• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3











  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,675,833 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 6,409 other followers

1. KHUTBAH EIDIL ADHA 1420H


 

خطبة فرتام

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 2  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ .  وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  . أَمَّا بَعْدُ…… فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ.. فرمان الله تعالى دالم أية  8   سورة   المائدة :

يأيهاالذين ءامنوا كونوا قوامين بالقسط ولا يجرمنكم شنئان قوم على ألا تعدلوا . اعدلوا هو أقرب للتقوى واتقوا الله إن الله خبير بما تعملون .

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan kebenaran kerana Allah menjadi saksi dengan adilnya. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum membawa kamu kepada berlakunya ketidak adilan. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa dan bertaqwalah kepada Allah Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

 

Muslimin/mat yang dirahmati Allah

            Pada hari raya eidil Adha yang berbahagia ini marilah kita sama-sama menyambutnya dengan penuh kesyukuran kepada Allah serta mengingati kebesarannya dengan melafazkan kalimah takbir dan tahmid bukannya kita penuhinya dengan hiburan dan maksiat yang merosakkan kesucian hari raya ini. Hari ini dipanggil hari raya haji bersempena dengan umat Islam seluruh dunia tanpa mengira pangkat, usia, bangsa dan warna kulit dari seluruh pelusuk dunia yang sedang berhimpun di tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadat haji. Hari raya ini juga dipanggil hari raya korban kerana diperintahkan kita agar berkorban sekaligus mengingatkan kita kembali kepada peristiwa yang berlaku kepada nabi Allah Ibrahim, isterinya Siti Hajar  dan anak kesayangan mereka nabi Ismail. Kisah mereka telah menunjukkan kepada kita bagaimana erti ketaatan kepada Allah, kepatuhan kepada suami,kasih sayang kepada suami, isteri dan anak untuk sama-sama direnungi dan dicontohi demi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat nanti.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Kita dapat lihat bagaimana ketaatan nabi Ibrahim yang telah diperintah agar meninggalkan isteri dan anaknya Ismail yang masih kecil di sebuah tanah yang gersang dan kering kontang di mana nabi Ibrahim melakukannya dengan penuh taat dan patuh tanpa sebarang bantahan. Ketika beredar daripada tempat itu nabi Ibrahim terus berpaling daripada isterinya Siti Hajar dan anaknya Ismail untuk meneruskan segala perintah Allah. Apabila melihat nabi Ibrahim ingin beredar dari situ maka Siti Hajar terus bertanya : Adakah ini merupakan perintah Allah? Jika benar maka teruskanlah dan jangan bimbang tentang keselamatan kami ini. Inilah jawapan  tegas yang keluar daripada mulut seorang isteri yang benar-benar faham dan yakin kepada Allah dan suami.Dia tidak menjadi penghalang kepada tugasan suami yang berjuang demi menegakkan agama Islam disamping begitu yakin dengan pertolongan daripada Allah. Adakah perkara ini mampu kita semua pada hari ini lakukannya atau pun kita hanya mampu mendengar sahaja tanpa cuba mencontohinya?

       Apabila ditinggalkan oleh nabi Ibrahim maka mereka berdua menghabiskan bekalan yang dibawa sehinggalah bekalan itu kehabisan. Siti Hajar berasa dahaga begitu juga dengan anaknya nabi Ismail. Tanpa berlengah lagi lalu Siti Hajar bergegas mencari punca air di mana dia terdengar bunyi air di bukit Sofa. Dia berlari-lari anak menuju bukit Sofa  lalu mendakinya tetapi tidak mendapati sesuatupun di situ melainkan batu-batan. Dia terdengar pula bunyi air keluar dari bukit Marwah yang bersetentang dengan bukit Sofa. Dia terus bergegas ke bukit Marwah pula dalam keadaan berlari-lari anak. Begitu juga di bukit Marwah dia tidak mendapati apa-apa dan dia terdengar lagi bunyi air di bukit Sofa lalu dia berlari-lari anak ke sana pula. Begitulah kelakuan Siti Hajar dalam mencari punca air sehinggalah cukup 7 pusingan yang berakhir di bukit Marwah dan perbuatan ini terus diabadikan oleh Allah dalam ibadat sai’e kepada mereka yang melakukan umrah atau pun haji. Bayangkanlah bagaimana cekalnya hati Siti Hajar dalam mencari air untuk dirinya dan anak tercinta walau pun ketika itu badannya masih lemah dan kawasan itu pula kering kontang serta  panas. Selepas itu ketika berada di bukit Marwah, dia terdengar bunyi air yang keluar berhampiran anaknya Ismail. Lalu dia menuju ke arah anaknya Ismail dan didapati adanya mata air yang mana diriwayatkan keluar selepas nabi Ismail memukul tanah di bawah kakinya sehingga Allah mengeluarkan mata air. Siti Hajar memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana telah mengurniakan mata air itu yang dinamakan zam-zam yang kekal hingga hari ini. Mereka terus meminum air itu bagi menghilangkan dahaga. Inilah dia erti kasih sayang seorang ibu kepada anaknya dan keyakinan terhadap pertolongan Allah yang pasti akan datang jika kita tekun berusaha bukannya hanya setakat menunggu rezeki jatuh ke riba tanpa usaha yang bersunguh-sungguh.

            Erti kasih sayang ini  adalah besar dan tanpa kasih sayang maka perpecahan dan kezaliman akan berleluasa tanpa sekatan. Tanpa kasih sayang yang berdasarkan agamalah yang menyebabkan anak dibuang dan didera, ibubapa dan mertua terbiar dan diderhakai, orang gaji dijadikan hamba abdi,seseorang sanggup memfitnah dan penjarakan kawannya demi menjaga kepentingan diri serta ada pemimpin sanggup memerah keringat dan harta rakyat demi kekayaan peribadi.  

Kita  juga dapat kita saksikan bagaimana kasih sayang yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w terhadap seorang anak kecil di mana ketika baginda s.a.w keluar dari rumah untuk menunaikan solat sunat hari raya maka baginda terpandang seorang kanak-kanak sedang menangis kesedihan sedangkan kawan-kawannya yang lain begitu gembira bermain sesama mereka. Rasulullah s.a.w menghampiri budak itu dan apabila ditanya lalu dia menjawab : “ Wahai tuan, ayahku telah meninggal dunia di hadapan Rasulullah s.a.w dalam peperangan ini. Lalu ibuku berkahwin lain dan makan harta-hartaku sedangkan suaminya (ayah tiriku) mengusirku dari rumahku sendiri. Maka saya tidak punya makanan, minuman, pakaian dan rumah. Dan ketika saya melihat kawan-kawan yang lain pada hari ini yang mempunyai ayah maka teringatlah musibah yang menimpa diriku ini yang menyebabkan saya menangis kesedihan”. Lalu Rasulullah s.a.w memegang tangan budak itu dan bertanya kepadanya : “ Wahai anak kecil! Mahukah engkau terima aku sebagai ayahmu dan ‘Aisyah sebagai ibumu, Ali sebagai bapa saudaramu, Hasan dan Husin sebagai saudara lelakimu  dan Fatimah sebagai saudara perempuanmu?”. Kini anak kecil itu sedar bahawa baginda adalah Rasulullah maka dia terus menjawab : “ Mengapa saya tidak mahu wahai Rasulullah?”. Maka dia dibawa oleh Rasulullah s.a.w ke rumah baginda lalu dipakaikan pakaian cantik, diberi makan sehingga kenyang, dihiasi, diberi minyak harum dan sebagainya. Budak itu begitu gembira dengan layanan yang diberikan itu. Inilah dia kasih sayang yang ditunjukkan oleh pemimpin dan nabi yang agung untuk sama-sama kita teladi. Dalam bergembira menyambut hari raya jangan melupakan kita kepada anak-anak yatim dan miskin, mereka yang memerlukan bantuan, mereka yang terpaksa menyambut hari raya dimedan peperangan melawan musuh Islam seperti di Cechnya, Selatan Filipina, Kashmir dan lain-lain  dan mereka terpaksa yang meyambut hari raya dalam penjara kerana difitnah.

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

فرمان الله دالم أية 103 هيغك 107 سورة الصافات

فلما أسلما وتله للجبين وندينه أن يإبراهيم قد صدقت الرؤيا إنا كذلك نجزى المحسنين  إن هذا لهو البلؤا المبين  وفدينه بذبح عظيم

Maksudnya : Setelah keduanya berserah bulat-bulat ( menjunjung perintah Allah) dan nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya atas tompok tanah ( untuk disembelih) serta Kami menyerunya :”Wahai nabi Ibrahim! Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu”. Sesungguhnya  ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebuskan anak itu dengan sembelihan yang besar.

            Ayat ini telah membuka mata dan minda kita bagaimana erti ketaatan dan kepatuhan kepada Allah yang telah ditunjukkan oleh nabi Ibrahim melebihi kasih sayang terhadap anaknya. Begitu juga dengan kepatuhan nabi Ismail terhadap ayahnya dan keyakinan terhadap mimpi ayahnya yang merupakan wahyu yang wajib dipatuhi. Berserahlah mereka berdua kepada Allah ketika mereka berazam dalam melaksanakan perintah Allah itu. Semasa proses pelaksaan perintah Allah itu, maka nabi Ibrahim telah meminta agar nabi Ismail memalingkan mukanya daripadanya. Ini adalah bertujuan supaya nabi Ibrahim tidak memandang kepada wajah anaknya yang boleh menyebabkan timbulnya perasaan kasihan yang boleh membantut penyembelihan ini. Ketika mata pisau telah berada di atas batang tengkok nabi Ismail datanglah seruan Allah yang menyatakan kepada baginda bahawa segala perbuatan yang telah dilakukan telah sempurna yang mana baginda telah melepasi segala ujian Allah. Baginda telah membuktikan ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada perintah Allah walau pun terpaksa melaksanakan sesuatu yahg tidak pernah terfikir oleh manusia iaitu menyembelih anak. Allah juga telah menggantikan penyembelihan baginda daripada anaknya nabi Ismail kepada seekor kibas.

            Inilah ia erti perjuangan dan pengorbanan yang sebenar yang menuntut kesabaran dan ketabahan dalam melaksanakannya sebelum mencapai kemenangan bersama dengan keredhaan Allah. Kita sekarang ini bukan diminta menyembelih anak tetapi diminta agar menjaga anak-anak dalam memastikan mereka tidak mudah terpedaya dengan tipuan dunia dengan ilmu yang mantap dan aqidah yang kukuh. Sebagaimana nabi Ibrahim dituntut dalam menguji keimanannya kepada Allah supaya mengalirnya darah begitulah juga yang berlaku kepada nabi kita Muhammad s.a.w yang terpaksa mengharungi cabaran dan dugaan malah menyertai beberapa siri peperangan sehingga tertegaknya Daulah Islamiah dan tersebarnya Islam ke pelusuk tanah arab sebelum perjuangan itu diteruskan oleh para sahabat dan tabi’in sehinggalah keadilan Islam dan kemanisan iman dapat dirasai oleh seluruh umat di setiap pelusuk dunia termasuklah kita di Malaysia. Walau bagaimana pun selepas kejatuhan Khilafah Islamiah Uthmaniah yang berpusat di Turki pada 1924 maka seluruh umat Islam hanya dapat merasai Islam itu pada ibadat khusus seperti solat, puasa, haji sahaja sedangkan mereka tidak mampu untuk merasai keadilan perundangan Islam, kesaksamaan  sistem ekonomi Islam dan keharmonian masyarakat yang hidup dalam suasana tamadun yang berasakan material dan ruhani secara serentak. Pengorbanan yang mesti kita tunjuk dan lakukan sekarang bukan setakat menyembelih binatang korban malah lebih dari itu termasuk mengorbankan jiwa raga demi memastikan Islam berada dipuncak sana sebagai agama yang memerintah bukannya diperintah. Cukuplah sudak kita umat Islam berada dalam kehinaan kerana dijauhkan  daripada Islam yang sebenar. Kini sudah tiba masa dan saatnya untuk kita sama-sama bangkit dan bersatu dalam mengembalikan semula keadilan dan kegemilangan Islam. Jika nabi Ibrahim terpaksa menyembelih anaknya dan nabi Muhammad s.a.w sendiri terpaksa menumpahkan darah malah giginya patah dalam satu peperangan serta para sahabat yang lain ramai yang gugur syahid demi memastikan Islam terus tersebar dan terjaga kesuciaannya, apakah kita sudah boleh rehat dan hanya cukup sekadar mengatakan aku pun mahu Islam tetapi  usaha ke arah itu secara bersungguh tidak ada malah kita lebih senang berada dalam kesesatan dan kezaliman sistem ciptaan manusia daripada menurut perintah Allah agar melaksanakan Islam dalam setiap aspek kehidupan. Renungi diri kita adakah sudah cukup untuk meyakini bahawa kita kini sudah benar-benar patuh kepada kehendak Islam, pandanglah kepada keluarga kita adakah mereka sudah tunduk kepada semua perintah Allah  dan lihatlah kepada masyarakat sekeliling kita adakah mereka sudah menurut kehendak Islam. Adakah setelah melihat kegagalan sistem ciptaan manusia dalam memberi kebahagiaan kepada manusia maka kita terus rela untuk terus duduk dibawahnya tanpa ada kesungguhan di sana dalam memastikan kita sama-sama meruntuhkan jahiliah moden ini dengan membina kebahagiaan dan keutuhan di atas runtuhan itu dengan sistem Islam. Ingatlah bahawa ranjau, ujian, cabaran, halangan dan tribulasi yang mendatang amatlah besar untuk kita harungi dalam memastikan Islam berjaya diletakkan dipuncak sana. Kita bukan dihamparkan dengan permaidani merah dalam memastikan Islam terlaksana malah memerlukan tumpahnya darah sebagai tanda ketaatan kita kepada Allah dan sayangnya kita terhadap keharmonian Islam. Sebagaimana nabi Ibrahim terpaksa melontar syaitan yang datang mengganggu sepanjang perjalanan untuk melaksanakan kewajipan untuk menyembelih anaknya Ismail, begitulah juga ranjau yang bakal ditempuhi yang terpaksa kita hadapinya dengan sabar dan penuh keyakinan kepada pertolongan Allah agar kita tidak tewas dan tumbang diseparuh jalan. Kedegilan dan kerakusan pemimpin sekular di negara kita semakin ganas dalam menyekat kemenangan Islam apabila suara ulama’ disekat, media massa yang menonjolkan fitnah dan maksiat dibiarkan bebas manakala akhbar yang menyebarkan ilmu dan maklumat sebenar dikongkong kebebasannya, masjid-masjid ditahan daripada dihidupkan dengan kerja-kerja dakwah dan ilmu. Jika kita tidak redha melihat Islam terus ditindas dan dihina maka kita mesti lebih berani dan lebih kuat berkorban agar kejatuhan Khilafah Uthmaniah yang dimusnahkan oleh sekularisme yang diterajui oleh Mustafa Kamal at-Tartuk dapat dikembalikan semula malah kita turut menghalang dan menjatuhkan pemimpin yang zalim dan cuba menghancurkan Islam agar tidak lahir Mustafa Kamal at-Tartuk kedua di negara kita yang turut mengamalkan dasar sekularisme sebagaimana  di Turki.

            Firman Allah ta’ala dalam ayat 8 surah as-Sof

يريدون ليطفئو نورالله بأفواههم والله متم نوره ولو كره الكفرون .

Maksudnya : Mereka ingin memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut mereka dan Allah tetap menyempurnakan cahayaNya walau pun orang-orang kafir membenci.

 

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنوَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

خطبة كدوا

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )

اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ    اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ…….فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ .

فرمان الله تعالى دالم أية   103   سورة آل عمران :

واعتصموا بحبل الله جميعا ولا تفرقوا واذكروا نعمت الله عليكم إذ كنتم أعداء فألف بين قلوبكم فأصبحتم بنعمته إخوانا وكنتم على شفا حفرة من النار فأنقذكم منها كذلك يبين الله لكم آيته لعلكم تهتدون.

Maksudnya :  Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah (Islam) dan janganlah kamu bercerai berai. Dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu(masa jahiliah) bermusuh-musuhan maka Allah menyatukan hati-hati kamu lalu menjadi kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang yang bersaudara. Dan kamu telah berada di tepi jurang neraka lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu memdapat petunjuk.

 

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,

            Islam mengajar umatnya erti kesatuan dan perpaduan yang bertunjangkan kepada Islam bukannya kepada bangsa atau pun warna kulit. Sebenarnya apabila kita melihat perpecahan dan perselisihan faham yang berlaku di kalangan kita di negara khususnya bukanlah disebabkan perkara lain melainkan kerana wujudnya satu pihak yang benar-benar mahu menegakkan Islam dan satu pihak yang lain hanya mempermain-mainkan agama. Kita sebenarnya  sudah ada penawar atau ubat yang mujarab dalam menangani permasalahan perpecahan yang berlaku ini iaitu dengan menerima Islam secara keseluruhannya bukannya secara juzu’-juzu’ tertentu yang sesuai dengan kehendak nafsu kita sahaja. Yang menjadi masalah sekarang ialah bukannya mampu atau tidak Islam dijadikan peraturan dalam kehidupan tetapi ia bergantung kepada mahu atau pun tidak kita mengambil Islam sebagai cara hidup. Jika Kesultanan Melayu Islam Melaka dan beberapa kesultanan melayu Islam yang lain pernah merasai nikmat Islam apabila dilaksanakan maka apakah lagi halangan yang menyebabkan kita masih was-was tentang keadilan dan kemampuan Islam untuk dilaksanakan di negara kita. Jika kita mahu menyatukan rakyat negara ini atas nama bangsa maka kita pada hakikatnya benci kepada perpaduan itu sendiri memandangkan antara satu bangsa di negara kita tidak akan tunduk kepada satu bangsa yang lain malah masing-masing akan menguasai antara satu sama lain. Oleh itu sudah sampai saat dan waktunya untuk kita bersatu di bawah payung Islam dan keadilannya tanpa mengira bangsa dan warna kulit serta budaya.

اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ  وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ  وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ   , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا  اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: