• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3

  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,888,284 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 19,799 other followers

  • Advertisements

Khutbah Aidil Fitri 1439H


KHUTBAH PERTAMA

 

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 2  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا  . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ  .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  . أَمَّا بَعْدُ …. فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Firman Allah dalam ayat 18-19 surah al-Hasyru :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ وَلْتَنظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍ ۖ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ ﴿١٨﴾ وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ نَسُوا اللَّـهَ فَأَنسَاهُمْ أَنفُسَهُمْ ۚ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.  Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal soleh untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik – derhaka

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kita baru sahaja melalui tarbiah Ramadhan yang merupakan suatu proses dalam melahirkan hamba Allah yang bertaqwa. Ketika menjalani ibadat puasa ibarat kita memasuki dewan peperiksaan di mana bagi pelajar cemerlang yang sentiasa membuat persiapaan awal maka akan merasa tenang dan seronok dengan peperiksaan yang dijalani serta berharap akan mendapat keputusan cemerlang. Pelajar yang hanya membuat persiapan di saat akhir akan menghadapi peperiksaan dengan rasa cemas tetapi masih berharap untuk mendapat keputusan yang baik. Pelajar yang tiada wawasan hidup pula hanya memasuki dewan peperiksaan bukan sahaja tanpa persiapan malah menganggap ia hanya rutin biasa sebagai seorang pelajar serta tidak merasa nilai peri pentingnya keputusan peperiksaan yang bakal mencorak masa depannya nanti. Begitulah juga keadaan kita dalam menunaikan ibadat puasa di mana ada bersungguh menghayatinya, ada sekadar melepaskan kewajipan dan ada yang merasakan ia sekadar adat tahunan yang tidak membawa apa makna dalam kehidupan di dunia apatah lagi di akhirat. Marilah kita musabah tahap puasa kita samada menjadi ibadat yang berpahala atau adat yang hanya dapat lapar dan dahaga sahaja. Adakah dosa kita terampun dengan berlalunya Ramadhan atau terus bertimbun akibat tidak mengambil kesempatan dengan tarbiah Ramadhan.

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Firman Allah dalam ayat 31-31 surah al-A’araf :

يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ ﴿٣١﴾ قُلْ مَنْ حَرَّمَ زِينَةَ اللَّـهِ الَّتِي أَخْرَجَ لِعِبَادِهِ وَالطَّيِّبَاتِ مِنَ الرِّزْقِ ۚ قُلْ هِيَ لِلَّذِينَ آمَنُوا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا خَالِصَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ كَذَٰلِكَ نُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ ﴿٣٢

Maksudnya : Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas. Katakanlah (wahai Muhammad): “Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?” Katakanlah: “Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat”. Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui

Antara adab berhari raya yang ditunjukkan oleh nabi s.a.w ialah memakai pakaian cantik. Allah telah menciptakan manusia dengan seelok-elok ciptaan maka wajarlah  kita bersyukur kepada Allah dengan memujiNya, tidak menyalahgunakan kecantikan untuk berbuat maksiat kepada Alllah sebagaimana yang dilakukan oleh golongan fasik di tempat-tempat hiburan dan sebagainya dan kita wajib menjaga bentuk rupa parasnya sebagaimana yang dicipta oleh Allah dengan menjauhkan diri dari segala bentuk perkara yang boleh mengubah atau memburukkan serta memudaratkan kejadiannya. Kecantikan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu kecantikan batin yang berkaitan dengan akhlak, ilmu dan akal. Manakala kecantikan kedua ialah zahir atau luaran termasuk rupa paras. Adalah suatu yang malang apabila ramai hanya mementingkan kecantikan luaran dengan bersolek dan memakai pakaian cantik berjenama sedangkan akhlak tidak mengikut adab Islam. Ingatlah bahawa rupa paras kita akan pudar, pakaian kita akan lusuh. Tubuh kita akan menjadi makanan ulat dalam kubur manakala pakaian kita sebagai calon jenazah hanya kafan putih yang murah. Apa yang kita akan bawa menuju alam barzakh dan akhirat ialah pahala daripada amalan soleh termasuk akhlak yang mulia. Hiasilah hari raya kita dengan pakaian cantik berserta akhlak mulia supaya hari raya kita patuh syariat bukan menjadi pesta maksiat, hari raya berpahala bukan hari menimbun dosa

 

Muslimin dan muslimat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 9-11 surah al-A’ala :

فَذَكِّرْ إِن نَّفَعَتِ الذِّكْرَىٰ﴿٩﴾ سَيَذَّكَّرُ مَن يَخْشَىٰ ﴿١٠﴾ وَيَتَجَنَّبُهَا الْأَشْقَى ﴿١١

Maksudnya : Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu;  Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya,

Pada hari ini kita dapat lihat secara zahir masing-masing berada dalam suasana gembira cuma perlu diakui gambaran zahir belum tentu menggambarkan perasaan sebenar dalam hati. Ada yang mampu tersenyum walau hatinya bersedih, ada yang mampu ketawa walau hati sedang berduka. Setiap diri kita begitu mengimpikan kebahagiaan hidup. Imam al Ghazali menukilkan bahawa kebahagian dapat dicapai bila terhasilnya perubahan yang bersifat rohani, perubahan jiwa, batin, fikiran dan perasaan. Kebahagiaan itu berbeza bagi setiap makhluk. Ada yang bahagia bila dipenuhi urusan makan, minum dan segala keperluan mendapat anak, maka ini adalah kebahagiaan kelompok binatang ternak (baha’im). Ada yang merasa bahagia bila berhasil melakukan penyerangan, boleh mengalah bahkan membunuh lawan, ini adalah kebahagiaan bagi kelompok binatang buas (siba’).  Ada yang merasa bahagia dengan melakukan tipu daya dan muslihat, ini adalah ciri kebahagiaan bagi syaitan. Sementara kebahagiaan bagi para malaikat adalah kebahagiaan mampu taat kepada Allah sepenuhnya, tanpa membangkang, tidak memiliki syahwat dan tidak pernah marah.

Menurut imam Ghazali lagi bahawa kebahagiaan sejati dapat diraih dengan memperhatikan 3 hal: kekuatan amarah, kekuatan syahwat dan kekuatan ilmu.

Dengan mengawal amarah, seseorang mampu bersikap sabar, tenang dan bahagia. Dengan menjaga syahwat seseorang dapat menjaga kehormatan dan maruahnya. Manusia diberi kelebihan yang tidak dikurniakan pada binatang iaitu ilmu yang puncaknya boleh mencapai ma’rifatullah. Inilah yang membawa manusia kepada kebahagiaan sejati. Kesimpulannya tiada kebahagiaan tanpa sakinah (ketenangan) dan thoma’ninah (ketenteraman). Dan tiada ketenangan dan ketenteraman tanpa iman. Bahagia itu bersumber dari iman dan amal seseorang. Bahagia itu bermuara kepada ilmu yang bermanfaat. Ia bukan semata-mata dari kekayaan dan kekuasaan serta kebendaan duniawi lainnya.

Akibat hilang kebahagiaan menyebabkan berlaku masalah kronik seperti penyakit mental yang bakal menjadi masalah kesihatan kedua terbesar di Malaysia selepas penyakit jantung menjelang tahun 2020. Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 menunjukkan lebih kurang 4.2 juta rakyat Malaysia yang berusia 16 tahun ke atas menghidapi pelbagai masalah mental. Begitu juga kajian oleh Pusat Daftar Bunuh Diri Kebangsaan 2009 menunjukkan kadar bunuh diri 1.18 bagi setiap 100,000 penduduk. Anggarannya, hampir 2,500 kes bunuh diri setiap tahun atau secara puratanya 7 kes setiap hari.

Oleh itu kita sendiri dan ahli keluarga mesti berusaha menggapai kebahagiaan hidup dengan mencintai Allah, mengenal Allah, sentiasa mengingatiNya, merasa tenang dan thoma’ninah ketika bermunajat padaNya, menjadikan kecintaan hakiki hanya untukNya, memiliki rasa takut dan rasa berharap kepadaNya, senantiasa bertawakkal padaNya dan menyerahkan segala urusan hanya padaNya

Firman Allah dalam ayat 28 surah ar-Ra’du :

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّـهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّـهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ ﴿٢٨

Maksudnya : (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Firman Allah dalam ayat 58 surah al-Ahzab :

وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُّبِينًا ﴿٥٨

Maksudnya :  Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata.

Ramadhan mendidik diri kita untuk sentiasa rapat dengan al-Quran di mana kita wajib menjadikan al-Quran sebagai panduan utama dalam menyelesaikan segala urusan dunia dan akhirat kita. Jika pada hari ini masyarakat sukar berpisah dengan telefon pintar maka kita sepatutnya menjadikan al-Quran lebih penting daripada itu. Al-Quran banyak mengajar tentang adab antaranya supaya cermat dan berhati-hati dalam menerima dan menyebar berita agar tidak terlibat dengan berita palsu. Pada hari ini masyarakat terdedah dengan berita palsu, persepsi negatif  sehingga setengah golongan menjadikannya sebagai makanan harian. Dahulu fitnah hanya disampaikan dari mulut ke mulut secara bisikan, namun sekarang ma­nu­sia tidak segan silu menjaja fitnah melalui kemudahan teknologi samada komputer mahupun telefon pintar. Antara bahaya berita palsu ialah :  [1] hilangnya nilai berita, orang tidak percaya kepada berita, meskipun berita itu benar. Berita yang sudah benar akhirnya masih dicari lagi kebenarannya. [2] Kehilangan rasa saling percaya antara anggota masyarakat. Orang yang baik diragukan atas apa yang disampaikannya, kerana boleh jadi diapun pernah menyebarkan berita palsu apalagi orang yang tidak baik. Akhirnya hilang ketenteraman dan ketenangan [3] wujud pandangan terbalik dalam pemikiran masyarakat sehingga yang baik dikatakan jahat dan yang jahat dianggap baik. Yang benar dikatakan dusta dan yang dusta dikatakan benar. Dunia Islam pernah berdepan dengan fitnah zina terhadap Sayyidatina Aisyah sehingga nabi s.a.w tidak mampu buat apa-apa sehingga Allah membersihkan fitnah itu. Begitu juga fitnah surat layang terhadap Sayyidina Othman yang membawa kepada pembunuhannya

عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خُدَّاعَاتٌ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ , وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ , وَيُخَوَّنُ فِيهَا الأَمِينُ , وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ ” . قِيلَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ قَالَ : ” الرَّجُلُ التَّافِهُ يَنْطِقُ فِي أَمْرِ الْعَامَةِ ” – رواه ابن ماجه

Maksudnya : Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Ketika itu pendusta dibenarkan sedangkan orang yang jujur malah didustakan, pengkhianat dipercaya sedangkan orang yang amanah justru dianggap sebagai pengkhianat. Pada saat itu Ruwaibidhah berbicara.” Ada yang bertanya, “Apa yang dimaksud Ruwaibidhah?”. Baginda menjawab, “Orang bodoh yang turut campur dalam urusan masyarakat luas.”

Oleh itu dalam menghadapi berita fitnah dan tidak jelas maka ikutilah nasihat ulama’ besar iaitu Abu Laith al-Samarqandiy melalui 6 cara. [1]  jangan percaya kerana orang yang memfitnah itu tidak dapat diterima penyaksiannya. [2]  kamu harus mencegah dari fitnah itu, sebab mencegah kemungkaran itu wajib. [3]  kamu harus membencinya, kerana ia adalah maksiat dan dosa. [4]  kamu jangan bersangka jahat terhadap saudaramu yang difitnah itu, sebab berburuk sangka terhadap sesama Muslim itu hukumnya haram. [5]  jangan kamu selidiki keadaan orang difitnah itu, sebab Allah melarang menyelidiki kejahatan orang. [6]  jika kamu tidak menyukai perbuatan orang yang memfitnah itu, maka jangan mengikuti cakapnya, iaitu jangan memberitahu sesiapapun segala fitnah disebarkan itu

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Firman Allah dalam ayat 105 surah an-Nisaa’ :

إِنَّا أَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ بِمَا أَرَاكَ اللَّهُ وَلَا تَكُنْ لِلْخَائِنِينَ خَصِيمًا

Maksudnya : “Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah ditunjukkan kepadamu (melalui wahyu-Nya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.”

Pengutusan nabi Muhammad s.a.w bersama panduan al-Quran bukan setakat menjadi imam solat, ketua keluarga malah ketua negara. Nabi s.a.w tidak memisahkan kehidupan dunia dengan akhirat sehingga setiap amal ibadat, politik, ekonomi yang dilakukan ada nilai dosa pahala, syurga neraka. Islam yang merangkumi 3 aspek iaitu Aqidah, Syariat dan Akhlak. 3 aspek ini laksana hubungan jasad dan ruh atau mata rantai yang bersambungan, tidak terpisah dalam semua lapangan dan keadaan, situasi dan realiti sama ada di peringkat individu, keluarga dan masyarakat, atau ketika lemah tanpa kuasa dan ketika kuat berkuasa memerintah dalam semua keadaan. Syariat Islam tetap diwajibkan dilaksana mengikut keadaan dan kemampuan. Oleh itu kadang-kadang Islam dan ideology lain ada persamaan pada namanya sahaja seperti menentang kezaliman, rasuah tetapi Islam ada perhitungan dosa dan pahala, perhitungan selepas kematian dan Hari Akhirat sedangkan undang-undang manusia meletakkan salah dari segi undang-undang dunia sahaja sahaja yang menyebabkan undang-undang ciptaan manusia sekadar deraan yang tidak mendidik masyarakat sehingga menjadi punca kegagalannya. Begitu juga hak kebebasan dalam Islam ada had bukan sehingga boleh fitnah orang, murtad, seks bebas, LGBT sedangkan hak kebebasan anjuran barat tanpa had sehingga meletakkan manusia setaraf binatang

Oleh itu kita berharap agar Malaysia Baru yang dicanangkan akan lebih memperkasakan Islam dalam setiap aspek kehidupan termasuk politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Pertukaran kerajaan tidak bermakna jika hanya bertukar kumpulan dan orang sahaja sedangkan perlaksanaannya sekadar menukar system jahiliah kepada jahiliah baru, sekuler kepada liberal, kapitalis kepada sosialis atau komunis. Kita mahu system Islam semakin kuat dan hebat bukan terus disekat. Seluruh umat Islam wajib bersatu agar suara sumbang dalam melondeh Islam dapat disekat, rancangan untuk melemahkan Islam dapat dibanteras. Islamlah nescaya berjaya dunia akhirat

عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «لَتُنْقَضَنَّ عُرَى الْإِسْلَامِ عُرْوَةً عُرْوَةً، فَكُلَّمَا انْتَقَضَتْ عُرْوَةٌ تَشَبَّثَ النَّاسُ بِالَّتِي تَلِيهَا، وَأَوَّلُهُنَّ نَقْضًا الْحُكْمُ وَآخِرُهُنَّ الصَّلَاةُ. – مسند أحمد

Maksudnya : “Demi sesungguhnya akan berlaku, di mana simpulan-simpulan yang mengikat ajaran Islam akan dirungkai satu demi satu. Setiap satu simpulan dirungkai, menjadikan manusia (yang muslim) terpaksa berpegang dengan simpulan berikutnya yang masih ada. Pertama-pertama dirungkai ialah hukum hakam (Syariat) dan yang terakhirnya Solat (Sembahyang).”

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

KHUTBAH KEDUA

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ

Firman Allah dalam ayat 41 surah al-Hajj :

الَّذِينَ إِن مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنكَرِ ۗ وَلِلَّـهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ ﴿٤١

Maksudnya : Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.

 

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah

Ibadat solat jemaah, kewajipan puasa dan zakat antara lain membuktikan bagaimana Islam begitu menitikberatkan hal kemasyarakatan atau khidmat sosial. Kita pada pagi ini berkumpul untuk menunaikan solat hari raya dapat menimbulkan rasa kasih sayang dan merapatkan lagi hubungan yang sedia ada. Melalui ibadat puasa kita dapat merasai bagaimana saudara kita yang lebih susah dan menghadapi tekanan hidup supaya kita tidak menjadi manusia yang penting diri sendiri tanpa menghiraukan penderitaan orang lain. Begitu juga kewajipan berzakat dan galakan bersedekah semuanya mengetuk hati kita supaya jangan kedekut dengan rezeki Allah sebaliknya turut berkongsi dengan orang lain. Adakah kita mampu berhari raya dengan penuh gembira jika saudara kita sedang berduka diserang musuh setiap ketika. Adakah kita boleh terus seronok menghadiri rumah terbuka ketika rumah saudara seagama ranap dimusnah musuh durjana. Adakah kita boleh asyik bermain bunga api ketika bom musuh sedang menghala ke tubuh saudara kita silih berganti

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ نَفَسَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيا نَفَّسَ اللهُ عَنْ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِى الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللهُ فِى الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ وَاللهُ فِى عَوْنِ الْعَبْدِ مَاكَانَ الْعَبْدُ فِى عَوْنِ أَخِيْهِ. -رواه مسلم

Maksudnya :  Sesiapa melepaskan dari seorang muslim satu kesusahan dari sebahagian kesusahan dunia, niscaya Allah akan melepaskan kesusahannya dari sebahagian kesusahan hari qiamat; dan sesiapa memberi kelonggaran dari orang yang susah, nescaya Allah akan memberi kelonggaran baginya di dunia dan akhirat; dan sesiapa menutupi aib seorang muslim, nescaya Allah akan menutupi aib dia dunia dan akhirat; Allah akan senantiasa menolong seorang hamba selama hamba tersebut menolong saudaranya.

 

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,

Laungan kalimah ( وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ)  yang bermaksud : Dan Dialah (Allah) yang telah memenangkan tenteraNya serta mengalahkan tentera Ahzab di mana kalimah ini menyemarakkan semangat jihad dan keyakinan bahawa Islam pasti menang walau pun diserang dan dimusuhi.  Sesungguhnya generasi kemenangan berpegang teguh dengan hukum Allah dan hanya menerima didikan dan pimpinan Rasulullah s.a.w dengan menolak sebarang hukum dan undang-undang yang lain dari apa yang disampaikan oleh Allah dan RasulNya. Iman yang kental, pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah dan berpegang teguh kepada ajaran Islam.

Umat Islam kini menjadi lemah akibat hilangnya beberapa sifat pejuang antaranya: [1] hilangnya keberanian akibat tidak takut kepada Allah sehingga berani menentang aturan-aturan Allah. [2] Hilangnya sikap teguh pendirian di mana Musuh Islam mewujudkan satu gagasan iaitu melalui proses meruntuh dan membangun kebudayaan Barat secara serentak. Meruntuh ialah menghancurkan Islam melalui cara memisahkan kaum Muslimin dari agama mereka, membangun pula ialah menyebarkan ajaran Kristian dan budaya Barat.

Pernah seorang ulama dan mujahid Turki yang terkenal, Syeikh Badi’uzzaman Sa’id al Nursi telah memberikan ucapannya yang bersejarah di saat Kerajaan Turki ‘Uthmaniyyah di ambang keruntuhannya dengan menyatakan, “Wahai umat Islam! Aku melihat Kerajaan Islam ‘Uthmaniyyah sedang mengandung, di mana anak yang di dalam kandungan itu adalah anak Barat dan saya juga melihat dunia Barat sedang mengandung, di mana anak yang di dalam kandungan itu adalah anak Islam”.

Penjajah telah berjaya melahirkan anak-anak Islam yang berfahaman seperti mereka, lalu dijadikan pemimpin-pemimpin di negara-negara umat Islam yang memuja dan mempertahankan sistem perundangan, kebudayaan, pendidikan, ekonomi, ketenteraan dan sebagainya yang datang dari Barat.

[3] hilangnya semangat untuk mengingati Allah akibat sibuk mengejar habuan dunia [4] hilangnya kesabaran atas melakukan ketaatan, meninggal maksiat dan resah gelisah atas musibah yang melanda [5] hilangnya keikhlasan dalam ibadat dan perjuangan [6] hilangnya komitmen dengan agama sehingga mudah terikut dengan cara berfikir, akhlak mengikut keadaan semasa walau pun bercanggah dengan agama [7] hilangnya istiqamah dalam terus beribadat dan memperjuangkan Islam di mana ibadat dan berjuang Islam hanya bermusim dan hangat-hangat tahi ayam sahaja [8] hilang rasa sensitif atau bertanggungjawab kepada agama sehingga sanggup hilang agama asalkan jangan hilang harta dan takhta. Ibarat pesan Pak Hamka : jika agamamu dihina engkau masih berdiam diri maka lebih baik engkau balut dirimu dengan kain kafan

Oleh itu ubati dan rawatilah penyakit ini dalam mengembalikan semula izzah kemuliaan umat Islam yang pernah dicapai sebelum ini dengan meletakkan agama lebih bernilai daripada nikmat yang lain. Biar berkorban nyawa demi mempertahankan agama jangan korbankan agama untuk kepentingan diri

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Selamat hari raya Aidil Fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan ziarahilah sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan. Rebutlah peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w :

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ          ( رواه مسلم )

Maksudnya  : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.

اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ  وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ  وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى Myanmar وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا  اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ تَحَصَّنَّا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: