• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3











  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,677,510 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 6,409 other followers

5. KHUTBAH EIDIL ADHA 1426H


 

 

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 2  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ .  وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  . أَمَّا بَعْدُ…… فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ…… فرمان الله تعالى دالم أية  37سورة  الحج :

لن ينال الله لحومها ولادماؤها ولكن يناله التقوى منكم كذلك سخرهالكم لتكبروا الله على ماهدئكم وبشر  المحسنين

Maksudnya : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan Allah) tetapi ketaqwaan daripada diri kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayahNya kepada kamu. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang berbuat baik

 

Muslimin/mat yang dirahmati Allah S.W.T,

Kedatangan 10 Zulhijjah disambut dengan laungan takbir membesarkan Allah, laungan tasbih menyucikan Allah serta laungan tahmid memuji Allah oleh seluruh umat Islam menandakan tibanya hari raya Eidil Adha yang dipanggil hari raya haji kerana pada masa ini umat Islam yang diberi peluang oleh Allah menjadi tetamuNya di Mekah sedang menunaikan ibadat haji yang merupakan rukun Islam yang kelima. Ia juga digelar dengan hari raya korban kerana umat Islam yang mempunyai kemampuan sama-sama menyembelih binatang bagi menyempurnakan ibadat korban yang merupakan antara amalan sunat yang digalakkan oleh Islam. Kedua-dua ibadat ini samada haji atau korban mengingatkan kita semua kepada pengorbanan dan perjalanan hidup nabi Ibrahim sekeluarga. Ketika menyoroti ibadat haji itu sendiri dan tempat-tempat yang mesti dilalui oleh jemaah haji dalam menyempurnakan ibadat itu maka kita dapati ia banyak mengimbas kembali tentang perjalanan hidup nabi Ibrahim sekeluarga terutama berkaitan pembinaan Ka’abah, sai’e antara Sofa dan Marwah, melontar di Mina dan sebagainya. Begitu juga dengan ibadat korban menyembelih binatang mengingatkan kita tentang arahan Allah agar nabi Ibrahim menyembelih anaknya nabi Ismail setelah dewasa yang menggambarkan kepada kita semua tentang keyakinan dan pengorbanan besar yang telah ditunjukkan oleh baginda berdua dalam melaksanakan perintah Allah melalui mimpi benar agar melakukan suatu diluar kewarasan manusia iaitu menyembelih anak tersayang di mana ia ditunaikan tanpa banyak bicara. Pengorbanan suci ini digambarkan oleh Allah melalui ayat 103-107 surah as-Sooffat :

فلما أسلما وتله للجبين وندينه أن يإبراهيم قد صدقت الرؤيا إنا كذلك نجزى المحسنين  إن هذا لهو البلؤا المبين  وفدينه بذبح عظيم

Maksudnya : Setelah keduanya berserah bulat-bulat ( menjunjung perintah Islam) dan nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya atas tompok tanah ( untuk disembelih) serta Kami menyerunya :”Wahai nabi Ibrahim! Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu”. Sesungguhnya  ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebuskan anak itu dengan sembelihan yang besar.

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

فرمان الله دالم أية 36  سورة الأحزاب

وما كان لمؤمن ولامؤمنة إذا قضى الله ورسوله أمرا أن يكون لهم الخيرة من أمرهم ومن يعص الله ورسوله فقد ضل ضلالا مبينا

Maksudnya : Dan tidaklah patut bagi mukmin lelaki dan tidak juga perempuan apabila Allah dan rasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan yang lain berkenaan urusan mereka. Dan sesiapa menderhakai Allah dan rasulNya maka sungguhlah dia telah sesat dalam kesesatan yang nyata

                Tujuan utama ibadat korban ialah untuk menghampirkan diri kepada Allah. Kisah pengorbanan yang berakhir dengan pembunuhan antara Qabil dan Habil menunjukkan bagaimana ciri-ciri korban yang diterima oleh Allah. Begitu juga dengan pengorbanan suci nabi Ibrahim yang tunduk menunaikan perintah Allah S.W.T agar menyembelih anaknya nabi Ismail. Malah dari segi hukum feqah kita dapati bukan kesemua jenis binatang boleh dijadikan binatang korban ditambah pula dengan syarat-syarat yang mesti ada pada pada binatang itu sendiri yang perlu dipenuhi barulah sah ibadat korban seseorang. Sehubungan dengan itu maka fahamlah kita bahawa proses di dalam merapatkan diri dengan Allah bukanlah suatu yang mudah dicapai sebaliknya mestilah melakukan pelbagai pengorbanan terutama dalam menewaskan godaan nafsu dan dunia. Begitu juga dengan penjagaan terhadap sumber dan bahan makanan itu sendiri mestilah daripada perkara yang halal barulah proses untuk menghampirkan diri kepada Allah dapat dicapai.

            Umat kemenangan adalah umat yang sentiasa berfikir bagaimana cara terbaik dalam melaksanakan perintah Allah sedangkan umat yang ditimpa kekalahan ialah umat yang sentiasa mencari seribu dalih daripada melaksanakan sistem Islam. Umat mulia adalah umat yang sentiasa takut kepada Allah sehingga sebarang musuh Islam dianggap kecil di sisi mereka sedangkan umat yang hina telah hilang perasaan malu dan gerun kepada Allah sehingga mereka takut kepada musuh Islam melebihi segalanya. Umat berjaya ialah umat yang merasa bertuah kerana dianugerahkan nikmat Islam sehingga mereka bersungguh-sungguh melaksanakan Islam pada diri, keluarga, masyarakat dan negara sedangkan umat yang gagal ialah mereka yang menganggap Islam adalah penyekat kebebasan dan segala tanggungjawabnya adalah suatu bebanan yang menyakitkan. Umat yang cemerlang ialah umat yang memandang bahawa amanah kepimpinan merupakan jalan untuk menegakkan sistem Islam sedangkan umat yang kolot ialah mereka yang menjadikan tampuk pemerintahan sebagai jalan untuk mencari kemegahan, kemewahan serta tempat bagi memastikan sistem Islam tidak dilaksanakan. Umat merdeka ialah umat yang yakin dengan sistem Islam serta melaksanakannya sehingga Islam berjaya memerintah dunia sedangkan umat dijajah ialah mereka yang memenjarakan system Islam sehingga menjadi kuda tunggangan penjajah. Umat yang maju ialah umat yang membina tamadun insan dan kebendaan berasaskan Islam sehingga umat bukan Islam turut menerima kemajuan yang dibina sedangkan umat yang mundur ialah mereka yang terpaksa menjadi pak turut kepada tamadun kebendaan umat yang hilang akhlaknya sehingga aqidah menjadi tenat, akhlak semakin rosak dan kemajuan tidak hebat. Ingatlah kita bahawa penjajahan pemikiran berjaya dilakukan melalui media massa, kerja kebajikan dan sosial termasuk hospital, pendidikan, hiburan, sukan dan sebagainya. Seorang Paderi Kristian pernah berkata : “ Orang Islam tanpa disedari telah mencedok sebahagian tamadun Kristian dan menyerapkannya ke dalam pembangunan sosial mereka. Selagimana masyarakat Islam beransur-ansur menuju kepada matlamat dan fahaman yang mempunyai hubungan rapat dengan Bible maka persediaan untuk mencedok agama Kristian akan terus berkembang tanpa mereka sedari”.

 

Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T,

            Ingatlah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari daripada Anas:

قال الرسول e  : مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يَقِلَّ العِلْمُ وَيَظْهَرَ الجَهْلُ وَيَظْهَرَ الزِّنَا وَتَكْثُرَ النِّسَاء ُوَيَقِلَّ الرِّجَالُ حَتَّى يَكُوْنََ لِخَمْسِيْنَ امْرَأَةً القَيِّمُ الوَاحِدُ

Maksudnya : Antara tanda qiamat itu ialah ilmu agama sedikit, kejahilan semakin jelas, perbuatan zina dilakukan terang-terang, jumlah perempuan cukup ramai manakala jumlah lelaki berkurangan sehingga bandingan 50 orang perempuan dijaga oleh seorang lelaki

       Masa terus berlalu tanpa menunggu kita. Umur semakin bertambah dan mendekatkan kita kepada lubang kubur. Dunia  sudah hampir Qiamat apabila hampir keseluruhan tanda-tanda kecil dan besar telah pun berlaku. Apa yang malang apabila manusia pada hari ini hanya melihat tanda-tanda itu tanpa mengambil iktibar sewajarnya dalam mendekatkan diri kepada Allah serta menambah bekalan akhirat. Penyakit ini timbul akibat daripada semakin kurang ilmu agama samada dengan kematian dan hilang penghormatan terhadap ulama, malas belajar, mengenepikan ilmu agama yang dianggap tidak menjanjikan kemewahan dunia serta termakan hasutan musuh bahawa Islam adalah agama pengganas dan punca kemunduran. Terhakisnya ilmu agama menyebabkan kejahilan semakin meluas sehingga aqidah semakin goyang, ibadat menjadi kurang dan akhlak bertambah hilang. Kita melihat hasil daripada kejahilan menyebabkan suburnya ajaran sesat yang merosakkan aqidah seperti ajaran Ayah Pin, orang mengaku menjadi nabi orang Melayu dan lain-lain. Keadaan bertambah teruk apabila golongan ajaran sesat ini menggunakan peruntukan perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang memberi kebebasan pertukaran agama untuk lepas daripada hukuman. Masalah Black Metal dan Kumpulan Jangan Ikut Tuhan (JIT) menambahkan kerosakan aqidah yang sedia ada.  Baru-baru ini kumpulan Black Metal atas nama pertubuhan silat hampir berjaya menjalankan upacara sesat mereka iaitu memijak al-Quran, berzina atas al-Quran serta buang air atas al-Quran. Oleh itu sudah sampai masanya untuk hukuman Islam kembali diperkasakan agar Islam tidak dipermainkan lagi.

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Renungilah firman Allah dalam ayat 85 surah Ali- Imran  :

ومن يبتغ غير الإسلام دينا فلن يقبل منه وهو فى الأخرة من الخـــسرين

Maksudnya : Dan sesiapa yang memilih agama lain daripada Islam sebagai cara hidup maka tidak akan diterima dan dia pada hari akhirat nanti termasuk dalam golongan mereka yang rugi

            Kejahilan dan hilang keyakinan terhadap Islam turut memusnahkan akhlak umat Islam. Budaya membuka aurat dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dianggap lambang kemajuan sehingga meluasnya zina. Masyarakat hari ini merasa arahan  bertudung sebagai paksaan yang menghina kaum wanita sedangkan tubuh wanita dipamer bagaikan daging segar dimajalah dan kaca tv dianggap sebagai suatu yang bertamadun. Malah apa yang lebih malang apabila golongan yang mendakwa sebagai pejuang wanita hanya membisu ketika mendapat maklumat bahawa perempuan yang dibogel dalam penjara baru-baru ini adalah orang Melayu. Apabila manusia jahil tentang dari mana dia datang, kepada siapa perlu tunduk patuh dan ke mana bakal dia kembali maka setiap tindakan hanya berdasarkan akal yang lemah dan nafsu yang jauh daripada petunjuk wahyu. Akhirnya turun bala daripada Allah seperti merebaknya penyakit AIDS yang mengancam negara disamping masalah dadah yang terus bertambah. Umat Islam di negara lain dibunuh oleh musuh dengan senjata canggih sedangkan umat Islam di negara ini banyak terbunuh akibat dadah dan AIDS. Amankah kita berada dalam suasana mempunyai seorang yang membina sedangkan ribuan yang lain bersiap meruntuhnya. Adakah jahiliah yang kita perjuangkan atau Islam yang kita jadikan suatu pilihan terbaik yang mesti dilaksanakan. Tepuklah dada dan tanyalah iman kita.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

خطبة كدوا

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ…….فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ .

فرمان الله تعالى دالم أية    1-2    سورة االحج :

يـأيهاالناس اتقوا ربكم إن زلزلة الساعة شيء عظيم. يوم ترونها تذهل كل مرضعة عما أرضعت وتضع كل ذات حمل حملها وترى الناس سكـرى وماهم بسكـرى ولكن عذاب الله شديد

Maksudnya : Wahai umat manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu. Sesungguhnya goncangan hari qiamat itu adalah suatu yang dahsyat. Hari itu kamu dapati goncangan itu menyebabkan lalai semua perempuan yang menyusui anak  daripada anak yang disusuinya, gugurlah perempuan yang hamil dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk sedangkan mereka sebenanrnya bukan mabuk akan tetapi azab Allah itu sangat keras

 

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,

Kita baru sahaja menyambut ketibaan tahun baru 2006 Masihi dan bakal menyambut pula tahun baru 1427 Hijrah. Kita kini dapat menyaksikan bagaimana umur dunia kini sudah semakin tiba ke penghujungnya. Bukit dan gunung yang dulu teguh berdiri kini mula hancur musnah. Angin pula  bertukar menjadi ribut ganas yang memusnahkan harta dan meragut nyawa manusia. Laut bergelora begitu kuat sehingga memusnahkan daratan.  Air hujan melimpahkan air yang begitu banyak sehingga berlakunya banjir yang mengorbankan banyak nyawa. Api yang dulu jadi kawan kini membakar hutan dan bangunan. Manakala manusia mula merusuh tidak tentu hala sehingga keamanan yang dikecapi selama ini mula hancur dan musnah. Kesemua peristiwa yang berlaku mestilah diambil pengajaran yang sepatutnya terutama dalam mengingatkan kita bagaimana dunia semakin dekat kepada hari qiamat. Keadaan pada hari ini sudah begitu teruk apatah lagi bila berlakunya qiamat

Ketika kita meraikan kedatangan Eidil Adha dengan menyembelih binatang korban maka jangan kita lupa kepada saudara seagama yang terus disembelih oleh musuh Islam. Pembunuhan kejam ke atas umat Islam terutama di Iraq, Afghanistan, Selatan Thailand dan sebagainya terus berlangsung tanpa ada tanda untuk berhenti. Keganasan yahudi di bumi Palestin dalam membunuh umat Islam dan meruntuhkan Masjid Aqsa terus berlaku terutama Amerika Syarikat terus menyalurkan bantuan senjata canggih kepada yahudi Israel. Kita bersetuju dengan pendapat Presiden baru Iran yang mencadangkan agar Israel dibuang daripada peta dunia disamping desakan agar negara barat bertanggungjawab sepenuhnya dengan pembunuhan yang dilakukan oleh mereka terhadap yahudi sebelum ini dengan menyediakan tanah di negara barat itu sendiri bagi menghimpunkan yahudi bukannya bertindak kejam merampas tanah milik umat Islam di Palestin untuk dijadikan tempat penghijrahan yahudi sedunia. Bumi tidak akan aman selagi penjenayah dan pembunuh memimpin dunia. Oleh itu kembalikan keamanan dunia dengan Islam. Yakinlah kita bahawa Islam  adalah jalan penyelesaian. Islamlah nescaya kita selamat di dunia dan akhirat.

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Salam Eidil Adha diucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Bagi yang berkemampuan disarankan agar menghidupkan sambutan Eidil Adha ini dengan ibadat korban sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam.

اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ  وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ  وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ   , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا  اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

11. KHUTBAH JUMAAT KEDUA

 

الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى تَتِمُّ الصَّالِحَاتِ  , وَأَشْهَدُ أَنْ لا إِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلى عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ….أَمَّا بَعْدُ فَيَا أَيُّهَا المُؤْمِنُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ..قال الله تعالى : إِذَا جَآءَ نَصْرُ اللهِ وَالفَتْحُ وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُوْنَ فِى دِيْنِ اللهِ أَفْوَاجًا فَسَبِّحْ ِبحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا

إِنَّ اللهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى النَّبِيِّ يَاأَيُّهَااَّلذِيْنَ آمَنُوْ ا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا  اللّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وعلى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ فِي العَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ

اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ  وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى إيران وفي لبنان وفي سوريا  وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ ,  اللّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُوْرِأَعْدَائِنَا وَنََعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ, اللّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَقِلَّ عَدَدَهُمْ وَسِلاحَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاِبكَ يَاقَهَّارُ يَاجَبَّارُ يَامُنْتَقِمُ, اللّهُمَّ   يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا, اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ رَبَّنَا لاتُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الوَهَّاب رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

عِبَادَ اللهِ ! إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالعَدْلِ وَالإ حْسَانِ وَاِيْتَآءِ ذِيْ القُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنْكَرِ وَالبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ فَاذْكُرُوْا اللهَ العَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْا عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكَمْ وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُوْنَ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: