• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3











  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,675,833 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 6,409 other followers

7. KHUTBAH EIDIL ADHA 1428H


 

 

KHUTBAH PERTAMA

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 2  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ .  وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  . أَمَّا بَعْدُ…… فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ…. فرمان الله تعالى دالم أية    39 – 40 سورة إبراهيم :

الْحَمْدُ لِلّهِ الَّذِي وَهَبَ لِي عَلَى الْكِبَرِ إِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَقَ إِنَّ رَبِّي لَسَمِيعُ الدُّعَاء رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Maksudnya : “Segala puji tertentu bagi Allah Yang telah mengurniakan kepadaku semasa aku tua: nabi Ismail dan nabi Ishak. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mendengar dan Memperkenan doa permohonan. “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan”

 

Muslimin/mat yang dirahmati Allah S.W.T,

Selamat menyambut hari raya Eidil Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.  Semoga anugerah hari raya yang amat bermakna ini dapat kita penuhi dengan amal ibadat dalam mendekatkan diri kita kepada Allah serta menjauhkan daripada maksiat yang boleh menghampirkan kita kepada jurang neraka. Nikmat hari raya ini mestilah digunakan semaksima mungkin dalam mengembalikan semula kemuliaan dan kejayaan umat Islam dengan melaksanakan segala system Islam dalam kehidupan. Umat yang jauh daripada peringatan Allah maka dia akan hidup dalam keadaan keluh kesah dan jauh daripada ketenangan walau pun harta bertimbun, pengikut berduyun, pangkat menggunung. Antara maksud zikr atau peringatan Allah yang dijauhkan oleh umat Islam sendiri ialah  [1] al-Quran  [2] ilmu agama [3] solat lima waktu [4] zikrullah dengan banyak menyebut nama Allah [5] nasihat atau amar makruf dan nahi mungkar

Firman Allah dalam ayat 124  surah Toha :

وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى

Maksudnya : Dan sesiapa yang berpaling engkar daripada ingatan dan petunjukKu maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit. Dan Kami akan himpunkannya pada hari qiamat dalam keadaan buta.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Ibadat korban yang dibuat sempena hari raya ini mengingatkan kita tentang arahan Allah agar nabi Ibrahim menyembelih anaknya nabi Ismail setelah dewasa yang menggambarkan kepada kita semua tentang keyakinan dan pengorbanan besar yang telah ditunjukkan oleh baginda berdua dalam melaksanakan perintah Allah melalui mimpi benar agar melakukan suatu diluar kewarasan manusia iaitu menyembelih anak tersayang di mana ia ditunaikan tanpa banyak bicara. Pengorbanan suci ini digambarkan oleh Allah melalui ayat 103-107 surah as-Sooffat :

فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيمُ  قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ  إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْبَلاَءُ الْمُبِينُ  وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ

Maksudnya : Setelah keduanya berserah bulat-bulat ( menjunjung perintah Allah) dan nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya atas tompok tanah ( untuk disembelih) serta Kami menyerunya :”Wahai nabi Ibrahim! Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu”. Sesungguhnya  ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebuskan anak itu dengan sembelihan yang besar.

            Sempena mengingati pengorbanan besar nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail ini maka tanyalah diri kita tentang sejauh manakah tahap kepatuhan kita kepada arahan Allah dalam kehidupan seharian. Betapa ramai umat Islam yang banyak bertanya dan mencari pelbagai alasan dan dalih apabila diminta agar melaksanakan seluruh system Islam dalam kehidupan sedangkan mereka tanpa teragak-agak meniru dan menggunakan system ciptaan manusia terutama yang diambil daripada yahudi untuk dilaksanakan walau pun telah terbukti gagal dan menindas manusia seperti system riba, kondom dan jarum percuma bagi mengelak jangkitan HIV dan banyak lagi. Apa yang lebih malang apabila wujudnya ahli agama yang sanggup menanamkan perasaan was-was dalam diri rakyat tentang kehebatan dan keadilan system Islam termasuk menghina hukum kerat tangan kepada pencuri. Ahli agama ini turut memperkecilkan tentang kepentingan solat dan zakat sedangkan masalah besar melanda umat Islam pada hari ini ialah keruntuhan aqidah dan kerosakan akhlak yang kebanyakannya timbul disebabkan meninggalkan solat. Ingatlah kita bagaimana dulu Iblis dilaknat oleh Allah kerana sekali sahaja tidak sujud kepada nabi Adam atas perintah Allah sedangkan pada hari ini betapa ramai umat Islam sendiri yang meninggalkan sujud kepada Allah dengan meninggalkan solat 5 waktu. Simpulan Islam dirungkai satu demi satu bermula daripada solat. Begitu juga masalah zakat di mana menurut Profesor DiRaja Engku Aziz bahawa zakat Petronas sahaja jika diurus dengan penuh amanah mampu membiayai pengajian pelajar Islam bermula dari peringkat tadika hingga menamatkan peringkat Phd atau Doktor Falsafah. Sedangkan pada hari ini untuk menghapuskan yuran sekolah yang sedikit pun memakan masa yang lama. Begitu juga zaman negara baru merdeka biasiswa mampu diberikan tetapi bila sudah 50 tahun merdeka maka lahir lebih ramai rakyat yang menanggung hutang pada usia muda akibat berhutang untuk belajar. Harga minyak terus naik di negara pengeluar dan subsidi mahu dikurangkan walau pun keuntungan Petronas makin banyak. Keadaan ini umpama keadaan  seorang tauke kedai yang untung besar bila harga barang naik tetapi bertindak mengurangkan perbelanjaan untuk anak-anak sendiri atas alasan untung terlalu banyak. Inilah bahana negara mengamalkan system hisap darah bila untung orang tertentu yang penuh kantung tapi bila rugi rakyat yang kena tanggung. Oleh itu kembalilah kepada negara kebajikan dengan menjadikan Islam sebagai asas pemerintahan.

Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T,

            Firman Allah dalam ayat 66 – 70 surah al-Anbiya’ :

قَالَ أَفَتَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللَّهِ مَا لاَيَنْفَعُكُمْ شَيْئًا وَ لاَ يَضُرُّكُمْ أُفٍّ لَّكُمْ وَلِمَا تَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللَّهِ أَفَلاَ تَعْقِلُونَ  قَالُوا حَرِّقُوهُ وَانصُرُوا آلِهَتَكُمْ إِن كُنتُمْ فَاعِلِينَ قُلْنَا يَا نَارُ كُونِي بَرْدًا وَسَلاَمًا عَلَى إِبْرَاهِيمَ  وَأَرَادُوا بِهِ كَيْدًا فَجَعَلْنَاهُمُ الأَخْسَرِينَ

Maksudnya : Nabi Ibrahim berkata: “Jika demikian, patutkah kamu menyembah yang lain dari Allah sesuatu yang tidak dapat mendatangkan faedah sedikitpun kepada kamu, dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kamu? “Jijik perasaanku terhadap kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah! Maka mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal fikiran kamu?” (Setelah tidak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: “Bakarlah dia dan belalah tuhan-tuhan kamu, jika betul kamu mahu bertindak membelanya!” Kami berfirman: “Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim! “. Dan mereka (dengan perbuatan membakarnya itu) hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang-orang yang amat rugi, (kalah dengan hinanya)

Pada zaman nabi Ibrahim, ramai kalangan umatnya termasuk bapanya sendiri Azar menyembah berhala sehingga nabi Ibrahim begitu bersungguh-sungguh berhujah dengan mereka agar meninggalkan perbuatan syirik yang merugikan itu. Kekuatan hujah kebenaran Islam tidak mampu dilawan oleh golongan yang menentang Islam tetapi golongan yang kufur pada Allah akan menggunakan kekerasan walau pun mereka tahu mereka kalah dan bersalah. Begitulah nasib yang menimpa nabi Ibrahim yang dibakar dalam api oleh Namrud dan pengikutnya tetapi Allah tetap membantu nabiNya dan dakwah Islam. Kita pada ini yang berjuang Islam terus berdepan dengan pemimpin dan golongan yang tidak yakin dengan Islam. Mereka tidak menyembah berhala tetapi menyembah system ciptaan manusia dari pelbagai segi termasuk pemerintahan, ekonomi, sosial dan sebagainya. Apabila hujah golongan yang tidak yakin kepada system Islam ini dapat dipatahkan maka kekerasan digunakan termasuk ISA, ugutan, buang kerja dan sebagainya. Begitu juga dalam mempertahankan kuasa yang dimiliki maka pelbagai cara yang bercanggah dengan demokrasi apatah lagi Islam digunakan semaksima yang mungkin sehingga apabila rakyat ingin mendengar penerangan dan menganjurkan tunjuk perasaan maka ada sahaja tindakan ganas termasuk yang paling kejam ialah penggunaan peluru hidup di Batu Buruk, Terengganu diikuti penahanan mangsa tembakan dikandang pesalah tanpa boleh diikat jamin. Jika pemimpin negara mengatakan bahawa kerajaan Myanmar perlu memberi kebebasan kepada rakyatnya untuk membuat tunjuk perasaan tetapi bila berlaku di negara sendiri maka pelbagai sekatan bermula daripada tidak diberi permit hingga keganasan dalam berdepan dengan rakyat yang tidak bersenjata dan keluar berarak secara aman. ISA wajib dihapuskan kerana ia sesat, haram dan begitu zalim. Sejarah membuktikan bahawa tunjuk perasaan rakyat antara penyumbang kepada kemerdekaan negara.  Oleh itu fikirlah bahawa selagi rakyat masih percaya kepada pilihanraya maka hormatilah kebersihan dan ketelusan perjalanannya. Bila rakyat sudah tidak percaya kepada pilihanraya maka sudah ramai pemimpin dunia hari ini yang ditumbang oleh rakyat yang bangkit melalui jalan raya. Ingatlah pesanan imam Syafie : Sesiapa yang merasa marah tetapi dia tidak meluahkannya maka dia seumpama keldai dan sesiapa yang merasa redha terhadap sesuatu tetapi dia tidak dapat menerimanya maka dia seperti syaitan yang mana redha dengan ketuhanan Allah tetapi tidak mahu tunduk pada perintahNya

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

            Pemilihan pemimpin boleh membawa kepada kebahagiaan hidup dunia dan akhirat bila berlandaskan kepada Islam tetapi dalam masa yang sama ramai yang bakal disumbat dalam neraka kerana tidak cermat dalam memilih pemimpin. Suatu kaedah  Fiqh yang pernah disebut oleh Imam as-Suyuti dalam kitabnya ‘Al-Asybah wa an-Nazoir’ yang berbunyi: “Tidak sempurna matlamat pembuat undang-undang Syariat (Allah) dalam meletakkan peraturan hukum Syariat-Nya bagi menjamin kebaikan manusia di dunia dan di akhirat melainkan dengan adanya kepimpinan.””Dengan adanya kepimpinan, maka umat akan bersatu-padu dan berusaha untuk menangkis sebarang fitnah dan perpecahan di kalangan mereka.”

Firman Allah dalam ayat  166  dan167 surah al-Baqarah :

إِذْ تَبَرَّأَ الَّذِينَ اتُّبِعُواْ مِنَ الَّذِينَ اتَّبَعُواْ وَرَأَوُاْ الْعَذَابَ وَتَقَطَّعَتْ بِهِمُ الأَسْبَابُ  وَقَالَ الَّذِينَ اتَّبَعُواْ لَوْ أَنَّ لَنَا كَرَّةً فَنَتَبَرَّأَ مِنْهُمْ كَمَا تَبَرَّؤُواْ مِنَّا كَذَلِكَ يُرِيهِمُ اللّهُ أَعْمَالَهُمْ حَسَرَاتٍ عَلَيْهِمْ وَمَا هُم بِخَارِجِينَ مِنَ النَّارِ

Maksudnya : Ketika orang-orang yang diikuti (pemimpin) itu berlepas diri daripada  mereka yang mengikutinya dan mereka melihat siksa dan (ketika) segala hubungan antara mereka terputus sama sekali. Dan berkatalah para pengikut : ” Sekiranya kami dapat kembali (ke dunia) sudah pasti kami akan berlepas diri daripada mereka (pemimpin) sebagaimana mereka (pemimpin) berlepas diri daripada kami”. Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amal perbuatan mereka yang menjadi kesesalan bagi mereka dan mereka tidak sekali-kali akan dikeluarkan daripada api neraka

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

خطبة كدوا

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ…….فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ .

 فرمان الله تعالى دالم أية  37سورة  الحج :

لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلاَ دِمَاؤُهَا وَلَكِن يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ

Maksudnya : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan Allah) tetapi ketaqwaan daripada diri kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayahNya kepada kamu. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang berbuat baik

 

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,

Kita bakal menyambut ketibaan tahun baru 1428 HIjrah dan 2008 Masihi tidak lama lagi. Sama-samalah kita bermuhasabah menghitung diri samada diri kita semakin dekat kepada Allah atau sebaliknya, samada amal ibadat kita yang banyak dihimpun atau maksiat yang bertimbun. Semangat berkorban yang disemai sempena kedatangan Eidil Adha sepatutnya digunakan sebaik mungkin oleh umat Islam bahawa Islam bukanlah agama pengganas yang menggalakan peperangan dan keganasan sebaliknya Islam adalah agama yang cintakan keamanan dan perpaduan. Ibadat korban mengajar umat Islam agar turut merasai penderitaan orang yang memerlukan bantuan serta menyemai benih kasih sayang yang melampau warna kulit, adat budaya, bangsa dan bahasa. Islam mengajar umatnya agar sentiasa mengambil tahu tentang penderitaan orang lain serta membantu setakat yang termampu. Betapa ramai saudara seagama yang begitu susah untuk merasai enaknya daging melainkan apabila mendapat sumbangan daripada kita yang senang dan berkemampuan. Masih ramai yang payah untuk merasai enaknya makanan melainkan apabila menerima bantuan daripada saudara seagama. Begitu ramai lagi saudara kita yang tidak merasai nikmat berpakaian baru kecuali apabila ada yang sudi menyumbangkan pakaian kepada mereka. Korbanlah sedikit harta kita untuk sama-sama melihat saudara seagama yang melarat dapat turut sama bergembira pada hari raya yang mulia. Tidak rugi banyak bersedekah tetapi betapa rugi dan hina manusia yang kedekut dan bakhil. Ingatlah pesanan Sayyidina Ali Karramallahu wajhah : Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.  

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Salam Eidil Adha diucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Bagi yang berkemampuan disarankan agar menghidupkan sambutan Eidil Adha ini dengan ibadat korban sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam.

اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ  وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ  وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ   , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى لبنان وَفِى سوريا وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا  اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: