• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib Khutbah

  • ekhutbah Audio MP3

  • Tetamu Online

  • Pengurusan Blog

Tiada solat sunat gerhana malam ini sebab gerhana bulan tidak dapat dilihat


Oleh AMREE AHMAD

PUTRAJAYA: Umat Islam di seluruh negara tidak perlu mendirikan solat sunat khusuf kerana fenomena gerhana bulan penumbra pada malam ini gagal dilihat terus dengan mata kasar.

Perkara tersebut dijelaskan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerusi laman sosial rasmi agensi itu hari ini susulan kejadian gerhana bulan separa yang muncul lewat petang ini.

“Kesan penumbra ini amat sedikit malah begitu sukar dikesan melalui pengamatan mata kasar, justeru solat sunat khusuf tidak disyariatkan,” katanya dalam hantaran terbaharu berkenaan.

Semalam, Jabatan Mufti Negeri Selangor juga memuat naik kenyataan yang berbentuk infografik menerusi laman sosialnya juga bagi mengulas persoalan umat Islam terhadap isu tersebut.

Ia turut mengesahkan solat berkenaan tidak harus dilakukan kerana gerhana separa itu tidak pula menampakkan kesan yang ketara kepada fizikal bulan itu atau pun tahap kecerahannya.

Penjelasan tersebut ekoran kenyataan Planetarium Negara sebelum itu yang memaklumkan rakyat negara ini tidak dapat menyaksikan gerhana tersebut secara langsung disebabkan faktor geografi apabila tiada kawasan di Malaysia yang termasuk dalam liputan jajaran pergerakan gerhana penumbra sehingga tamat pada pukul 8.03 malam.

Fenomena itu menjadi tumpuan penggemar sains angkasa di seluruh dunia kerana dikatakan ia sebagai gerhana bulan paling lama dalam abad ini iaitu selama tempoh tiga jam 28 minit, yang secara kelaziman, gerhana sebelum ini hanya berlangsung kurang daripada dua jam dan pakar astronomi merujuk peristiwa kali ini akan dikenali sebagai frost moon atau beaver moon.

Kejadian ini berlaku apabila bulan, bumi dan matahari akan berada dalam kedudukan hampir sejajar bermula pada 2.02 petang tadi sebelum proses kemuncaknya dari pukul 6.58 petang.

Gerhana bulan akan muncul apabila satelit semula jadi bumi itu terlindung oleh bayang penumbra atau bulan hanya memasuki kawasan bayang-bayang penumbra bumi yang tidak gelap.

Dianggarkan sebanyak 97 peratus permukaan bulan akan terlindung dengan bayang umbra bumi hari ini tetapi di Malaysia ia cuma sedikit malap dan kelihatan seperti purnama biasa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: