• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3











  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,677,030 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 6,409 other followers

2. KHUTBAH EIDIL ADHA 1422H


 

 

الله أكبر ( 3 كالي )       الله أكبر ( 3  كالي )   الله أكبر ( 2 كالي )

اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأيَّامِ لَنَا .  وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا.أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لاشَرِيْكَ لَهُ ,وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ . اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى  سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ سَارَ عَلَى نَهْجِهِ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ .

 أَمَّا بَعْدُ….. فَيَا إِخْوَانِي ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِياي بتقوى الله فقد فاز المتقون . ..

 فرمان الله تعالى دالم أية  37   سورة   إبراهيم :

ربنا إني أسكنت من ذريتي بواد غير ذى زرع عند بيتك المحرم ربنا ليقيموا الصلوة فاجعل أفئدة من الناس تهوى إليهم وارزقهم من الثمرت لعلهم يشكرون

Maksudnya : Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanaman berhampiran rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati. Wahai Tuhan kami! (yang demikian itu) agar mereka mendirikan solat maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderong kepada mereka dan berikanlah rezeki kepada mereka daripada buah-buahan. Mudah-mudahan mereka bersyukur.

 

Muslimin/mat yang dirahmati Allah

            Ketibaan Eidul Adha pada tahun ini disambut buat sekian kalinya oleh semua umat Islam di seluruh dunia dengan penuh kesyukuran. Laungan tahmid memuji Allah dan laungan takbir membesarkan Allah bergema di setiap pelusuk dunia. Eidul Adha yang juga dipanggil dengan hari raya haji kerana pada waktu inilah seluruh umat Islam yang berpeluang untuk menunaikan rukun Islam yang kelima iaitu haji sama-sama berkumpul di Mekah. Semalam mereka berkumpul untuk wukuf di padang Arafah dengan memakai kain ihram dengan warna yang satu tanpa mengira pangkat dan harta, darjat dan bangsa, usia dan negara demi menyahut seruan Allah Tuhan Pencipta mereka. Di sana mereka membuang segala pangkat yang dijawat, mereka melucutkan segala sikap perkauman yang masih melekat sehingga mereka ketika itu mampu bersatu di bawah satu payung iaitu Islam. Mereka turut sama-sama memikirkan kehebatan Islam yang mampu menguasai seluruh pelusuk dunia tanpa tersekat oleh sempadan negara dan bangsa bukannya sebagaimana Kristian yang hanya banyak tersebar di sebelah barat manakala Hindu dan Budha di sebelah timur. Para jemaah haji juga sama-sama sedar bagaimana umat Islam mampu bersatu berlandaskan iman dan Islam terutama dalam mengembalikan semula kekuasaan dan kegemilangan Islam yang telah lama hilang. Mereka turut merasakan kehebatan Allah yang bukan sahaja mampu mengumpulkan mereka di padang Arafah tetapi keadaan ini akan bertambah hebat lagi apabila semua manusia akan dikumpulkan di padang mahsyar di akhirat kelak.

            Perpaduan yang diasaskan atas landasan Islam inilah yang semestinya di jadikan titik tolak kepada kekuatan umat Islam. Jika kita hanya bersatu atas semangat kebangsaan semata-mata maka ia menimbulkan perpecahan dan dendam kerana sesuatu bangsa akan menjaga kepentingan bangsa masing-masing dengan mengenepikan banyak hak bangsa yang agak lemah daripada mereka. Ini menimbulkan banyak musuh iaitu bukan sekadar terbatas kepada musuh agama tetapi ditambah pula dengan musuh berdasarkan bangsa. Bangsa yang lemah tadi tidak selamanya lemah tetapi mereka akan menjadi kuat dan bersatu untuk melawan bangsa yang selama ini kuat dan menguasai mereka. Perkara inilah yang menyebabkan sesuatu kuasa akan hancur sebagaimana yang berlaku kepada Kerajaan Umawiyyah yang begitu kuat tetapi disebabkan khalifah yang naik pada akhir pemerintahan mereka hanya mementingkan semangat berdasarkan qabilah Abdul Manaf semata-mata menyebabkan kerajaan ini runtuh. Kerajaan Abbasiyah yang menduduki takhta selepas mereka mula membalas dendam terhadap bani Abdul Manaf di mana ada di kalangan mereka yang dibunuh dan yang baki dihalau daripada Damsyik, Syria. Inilah antara kesan buruk akibat daripada semangat kebangsaan semata-mata.

 

الله أكبر ! الله أكبر ! الله أكبر ولله الحمد

            Kedatangan Eidul Adha turut mengingatkan kita kepada pengorbanan nabi Ibrahim bersama Siti Hajar dan anak mereka nabi Ismail. Demi menyahut perintah Allah maka nabi Ibrahim sanggup meninggalkan Siti Hajar dan anaknya Ismail yang masih kecil di suatu lembah yang kering kontang. Siti Hajar sebagai tanda patuh dan taat kepada Allah dan suaminya menerima perintah ini dengan sabar. Ketabahan Siti Hajar terserlah apabila sanggup berlari-lari anak di tengah kepanasan matahari dari bukit Sofa ke bukit Marwah sebanyak 7 kali sehingga Allah menganugerahkan air mata air yang dikenali dengan zamzam yang kekal sehingga hari ini. Pengorbanan suci ini di abadikan oleh Allah dalam ibadat sai’e ketika menunaikan umrah atau haji. Inilah ia erti sebenar ketaatan kepada Allah yang telah ditunjukkan oleh nabi Ibrahim dan Siti Hajar demi meninggikan kalimah Allah. Ia bukan hanya cukup sekadar di sebut di mulut tetapi mesti dikotakan pada setiap kelakuan kita. Tanyalah diri kita sejauh manakah usaha dan pengorbanan yang telah kita sumbangkan dalam mengembalikan semula Islam sebagai agama yang memerintah bukannya agama yang diperintah. Sejauh manakah keyakinan dan semangat kita dalam memastikan perlembagaan dan perundangan Islam dapat dilaksanakan kembali di negara kita sebagaimana yang telah dibuat oleh Kesultanan Melayu Islam Melaka dan beberapa kesultanan yang lain sebelum ia dinodai oleh penjajah yang datang bersama agenda agama mereka Kristian dalam menentang pelaksaan Islam di negara ini. Sejauh manakah kefahaman kita mengenai Islam sebagai agama yang bukan hanya menekankan ibadat sahaja seperti Kristian, Hindu dan Budha dan bukan agama seperti yahudi yang hanya menekankan kekuasaan dan ekonomi tetapi Islam yang perlu kita fahami ialah suatu agama yang meliputi aspek ibadat, perundangan, ekonomi, pemerintahan dan seluruh aspek kehidupan yang lain.

الله أكبر ! الله أكبر ! الله أكبر ولله الحمد

فرمان الله دالم أية 103 هيغك 107 سورة الصافات

فلما أسلما وتله للجبين وندينه أن يإبراهيم قد صدقت الرؤيا إنا كذلك نجزى المحسنين  إن هذا لهو البلؤا المبين  وفدينه بذبح عظيم

Maksudnya : Setelah keduanya berserah bulat-bulat ( menjunjung perintah Allah) dan nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya atas tompok tanah ( untuk disembelih) serta Kami menyerunya :”Wahai nabi Ibrahim! Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu”. Sesungguhnya  ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebuskan anak itu dengan sembelihan yang besar.

            Ayat ini menunjukkan bagaimana erti ketaatan dan kepatuhan kepada Allah yang telah ditunjukkan oleh nabi Ibrahim melebihi kasih sayang terhadap anaknya. Begitu juga dengan kepatuhan nabi Ismail terhadap ayahnya dan keyakinan terhadap mimpi ayahnya yang merupakan wahyu yang wajib dipatuhi. Ketika melaksanakan perintah Allah itu, maka nabi Ibrahim telah meminta agar nabi Ismail memalingkan mukanya daripadanya. Ini adalah bertujuan supaya nabi Ibrahim tidak memandang kepada wajah anaknya yang boleh menyebabkan timbulnya perasaan kasihan yang boleh membantut penyembelihan ini. Ketika mata pisau telah berada di atas batang tengkok nabi Ismail datanglah seruan Allah yang menyatakan kepada baginda bahawa segala perbuatan yang telah dilakukan telah sempurna di mana korban itu digantikan dengan seekor kibas. Baginda telah membuktikan ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada perintah Allah walau pun terpaksa melaksanakan sesuatu yang tidak pernah terfikir oleh manusia iaitu menyembelih anak.

            Inilah ia didikan yang mesti dicontohi oleh kita dalam membina keluarga dan seterusnya masyarakat yang bahagia di dunia dan akhirat. Ketaatan dan keyakinan kepada kepada Allah mesti ada pada setiap individu dalam keluarga ditambah pula rasa taat kepada ibubapa dan kasih kepada anak-anak berasaskan agama mesti ditanam sebaik mungkin. Ingatlah kepada pesanan nabi Ibrahim kepada anaknya iaitu mesti mengutamakan agama daripada harta dalam menjaga kebahagian anak-anak. Pastikan anak kita lebih mengetahui siapakah yang patut disembah setelah kematian ibubapanya bukannya ditekankan apakah yang akan dimakan selepas pemergian ibubapanya sehingga kehidupan mereka menuju kehancuran akibat terlalu mengejar dunia yang sementara. Didikkanlah mereka menjadi anak yang soleh yang mampu berdoa selepas kematian ibubapanya dan tanamkanlah kesedaran mereka tentang pentingnya agama.

 

Muslimin/mat yang dihormati sekalian,         

Islam tidak menentang pembangunan dan kemajuan tetapi sebaliknya kerajaan Islam sebelum ini telah berjaya membina tamadun yang tinggi berasaskan aqidah Islam sedangkan negara barat ketika itu masih dalam kegelapan jahiliah dan kemunduran. Tetapi apabila kerajaan Islam mula leka dengan pembinaan projek mewah sehingga melupakan kepada landasan agama menyebabkan keperluan untuk menampung projek mewah itu semakin tinggi sedangkan ia tidak memberi pulangan yang baik kepada negara. Akhirnya kerajaan itu terpaksa menaikkan kadar cukai disamping menindas rakyat dengan pelbagai cara dalam mencari wang keperluan negara bagi menampung perbelanjaan kepada projek mega tadi. Akhirnya kebajikan rakyat terabai dan kekuatan pertahanan negara menjadi lemah yang menyebabkan negara itu dijatuhkan oleh kuasa lain. Perkara ini pernah berlaku dalam Kerajaan Uthmaniah Turki pada akhir pemerintahan mereka yang menyebabkan mereka dijatuhkan oleh kerajaan Kristian kerana terlalu sibuk dengan projek mega yang merugi dan menindas rakyat.

Apabila sesebuah kerajaan Islam mula sibuk dengan pembangunan kebendaan semata-mata dengan mengenepikan syariat Islam maka mereka akan lalai dalam memberi kebajikan kepada rakyat dan juga dalam tugas menyebarkan Islam kepada rakyat yang bukan Islam. Ini menyebabkan mereka menanam sifat benci dan permusuhan di kalangan rakyatnya yang menyebabkan kerajaan itu runtuh. Perkara ini dapat dilihat apabila kerajaan Islam di India yang berjaya membina kerajaan yang kuat selepas meruntuhkan Empayar India yang berasaskan Hindu mula mengabaikan kerja dakwah kepada rakyat India yang bukan Islam kerana memikirkan tentang pembangunan dan kewangan semata-mata. Kerajaan ini tidak begitu serius menjalankan kerja dakwah kerana mereka lebih suka membiarkan penduduk India tidak memeluk Islam kerana bimbang wang di Baitul Mal dan juga wang zakat akan kehabisan kerana dibahagikan kepada mereka yang memeluk Islam disebabkan ramai rakyat India yang miskin. Pada pendapat kerajaan ini jika rakyat India terus dengan agama asal mereka iaitu Hindu maka mereka terus membayar jizyah kepada kerajaan Islam yang membolehkan pemimpin terus hidup mewah dan projek mewah terus dapat dijalankan. Perbuatan kerajaan ini menyebabkan ramai rakyat India tidak memeluk Islam dan kerajaan ini jatuh walau pun memerintah selama beberapa ratus tahun dan digantikan semula oleh kerajaan Hindu sehingga hari ini.

Oleh itu dalam memajukan negara maka ia mesti selari antara kebendaan dan agama agar tamadun yang dibina terus kukuh dan utuh. Rakyat terus maju dari segi kerja dan akhlaknya di mana kerjasama antara mereka dengan kerajaan akan terus berlangsung dengan baik disebabkan kebajikan dan hak mereka ditunaikan dengan sebaiknya berlandaskan Islam. Orang bukan Islam turut tertarik untuk memeluk Islam dan tidak merasa terpinggir disebabkan berlainan bangsa malah rasa kasih sayang berlandaskan agama terus tertanam disanubari. Akhirnya kesatuan dan perpaduan yang diidamkan mula membuahkan hasil. Nasib rakyat tanpa mengira bangsa dan agama terbela sehingga mewujudkan suasana harmoni dalam negara yang membolehkan negara terus maju dan membangun tanpa sebarang gangguan. Betapa indah dan adilnya Islam, betapa manisnya iman yang dapat dirasakan apabila hukum al-Quran dan as-Sunnah berjaya terlaksana di bumi nyata bukannya hanya tercatat di dalam kitab sahaja.

            Firman Allah ta’ala dalam ayat 40 dan 41 surah Ibrahim

رب اجعلني مقيم الصلــوة ومن ذريتي ربنا وتقبل دعاء  ربنا اغفرلي ولوالدي وللمؤمنين يوم يقوم الحساب

Maksudnya : Wahai Tuhanku! Jadikanlah aku dan anak cucuku mereka yang tetap mendirikan sembahyang. Wahai Tuhan kami! Perkenankanlah doaku. Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah kedua ibubapaku dan sekalian orang mukmin pada hari berlakunya hisab (hari qiamat)

 

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

خطبة كدوا

الله أكبر ( 3 كالي )       الله أكبر ( 3  كالي )   الله أكبر

اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَهْدِيْهِ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا مَنْ يَهْدِى اللهُ فَلا مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلا هَادِيَ لَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ, اللّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ…….فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ! اتَّقُوْ اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ .فرمان الله تعالى دالم أية    83    سورة المائدة :

لتجدن أشدالناس عدوة للذين ءامنوا اليهود والذين أشركوا ولتجدن أقربهم مودة للذين ءامنوا الذين قالوا إنا نصـــرى  ذلك بأن منهم قسيسين ورهبانا وأنهم لايستكبرون.

Maksudnya :  Sesungguhnya kamu dapati mereka yang paling keras permusuhannya terhadap orang mukmin ialah orang yahudi dan orang musyrik. Dan sesungguhnya kamu dapati orang yang paling dekat persahabatannya dengan orang beriman ialah orang yang berkata :             “ Sesungguhnya kami ini orang Kristian”. Demikian itu disebabkan ada di antara mereka itu, terdapat pendeta dan rahib, (juga) kerana mereka tidak menyombong diri.

 

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,

            Ketika memperjuangkan Islam sudah semestinya kita akan berhadapan dengan tentangan dan cabaran sebagaimana nabi Ibrahim terpaksa melontar batu terhadap syaitan yang cuba menghalang perjalananannya untuk melaksanakan perintah Allah dalam menyembelih anaknya nabi Ismail. Tentangan daripada Kristian adalah melalui jalan dakyah mereka terutama dalam menjayakan matlamatnya untuk mengkristiankan sekurangnya satu pertiga penduduk Asia Tenggara termasuk Malaysia setelah sambutan kepada agama Kristian di barat semakin merosot. Cuma tentangan Kristian agak biasa berbanding cara kekerasan oleh yahudi yang sentiasa berakhir dengan pembunuhan terhadap umat Islam seperti yang berlaku di Palestin sehingga hari ini. Yahudi terus menjadi dalang utama dalam setiap kali peperangan antara Islam dan kuffar. Begitu juga dengan penganiayaan terhadap umat Islam Iraq melalui sekatan ekonomi dan juga disusuli dengan beberapa siri pengeboman ke atas Iraq adalah disebabkan yahudi mampu menguasai kerajaan Amerika Syarikat dan juga Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Yahudi membina kekuatan tentera untuk menguasai dunia dengan membina pusat pentadbiran di Palestin, di barat berpusat di Amerika Syarikat dan di Asia Tenggara ialah di Singapura. Yahudi juga menguasai ekonomi dunia sehingga mereka mampu menguasai negara-negara umat Islam melalui hutang yang dibuat oleh kerajaan negara umat Islam disamping sistem riba yang diamalkan oleh negara itu. Yahudi mampu menjatuhkan ekonomi sesebuah negara kerana hampir seluruh negara di dunia ini termasuk Malaysia terikat dengan sistem ekonomi yang ditaja oleh yahudi.

            Yahudi juga menyerang melalui tv, radio, akhbar, internet dan seluruh media yang mereka kuasai untuk menghancurkan umat Islam. Mereka membesarkan berita tentang kekuatan senjata mereka dan memburukkan Islam agar semua orang akan benci kepada Islam. Yahudi turut menaja filem dan hiburan yang melalaikan sehingga berjaya menghancurkan ramai remaja umat Islam. Oleh itu awasilah segala serangan musuh Islam dan bebaskanlah segala bentuk penghambaan kita dari segi ekonomi, perundangan dan seluruh aspek kehidupan daripada terus menurut yahudi dan Kristian.

 

Muslimin/mat yang dihormati sekalian,

            Pada hari raya ini juga kita disunatkan melakukan korban binatang di mana daging korban mesti turut dibahagi kepada fakir miskin yang menunjukkan kepada kita Islam begitu pentingkan kasih sayang dan perpaduan. Begitu juga binatang korban mestilah gemuk dan tiada keaibannya agar mampu membentuk peribadi untuk bersungguh-sungguh dalam berkorban harta kesayangan. Ia juga bagi mengingatkan kita kepada korban kibas daripada salah seorang anak nabi Adam sehingga korbannya diterima oleh Allah berbanding korban berbentuk hasil tanaman yang kurang mutunya oleh seorang anak nabi Adam yang lain yang menyebabkan korbannya ditolak oleh Allah.

اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ  وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا , اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ. اللّهُمَّ وَفِّقِنَا وُلاةَ أُمُوْرِنَا وَوُزَرَاءَنَا وَكُبَرَاءَنَا لِمَا فِيْهِ رِضَاكَ وَادْفَعْ عَنَّا شَرَّ الطَّاغِيْنَ وَالظَّالِمِيْنَ وَالمُعْتَدِيْنَ مِنْ بَلَدِنَا هذَا خَاصَّةً وَمِنْ بُلْدَانِ عَامَّةً يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ . وَأَدْخِلْنَا وَإِيَّاكُمُ   الجَنَّةَ مَعَ الفَائِزِيْنَ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سُبْحَانَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: