• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3











  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,678,031 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 6,416 other followers

Khutbah Aidilfitri 1430H


KHUTBAH PERTAMA

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ …. فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
Firman Allah dalam ayat 2 dan 3 surah at-Talak :
…..وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ ۚ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا
Maksudnya : ….dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,
Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Sempena berada pada hari mulia ini, marilah kita sama-sama bermuhasabah menghitung diri tentang hasil tarbiah Ramadhan yang baru lalu samada berjaya melahirkan kita sebagai umat bertaqwa atau sebaliknya. Kita diminta agar membesarkan Allah atas nikmat hidayah dan kekuatan yang dianugerahkan untuk membolehkan kita menunaikan ibadat puasa Ramadhan sebagai tanda syukur berterima kasih kepada Allah. Firman Allah dalam ayat 185 surah al-Baqarah :
….وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Maksudnya : … Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
Kita tidak mahu menjadi hamba Ramadhan yang hanya jadi orang baik pada bulan Ramadhan sahaja sedangkan pada bulan lain kembali bergelumang dengan maksiat. Kita mesti menjadi hamba Allah yang mampu khatam al-Quran pada bulan Ramadhan dan bulan lain pun tetap membaca al-Quran, mampu hadir ke surau atau masjid pada bulan Ramadhan untuk berjemaah maka pada bulan lain pun turut melakukannya, mampu memperbanyakkan solat sunat pada bulan Ramadhan maka pada bulan lain pun tetap istiqamah menunaikannya, mampu bangun awal pagi untuk tahajjud dan bersahur maka pada bulan lain pun terus mengamalkannya. Kita tidak mahu menjadi golongan yang disifatkan oleh nabi dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh al-Hakim :
قَالَ:إِنَّ جِبْرِيلَ عليه الصلاة والسلام عَرَضَ لِي فَقَالَ : بَعُدَا لِمَنْ أَدْرَكَ رَمَضَانَ فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ قُلْتُ: آمين
Maksudnya : Sesunggunya Malaikat Jibril berkata kepadaku : Jauhlah (dari rahmat Allah) bagi sesiapa yang sempat bertemu Ramadhan tetapi tidak diampunkan oleh Allah SWT, lalu aku menjawab : Amin

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Gema takbir membesarkan Allah dan tahmid memuji Allah yang berkumandang setiap kali tibanya hari raya mestilah meresap ke dalam hati sanubari. Adakah layak untuk kita mengaku bahawa kita telah menang sekiranya melawan hawa nafsu pun sudah kalah terutama mencemari sambutan hariraya dengan hiburan melalaikan, pergaulan lelaki perempuan tanpa batasan, membuka aurat. Golongan pemenang yang sebenar ialah orang yang keluar daripada tarbiah Ramadhan dengan pengampunan dosa serta menghiasi Syawal dengan amal ibadat. Ingatlah bahawa kita mahu bergembira, memakai baju baru, memakan hidangan yang lazat bukan setakat di dunia fana ini saja malah yang lebih dirindui di Syurga Allah di akhirat sana. Biarlah kita hanya menangis ketika orang lain bergembira menyambut kelahiran kita asalkan kita bergembira menemui Allah ketika orang lain bersedih menangisi kematian kita. Ramai manusia hari ini boleh melompat bergembira sedangkan mereka tidak sedar bahawa mereka bakal menjadi kayu api neraka di akhirat nanti

Muslimin/mat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 132 surah Taha :
وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلاَةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا نَّحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى
Maksudnya : Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa
Berlalunya Ramadhan bukan bermakna kita turut menjauhi al-Quran dari segi pembacaannya mahu pun perlaksanaannya dalam kehidupan seharian. Jatuh bangun, berjaya atau gagalnya umat Islam bergantung kepada sejauh mana kita mendekati al-Quran. Pembentukan sebuah negara yang berkat bermula dengan pembinaan keluarga mengikut acuan al-Quran di mana perancangan untuk melahirkan generasi yang beriman dan bertaqwa bukan bermula setelah anak lahir ataupun setelah nikah sebaliknya ia bermula ketika mencari pasangan hidup lagi. Ibubapa hari ini ramai yang bekerja maka memerlukan masa yang begitu terbatas dalam mendidik anak-anak sesuai dengan peredaran zaman ini yang begitu banyak faktor perosak seperti tv, internet, majalah, rakan sebaya, suasana sekitar yang tidak dikawal. Jangan hanya menyerahkan bulat-bulat peranan mendidik anak-anak kepada guru di sekolah memandang sistem pendidikan negara yang lebih menumpu kepada kejayaan dalam pelajaran melalui peperiksaan untuk mendapat sijil tanpa menitikberatkan proses pendidikan. Sistem pendidikan negara lebih menumpu kepada usaha melahirkan manusia yang mahir tentang pasaran kerja semasa atas alasan tuntutan fardhu kifayah sehingga banyak mengabaikan peranan agama yang fardhu ‘ain. Ini akibat membarahnya fahaman kapitalis yang menjadikan manusia sebagai modal untuk mengaut keuntungan dan juga dualisme pendidikan yang memisahkan akademik dengan agama. Kita begitu bimbang bila mendengar suatu kajian di mana 95 peratus pelajar sekolah menengah dan sekurangnya 60 peratus pelajar universiti tidak lengkap solat. Agensi Anti Dadah Malaysia (AADK) pula menyatakan seramai 306 murid di beberapa buah sekolah rendah di negara ini dikesan terlibat dalam penyalahgunaan dadah bagi tahun ini sahaja. Sistem pendidikan makin celaru apabila pelajar dijadikan bahan kajian seperti pelaksanaan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa penjajah. Usaha jahat anak didik penjajah ini bakal menguburkan peranan bahasa Malaysia sebagaimana penghapusan tulisan jawi sebelum ini yang menyebabkan lahirnya ramai rakyat yang buta al-Quran dan agama. Begitulah dalam jangka panjang bahasa Malaysia yang turut menjadi bahasa dakwah akan terkubur bersama agama bila orang Melayu sendiri akan kehilangan bahasa rasmi manakala untuk menyampaikan agama Islam kepada bangsa lain terpaksa belajar bahasa penjajah. Sebagaimana penukaran cuti hari Jumaat kepada hari Ahad yang menyebabkan susah untuk solat Jumaat dan umat yang telah sedia malas sembahyang semakin bertambah malas.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Firman Allah dalam ayat 71 surah al-Mukminun:
وَلَوِ اتَّبَعَ الْحَقُّ أَهْوَاءَهُمْ لَفَسَدَتِ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ ۚ بَلْ أَتَيْنَاهُمْ بِذِكْرِهِمْ فَهُمْ عَنْ ذِكْرِهِمْ مُعْرِضُونَ
Maksudnya : Dan Sekiranya kebenaran itu tunduk menurut kehendak hawa nafsu mereka nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta apa yang ada padanya. Bahkan Kami telah berikan kepada mereka itu al-Quran untuk kehormatan sebutan mereka namun mereka tetap berpaling daripada kehormatan itu.
Kegagalan menghidupkan al-Quran dalam sistem ekonomi menyebabkan meluasnya jurang antara orang kaya dan miskin kerana dibiar keperluan rakyat dimanopoli oleh syarikat tertentu sahaja seperti gula. Begitu juga apabila saham BERNAS mula dikuasai oleh orang asing yang membahayakan sedangkan makanan asasi adalah keselamatan dan kedaulatan negara. Kenaikan harga minyak yang dikelirukan dengan nama sebagai hadiah sambutan Merdeka bakal menambahkan bebanan rakyat sedangkan dalam masa yang sama boleh dibazirkan RM 16 juta wang rakyat untuk projek mengejar pingat emas pertama di Sukan Olimpik London 2012. Begitu juga apabila al-Quran tidak diberi ruang dalam mendidik dan merawat masalah rakyat menyebabkan tahap keselamatan negara kian meleset akhir-akhir ini sebagaimana didedahkan Laporan Daya Saing Global Forum Ekonomi Dunia (WEF) bagi 2009-2010, ranking keselamatan negara telah jatuh 25 tangga kepada kedudukan ke-85. Masalah rasuah dan pecah amanah bermula daripada pemimpin atasan hingga rakyat bawahan termasuk dari kalangan pihak keselamatan memusnahkan keamanan negara. Kerahan anggota keselamatan ke tempat yang tidak sepatutnya bagi menjaga kepentingan pemimpin sehingga mengabaikan penjenayah turut menambah masalah yang sedia ada. Oleh itu sudah sampai masanya untuk kita kembali memperkasakan peranan mahkamah Syariah dan perundangan Islam ketika banyak pihak cuba melemah malah menghapuskannya terutama bila heboh masalah hukum sebat terhadap model Kartika oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Pahang kerana minum arak di khalayak ramai. Kita mengecam permintaan NGO dan Majlis Peguam yang meminta supaya kerajaan menghapuskan hukuman sebat bagi semua kesalahan. Sebab penentangan antaranya Pertama mereka jahil tentang beza antara hukuman sebat sivil yang zalim dengan sebat Islam yang adil. Kedua bertujuan supaya undang-undang hudud gagal dilaksanakan. Ketiga supaya orang kenamaan dan kroni yang terlibat dengan arak tidak turut terkena hukuman ini sebagaimana kita dikejutkan dengan laporan orang Melayu dilantik sebagai pengarah dalam syarikat pengeluar arak terbesar Filipina.

Muslimit /mat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 108 surah al-An’am :
وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ ۗ كَذَٰلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِمْ مَرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُمْ بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Maksudnya : Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan
Hari raya ialah hari kasih sayang di mana Islam telah menggariskan adab yang begitu indah jika diamalkan dalam menjaga hak sesama Islam dan juga bukan Islam termasuk dalam masalah rumah ibadat dan sebagainya. Ketika menyelesaikan masalah kuil atau gereja orang bukan Islam maka Islam telah memberi peringatan kepada umat Islam supaya jangan sesekali menghina walau pun dalam hati kita wajib ada perasaan membenci berhala yang merupakan ibu segala amalan syirik. Jika kita menghina berhala atau memusnahkan tempat ibadat orang bukan Islam maka merka pula akan mencaci Allah dan meruntuhkan masjid. Masalah agama ini mesti diselesaikan dengan cara agama bukannya mengikut akal dan semangat perkauman yang sempit. Kita pernah ingat bagaimana Saidina Umar ke dalam sebuah kota lalu beliau masuk ke dalam sebuah gereja al-Qiamah dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut. Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Paderi gereja tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan Paderi itu lalu solat di tangga luar yang berada di hadapan pintu gereja tersebut secara bersendirian. Selepas beliau menyelesaikan solat asar lalu Umar masuk kembali dan berkata kepada Patriach al-Quds : “Sekiranya saya mengerjakan solat tadi di dalam gereja tuan, saya merasa pasti bahawa ummat Islam pada zaman akan datang akan menyatakan bahawa Saidina Umar mengerjakan solat di dalam gereja ini, maka kita boleh menukarkan gereja ini kepada masjid untuk melaksanakan solat di dalamnya”. Tindakan Umar ini sebagai mengajar umat Islam agar jangan mengganggu gereja sesuka hati dan juga menunjukkan kepada orang bukan Islam bahawa Islam bukan agama pengacau

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 36 surah ar-Ruum :
وَإِذَا أَذَقْنَا النَّاسَ رَحْمَةً فَرِحُوا بِهَا ۖ وَإِنْ تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ إِذَا هُمْ يَقْنَطُونَ
Maksudnya : Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengan rahmat itu. Dan apabila mereka ditimpa sesuatu musibah (bahaya) disebabkan kesalahan yang telah dikerjakan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka itu berputus asa
Ketika seronok menyambut hariraya maka tidak lupa untuk kita sama-sama merenungi tentang serangan selsema babi yang telah meragut 77 nyawa setakat ini menyedarkan kita bagaimana kehebatan Allah di mana Islam menganjur keselamatan dengan berwudhu’, baca basmalah, doa ma’thurat, baca al-Quran, solat, puasa, penggunaan tanah untuk membasuh anggota tubuh dan pengambilan habbatus sauda’ dan berpurdah yang sentiasa bersih bagi wanita. Yang paling penting ialah dengan menghindari daripada derhaka kepada Allah. Kita begitu sedih dan marah dengan kenyataan menghormati Ramadhan dan takut selsema babi menyebabkan sambutan kemerdekaan disambut sederhana tetapi bila konsert kumpulan hip hop Amerika Black Eyed Peas di Sunway Pyramid pada 25 September ini sempena ulangtahun ke 250 jenama arak Guiness Stout maka segalanya halal. Ditambah dengan kenyataan menteri bahawa tak boleh halang orang Islam untuk hadir hiburan merosakkan ini sedangkan bila bab ISA, tembak pemedih mata kepada rakyat yang berdemontrasi ada pula kuasa. Silap pilih pemimpin derita dunia akhirat. Kata syair : Sesungguhnya pemimpin yang jahat naik memerintah kerana majoriti rakyatnya yang jahat juga, pemimpin yang baik dipilih bila majoriti rakyatnya baik
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

KHUTBAH KEDUA
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ
Firman Allah dalam ayat 46 surah al-Anfal :
وَأَطِيعُوا اللهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
Maksudnya : Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar

Muslimin/mat yang dirahmati Allah
Takbir kemenangan yang dilaungkan bukan setakat laungan tetapi mesti diusahakan dalam memenuhi segala syarat kemenangan antaranya [1] Teguh hati [2] Zikrullah [3] Taat kepada Allah dan RasulNya [4] Tiada perselisihan [5] Sabar [6] Ikhlas. Syarat ini mesti dipenuhi ketika berhadapan dengan serangan musuh dari segenap penjuru terutama atas nama memerangi keganasan maka umat Islam sahaja yang menjadi sasaran seperti di Selatan Thailand, Mindanao Filiphina, Palestin, Iraq, Afghanistan, Kashmir, Chechnya dan lainnya. Ketika ramai wanita negara kita payah untuk bertudung sedangkan seorang muslimah iaitu Marwah Syarbini yang mempertahankan tudungnya dibunuh dengan 7 kali tikaman di sebuah Mahkamah Jerman. Ketika umat Islam di negara kita liat untuk datang berjemaah sedangkan saudara kita ditembak dengan kejam ketika sedang solat di sebuah masjid di Selatan Thailand. Ketika ramai lagi umat Islam negara kita malas berpuasa sedangkan Kerajaan China kembali mengeluarkan peraturan yang tidak adil terhadap muslim Uighur yang diancam akan diberhentikan dari pekerjaannya jika diketahui tidak makan pada waktu makan siang. Kempen makan siang, teh, dan kopi diberi percuma sebagai taktik untuk mengetahui siapa yang berpuasa. Para pemilik restoran Muslim dipaksa menandatangani sebuah dokumen yang menyatakan bahawa restoran akan tetap dibuka dan menjual minuman beralkohol dibulan Ramadhan, jika tidak lesennya akan ditarik. Para imam masjid dipaksa untuk berceramah kepada yang lain bahawa puasa adalah aktiviti yang berbahaya bagi kesihatan. Jika tidak, kewarganegaraan mereka akan ditarik balik. Tiada guna merayu pada musuh, tiada manfaat mengadu kepada seteru. Apa yang diharapkan ialah bantuan daripada saudara seagama yang lebih takut kepada Allah daripada musuh durjana, saudara yang lebih pentingkan akhirat daripada dunia.
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Selamat hari raya Eidil Fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan ziarahilah sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan.Rebutlah peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w :
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهٌ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ ( رواه مسلم )
Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ تَحَصَّنَا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

5 Respons

  1. Dapatkan jadual lengkap Jangkaan Malam Lailatur Qadar 1430H menurut kitab2 ulama : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2009/09/jangkaan-lailatul-qadr.jpg

  2. Ada kesilapan rujukan surah dalam khutbah Raya 1430 iaitu pada dalam teks ditulis ayat 46 surah al-A’raaf, yang betul ayat yang ditulis itu adalah ayat 46 surah al-Anfaal…terima kasih, jazakallah khairal jaza’ atas usaha murni anda ini…moga diteruskan

  3. sangat bagus bagi panduan pada iman-iman yang selalu ingin mentahsin dirinya sebagai iman yang baik, jika boleh paparkan khutbah kedua jumaat yang lengkap bagi panduan para-para iman yang baru.

  4. salam.penggunaan wajib seharusnya diperbetulkan pada ruangan nama dan emel bukankah begitu? kerana hukum bg mereka yg meninggalkan perkara wajib adalah berdosa besar? tahniah atas kupasan realitiyang membuka mata setiap rakyat. teruskan usaha kalian. wallahualam..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: