• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib Khutbah

  • ekhutbah Audio MP3

     

     

  • Tetamu Online

  • Pengurusan Blog

Khutbah Jumaat : Kalimah Allah DiJulang, Al-Quran DiPerjuang, Palestin DiDaulatkan

الحَمْدُ للهِ  !! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 82 surah al-Isra’:

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا

Maksudnya : Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua

Syukur kita panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat Ramadhan di mana beberapa hari lagi kita akan mula memasuki 10 malam terakhir di mana salah satu malamnya ada lailatul Qadar di mana kelebihannya lebih baik dari 1000 bulan. Oleh itu marilah sama-sama kita berlumba dalam merebut kesempatan ini dengan amalan soleh dan memohon keampunan dari Allah.

Ramadhan dan al-Quran tidak dapat dipisahkan maka beigitulah juga dengan diri kita jangan pisahkan daripada al-Quran Para ulama’ meriwayatkan bahawa al-Quran itu diturunkan secara keseluruhannya dari Lauh Mahfuz ke kawasan Bait al-‘Izzah di langit dunia. Kemudian, ia diwahyukan sedikit demi sedikit dalam tempoh masa 23 tahun bagi menyatakan ajaran Islam yang sempurna dalam perkara aqidah, syariat dan akhlak, serta menyatakan hukum, jawapan kepada sebab yang berlaku, soalan, ilmu kejadian alam, cerita yang diambil iktibar, berita akhirat dan perkara alam ghaib dan lain-lain. Adapun kitab suci para rasul terdahulu, ia diturunkan sepenuhnya sekali gus.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 23-24:

﴿وَإِن كُنتُمۡ فِي رَيۡبٖ مِّمَّا نَزَّلۡنَا عَلَىٰ عَبۡدِنَا فَأۡتُواْ بِسُورَةٖ مِّن مِّثۡلِهِۦ وَٱدۡعُواْ شُهَدَآءَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ إِن كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ٢٣ فَإِن لَّمۡ تَفۡعَلُواْ وَلَن تَفۡعَلُواْ فَٱتَّقُواْ ٱلنَّارَ ٱلَّتِي وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُۖ أُعِدَّتۡ لِلۡكَٰفِرِينَ٢٤﴾

“Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang al-Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad), cubalah reka satu surah (sahaja) yang semisal al-Quran itu dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar.  Maka, jika kamu tidak dapat merekanya, dan pasti kamu tidak akan dapat merekanya, maka peliharalah dirimu daripada neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir. ” 

Al-Quran ialah mukjizat ilmu yang diberikan kepada Nabi akhir zaman, Nabi Muhammad SAW secara berperingkat. Perkara ini berbeza dengan mukjizat para rasul sebelumnya mengikut zaman masing-masing yang diwahyukan sepenuhnya sekali gus.

Al-Quran menyatakan petunjuk semua ilmu yang berkait dengan seluruh ajaran Islam yang sempurna, berkenaan urusan dunia dan akhirat, alam nyata dan alam ghaib, hubungan manusia dengan Allah, dirinya sendiri, jasad, roh, akal, keluarga dan masyarakat. Turut dinyatakan ilmu agama dalam urusan ibadat, dan ajaran agama dalam urusan mentadbir dunia dengan agama, dalam aspek politik negara, ekonomi dan semua urusan kehidupan dan hubungannya dengan semua keperluan. Termasuklah sains dan teknologi dalam segala jurusannya mulai aspek alam sekitar dunia sehingga ke angkasa lepas dan alam ghaib yang tidak boleh dicapai oleh akal manusia, sehinggalah ilmu sihir yang diharamkan.

Kesempurnaan al-Quran dan kehebatan ilmunya tidak mampu dicapai oleh manusia kerana al-Quran berasal daripada ilmu Allah Yang Maha Suci daripada segala kekurangan dan kelemahan. Seterusnya, inti pati al-Quran itu dilaksanakan melalui hikmah rasul pilihan Allah.

Semua ilmuwan dalam segala lapangan yang mengkaji al-Quran dengan ikhlas, akhirnya menyerah diri dan mengakui kebenarannya. Termasuk kalangan mereka yang menyanggah kebenaran al-Quran pada awalnya, akhirnya mengaku mereka tersalah dan al-Quran adalah jawapan yang betul. Namun, hanya yang mendapat hidayah sahaja akan menyerah diri secara iman dan Islam.

Allah menceritakan betapa para malaikat yang suci dan mulia itu tunduk serta patuh kepada ilmu Allah serta menerimanya, apabila makhluk manusia itu ditetapkan peranan untuk mentadbir dunia bersama Kitab-Nya.

Antara ilmu yang dikurniakan oleh Allah ialah ilmu wahyu. Hanya makhluk perosak alam yang bernama Iblis dan pengikutnya sahaja yang menolak ilmu Allah disebabkan sifat takbur dalam dirinya

Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 108 surah al-An’am:

وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ ۗ كَذَٰلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِم مَّرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ‎﴿١٠٨﴾

Maksudnya : Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.

Malaysia dikejutkan dengan insiden penjualan stokin yang dicetak dengan nama Allah di salah sebuah rangkaian kedai serbaneka beberapa hari yang lalu, menyebabkan pelbagai pihak  tampil memberikan pandangan dalam versi pelbagai.

Isu utama yang menjadi bahan sensitif dalam perkara ini adalah berkait dengan kedudukan nama Allah SWT yang diletakkan pada tempat yang bukan sepatutnya.  Hakikatnya nama Allah SWT tidak layak sama sekali diletakkan di kaki termasuk cetakan di stokin yang secara urufnya adalah sarung yang dipakaikan di kaki. Oleh itu kita mengajak semua pihak membuka mata terhadap isu penghinaan terhadap Islam atau mana-mana agama yang boleh merencatkan keharmonian masyarakat Malaysia. Tidak boleh mana-mana pihak menghina atau menyentuh soal agama dengan tujuan yang salah. Kita menyokong penuh gesaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong supaya mengambil tindakan keras terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah berdasarkan siasatan pihak berkuasa.Kes ini masih dalam perbicaraan di mahkamah di mana kita berharap agar suatu hukuman keras dijatuhkan kepada pihak yang bersalah bagi mengelak kejadian sama berulang pada masa akan datang

Masalah penghinaan terhadap agama membayangkan krisis dalaman yang menimpa manusia hari ini kesan daripada pembaratan dan pensekularan. Ia tidak boleh diatasi semata-mata dengan cara undang-undang tanpa memahami akar umbi masalah.

Dalam soal ini kaum Muslimin mempunyai tugas yang amat besar, bukan sekadar dengan menunjukkan bantahan dan kemarahan terhadap penghinaan yang dilemparkan terhadap Islam, tetapi yang lebih utama adalah dengan menunjukkan jalan keluar daripada krisis itu. Umat manusia pada hari ini sedang menderita akibat daripada keraguan terhadap makna diri dan nasib akhir. Apa yang mereka tidak miliki itu ialah keimanan yang memberikan keamanan kepada diri, dan keamanan itu tidak mungkin tercapai oleh jiwa yang ragu-ragu dan keluh-kesah mengenangkan nasib yang tidak pasti. Yang mereka perlukan adalah ilmu yang berpunca daripada petunjuk dan hidayat Allah SWT. Ilmu itulah yang telah mereka nafikan kerana terpedaya dengan falsafah ilmu sekular, dan akibatnya mereka turut menderita kekosongan jiwa kerana tiada keyakinan.

Maka perjuangan sebenar bagi membela Islam dan menyampaikan dakwahnya kepada manusia adalah perjuangan yang diasaskan kepada ilmu dan keyakinan. Manusia yang selama ini sudah hilang keyakinan terhadap agama kerana dakyah kebudayaan Barat, mesti diyakinkan semula bahawa ilmu dan keyakinan dapat dicapai olehnya, dan hanya dengan itu kesejahteraan dapat dicapai.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 35 surah al-Maidah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ‎﴿٣٥﴾

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.

Sempena berada di bulan Ramadhan ini juga marilah kita sama-sama terus membantu saudara kita di Palestin dalam berdepan dengan kekejaman zionis Yahudi dan sekutu pengganasnya dalam membunuh rakyat yang tidak berdosa yang kini lebih 32 ribu terkorban dari kalangan kanak-kanak dan orang awam.

Perkembangan terkini dan lulusnya resolusi gencatan senjata penuh oleh Majlis Keselamatan PBB (UNSC) beberapa hari lepas,  menyokong bahawa sememangnya Is ra el sedang dan menuju kepada ‘keterpencilan’ dan fasa fasa kejatuhannya telah bermula. Daripada 15 anggota UNSC, 14 mengundi menyokong draf resolusi gencatan senjata yang menghendaki Is ra el menghentikan serangan sepenuhnya ke atas Ga za dan dibebaskan tawanan Is ra el yang berada di tangan Ha mas. Manakala Amerika Syarikat (AS) mengundi untuk berkecuali. Negara yang menyokong termasuklah 4 lagi kuasa veto iaitu Britain, Perancis, China dan Russia. Kuasa-kusa Barat dan sekutu Is ra el ini terpaksa menuruti arus dunia dan arus majoriti rakyat mereka sendiri kerana bimbang hilangnya rasa hormat dunia kepada mereka walaupun mereka mengaut keuntungan besar dengan menjual senjata kepada Is ra el.

Penurunan drastik nilai dagangan antarabangsa disebabkan tindakan Hou thi di Yaman yang tidak henti henti melakukan serangan terhadap kapal-kapal yang berurusan dengan Is ra el. Dalam masa yang sama di Ga za, berlaku kejutan di sebalik Is ra el berdegardegar hendak menyerang Rafah yang kononnya kubu terakhir Ha mas, tiba tiba muncul ‘gerombolan besar’ Ha mas di Ga za City yang memulakan kembali serangan terhadap tentera Zi onis yang mengepung ketat Ga za City sejak 4 bulan lalu.

Teruskan berdoa keselamatan dan kemenangan buat umat Islam dan kehancuran buat pengganas. Jadikah roh Ramadhan sebagai semangat dalam mencapai kemenangan. Tiada erti kekalahan dalam memperjuangkan Islam. Kemenangan atau syahid menunggu kita

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Himpunan Khutbah Ramadhan

Lailatul Qadar DiCari, Perang Badar DiHayati, al-Quran DiJulangTinggi

Ramadhan DiRai Al-Quran DiHayati Keberkatan DiMiliki

Ramadhan DiRai Aqidah DiJulang Tinggi

 Ramadhan DiRai Islam DiIkuti Umat DiBerkati

 Ibadat DiGandai Maksiat DiHindari Ramadhan DiRai

Ramadhan DiHayati Negara DiBerkati

Keberkatan Ramadhan DiCari Kemenangan Islam DiRai

Nuzul al-Quran DiHayati Tamadun Islam Diraih Kembali

Ramadhan Dirai al-Quran DiSanjungi

Ramadhan Dihayati Taqwa Dimiliki

Ramadhan DiHayati al-Quran DiJulang Tinggi

Taqwa DiTagih Kemuliaan DiRaih Sempena Ramadhan

Ramadhan Penyemarak Semangat Juang

Peristiwa Pembukaan Kota Mekah

Ramadhan DiRebut al-Quran DiIkut

Peperangan Badar Al-Kubra

Ramadhan Penyubur Kasih Sayang

Ramadhan Penyubur Jiwa Mulia

Ramadhan Dihayati Umat Terpuji

Taqwa Bertambah Berkat Melimpah Sempena Ramadhan al-Mubarak

Al-Quran DiJulang Umat Cemerlang

Khutbah Jumaat : Ramadhan DiMartabat Islam DiNobat, Palestin DiDaulat

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.  

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 183 surah al-Baqarah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ﴿١٨٣

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa

Kini kita berada pada hari-hari terakhir bulan Sya’aban 1445H di mana kita bakal menyambut kedatangan Ramadhan beberapa hari lagi. Antara amalan terbaik untuk kita sama-sama contohi para salafussoleh ketika berada diambang Ramadhan ialah [1] kita berdoa kepada Allah supaya kita diberikan kebarkatan, keimanan, keselamatan untuk kita menjadi benar-benar mampu untuk menempuhi Ramadhan dengan  segala amal ibadah

  Daripada Talhah bin Ubaidillah RA, Rasulullah ﷺ berdoa apabila melihat anak bulan Ramadhan.

اللهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالْإِيمَانِ، وَالسَّلامَةِ وَالْإِسْلامِ، رَبِّي وَرَبُّكَ اللهُ – رواه أحمد

Maksudnya: “Ya Allah, naungilah kami dengan keamanan dan keimanan serta keberkatan, keselamatan dan kesejahteraan. Tuhanku dan tuhanmu adalah Allah.”

Begitu juga dikatakan ramai di kalangan salaf al-soleh berdoa untuk mendapatkan Ramadhan supaya diisi dengan pelbagai amalan yang soleh. Antara doa mereka ialah:

اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا – رواه الطبراني

Maksudnya: “Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan itu).”

Maal bin Fadhl menceritakan dalam kitab Lataif al-Maarif mengenai tentang orang-orang soleh pada zaman dahulu melakukan persediaan awal sebelum Ramadan dengan berdoa. Mereka memohon kepada Allah SWT enam bulan lebih awal supaya Allah sampaikan mereka ke dalam bulan Ramadan dalam keadaan yang paling terbaik dari segi rohani (iman) dan jasmani (kesihatan fizikal). Mereka turut meminta supaya Allah memberi pertolongan kepada mereka untuk melakukan ketaatan dan ibadah. Malah, mereka berdoa pula selama enam bulan selepas itu supaya Allah menerima segala amalan yang sudah dilakukan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Amalan ke-[2] ketika berada diambang Ramadhan ialah Hendaklah kita merasa gembira dengan Ramadhan yang bakal menjelma dengan tawaran Allah yang istimewa dan lumayan. Sebaliknya golongan munafiq pula merasa gelisah, buntu dengan Ramadhan. Maka benarlah sabda Nabi ﷺ :

أَظَلَّكُمْ شَهْرُكُمْ هَذَا بِمَحْلُوفِ رَسُولِ اللهِ، مَا مَرَّ بِالْمُؤْمِنِينَ شَهْرٌ خَيْرٌ لَهُمْ مِنْهُ، وَلَا بِالْمُنَافِقِينَ شَهْرٌ شَرٌّ لَهُمْ مِنْهُ، إِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ لَيَكْتُبُ أَجْرَهُ وَنَوَافِلَهُ مِنْ قَبْلِ أَنْ يُدْخِلَهُ، وَيَكْتُبُ إِصْرَهُ وَشَقَاءَهُ مِنْ قَبْلِ أَنْ يُدْخِلَهُ- رواه أحمد

Maksudnya: “Allah SWT naungkan kepada kamu dengan berlabuhnya bulan Ramadhan ini dengan Rasulullah ﷺ bersumpah: “Tiadalah berlalu ke atas orang Islam bulan yang lebih baik bagi mereka daripada bulan Ramadhan dan tidaklah kepada munafiq itu lebih teruk daripada bulan Ramadhan. Sesungguhnya Allah ﷻ menulis pahala ganjarannya sebelum menjelmanya bulan dan juga menulis dosa serta kehinaan sebelum masuknya bulan Ramadhan.”

  Rata-rata umat Islam pada hari ini lebih fokus kepada ‘sambutan’ berbanding ‘persediaan’. Masjid-masjid mula dihiasi dengan lampu berwarna-warni, kain rentang sambutan dengan pelbagai ucapan mula dilihat bergantungan dan seperti tahun-tahun sebelumnya di Malaysia, tapak bazar akan disediakan di seluruh pelusuk negeri. Tidak ketinggalan restoran ternama dan hotel bertaraf antarabangsa akan mula mempromosikan program berbuka puasa dengan pelbagai tawaran istimewa. Televisyen dan radio turut memainkan peranan mereka dalam membuat hebahan dan menyusun siaran.

Tiada langsung salahnya perkara ini dilakukan. Ia mungkin diadakan dengan niat untuk menyemarakkan rasa gembira dan menghangatkan suasana bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia. Bagaimanapun, ia seharusnya tidak melalaikan kita untuk melakukan perancangan dan persediaan kendiri yang rapi supaya keberkatan yang dibawa oleh bulan Ramadan dapat digarap dengan sebaiknya dan tidak disia-siakan begitu sahaja sehingga rugi dunia dan akhirat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat  185 surah al-Baqarah :

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ …..

Maksudnya : Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah

  Amalan ke-[3] sesuai dengan Syarat utama puasa diterima adalah seseorang itu mesti beriman kemudian diiringi dengan mengharap balasan baik daripada Allah. Pengharapan terbina atas dasar iman dan ilmu. Iman manusia sudah tentu ada turun dan naiknya. Maka, persiapan iman sebelum masuk ke bulan Ramadan adalah amat penting dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Iman yang benar perlu kepada ilmu yang benar. Oleh yang demikian, ini adalah waktu yang terbaik untuk kita mempelajari dan mengulangkaji semula hukum-hukum mengenai amalan ibadah di bulan Ramadan. Wajib bagi setiap mukmin itu melakukan ibadah dengan berlandaskan ilmu yang betul, bukan sekadar ikutan. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadan tiba supaya puasa kita benar-benar diterima dan mendapat ganjaran oleh Allah

Amalan ke-[4] berusaha memperbetul bacaan al-Quran, usaha untuk memperbaiki bacaan seharusnya sudah dilakukan sebelum kedatangan Ramadan kerana bulan Ramadan adalah bulan untuk kita pecut selajunya.

Amalan ke-[5] Seiring dengan persiapan fizikal dan tubuh badan, kita juga perlu mempersiapkan mental dan rohani kita bagi menghadapi Ramadan. Melakukan pembacaan mengenai teknik penyucian jiwa dan menghadiri majlis ilmu yang membincang perkara ini akan membantu kita bersiap siaga untuk melaksanakan ketaatan sepanjang bulan Ramadan.

Sebagai kesimpulan, mari sama-sama kita merancang agenda persiapan dan aktiviti ibadah kita sebelum dan sepanjang Ramadan supaya kita dapat memanfaatkan sebanyak mungkin masa kita di bulan Ramadan.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 178 surah al-Baqarah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِصَاصُ فِي الْقَتْلَى ۖ الْحُرُّ بِالْحُرِّ وَالْعَبْدُ بِالْعَبْدِ وَالْأُنثَىٰ بِالْأُنثَىٰ ۚ فَمَنْ عُفِيَ لَهُ مِنْ أَخِيهِ شَيْءٌ فَاتِّبَاعٌ بِالْمَعْرُوفِ وَأَدَاءٌ إِلَيْهِ بِإِحْسَانٍ ۗ ذَٰلِكَ تَخْفِيفٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَرَحْمَةٌ ۗ فَمَنِ اعْتَدَىٰ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَلَهُ عَذَابٌ أَلِيمٌ ‎﴿١٧٨﴾‏ 

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman “Qisas” (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya 

Sekiranya kita boleh menerima kewajipan berpuasa melalui firman Allah dalam ayat 183 surah al-Baqarah maka begitulah kita wajib menerima kewajipan dalam melaksanakan undang-undang Islam termasuk qisas sebagaimana firman Allah dalam ayat sebelumnya iaitu 178 surah al-Baqarah. Kita wajib memerdekakan minda, jiwa dan kehidupan kita daripada belenggu penjajahan. Kita telah dibekalkan oleh penjajah dengan perlembagaan yang memiliki banyak bom jangka sebagaimana yang telah digubal oleh Suruhanjaya Reid. Perlembagaan itu dibentuk oleh penjajah ketika memberikan kemerdekaan yang tidak sempurna, yang tersurat dengan perkara-perkara yang masih menjajah fikiran kita bagi menyesatkan kita daripada Islam. Sepatutnya, kita tidak membaca perlembagaan yang disediakan itu sehingga terikat dan dikongkong dengan perkara yang tersurat sahaja. Gunakanlah kebijaksanaan untuk memahami perkara yang tersirat menjadi aqidah dan iman kita dengan mentafsirkan perlembagaan atau menggunakan hak memindanya ke jalan yang betul mengikut petunjuk Allah secara istiqamah. Tidakkah sudah banyak perkara yang telah dipinda dalam perlembagaan tersebut.

Ada kalangan yang memberikan alasan bahawa kita telah dibenarkan melaksanakan hukum takzir yang menjadi sebahagian daripada hukum Islam. Benarkah begitu? . Hukum takzir ialah mata rantai yang tidak putus daripada hukum Islam, bukan hukum yang diambil semena-mena di tengah jalan. Hukum takzir ialah hukum Allah yang disertakan dengan hukum qisas dan hudud dalam kesalahan tertentu sahaja, dengan syarat-syarat yang ketat dan hukuman yang keras.

Apabila tidak memenuhi syarat-syarat tersebut, maka barulah dibawa kepada hukum takzir dalam perkara yang luas lapangannya dan banyak pilihannya dengan syarat, rukun, dan adab Islam yang menjadi roh kepada syariat Islam yang tidak boleh disamakan dengan undang-undang sivil. Maka, undang-undang sivil gagal mencegah kemungkaran, walaupun hukumannya lebih keras daripada qisas dan hudud.

Semua hukum syariat ialah berkaitan dengan maqasid al-syari‘ah bagi memelihara rukun hidup manusia mengikut ketetapan Allah, iaitu menjaga agama, akal, nyawa, maruah, keturunan, dan harta. Perkara ini tidak dipedulikan secara sistematik dalam undang-undang sivil. Hakikatnya, mereka membuang undang-undang Allah lalu diganti dengan undang-undang ciptaan manusia yang berlaku dalam kalangan Yahudi dan Kristian, bagi membebaskan kalangan pemimpin dan bangsawan mereka untuk mengerjakan maksiat. Oleh itu yakinlah kita sebagaimana kewajipan puasa adalah untuk kebaikan kita maka begitulah perundangan Islam untuk kebaikan kita dunia dan akhirat

Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 35 surah al-Maidah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ‎﴿٣٥﴾

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.

Sempena berada diambang Ramadhan juga marilah kita sama-sama terus membantu saudara kita di Palestin dalam berdepan dengan kekejaman zionis Yahudi dan sekutu pengganasnya dalam membunuh rakyat yang tidak berdosa yang kini lebih 30 ribu terkorban dari kalangan kanak-kanak dan orang awam. Doakan keselematan dan kemenangan buat umat Islam dan kehancuran buat pengganas. Jadikah roh Ramadhan sebagai semangat dalam mencapai kemenangan. Tiada erti kekalahan dalam memperjuangkan Islam. Kemenangan atau syahid menunggu kita

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Himpunan Khutbah Ambang Ramadhan

Ramadhan DiMartabat Islam DiNobat, Palestin DiDaulat

Ramadhan DiRindu Taqwa DiBuru

Rai Kedatangan Ramadhan Raih Kemenangan Islam

Ramadhan DiRai Keistimewaannya DiNikmati

Ramadhan DiSambut Taqwa DiRebut

Ramadhan Dirai Kemuliaan DiRasai

Taqwa DiTagih Kemuliaan Diraih