• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3

  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 2,082,360 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 42,494 other followers

Khutbah Jumaat : Ramadhan DiRai Islam DiIkuti Umat DiBerkati


السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 183 surah al-Baqarah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ﴿١٨٣

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa

Alhamdulillah rasa syukur kita sama-sama panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat Ramadhan di mana kini telah masuk hari ke-4 kita berpuasa Ramadhan bagi tahun 1442H. Ketibaan Ramadhan kali ini dalam suasana wabak covid-19 yang masih belum pulih malah berlakunya peningkatan kes harian merupakan suatu peringatan agar kita berusaha bersungguh-sungguh dalam mematuhi SOP yang ditetapkan disamping menggunakan sebaik mungkin ketibaan Ramadhan sebagai bulan maqbulnya doa untuk sama-sama memohon kepada Allah agar musibah ini dihilangkan segera

Bulan Ramadhan mempunyai beberapa nama berdasarkan kepada kelebihan dan keistimewaannya. Antaranya  : [1] Saiyidus Syuhur  iaitu Penghulu sekalian bulan yang terhimpun di dalamnya beberapa ibadah utama seperti ibadah puasa selama sebulan penuh, Zakat fitrah, Solat Tarawih serta anugerah malam Lailatul Qadar. [2]      Syahrul Syiam            iaitu Bulan Puasa [3]     Syahrul Quran iaitu Bulan diturunkan Quran yang merupakan mukjizat terbesar kepada nabi Muhammad s.a.w [4]  Syahrul Sabr iaitu Bulan Kesabaran di mana Ibadah puasa dan sifat sabar punya hubungan yang erat. Allah menjanjikan ganjaran pahala yang tidak terbatas kepada orang-orang yang sabar  [5] Syahrul Rahmah iaitu  Bulan Kerahmatan [6] Syahrul Magfirah iaitu Bulan Keampunan [7]  Syahrul Najah iaitu Bulan Kemenangan dan bebas dari api Neraka [8].      Syahrul Jud iaitu Bulan Murah hati  [9]      Syahrul Barakah – Bulan Keberkatan

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 40-41 surah an-Nazi’at :

وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَىٰ﴿٤٠﴾ فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَىٰ ﴿٤١

Maksudnya : Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya

إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ صُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ ، وَمَرَدَةُ الْجِنِّ ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ ، فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ ، وَفُتِحَتْ أَبْوَابُ الْجِنَانِ فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا بَابٌ ، وَنَادَى مُنَادٍ يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ ، وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ ، وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنَ النَّارِ  – رواه الترمذي

Maksudnya : Apabila tiba malam pertama di Bulan Ramadhan, maka akan diikatlah sekalian syaitan dan jin-jin yang jahat, ditutup pintu-pintu neraka tanpa dibukakan satupun, dan dibuka pintu-pintu syurga tanpa ditutup satupun, dan akan ada penyeru yang menyeru pada setiap malam: “Wahai orang yang inginkan kebaikan, marilah, dan wahai orang yang ingin melakukan keburukan, hentikanlah”, dan bagi Allah akan ada golongan yang dimerdekakan dari api neraka,

Allah s.w.t. memerintahkan orang-orang mukmin dari kalangan umat ini berpuasa, iaitu menahan diri dari makan, minum dan sebarang perkara yang membatalkan puasa dengan niat yang ikhlas kerana Allah. Kewajipan puasa bukan hanya diwajibkan kepada umat nabi Muhammad s.a.w sahaja malah Umat-umat sebelum kita juga telah diwajibkan berpuasa.  Puasa termasuk syari’at yang tidak dimansukh atau dibatalkan kerana maslahatnya yang begitu besar bagi manusia. Ia masih terus berlangsung sejak zaman Nabi Nuh a.s., sehinggalah ke zaman umat nabi Muhammad s.a.w
Dengan demikian, kita mempunyai teladan dalam melaksanakan kewajipan berpuasa. Hal ini memberikan semangat kepadakita dalam menunaikan kewajiban ini dengan lebih sempurna berbanding orang-orang sebelum kita. Puasa dapat membersihkan, menyucikan dan membebaskan jiwa dan tubuh dari unsur yang buruk dan akhlak-akhlak yang rendah. Puasa merupakan sebab terbesar untuk memperoleh ketakwaan. Di dalam puasa seseorang meninggalkan hal-hal yang disukainya seperti makan, minum dan sebagainya. Apabila dia dihadapkan perbuatan maksiat yang disukai hawa nafsunya, maka dia mampu menahan dirinya. Puasa merupakan perisai bagi seseorang dari perbuatan maksiat. Puasa dapat melemahkan syahwat yang menjadi sumber maksiat.  

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 9-10 surah as-Syamsu :

قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا ﴿٩﴾ وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا ﴿١٠

Maksudnya : Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

Orang yang berpuasa biasanya banyak menjalankan ketaatan dan maksiatnya berkurang. Orang yang berpuasa melatih dirinya agar merasa diawasi Allah s.w.t. Ketika puasa, ia meninggalkan apa yang diinginkan oleh hawa nafsunya padahal dia mampu kerana mengetahui bahawa dirinya diawasi Allah s.w.t. Orang yang kaya ketika merasakan pedihnya rasa lapar, membuat dirinya merasakan derita orang-orang fakir dan miskin. Hal ini akan membuatnya ingin bersedekah kerana telah merasakan derita orang-orang fakir dan miskin. Ibadat puasa mampu melahirkan sifat kasih sayang dan perihatin

Kelebihan Puasa juga mempersempitkan jalan-jalan atau ruang gerak syaitan, iaitu tempat peredaran darah. Daripada Sofiyyah binti Huyay R.Anha, Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنْ ابْنِ آدَمَ مَجْرَى الدَّمِ  – رواه البخاري

Maksudnya: “Sesungguhnya  syaitan itu bergerak di dalam diri anak-anak Adam melaui saluran darah.”

Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:

الشَّيْطَانُ جَاثِمٌ عَلَى قَلْبِ ابْنِ آدَمَ ، فَإِذَا ذَكَرَ اللهَ خَنَسَ وَإِذَا غَفَلَ وَسْوَسَ- رواه البخاري

Maksudnya: “Syaitan itu duduk bercangkung di atas hati manusia, apabila manusia menyebut nama Allah, dia (syaitan) akan mengundurkan diri dan apabila manusia lalai, dia (syaitan) akan membisikkan kejahatan.”

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 82 surah al-Isra’ :

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا ‎﴿٨٢﴾

Maksudnya : Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua

Ramadhan dan al-Quran tidak boleh dipisahkan. Begitulah tanggungjawab kita kepada al-Quran bukan sahaja untuk membaca malah memahami seterusnya melaksanakan segala kandungan isinya. Kita yakin hanya dengan menjadikan al-Quran sebagai panduan utama termasuk dalam ibadat, ekonomi, politik, sosial dan sebagainya sahaja yang akan membawa kejayaan dunia dan akhirat. Oleh itu kita memberi nasihat kepada kumpulan bekas penjawat awam kanan, G25 agar menelusuri sejarah kejayaan negara Islam sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan Islam. Kita minta supaya dia baca sejarah tamadun Islam yang menguasai dua pertiga dunia. Banyak bukti di negara-negara dunia Islam bagaimana kehebatan tamadun Islam yang begitu hebat zaman dahulu. Kita kena tengok Islam bangkit pada zaman Rasulullah s.a.w sendiri  yang pada ketika itu zaman jahiliah. Pada masa itu, manusia sangat mengagumi dengan kerajaan Rom dan Parsi sehingga mengatakan tidak ada zaman yang boleh menandingi kehebatan kedua-dua negara tersebut. Tetapi ternyata tanggapan itu meleset apabila Islam berjaya membuktikan kejayaan negara Islam yang jauh lebih bertamadun melalui agenda dan pembangunan Islam yang dibina oleh Rasulullah dan para sahabat ketika zaman kerajaan jahiliah di Semenanjung Tanah Arab

Kenyataan kumpulan G25 sesuatu yang dangkal serta tidak berilmiah apabila mendakwa pemerkasaan undang-undang Islam akan memberi impak negatif terhadap kelangsungan ekonomi negara, khususnya sentimen pelabur. Kita yakin pemerkasaan undang-undang Islam mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara dengan lebih baik bahkan menjadi negara tumpuan para pelabur asing berikutan nama baik negara yang tiada rekod ‘jenayah’ apabila RUU ini dilaksanakan. Apabila dasar-dasar kebaikan yang ada di dalam Islam termasuk pengagihan ekonomi akan berlaku dengan baik. Tidak akan berlaku isu kebocoran, ketirisan dan penyalahgunaan kuasa sekiranya ia dilakukan. Bila negara ini baik maka ia pasti menarik lebih ramai pelabur untuk  masuk melabur.

Ismlah nescaya kita berjaya dunia dan akhirat

Firman Allah dalam ayat 49 surah al-Maidah’ :

وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ ۗ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ ‎﴿٤٩﴾‏

Maksudnya : Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: