• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3







  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,720,305 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 9,891 other followers

Ramadhan DiRebut al-Quran DiIkut


السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 132 surah Taha :
وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلاَةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا نَّحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى
Maksudnya : Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa
Kini sudah 2 minggu kita sama-sama menunaikan ibadat puasa Ramadhan. Matlamat yang paling utama kepada ibadat puasa ialah bagi melahirkan umat bertaqwa kepada Allah sepanjang masa dan tempat. Antara makna taqwa sebagaimana yang diberitahu oleh Abu Hurairah iaitu seumpama seseorang yang terpaksa melalui sebatang jalan yang dipenuhi duri maka semestinya dia akan berusaha menjauhi, berundur atau cermat semasa melangkah agar tidak terpijak duri itu. Inilah yang dilakukan oleh orang yang bertaqwa di mana setiap kali mahu melakukan sesuatu maka diperhatikan terlebih dahulu samada ia dibenarkan oleh Allah atau sebaliknya. Begitu juga riwayat Ibnu Abbas : Taqwa ialah mentaati Allah dan tidak mengengkari perintahNya, sentiasa mengingati Allah dan tidak melupaiNya, bersyukur kepada Allah dan tidak mengkufuri nikmatNya. 5 kelebihan umat bertawa sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah melalui ayat 2 – 5 surah at-Talak :
وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا
[1] sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)
وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
,[2]Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya
وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مِنْ أَمْرِهِ يُسْرًا
[3] Dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya
وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يُكَفِّرْ عَنْهُ سَيِّئَاتِهِ وَيُعْظِمْ لَهُ أَجْرًا
[4] Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya,
[5] dan akan membesarkan pahala balasannya

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,
Marilah kita guna sebaik mungkin baki Ramadhan yang masih tinggal untuk memastikan kuantiti dan kualiti amalan soleh makin bertambah. Jadikanlah Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yang paling baik dalam hidup kita. Banyakkan bersedekah, membaca dan tadabbur al-Quran seterusnya mengamalkannya dalam kehidupan kerana para sahabat nabi tidak akan berpindah daripada ayat yang dibaca sehinggalah mereka berjaya mengamalkannya. Perbanyakkanlah zikir, istighfar dan solat sunat kerana kita pernah membaca sejarah di mana Khalifah Harun ar-Rasyid, Imam Ahmad, Imam Syafie dan Imam Malik melakukan solat sunat tidak kurang daripada 200 rakaat sehari. Jangan biarkan kita membiarkan kehadiran Ramadhan tanpa merebut segala tawaran istimewa daripada Allah. Jadikanlah kedatangan Ramdhan sebagai kilang dalam mengeluarkan bekalan akhirat yang berharga. Biarlah kita hanya menangis ketika orang lain bergembira menyambut kelahiran kita asalkan kita bergembira menemui Allah ketika orang lain bersedih menangisi kematian kita.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 89 surah an-Nahlu :
وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَىٰ لِلْمُسْلِمِينَ
Maksudnya : Dan Kami telah turunkan kepada engkau (wahai Muhammad) al-Quran sebagai penjelas setiap sesuatu sebagai petunjuk, rahmat dan berita gembira bagi orang-orang beriman.
Turunnya al-Quran pada bulan Ramadhan jelas menunjukkan kepada kita bahawa tidak mampu dicapai kecuali dengan mengamalkan seluruh system al-Quran yang bukan sahaja memuatkan ibadat khusus malah merangkumi ekonomi, sosial, politik dan sebagainya. Puasa mendidik kita supaya menahan daripada lapar dahaga yang bertujuan supaya kita menjaga makan minum kita daripada perkara yang haram dan syubhat. Malah ketika kita sibuk menceritakan dengan selsema babi yang kini telah mengorbankan 73 nyawa di negara kita maka kita sama-sama menjauhi makanan yang menggunakan unsur babi seperti pembuatan gelatin, industri makanan, suntikan perubatan, pembuatan pinggan mangkuk. Ada juga orang Melayu terbabit secara langsung dengan penternakan dan eksport babi. Penggunaan secara meluas hormon babi yang disuntik kepada ayam, ikan keli, patin dan lembu untuk mempercepatkan pembesaran dan penghasilan banyak susu hingga menghasilkan nisbah 40 tisu haiwan asal dan 60 tisu babi. Oleh itu disyorkan mengguna susu kambing menggantikan susu formula di pasaran untuk penyusuan anak-anak kerana kambing merupakan haiwan istimewa yang dilindungi oleh Allah di mana sebarang cubaan memasukkan unsur babi ke dalam tubuh kambing akan menyebabkan ia mati. Begitu juga tindakan Kerajaan yang lebih memberi fokus menangani selsema babi di kalangan manusia berbanding tegas dalam menghapuskan punca virus iaitu babi itu sendiri sebagaimana dihapuskan lembu bila merebak penyakit kuku dan mulut serta ayam dan burung bila berlakunya selsema burung sebelum ini. Negara menyaksikan hanya pejabat, sekolah, universiti ditutup sedangkan kandang babi terus dibiarkan bebas walau pun merbahaya. Antara cara mengelak selsema babi cara Islam dengan berwudhu’, baca basmalah, doa ma’thurat, baca al-Quran, solat, puasa, penggunaan tanah untuk membasuh anggota tubuh dan pengambilan habbatus sauda’ dan berpurdah yang sentiasa bersih bagi wanita

Sidang Jumaat yang berkati Allah,
لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْخَمْرِ عَشْرَةً : عَاصِرَهَا ، وَمُعْتَصِرَهَا ، وَشَارِبَهَا ، وَحَامِلَهَا ، وَالْمَحْمُولَةُ إِلَيْهِ ، وَسَاقِيَهَا ، وَبَائِعَهَا، وَآكِلَ ثَمَنِهَا ، وَالْمُشْتَرِي لَهَا ، وَالْمُشْتَرَاةُ لَهُ – رواه الترمذي وابن ماجه
Dalam hal arak ini ada sepuluh orang yang dilaknat oleh Allah swt : pembuatnya , pengedarnya , peminumnya , pembawanya , pengirimnya , penuangnya , penjualnya, pemakan wang hasilnya , pembayar dan pemesannya
Al-Quran yang diturunkan dalam bulan Ramadhan turut menjelaskan tentang makan minum yang halal dan haram untuk manfaat kita. Jika sebelum ini kita ada membaca kajian sains bagaimana hikmat rotan seratus kali kepada penzina yang belum kahwin boleh menyekat virus daripada mengalir melalui saluran darah bagi mengelak penyakit bahaya seperti aids. Manakala penzina yang telah kahwin tidak lagi dapat diselamatkan melainkan direjam hingga mati. Begitulah hukuman rotan terhadap peminum arak di mana seorang saintis Rusia menggunakan kaedah rotan bagi menghilangkan penyakit ketagih arak dan dadah di kalangan pesakitnya. Semoga didikan Ramadhan menjauhkan kita daripada hasil dan makanan yang haram. Jagalah keturunan kita daripada terjebak dengan arak kerana masih ramai orang Melayu yang bekerja di tempat yang terlibat dengan arak.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Al-Quran turut mengajar kita bagaimana cara menguruskan urusan dunia dengan berpaksikan agama. Melalui neraca agama maka kita akan kenal siapa pemimpin yan patut kita lantik bagi menguruskan negara. Kita tidak mahu semut mati kerana gula, rakyat menderita kerana terpikat dengan indahnya slogan sahaja tanpa pelaksaannya. Kita bimbang bila mendengar dakwaan jika wawasan 2020 sebelum ini seakan-akan dicedok daripada konsep Israel. Begitu juga slogan 1Malaysia yang didakwa meniru pendekatan politik One Israel terutama syarikat Yahudi iaitu APCO Worldwide dilantik bagi memulih imej pemimpin negara. Ditambah dengan pertemuan Menteri Pertahan negara dengan Ehud Barak yang belum jelas motif dan tujuannya yang dibimbangi serupa dengan pertemuan pemimpin Mesir dengan pemimpin Israel yang berkesudahan dengan serangan kejam terhadap Palestin dan tekanan terhadap gerakan Islam. Slogan 1Malaysia yang dikatakan mendahului rakyat menyaksikan kezaliman ISA diteruskan, umat Islam menyambut puasa dengan kekurangan bekalan gula akibat manopoli 2 orang kaya, menyambut merdeka dengan kenaikan harga minyak dan dibimbangi harga barang akan naik sebelum nampak anak bulan Syawal. Kata syair : Sesungguhnya pemimpin yang jahat naik memerintah kerana majoriti rakyatnya yang jahat juga, pemimpin yang baik dipilih bila majoriti rakyatnya baik.
Firman Allah dalam ayat 41 surah al-Ankabut :
مَثَلُ الَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِ اللَّهِ أَوْلِيَاءَ كَمَثَلِ الْعَنْكَبُوتِ اتَّخَذَتْ بَيْتًا ۖ وَإِنَّ أَوْهَنَ الْبُيُوتِ لَبَيْتُ الْعَنْكَبُوتِ ۖ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ
Maksudnya : Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung selain daripada Allah seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah jika mereka mengetahui.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Advertisements

Satu Respons

  1. Pengajian Kitab Bersama- Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari al-Maliki an-Nadwi
    Pengajian Kitab Bersama- Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari al-Maliki an-Nadwi

    a) Tarikh: 23 Ramadhan 1430/ 13 September 2009 (Ahad)
    Masa: 9.30 pagi – 12.30 tengahri
    Lokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, Selangor
    Kitab: Sair as-Salikin

    http://pondokhabib.wordpress. com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: