• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3











  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,677,510 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 6,409 other followers

8. KHUTBAH EIDIL FITRI 1428H


 

 

KHUTBAH PERTAMA

 

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 2  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا  . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ  .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  . أَمَّا بَعْدُ …. فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Firman Allah dalam ayat 112 surah al-Nahlu :

وضرب الله مثلا قرية كانت ءامنة مطمئنة يأتيها رزقها رغدا من كل مكان فكفرت بأنعم الله فأذقها الله لباس الجوع والخوف بما كانوا يصنعون

Maksudnya : Dan Allah memberikan suatu perbandingan sebuah negeri yang aman damai dan tenteram yang dilimpahkan rezeki yang mewah dari setiap tempat lalu penduduknya itu mengkufuri nikmat Allah itu. Maka Allah menimpakan mereka dengan kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang telah mereka lakukan.

 

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,

Selamat hari raya Eidilfitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Semoga ketibaan hari kemenangan ini dapat disambut dengan sebaiknya mengikut apa yang telah diajar oleh Islam dengan sama-sama menghiasi kemuliaan hari raya dengan ibadat dan menjauhi maksiat. Sebulan penuh Ramadhan kita sama-sama mendidik nafsu agar tunduk patuh kepada Allah sehingga kita pada hari ini insya Allah dibersihkan oleh Allah daripada kotoran dan najis dosa. Adakah bijak jika kita kembali mengotori diri kita dengan dosa noda yang merugikan dengan berlalunya Ramadhan. Tindakan ini seumpama orang yang sudah cuci bersih tetapi bertindak bodoh terjun semula ke dalam lubang najis yang kotor. Adakah cerdik jika sebulan Ramadhan lalu, kita berjaya mengawal nafsu sebaliknya bila datangnya hari raya maka nafsu pula yang mengawal kita ke arah kejahatan. Sikap ini seperti seorang yang telah berjaya menangkap binatang buas tetapi bertindak bahaya dengan kembali melepaskannya untuk menerkam diri sendiri. Adakah hebat setelah berjaya melatih diri dengan memperbanyakkan amal ibadat sepanjang Ramadhan sehingga hati berjaya dijauhkan daripada sifat tercela tetapi bila datangnya hari raya maka amal ibadat semakin kurang sedangkan dosa maksiat semakin bertambah. Perbuatan ini tidak lebih daripada seorang yang baru sembuh daripada penyakit tetapi melakukan suatu perbuatan yang kurang waras dengan bertindak memakan racun untuk kembali sakit. Akhirnya Eidil Fitri dijadikan hari memuja nafsu syahwat sehingga laungan tahmid, tasbih dan takbir dianggap sebagai lagu hari raya bukannya suatu perkara yang mesti dihayati bersama dalam mendekatkan diri kepada Allah.

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Sempena menyambut Eidil Fitri ini, marilah kita sama-sama muhasabah menghitung diri bagaimana hasil tarbiah Ramadhan yang baru lalu samada berjaya melahirkan kita sebagai umat bertaqwa atau sebaliknya. Berjayakah kita memilki 4 ciri utama taqwa sebagaimana yang pernah disebut oleh Sayyidina Ali Karramallahu wajhah :  

  التَّقْوَى هُوَ الخَوْفُ مِنَ الجَلِيْلِ وَالرِّضَا بِالقَلِيْلِ وَالعَمَلُ بِالتَّنْزِيْلِ وَالاسْتِعْدَادِ لِيَوْمِ الرَّحِيْلِ

Maksudnya : Taqwa ialah : [1] takut kepada Allah dalam setiap perkara, [2] sentiasa redha dengan pemberian Allah walau pun sedikit, [3] sentiasa melaksanakan sistem Islam sebagaimana yang diturunkan dalam al-Quran [4] dan sentiasa bersedia dengan bekalan terbaik bagi menghadapi kehidupan akhirat yang kekal abadi

            Sekiranya ramai umat Islam bukan sahaja berjaya puasa perut malah kaki, tangan, mata, mulut, telinga, kemaluan dan hati dengan melakukan suruhan Allah disamping menjauhi tegahanNya nescaya masalah kerosakan aqidah dan akhlak di kalangan umat Islam sendiri dapat dibendung. Jika musuh Islam cuba sedaya mungkin dalam merosakkan umat Islam terutama generasi muda selaku pelapis kepimpinan negara maka kita wajib menyelamatkan generasi muda ini dengan agama. Kita wajib kembali memperkasakan tugas ibubapa dalam mendidik anak-anak agar tunduk pada ajaran Islam sehingga dapat diselamatkan daripada tarikan yahudi, Kristian, Majusi dan ajaran sesat yang lain. Jika ibubapa hanya setakat beri makan minum sahaja kepada anak-anak maka seganas-ganas harimau di hutan pun tahu memberi makan kepada anaknya. Kita mahu anak-anak kita lulus dalam peperiksaan di dunia, lulus periksa di alam kubur dan seterusnya lulus periksa di padang mahsyar nanti. Kita tidak mahu mengulangi hasil yang menakutkan sebagaimana kajian Kementerian Pendidikan pada tahun 2002 di mana 24 ribu calon PMR tingkatan 3 seluruh negara tidak mampu mengucap 2 kalimah syahadah. Suatu kajian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memperakui peranan agama dalam menangani masalah sosial apabila statistik menunjukkan pelajar agama dan keluarga yang faham serta amal agama lebih rendah terlibat dengan masalah sosial berbanding pelajar yang tidak belajar agama dan keluarga yang jahil agama. Oleh itu marilah kita sama-sama meningkatkan kefahaman agama dan mengamalkannya dalam kehidupan barulah kita selamat di dunia dan akhirat

Ingatlah suatu amaran Allah dalam ayat 59  surah Maryam :

فخلف من بعدهم خلف أضاعوا الصلوة واتبعوا الشهوت فسوف يلقون غيا

Maksudnya : Maka datanglah sesudah mereka pengganti yang mensia-siakan solat dan menurut hawa nafsunya maka mereka kelak akan menemui kesesatan

 

Muslimin/mat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat  6   surah Loqman :

ومن الناس من يشترى لهو الحديث ليضل عن سبيل الله بغير علم ويتخذها هزوا أولئك لهم عذاب مهين

Maksudnya : Dan ada di antara manusia, orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan yang menyesatkan dirinya dan orang ramai daripada agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang ilmu pengetahuan. Dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai bahan ejekan. Merekalah merupakan orang-orang yang akan menerima azab yang menghinakan

Didikan Ramadhan juga mengasuh diri kita untuk rapat dengan al-Quran serta menyemarakkan lagi jihad dalam melaksanakan seluruh sistem al-Quran. Kita begitu bimbang akibat ada menteri dan mereka yang mempermainkan agama menyebabkan bala daripada Allah semakin bertambah sehingga rakyat semakin tertekan akibat kos hidup semakin tinggi dan suasana sekitar semakin tidak selamat. Kenyataan seperti hukum Islam supaya potong tangan terhadap pencuri tidak menjamin kurangnya kecurian sebaliknya ia boleh diselesaikan dengan usaha kerajaan menyediakan banyak pekerjaan terhadap rakyat di mana rakyat yang mempunyai pekerjaan tidak lagi mencuri, tidak salah membuka aurat semasa bersukan kerana penonton tidak melihat kepada badan atlit sebaliknya melihat kepada permainan mereka, tidak perlu campur adukkan antara agama dan budaya atas alasan di Mesir pun tidak difatwa tentang haramnya tarian gelek dan sebagainya.

Ketakutan yang paling besar bagi umat Islam yang cintakan agama ialah masalah murtad di mana hasil suatu kajian ilmiah pada tahun 1999-2000 di sekitar Lembah Klang sahaja menunjukkan bagaimana 20 ribu yang murtad maka gelombang itu terus menggila tanpa sekatan perundangan yang sepatutnya apabila 6 tahun kemudian sebagaimana yang disebut oleh mufti Perak pada tahun lepas bahawa jumlah murtad meningkat 2000 peratus kepada 250 ribu orang seluruh negara malah orang murtad lebih berani bangun menyatakan murtad mereka sekarang ini.Kes Lina Joy contohnya begitu menghina dan menggugat kedudukan umat Islam kerana keputusan mahkamah hanya tidak membenarkan perkataan Islam dibuang daripada kad pengenalan sedangkan Lina Joy yang murtad tidak diambil apa-apa tindakan sewajarnya. Kita juga  bimbang dengan suatu kajian yang mendapati secara purata 46 peratus remaja negara ini terlibat dengan zina atau 35 orang remaja setiap hari terlibat dengan jenayah zina. Kes jenayah semakin bertambah dan menggerunkan apabila kajian dari tahun 2003 hingga 2006, ia meningkat sebanyak 45.1 peratus iaitu 200 ribu kes lebih pada 2006. Jenayah kekerasan turut terbilang kepada 85.8 peratus iaitu 42 ribu kes lebih pada 2006. Begitu juga terbilang dalam kes rogol sebanyak 65.8 peratus dengan purata 6.7 orang wanita dirogol setiap hari. Kes kematian adik Nurin Fazlin binti Jaziman yang dibunuh dengan kejam dan ditinggalkan dalam beg oleh manusia yang berhati binatang ketika umat Islam sedang berpuasa Ramadhan antara contoh jenayah yang sedang mengancam keselamatan rakyat. Sebuah syair arab ada menyebut: Demi umur kamu, dunia atau negeri tidak akan sempit dengan ramai penduduknya tetapi dunia atau negeri menjadi sempit akibat perangai buruk penduduknya.

 
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Setiap penyakit biasanya ada puncanya. Antara punca penyakit sosial ini adalah sikap jahil dan jauh daripada ajaran Islam ditambah lagi dengan pintu-pintu ke arah kerosakan ini dibuka luas oleh kerajaan hasil pendedahan konsert hiburan melampau, pergaulan bebas, arak, disko serta program yang merosakkan daripada media cetak dan elektronik. Rancangan tv sendiri disifatkan ‘sampah’ oleh Profesor Diraja Engku Aziz di mana sampah inilah yang sedang meracuni pemikiran dan kelakuan ganas anak-anak sehingga mengenepikan agama. Setelah 50 tahun merdeka, rakyat bukan semakin bebas daripada budaya barat malah terus dijajah oleh pemikiran dan cara kehidupan penjajah. Malah undang-undang warisan British yang disifatkan oleh Ketua Hakim negara sebagai ketinggalan zaman turut menjadi antara punca kepada kegagalan dalam membina insan yang mulia. Jika para ulama’ dan pejuang kemerdekaan berjaya menghalau keluar tubuh penjajah maka kita pada hari ini sebagai umat yang cintakan keamanan dan kebahagian wajib menghalau keluar system penjajah dengan kembali melaksanakan seluruh system Islam dalam negara. Islamlah nescaya kita selamat di dunia dan akhirat

Semuanya ini tidak mampu dilaksanakan oleh pemimpin yang jahil dan tidak berminat kepada system Islam. Ingatlah bahawa pemimpin yang wajib kita pilih ialah orang yang mampu bukan setakat membina jambatan di dunia tetapi yang paling penting mampu membawa kita untuk selamat ketika meniti titian siratal mustaqim di akhirat nanti. Imam al-Ghazali ada berpesan bahawa sebodoh-bodoh manusia ialah sesiapa yang menjual akhiratnya dengan dunia orang lain iaitu dia sendiri tidaklah kalut dengan dunia tetapi sentiasa mempertahankan orang yang gila dunia. Kita mesti mengelak daripada terlibat dengan rasuah dalam memilih pemimpin kerana amaran dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah iaitu antara 3 orang yang Allah S.W.T tidak bercakap dengan mereka pada hari kiamat serta tidak disucikan mereka dan mendapat azab pedih ialah:

…. وَرَجُلٌ بَايَعَ إِمَامًا لايُبَايِعَهُ إِلا لِدُنْيَا . فَإِنْ أَعْطَاهُ مِنْهَا وَفَى لَهُ وَإِنْ لَمْ يُعْطِهِ مِنْهَا لَمْ يَفِ لَهُ

Maksudnya : ….dan seorang lelaki yang taat setia kepada pemimpin di mana dia tidak taat kecuali kerana dunia. Jika pemimpin memberinya habuan maka dia tunai ketaatan baginya tetapi jika pemimpin tidak memberinya maka dia tidak mentaatinya

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KHUTBAH KEDUA

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ

Firman Allah dalam ayat  166  dan167 surah al-Baqarah :

إذ تبرأ الذين اتبعوا من الذين اتبعوا ورأو العذاب وتقطعت بهم الأسباب وقال الذين اتبعوا لو أن لنا كرة فنتبرأ منهم كما تبرءوا منا  كذلك يريهم الله أعمــلهم حسرت عليهم وماهم بخـــرجين من النار

 Maksudnya : Ketika orang-orang yang diikuti (pemimpin) itu berlepas diri daripada  mereka yang mengikutinya dan mereka melihat siksa dan (ketika) segala hubungan antara mereka terputus sama sekali. Dan berkatalah para pengikut : ” Sekiranya kami dapat kembali (ke dunia) sudah pasti kami akan berlepas diri daripada mereka (pemimpin) sebagaimana mereka (pemimpin) berlepas diri daripada kami”. Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amal perbuatan mereka yang menjadi kesesalan bagi mereka dan mereka tidak sekali-kali akan dikeluarkan daripada api neraka

 

Muslimin/mat yang dirahmati Allah

            Laungan kalimah وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده ) ) yang bermaksud : Dan Dialah (Allah) yang telah memenangkan tenteraNya serta mengalahkan tentera Ahzab di mana kalimah ini menyemarakkan semangat jihad dan keyakinan bahawa Islam pasti menang walau pun diserang dan dimusuhi. Islam terus diperangi oleh kuffar samada melalui serangan fizikal atau pemikiran. Kini Kementerian Pertahanan Amerika telah menubuhkan pusat pemikiran khas (Raind Cooporation) bagi mengkaji hala tuju Islam dan bagaimana kehendak penduduk Islam sendiri. Akhirnya Amerika mengakui bahawa 2 halangan besar dalam menghancurkan Islam ialah Kota Mekah dan al-Quran. Oleh itu Amerika cuba mencari Islam yang tidak menentang mereka antaranya pengiktirafan Islam Hadhari oleh ketua pengganas Dunia Presiden Bush. Kegagalan Islam Hadhari sebagaimana yang telah diperingatkan oleh seorang ulama’ Mesir pada tahun 1982 lagi di mana beliau menyatakan bahawa Islam Hadhari merupakan suatu usaha dalam mencari kemajuan kebendaan semata-mata tanpa menghiraukan aqidah, syariah dan akhlak rakyat. Akhirnya benda yang disangka ubat rupanya racun berbisa, ia umpama jerat yang sedang menunggu mangsa yang berjaya ditipunya

 
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

            Selamat hari raya eidil fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan ziarahilah sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan.Rebutlah peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w :

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهٌ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ          ( رواه مسلم )

Maksudnya  : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.

اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ  وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ  وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا  اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: