• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib Khutbah

  • ekhutbah Audio MP3

  • Tetamu Online

  • Pengurusan Blog

Khutbah Audio 62 – Sistem Islam DiLaksana Kemuliaan DiRasa

Berqiblatkan Islam Menerajui Perubahan

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 144 surah al-Baqarah :

قَدْ نَرَى تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاء فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّواْ وُجُوِهَكُمْ شَطْرَهُ وَإِنَّ الَّذِينَ أُوْتُواْ الْكِتَابَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ وَمَا اللهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ

Maksudnya : Sesungguhnya Kami lihat engkau sentiasa mengadah ke langit, maka Kami palingkan engkau (menghadap) ke kiblat yang engkau ingini. Sebab itu, palingkanlah mukamu ke pihak Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, hadapkanlah mukamu ke pihaknya. Dan sesungguhnya orang yang diberi kitab mengetahui bahawasanya itu adalah kebenaran daripada Tuhan mereka. Dan Allah tidak lalai terhadap apa pun yang kamu kerjakan.

Kini kita berada pada minggu terakhir bulan Sya’aban di mana kita bakal menyambut ketibaan bulan Ramadhan al-Mubarak tidak lama lagi. Oleh itu persiapkanlah diri kita dengan sebaiknya agar ketibaan Ramadhan tahun ini lebih bermakna dalam melahirkan hamba Allah yang bertaqwa. Keberadaan kita pada saki baki bulan Sya’aban mengingatkan kita tentang beberapa peristiwa besar dalam sejarah Islam antaranya peristiwa perubahan Qiblat daripada mengadap ke arah Masjid al-Aqsa di Palestin ketika mula-mula sampai di Madinah kepada mengadap Ka’abah di Masjidil Haram, Mekah selepas 16 atau 17 bulan Rasulullah s.a.w memohon daripada Allah. Pertukaran qiblat ini telah menghentikan ejekan kaum yahudi terhadap nabi Muhammad s.a.w dan para muslimin kerana yahudi menganggap baginda tidak benar serta tidak tetap pendirian kerana terpaksa menghadap ke arah qiblat yang sama dengan yahudi iaitu Baitul Maqdis. Peristiwa ini memberi pengajaran besar kepada umat Islam agar kita mesti memerdekakan diri kita daripada mengikut jejak langkah musuh Islam terutama yahudi dan Kristian dalam setiap aspek kehidupan samada dalam sistem ekonomi, sosial, politik, perundangan dan sebagainya. Selagi sistem yang digunakan oleh oleh umat Islam masih berqiblat kepada sistem kuffar maka selagi itulah kita terus mundur dan terjajah dalam negara sendiri.

Sidang Jumaat Yang dirahmati Allah ,

Firman Allah dalam ayat 71 surah al-Mukminun :

وَلَوِ اتَّبَعَ الْحَقُّ أَهْوَاءَهُمْ لَفَسَدَتِ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّ ۚ بَلْ أَتَيْنَاهُم بِذِكْرِهِمْ فَهُمْ عَن ذِكْرِهِم مُّعْرِضُونَ

Maksudnya : Dan sekiranya kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya. (Bukan sahaja Kami memberikan ugama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya;

Antara sebab utama rasa kurang yakin dengan system Islam ialah akibat tertipu dengan godaan nafsu jahat. Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq pernah mengemukakan petua untuk memerangi nafsu liar atau buruk dengan menggunakan 5 pendekatan iaitu : [1] Menggunakan solat Jumaat sebagai pengatur nafsu di mana sebelum mendirikan solat Jumaat, makmum akan mendengar isi khutbah terlebih dulu yang di awalnya disisipkan nasihat supaya bertaqwa kepada Allah. Nasihat khatib sedikit sebanyak akan menginsafkan kita supaya sentiasa bermuhasabah diri. Jadi, amat malang apabila ramai makmum datang lewat ke masjid sedangkan khatib hampir selesai bacaan khutbah. Khutbah Jumaat seharusnya menjadi penyegar motivasi yang menjana keperkasaan iman dan taqwa kepada Allah. [2] Membiasakan diri membaca al-Quran dengan memahami dan meyakini ertinya. Kata Sayyidnina Abu Bakar : “Nikmat membaca al-Quran hanya dapat dirasai mereka yang pernah mengamalkannya, kerana itu jadikanlah amalan membaca al-Quran sebagai sesuatu yang tidak boleh diabaikan”. Meninggal atau memencilkan amalan membaca al-Quran boleh mengakibatkan seseorang cepat hanyut dibuai kegilaan mengejar duniawi tanpa batasan. Manakala membudayakan bacaan al-Quran akan mewujudkan keinsafan tinggi ke arah membina gaya hidup murni yang menepati kehendak agama. Kata Sayyidina Ali bin Abi Talib, “Al-Quran adalah cahaya yang menerangi hati, menyinari hidup dan mati, dan memudahkan jalan ke syurga.” [3] Jangan lupa daratan dan jangan sekali-kali mendekati tempat yang mendorong kepada perbuatan maksiat atau kejahatan. Sesungguhnya mendekati lokasi maksiat akan menjadi penyebab tergelincirnya seseorang ke lembah hina. [4] Terlibat dengan kegiatan bermasyarakat dengan menjaga batas agama. Ia mampu membentuk jiwa mengutamakan hubungan ukhwah sesama ummah dan manusia sejagat sehingga suburnya budaya nasihat serta tugas amar makruf nahi munkar. [5] Sering membaca ayat 6 hingga 7 daripada surah al-Fatihah

اهْدِنَا الصِّرَ‌اطَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾ صِرَ‌اطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ‌ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ

Maksudnya : ….Tunjuklah kami jalan yang lurus, iaitu jalan yang telah Engkau berikan atas mereka nikmat, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.”

Sidang Jumaat Yang dirahmati Allah ,

Firman Allah dalam ayat 81 surah al-Isra’ :

وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ ۚ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا

Maksudnya : Dan katakanlah:” Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”.

Peristiwa perubahan arah Qiblat banyak mengajar kita tentang hubungan dengan Allah agar kita sentiasa berdoa dan berserah diri kepadaNya pada setiap waktu dan tempat. Ia juga meminta kita agar tidak terus dijajah dengan fahaman atau sistem yang bercanggah dengan Islam sehingga kemungkaran terus bertambah dan jenayah semakin bercambah. Kegagalan dalam memperkasakan sistem Islam telah menyaksikan sistem politik, ekonomi, sosial yang semakin pincang dan tempang sehingga penindasan dan pengkhianatan terhadap amanah rakyat semakin jelas dan terang. Bila bercakap tentang ekonomi di mana kekayaan negara hanya berlegar di kalangan ahli keluarga mereka yang berkuasa sahaja sehingga kita rasa gerun bila adanya orang Islam yang bukan sahaja menjadi pemegang saham Syarikat arak paling besar di Filiphina malah mendapat hasil jualan minyak kepada syarikat penerbangan MAS milik negara. Betapa hinanya apabila Malaysia antara pengeluar minyak utama tetapi membeli minyak daripada syarikat Arak untuk kapal terbang sendiri. Malah kita turut bimbang dengan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik dalam menyaman pesalah trafik bukan membantu dalam mengurangkan kemalangan jalanraya tetapi menjadi jalan pintas untuk syarikat tertentu dalam mengaut keuntungan mudah hasil kutipan saman terhadap rakyat. Bila pemimpin berniaga dengan rakyat maka rakyat terus menderita di negara sendiri.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Peristiwa besar lain yang berlangsung pada bulan Sya’aban ini juga ialah Peperangan Bani Mustaliq pada tahun 6 Hijrah apabila Rasulullah bertindak pantas menyerang Bani Mustaliq yang sedang merancang untuk menyerang Madinah. Antara perkara yang besar sepanjang peperangan ini ialah khabar Ifk atau berita bohong yang dilempar terhadap diri Siti Aisyah yang dituduh melakukan perbuatan  sumbang dengan Safwan bin al-Mu’tal. Fitnah ini begitu kuat sehingga Rasulullah s.a.w sendiri tidak mampu berbuat apa-apa sehinggalah turunnya wahyu yang menjelaskan bagaimana bersihnya Siti Aisyah daripada sebarang tuduhan liar yang ditujukan kepadanya. Rasulullah s.a.w sendiri meminta agar diselidik mengenai orang- yang mula-mula menaburkan fitnah yang dahsyat ini di mana akhirnya 3 orang dihukum dengan hukuman qazaf 80 kali sebatan iaitu Hasan bin Thabit, Musytaq dan seorang perempuan bangsawan Quraisy. Peristiwa ini memberi pengajaran yang begitu besar kepada umat Islam supaya berhati-hati dan cermat terutama dalam berdepan dengan fitnah dan tuduhan liar terhadap Islam dan umatnya. Isu tuduhan liwat kembali bergema akibat kegagalan undang-undang Islam dilaksanakan sehingga maruah dianggap bahan murahan yang boleh dijaja sesuka hati. Kita doakan pada hari Jumaat yang mulia ini, di masjid yang mulia ini agar hukum Hudud yang turut mendapat liputan meluas akhir-akhir ini segera dilaksanakan dalam mendidik dan mengawal umat Islam. Mimbar Jumaat juga menyeru agar undang-undang rimba ISA yang didakwa telah dihapuskan agar segera dikuburkan dengan membebaskan segera semua tahanan atau dakwa mereka dengan saluran yang betul dan adil. Buktikan keadilan perundangan Islam sememangnya memberi keadilan kepada semua tidak sebagaimana lemahnya perundangan manusia yang diumpamakan sarang labah-labah iaitu yang kecil dan lemah sahaja yang lekat diberkas tetapi yang kuat dan berkuasa terlepas bebas. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat.

Firman Allah dalam ayat 19 surah an-Nur :

إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَنْ تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ ۚ وَاللهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لاَ  تَعْلَمُونَ

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman maka bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat.  Dan Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Sistem Islam DiLaksana Kemuliaan DiRasa

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 133-134 surah Ali ‘Imran :

وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ۗ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Maksudnya : Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;

            Kini kita berada pada awal bulan Sya’aban yang turut mempunyai kelebihan dan catatan sejarah yang tersendiri. Nabi s.a.w bila ditanya tentang amalan baginda yang banyak berpuasa sunat pada bulan Sya’aban lalu baginda menjelaskan bahawa Sya’aban adalah bulan yang kebanyakan orang melalaikannya iaitu antara Rejab dan Ramadhan. Sya’aban merupakan bulan yang di dalamnya di angkat amalan-amalan kepada Allah, Tuhan seluruh Alam. Maka nabi s.a.w ingin amalan diangkat sedangkan baginda dalam keadaan berpuasa.

عَنْ ‏ ‏عَائِشَةَ ‏ ‏رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا ‏ ‏قَالَتْ ‏كَانَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏‏يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ لَا يُفْطِرُ وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ لَا يَصُومُ فَمَارَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏اسْتَكْمَلَصِيَامَ شَهْرٍ إِلَّا رَمَضَانَ وَمَا رَأَيْتُهُ أَكْثَرَ صِيَامًا مِنْهُ فِيشَعْبَانَ – رواه البخاري

Maksudnya : Siti ‘Aishah telah berkata : Rasulullah S.A.W berpuasa sehingga kita mengatakan dia tidak berbuka dan baginda S.A.W berbuka sehingga kami berkata dia tidak berpuasa. Dan aku tidak pernah melihat Rassulullah S.A.W menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan  aku tidak pernah melihat baginda S.A.W banyak berpuasa sunat melainkan pada bulan Sya’ban.

Ibarat kata Ulama’ : “Bulan Rejab bulan menanam pokok. Bulan Syaaban bulan menyiram pokok. Dan bulan Ramadan bulan menuai buahnya.” Begitu juga Hukama’ menyifatkan bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri daripada  segala macam celaan manakala bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa. Marilah kita sama-sama menghidupkan bulan Sya’aban ini dengan pelbagai amalan soleh sebagai latihan awal dan persiapan dari segi rohani dan jasmani sebelum datangnya Ramadhan. Antara amalan sunat yang paling  baik bulan Sya’aban ialah berpuasa sunat selain daripada memperbanyakkan doa, membaca al-Quran dan memohon keampunan kepada Allah

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Renungilah firman Allah dalam ayat 7-8  surah al-Bayyinah:

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَـٰئِكَ هُمْ خَيْرُ‌ الْبَرِ‌يَّةِ ﴿٧جَزَاؤُهُمْ عِندَ رَ‌بِّهِمْ جَنَّاتُ عَدْنٍ تَجْرِ‌ي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ‌ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۖ رَّ‌ضِيَ اللَّـهُ عَنْهُمْ وَرَ‌ضُوا عَنْهُ ۚ ذَٰلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَ‌بَّهُ ﴿٨

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.

            Tujuan kepada penciptaan manusia dan jin itu sendiri ialah untuk tunduk patuh sebagai hamba Allah dalam setiap aspek kehidupan. Oleh itu kedatangan bulan-bulan yang mulia ini semestinya digunakan sebaik mungkin dalam menanam sifat ‘Ubudiyyah dalam diri kita. Sifat `ubudiyyah ialah perasaan yang tunduk menghambakan diri kepada Allah dengan sepenuh jiwa, maka yang menunjukkan adanya `ubudiyyah di dalam hati seseorang itu ialah ibadahnya seperti solat, puasa, zakat dan lain-lain. Imam al-Ghazali menyatakan bahawa hakikat ‘Ubudiyyah ini hanya akan terhasil dengan 3 perkara iaitu [1] Menjaga hukum-hakam syariat Allah dalam setiap aspek kehidupan. [2] Sentiasa redha dengan Qadho’ dan Qadar serta pembahagiaan Allah dalam kehidupan seharian. [3] Memastikan kita mencari keredhaan Allah walau pun terpaksa meninggalkan keredhaan diri sendiri

            Sifat ‘ubudiyyah ini hanya akan terhasil melalui ilmu agama disertakan pula dengan pengamalan. Sikap terlalu mementingkan nikmat duniawi melahirkan manusia yang menganggap bahawa pembinaan pusat pengajian agama merupakan suatu yang tidak mendatangkan hasil ekonomi kepada negeri. Kita semua patut sedar betapa pentingnya pembinaan tamadun kebendaan dan rohani secara secara serentak bagi memastikan pembangunan kebendaan tidak dimusnahkan oleh manusia yang rosak akhlak seperti masalah rasuah dan pecah amanah dalam membina bangunan dan jambatan contohnya menyebabkan Negara rugi dan nyawa rakyat terancam. Bangunan yang gagah berdiri tetapi tidak mampu memberi ketenangan kepada masyarakat yang diliputi perasaan takut dan bimbang terhadap keselamatan harta dan nyawa akibat masalah pembunuhan, rompakan, ragut semakin bertambah.

Oleh itu kita jangan terpedaya dengan laungan yahudi bahawa dunia mampu dikawal dengan teknologi yang dimiliki seperti penyakit boleh dikawal dan rawat dengan pil-pil ubat yang dihasilkan. Begitu juga bencana alam mampu ditangani dengan alat-alat canggih yang dibina. Akhirnya mereka dihancurkan oleh rasa angkuh sehingga merebaknya penyakit yang lebih teruk dan bencana alam yang semakin dahsyat yang tidak mampu disekat dengan teknologi yang ada. Antara punca dan sebabnya akibat mereka melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah seperti maksiat zina dan pemusnahan terhadap alam sekitar. Menyedari tentang perkara ini maka kita wajib yakin bahawa segala usaha yang dilakukan mesti berlandaskan Islam disamping meninggalkan segala perkara yang dimurkai oleh Allah ditambah dengan sifat yang lebih penting iaitu tawakkal berserah diri kepada Allah dengan yakin bahawa sesuatu selain Allah tidak mampu memberi manfaat dan tidak boleh mendatangkan mudhorat. Hanya Allah yang berkuasa atas segalanya

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

            Renungilah firman Allah dalam ayat 150  surah al-Baqarah:

وَمِنْ حَيْثُ خَرَجْتَ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ ۚ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ لِئَلَّا يَكُونَ لِلنَّاسِ عَلَيْكُمْ حُجَّةٌ إِلَّا الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْهُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِي وَلِأُتِمَّ نِعْمَتِي عَلَيْكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ 

Maksudnya : Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi (sebarang) alasan bagi orang-orang (yang menyalahi kamu), kecuali orang-orang yang zalim di antara mereka (ada sahaja yang mereka jadikan alasan). Maka janganlah kamu takut kepada (cacat cela) mereka, dan takutlah kamu kepada Ku (semata-mata); dan supaya Aku sempurnakan nikmatKu kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah (mengenai perkara yang benar) 

Ketika berada pada Sya’aban ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripada peristiwa perubahan Qiblat daripada mengadap ke Masjid Aqsa di bumi Palestin kepada mengadap Ka’abah di Mekah. Antaranya dengan mengambil berat tentang kelebihan dan keistimewaan yang ada pada kedua-dua masjid yang mulia ini yang juga mempunyai kaitan yang rapat dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj. Oleh itu sempena berada pada hari Jumaat yang mulia ini, di masjid yang mulia ini marilah kita sama-sama meningkatkan usaha samada dari segi sumbangan kebendaan dan juga doa dalam memerdekakan bumi Palestin daripada cengkaman zionis yahudi.

Tanggal 15 Mei lalu adalah ulang tahun ke-65 nakbah atau “malapetaka” yang menimpa Palestin dengan tertubuhnya negara Israel pada tahun 1948. Zionis yahudi ‘Israel’ mempunyai 2 langkah utama untuk mewujudkan perangkaan penduduk agar Yahudi menjadi warga majoriti mengatasi kaum Arab Palestin. Langkah pertama, melakukan serangan terhadap pribumi yang berakhir dengan pengusiran warga Arab Palestin dari perkampungan dan tanah air mereka. Pengganas Yahudi dengan sokongan British telah melakukan 44 serangan berdarah terhadap orang-orang Palestin pada tahun 1948. Akibatnya, kira-kira 850,000 warga Palestin dihalau keluar dari kampung halaman mereka hingga tanggal 15 Mei 1948. Kira-kira 65 tahun telah berlalu, kini jumlah pelarian Palestin pada awal tahun 2013 ini  adalah kira-kira 6 juta orang.  Langkah kedua, Zionis Israel mewujudkan status quo dengan menarik warga Yahudi dari luar negara berpindah ke Palestin yang dijajah itu. Usaha ini telah menarik sekitar 650,000 orang bangsa Yahudi dari berbagai penjuru dunia sebagai melaksanakan matlamat penubuhan negara ‘Israel’ pada tahun 1948 setelah Zionis melakukan penghapusan etnik secara terancang. Setelah 65 tahun, projek pertukaran rakyat ini masih belum mencapai matlamat kerana jumlah penduduk Yahudi kira-kira 6 juta itu masih seimbang dengan penduduk Arab Palestin. Zionis yahudi terus berusaha untuk mencapainya maka kita pula wajib bangkit bersama dengan pejuang Islam Palestin untuk menyekat cita-cita jahat yahudi ini termasuk dalam meruntuhkan Masjiq Aqsa yang mulia milik seluruh umat Islam. Biar bermandi darah namun bumi Palestin tetap kita pertahankan, Biar melayang nyawa dari badan namun kebebasan Masjid Aqsa kita tetap kita perjuangkan

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T,

            Sempena berada hari Jumaat yang mulia ini juga kita bangkit mengutuk kekejaman pemimpin Syria yang membunuh puluhan ribu rakyatnya sendiri tanpa belas kasihan. Begitu juga penderitaan saudara seagama kita di Burma yang terus berdepan dengan pembunuhan etnik tanpa tindakan untuk menyekatnya. Tidak lupa kita bangkit menentang golongan yang menghina Islam dan nabi Muhammad s.a.w termasuk di Negara kita dan meminta agar budaya tidak sihat ini terus disekat tanpa mengira pangkat. Jangan biarkan rakyat biasa sahaja diambil tindakan sedangkan bila pemimpin menghina system Islam yang merupakan antara punca utama kepada beraninya orang bukan Islam menghina Islam dan nabi Muhammad s.a.w maka ia dibiarkan. Jika menghina raja dan Yang DiPertuan Agong dipandang sebagai suatu kesalahan yang begitu bahaya dan mengancam Negara maka menghina Allah, Islam dan nabi merupakan jenayah yang lebih bahaya.

Firman Allah dalam ayat 10  surah al-An’am:

وَلَقَدِ اسْتُهْزِئَ بِرُ‌سُلٍ مِّن قَبْلِكَ فَحَاقَ بِالَّذِينَ سَخِرُ‌وا مِنْهُم مَّا كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِئُونَ

Maksudnya : Dan demi sesungguhnya! Telah diperolok-olok beberapa Rasul sebelummu, lalu orang-orang yang mengejek-ejek di antara mereka ditimpakan (balasan azab) bagi apa yang mereka telah perolok-olokkan itu.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Berqiblatkan Islam Meraih Kebahagiaan

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Renungilah firman Allah dalam ayat 150 surah al-Baqarah:
وَمِنْ حَيْثُ خَرَجْتَ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ ۚ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ لِئَلَّا يَكُونَ لِلنَّاسِ عَلَيْكُمْ حُجَّةٌ إِلَّا الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْهُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِي وَلِأُتِمَّ نِعْمَتِي عَلَيْكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
Maksudnya : Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi (sebarang) alasan bagi orang-orang (yang menyalahi kamu), kecuali orang-orang yang zalim di antara mereka (ada sahaja yang mereka jadikan alasan). Maka janganlah kamu takut kepada (cacat cela) mereka, dan takutlah kamu kepada Ku (semata-mata); dan supaya Aku sempurnakan nikmatKu kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah (mengenai perkara yang benar)
Kini kita berada pada awal bulan Sya’aban yang turut mempunyai kelebihan dan catatan sejarah yang tersendiri. Sya’aban ertinya berpecah atau bercerai-berai memandangkan Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air sehingga ke gua-gua. Ada mengatakan, Syaaban tanda pemisah yang memisahkan Rejab dan Ramadhan. Hukama’ menyifatkan bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri daripada segala macam celaan manakala bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa. Marilah kita sama-sama menghidupkan bulan Sya’aban ini dengan pelbagai amalan soleh sebagai latihan awal dan persiapan dari segi rohani dan jasmani sebelum datangnya Ramadhan. Antara amalan sunat yang paling disukai oleh nabi Muhammad s.a.w sepanjang bulan Sya’aban ialah berpuasa sunat selain daripada memperbanyakkan doa dan memohon keampunan kepada Allah
عَنْ ‏ ‏عَائِشَةَ ‏ ‏رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا ‏ ‏قَالَتْ ‏ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ لَا يُفْطِرُ وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ لَا يَصُومُ فَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ إِلَّا رَمَضَانَ وَمَا رَأَيْتُهُ أَكْثَرَ صِيَامًا مِنْهُ فِي شَعْبَانَ – رواه البخاري
Maksudnya : Siti ‘Aishah telah berkata : Rasulullah S.A.W berpuasa sehingga kita mengatakan dia tidak berbuka dan baginda S.A.W berbuka sehingga kami berkata dia tidak berpuasa. Dan aku tidak pernah melihat Rassulullah S.A.W menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda S.A.W banyak berpuasa sunat melainkan pada bulan Sya’ban.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Firman Allah dalam ayat 51 surah at-Taubah :
قُلْ لَنْ يُصِيبَنَا إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَنَا هُوَ مَوْلَانَا ۚ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ
Maksudnya : “Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jugalah hendaknya orang yang beriman bertawakal.”
Kedatangan bulan Sya’aban bersama dengan berlalunya bulan Rejab yang disebut sebagai bulan solat, bulan Isra’ Mikraj dan juga bulan pembebasan Masjid Aqsa. Begitu juga berlalunya suatu pertandingan yang digilai ramai termasuk umat Islam sendiri iaitu Piala Dunia walau pun masih ramai yang belum kebah lagi daripada demam bola sedangkan negaranya sendiri tidak layak bertanding dalam kejohanan tersebut. Piala Dunia di negara kita agak bercelaru dengan masalah lesen judi yang akhirnya ditarik balik atas desakan majoriti rakyat yang anti judi yang menjadi lambang kerosakan akhlak dan perosak keamanan negara. Piala Dunia kali ini turut dicemari dengan suatu kepercayaan yang boleh membawa kepada syirik iaitu terlalu percaya kepada ramalan seekor Sotong kurita termasuk oleh umat Islam sendiri. Racun yang dituba oleh Yahudi bila ditelan dengan begitu rakus oleh umat Islam menyebabkan mereka tidak menghiraukan lagi panduan al-Quran dan tunjuk ajar daripada hadis nabi serta pengajaran Ulama’ sebaliknya mereka lebih yakin untuk merujuk kepada binatang yang tidak berakal yang menyebabkan mereka lebih sesat daripada binatang. Manusia yang rosak ini akan lebih percaya kehebatan binatang sehingga menolak kekuasaan dan ketetapan Qadha’ dan Qadar Allah. Kepercayaan kepada sesuatu ramalan ini merupakan amalan jahiliah sebagaimana pernah disebut oleh imam Syafie sendiri : “Dulu golongan jahiliah apabila ingin bermusafir akan mengambil burung dan melepaskannya ke udara. Jika ia terbang ke kanan maka mereka pun keluar atas tanggapan tuah itu. Jika ia terbang ke kiri atau ke belakang, maka mereka akan menganggap sial lalu berpatah balik. Maka apabila Nabi SAW diutuskan, Baginda menyeru orang ramai: Kekalkan burung pada sarangnya.”
عَنْ ‏ ‏عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ ‏ ‏قَالَ ‏ ‏قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏الطِّيَرَةُ ‏ ‏مِنْ الشِّرْكِ وَمَا مِنَّا وَلَكِنَّ اللَّهَ يُذْهِبُهُ بِالتَّوَكُّلِ
Maksudnya: “Al-Thiyarah (menyandarkan keburukan kepada sesuatu) itu syirik, Dan tidak ada seorang pun dari kita, kecuali (telah terjadi dalam dirinya pengaruh al-Thiyarah) akan tetapi Allah menghilangkannya dengan tawakkal.” (HR Abu Daud).

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Firman Allah dalam 32 surah al-Isra’ :
وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
Maksudnya : Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
Ketika merenungi tentang antara seksaan ahli neraka yang disaksikan oleh nabi Muhammad s.a.w pada malam Isra’ dan Mikraj ialah terhadap penzina begitulah juga bila datangnya bulan Sya’aban bila memikirkan antara hikmat berlakunya pertukaran Qiblat antaranya supaya umat Islam membina identiti sendiri berasaskan Islam. Selagi umat Islam berqiblatkan cara hidup barat termasuk dari segi sosial maka kesan kehancurkan akhlak di barat turut dirasai di negara kita seperti masalah penzinaan. Jika sebelum ini kita didedahkan bagaimana 1/3 rakyat Amerika Syarikat merupakan anak luar nikah yang menyebabkan kesan sosialnya begitu teruk. Maka kita kini sedang menuju ke arah kehancuran itu sekiranya masalah zina tidak dibendung di mana kita begitu gerun apabila membaca tentang hasil kajian terbaru Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mendedahkan lebih 300 remaja Melayu di bandar dan luar bandar berusia antara 13 hingga 25 tahun mengakui terbabit dengan salah laku seksual dan gejala seks bebas sehingga ada yang menggugurkan janin. Lebih mengejutkan lagi kira-kira 85 peratus daripada mereka yang melakukan perbuatan terkutuk itu, bukan saja tidak kesal, malu atau takut dari segi dosa malah menyifatkan pengalaman berkenaan sebagai menyeronokkan akibat pengaruh rakan sebaya disamping faktor internet, telefon bimbit dan sebagainya. Ini ditambah dengan laporan berdaftarnya anak luar nikah seramai 257 000 bermula tahun 2000 hingga 2008 di negara kita. Begitu juga maklumat tentang lebih 70 peratus daripada 87,710 penghidap HIV/AIDS di negara ini adalah daripada kalangan umat Islam akibat dadah kebanyakannya di samping zina
Ketika keadaan bertambah parah adanya suara sumbang daripada beberapa NGO termasuk Sisters in Islam yang meminta agar kerajaan menghapuskan kuasa Mahkamah Syariah yang membenarkan umat Islam yang berumur 16-18 tahun untuk berkahwin atas alasan umur ini tidak mampu menafkah keluarga sedangkan remaja peringkat ini semakin ramai terlibat dengan zina akibat kerajaan membuka terlalu banyak pintu zina termasuk hiburan dan rancangan tv serta majalah tidak senonoh. Ketika didesak agar pelajaran agama dan moral dijadikan subjek teras dalam peperiksaan utama seperti UPSR maka ia ditolak atas alasan memualkan iaitu belum tentu tinggi markah boleh jamin akhlak. Sudah tiba masanya untuk memperkasakan pengajian agama bukan sahaja di sekolah, universiti malah kepada masyarakat yang telah bekerja. Kalau mahu habuan dunia pun mesti berilmu apatah lagi untuk mahu masuk Syurga Allah maka lebih berhajat kepada ilmu

Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T,
Mulai hari ini geraklah diri kita untuk memastikan diri sendiri dan ahli keluarga tidak menjadi mangsa kepada kerosakan akhlak akibat kesilapan kita sendiri. Jangan menjadi seorang yang dayus yang membiarkan rumah kita melahirkan manusia yang derhaka kepada Allah. Jangan biarkan atas nama kebebasan dan tamadun maka kita membiarkan pakaian mendedah aurat, pergaulan bebas, anak isteri lebih banyak berguru dengan tv daripada turut serta dalam majlis ilmu, keluarga lebih banyak membaca majalah hiburan daripada al-Quran, masa mengadap internet lebih banyak daripada bermunajat kepada Allah, wang untuk membayar bil telefon untuk mesej sia-sia lebih banyak daripada sedekah jariah. Ubahlah diri dan keluarga kita sebelum mereka menjadi mangsa kepada kerosakan akhlak yang terus mencari mangsa. Jika kita boleh terasa kesan bila kerajaan mula menaikkan harga minyak, gula, gas malam tadi atas alasan menjimatkan duit negara sedangkan dalam masa yang sama membazir duit rakyat untuk membayar APCO Zionis Yahudi disamping ketirisan yang lain maka kita wajib mencegah kerosakan akhlak bermula dalam rumah sehinggalah kepada mendesakkan pemimpin negara dalam mengIsmamkan semula sistem yang ada termasuk sosial. Cegah sebelum parah, sekat sebelum melarat
عَنْ عَمَّارِ بْنِ يَاسِرٍ ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ ، صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” ثَلاثَةٌ لا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ أَبَدًا : الدَّيُّوثُ مِنَ الرِّجَالِ ، وَالرَّجُلَةُ مِنَ النِّسَاءِ ، وَمُدْمِنُ الْخَمْرِ ” . فَقَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ , أَمَّا مُدْمِنُ الْخَمْرِ فَقَدْ عَرَفْنَاهُ ، فَمَا الدَّيُّوثُ مِنَ الرِّجَالِ ؟ قَالَ : ” الَّذِي لا يُبَالِي مَنْ دَخَلَ عَلَى أَهْلِهِ ” . قُلْنَا : فَالرَّجُلَةُ مِنَ النِّسَاءِ ؟ ، قَالَ : ” الَّتِي تَشَّبَّهُ بِالرِّجَالِ – رواه البيهقي
Maksudnya : Daripada Ammar bin Yasir daripada Rasulullah, saw, bersabda: “Tiga orang tidak akan masuk Syurga selamanya iaitu laki-laki dayus, perempuan bersifat lelaki dan peminum arak.” Mereka berkata: Wahai Rasulullah, peminum arak itu kami tahu, Siapakah laki-laki dayus? Baginda bersabda: “Orang yang tidak peduli siapa yang masuk bergaul bebas dengan ahli keluarganya.” Kami bertanya lagi: Siapa perempuan bersifat lelaki ? Baginda bersabda: “perempuan yang menyerupai lelaki”.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Cemburu dan malu julangkan maruah umat

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Renungilah firman Allah dalam ayat 133-134 surah Ali ‘Imran :
وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ۗ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
Maksudnya : Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
Kini kita berada di minggu kedua bulan Sya’aban 1433H yang memberitahu secara tidak langsung kepada kita tentang betapa hampirnya kita dengan bulan Ramadhan. Sesuai dengan kedudukan Sya’aban yang berdekatan dengan Ramadhan maka ia dijadikan bulan latihan awal sebelum menghadapi tarbiah Ramadhan terutama sebagai mengikuti jejak langkah junjungan besar nabi Muhammad s.a.w yang menghidupkan bulan Sya’aban dengan amalan sunat seperti puasa, memperbanyakkan doa, memohon keampunan dosa dan sebagainya. Marilah kita sama-sama merebut kelebihan bulan Sya’aban untuk menambah bekalan akhirat yang merupakan suatu tempat kembali kita selama-lamanya. Jadikanlah diri kita sebagai golongan yang bijak yang sentiasa bersiap dengan bekalan akhirat melalui amal soleh disamping menjauhi sikap golongan yang bodoh yang begitu berangan-angan untuk mendapat Syurga Allah sedangkan amal ibadatnya bukan sahaja tidak bertambah malah banyak diabaikan disamping dosanya pula semakin bertimbun. Bulan Sya’aban juga dianugerahkan dengan suatu malam yang tidak sepatutnya dilepaskan peluang keemasan yang dipanggil Nisfu Sya’aban dengan memperbanyakkan amalan sunat terutama berdoa dan memohon keampunan dosa.
عن معاذ بن جبل عن النبي قال : يَطَّلِعُ اللهُ عزوجل عَلَى خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيْعَ خَلْقِهِ إِلا َّ لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ
Maksudnya : Daripada Muaz bin Jabal daripada Nabi S.A.W telah bersabda: Sesungguhnya Allah ta’ala memerhati (menurunkan rahmat dan membuka pintu keampunan kepada) makhlukNya pada malam nisfu(pertengahan) daripada Sya’ban maka Dia akan mengampuni semua makhlukNya melainkan orang yang syirik atau orang yang bermusuhan. (Isnadnya Hasan oleh Ibn Hibban dan At-Thobarani )

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 150 surah al-Baqarah:
وَمِنْ حَيْثُ خَرَجْتَ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ ۚ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ لِئَلَّا يَكُونَ لِلنَّاسِ عَلَيْكُمْ حُجَّةٌ إِلَّا الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْهُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِي وَلِأُتِمَّ نِعْمَتِي عَلَيْكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
Maksudnya : Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi (sebarang) alasan bagi orang-orang (yang menyalahi kamu), kecuali orang-orang yang zalim di antara mereka (ada sahaja yang mereka jadikan alasan). Maka janganlah kamu takut kepada (caci cela) mereka, dan takutlah kamu kepada Ku (semata-mata); dan supaya Aku sempurnakan nikmatKu kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah (mengenai perkara yang benar)
Beradanya kita pada bulan Sya’aban turut mengingatkan kita tentang suatu peristiwa besar iaitu pertukaran Qiblat daripada menghadap Masjid Aqsa kepada Ka’abah di Mekah setelah beberapa bulan berlangsungnya Hijraturrasul s.a.w ke Madinah. Bila kita ingat tentang perubahan arah qiblat ini maka kita aga tertarik dengan pengeluaran fatwa baru oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) memperbetulkan fatwanya sendiri yang dikeluarkan 22 Mac lalu yang antara lain menetapkan kiblat solat bagi Indonesia ialah arah barat kepada barat laut mulai pertengahan Julai baru-baru ini kerana negara itu berada di sebelah timur Mekah. Setelah perkiraan semula dilakukan oleh ahli Falak maka Indonesia memutuskan bahawa arah yang selama ini diyakini itu salah kerana ia mengadap ke arah Afrika, Somalia, Kenya dan Tanzania bukannya Ka’abah di Mekah. Ini semua menggambarkan betapa pentingnya qiblat sebagai simbol kesatuan umat Islam dalam tunduk dan patuh kepada sistem yang didatangkan oleh Allah serta tidak terikut-ikut dengan cara hidup yang bercanggah dengan Islam. Mundur dan ketinggalannya umat Islam pada hari ini termasuk dijajah di tanahair sendiri akibat berqiblat sistem hidup yang bercanggah dengan Islam. Jika dulu kita melihat kehancuran dan kerosakan akhlak di barat tetapi kini ia menular dengan begitu teruk dan membimbangkan di negara kita sendiri termasuk zina, rogol, buang anak, bunuh, curi dan sebagainya. Suasana kerosakan akhlak ini tidak mengira tempat samada di bandar besar mahu pun desa terpencil akibat kegagalan mengislamkan cara hidup termasuk sosial. Akhir-akhir ini masalah perselisihan pendapat tentang cadangan untuk memperkenalkan pengajian seks di sekolah serta suara supaya berlakunya penapisan internet begitu kuat bergema kerana ia merupakan antara faktor berlakunya daripada kerosakan akhlak

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Semua anggota masyarakat bermula dalam rumahtangga sehinggalah kepada kerajaan wajib bergabung tenaga dalam menangani masalah kerosakan akhlak dan peningkatan jenayah yang semakin para ini. Kita tidak mahu masalah ini hanya ditangani oleh setengah pihak sahaja seperti ibubapa di rumah, guru di sekolah sedangkan tv, majalah dan kerajaan terus membuka luas pintu untuk menghancurkan akhlak. Antara sebab yang menyebabkan bertambahnya masalah ini apabila kaum lelaki hilang sifat cemburu dengan membiarkan anak isteri mendedah aurat, bergaul bebas tanpa had sempadan atas nama kemajuan. Kita pernah mendengar bagaimana ada sahabat nabi yang sanggup menutup lubang dinding rumah kerana bimbang ada orang yang melihat isterinya sedangkan ramai suami hari ini begitu berbangga bila kecantikan anak isterinya dipertontonkan kepada orang ramai. Kita pernah membaca catatan seorang sahabat kita yang pernah melihat keadaan anak gadis di Pakistan yang jarang dilihat keluar rumah melainkan ditemani ahli keluarga manakala kaum lelakinya akan melihat orang yang memandang anak gadis mereka sebagai suatu yang salah dan jenayah besar. Suasana ini banyak membantu dalam menangani masalah sosial walau pun bagi masyarakat yang telah rosak akhlak menganggap cara ini telah ketinggalan zaman. Lebih baik didakwa ketinggalan zaman asalkan maruah terjaga daripada mendakwa bertamadun sedangkan cara hidup seperti binatang yang tiada undang-undang. Sifat cemburu merupakan suatu sifat yang penting dalam memastikan setiap orang menjaga haknya daripada dirampas atau dikhianati. Berjayanya sesebuah masyarakat bergantung kepada suburnya sikap cemburu sehingga anak isteri terkawal. Benarlah sabda nabi s.a.w
قَالَ ‏ ‏سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ ‏ ‏لَوْ رَأَيْتُ رَجُلًا مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسَّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏ ‏ ‏فَقَالَ ‏ ‏أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ ‏ ‏سَعْدٍ ‏ ‏فَوَاللَّهِ لَأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ وَاللَّهُ أَغْيَرُ مِنِّي مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ اللَّهِ حَرَّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ وَلَا شَخْصَ أَغْيَرُ مِنْ اللَّهِ وَلَا شَخْصَ أَحَبُّ إِلَيْهِ الْعُذْرُ مِنْ اللَّهِ مِنْ أَجْلِ ذَلِكَ بَعَثَ اللَّهُ الْمُرْسَلِينَ مُبَشِّرِينَ وَمُنْذِرِينَ وَلَا شَخْصَ أَحَبُّ إِلَيْهِ الْمِدْحَةُ مِنْ اللَّهِ مِنْ أَجْلِ ذَلِكَ وَعَدَ اللَّهُ الْجَنَّةَ
Maksudnya : Saad bin Ubadah telah berkata: Seandainya aku mendapati seorang lelaki bersama isteriku, maka tanpa maaf lagi, akan aku pancung dia dengan pedang. Apabila kata-kata Saad itu disampaikan kepada Rasulullah s.a.w, baginda pun bersabda: Apakah kamu merasa hairan dengan kecemburuan Saad? Demi Allah! Aku lebih cemburu daripadanya, malahan Allah lebih lagi cemburunya daripadaku kerana kecemburuan Allah itulah, maka Allah mengharamkan segala kejahatan yang ketara mahupun terselindung. Tidak ada yang lebih cemburu selain daripada Allah. Tidak ada seorang pun yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada orang yang mahu mendengar peringatan. Oleh sebab itulah, Allah mengutus para Rasul untuk memberikan berita gembira dan memberikan peringatan serta tidak ada seorangpun yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada orang yang selalu memuji-Nya. Oleh sebab itu juga, Allah telah menjanjikan Syurga

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Umat Islam bermula daripada kerajaan sehinggalah rakyat jelata wajib mengembalikan semula maruah dan kedudukan kaum perempuan terutama mengembalikan sifat malu yang sepatutnya subur dalam diri setiap perempuan. Hilangnya sifat malu akibat terpengaruh dengan laungan sesat yahudi yang berusaha menelanjangkan kaum perempuan sehingga sanggup menjual harga diri, membuka aurat tanpa rasa malu dan salah serta sifat negatif yang lain. Kita tidak mahu ditimpa bebanan bertindan dengan harga barang yang semakin mahal ketika maruah umat Islam yang semakin murah. Kerajaan sendiri jangan hanya sibuk menaikkan harga gula dengan alasan supaya rakyat hidup sihat jauh daripada kencing manis sedangkan maruah rakyat semakin tergadai akibat terpengaruh dengan janji manis hawa nafsu dan syaitan. Jangan hanya memikirkan untuk mengurangkan kadar kemalangan dengan saman ekor sedangkan jenayah pergaulan bebas dan aktiviti merosakkan akhlak diberikan lesen seluas-luasnya. Bila Islam dijadikan cara hidup maka kebahagiaan yang dirasa sedangkan bila jahiliah menjadi qiblat kehidupan maka kehancuran yang diterima
‏عَنْ ‏ ‏ أَبِي مَسْعُودٍ ‏ ‏قَالَ ‏ ‏قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ كَلَامِ النُّبُوَّةِ الْأُولَى ‏ ‏إِذَا لَمْ تَسْتَحْيِ فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ – رواه البخاري
Maksudnya : Daripada Abu Mas’ud berkata : Sabda nabi : Sebahagian daripada apa yang manusia ketahui tentang bicara nabi yang terdahulu: “Apabila engkau tidak merasai malu lakukanlah apa sahaja yang engkau mahukan”.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Berqiblatkan Islam Membina Masa Depan Gemilang

السلام عليكم

الحَمْدُ
للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى
الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا
اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
…أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ
وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai
hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar
taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya
menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar
kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita
kepada  Allah  dengan  melakukan  segala
suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang
ditegahNya.

Sidang
Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 144 surah al-Baqarah :

قَدْ نَرَى تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاء
فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ
الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّواْ وُجُوِهَكُمْ شَطْرَهُ وَإِنَّ
الَّذِينَ أُوْتُواْ الْكِتَابَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ
وَمَا اللهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ

Maksudnya : Sesungguhnya Kami lihat engkau sentiasa
mengadah ke langit, maka Kami palingkan engkau (menghadap) ke kiblat yang
engkau ingini. Sebab itu, palingkanlah mukamu ke pihak Masjidil Haram. Dan di
mana saja kamu berada, hadapkanlah mukamu ke pihaknya. Dan sesungguhnya orang
yang diberi kitab mengetahui bahawasanya itu adalah kebenaran daripada Tuhan
mereka. Dan Allah tidak lalai terhadap apa pun yang kamu kerjakan.

Kini kita berada pada minggu ketiga bulan Sya’aban yang
pernah melakar beberapa peristiwa besar dalam sejarah Islam antaranya peristiwa
perubahan Qiblat daripada mengadap ke arah Masjid al-Aqsa di Palestin ketika
mula-mula sampai di Madinah kepada mengadap Ka’abah di Masjidil Haram, Mekah
selepas 16 atau 17 bulan Rasulullah s.a.w memohon daripada Allah. Pertukaran
qiblat ini telah menghentikan ejekan kaum yahudi terhadap nabi Muhammad s.a.w
dan para muslimin kerana yahudi menganggap baginda tidak benar serta tidak
tetap pendirian kerana terpaksa menghadap ke arah qiblat yang sama dengan
yahudi iaitu Baitul Maqdis. Peristiwa ini memberi pengajaran besar kepada umat
Islam agar kita mesti memerdekakan diri kita daripada mengikut jejak langkah
musuh Islam terutama yahudi dan Kristian dalam setiap aspek kehidupan samada
dalam sistem ekonomi, sosial, politik, perundangan dan sebagainya. Selagi
sistem yang digunakan oleh oleh umat Islam masih berqiblat kepada sistem kuffar
maka selagi itulah kita terus mundur dan terjajah dalam negara sendiri.

Sidang Jumaat Yang dirahmati Allah ,

Firman Allah dalam ayat 149 surah Ali ‘Imran :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تُطِيعُوا
الَّذِينَ كَفَرُوا يَرُدُّوكُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْ فَتَنقَلِبُوا خَاسِرِينَ

Maksudnya : Wahai
orang-orang yang beriman! Jika kamu taatkan orang-orang yang kafir nescaya
mereka akan mengembalikan kamu kepada kekufuran, lalu jadilah kamu orang-orang
yang rugi.

Kejahilan terhadap agama sendiri merupakan antara punca terbesar
kepada berlakunya kehilangan identiti umat Islam terutama aqidah dan akhlak. Kita
begitu bimbang bila masalah murtad terutama di Sabah kebanyakannya akibat salah
faham terhadap ajaran Islam di mana mereka hanya terikut-ikut dengan Islam bawaan
datuk nenek mereka yang sekadar mengucap 2 kalimah syahadah sahaja tetapi bila
diajar tentang solat, puasa dan cara hidup Islam yang lain menyebabkan mereka menganggap
Islam ini adalah ajaran baru dan susah lalu mereka memohon untuk keluar daripada
Islam beramai-ramai. Lebih menggerunkan apabila adanya laporan bahawa pihak Kristian
mempunyai maklumat yang begitu lengkap berkenaan lokasi dan pecahan etnik di seluruh
Sabah untuk mengembangkan Kristian ketika umat Islam terkial-kial dengan masalah
tersendiri. Kegagalan dalam membina identiti muslim sebagaimana yang digariskan
oleh al-Quran dan hadis nabi juga menyebabkan ramai umat Islam terperangkap pada
sarang labah-labah ciptaan Yahudi dan Kristian atau singkatannya SPIDER. Senjata
musuh Islam dalam menghancurkan umat Islam antaranya [1]
Sex dengan menggalakkan hubungan bebas sehingga meluasnya penzinaan. Yahudi
berkata dalam protokol mereka : “ Kita mesti bekerja untuk merosakkan akhlak di
setiap tempat. Dengan itu penguasaan kita akan mudah dicapai. Kita akan terus
membentangkan teori hubungan seks sejelas-jelasnya supaya tidak ada suatu pun
yang dianggap suci pada pandangan pemuda. Hasilnya ialah memuaskan hawa nafsu
seks adalah matlamat mereka. Ketika itu akan runtuhlah akhlak mereka”. Begitu
juga kata pemimpin penjajah Kristian : “ Gelas arak dan pelacur amat berperanan
dalam menghancurkan umat Muhammad lebih daripada apa yang dilakukan oleh seribu
meriam. Oleh itu tenggelamkan mereka ke dalam cintakan kebendaan dan syahwat”. Pemimpin
lebih berminat untuk mengembang mata pelajaran seks ala barat iaitu zina tidak
salah asalkan jangan mengandung sedangkan pintu zina terus terbuka luas. Pemimpin
hanya berminat untuk berubat penyakit yang telah parah daripada menyekat punca
penyakit.

Sidang Jumaat Yang dirahmati Allah ,

Firman Allah dalam ayat 71 surah al-Mukminun :

وَلَوِ اتَّبَعَ الْحَقُّ أَهْوَاءَهُمْ لَفَسَدَتِ السَّمَاوَاتُ
وَالْأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّ ۚ بَلْ أَتَيْنَاهُم
بِذِكْرِهِمْ فَهُمْ عَن ذِكْرِهِم مُّعْرِضُونَ

Maksudnya : Dan sekiranya kebenaran itu tunduk
menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala
yang adanya. (Bukan sahaja Kami memberikan ugama yang tetap benar) bahkan Kami
memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan
kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak
juga mahu menerimanya;

Senjata musuh Islam seterusnya ialah [2] Politic
dengan menjadikan kuasa untuk mengaut
keuntungan bukan sebagai suatu amanah di mana akhirnya kekayaan negara dibahagi
sesama kroni sedangkan rakyat jelata dihimpit kenaikan harga barang dan bebanan
hidup yang menyusahkan. [3] Ideology yang bertentangan dengan Islam
disebarkan termasuk atas nama Islam seperti Islam Liberal sehingga akal menjadi
rujukan utama yang menyebabkan segala sistem Islam yang bercanggah dengan hawa nafsu
ditolak sebaliknya sistem barat walau pun jelas zalim dan merbahaya diagung-agungkan
. Musuh juga memastikan senjata berbentuk [4] Drug dengan
memastikan umat Islam dihancurkan dengan bahan memabukkan terutama dadah dan
arak. Apabila tengkorak hidup memenuhi negara maka penjajahan kuffar terus
berlangsung tanpa tentangan. Ibarat kata Syair : ‘Hanya
saja bangsa itu kekal selama berakhlak. Bila akhlaknya telah lenyap maka lenyap
pulalah bangsa itu’. Senjata
ke-[5]
Education dengan memastikan penjajahan terhadap sistem pendidikan
lebih berkiblatkan barat dan kurangkan pengajian agama. Pemerkasaan ilmu
agama samada di sekolah mahu pun universiti masih lagi gagal dilaksanakan
sehingga masalah buta al-Quran dan buta agama terus meningkat. Apa yang lebih
malang apabila adanya negara umat Islam yang tunduk pada kehendak yahudi agar
dibuang bab jihad dan kejahatan yahudi dalam sukatan pengajian sedangkan di
Israel sendiri bermula daripada pra sekolah hinggalah peringkat tinggi ditanam
sikap membenci umat Islam dan cara memerangi Islam. Seterusnya senjata
berbentuk [6] Rock dengan menghanyutkan umat Islam dengan hiburan
melalaikan sehingga jauh daripada petunjuk Allah. Minggu ini kita disajikan
dengan 2 keadaan berbeza iaitu jika kerajaan Kedah melaksanakan undang-undang
melarang umat Islam daripada memasuki pusat hiburan sepanjang Ramadhan manakala
kerajaan Melaka pula memanjang waktu berhibur sehingga jam 3 pagi. Kita bimbang
di Melaka bukan sahaja akan bertambah sekolah mengandung malah terpaksa pula
dibuka kolej dan universiti mengandung akibat tindakan yang tidak bertamadun atas
alasan untuk menarik pelancong akhirnya menambah jumlah pelacur. Tidak terlepas
pandang untuk kita mengutuk tangan-tangan ghaib yang cuba mempertikaikan
pengharaman judi di Kelantan apabila ada kes yang dibawa di mahkamah dalam
masalah ini.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Setelah faham dan sedar tentang
perancangan jahat musuh Islam yang tidak pernah serik daripada menghancurkan
Islam dan umatnya maka kita wajib berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam
melawannya. Jangan biarkan hati kita menjafi keras sehingga mudah dikuasai oleh
hawa nafsu dan syaitan. Antara tanda hati keras ialah [1] Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan
terutama melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan kewajipan
ditetapkan itu seperti tidak serius menunaikan solat atau berasa berat
melaksanakan ibadah sunnah. [2] Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran.
Ketika disampaikan ayat berkenaan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak
terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk dan lalai daripada
membaca al-Quran serta mendengarkannya. [3] Berlebihan mencintai dunia
dan melupakan akhirat. Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia
semata-mata. [4] Kurang mengagungkan Allah sehingga hilang rasa cemburu
dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah diperlecehkan orang. Tidak mengamal yang
makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa. [5] Tidak
belajar dengan ayat kauniah iaitu tidak terpengaruh dengan peristiwa yang dapat
memberi pengajaran seperti kematian, sakit atau bencana. Dia memandang kematian
atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah
kematian itu sebagai biasa.

Firman Allah dalam ayat 2-3 surah al-Anfal :

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ
اللَّـهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ
إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ ﴿٢﴾الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ
يُنفِقُونَ

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna
imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya)
gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya,
menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka
berserah. (2)Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan yang
mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka.

بَارَكَ اللهُ
لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ
مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ
إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ
وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ
وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ
التَّائِبِيْنَ

Khutbah Audio 61 – Isra’ Mikraj Penyemarak Perjuangan Islam

Isra’ Mikraj Penyemarak Perjuangan Islam

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 146 surah Ali ‘Imran :

وَكَأَيِّن مِّن نَّبِيٍّ قَاتَلَ مَعَهُ رِ‌بِّيُّونَ كَثِيرٌ‌ فَمَا وَهَنُوا لِمَا أَصَابَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَمَا ضَعُفُوا وَمَا اسْتَكَانُوا ۗ وَاللَّـهُ يُحِبُّ الصَّابِرِ‌ينَ

Maksudnya : Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (ugama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.

Kita masih berada pada saki baki bulan Rejab yang mengetuk hati kita dengan suatu peristiwa besar yang menguji keimanan manusia iaitu peristiwa Isra’ Mikraj nabi Muhammad s.a.w. Peristiwa yang menakjubkan ini mengajar kepada kita bagaimana cekalnya jiwa nabi Muhammad s.a.w yang mulia dalam menunaikan amanah dakwah Islam sehingga berdepan dengan onak duri ujian yang bukan sahaja berbentuk cercaan manusia malah meliputi serangan fizikal. Kesabaran nabi dalam berdepan dengan keadaan yang merupakan antara kemuncak kepada penentangan dakwah Islam begitu terserlah bila nabi yang membawa diri setelah dilontar batu oleh penduduk Taif sehingga berada di padang pasir yang kontang dalam keadaan kepala baginda tertunduk ke bawah kerana dibimbangi umatnya yang degil dan keras ini bakal berdepan dengan laknat Allah yang dahsyat termasuk kehancuran sebagaimana yang pernah menimpa umat sebelum ini. Nabi Muhammad s.a.w juga menolak tawaran untuk dihancurkan umat yang degil ini sebaliknya memandang bahawa kedegilan mereka akibat dakwah Islam yang dibawa belum dapat diterima oleh generasi yang telah lama hidup dalam kepekatan jahiliah di mana baginda berharap zuriat yang bakal lahir nanti akan menerima kemanisan Islam. Tindakan nabi Muhammad s.a.w agak berbeza dengan keadaan ramai dari kalangan nabi-nabi sebelum ini bila berdepan dengan penolakan yang keras daripada umat mereka lalu mereka mendongak ke langit dengan muka yang dukacita di samping menerima tawaran daripada Allah untuk dihancurkan umat mereka yang degil itu lalu permohonan mereka dimakbulkan oleh Allah sebagaimana hancurnya kaum nabi Nuh, binasanya umat nabi Soleh, ranapnya umat nabi Luth dan sebagainya. Peristiwa ini banyak mengajar kita agar bersungguh dalam melaksanakan keindahan Islam dalam diri kita, keluarga, masyarakat, negeri seterusnya Negara. Jangan mudah berputus asa malah yakinlah bahawa setiap kesusahan yang dilalui dalam meninggikan kalimah Allah di muka bumi ini akan dibalas dengan kesenangan dan kemuliaan di dunia dan akhirat

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 1-5 surah al-Mukminun:

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ ﴿١ الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ ﴿٢ وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِ‌ضُونَ ﴿٣ وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ ﴿٤ وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُ‌وجِهِمْ حَافِظُونَ

Maksudnya : Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); Dan mereka yang menjaga kehormatannya,

Ketika kemuncak kepada penolakan dakwah ini maka datangnya bantuan daripada Allah dengan anugerah perjalanan hebat yang bukan sahaja menghiburkan nabi Muhammad s.a.w malah menambah lagi keyakinan dengan kehebatan dan kekuasaan Allah. Sepanjang perjalan Isra’ itu sendiri dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjid Aqsa di bumi Palestin maka nabi Muhammad s.a.w telah singgah di suatu tempat yang bakal dibina sebuah kerajaan Islam yang hebat selepas ini iaitu Toibah atau Yathrib yang kemudiannya diberi nama Madinah Munawwarah. Ini adalah suatu pemberitahuan awal daripada Allah bahawa dakwah Islam tidak akan berakhir setelah tidak mendapat sambutan di Mekah dan Taif sebaliknya ia bukan sahaja berkembang malah akan memiliki sebuah kuasa pemerintahan yang membolehkan bukan sahaja untuk beribadat khusus seperti solat, puasa, zakat dan haji sahaja malah mampu dilaksanakan system yang lain termasuk politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Malah semasa melawat neraka maka baginda diperlihatkan tentang siksa yang bukan sahaja bagi golongan yang meninggalkan ibadat khusus seperti solat yang digambarkan sebagai seorang lelaki yang menghantuk kepalanya sendiri di batu sehingga pecah berkecai malah banyak lagi siksa dalam masalah sosial seperti zina, riba, buka aurat, pecah amanah dan sebagainya. Semua ini menyedarkan kita bagaimana hanya hukum Islam sahaja mampu menyelamatkan kita di dunia dan akhirat. Akhir-akhir ini kita melihat kes ragut dan jenayah semakin meningkat menyebabkan adanya cadangan yang menyusahkan rakyat yang kurang berada iaitu larangan motosikal daripada masuk bandar atas alasan banyak jenayah dilakukan oleh penunggang motosikal. Cadangan ini ibarat marahkan nyamuk dibakar kelambu. Itu belum lagi mengambil kira jumlah kes tahanan mati dalam lokap polis yang agak meningkat tahun ini. Akhirnya jenayah bunuh bertambah di luar dan dalam lokap. Takkan kita hanya mahu menyaksikan perkara yang buruk ini bertambah dari sehari ke sehari tanpa tindakan sewajarnya termasuk dalam menyedarkan pemimpin agar segera melaksanakan tuntutan agama dalam pemerintahan

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 46 surah al-Qosas:

وَمَا كُنتَ بِجَانِبِ الطُّورِ‌ إِذْ نَادَيْنَا وَلَـٰكِن رَّ‌حْمَةً مِّن رَّ‌بِّكَ لِتُنذِرَ‌ قَوْمًا مَّا أَتَاهُم مِّن نَّذِيرٍ‌ مِّن قَبْلِكَ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُ‌ونَ

Maksudnya : Dan engkau (Wahai nabi Muhammad) juga tidak berada dekat Gunung Thur Sina ketika Kami menyeru (Nabi Musa dan memberi wahyu kepadanya dahulu), tetapi (diturunkan) rahmat (Al-Quran) dari Tuhanmu (menerangkan Kisah itu) supaya engkau memberi amaran kepada kaum (mu) yang telah lama tidak didatangi sebarang Rasul pemberi amaran sebelummu, semoga mereka beroleh pengajaran

Tempat yang menjadi persinggahan nabi Muhammad s.a.w dalam perjalanan Isra’ juga ialah di Madyan yang merupakan tempat tinggal nabi Musa a.s bersama nabi Syuib buat beberapa ketika setelah menjadi buruan tentera Firaun. Malah nabi s.a.w turut ditunjukkan bagaimana dakwah nabi Musa a.s lebih teruk berbanding penolakan penduduk Taif yang melempar batu hingga berdarah tubuh nabi kerana kemuncak penentangan dakwah nabi Musa a.s seolah nyawa berada dipenghujungnya apabila dikejar oleh 2 juta tentera Firaun sehingga rapat dipinggir laut Merah. Mahu maju ke depan pasti lemas di tengah lautan, mahu berundur belakang sudah terkepung oleh tentera Firaun. Akhirnya Allah menyelamatkan nabi Musa a.s dan pengikutnya dengan di belah laut kepada 12 lorong mengikut jumlah puak bani Israel. Ini turut memberi semangat kepada nabi bahawa dakwah Islam akan terus dibantu oleh Allah. Begitulah kita semua wajib yakin bahawa kemenangan yang dijanjikan oleh Allah pasti datang kepada pejuang agama dengan syarat kita bersungguh-sungguh dan istiqamah dalam memenuhi syarat kemenangan.

قال الرسول : مَا مِنْ نَبِيٍّ بَعَثَهُ اللهُ فِى أُمَّةٍ قَبْلِي إِلا كَانَ لَهُ مِنْ أُمَّتِهِ حَوَارِيُّوْنَ وَأَصْحَاب يَأْخُذُوْنَ بِسُنَّتِهِ ويََقْتَدُوْنَ بِأَمْرِهِ ثُمَّ إِنَّهَا تَخْلُفُ مِنْ بِعْدِهِمْ خُلُوْفُ يَقُوْلُوْنَ مَالا يَفْعَلُوْنَ وَيفْعَلُوْنَ مَالا يُؤْمَرُوْنَ فَمَنْ جَاهَدَهُمْ بِيَدِهِ فَهُوَ مُؤْمِنٌ وَمَنْ جَاهَدَهُمْ بِلِسَانِهِ فَهُوَ مُؤْمِنٌ وَمَنْ جَاهَدَهُمْ بِقَلْبِهِ فَهُوَ مُؤْمِنٌ لَيْسَ وَرَاءَ ذَلِكَ مِنَ الإيمْاَنِ حَبَّةَ خَرْدَلٍ –-  رواه مسلم

Maksudnya : Tiada seorang nabi pun yang Allah utus kepada umat sebelum aku melainkan terdapat pada umatnya itu penolong dan para sahabat yang melaksanakan sunnahnya dan mengikut perintahnya. Setelah generasi mereka, datanglah generasi yang hanya pandai bercakap apa yang tidak dibuat. Mereka melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak pernah diperintahkan kepada mereka. Sesiapa yang berjihad menentang mereka dengan tangannya maka dia seorang yang beriman. Sesiapa yang berjihad menentang mereka dengan lidahnya maka dia seorang yang beriman. Sesiapa yang berjihad menentang mereka dengan hatinya maka dia juga seorang yang beriman. Tiada lagi keimanan selepas itu walaupun sebesar sawi

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 38-42 surah an-Najmi:

أَلَّا تَزِرُ‌ وَازِرَ‌ةٌ وِزْرَ‌ أُخْرَ‌ىٰ ﴿٣٨ وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَىٰ ﴿٣٩ وَأَنَّ سَعْيَهُ سَوْفَ يُرَ‌ىٰ ﴿٤٠ ثُمَّ يُجْزَاهُ الْجَزَاءَ الْأَوْفَىٰ ﴿٤١ وَأَنَّ إِلَىٰ رَ‌بِّكَ الْمُنتَهَىٰ

Maksudnya : (Dalam Kitab-kitab itu ditegaskan): Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya; Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak); Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna; Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhanmu lah kesudahan (segala perkara);

Nabi Muhammad s.a.w turut singgah di Thur Sinai tempat nabi Musa a.s pernah bermunajat dengan Allah. Malah disitu jugalah nabi Musa a.s pernah meminta untuk melihat Allah namun ditunjukkan dengan bergegar bukit sehingga baginda rebah pengsan. Ini seolah-olah gambaran awal bagaimana keistimewaan yang pernah dianugerahkan kepada nabi Musa a.s akan turut dianugerahkan oleh Allah kepada nabi s.a.w dalam peristiwa Isra’ Mikraj malah lebih hebat daripada itu lagi.

Perjalanan nabi Muhammad s.a.w yang seterusnya melalui 7 lapisan langit menggambarkan kepada kita bagaimana dalam perjuangan Islam mesti melalui pelbagai halangan dan cabaran. Begitu juga dalam memperbanyakkan amal ibadat dan juga memperbaiki akhlak maka perlu melalui jalan yang berliku dengan berdepan godaan hawa nafsu dan syaitan. Yang pasti sebagaimana kemuncak kepada perjalanan Isra’ Mikraj ialah bertemu dengan Allah maka begitulah juga segala perbuatan dan amalan kita kemuncaknya ialah mampu hampirkan diri kita kepada Allah. Selagi belum mencapai tahap ini maka semakin kuat usaha yang mesti dilakukan untuk menghampirkan diri kepada Allah kerana itulah matlamat hidup kita.

Firman Allah dalam ayat 22-28 surah al-Muthoffifin :

إِنَّ الْأَبْرَ‌ارَ‌ لَفِي نَعِيمٍ ﴿٢٢ عَلَى الْأَرَ‌ائِكِ يَنظُرُ‌ونَ ﴿٢٣ تَعْرِ‌فُ فِي وُجُوهِهِمْ نَضْرَ‌ةَ النَّعِيمِ ﴿٢٤ يُسْقَوْنَ مِن رَّ‌حِيقٍ مَّخْتُومٍ ﴿٢٥ خِتَامُهُ مِسْكٌ ۚ وَفِي ذَٰلِكَ فَلْيَتَنَافَسِ الْمُتَنَافِسُونَ ﴿٢٦ وَمِزَاجُهُ مِن تَسْنِيمٍ ﴿٢٧ عَيْنًا يَشْرَ‌بُ بِهَا الْمُقَرَّ‌بُونَ

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada di dalam Syurga yang penuh nikmat:  Mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), sambil melihat (segala keindahan dan kemuliaan yang disediakan untuk mereka di situ). Engkau dapat melihat pada muka mereka: cahaya nikmat yang mereka perolehi. Mereka diberi minum dari satu minuman yang termeterai bekasnya, Meterainya kasturi; – dan untuk (memperolehi nikmat kesenangan) itu hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan; Dan campuran minuman itu adalah dari “Tasnim”: laitu matair yang diminum daripadanya oleh orang-orang yang di dampingkan (Tuhan di sisiNya).

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

/* Style Definitions */
table.MsoNormalTable
{mso-style-name:”Table Normal”;
mso-tstyle-rowband-size:0;
mso-tstyle-colband-size:0;
mso-style-noshow:yes;
mso-style-priority:99;
mso-style-qformat:yes;
mso-style-parent:””;
mso-padding-alt:0cm 5.4pt 0cm 5.4pt;
mso-para-margin-top:0cm;
mso-para-margin-right:0cm;
mso-para-margin-bottom:10.0pt;
mso-para-margin-left:0cm;
line-height:115%;
mso-pagination:widow-orphan;
font-size:11.0pt;
font-family:”Calibri”,”sans-serif”;
mso-ascii-font-family:Calibri;
mso-ascii-theme-font:minor-latin;
mso-fareast-font-family:”Times New Roman”;
mso-fareast-theme-font:minor-fareast;
mso-hansi-font-family:Calibri;
mso-hansi-theme-font:minor-latin;
mso-bidi-font-family:Arial;
mso-bidi-theme-font:minor-bidi;}

117. BERSUNGGUH MEMBINA JATIDIRI MUSLIM SEJATI

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat  144 surah al-Baqarah :

قد نرى تقلب وجهك في السماء فلنولينك قبلة ترضئها  فول وجهك شطر المسجد الحرام   وحيث ماكنتم فولوا وجوهكم شطره  وإن الذين أوتوا الكتب ليعلمون أنه الحق من ربهم  وما الله بغفل عما يعملون

Maksudnya : Sesungguhnya Kami lihat engkau sentiasa mengadah ke langit, maka Kami palingkan engkau (menghadap) ke kiblat yang engkau ingini. Sebab itu, palingkanlah mukamu ke pihak Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, hadapkanlah mukamu ke pihaknya. Dan sesungguhnya orang yang diberi kitab mengetahui bahawasanya itu adalah kebenaran daripada Tuhan mereka. Dan Allah tidak lalai terhadap apa pun yang kamu kerjakan.

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Ayat 144 surah al-Baqarah yang dibaca tadi mengingatkan kita bagaimana peristiwa perubahan arah qiblat daripada mengadap ke arah Masjid Aqsa di Palestin kepada Ka’abah di Mekah Mukarramah. Jika pada bulan Rejab lepas kita dingatkan dengan peristiwa Isra’ Mikraj di mana disebut secara jelas bagaimana perjalanan nabi Muhammad s.a.w dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjdi al-Aqsa di Palestin maka dalam peristiwa perubahan qiblat daripada mengadap Baitul Maqdis kepada Ka’abah di Masjidil Haram yang berlaku pada bulan Sya’aban yang menunjukkan kepada kita bagaimana kuatnya ikatan antara kedua-dua masjid tersebut.

Sewaktu Rasulullah s.a.w tiba di Madinah, baginda diarahkan agar menghadap ke arah Baitul Maqdis dan ramai di kalangan penduduk Madinah waktu itu daripada golongan Yahudi di mana sememangnya qiblat mereka adalah Baitul Maqdis. Oleh itu kaum yahudi sentiasa mengejek dan mencerca nabi Muhammad s.a.w dan muslimin kerana mereka menganggap baginda tidak benar serta tidak tetap pendirian kerana terpaksa menghadap ke arah qiblat yang sama dengan yahudi iaitu Baitul Maqdis. Cercaan dan ejekan yahudi ini agak memberi kesan mendalam terhadap umat Islam pada masa itu sehingga nabi berdoa dan memandang ke langit mengharapkan turunnya wahyu yang mengizinkannya dan para sahabat berpaling ke Baitullah di Mekah. Akhirnya selepas 16 atau 17 bulan Rasulullah s.a.w menghadap ke Baitul Maqdis, barulah Allah memerintahkan agar baginda menghadap ke Ka’abah.

 

Sidang Jumaat yang dikasihi,

Firman Allah antaranya dalam ayat  145 surah Ali ‘Imran :

وما كان لنفس أن تموت إلا بإذن الله كتـبا مؤجلا  ومن يرد ثواب الدنيا نؤته منها ومن يرد ثواب الآخرة نؤته منها وسنجزى الشــكرين

Maksudnya : Tiada suatu jiwa pun akan mati melainkan dengan izin Allah melalui suatu suratan yang telah ditetapkan. Sesiapa yang mahu habuan dunia maka Kami akan berikan kepadanya. Dan sesiapa yang inginkan pahala akhirat maka Kami juga akan anugerahkan kepadanya. Kami akan berikan pahala kepada orang-orang yang bersyukur.

            Peristiwa pertukaran Qiblat ini memberi isyarat yang jelas kepada umat Islam agar kita mesti berusaha menjauhi amalan dan budaya hidup yang bercanggah daripada Islam yang sentiasa disogokkan oleh musuh Islam dengan pelbagai cara. Umat Islam mesti mempunyai jatidiri berdasarkan apa yang ditunjukkan oleh al-Quran dan Sunnah Nabi sehingga kita mampu menjadi contoh teladan yang baik kepada orang bukan Islam bukannya kita menjadi penghalang atau tembok yang mendinding orang bukan Islam daripada melihat keindahan yang ada dalam Islam yang meliputi seluruh aspek kehidupan. Umat Islam wajib kembali kepada ajaran Islam yang sebenar sehingga orang bukan Islam yang selama ini dimomokkan dengan gambaran jahat tentang Islam dan umatnya yang dipandang sebagai punca keganasan dan kemunduran dapat ditepis. Islam adalah agama yang menyucikan aqidah dan mencantikkan akhlak manusia dengan membersihkan diri daripada sifat dan sikap yang buruk serta menyuruh umat manusia agar tunduk patuh kepada garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah dalam setiap kelakuan. Islam bukan agama yang bersangkutan hati sahaja tetapi ia adalah sebuah agama yang lengkap. Islam juga bukan agama untuk kegunaan peribadi tetapi ajarannya mengambil berat tentang kehidupan masyarakat seluruhnya. Kegagalan umat Islam sendiri daripada menghayati suruhan agama dalam kehidupan seharian bukan sahaja menyebabkan diri mereka rosak malah turut memberi kesan kepada orang bukan Islam untuk memandang rendah kepada Islam. Sebab itulah Sayyidina Ali Karramallahu wajhah pernah memberi nasihat penting dengan katanya : “ Kenalilah muslim melalui Islam dan jangan kamu kenali Islam melalui muslim”. Pesanan berharga ini mengingatkan kita semua bahawa dalamilah Islam terlebih dahulu barulah seseorang itu dapat tahu siapakah orang Islam yang benar-benar menghayati Islam atau sebaliknya.

 

Siang Jumaat yang dikasihi,

            Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim daripada Abu Hurairah :

قال الرسول e  : بَادِرُوْا بالأعْمالِ فِتَنًا كَقَطَعِ اللَّيْلِ المُظْلِمِ يُصْبِحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيَمْسِى كَافِرًا أَوْ يَمْسِى مُؤْمِنًاوَ يُصْبِحُ كَافِرًا يَبِيْعُ دِيْنَهُ بِعَرَضِ مِّنَ الدُّنْيَا

Maksudnya: Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat kelam. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi kemudian di waktu petang dia sudah menjadi kafir atau seseorang yang masih beriman di waktu petang kemudian pada esok paginya dia sudah menjadi kafir. Dia telah menjual agamanya dengan sedikit daripada mata benda dunia.

Bila kita menyebut tentang Masjid Aqsa maka kita tidak lupa kepada penderitaan umat Islam di bumi Palestin. Pembunuhan dan kekejaman zionis yahudi terus berjalan sehingga hari ini di mana selain terus melakukan pembunuhan di Palestin, penculikan terhadap anggota kerajaan HAMAS pilihan rakyat disamping terus berusaha dalam meruntuhkan Masjid al-Aqsa. Begitu juga dengan kekejaman zionis yahudi yang membunuh ribuan rakyat Lubnan dalam masa 34 hari di mana akhirnya pengganas dunia yang dianggap mempunyai tentera dan senjata yang paling canggih di dunia terpaksa berundur dengan penuh kehinaan. Bila musuh Islam yang takut mati berdepan dengan pejuang Islam yang cintakan mati syahid maka biasanya musuh akan kalah dengan penuh kehinaan. Musuh Islam memang boleh dikalahkan walau sehebat mana pun persenjataan mereka dengan syarat hati umat Islam mesti bersatu atas wadah Islam dan melaksanaka segala syarat kemenangan. Sekiranya umat Islam sendiri tidak yakin dengan Islam, takut pada mati, terlalu mengejar dunia sehingga lupa akhirat, takut kepada musuh Islam lebih daripada takut kepada Allah ditambah dengan perbalahan sesama sendiri maka bagaimana kemenangan yang dijanjikan oleh Allah S.W.T dapat dicapai. Kalahnya musuh Islam kerana mereka berada dalam kesesatan tetapi sekiranya umat Islam sendiri hidup dalam dosa maksiat maka bagaimana kita mahu mencapai kemenangan di dunia dan akhirat. Sekiranya musuh Islam gila kuasa dan harta sehingga bertindak kejam tanpa perikemanusiaan membunuh umat Islam sesuka hati hanya berdepan dengan pemimpin umat Islam yang hanya seronok membilang harta dan menjaga kuasa maka selagi itulah rakyat akan ditindas tanpa pembelaan.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Pada hari ini tanyalah diri kita sendiri samada sudah bersedia untuk mengorbankan jiwa dan raga untuk Islam atau kita lebih sayangkan dunia daripada agama. Lupakah kita pada amaran nabi bahawa orang Islam yang tidak pernah berazam untuk berjuang dalam mempertahankan Islam akan mati dalam keadaan jahiliah penuh kehinaan di dunia dan akhirat. Kuatkah semangat jihad kita sekiranya semangat untuk datang berjemaah di masjid atau surau pun masih lemah apatah lagi ke medan juang. Tinggikah semangat juang kita untuk berkorban sekiranya untuk memboikot barangan zionis yahudi, Amerika dan sekutu pengganasnya pun kita masih teragak-agak. Hebatkah semangat berkorban kita sekiranya untuk menghulur bantuan kepada saudara seagama yang ditindas pun masih banyak perkiraan. Ubahlah sikap dan kobarkan semangat jihad dalam diri ke arah mendekatkan diri kepada Allah S.W.T sehingga tiada lagi perasaan cinta pada dunia dan takut pada mati.

            Firman Allah dalam ayat  35 surah al-Maidah :

يــأيها الذين ءامنوا اتقوا الله وابتغوا إليه الوسيلة وجــهدوا فى سبيله لعلكم تفلحون

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh mendekatkan diri kepadaNya  dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Audio 60 – Isra’ Mikraj DiHayati, Solat DiHargai, Kemenangan DiRai