh. Pemimpin hanya menerima agama apabila menguntungkan mereka tetapi akan melawan habisan-habisan jika merugikan kedudukan mereka. Pemimpin membina alasan berdasarkan akal agar setiap tindakan mereka dalam menghancurkan peranan agama diterima oleh rakyat jelata termasuk menggunakan golongan agama yang mudah ditipu atau sanggup menjadi alat kepada nafsu pemimpin. Golongan yang jahil ini tidak sanggup melaksanakan sistem Islam yang jelas bercanggah dengan fahaman mereka tetapi lebih rela menerima pakai sistem ciptaan manusia dalam menggerakkan perjalanan kepada pentadbiran, perundangan, ekonomi, sosial dan sistem kehidupan yang lain seperti menggunakan sistem sosialis, kapitalis yang dikuasai fahaman sekulerisme iaitu pemisahan antara agama dan urusan hidup di mana pelaksanaannya diubah mengikut kesesuaian tempat. Jika di Turki yang dijadikan negara sekuler penuh telah mengharamkan pemakaian kopiah maka kita disini baru memulakan pengharamannya di tempat tertentu. Jika di Turki diharamkan pemakaian tudung tetapi kita di sini baru bermula di hotel contohnya dan diikuti dengan serangan saraf  bahawa bertudung atau tidak bertudung tidak menunjukkan baik dan buruknya seseorang serta dakwaan bahawa orang arab bertudung kerana banyaknya debu di sana. Jika di Turki dilarang terus memakai serban tetapi di sini hanya diserang bahawa pemakaian serban menyebabkan lembab otak yang membawa kepada tidak betulnya ilmu pemakainya. Jika di Turki telah lama menutup sekolah agama dan penghapusan bahasa Arab maka di sini baru bermula dengan diperangi sekolah agama. Jika di Turki telah lama dihapuskan nama Islam maka di sini telah berlangsung usahanya walau pun ditahan oleh Majlis Raja-raja Melayu. Oleh itu sebelum agama digadai maka kita sebagai mereka yang mengaku beriman kepada Allah dan rasulNya wajib bangun menentang tindakan yang tidak bertamadun ini agar kita tidak menyesal di kemudian hari. Sanggupkah kita melihat anak-anak kita sebagai generasi akan datang akan hidup dalam sebuah negara sekuler yang bebas melakukan apa sahaja melainkan mengamalkan cara hidup Islam sebagaimana dialami oleh rakyat Turki. Pemimpin boleh memberi seribu alasan tetapi hakikatnya mereka adalah pengkhianat agama yang rela melihat agama diperangi daripada melihat ideologi sekulerisme mereka dikuburkan. Jangan biarkan lahirnya Mustafa Kamal at-Tartuk Laknatullah yang kedua dalam negara ini. Cukuplah dengan penderitaan umat Islam sedunia selepas hilangnya sistem khilafah akibat terpedaya dengan hasutan sekulerisme bawaan Mustafa Kamal at-Tartuk.

Seorang sarjana Islam ( Mustafa Muhammad ) telah menulis bagaimana perancangan dan pergerakan licik yang digunakan oleh Mustafa Kamal at-Tartuk laknatullah dalam meruntuhkan khilafah Islamiah dan seterusnya membina sebuah negara sekuler di Turki dengan ungkapannya :

“ Sesungguhnya Mustafa Kamal telah menyelinap masuk ke dalam pemikiran orang ramai secara sembunyi dalam mencapai matlamatnya di mana pemikirannya meresap secara beransur-ansur dari masa ke semasa. Maka dia pada suatu peringkat beralasan mahu menyatukan negara dan menghalau keluar perampas yang menjajah..Dan ketika para pembantunya memberi syarat kepadanya agar dia tidak menyentuh kedudukan institusi Khilafah sebagai balasan daripada sokongan mereka kepadanya lalu dia menegaskan dengan bersungguh-sungguh bahawa dia akan berpegang teguh dengan permintaan itu…Kemudian kita melihat dia mula memisahkan kekuasaan daripada Khilafah..dan kemudian kita melihat pula bagaimana dia menghapuskan sepenuhnya institusi Khilafah..Dan akhirnya dia mengistiharkan pula penubuhan sebuah Republik dan menyeru secara terang-terangan kepada sekulerisme dan penghapusan Islam. Perlu diingat bagaimana pada setiap peringkat itu dia sentiasa menggunakan ahli fikir yang bersesuaian dengan peringkat yang dilalui itu. ..Dan suatu perkara yang biasa dilihat bagaimana Mustafa Kamal mempergunakan para ulama’ di dalam setiap peringkat yang berbeza itu sehingga berjaya mengaburi mata umum tentang perancangan jahatnya dalam menjatuhkan Khilafah Islamiah dan seterusnya  menubuhkan negara Turki sekuler ”           

            Oleh itu berwaspadalah kita agar kita tidak menjadi mangsa kerakusan pemimpin yang telah lama berusaha agar negara ini menjadi sekuler penuh. Umat Islam yang benar-benar yakin kepada Islam tidak akan dipatuk di tempat yang sama oleh musuhnya.

Firman Allah dalam ayat 186 surah Ali ‘Imran :

لتبلون فى أمولكم وأنفسكم ولتسمعن من الذين أوتوا الكتب من قبلكم ومن الذين أشركوا أذى كثيرا وإن تصبروا وتتقوا فإن ذلك من عزم الأمور

Maksudnya : Kamu benar-benar akan diuji pada hartamu dan dirimu. Dan juga kamu benar-benar akan mendengar daripada mereka yang diberikan Kitab sebelum kamu dan daripada mereka yang menyekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

 

 

 

 

 

خطبة كدوا

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )

اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ…….فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ .فرمان الله تعالى دالم أية    64    سورة آل عمران :

قل يــأهل الكتـب تعالوا إلى كلمة سواء بيننا وبينكم ألا نعبد إلا الله ولانشرك به شيئا ولايتخذ بعضنا بعضا أربابا من دون الله فإن تولوا فقولوا اشهدوا بأنا مسلمون

Maksudnya : Katakanlah : “ Wahai ahli kitab!  Marilah berpegang kepada suatu kalimah ketetapan yang tiada perselisihan antara kami dan kamu di mana kita tidak akan menyembah kecuali Allah dan kita tidak  pula menyekutukanNya dengan sesuatu pun dan tidak juga sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai tuhan selain Allah”. Jika mereka berpaling maka katakanlah : “ Saksikanlah bahawa kami adalah orang-orang yang berserah diri kepada Allah “.

 

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,

Islam adalah agama yang menitik beratkan keamanan dan perpaduan bukannya agama yang menggalakkan keganasan sebagaimana yang dituduh oleh kuffar.  Islam sentiasa membuka ruang yang seluasnya kepada umatnya dan bukan Islam untuk mencari kata sepakat dalam membina perpaduan. Beberapa tahun sebelum terjadi peristiwa 11 September, dunia telah mendapat pemupukan dialog peradaban sekalipun tidak semua manusia mengikuti perkembangannya. Pada tahun 2001, di bawah pengesyoran pimpinan Iran, Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menjadikan tahun 2001 sebagai tahun dialog peradaban. Malangnya zionis yahudi yang telah nampak bahawa usaha murni ini akan membolehkan Islam menang mudah dan tersebar dengan pesat yang boleh menyebabkan usaha yahudi untuk menguasai dunia tergugat telah melakukan serangan yang terancang dan kemudiannya menggelarkan Islam sebagai pengganas. Dunia perlu sedar bagaimana protokol zionis yahudi untuk menguasai dunia secara kekerasan telah menyebabkan dunia hari ini huru hara dan dicemari peperangan. Yahudi terus menghasut kuffar yang lain untuk menyerang umat Islam terutama di Afghanistan, India dan seterusnya cuba meranapkan Iraq demi memenuhi nafsu kapitalis yahudi yang menjadi kaya raya di atas sebarang peperangan yang diletuskan.

 

الله أكبر الله أكبر ولله الحمد

Jihad yang ada dalam Islam bukanlah untuk keganasan sebaliknya Islam hanya menggunakan kekuatan untuk maksud pertahanan diri atau menggerunkan musuh. Dalam Islam, persiapan perang mempunyai matlamat fi sabilillah. Ia bergerak dalam dua tujuan iaitu sama ada untuk mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh atau menghantar misi dakwah untuk menyebarkan Islam. Kedua-dua tujuan ini sangat jauh berbeza dengan melakukan persiapan lalu berperang, menyerang dan menjajah dengan tujuan mengembangkan tanah jajahan seterusnya mengaut hasil mahsul dari negara jajahan sebagaimana yang dilakukan oleh musuh Islam. Tiada istilah penjajahan dalam Islam sebaliknya apa yang ada ialah penyebaran keadilan Islam untuk dirasai oleh seluruh umat manusia di mana Islam lebih mengutamakan perdamaian daripada peperangan selagimana ruang damai masih ada. Peperangan hanya meletus apabila musuh Islam terus berkeras dalam melawan Islam atau menceroboh kesucian Islam. Ini jauh berbeza dengan kuffar yang sentiasa mencari jalan untuk berperang walau pun terpaksa merosakkan bumi dalam memastikan kuasa mereka bertahan demi mencapai keuntungan kebendaan semata-mata.

Firman Allah dalam ayat 61-62 surah al-Anfal :

وإن جنحوا للسلم فاجنح لها وتوكل على الله إنه هو السميع العليم وإن يريدوا أن يخدعوك فإن حسبك الله هو الذي أيدك بنصره وبالمؤمنين

Maksudnya : Dan jika mereka cenderong kepada perdamaian maka cenderonglah kepadanya dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah (Allah) Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan jika mereka bermaksud hendak menipumu maka sesungguhnya cukuplah Allah sebagai pelindungmu. Dialah(Allah) yang memperkuatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan mereka yang beriman.

 

Muslimin/mat yang dihormati sekalian,

            Oleh itu dalam menghayati pengorbanan besar nabi Ibrahim dan isterinya Siti Hajar serta anaknya nabi Ismail maka suatu sikap dalam melawan cabaran dunia mesti diambil. Perjuangkanlah seluruh sistem Islam agar negara kita dipenuhi ubat pencegah dan perawat penyakit sosial bukannya terus tunduk kepada sistem sesat penjajah yang membawa banyak penyakit daripada mencegahnya. Adakah suatu tindakan yang waras jika mahu menangani masalah arak dengan membina 27 kilang arak dalam negara. Adakah suatu yang wajar mahu memerangi pelacur dengan membuka lebih banyak kelab malam. Adakah suatu yang tepat mahu memerangi zina sedangkan cara pemakaian mendedah aurat digalakkan dan media massa sentiasa membangkitkan nafsu daripada memadamkannya. Adakah suatu yang bijak mahu menghapuskan AIDS dengan menambah pengedaran kondom. Inilah bahayanya apabila nafsu menjadi Tuhan dan akal menjadi panduan hidup mengatasi wahyu maka semuanya membawa kehancuran daripada membina keharmonian.

Sempena Eidul Adha ini kita disunatkan untuk melakukan ibadat korban. Sesiapa yang mampu maka tunaikanlah ibadat korban ketika ramai saudara seagama yang menjadi korban kekejaman pengganas kuffar seperti di Afghanistan, Iraq dan Palestin. Gunakanlah peluang yang ada untuk menyembelih binatang korban ketika ramai saudara kita disembelih oleh kuffar durjana. Selamat hari raya Eidul Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.

اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ  وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ  وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ   , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى لبنان وَفِى سوريا وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا  اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: