• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib Khutbah

  • ekhutbah Audio MP3

     

     

  • Tetamu Online

  • Pengurusan Blog

Khutbah Aidil Fitri 1441H


KHUTBAH PERTAMA

 

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا  . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ  .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  . أَمَّا بَعْدُ ….

فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Firman Allah dalam ayat 124 surah an-Nisaa’ :

وَمَن يَعْمَلْ مِنَ الصَّالِحَاتِ مِن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَـٰئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ وَلَا يُظْلَمُونَ نَقِيرًا ﴿١٢٤

Maksudnya : Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga, dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Kalimah takbir dan tahmid membesar dan memuji Allah bergema menyerikan kehadiran Aidil Fitri yang merupakan hari ibadat bukan hari melepas nafsu hingga mengenepikan syariat. Hari raya puasa ini adalah anugerah berharga selepas kita sama-sama dididik selama sebulan Ramadhan yang merupakan Bulan Ibadah, Bulan Al-Quran, Bulan Penuh Rahmat, Bulan Keberkatan, Bulan Pengampunan dosa, Bulan Jihad dan Kemenangan, Bulan Kesabaran, Bulan Kemurahan dan Bulan Penggadaan pahala. Marilah kita berdoa agar kita termasuk dalam golongan yang berjaya iaitu diterima amalan dan diampuni dosa hasil proses Ramadhan dan seterusnya dapat istiqamah dengan amalan soleh pada bulan-bulan seterusnya

Betapa besarnya pahala orang yang sentiasa istiqamah dengan amalan soleh bersama niat yang baik seperti seseorang yang sentiasa melazimi solat berjemaah di masjid atau surau, lalu ia ditinggalkan disebabkan adanya keuzuran tertentu, dan dia mendirikan solat berjemaah di rumah, maka dia akan mendapat pahala sama seperti yang dilakukannya semasa ketiadaan keuzuran tersebut.

إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ، كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا– رواه البخارى

Maksudnya : Apabila seseorang hamba itu sakit atau bermusafir, akan ditulis buat dirinya ganjaran sama seperti yang diamalkannya semasa bermukim atau sihat.

Imam Ibn Hajar Al-Asqalani dalam Fath al-Bari  menjelaskan : ‘’Hadis ini ditujukan bagi hak mereka yang melakukan ketaatan lalu terhalang dari melakukannya (disebabkan ada keuzuran), dalam keadaan niatnya jika tidak terdapat penghalang nescaya dia akan berterusan melakukannya (ketaatan)’’.

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Firman Allah dalam ayat 28 surah an-Nisaa’ :

يُرِيدُ اللَّـهُ أَن يُخَفِّفَ عَنكُمْ ۚ وَخُلِقَ الْإِنسَانُ ضَعِيفًا ﴿٢٨

Maksudnya : Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah.

Kita menyambut Ramadhan dan Syawal tahun ini dalam suasana yang agak berbeza di mana kita terpaksa menghadapi norma baharu untuk tidak melakukan sebarang pergerakan di luar rumah sebagaimana kebiasaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan oleh kerajaan ketika ini bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.

Sebagai seorang muslim adalah amat penting kita memahami sudut pandang Islam yang sebenar dalam menghadapi situasi sebegini. Kegagalan memahaminya boleh menyebabkan berlaku salah faham yang akhirnya memburukkan imej Islam sehingga dituduh jumud, kaku dan adakalanya kelihatan ekstrem. Sedangkan Islam merupakan agama yang amat memahami realiti keberadaan manusia dalam apa jua keadaan dan masa. Ada banyak rukhsah atau kemudahan diberikan oleh agama bila berdepan keadaan yang sukar. Jika diteliti dalam sejarah Islam, fenomena kekosongan masjid akibat wabak bukanlah kali pertama berlaku malah telah banyak kali terjadi seperti Wabak Tunis yang berlaku pada tahun 395 Hijrah mengorbankan banyak nyawa yang menyebabkan kedai-kedai kosong termasuk masjid-masjid di Qairawaan. Manakala pada tahun 449 Hijrah merebak wabak di wilayah Asia Tengah sehingga mengorbankan hampir 2 juta nyawa yang menyebabkan masjid-masjid tidak dapat mendirikan solat jamaah kerana semua orang sibuk menguruskan jenazah. Begitu juga wabak taun tahun 749 Hijrah yang melanda Eropah dan kemudian merebak ke Dunia Islam khususnya Mesir sehingga meragut banyak nyawa dan mengosongkan masjid-masjid daripada jemaah. Bencana Mekah yang berlaku pada tahun 827 Hijrah sehingga menyebabkan masjid-masjid kosong tidak didirikan solat jemaah termasuk Masjid Al-Haram. Sehingga diriwayatkan pada satu-satu ketika hanya imam dan seorang makmum sahaja yang solat di dalam Masjid Al-Haram.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RH, Rasulullah s.a.w  bersabda:

إنَّ الدِّينَ يُسْرٌ وَلَنْ يُشَادَّ الدِّينَ أَحَدٌ إلَّا غَلَبَهُ – رواه البخارى

Maksudnya : Sesungguhnya agama ini mudah dan tidak ada orang yang berlebih-lebihan dalam agama ini kecuali akan mengalahkannya (tidak mampu melakukannya)

Muslimin dan muslimat yang diberkati Allah,

Umat Islam sentiasa diajar supaya tidak berputus atas musibah yang berlalu. Jangan sama sekali musibah dijadikan alasan untuk kita malas bekerja, malas belajar dan malas buat amalan soleh. Ketika inilah sepatutnya kita lebih menyuburkan rumah kita dengan solat Jemaah, bacaan al-Quran dan amalan soleh yang lain agar rumah kita diberkati Allah bukannya hanya berfungsi seperti hotel untuk tidur, restoren untuk makan, pawagam untuk menonton, ciber café untuk layari internet sehingga rumah menjadi seperti kubur tidak bermanfaat untuk menambah bekalan akhirat

اجْعَلُوا مِنْ صَلَاتِكُمْ فِي بُيُوتِكُمْ وَلَا تَتَّخِذُوهَا قُبُورًا-  متفق عليه

Maksudnya : Kerjakanlah sebahagian solatmu di dalam rumah-rumah kalian. Jangan menjadikan rumah seperti kuburan

لا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقابِرَ، إنَّ الشَّيْطانَ يَنْفِرُ مِنَ البَيْتِ الذي تُقْرَأُ فيه سُورَةُ البَقَرَةِ – رواه مسلم

Maksudnya : Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti perkuburan. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan surat Al-Baqarah di dalamnya

Masa PKP inilah kita sebagai ibubapa memainkan peranan penting sebagai pendidik sehingga rumah mampu menjadi madrasah ke arah melahirkan anak soleh. Kelalaian kita dalam membiarkan anak-anak bebas dengan jadual sendiri sepanjang PKP ini akan memberi kesan negatif.

Semoga hari raya kali ini walau pun dengan pergerakan yang terbatas namun tidak menyekat untuk kita zahirkan kegembiraan dengan cara yang sesuai dengan syariat Islam. Semoga apa yang berlaku akan menambahkan lagi rasa taqwa kita kepada Allah dan bersyukur atas segala nikmatNya antaranya nikmat sihat, nikmat masa lapang, nikmat kebebasan, nikmat berkeluarga, nikmat berkawan dan pelbagai nikmat lagi.

Firman Allah dalam ayat 11 surah at-Taghabun :

مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّـهِ ۗ وَمَن يُؤْمِن بِاللَّـهِ يَهْدِ قَلْبَهُ ۚ وَاللَّـهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ ﴿١١

Maksudnya : Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KHUTBAH KEDUA

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ

Firman Allah dalam ayat 78-80 Surah as-Syu’ara’ :

الَّذِي خَلَقَنِي فَهُوَ يَهْدِينِ ﴿٧٨﴾ وَالَّذِي هُوَ يُطْعِمُنِي وَيَسْقِينِ ﴿٧٩﴾ وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ ﴿٨٠

Maksudnya : Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dia lah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku; “Dan Tuhan yang Dia lah jua memberiku makan dan memberi minum,  “Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku;

 

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا، زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَتْ: سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الطَّاعُونِ، فَأَخْبَرَنِي “أَنَّهُ عَذَابٌ يَبْعَثُهُ اللَّهُ عَلَى مَنْ يَشَاءُ، وَأَنَّ اللَّهَ جَعَلَهُ رَحْمَةً لِلْمُؤْمِنِينَ، لَيْسَ مِنْ أَحَدٍ يَقَعُ الطَّاعُونُ، فَيَمْكُثُ فِي بَلَدِهِ -وفي رواية أحمد : فَيَمْكُثُ فِي بَيْتِهِ- صَابِرًا مُحْتَسِبًا، يَعْلَمُ أَنَّهُ لاَ يُصِيبُهُ إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَهُ، إِلَّا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ شَهِيدٍ-” رواه البخارى وأحمد

“Daripada ‘Aishah r.ha yang merupakan isteri Nabi s.a.w, beliau berkata: “Aku bertanya Rasulullah s.a.w mengenai (penyakit wabak) taun. Baginda memberitahu kepadaku: “Sesungguhnya ia merupakan azab yang Allah hantar kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Allah menjadikannya rahmat kepada orang-orang yang beriman. Tiada seorang pun yang berlaku taun (di tempatnya), lalu dia kekal berada di tempatnya -dalam riwayat Imam Ahmad: kekal berada dalam rumahnya- dalam keadaan sabar serta mengharapkan (pahala atau kesembuhan dari Allah) dengan dia percaya bahawa tidak menimpanya melainkan apa yang Allah tetapkan untuknya, maka baginya seperti pahala seorang syahid”.

Islam adalah agama fitrah. Kehebatan Islam sebagai agama yang menjaga keselamatan termasuk gesaan Nabi s.a.w kepada sesiapa yang berlaku wabak taun di negeri atau tempatnya agar kekal tidak meninggalkan tempat atau rumahnya supaya mereka yang terkena wabak atau mempunyai kontak (hubungan) dengan pembawa virus tidak bergerak ke tempat lain yang akan menyebabkan virus itu tersebar. Apa yang paling penting juga ialah kesabaran dalam berdepan dengan musibah wabak serta berusaha dalam mengubatinya. Begitu juga keyakinan bahawa setiap apa yang berlaku adalah di bawah aturan qadha dan qadar Allah. Oleh itu patuhilah setiap arahan dalam memutuskan jangkitan termasuk tidak berhimpun, menjaga jarak sosial kerana ia bukan perkara sia-sia malah dijanjikan pahala besar. Kasihanilah barisan depan termasuk petugas kesihatan, anggota keselamatan yang bermatian berusaha menghentikan jangkitan sedangkan masih ada yang memandang mudah perkara ini. Kita jangan terikut dengan gelagat Pejuang Hak Asasi Manusia seperti di beberapa Negara yang keluar menunjuk perasaan membantah perintah kawalan pergerakan atas alasan menyekat kebebasan. Tindakan ini menyusahkan banyak pihak

Sama-sama kita patuhi arahan PKP termasuk pada hari raya untuk kebaikan kita bersama. Semoga sinar untuk keluar daripada wabak ini semakin terang. Dekatkan diri kita kepada Allah dengan memperbanyakkan amal ibadat, menjauhi dosa maksiat serta bersungguh-sungguh berdoa agar Allah mengangkat musibah wabak ini dengan segera.

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Selamat hari raya Aidil Fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira terutama yang terkesan teruk ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Rebutlah peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w :

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ          ( رواه مسلم )

Maksudnya  : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.

اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ  وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ  وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى Myanmar وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا  اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ. اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ. اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ. نَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ.  تَحَصَّنَّا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Tinggalkan komen