• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3












  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,686,417 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 6,427 other followers

4. KHUTBAH EIDIL ADHA 1424H


 

 

خطبة فرتام

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 2  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ .  وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  . أَمَّا بَعْدُ…… فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ…. فرمان الله تعالى دالم أية  2-3   سورة  الصف:

يــأيهاالذين ءامنوا لم تقولون مالاتفعلون كبر مقتا عند الله أن تقولوا مالاتفعلون

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak kotakan. Amat besar kebencian di sisi Allah S.W.T bahawa kamu mengatakan apa yang kamu tidak kerjakan.

 

Muslimin/mat yang dirahmati Allah S.W.T,

Islam merupakan agama langit yang lengkap dan sempurna ajarannya meliputi seluruh sistem hidup manusia. Islam  bukan agama pertapaan yang memisahkan antara urusan peribadatan dan kemasyarakatan. Oleh itu anugerah Eidil Adha yang sama-sama kita sambut pada hari ini merupakan antara ajaran Islam untuk merapatkan lagi hubungan antara manusia dengan Allah S.W.T dan hubungan antara manusia sesama manusia. Beruntunglah umat Islam yang menyambut ketibaan Eidil Adha ini dengan sikap tunduk serta patuh kepada seluruh ajaran Islam termasuk berpuasa sunat pada hari Arafah yang dijanjikan pengampunan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang. Kita hendaklah menjadikan hari raya sebagai hari ibadat bukannya adat apatah lagi maksiat. Sebagai rakyat kepada sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan agama maka kita wajib membezakan hari raya kita dengan agama lain. Hari raya kita tidak boleh dikongsi dengan hari raya agama lain kerana ia melibatkan aqidah, ibadat dan akhlak bukan semata-mata keseronokan. Tidak menjadi suatu kesalahan untuk turut meraikan orang bukan Islam ketika mereka menyambut hari raya mereka tetapi kita mestilah menjaga garisan yang telah ditetapkan oleh Islam agar tidak terlibat dengan upacara dan adat yang boleh merosakkan aqidah serta tidak pula melakukan maksiat.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

فرمان الله دالم أية 103 هيغك 107 سورة الصافات

فلما أسلما وتله للجبين وندينه أن يإبراهيم قد صدقت الرؤيا إنا كذلك نجزى المحسنين  إن هذا لهو البلؤا المبين  وفدينه بذبح عظيم

Maksudnya : Setelah keduanya berserah bulat-bulat ( menjunjung perintah Islam) dan nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya atas tompok tanah ( untuk disembelih) serta Kami menyerunya :”Wahai nabi Ibrahim! Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu”. Sesungguhnya  ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebuskan anak itu dengan sembelihan yang besar.

                Setiap kali tibanya Eidil Adha maka umat Islam sentiasa dingatkan tentang keyakinan dan pengorbanan besar yang telah ditunjukkan oleh nabi Ibrahim dan anaknya Ismail dalam melaksanakan perintah Islam melalui mimpi benar agar melakukan suatu diluar kewarasan manusia iaitu menyembelih anak tersayang di mana ia ditunaikan tanpa banyak pertanyaan.

            Oleh itu yakinlah kita bahawa  umat yang dimuliakan oleh Allah S.W.T ialah umat yang sentiasa berfikir dan berusaha dalam melaksanakan sistem Islam sedangkan umat yang dihina oleh Allah S.W.T ialah umat yang sentiasa berfikir dan berusaha bagaimana cara untuk tidak melaksanakan sistem Islam yang menyeluruh dalam kehidupan. Jika umat sebelum diutuskan nabi Muhammad s.a.w hidup dalam kesesatan dan kezaliman akibat terputus dakwah Islam maka keadaan yang lebih malang berlaku pada hari ini apabila ramai umat Islam sendiri memilih cara hidup jahiliah daripada Islam apabila wahyu telah diketepikan akibat lebih suka menyembah nafsu. Umat Islam sendiri dengan lapang dada menerima pelaksanaan undang-undang ciptaan manusia yang jelas sesat dan zalim tetapi dalam masa yang sama sentiasa mempertikaikan keadilan sistem Islam walau pun ia telah terbukti berjaya dalam membina tamadun kebendaan dan kemanusiaan. Betapa malangnya apabila ada umat Islam yang banyak menyoal tentang sistem Islam bertujuan untuk menimbulkan keraguan bukannya untuk memahami dan melaksanakannya sehingga sikap mereka ini seumpama Bani Israel yang banyak bertanya kepada nabi Musa bukan untuk melaksanakannya tetapi bertujuan untuk lari daripada kewajipan.

Renungilah firman Allah S.W.T dalam ayat 108 surah al-Baqarah :

أم تريدون أن تسئلوا رسولكم كما سئل موسى من قبل ومن يتبدل الكفر بالإيمان فقد ضل سواء السبيل

Maksudnya : Atau apakah kamu hendak bertanya rasul kamu sebagaimana ditanya  atau diminta nabi Musa pada masa dulu. Dan sesiapa yang menukarkan keimanan itu dengan kekufuran maka sesungguhnya dia telah sesat daripada jalan yang lurus

 

Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T,

            Ilmu, amal dan ikhlas adalah suatu ikatan yang tidak boleh dipisahkan bagi memastikan perjalanan pentadbiran urusan dunia dan penjagaan kesucian agama dapat berjalan dengan baik tanpa dikhianati. Budaya tegur menegur dan nasihat menasihati dengan penuh tanggungjawab mestilah disuburkan dalam masyarakat agar segala tindakan yang dibuat sentiasa selaras dengan ajaran agama. Sikap terus berpuas hati dengan kejahilan atau berpada dengan ilmu sahaja tanpa beramal atau banyak bercakap kurang bertindak serta tidak suka mengotakan apa yang dikata disamping tidak suka menegur dan ditegur atau menasihati dan dinasihati merupakan suatu sikap yang merosakkan keamanan sesebuah keluarga melarat kepada masyarakat seterusnya negara. Allah S.W.T begitu benci kepada mereka yang bersikap buruk sebagaimana tersebut sehingga kerja menyuruh ke arah kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran hanya disebut tetapi tidak diikut.

            Peningkatan kadar jenayah dalam negara banyak berpunca daripada sikap buruk yang tidak mahu melaksanakan kebaikan disamping hanya tahu mengakui tentang keburukan tetapi tidak berusaha menjauhinya malah disuburkan lagi. Kita dapat menyaksikan bagaimana meningkatnya jumlah kemalangan sehingga jalanraya di negara ini menjadi antara yang paling merbahaya di dunia akibat sikap cuai pengguna ditambah dengan banyak keadaan jalanraya yang tinggi kos berbanding kualitinya disamping kegagalan memenuhi kehendak pengguna seperti pembinaan lebuhraya ke Terengganu dan Kelantan sepatutnya dipercepatkan memandangkan begitu ramai rakyat negeri tersebut menjadi pengguna ke pantai barat. Kita turut melihat betapa suburnya kegiatan lumba haram akibat tidak mampu untuk menyertai lumba halal di litar yang disediakan pemimpin sedangkan darah muda mereka sentiasa dibakar untuk berlumba. Inilah yang dikatakan menempah penyakit untuk diubati setelah parah bukan mencegah sebelum berubat.

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Jika umat Islam tiada sikap suka berkorban untuk Islam maka biasanya mereka akan mengorbankan agama untuk kepentingan peribadi. Tidak kurang umat Islam mendewakan akal yang dikuasai nafsu di mana mereka mudah melenting apabila mendengar arahan wahyu tetapi terus bersetuju apabila mendengar laungan nafsu seperti arahan menutup aurat kepada umat Islam atau berpakaian sopan kepada orang bukan Islam yang dianggap menyekat kebebasan sedangkan dalam masa yang sama mereka bersetuju wanita dijadikan bahan dagangan melalui iklan dan aktiviti yang menjijikkan. Ramai wanita Islam yang boleh bersolek begitu cantik untuk tontonan umum sedangkan begitu selekeh apabila bersama suami dan anak-anak. Apabila ditegur lalu Islam dikatakan membatas pergerakan sedangkan mereka lupa jika tidak didatangkan Islam nescaya wanita terus menjadi hamba nafsu dan barang dagangan. TV, akhbar, majalah menyuburkan lagi gejala keruntuhan akhlak sehingga jenayah semakin meningkat. Malah program Khidmat Negara yang akan bermula pada pertengahan bulan ini turut mengabaikan banyak adab agama termasuk pergaulan antara lelaki dan perempuan malah ada dakwaan bahawa waktu solat tidak dijadualkan secara hitam putih dalam program ini. Selagi Islam diletakkan dipunggung maka banyak penyakit terpaksa ditanggung. Mulianya kita kerana melaksanakan Islam dan hinanya kita akibat meninggalkan Islam.

Negara dikejutkan dengan peristiwa yang menyedihkan dalam masa 10 hari dengan kes rogol serta bunuh terhadap 2 pelajar berumur 10 tahun sehingga banyak suara mendesak agar dijatuhkan hukuman sebat di khalayak ramai. Namun begitu kita terus sedih apabila perundangan Islam yang kebanyakannya dilaksanakan secara terbuka di khalayak ramai terus diketepikan dalam menangani kes ini sedangkan negara ini diisytiharkan sebagai negara Islam. Sepatutnya gunakanlah peluang ketika umat Islam masih ramai di parlimen untuk membolehkan perundangan Islam dilaksanakan kerana selepas ini iaitu selepas banyak tempat dalam parlimen diserahkan kepada orang bukan Islam maka usaha ini semakin kabur malah negara ini dengan mudah jatuh ke tangan orang bukan Islam. Guna ketika ada dan waspada sebelum kena. Jangan abai semasa ada merintih apabila tiada.

Firman Allah dalam ayat 85 surah al-Baqarah :

…..أفتؤمنون ببعض الكتــب وتكفرون ببعض . فما جزاء من يفعل ذلك منكم إلا خزي فى الحيــوة الدنيا. ويوم القيــمة يردون إلى أشد العذاب وما الله بغــفل عما تعملون

Maksudnya : …..Adakah kamu beriman dengan sebahagian Kitab dan engkar terhadap sebahagian yang lain. Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripada kamu melainkan kehinaan dalam kehidupan dunia dan pada hari kiamat pula mereka akan dikembalikan kepada siksaan yang amat berat. Allah S.W.T tidak lengah daripada apa yang kamu lakukan.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Masalah turut bertambah apabila umat Islam lebih banyak berfikir bagaimana untuk berhibur sehingga melalaikan mereka daripada bertafakkur terhadap kewajipan  kepada agama dan negara serta hubungan mereka dengan Allah S.W.T. Umat Islam banyak menghabiskan wang dan masa untuk membeli hiburan dan keseronokan sehingga kurangnya masa untuk berzikir kepada Allah S.W.T dalam memastikan terus suburnya kebahagiaan hakiki dalam diri. Apabila jiwa umat Islam menjadi kosong lalu mereka mencari apa sahaja hiburan dan cara untuk mendatangkan keseronokan sehingga menjerumuskan mereka kepada najis dadah dan arak. Masalah dadah sahaja boleh menggugat keamanan negara sehingga begitu banyak wang rakyat dihabiskan untuk merawatnya disamping meningkatnya jenayah. Dadah bukan setakat masalah negara malah dunia sehingga kajian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) turut mengakui bagaimana cara yang pernah dibuat oleh kerajaan Taliban Afghanistan antara yang paling berjaya sehingga pengeluaran heroin secara global pada 2001 merudum sehingga dua pertiga malah pengeluarannya di Afghanistan menurun 99 peratus sebaliknya kejatuhan kerajaan Taliban selepas diserang oleh Amerika dan sekutunya telah menyaksikan bagaimana Afghanistan menjadi pengeksport heroin terbesar di dunia.

Masalah program hiburan maksiat yang tidak terbatas yang menyaksikan bagaimana malam tahun baru Masihi dijadikan pesta seks dan arak ditambah dengan program yang bakal mencemarkan kemuliaan 1 Muharram 1425 nanti apabila seorang penyanyi wanita barat ( Mariah Carey) bakal membuat persembahan di negara ini. Program maksiat bebas dan bertambah subur sedangkan program agama dan ilmu diberkas dan bertambah mundur. Inilah mungkin antara ciri utama negara Islam contoh yang sentiasa dilaungkan selain tindakan kejam meroboh surau dan berusaha menghancurkan sekolah agama.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Budaya mahu cepat dan mudah kaya turut menambah masalah umat Islam. Ramai yang terlibat dengan rasuah dan lebih malang ada di kalangan pegawai keselamatan yang terlibat dengan rompakan. Apabila pemikiran kebendaan semakin menebal menyebabkan taat setia kepada agama dan negara semakin kurang serta keikhlasan dalam menunaikan amanah rakyat semakin hilang. Sebab itulah Rasulullah pernah bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah iaitu antara 3 orang yang Allah S.W.T tidak bercakap dengan mereka pada hari kiamat serta tidak disucikan mereka dan mendapat azab pedih ialah:

…. وَرَجُلٌ بَايَعَ إِمَامًا لايُبَايِعَهُ إِلا لِدُنْيَا . فَإِنْ أَعْطَاهُ مِنْهَا وَفَى لَهُ وَإِنْ لَمْ يُعْطِهِ مِنْهَا لَمْ يَفِ لَهُ

Maksudnya : ….dan seorang lelaki yang taat setia kepada pemimpin di mana dia tidak taat kecuali kerana dunia. Jika pemimpin memberinya habuan maka dia tunai ketaatan baginya tetapi jika pemimpin tidak memberinya maka dia tidak mentaatinya

            Begitu juga sikap bergantung negara kepada judi dan arak yang merupakan dua perniagaan yang merosakkan akhlak telah menambah penyakit sedia ada. Penglibatan Tabung Haji dalam sebuah syarikat yang mengakui terlibat dengan syarikat judi begitu mengecewakan malah apabila sedar setelah 3 tahun diberitahu namun Tabung Haji tetap tidak menarik lagi pelaburan tersebut atas alasan menunggu harga saham kembali kepada harga asal. Ini akan menggalakkan lagi pergerakan syarikat judi terbabit menggunakan wang Tabung Haji. Al-Quran mengakui bahawa arak dan judi menguntungkan tetapi lebih banyak keburukannya berbanding manfaatnya kepada umat manusia sebagaimana ayat 219  surah al-Baqarah :

يسئلونك عن الخمر والميسر قل فيهما إثم كبير ومنــفع للناس وإثمهما أكبر من نفعهما ….

Maksudnya : Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah : “ Pada keduanya dosa besar dan manfaat kepada manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaat…….

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

خطبة كدوا

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )

اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ…….فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ .فرمان الله تعالى دالم أية    124    سورة البقرة :

وإذ ابتلى إبرهــم ربه بكلمــت فأتمهن قال إني جاعلك للناس إماما  قال ومن ذريتي قال لاينال عهدى الظــلمين

Maksudnya : Dan ketika nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa kalimat lalu baginda menyempurnakannya. Allah S.W.T berfirman :” Sesungguhnya  Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia”. Lalu nabi Ibrahim berkata :  “ Dan juga dari kalangan umatku”. Allah S.W.T berfirman : “ JanjiKu ini tidak mengenai orang-orang zalim “.

 

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,

Ujian demi ujian yang dicuba ke atas Nabi Ibrahim yang semenjak kecil lagi terpaksa berdepan dengan ayahnya Azar pembuat berhala, dibakar oleh Namrud akibat menghancurkan berhala, selepas dikurniakan zuriat setelah tua melalui Siti Hajar diminta pula meninggalkan Siti Hajar bersama nabi Ismail yang masih kecil di bumi Mekah yang gersang diikuti arahan menyembelihnya setelah dewasa. Setelah melalui percubaan yang banyak ini lalu nabi Ibrahim diiktiraf sebagai imam kepada seluruh manusia diikuti oleh zuriatnya yang soleh samada melalui Bani Israel keturunan nabi Yaakub yang banyak dilahirkan para nabi atau Bani Ismail yang turut dibangkitkan rasul termasuk nabi Muhammad s.a.w. Doa nabi Ibrahim agar zuriatnya menjadi pemimpin soleh dimakbulkan Allah S.W.T di mana zuriatnya termasuk Bani Israel yang engkar dan zalim dikecualikan daripada menjadi pemimpin berasaskan iman. Malah Bani Israel terus digelar yahudi akibat engkarnya mereka terhadap Allah S.W.T dan rasulNya. Yahudi inilah yang sedang mengganas di atas muka bumi ini di mana walau pun agama lain seperti Kristian, Budha dan Hindu turut tidak banyak menyebut tentang akhirat dalam kitab rekaan masing-masing namun mereka tidak seganas yahudi yang begitu rakus apabila mahu menguasai dunia memandangkan kitab rekaan yahudi termasuk Talmud menghalalkan keganasan dan penindasan terhadap umat selain yahudi yang dianggap tidak lebih daripada binatang.

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Firman Allah dalam ayat 135 surah al-Baqarah :

وقالوا كونوا هودا أو نصــرى تهتدوا  قل بل ملة إبراهــم حنيفا وما كان من المشركين

Maksudnya : Dan mereka (Yahudi dan Kristian) berkata :“ Jadilah kamu penganut yahudi atau nasrani nescaya kamu mendapat petunjuk”. Katakanlah : “ Tidak! Bahkan agama nabi Ibrahim lah yang lurus.Dan bukanlah nabi Ibrahim daripada orang musyrik

            Pertembungan antara Islam dengan Kristian terus berlangsung di mana mereka terus cuba mengkristiankan umat Islam. Sejak dari dahulu Kristian sentiasa sertakan pendakwah mereka melalui penjajahan dan bantuan kemanusiaan termasuk di Iraq. Kerajaan Kristian turut menekan umat Islam termasuk larangan bertudung di Perancis. Begitu juga api permusuhan yahudi terus berlarutan sehingga Rasulullah s.a.w pernah berpesan bahawa ketika umat Islam menunggu datangnya imam Mahdi dan nabi Isa maka 70 ribu yahudi Asfahan, Iran menanti datangnya Dajjal antara Iraq dan Syria. Yahudi terus mengganas di Palestin dan melalui budak suruhan mereka Amerika maka yahudi kini merancang menghancurkan terus umat Islam dari muka bumi ini.

            Oleh itu pemimpin negara umat Islam janganlah menjadi tali barut yahudi dalam melawan saudara seagama. Lihatlah apa yang terjadi kepada Yasser Arafat yang menjadi kuli yahudi tetapi kini dikurung oleh yahudi di tanahair sendiri. Begitu juga dengan Saddam Husein ayam laga Amerika dari Istana Mewah berakhir dalam lubang kecil bawah tanah. Cukuplah tekanan yang dikenakan oleh kerajaan kuffar terhadap umat Islam maka jangan pemimpin negara umat Islam pula menambahkan lagi penindasan itu. Kita turut bersimpati dengan saudara seagama di Acheh dan selatan Filiphina. Begitu juga umat Islam di Selatan Thailand yang sedang ditekan terutama selepas serangan terhadap balai Polis dan pembakaran 20 buah sekolah di sana. Sebagaimana biasa apabila berlakunya keganasan maka Islam dan umatnya lah yang dipersalahkan walau pun tiada bukti yang kukuh. Islam terus dijadikan sasaran kerana ia merupakan suatu agama yang akan menghancurkan agama lain terutama yahudi. Selagi ada umat Islam yang mengucap 2 kalimah syahadah maka selagi itulah kuffar akan memerangi kita. Oleh itu, persiapkanlah diri kita dengan memenuhi syarat sebagai umat yang dijanjikan kemenangan oleh Allah S.W.T terutama mendekatkan diri kepada Allah S.W.T serta menjauhi dosa dan perkara syirik.

 

 

 

Muslimin/mat yang dihormati sekalian,

Sempena Eidul Adha ini kita disunatkan untuk melakukan ibadat korban. Sesiapa yang mampu maka tunaikanlah ibadat korban ketika ramai saudara seagama yang menjadi korban kekejaman pengganas kuffar seperti di Afghanistan, Iraq dan Palestin. Gunakanlah peluang yang ada untuk menyembelih binatang korban ketika ramai saudara kita disembelih oleh kuffar durjana. Selamat hari raya Eidul Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.

اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ  وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ  وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا  اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: