• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3



  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,777,967 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 10,124 other followers

8. KHUTBAH EIDIL ADHA 1425H


 

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 2  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ .  وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  . أَمَّا بَعْدُ…… فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ

 فرمان الله تعالى دالم أية  155-157سورة  البقرة :

ولنبلونكم بشيء من الخوف والجوع ونقص من الأموال والأنفس والثمرت وبشر الصــبرين. الذين إذا أصــبتهم مصيبة قالوا إنا لله وإنا إليه رجعون أولئك عليهم صلوت من ربهم ورحمة وأولئك هم المهتدون

Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah maka mereka mengucapkan :  إنا لله وإنا إليه رجعون  . Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat daripada Tuhan mereka. Dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk

 

Muslimin/mat yang dirahmati Allah S.W.T,

Kedatangan bulan Zulhijjah bersama kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri mestilah digunakan sebaiknya oleh umat Islam terutama dengan berpuasa sunat hari Arafah bagi kita yang tidak mengerjakan ibadat haji disamping melaungkan takbir bermula pagi 9 Zulhijjah hingga berakhirnya hari Tasyriq iaitu hari ke 13 Zulhijjah. Kalimah takbir yang dilaungkan bukan suatu kalimah yang kosong sebaliknya ia mampu menyuntik semangat juang dalam menghadapi pelbagai cabaran dan ujian hidup yang sememangnya terpaksa kita hadapi sebelum diiktiraf tahap keimanan dan ketundukan kita terhadap Allah. Eidil Adha itu sendiri membawa maksud hari raya korban di mana sepanjang hari raya sehingga berakhirnya hari tasyriq maka kita disunatkan untuk melakukan ibadat korban binatang ternakan di mana antara matlamat kepada ibadat korban ini adalah bagi memupuk semangat sanggup berkorban apa sahaja untuk meninggikan agama serta menghilangkan rasa terlalu sayang pada harta kesenangan dunia. Tanpa didikan dan asuhan agama dalam hal berkorban ini maka agak sukar bagi kita untuk melakukan pengorbanan yang lebih besar terutama dalam meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi ini.

Apabila menyebut tentang pengorbanan maka ia biasanya didahului dengan bala. Maksud bala ialah ujian atau cabaran yang menimpa seseorang di mana jika dia seorang yang beriman maka bala atau ujian ini bertujuan untuk menguji tahap kesabaran dan keimanannya kepada Allah sehingga dia mampu lahir sebagai hamba Allah yang sentiasa redha dengan apa yang berlaku. Bala yang menimpa umat yang kufur kepada Allah pula antara lain bertujuan agar dia kembali beriman dan  seterusnya bertaubat daripada kekufuran sehingga dia kembali menjadi hamba Allah yang diredhai atau pun dia bertambah kufur dengan apa yang menimpanya sehingga dia menjadi umat yang rugi di dunia dan akhirat.

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

فرمان الله دالم أية 103 هيغك 107 سورة الصافات

فلما أسلما وتله للجبين وندينه أن يإبراهيم قد صدقت الرؤيا إنا كذلك نجزى المحسنين  إن هذا لهو البلؤا المبين  وفدينه بذبح عظيم

Maksudnya : Setelah keduanya berserah bulat-bulat ( menjunjung perintah Islam) dan nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya atas tompok tanah ( untuk disembelih) serta Kami menyerunya :”Wahai nabi Ibrahim! Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu”. Sesungguhnya  ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebuskan anak itu dengan sembelihan yang besar.

            Setiap kali tibanya Eidil Adha maka kita sentiasa dingatkan tentang ujian dan pengorbanan besar yang telah dilakukan nabi Ibrahim. Ujian demi ujian yang dicuba ke atas Nabi Ibrahim yang semenjak kecil lagi terpaksa berdepan dengan ayahnya Azar pembuat berhala. Baginda diuji lagi apabila dibakar oleh Raja Namrud akibat menghancurkan berhala. Selepas dikurniakan zuriat setelah tua melalui Siti Hajar diminta pula meninggalkan Siti Hajar bersama nabi Ismail yang masih kecil di bumi Mekah yang gersang. Kemudian datang pula arahan Allah agar nabi Ibrahim menyembelih anaknya nabi Ismail setelah dewasa yang menggambarkan kepada kita semua tentang keyakinan dan pengorbanan besar yang telah ditunjukkan oleh baginda berdua dalam melaksanakan perintah Allah melalui mimpi benar agar melakukan suatu diluar kewarasan manusia iaitu menyembelih anak tersayang di mana ia ditunaikan tanpa banyak bicara. Setelah melalui percubaan yang banyak ini barulah nabi Ibrahim diiktiraf sebagai imam kepada umat manusia diikuti oleh zuriatnya yang soleh samada melalui Bani Israel keturunan nabi Yaakub yang banyak dilahirkan para nabi atau Bani Ismail keturunan nabi Ismail yang turut dibangkitkan para rasul termasuk junjungan besar nabi Muhammad s.a.w.

            Melalui ujian dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh nabi Ibrahim maka kita sebagai umat Islam yang mengaku beriman wajib mencontohinya terutama dalam menghadapi sebarang bala atau ujian yang menimpa dan juga mesti melakukan pengorbanan setakat kemampuan yang ada untuk memperjuangkan Islam. Umat Islam juga mesti kembali kepada cara hidup berlandaskan Islam setelah banyak peringatan daripada Allah terutama melalui bala atau ujian yang datang termasuk melalui peperangan, banjir besar dan antara yang terbaru ialah gempa bumi dan ombak besar Tsunami yang begitu banyak memusnahkan harta benda dan meragut ratusan ribu nyawa. Peristiwa ini yang berlaku pada 26 Disember 2004 yang baru lalu iaitu sehari selepas sambutan Krismas telah mengejutkan dunia dan ia terus diberi perhatian sehingga hari ini di mana pelbagai usaha sedang dijalankan dalam membantu mangsa yang terbabit.

 

Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T,

            Melalui kejadian gempa bumi yang dahsyat sehingga menenggelamkan sebahagian bumi Acheh diikuti dengan ombak besar Tsunami yang melanda beberapa negara lain termasuk negara kita sepatutnya diambil pengajaran sebanyak mungkin dalam menginsafkan diri kita serta mendekatkan lagi diri kepada Allah. Ini merupakan antara tanda kekuasaan Allah yang mampu melakukan apa sahaja yang dikehendakiNya tanpa perlu kepada sesuatu sebab untuk  membolehkannya berlaku. Peristiwa ini merupakan suatu kejadian alam yang  seakan memudarkan tahap kemusnahan yang berlaku akibat serangan 11 September atau akibat bom atom yang digugurkan di Jepun dulu. Sehebat manapun pekerjaan manusia namun ia tidak mampu menandingi penzahiran daripada sifat Qudrat  Allah. Kesedaran ini sepatutnya membimbing umat Islam agar lebih bimbang kepada kemurkaan Allah daripada kemarahan kuasa-kuasa besar dunia. Ia juga sepatutnya menjadikan umat Islam lebih mengutamakan keredhaan Allah daripada keredaan kuasa-kuasa besar dunia. Melalui pengalaman yang kita dengar daripada mangsa yang terselamat turut menginsafkan kita bagaimana dengan kadar gempa bumi dan ombak Tsunami yang sebesar itu telah mampu menenggelam sebahagian pulau dan juga menghancurkan harta benda serta meragut nyawa apatah lagi bila berlakunya gegaran hari qiamat  nanti yang lebih kuat daripada itu. Kita juga mestilah merenung kepada setiap apa yang berlaku disekeliling kita tentang kemungkinan ada sebab samada dari segi kederhakaan kepada Allah sehingga berlakunya bala atau ujian yang dahsyat ini. Ingatlah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Tirmizi daripada Sayyidina Ali:

قال الرسول e  : إِذَا فَعَلَتْ أُمَّتِي خَمْسَ عَشَرَةَ خَصْلَةً حَلَّ ِبهَا البَلاءُ , قِيْلَ وَمَا هِيَ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ:  إِذَا كَانَ المَغْنَمُ دُوَلا وَالأمَانَةُ مَغْنَمًا وَالزَّكَاةُمَغْرَمًا وَأَطَاعَ الرَّجُلُ زَوْجَتَهُ وَعَقَّ أُمَّهُ وَبَرَّ صَدِيْقَهُ وَجَفَا أَبَاهُ وَارْتَفَعَتِ الأصْوَاتُ فِى المَسَاجِدِ وَكَانَ زَعِيْمُ القَوْمِ أَرْذَلَهُمْ وَأُكْرِمَ الرَّجُلُ مَخَافَةَ شَرِّهِ وَشُرِبَتِ الخُمُوْرُ وَلُبِسَ الحَرِيْرُ وَاتُّخَذَتِ القِيَانُ وَالمَعَاِزفُ وَلَعَنَ آخِرُ هَذِهِ الأمَّةِ أَوَّلَهَا فَلْيَرْتَقِبُوْا عِنْدَ ذلِكَ رِيْحًا حَمْرَاءَ أَوْ خَسْفًا أَوْ مَسْخًا

Maksudnya : ” Apabila umatku telah membuat 15 perkara maka bala pasti akan turun kepada mereka. Lalu ditanya tentang apakah itu wahai Rasulullah? Jawab baginda :[1]Apabila hasil kekayaan negara hanya beredar di kalangan golongan tertentu sahaja [2]Apabila amanah dijadikan suatu sumber dalam mengaut keuntungan [3] Zakat dijadikan hutang  [4] Suami menurut sahaja kehendak isteri [5] Anak derhaka terhadap ibunya [6] Anak terlalu mementingkan kawannya [7] Anak juga menjauhkan diri daripada bapanya [8]Suara sudah ditinggikan dalam masjid [9]Yang menjadi pemimpin di kalangan mereka ialah orang yang paling hina di antara mereka [10] Seseorang itu dipandang tinggi kerana ditakuti kejahatannya [11]Arak sudah diminum secara terang-terangan di merata tempat [12] Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki [13] Para artis disanjung tinggi  [14] Muzik banyak dimainkan  [15] Generasi akhir umat ini melaknat generasi pertama (para sahabat)

        Maka pada ketika itu mereka bakal ditimpa oleh angin merah atau gempa bumi atau diubah keadaan mereka menjadi binatang

            Oleh itu kita begitu menyokong tindakan kerajaan yang menghentikan budaya pesta maksiat ketika menyambut kedatangan tahun baru untuk tahun ini. Kita mahu tindakan ini terus berkekalan bersesuaian dengan slogan Islam Hadhari bukannya apabila turun bala maka berhenti sekejap dalam berpesta dengan maksiat kemudian bila sudah berlalu bala maka pesta maksiat kembali bermaharajalela.

            Allah turut memperingatkan kita bahawa kerosakan yang berlaku di muka bumi ini akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri yang merosak alam. Oleh itu kita dapat menerima bahawa kerakusan manusia membuat ujian senjata di dasar laut serta pemusnahan hutan bakau merupakan antara sebab yang membawa kepada kemusnahan yang teruk apabila datangnya Tsunami. Kita juga wajib sedar bahawa apabila berlakunya kederhakaan dan kerosakan terhadap alam maka bala atau ujian yang turun adalah menyeluruh bukannya tertentu kepada pelakunya sahaja sebagaimana firman Allah S.W.T dalam ayat 25 surah  al-Anfal :

واتقوا فتنة لاتصيبن الذين ظلموا منكم خاصة  واعلموا أن الله شديد العقاب

Maksudnya : Dan takutlah kamu kepada siksaan yang tidak diturunkan khusus terhadap orang-orang yang zalim di antara kamu sahaja. Dan ketahuilah bahawa Allah amat keras siksaanNya

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

فرمان الله تعالى دالم أية   27سورة المائدة :

واتل عليهم نبأ ابنى ءادم بالحق إذ قربا قربانا فتقبل من أحدهما ولم يتقبل من الأخر قال لأقتلنك قال إنما يتقبل الله من المتقين

Maksudnya : Ceritakanlah kepada mereka kisah 2 anak nabi Adam yang sebenar ketika keduanya mempersembahkan korban maka diterima daripada salah seorang daripada mereka berdua dan tidak diterima daripada yang lain.  Dia(Qabil) berkata :  ”Aku pasti membunuhmu!”. Lalu berkata Habil : ” Sesungguhnya Allah hanya menerima korban daripada mereka yang bertaqwa”.

Imam Sayuti menyebut yang ulama tafsir menghikayatkan gempa bumi yang pertama dialami oleh umat manusia ialah apabila Qabil membunuh saudaranya Habil di mana bumi telah bergegar selama tujuh hari. Melihat kepada apa yang berlaku pada hari ini di mana berkebetulan kawasan yang paling kuat dilanda tsunami adalah negara-negara yang bergolak dengan perang sesama sendiri seperti Acheh, Selatan Thailand, Sri Langka sehingga ke Somalia di Afrika di mana disebahagian tempat ini masih berlaku pertempuran sehingga sukar untuk menyampaikan bantuan. Imam Sayuti juga memperingatkan bagaimana peristiwa gempa bumi merupakan merupakan peringatan dan amaran daripada Allah ketika hambaNya terlibat dengan kemungkaran dan ianya juga merupakan antara tanda-tanda Qiamat.

                Sebagai orang mukmin maka kita mesti insaf dan berusaha untuk merapatkan lagi hubungan kita dengan Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala tegahanNya sepanjang masa bukan ikut musim dan ketikanya. Kita juga wajib membantu saudara seagama yang teruk dilanda Tsunami dengan lebih bersungguh. Jika kita di negara ini merasa agak sensitif apabila  melihat antara mereka yang menderma bagi mangsa Tsunami adalah syarikat judi dibimbangi wang itu turut diagihkan kepada umat Islam manakala di Acheh misalnya terdapat daging babi yang turut menjadi bahan sumbangan. Jika kita fikir dari segi logik akal maka sepatutnya perkara ini tidak sepatutnya berlaku jika negara-negara umat Islam terutama di bawah naungan OIC lebih cepat bertindak berbanding negara bukan Islam. Begitu juga dengan tindakan pihak Kristian yang cuba menggunakan kesempatan di atas penderitaan orang lain dengan bertindak mengambil ratusan anak yatim dari Acheh untuk dijaga di tempat Kristian di mana tindakan ini merupakan suatu penghinaan terhadap maruah umat Islam. Melihat kepada gerakan Kristian yang lebih cepat bebanding umat Islam sendiri maka kita sepatutnya malu. Mengapakah negara umat Islam boleh bertindak pantas untuk bersekongkol dengan kuffar pimpinan Amerika ketika mahu meranap dan seterusnya menjajah bumi Afghanistan dan Iraq tetapi dalam membantu saudara seagama yang ditimpa musibah Tsunami maka mereka bergerak begitu lambat sehingga membuka ruang kepada musuh Islam untuk melakukan propaganda dan dakyah mereka di atas nama bantuan kemanusiaan. Jangan biarkan ketika mahu membantu musuh maka wang negara digunakan sewenangnya sedangkan ketika mahu membantu saudara seagama maka perlu mengutip derma daripada rakyat dahulu barulah boleh dihulurkan.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

خطبة كدوا

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ…….فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ .فرمان الله تعالى دالم أية    42-43    سورة الأنعام :

ولقد أرسلنا إلى أمم من قبلك فأخذنـهم بالبأساء والضراء لعلهم يتضرعون. فلولا إذ جاءهم بأسنا ولكن قست قلوبهم وزين لهم الشيطـن ماكانوا يعملون

Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami telah mengutus (rasul-rasul) kepada umat-umat sebelum kamu. Kemudian Kami siksa mereka dengan menimpakan kesengsaraan dan kemelaratan agar mereka memohon (kepada Allah) dengan tunduk merendah diri. Maka mengapa mereka tidak memohon dengan tunduk merendah diri ketika datangnya siksaan Kami kepada mereka. Bahkan hati mereka telah menjadi keras dan syaitan pun menampakkan mereka keelokan apa yang selalu mereka kerjakan.

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,

Sempena kedatangan Eidil Adha yang mulia ini tidak lupa kita ucapkan takziah kepada semua mangsa Tsunami terutama mereka yang kehilangan ibubapa, anak, ahli keluarga selain daripada kemusanahan harta benda. Ingatlah bahawa musibah yang datang jika ia dilalui dengan penuh kesabaran maka Allah datangkan pahala yang lebih besar serta pengampunan dosa dan kita juga doakan agar saudara yang meninggal dunia dalam musibah ini diberi oleh Allah dengan ganjaran yang baik. Ingatlah bahawa orang yang ditimpa musibah antara orang yang dikasihi oleh Allah jika ia mampu dihadapi dengan tabah kerana golongan yang paling banyak dan teruk dikenakan bala atau ujian oleh Allah ialah para nabi sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Tirmizi daripada Mas’ab bin Sa’ad daripada ayahnya:

 قُلْتُ : يَارَسُوْلَ اللهِ أَىُّ النَّاسِ أَشَدُّ بَلاءً؟ قَالَ : الأنْبِيَاءُ ثُمَّ الأمْثَلُ فَالأمْثَلُ . يُبْتَلَى الرَّجُلُ عَلَى حَسَبِ دِيْنِهِ فَإِنْ كَانَ فِى دِيْنِهِ صُلْباً اِشْتَدَّ بَلاؤُهُ وَإِنْ كَانَ فِى دِيْنِهِ رِقَّةً اُبْتُلِىَ عَلَى قَدَرِ دِيْنِهِ فَمَا يَبْرَحُ البَلاءُ بِالعَبْدِ حَتَّى يَتْرُكَهُ يَمْشِي عَلَى الأرْضِ وَمَاعَلَيْهِ خَطِيْئَةٌ

Maksudnya : Aku bertanya : wahai Rasulullah! Siapakah di kalangan manusia yang paling kuat ujiannya? Sabdanya : Para nabi kemudian seumpamanya maka sepertinya. Diuji seorang lelaki mengikut kadar agamanya, sekiranya agamanya kuat maka semakin kuat ujiannya dan jika agamanya lemah maka diuji mengikut kadar agamanya. Sentiasa berlangsung ujian ini sehingga ia berhenti, berjalan dia di atas muka bumi ini sedangkan tiada lagi dosa di atasnya.

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

            Kita yang bukan mangsa Tsunami juga sewajarnya mengambil iktibar yang sebanyak mungkin daripada musibah ini termasuk memikirkan bagaimana kebanyakan masjid diselamatkan oleh Allah dalam keruntuhan yang dahsyat disekelilingnya.  Ini merupakan isyarat yang jelas agar kita kembali menghidupkan masjid-masjid dengan ibadat khusus dan program yang mampu mengembalikan semula kekuatan umat Islam. Kita begitu bersetuju dengan saranan daripada Perdana Menteri agar semua pemimpin terutama wakil rakyat supaya dapat menjadi imam solat. Apabila pemimpin rapat dengan masjid maka insya Allah rakyat pun turut jinak dengan masjid begitulah sebaliknya. Kita juga meminta agar sekatan yang tidak bertamadun terhadap kegiatan di masjid dapat dihentikan segera agar masjid menjadi tempat tumpuan rakyat bukannya tempat yang dipenuhi dengan kawalan.

 

 

Muslimin/mat yang dihormati sekalian,

Pemimpin juga mesti bersungguh dalam melahirkan rakyat yang cintakan masjid sehingga keruntuhan akhlak dapat ditangani. Rakyat ini mesti dididik dan diasuh dengan sebaiknya berasaskan Islam. Oleh itu hentikan tekanan terhadap sekolah agama rakyat yang selama ini banyak melahirkan golongan yang menghidupkan masjid. Tidak cukup sekadar menafikan tuduhan Thaksin, Perdana Menteri Thailand bahawa pondok dan sekolah agama adalah pusat pengganas jika pemimpin negara ini sendiri terlebih dahulu berbuat demikian malah hingga hari ini terus menekan pusat pengajian agama. Jangan jadi seumpama ketam yang mahu melihat anaknya berjalan betul sedangkan ia sendiri tidak mampu berbuat demikian.

Akhir kata salam Eidil Adha diucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Bagi yang berkemampuan disarankan agar menghidupkan sambutan Eidil Adha ini dengan ibadat korban.

اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ  وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ  وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ   , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا  اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: