Ikut Wahyu Bahagia Turut Nafsu Binasa

السلام عليكم

الحَمْدُ
للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى
الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا
اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
…أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ
وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai
hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar
taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya
menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar
kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita
kepada  Allah  dengan  melakukan  segala
suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang
ditegahNya.

Sidang
Jumaat yang dihormati sekalian,

Renungilah
firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra’ :

سُبْحَانَ
الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى
الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا
إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ

Maksudnya
: Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil
Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami
perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami.
Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Setiap
kali berada pada bulan Rejab maka kita tidak lekang daripada memperkatakan
tentang suatu peristiwa besar yang pernah berlaku pada tubuh nabi Muhammad
s.a.w iaitu Isra’ Mikraj yang menguji tahap keimanan manusia. Rejab yang
merupakan antara 4 bulan haram selain Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram boleh dikatakan bulan memperteguhkan
aqidah sebelum tibanya bulan penuh ibadah iaitu Ramadhan di mana ibadah menjadi
suatu sia-sia tanpa aqidah yang benar sempurna. Aqidah yang kukuh akan
menyelamatkan kita daripada perbuatan syirik samada pada ibadah khusus, sosial,
ekonomi, politik dan seluruh sistem hidup. Peristiwa Isra’ Mikraj turut menekankan
tentang kepentingan menjaga hati daripada mati sehingga segala tawaran Syurga
Allah dipandang sepi manakala peringatan azab neraka Allah tidak membawa
apa-apa erti. Seorang Ulama’ hebat Syeikh Ibrahim Adham pernah menukilkan 10
tanda manusia hati mati iaitu [1] Mengaku kenal Allah s.w.t tetapi tidak menunaikan hak-hakNya
[2] Mengaku cinta pada Rasulullah s.a.w tetapi tidak menunaikan Sunnah
baginda [3] Membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengan hukum- hukum di
dalamnya [4] Memakan nikmat- nikmat Allah s.w.t  tetapi tidak mensyukuri atas pemberiannya [5]
Mengaku syaitan itu musuh tetapi tidak berjuang menentangnya [6] Mengaku
adanya nikmat syurga tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya [7] Mengaku
adanya seksa neraka  tetapi tidak
berusaha untuk menjahinya [8] Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap
jiwa tetapi masih tidak bersedia untuknya [9] Menyibukkan diri  membuka keaiban orang lain tetepi lupa akan
keaiban diri sendiri [10] Menghantar dan menguburkan jenazah saudara
seIslam tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya

Firman Allah dalam ayat 88 dan 89 surah as-Syua’ra’ :

يَوْمَ لَا يَنفَعُ
مَالٌ وَلَا بَنُونَ  .إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّـهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

Maksudnya : “Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak
tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun,”Kecuali (harta benda
dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat
sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik)

Sidang
Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 45 surah al-‘Ankabut:

اتْلُ
مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ ۖ إِنَّ الصَّلَاةَ
تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

Maksudnya
: Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari
Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu
mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati
Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah
mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Bulan Rejab dikenali sebagai bulan solat
memandangkan kewajipan solat diterima oleh nabi Muhammad s.a.w dalam peristiwa
Isra’ dan Mikraj secara langsung daripada Allah tanpa perantaraan malaikat
Jibril. Peristiwa Isra’ Mikraj turut mengetuk hati kita tentang betapa besarnya
peranan masjid yang bukan sahaja disebut nama Masjidil Haram, Mekah dan Masjid
Aqsa, Palestin tetapi turut dikisahkan bagaimana nabi Muhammad s.a.w menjadi
imam solat kepada nabi-nabi yang lain. Ini semua memberitahu dengan jelas
kepada kita betapa pentingnya masjid untuk dihidupkan bukan sahaja untuk solat
berjemaah, pengajian ilmu malah program manfaat yang lain sehingga usaha musuh
Islam dalam memisahkan umat Islam terutama golongan remaja daripada masjid
dapat ditangani, buta agama dapat dibasmi, jenayah yang meningkat akibat
rosaknya hati dan akhlak dapat diubati. Betapa malangnya apabila solat yang
merupakan tiang agama dan amalan pertama yang bakal ditanya ketika manusia
berada di padang Mahsyar nanti dianggap perkara remeh temeh dan meninggalkannya
dianggap biasa. Sudah tibanya orang yang meninggal solat dikira sebagai
penjenayah yang mesti diambil tindakan keras kerana cara nasihat sudah tidak
diambil hirau. Akibat meninggal solat maka melarat kepada kerosakan akhlak dan
perbuatan jenayah yang lain malah antara punca perceraian juga menunjukkan
akibat mengabaikan solat 5 waktu.

Sidang
Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 70 surah al-An’am :

وَذَرِ الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَعِبًا
وَلَهْوًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا ۚ وَذَكِّرْ بِهِ أَن تُبْسَلَ نَفْسٌ بِمَا كَسَبَتْ لَيْسَ لَهَا
مِن دُونِ اللَّـهِ وَلِيٌّ وَلَا شَفِيعٌ وَإِن تَعْدِلْ كُلَّ عَدْلٍ لَّا
يُؤْخَذْ مِنْهَا ۗ أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ أُبْسِلُوا بِمَا كَسَبُوا
ۖ لَهُمْ شَرَابٌ مِّنْ حَمِيمٍ وَعَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا
يَكْفُرُونَ

Maksudnya
: Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan ugama mereka sebagai
permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia
dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di
akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia
telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya
pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah. Dan jika ia
hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu)
tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan
(ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka
disediakan minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak
terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya)

Ketika membicarakan tentang peristiwa Isra’
Mikraj maka manusia terbahagi kepada 3 peringkat dari segi keimanan mereka
iaitu yang pertama golongan kufur semakin kufur akibat mereka melihat nabi
sebagai manusia biasa dan apa yang diceritakan tidak masuk akal, golongan kedua
yang telah beriman kembali murtad akibat hanya menggunakan akal untuk menolak
kebenaran cerita nabi sehingga lupa bahawa yang menceritakan peristiwa hebat
itu adalah seorang nabi yang tidak pernah bercakap mengikut hawa nafsu manakala
golongan yang paling hebat keimanan mereka umpama Sayyidina Abu Bakar yang
semakin bertambah keyakinan kerana melihat yang menceritakan perkara ini ialah
seorang rasul yang wajib bersifat benar. Begitulah juga keadaan yang menimpa
umat Islam pada hari ini apabila membicarakan tentang aqidah dan syariat Islam di
mana golongan yang menjadikan akal sebagai rujukan utama nescaya akan memandang
undang-udang Islam sebagai lambang kezaliman seperti mempertikaikan 4 saksi
dalam masalah kesalahan zina dan tuduhan zina, potong tangan terhadap pencuri
dan sebagainya. Golongan ini sebaliknya mengagungkan undang-undang manusia
walau pun jelas menjatuhkan maruah malah begitu zalim seperti sebatan yang
mencederakan pesalah bukan mendidik dan mencegah sebagaimana hukum Islam. Malah
mimbar Jumaat hari ini mengutuk kebiadapan penghinaan kartun dalam Utusan
Malaysia yang menggambarkan Islam tidak memberi keadilan kepada mangsa rogol. Kita
juga merasa begitu bimbang apabila isu murtad kembali bergema apabila menteri
menjawab dalam parlimen Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk
menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010 di mana 168 diluluskan
walau pun selepas itu pelbagai alasan diberikan samada yang diluluskan bukan
murtad tetapi disahkan tidak Islam sejak awal lagi dan terbaru alasan kesilapan
nama seperti nama orang Islam sehingga ditulis beragama Islam tetapi apabila
dirujuk semula maka ditukar status kepada bukan Islam. Apa yang lebih penting
ialah marilah kita bersama bermula daripada pemimpin hingga rakyat di bawah
supaya menjaga aqidah kita dan keluarga disamping berusaha menjaga golongan
muallaf dengan kebajikan dan didikan yang berterusan agar mereka terus kekal
dalam Islam. Pemimpin wajib menggubal undang-undang murtad bagi menangani
jenayah aqidah ini

Sidang
Jumaat yang diberkati Allah,

Ketika menyingkap lawatan nabi
Muhammad s.a.w melihat nikmat Syurga dan seksa Neraka maka ia menambahkan lagi
keyakinan kita tentang balasan Allah terhadap ahli ibadat dan ahli maksiat. Janji
dan amaran Allah bukan perkara main-main atau khayalan. Oleh itu pastikan
bekalan akhirat kita semakin bertambah, taubat kita semakin banyak agar kita
dapat menjadi hamba Allah yang benar-benar beriman tentang balasan akhirat
disamping menjadi ahli ibadat yang istiqamah dalam mengerjakan amalan soleh
disamping bersungguh-sunguh dalam menjauhi maksiat. Nasihat Sayyidina Ali : Apabila
kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan
hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu
berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa
yang dilakukan akan terus kekal.

Firman
Allah dalam ayat 108 yang berbunyi:

وَيَقُولُونَ
سُبْحَانَ رَبِّنَا إِنْ كَانَ وَعْدُ رَبِّنَا لَمَفْعُولاً

Maksudnya
: Dan orang-orang Mukmin itu hanya berkata: Maha suci Tuhan kami, sesungguhnya
janji-janji Tuhan kami pasti akan terjadi.

بَارَكَ
اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا
فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ
تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ
لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ
وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ
التَّائِبِيْنَ

Isra’ Mikraj DiHayati Kemenangan Dirai

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Renungilah firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra’ :
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ
Maksudnya : Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
Kini kita berada di penghujung bulan Rejab antara 4 bulan haram selain Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Rejab diibaratkan bulan menabur benih, Sya’aban pula bulan menyuburkan tanaman dengan baja sebelum datangnya bulan menuai hasil dengan kedatangan Ramadhan. Rejab merupakan bulan yang terbaik dalam memperbanyakkan amalan soleh sebagai persiapan diri lebih awal ke arah menghidupkan bulan Ramadhan nanti. Orang yang sentiasa membuat persiapan dan latihan awal akan lebih merasai nikmat ibadat apabila datangnya Ramadhan nanti berbanding orang yang hanya menunggu bila datangnya Ramadhan baru mahu memulakan menggandakan amal ibadat. Bila beradanya kita pada bulan Rejab maka tidak pernah lekang untuk kita merenungi suatu peristiwa besar yang pernah berlaku ke atas diri nabi Muhammad s.a.w iaitu peristiwa Isra’ dan Mikraj. Begitu banyak pengajaran yang berguna yang boleh diambil daripada peristiwa yang berlaku di luar pemikiran manusia selain daripada ujian terhadap keimanan kita tentang kehebatan Allah yang mampu melakukan apa sahaja dengan kehendakNya

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 45 surah al-‘Ankabut:
اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ ۖ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ
Maksudnya : Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
Bulan Rejab dikenali sebagai bulan solat memandangkan kewajipan solat diterima oleh nabi Muhammad s.a.w dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj. Kewajipan solat 5 waktu yang diterima bukan sebagai bebanan untuk menyiksa umat sebaliknya solat adalah ubat mujarrab dalam mengubati pelbagai penyakit umat. Kerosakan akhlak dan peningkatan jenayah daripada kalangan umat Islam kebanyakannya berpunca daripada pengabaian terhadap kewajipan solat samada solat dengan tidak sempurna, solat pada waktu rajin sahaja atau meningggal terus solat 5 waktu atas pelbagai alasan termasuk malas. Bila manusia meninggal solat maka hilang rasa taat kepada Allah sehingga menjadi hamba kepada nafsu serakah. Bila manusia meninggal solat maka putus hubungan ikatan hatinya dengan Allah menyebabkan dirinya lebih dekat dengan hasutan syaitan. Bila solat diabai seolah-olah ubat paling mujarrab diketepikan maka gunalah ubat yang lain sepastinya tidak mampu mengubati penyakit yang semakin parah. Bila akar tunjang sudah mati maka pokok bukan sahaja tidak berbuah malah menunggu masa untuk menyembam tanah. Bila tiang diruntuhkan maka baikilah bahagian lain dengan wang berjuta sudah pasti sesuatu bangunan bukan semakin tegak berdiri sebaliknya membilang hari untuk runtuh berkecai. Kajian demi kajian terhadap golongan yang meninggalkan solat menunjukkan bahawa jumlahnya semakin teruk bukan bertambah baik sebagaimana jumlah kerosakan akhlak dan jenayah yang bukan semakin turun sebaliknya semakin meningkat. Oleh itu kita wajib bersungguh dalam memastikan ahli keluarga dan anggota masyarakat kita supaya menjaga solat barulah kita selamat dunia akhirat

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Ingatlah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari daripada Anas:
قال الرسول : مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يَقِلَّ العِلْمُ وَيَظْهَرَ الجَهْلُ وَيَظْهَرَ الزِّنَا وَتَكْثُرَ النِّسَاء ُوَيَقِلَّ الرِّجَالُ حَتَّى يَكُوْنََ لِخَمْسِيْنَ امْرَأَةً القَيِّمُ الوَاحِدُ
Maksudnya : Antara tanda qiamat itu ialah ilmu agama sedikit, kejahilan semakin jelas, perbuatan zina dilakukan terang-terang, jumlah perempuan cukup ramai manakala jumlah lelaki berkurangan sehingga bandingan 50 orang perempuan dijaga oleh seorang lelaki
Semasa dibawa melawat neraka dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj, nabi Muhammad s.a.w telah diperlihat tentang pelbagai jenis seksaan mengikut kesalahan yang dilakukan termasuk dahsyatnya balasan terhadap orang berzina terutama orang yang telah berkahwin yang berzina dengan orang lain. Pada hari ini kita melihat masalah zina yang begitu meluas seolah-olah menjadi budaya yang dibanggakan termasuk yang telah berkahwin. Kita merasa gerun apabila membaca tentang hasil kajian terbaru Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mendedahkan lebih 300 remaja Melayu di bandar dan luar bandar berusia antara 13 hingga 25 tahun mengakui terbabit dengan salah laku seksual dan gejala seks bebas sehingga ada yang menggugurkan janin. Lebih mengejutkan lagi kira-kira 85 peratus daripada mereka yang melakukan perbuatan terkutuk itu, bukan saja tidak kesal, malu atau takut dari segi dosa malah menyifatkan pengalaman berkenaan sebagai menyeronokkan akibat pengaruh rakan sebaya disamping faktor internet, telefon bimbit dan sebagainya. Ini ditambah dengan laporan berdaftarnya anak luar nikah seramai 257 000 bermula tahun 2000 hingga 2008. Inilah antara fitnah akhir zaman akibat daripada pengabaian ilmu agama di mana majority umat Islam sendiri menganggap ilmu untuk masuk syurga Allah tidak perlu belajar banyak-banyak sebaliknya ilmu untuk mencari habuan dunia yang bakal ditinggalkan itulah yang lebih penting dan mesti ditambah sepanjang masa. Ramai menjadi malas dan malu untuk belajar ilmu agama bila lanjut usia sedangkan sentiasa bersemangat dan sanggup menghabis wang untuk belajar ilmu dunia. Oleh itu sudah tiba masanya ilmu fardhu ‘ain diperkasakan bukan sahaja di sekolah dan universiti malah kepada golongan yang sedang bekerja samada kerajaan, swasta atau sendiri. Begitu juga pengasingan dan pengawalan terhadap pergaulan antara lelaki dan perempuan di sekolah, universiti, tempat kerja serta tempat umum yang merupakan antara pintu zina yang wajib ditutup. Pelaksanaan hukum Islam wajib dikembalikan dalam menyekat penyakit sosial yang semakin bertambah. Kita turut mengecam cadangan NGO termasuk Sisters in Islam yang meminta agar kerajaan menghapuskan kuasa Mahkamah Syariah yang membenarkan umat Islam yang berumur 16-18 tahun untuk berkahwin atas alasan umur ini tidak mampu menafkah keluarga sedangkan remaja peringkat ini semakin ramai terlibat dengan zina akibat kerajaan membuka terlalu banyak pintu zina termasuk hiburan dan rancangan tv serta majalah tidak senonoh.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 4 surah Isra’ :
وَقَضَيْنَا إِلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ فِي الْكِتَابِ لَتُفْسِدُنَّ فِي الْأَرْضِ مَرَّتَيْنِ وَلَتَعْلُنَّ عُلُوًّا كَبِيرًا
Maksudnya : Dan kami telah tetapkan terhadap Bani Israel di dalam kitab itu: Sesungguhnya kamu (Bani Israel) akan membuat kerosakan di muka bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar.
Ketika membicarakan tentang Isra’ dan Mikraj maka kita tidak sewajarnya lupa tentang tanggungjawab bersama dalam membebaskan Masjid Aqsa daripada dirobohkan oleh zionis yahudi yang beralasan ia dibina atas Haikal atau tempat ibadat serta istana nabi Sulaiman a.s. Dakwaan sesat yahudi ini tidak mempunyai bukti kukuh malah jika benar wujudnya perkara itu maka ia milik umat Islam kerana nabi Sulaiman a.s sebagaimana nabi-nabi yang lain beragama Islam bukannya yahudi. Kita tidak mahu keseronokan berbincang tentang Piala Dunia yang pastinya ada unsur yahudi kerana ia termasuk dalam protokol yahudi ke-13 dalam menguasai dunia yang berbunyi : untuk menjauhkan orang ramai selain yahudi daripada mendapat maklumat baru tentang garis kerja yang zionis yahudi laksanakan maka yahudi akan melalaikan masyarakat dunia dengan pelbagai program permainan dan hiburan. Yahudi akan mengiklankan di dalam akhbar dan lainnya tentang seruan supaya mereka menceburi pelbagai kegiatan seperti aktiviti seni hiburan, sukan dan sebagainya. Dengan keseronokan yang baru ini maka pemikiran manusia akan lalai daripada memikirkan masalah perselisihan antara yahudi dengan mereka. Apabila sesuatu bangsa telah kehilangan sedikit demi sedikit nikmat berfikir maka mereka akan datang kepada yahudi kerana sebab yang satu iaitu yahudi akan menjadi anggota masyarakat yang bernilai dan lebih layak dalam mengemukakan pendapat dan buah fikiran yang baru kepada manusia. Melalui cara ini negara Israel akan diiktiraf oleh dunia dan seluruh dunia akan berkhidmat untuk yahudi. Sinai di Mesir jatuh ke tangan Israel pada tahun 1967, antara sebabnya adalah kerana pada waktu itu orang Arab sedang disibukkan dengan bola. Oleh itu tumpuan kepada sukan tersebut janganlah melalaikan kita daripada menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah terutama dalam menjaga solat Subuh, kerja dan tugasan harian, amanah keluarga serta mengambil berat tentang isu umat Islam termasuk di bumi Isra’ Palestin

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Ketika kita membaca tentang beberapa teori tentang kehancuran zionis Yahudi Israel pada tahun 2022 seperti teori seorang pendeta Yahudi mengatakan bahawa kerajaan Yahudi Israel akan kekal selama 74 tahun sahaja sejak penubuhan negara haram Israel iaitu 1948 sehingga 2022. Begitu juga teori pimpinan Israel yang menganggap bahawa selepas peperangan terhadap Lubnan pada 1982 adalah tahun nikmat bagi zionis yahudi sehingga 40 tahun seperti yang dinaskan di dalam Kitab Taurat ciptaan mereka. Ini bermakna penamatnya ialah pada 2022 . Ada juga teori kebetulan yang disebut mengenai bilangan jumlah huruf dari ayat 2 surah Isra’ hingga ayat 104 berjumlah 1443 huruf di mana tahun 1443 Hijrah bersamaan 2022 Masihi. Adakah teori ini bakal terjadi ditambah dengan janji Allah dan nabi Muhammad s.a.w sendiri bahawa yahudi bakal dihancurkan di bumi Palestin. Kemenangan bukan diraih dengan angan-angan sebaliknya perlu kepada kesungguhan dalam berjuang dengan memenuhi syarat kemenangan. Kita lebih seronok berbincang tentang kemenangan Islam bila umat Islam mampu bangun tahajjud sebagaimana kita mampu bangun berjaga malam untuk menonton Piala Dunia. Kita lebih yakin membicarakan tentang kemerdekaan Masjid Aqsa bila umat Islam bersemangat datang berjemaah di masjid terutama solat Subuh sebagaimana memenuhi stadium untuk menonton sukan atau hiburan yang diminati. Sekiranya umat Islam turut gila bola sebagaimana orang lain seperti yang menimpa rakyat Perancis dan England yang dilaporkan begitu sedih kerana pasukan mereka tidak layak ke peringkat lebih tinggi yang menyebabkan industri hiburan dan makanan merudum di mana jika umat Islam pun berperangai buruk seperti itu juga maka payah untuk kita membicarakan tentang kemenangan Islam. Ingatlah bahawa kehidupan kita tidak sebagaimana perlawanan Piala Dunia di mana sang juara bakal meraih piala sedangkan yang kalah tidak akan diseksa dalam penjara sedangkan manusia yang berjaya melawan hawa nafsu dan syaitan akan meraih pahala yang dijanjikan Syurga sedangkan yang kalah bakal diseksa dalam api neraka. Kita diberi pilihan samada mahu menjadi pemenang atau memilih untuk menjadi orang yang kalah dalam meraih pahala Allah yang lebih hebat dan membahagiakan. Tepuklah dada tanyalah iman kita
Firman Allah dalam ayat 108 yang berbunyi:
وَيَقُولُونَ سُبْحَانَ رَبِّنَا إِنْ كَانَ وَعْدُ رَبِّنَا لَمَفْعُولاً
Maksudnya : Dan orang-orang Mukmin itu hanya berkata: Maha suci Tuhan kami, sesungguhnya janji-janji Tuhan kami pasti akan terjadi.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

48. IKTIBAR PEPERANGAN MU’TAH

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

فرمان الله تعالى دالم أية 45-46 سورة الأنفال :

يأيهاالذين ءامنوا إذا لقيتم فئة فاثبتوا واذكروا الله كثيرا لعلكم تفلحون وأطيعوا الله ورسوله ولاتنــزعوا فتفشلوا وتذهب ريحكم واصبروا إن الله مع الصــبرين

Maksudnya : Wahai orang-orang beriman! Apabila kamu memerangi pasukan musuh maka teguhkanlah hatimu dan sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beroleh keuntungan. Dan taatlah kepada Allah dan rasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantah yang akan menyebabkan kamu menjadi gentar serta hilang kekuatanmu dan bersabarlah sesungguhnya Allah bersama-sama orang-orang yang sabar

Kita masih berada dalam bulan Jamadil Awwal yang mengingatkan kita kepada suatu peristiwa besar yang pernah berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w iaitu berlangsungnya peperangan Mu’tah yang banyak meninggalkan kesan bagi mereka yang mengambil iktibar dengan sewajarnya terhadap peristiwa itu. Peperangan yang berlaku di Mu’tah, Jordan disebabkan oleh pengkhianatan terhadap seorang utusan yang telah dihantar oleh Rasulullah s.a.w kepada Raja Busra iaitu Harith bin Umair al-Azdi di mana beliau telah gugur syahid apabila direbus hidup-hidup di dalam kawah air panas. Peristiwa ini telah berlaku pada bulan Jamadil Awwal tahun ke 8 Hijrah di mana Rasulullah s.a.w dalam masa yang pantas dapat mengumpul 3000 orang tentera Islam untuk keluar ke Mu’tah. Penghantaran tentera ini bukan atas misi membalas dendamsebalinya Rasulullah s.a.w telah meletakkan tujuan utama ialah berdakwah dengan mengajak terlebih dahulu penduduk Mu’tah agar memeluk Islam dan jika mereka enggan serta terus berkeras untuk berperang barulah serangan boleh dimulakan. Disamping itu Rasulullah s.a.w turut memberi arahan kepada tentera Islam agar tidak membunuh golongan kanak-kanak, wanita, orang tua serta tidak mengerat pohon-pohon dan tidak pula memusnahkan rumah kediaman penduduk. Inilah ia keadilan dan kemuliaan Islam yang menghormati hak kemanusiaan musuh terlebih dahulu bersama dengan usaha dakwah di mana peperangan hanya dijadikan tindakan terakhir apabila musuh terus berkeras untuk melawan walau pun telah diberi peluang untuk berdamai dan tunduk kepada keadilan Islam.

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Kita juga dapat lihat bagaimana dalam peristiwa peperangan Mu’tah ini di mana setiap perancangan Rasulullah s.a.w walau pun baginda sendiri tidak turut serta dalam peperangan ini merupakan suatu tindakan yang berdasarkan wahyu. Kita dapat lihat bagaimana Rasulullah s.a.w telah melantik tiga panglima perang iaitu Zaid bin Harithah di mana jika beliau gugur syahid maka tempatnya akan digantikan oleh sepupu nabi Jaafar bin Abi Tolib dan seterusnya jika beliau turut gugur syahid maka tempatnya akan diganti oleh Abdullah bin Rawahah. Ketiga-tiga panglima perang yang dilantik ini menerima tugas yang diberikan dengan penuh kerelaan di mana mereka yakin bahawa perkataan nabi adalah benar dan mereka tidak sekali-kali merasa takut walau pun dari segi arahan nabi tadi bermakna mereka bertiga akan gugur syahid dalam peperangan nanti. Ujian pertama yang terpaksa mereka lalui apabila mendapat berita bahawa musuh telah pun bersiap sedia dengan angkatan tentera seramai 100 ribu orang sehingga ada tentera Islam mencadangkan agar mereka berundur terlebih dahulu bagi meminta bantuan tambahan dari Madinah. Dalam keadaan kelam kabut ini lalu Abdulah bin Rawahah bangun sambil memberi semangat kepada tentera Islam dengan katanya : “ Demi Allah! Adakah kita benci dengan sebab keluarnya kita ke Mu’tah iaitu untuk untuk memburu syahid. Kita bukan datang berperang semata-mata kerana bilangan, bukan untuk beradu kekuatan tetapi datangnya kita ke sini adalah untuk Islam yang telah memuliakan kita. Oleh itu maralah kita ke medan peperangan kerana di sana 2 kebaikan pasti kita perolehi samada beroleh kemenangan atau pun gugur syahid bersama dengan keredhaan Allah”.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Semangat jihad yang ditanam beserta keyakinan yang tidak berbelah bahagi kepada pertolongan Allah telah membawa kemenangan kepada tentera Islam di mana 12 tentera Islam gugur syahid termasuk tiga panglima perang yang telah dilantik oleh Rasulullah s.a.w di mana kepimpinan tentera Islam selepas itu diambil alih oleh Sayyidina Khalid ibnu Walid. Walau pun kehilangan tiga orang panglima perang dalam satu peperangan namun tentera Islam terus berjuang sehingga dianugerahkan kemenangan yang besar kerana perjuangan bukan berdasarkan bilangan dan pemimpin sebaliknya perjuangan mestilah ikhlas kerana Allah dalam meninggikan kegemilangan Islam.

Semangat jihad yang telah ditunjukkan oleh tentera Islam yang terpaksa menghadapi musuh yang berganda jumlahnya mestilah diambil iktibar yang sewajarnya oleh umat Islam pada hari ini samada kita yang terpaksa menghadapi mereka yang memusuhi sistem Islam melalui sistem demokrasi pilihanraya atau pun saudara Islam yang lain yang terpaksa menghadapi senjata musuh setiap masa. Kita yang berada di sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yang memberi peluang kepada rakyat untuk memilih pimpinan melalui pilihanraya sepatutnya menggunakan peluang yang terbuka ini untuk terus menyebarkan dakwah kepada umat Islam sendiri yang masih jahil tentang sistem Islam yang menyeluruh disamping mengembangkan dakwah kepada orang bukan Islam. Walau pun banyak sekatan dari segi kuliah di masjid-masjid, ceramah penerangan, maklumat melalui media serta ada pusat pengajian ditutup namun kita mesti terus berusaha agar sistem Islam dapat difahami dan diterima dengan baik oleh semua pihak. Penglibatan gerakan Islam dalam proses pilihanraya bukanlah untuk merebut jawatan tetapi tujuan yang paling besar ialah untuk memastikan pemimpin yang ada kembali kepada ajaran Islam yang sebenar bukannya setakat bangga kerana boleh mengistiharkan bahawa negara ini adalah negara Islam sedangkan sistem dalam negara terus berqiblatkan sistem kuffar. Kita mesti terus menegur pemimpin yang mengaku Islam tetapi terus berbangga dengan eksport arak dengan terbinanya 27 kilang arak seluruh negara yang berlesen kecuali di Kelantan dan Terengganu. Kita turut tidak berputus asa untuk memberi nasihat kepada pemimpin yang mendakwa bahawa hukuman Islam begitu menindas golongan wanita sedangkan dalam masa yang sama mereka menutup mata apabila melihat sistem yang ada telah menyebabkan bilangan pelacur dalam negara kita berjumlah antara 50 ribu sehingga 100 ribu orang. Kita turut memberi peringatan kepada pemimpin yang mendakwa bahawa hukuman bunuh terhadap mereka yang murtad adalah zalim sedangkan sistem yang ada telah membolehkan umat Islam murtad dengan mudah sehingga 270 ribu orang di dapati telah murtad di Sabah dan Sarawak belum lagi dicampur dengan mereka yang telah murtad di Semenanjung akibat kelalaian kerajaan yang ada dari segi menjalankan kerja dakwah, penerangan dan pengawalan daripada berlakunya murtad.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Semangat jihad yang lebih besar mestilah disemat dalam sanubari seluruh umat Islam dalam membantu saudara seagama yang sedang ditindas dan dizalimi oleh penggans kuffar seperti di Afghanistan, Kashmir, India, Selatan Filiphina, Iraq, Palestin dan sebagainya. Antara kekejaman terbaru di Palestin ialah serangan kejam tentera Israel terhadap sebuah pangsapuri yang menyebabkan 15 orang terbunuh termasuk 9 orang kanak-kanak di mana yang termuda baru berumur 2 bulan. Kerajaan pengganas Amerika turut meluluskan bantuan terbaru sebanyak US 200 juta kepada yahudi Israel untuk terus membunuh umat Islam di Palestin. Malah kuffar terus tidak berpuas hati dengan Iraq walau pun negara itu telah diserang bertalu-talu bersama dengan sekatan ekonomi yang terus berjalan. Inilah antara contoh penganiayaan dan penindasan terhadap umat Islam oleh pengganas kuffar. Mereka tidak berhenti daripada membunuh umat Islam sehingga hari qiamat. Cuma apa yang malang ialah umat Islam itu sendiri yang tidak mampu bangkit untuk bersatu ke arah menghentikan segala bentuk kekejaman yang dilakukan oleh pengganas kuffar. Ramai pemimpin negara umat Islam sendiri lebih seronok menghimpun kekayaan peribadi dan menindas rakyat sendiri daripada bangun membangkitkan semangat jihad dalam sanubari rakyat jelata untuk Islam. Rakyat yang benar-benar bangkit untuk membantu menegakkan Islam pula terpaksa berhadapan dengan penindasan pemimpin dalam negara dan musuh kuffrar dari luar. Oleh itu gandakan lagi semangat jihad dan usaha kita dalam memartabatkan kembali sistem Islam. Kemenangan Islam semakin hampir dan nyata. Jika kita sendiri tidak mampu mengecapi pelaksaaan menyeluruh terhadap sistem Islam maka janganlah berasa hampa dengan perjuangan yang telah dicurahkan selama ini kerana kita berharap agar anak cucu dan generasi akan datang mampu mengecapinya hasil perjuangan ayah dan datuk mereka demi Islam. Pejuang Islam tidak pernah kecewa apabila mereka sentiasa bersyukur dengan kemenangan serta sentiasa sabar atas ujian kekalahan. Kekalahan di dunia bukan bererti turut kalah dalam meraih keredhaan Allah untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Yakinlah kita bahawa perjuangan Islam tidak pernah ditimpa kerugian sebaliknya kemenangan yang lebih manis bakal menunggu kita di akhirat sana.

Firman Allah dalam ayat 42 surah Saba’ :

فاليوم لايملك بعضكم لبعض نفعا ولاضرا ونقول للذين ظلموا ذوقوا عذاب النار التي كنتم بها تكذبون

Maksudnya : Maka pada hari ini sebahagian kamu tidak berkuasa untuk memberikan manfaat atau mudharat kepada sebahagian yang lain. Dan Kami katakan kepada mereka yang zalim : “ Rasakan olehmu azab neraka yang dahulunya kamu dustakannya”.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Cara Hidup Islam Subur Umat Makmur

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ :

فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar

Kini kita berada pada bulan Jamadil Awwal yang pernah menyaksikan bagaimana berlakunya peperangan Mu’tah, Jordan pada tahun ke 8 Hijrah disebabkan oleh pengkhianatan terhadap seorang utusan yang telah dihantar oleh Rasulullah s.a.w kepada Raja Busra iaitu Harith bin Umair al-Azdi di mana beliau telah gugur syahid apabila direbus hidup-hidup di dalam kawah air panas. Peperangan Mu’tah merupakan antara siri awal peperangan tentera Islam di luar semenanjung Tanah Arab menghadapi tentera bukan Arab. Sebagaimana maklum bahawa selepas pembukaan Kota Mekah pada bulan Ramadhan tahun yang sama maka tiada lagi berlaku peperangan besar dengan kafir Quraisy sebaliknya tumpuan dakwah Islam mula dikembangkan ke luar tanah arab melalui penghantaran utusan yang membawa surat daripada Rasulullah s.a.w yang biasanya turut ditulis beberapa ayat al-Quran kepada ketua qabilah, raja-raja dan pemimpin negara berhampiran. Jawapan yang diterima daripada pemimpin qabilah dan negara terhadap seruan dakwah melalui surat yang dihantar ini bermacam-macam di mana ada yang menerima Islam, tidak kurang yang menolak secara lembut dan ada juga yang menolak secara kasar termasuk dalam kes utusan kepada Raja Busra yang dibunuh secara kejam. Pada hari ini jarang berlaku pemimpin negara umat Islam yang menghantar surat dakwah kepada pemimpin bukan Islam sebaliknya ramai yang mengutus surat untuk terus taat setia kepada kuasa kuffar dan sistem ciptaan manusia. Apa yang lebih malang apabila pemimpin negara sanggup menggunakan khidmat nasihat syarikat APCO yang mempunyai kaitan dengan zionis yahudi pembunuh kejam dunia sehingga musuh dijadikan kawan manakala saudara seagama dijadikan sasaran serangan serta keadaan keselamatan negara terdedah kepada musuh Islam

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 29 surah al-Fathu:

مُّحَمَّدٌ رَّسُولُ اللَّـهِ ۚ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ ۖ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّنَ اللَّـهِ وَرِضْوَانًا ۖ سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِم مِّنْ أَثَرِ السُّجُودِ ۚ ذَٰلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ ۚ وَمَثَلُهُمْ فِي الْإِنجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَىٰ عَلَىٰ سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ ۗ وَعَدَ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا

Maksudnya : Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka – dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki – dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.

Peperangan Mu’tah turut mengajar kita bagaimana ketegasan Rasulullah s.a.w terhadap musuh Islam di mana walau pun seorang utusan Islam yang dibunuh namun nyawanya mesti ditebus sehingga dihantar tentera ke Mu’tah dengan motif dakwah terlebih dahulu sebelum melakukan serangan jika musuh tidak mahu tunduk. Jika Rasulullah s.a.w dan banyak pemimpin Islam zaman silam sanggup menghantar tentera walau pun seorang umat Islam yang dibunuh atau dihina oleh musuh sebaliknya pada hari ini ramai pemimpin umat Islam sendiri sanggup bersekongkol dengan penjenayah dan pengganas dunia iaitu Amerika Syarikat dan zionis yahudi dalam menjajah dan membunuh umat Islam seperti di Palestin, Iraq dan terbaru di Libya. Kita lihat Libya bakal menjadi Iraq kedua di mana atas alasan mahu menggulingkan pemimpin berkuku besi maka musuh Islam melakukan serangan dan akhirnya ia dijajah dengan pemimpin boneka dijadikan sandaran. Inilah antara amaran nabi Muhammad s.a.w apabila sesebuah negara tidak melaksanakan sistem Islam dan memilih pemimpin yang jahat maka negara tersebut akan dijajah oleh penjajah yang jauh lebih jahat dan kejam.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 10 surah al-Buruj :

إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang mencetuskan bencana fitnah [untuk memesong dan memporak - perandakan] orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka jahannam (kerana perbuatan keji itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).

Peperangan Mu’tah juga menyaksikan bagaimana Rasulullah s.a.w telah melantik tiga panglima perang sekaligus iaitu Zaid bin Harithah di mana jika beliau gugur syahid maka tempatnya akan digantikan oleh sepupu nabi Jaafar bin Abi Tolib dan seterusnya jika beliau turut gugur syahid maka tempatnya akan diganti oleh Abdullah bin Rawahah. Ketiga-tiga panglima perang yang dilantik ini menerima tugas yang diberikan dengan penuh kerelaan di mana mereka yakin bahawa perkataan nabi adalah benar dan mereka tidak sekali-kali merasa takut walau pun dari segi arahan nabi tadi bermakna mereka bertiga akan gugur syahid dalam peperangan nanti. Pemilihan sebagai pemimpin mesti berlandaskan syarak bukannya hawa nafsu dan rasuah bagi memastikan keadilan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat antaranya ialah mesti sanggup berkorban bukan sahaja harta benda malah jiwa raga dalam mempertahan dan menjulang sistem Islam bukan memilih pemimpin yang hanya tahu mengumpul kekayaan dengan merompak hasil mahsul negara. Memilih pemimpin yang sanggup menjaga maruah dan nyawa rakyat jelata bukannya pemimpin yang membiarkan budaya fitnah dan pelanggaran maruah seperti isu liwat dan video seks yang meletakkan maruah umat Islam lebih murah daripada besi buruk tanpa ada usaha dalam menyekat perbuatan terkutuk ini demi mengejar dan menjaga harta dan takhta. Memilih pemimpin yang menjadikan Allah sebagai Penguasa yang paling berkuasa sehingga tunduk patuh terhadap segala sistemNya bukannya pemimpin yang hanya melaungkan hak asasi manusia sedangkan hak Allah dilanggar sesuka hati. Bijak memilih pemimpin bawa bahagia, salah memilih pemimpin bawa derita. Ia bukan perkara kecil tetapi bakal ditanya di akhirat kelak

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Kesungguhan dan kecekalan nabi Muhammad s.a.w dan pejuang Islam dalam menjaga dan mengembangkan dakwah Islam sehingga sanggup gugur syahid di medan perjuangan wajib diteruskan barulah kita dianugerahkan dengan kemuliaan di dunia dan akhirat. Tugas menyebarkan Islam bukan dijanjikan dengan kejayaan yang mudah sebaliknya menuntut kepada penat dan lelah, tidak dihamparkan dengan permaidani merah sebaliknya menuntut kepada tumpahnya darah merah ke tanah. Kita sepatutnya merasa malu dengan gerakan Kristian contohnya yang begitu bersungguh dalam menyebar luas ajaran mereka termasuk melalui tekanan politik yang membolehkan mereka mengedar Bible berbahasa Melayu. Bagaimana pula dengan usaha kita dalam mempertahankan aqidah umat Islam yang semakin luntur disamping dakwah kepada orang bukan Islam agar mereka sama-sama merasai nikmat iman dan Islam atau sekurang-kurangnya mereka tidak menentang sistem Islam. Ketika menyoroti sejarah bagaimana umat Islam di China yang mampu mempertahankan agama walau pun ratusan tahun berada di bawah cengkaman komunis antaranya dengan menjaga solat berjemaah sehingga ada masjid bilangan jemaah solat Jumaatnya menjangkau 30 ribu orang manakala hari raya 200 ribu orang. Kita di negara ini wajib merasa gerun dan bimbang sekiranya semakin ramai umat Islam sendiri semakin jahil dan menjauhi cara hidup Islam apatah lagi bilangan orang bukan Islam yang membenci Islam semakin bertambah. Sesungguhnya seseorang itu akan membenci dan memusuhi apa yang dia tidak ketahui. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengorak langkah dengan serius dan bersungguh dalam menjadikan Islam sebagai cara hidup dalam setiap aspek kehidupan sehingga Islam dilihat sebagai satu-satunya cara dalam menangani pelbagai masalah masyarakat dan negara. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat.

Firman Allah dalam ayat 149 surah Ali Imran:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تُطِيعُوا الَّذِينَ كَفَرُوا يَرُدُّوكُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْ فَتَنْقَلِبُوا خَاسِرِينَ

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu mengikuti orang-orang kafir nescaya mereka akan mengembalikan kamu ke belakang (kekufuran) lalu jadilah kamu orang-orang yang rugi.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Jihad Kendur Umat Mundur

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ :

فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar Kini kita berada pada pertengahan bulan Jamadil Awwal  yang pernah menyaksikan bagaimana berlakunya peperangan Mu’tah, Jordan pada tahun ke 8 Hijrah disebabkan oleh pengkhianatan terhadap seorang utusan yang telah dihantar oleh Rasulullah s.a.w kepada Raja Busra iaitu Harith bin Umair al-Azdi di mana beliau telah gugur syahid apabila direbus hidup-hidup di dalam kawah air panas. Peperangan Mu’tah merupakan antara siri awal peperangan tentera Islam di luar semenanjung Tanah Arab menghadapi tentera bukan Arab. Sebagaimana maklum bahawa selepas pembukaan Kota Mekah pada bulan Ramadhan tahun yang sama maka tidak lagi berlaku peperangan besar dengan kafir Quraisy sebaliknya tumpuan dakwah Islam mula dikembangkan ke luar tanah arab melalui penghantaran utusan yang membawa surat daripada Rasulullah s.a.w yang biasanya turut ditulis beberapa ayat al-Quran kepada ketua qabilah, raja-raja dan pemimpin negara berhampiran. Kita boleh faham daripada tindakan Rasulullah s.a.w ini bahawa tidak salah orang bukan Islam diberi peluang untuk membaca ayat al-Quran bukan untuk tujuan menghina tetapi untuk mengkaji keindahan al-Quran dan penyebaran dakwah Islam. Jawapan yang diterima daripada pemimpin qabilah dan negara terhadap seruan  dakwah melalui surat yang dihantar ini bermacam-macam di mana ada yang menerima Islam, tidak kurang yang menolak secara lembut dan ada juga yang menolak secara kasar termasuk dalam kes utusan kepada Raja Busra yang dibunuh secara kejam. Pada hari ini jarang berlaku pemimpin negara umat Islam yang menghantar surat dakwah kepada pemimpin bukan Islam sebaliknya ramai yang mengutus surat untuk terus taat setia kepada kuasa kuffar dan sistem ciptaan manusia. Apa yang lebih malang apabila pemimpin negara umat Islam bukan sahaja merasa malu dan takut untuk menyebarkan Islam malah bertindak biadap menghina sistem Islam disamping menampilkan imej yang buruk akibat pecah amanah dan rasuah dan skandal moral yang lain

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Firman Allah dalam ayat  87 surah al-Qasas :

ولا يصدنك عن ءايت الله بعد إذ أنزلت إليك وادع إلى ربك ولاتكونن من المشركين

Maksudnya : Dan janganlah sekali-kali mereka dapat menghalangmu daripada (menyampaikan) ayat-ayat Allah sesudah ayat-ayat itu diturunkan kepadamu. Dan serulah mereka kepada (jalan) Tuhanmu dan janganlah sekali-kali kamu termasuk mereka yang mempersekutukan Allah.

Rasulullah s.a.w yang menerima berita tentang pengkhianatan terhadap utusannya itu lalu mengumpul 3000 orang tentera Islam dalam waktu yang singkat untuk keluar ke Mu’tah. Penghantaran tentera ini bukan atas misi membalas dendam sebaliknya Rasulullah s.a.w telah meletakkan tujuan utama ialah berdakwah dengan mengajak terlebih dahulu penduduk Mu’tah agar memeluk Islam dan jika mereka enggan serta terus berkeras untuk berperang barulah serangan boleh dimulakan. Tindakan tegas ini mengajar kita tentang betapa pentingnya umat Islam memilih pemimpin yang takutkan Allah bukannya pengecut dengan musuh barulah maruah dan nyawa umat Islam dapat dibela. Kita berasa sedih apabila pada hari ini bukan seorang umat Islam yang dibunuh terutama di Palestin, Iraq, Afghanistan, Selatan Filiphina dan selainnya namun tiada pemimpin negara umat Islam yang bangun membela sehingga musuh Islam lebih bermaharajalela dalam membaham dan meratah tubuh saudara seagama. Kebanyakan pemimpin negara umat Islam lebih memikirkan bagaimana mahu menambahkan kekayaan peribadi dan bagaimana mahu mengekalkan kuasa yang sedia ada bukannya untuk memperpejuang agama

Peperangan Mu’tah juga memberi pengajaran penting apabila Rasulullah s.a.w turut memberi arahan kepada tentera Islam agar tidak membunuh golongan kanak-kanak, wanita, orang tua serta tidak mengerat pohon-pohon dan tidak pula memusnahkan rumah kediaman penduduk. Inilah ia keadilan dan kemuliaan Islam yang menghormati hak kemanusiaan musuh terlebih dahulu bersama dengan  usaha dakwah di mana peperangan hanya dijadikan tindakan terakhir apabila musuh terus berkeras untuk melawan walau pun telah diberi peluang untuk berdamai dan tunduk kepada keadilan Islam. Ini berbeza dengan tindakan kejam musuh Islam pada hari ini terutama pengganas dunia Amerika Syarikat dan zionis yahudi yang tidak pernah menghormati perjanjian Ganeva yang dipersetujui oleh mereka sendiri apabila bertindak kejam membunuh orang awam dan mengebom bangunan Hospital, sekolah, masjid dan sebagainya tanpa rasa salah.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Peperangan Mu’tah juga menyaksikan bagaimana Rasulullah s.a.w telah melantik tiga panglima perang sekaligus iaitu Zaid bin Harithah di mana jika beliau gugur syahid maka tempatnya akan digantikan oleh sepupu nabi Jaafar bin Abi Tolib dan seterusnya jika beliau turut gugur syahid maka tempatnya akan diganti oleh Abdullah bin Rawahah. Ketiga-tiga panglima perang yang dilantik ini menerima tugas yang diberikan dengan penuh kerelaan di mana mereka yakin bahawa perkataan nabi adalah benar dan mereka tidak sekali-kali merasa takut walau pun dari segi arahan nabi tadi bermakna mereka bertiga akan gugur syahid dalam peperangan nanti. Ujian pertama yang terpaksa mereka lalui apabila mendapat berita bahawa musuh telah pun bersiap sedia dengan angkatan tentera seramai 200 ribu orang sehingga ada tentera Islam mencadangkan agar mereka berundur terlebih dahulu bagi meminta bantuan tambahan dari Madinah. Dalam keadaan kelam kabut ini lalu Abdullah bin Rawahah bangun sambil memberi semangat kepada tentera Islam dengan katanya : “ Demi Allah! Adakah kita benci dengan sebab keluarnya kita ke Mu’tah iaitu untuk untuk memburu syahid. Kita bukan datang berperang semata-mata kerana bilangan, bukan untuk beradu kekuatan tetapi datangnya kita ke sini adalah untuk Islam yang telah memuliakan kita. Oleh itu maralah kita ke medan peperangan kerana di sana 2 kebaikan pasti kita perolehi samada beroleh kemenangan atau pun gugur syahid bersama dengan keredhaan Allah”.

Semangat jihad yang ditanam beserta keyakinan yang tidak berbelah bahagi kepada pertolongan Allah telah membawa kemenangan kepada tentera Islam di mana hanya 12 tentera Islam gugur syahid termasuk tiga panglima perang yang telah dilantik oleh Rasulullah s.a.w di mana kepimpinan tentera Islam selepas itu diambil alih oleh Sayyidina Khalid ibnu Walid. Semangat jihad inilah yang digeruni oleh musuh Islam sehingga telah banyak usaha termasuk dalam merombak sukatan pengajian di Universiti al-Azhar, Mesir dan lain-lain supaya umat Islam mandul jihad dan tidak lagi bangkit menentang keganasan kuffar. Sekiranya terus ada pejuang Islam yang cintakan mati syahid bagi berdepan dengan tentera kuffar yang takut mati maka selagi itulah kuffar akan berdepan dengan tentangan sengit yang menakutkan. Umat Islam dimandulkan jihad mereka dengan kejahilan terhadap agama meraka sendiri, tenggelam dalam hiburan yang melalaikan, lemas dalam cinta dunia dan takutkan mati. Pemikiran umat Islam dipenuhi dengan cara hidup kuffar di mana ikutan mereka adalah artis, bintang sukan dan sebagainya. Bahan bacaan mereka adalah bahan hiburan yang merosakkan. Malah cara berpakaian bukan sahaja jauh daripada sunnah nabi malah bertentangan dengan syariat Islam seperti pemakaian gelang getah di kalangan remaja lelaki dengan pelbagai warna sedangkan ia adalah racun musuh di mana setiap warna melambangkan kumpulan anti Islam yang tertentu seperti gelang warna Putih untuk penyokong zina dan pengguguran anak, Merah untuk penganut Kristian yang menyokong McDonalds menyumbang kepada Amerika Syarikat bagi membantu zionis Yahudi, Oren untuk mendoakan usaha pendakyah Kristian, Kuning untuk memperingati Pope John Paul II, Hijau untuk menyokong ketenteraan Amerika, Warna Pelangi lambang merasa bangga menjadi ’say’ dan ’lesbian’ dan menyokong perkahwinan sejenis, Merah Putih lambang kebebasan bersuara termasuk menyokong penghinaan terhadap nabi Muhammad s.a.w dan warna Biru Putih  lambang menyokong zionis Yahudi menceroboh bumi Palestin. Pastikan masyarakat kita menjauhi cara pemakaian yang merosakkan ini

Firman Allah dalam ayat 149  surah Ali Imran:

ياأيها الذين ءامنوا إن تطيعوا الذين كفروا يردوكم على أعقــبكم فتنقلبوا خــسرين

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu mengikuti orang-orang kafir nescaya mereka akan mengembalikan kamu ke belakang (kekufuran) lalu jadilah kamu orang-orang yang rugi.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

20. Perlantikan Sayyidina Abu Bakar sebagai Khalifah pada 11 Hijrah

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ ….

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 146 surah Ali Imran :

وكأين من نبي قـتل معه ربيون كثير فما وهنوا لما أصابهم فى سبيل الله وما ضعفوا وما استكانوا والله يحب الصـبرين

Maksudnya : Dan berapa ramaikah para nabi yang berperang sedangkan bersama mereka sejumlah besar daripada pengikut yang bertaqwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah dan tidak lesu dan tidak pula menyerah kepada musuh. Allah menyukai mereka yang sabar.

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

            Khalifah atau pemimpin merupakan suatu jawatan yang penting dalam menjaga amanah dalam menguruskan urusan dunia dan menjaga kesucian agama. Oleh itu sejarah Islam pernah menyaksikan bagaimana pada hari kewafatan Rasulullah s.a.w iaitu pada hari Isnin 12 Rabiul Awwal tahun 11 Hijrah maka pada hari tersebut jugalah umat Islam begitu sibuk dalam menyelesaikan masalah perlantikan khalifah. Kewafatan nabi disebabkan sakit tenat kesan daripada memakan kambing yang dibubuh racun oleh seorang perempuan yahudi di Khaibar di mana disebabkan masalah perlantikan khalifah menyebabkan jenazah nabi yang mulia terpaksa dikebumikan pada keesokan harinya iaitu Selasa malam Rabu di bilik Siti Aisyah bertepatan dengan sabda nabi yang menyuruh agar disemadikan jasadnya di tempat baginda wafat disamping mimpi Siti Aisyah di mana dia melihat 3 biji bulan jatuh ke biliknya dan Sayyidina Abu Bakar menyatakan bahawa mimpi itu menunjukkan bagaimana tiga orang manusia yang mulia akan dikebumikan di bilik Siti Aisyah antaranya yang paling mulia ialah Rasulullah s.a.w diikuti Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar.

 

Sidang Jumaat yang dihormati,

              Pertemuan dalam melantik khalifah selepas kewafatan nabi telah diadakan di Saqifah Bani Saadah iaitu dewan mesyuarat yang terletak berhampiran dengan Masjid Nabawi. Pada mulanya perhimpunan ini tidak diketahui oleh kaum keluarga nabi dan tokoh Quraisy sehinggalah ada 2 orang sahabat datang memberitahu bahawa adanya suatu perhimpunan penting di situ. Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar bergegas ke sana dan mendapati keputusan perlantikan belum dibuat disebabkan timbulnya pertikaian di kalangan kaum Aus seramai 70 orang yang tidak bersetuju dengan perlantikan Saad bin Ubadah daripada kaum Khazraj sebagai khalifah. Mereka mengakui bahawa Saad bin Ubadah merupakan seorang yang layak bagi memikul amanah yang berat ini memandangkan beliau merupakan seorang yang banyak berbakti kepada Rasulullah s.a.w, bijak dalam pengurusan, seorang yang terkenal serta pernah ditugaskan menjaga kota Madinah sewaktu rombongan ke Abwa’. Malah beliau diriwayatkan orang yang layak dan terpilih dalam memimpin Madinah jika Rasulullah s.a.w tidak berhijrah ke Madinah sebelum ini.

        Pelbagai pandangan dilontarkan bersama dengan hujah masing-masing di mana antara cadangan ialah agar perlantikan khalifah di pilih daripada kalangan Ansar memandangkan merekalah anak tempatan yang memberi perlindungan dan bantuan kepada Rasulullah s.a.w dan para muhajirin yang datang dari Mekah. Manakala Sayyidina Abu Bakar pula mencadangkan agar jawatan khalifah ini diberikan kepada orang Quraisy berdasarkan kepada sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Khalifah hendaklah dipilih daripada kaum Quraisy yakni muhajirin. Di samping itu alasan Sayyidina Abu Bakar lagi bahawa kaum Muhajirin merupakan golongan pertama memeluk Islam tanpa menafikan bakti dan segala jasa yang telah dihulurkan oleh golongan Ansar dari kaum Aus dan Khazraj. Beliau menambah lagi bahawa jika jawatan itu diserahkan kepada golongan Ansar maka ia akan memberi kesan yang negatif kepada masyarakat Islam kerana golongan Ansar terdiri daripada dua suku kaum yang terbesar dan terpengaruh di mana sudah pastinya akan timbul peristiwa perpecahan antara keduanya sebagaimana sebelum kedatangan Islam disebabkan tidak puas hati dengan perlantikan salah satu daripada kedua kaum tersebut sebagai khalifah.Mendengar penjelasan Sayyidina Abu Bakar lalu Hubab bin al-Munzir dari kaum Khazraj bangun mencadangkan agar dua orang khalifah dilantik iaitu seorang daripada golongan Muhajirin dan seorang lagi daripada golongan Ansar. Sayyidina Umar menolak cadangan ini kerana dua orang ketua tidak boleh memimpin dan mentadbir sebuah negara di mana perselisihan faham antara keduanya sering berlaku yang membawa kepada keruntuhan negara.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

        Pertikaian menjadi bertambah hangat sehinggalah Sayyidina Abu Bakar tampil menenangkan suasana dan menyejukkan perasaan golongan Ansar dengan kata-katanya : Kami adalah Umara’ (ketua) dan kalian adalah Wuzara’(menteri pembantu). Kata-katanya ini disokong oleh Saad bin Ubadah dan kemudiannya Sayyidina Abu Bakar memberikan nama cadangannya iaitu Sayyidina Umar dan Abu Ubaidah bin al-Jarrah sebagai calon untuk dilantik sebagai khalifah.  Walau bagaimanapun Sayyidina Umar dengan pantas mengangkat tangan Sayyidina Abu Bakar dan membaiahnya atau janji setia terhadap perlantikan Sayyidina Abu Bakar sebagai khalifah. Beliau telah berkata : ” Demi Allah! aku lebih suka dibawa ke hadapan lalu ditebas leherku tanpa dosa daripada diangkat sebagai pemimpin suatu kaum di mana terdapat Abu Bakar”. Setelah mendengar kata-kata Sayyidina Umar lalu semua yang hadir terus membaiah Sayyidina Abu Bakar sebagai khalifah tanpa pertikaian lagi termasuk Saad bin Ubadah. Sayyidina Ali sendiri telah memberi baiah untuk kali pertama kepada perlantikan Sayyidina Abu Bakar pada hari Selesa keesokannya sebelum memberi bai’ah untuk kali kedua 6 bulan selepas itu iaitu selepas kewafatan isterinya Siti Fatimah yang juga merupakan salah seorang puteri nabi. Di sini kita dapat lihat bagaimana cermat dan berhati-hatinya umat Islam dalam memilih khalifah kerana ia bersangkutan dengan akhirat bukan sebagaimana dakwaan golongan sekulerisme yang memisahkan antara pemerintahan dan agama. Pemisahan antara urusan dunia dengan akhirat menyebabkan  dunia huru-hara dan kezaliman bermaharajalela.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

        Sayyidina  Abu Bakar memiliki kelayakan untuk menjadi khalifah. Rasulullah s.a.w sendiri sering memberikan kepercayaan kepada beliau antaranya tentang persetujuan baginda terhadap pandangan beliau sewaktu menyelesaikan kes tawanan perang Badar, keduanya Sayyidina Abu Bakar telah diberikan kepercayaan dalam mengendalikan urusan haji ke Mekah pada tahun 10 Hijrah dan beliau juga berperanan sebagai imam solat menggantikan baginda pada 11 Hijrah sewaktu baginda uzur. Pernah suatu hari Sayyidina Umar menjadi imam apabila diminta kerana Sayyidina Abu Bakar tidak kelihatan yang menyebabkan Rasulullah s.a.w yang sedang sakit apabila terdengar bukan suara Sayyidina Abu Bakar menjadi imam lalu baginda menyatakan rasa tidak puas hati. Malah nabi juga ada menyebut tentang kelebihan Sayyidina Abu Bakar termasuk dalam khutbahnya yang terakhir.

            Sayyidina Abu Bakar ketika mula-mula dilantik menjadi khalifah lalu beliau menyampaikan ucapan antaranya : Wahai umat manusia! Sesungguhnya aku telah dilantik dikalangan kamu sedangkan aku bukanlah orang yang terbaik. Maka jika aku melakukan kebaikan maka bantulah aku tetapi sekiranya aku terpesong maka betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah dan dusta itu adalah khianat. Orang yang lemah di kalangan kamu merupakan orang yang kuat disisiku sehingga aku akan menunaikan kemahuannya serta memberikan haknya semula. Manakala orang yang kuat di kalangan kamu merupakan orang lemah disisiku sehingga aku akan mengambil kembali hak yang telah dirampas. Oleh itu taatilah aku selagimana aku mentaati Allah dan rasulNya dan jika aku mengengkari Allah dan rasulNya maka janganlah kamu mentaatiku.

            Ucapan ini menyatakan kepada kita bagaimana pimpinan mestilah telus dan terikat dengan perundangan sebagaimana yang dikenakan terhadap rakyat jelata bukannya pemimpin kebal daripada sebarang perundangan yang menyebabkan kezaliman berleluasa.

 

Sidang Jumaat yang dikasihi,

            Sayyyidina Abu Bakar turut menyatakan bahawa penerimaan terhadap jawatan khalifah itu adalah kerana umat Islam bersepakat membai’ahnya dan kebimbangannya jika berlakunya fitnah dan murtad jika beliau menolak bai’ah tersebut. Perkara ini menunjukkan bagaimana pentingnya khalifah untuk mengurus urusan dunia dan menjaga amanah agama bukannya pimpinan itu untuk mencari kekayaan dunia sehingga timbulnya politik wang, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya. Sebab itulah ulama’ hari ini mula menerima kembali jawatan sebagai pimpinan apabila golongan pemerintah sebelum ini ramai yang mengkhianati amanah dan memerangi agama walau pun beragama Islam sehingga ramai ulama’ yang dibunuh. Penerimaan jawatan ini bukan kerana mahu kemewahan tetapi bagi memastikan amanah agama ditunaikan dengan sebaiknya menurut kehendak Allah dan rasulNya.

            Firman Allah dalam ayat 149  surah Ali Imran:

ياأيها الذين ءامنوا إن تطيعوا الذين كفروا يردوكم على أعقــبكم فتنقلبوا خــسرين

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu mengikuti orang-orang kafir nescaya mereka akan mengembalikan kamu ke belakang (kekufuran) lalu jadilah kamu orang-orang yang rugi.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

6. Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w 11 Hijrah

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.  Janganlah  kita  hanya  tahu  mendengar  sahaja  perkataan  taqwa  serta  menyebutnya  sedangkan  ia  tidak  menyerap  ke dalam  sanubari  kita . Hitunglah  diri kita  setiap  masa  samada  semakin  hampir  kepada  Allah atau  sebaliknya.  Adakah  amalan  soleh  kita  semakin  meningkat  atau pun  menurun….

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 128 dan 129 surah at-Taubah

لقد جاءكم رسول من أنفسكم عزيز عليه ما عنتم حريص عليكم بالمؤمنين رؤوف الرحيم  .  فإن تولوا فقل حسبي الله لاإله إلا هو  عليه توكلت وهو رب العرش العظيم  .

Maksudnya : Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin. Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah : “Cukuplah Allah bagiku, tiada tuhan selain Dia, hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arasy yang agung”.

            Kini  hampir seminggu kita meninggalkan bulan Rabiul Awwal yang merupakan bulan yang telah mencatat sejarahnya yang agung dengan kelahiran bayi bertuah yang diberi nama Muhammad di mana baginda telah diangkat oleh Allah menjadi nabi lagi Rasul kepada umat akhir zaman. Pada hari ini marilah kita sama-sama menghitung diri kita samada sambutan maulidur rasul yang kita adakan pada bulan yang lalu hanya akan berlalu begitu sahaja atau pun sudah nampak disana perubahan pada diri kita dan masyarakat dalam sama-sama menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w  dan melaksanakan setiap apa yang dibawanya. Jangan kita jadikan perayaan lalu hanya untuk menyambut dan memuja tubuh Rasulullah s.a.w sahaja sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Abu Lahab yang menyembelih 100 ekor unta kerana kegembiraan di atas kelahiran nabi Muhammad s.a.w. Tetapi akhirnya dialah yang menjadi penghalang dan penentang yang utama terhadap dakwah Rasulullah s.a.w sehingga adanya surah al-Lahab dalam al-Quran yang memberitahu kita semua bagaimana kecelakaan yang besar menimpa Abu Lahab dan isterinya kerana menolak dan mencerca dakwah suci Rasulullah s.a.w. Kita juga tidak mahu segala sifat mulia Rasulullah s.a.w diketahui dan disebut oleh kita saban hari samada melalui pembacaan buku, pendengaran melalui kuliah atau pun sebutan dalam berzanji dan juga selawat tetapi sekadar menjadi pengetahuan sahaja tanpa ada di sana usaha ke arah mencontohi dan melaksanakan kewajipan yang disuruh. Kita tidak mahu menjadi seperti ahli kitab dari golongan Yahudi dan Krisitian yang mengenali keperibadian Rasulullah s.a.w sebagaimana mereka mengenali anak mereka sendiri tetapi setelah kelahiran nabi Muhammad s.a.w, merekalah yang menjadi musuh utama kepada dakwahnya. Oleh itu marilah kita hendaklah menjadikan sambutan maulidur rasul ialah untuk memuji kemulian tubuh dan sifat  Rasulullah s.a.w dan juga untuk melaksanakan segala syariat yang dibawanya.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

            Dalam kita bergembira dengan mengingati kelahiran Rasulullah s.a.w pada bulan Rabiul Awwal janganlah kita terlupa bahawa dalam bulan yang sama turut merakamkan peristiwa yang sedih dan memilukan seluruh umat Islam. Sebagaimana maklum bahawa selepas mengerjakan haji wida’ di Mekah pada tahun ke-10 hijrah lalu baginda s.a.w pulang ke Madinah. Setelah tiba di Madinah, Rasulullah s.a.w  telah memerintah tentera Islam untuk menyerang Rom yang berkubu di Balqa’, Jordan dan Palestin di mana baginda memilih Usamah bin Zaid sebagai panglima perang.

            Setelah persiapan perang telah siap dan hanya menunggu arahan seterusnya daripada Rasulullah s.a.w maka bermula dari sinilah baginda s.a.w mulai sakit tenat. Pada suatu  larut malam, Rasulullah s.a.w telah pergi bersama dengan Muwaihibah ke kawasan perkuburan Baqi’ berhampiran Masjid Nabawi kerana diperintah supaya beristighfar di sana.Sekembalinya dari kawasan perkuburan Baqi’   , Rasulullah s.a.w telah mengadu  bahawa kepalanya begitu sakit dan pening kepada ummul mukminin Sayyidatina ‘Aisyah. Peristiwa ini berlaku pada akhir bulan Sofar tahun 11 hijrah. Rasulullah s.a.w pada mulanya terlantar sakit di rumah ummul mukminin Sayyidatina Maimunah di mana selepas mendapat persetujuan daripada isteri-isterinya lalu baginda dipindahkan ke rumah Sayyidatina ‘Aisyah dengan dipapah oleh al-Fadhil bin Abbas dan Ali bin Abu Talib. Rasulullah s.a.w setelah bersiap lalu memberitahu bahawa baginda ingin keluar ke masjid bagi memberi ucapan kepada para muslimin. Selepas selesai sembahyang lalu baginda s.a.w sebelum menaiki minbar bersabda agar para muslimin berdoa ke atas para syuhada’ yang mati dalam peperangan Uhud dan.setelah berdiri di atas mimbar lalu Rasulullah bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya Allah memberi pilihan kepada hamba antara dunia dengan apa yang ada disisiNya (Allah) maka memilih hamba itu apa yang ada disisi Allah. Mendengar ucapan itu lalu bercucuran air mata Sayyidina Abu Bakar kerana beliau faham bahawa apa yang dimaksudkan dengan hamba itu ialah diri Rasulullah s.a.w di mana baginda merasai telah hampir saat kewafatannya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda : Wahai Abu Bakar! Jangan engkau menangis, sesungguhnya daripada mereka yang beriman kepadaku pada menemaninya, hartanya ialah Abu Bakar. Jika aku mengambil seorang teman rapat nescaya aku akan menjadikan Abu Bakar tetapi persaudaraan Islam dan kemanisannya. Tidak akan kekal dalam  masjid satu pintu melainkan ada penghadang melainkan pintu Abu Bakar. Hadis ini menunjukkan kelebihan Sayyidina Abu Bakar.

Sabdanya lagi bermaksud: Sesungguhnya aku mempunyai tanggungan yang berat antara kamu, aku merupakan saksi kepadamu, sesungguhnya janji kepadamu ialah telaga kauthar, Sesungguhnya aku melihatnya sedangkan aku berada ditempatku ini. Sesungguhnya aku tidak bimbang kamu akan syirik tetapi yang paling aku bimbang ialah kamu akan berebut-rebut kemewahan dunia ketika dibentangkan kepadamu.

Pada suatu malam ketika para muslimin menunggu-nunggu ketibaan Rasulullah s.a.w bagi menunaikan solat Isya’, baginda tidak dapat berbuat demikian kerana terlalu sakit sehingga baginda memerintah Sayyidina Abu Bakar  menjadi imam menggantikan baginda. Setelah diberitahu tentang perintah nabi lalu Sayyidina Abu Bakar meminta Sayidina Umar untuk menjadi imam tetapi Sayyidina Umar menggesa agar Sayyidina Abu Bakar melaksanakan perintah nabi untuk menjadi imam kerana beliau merupakan orang yang paling layak. Pada hari seterusnya setelah Rasulullah s.a.w merasai lega sedikit daripada kesakitan yang ditanggung lalu baginda keluar ke masjid dengan dipimpin oleh dua orang sahabat bagi menunaikan solat Zohor. Melihat kedatangan Rasulullah s.a.w maka Sayyidina Abu Bakar ingin berundur dari tempat imam tetapi Rasulullah s.a.w meminta agar beliau terus berada ditempat itu dan baginda sendiri meminta agar dua orang sahabat yang memimpinnya supaya mendudukkannya ditepi Sayyidina Abu Bakar. Sayyidina Abu Bakar bersembahyang mengikut solat nabi yang mengerjakannya sambil duduk manakala muslimin yang lain mengikut solat Sayyidina Abu Bakar.Ini merupakan solat terakhir Rasulullah s.a.w bersama para muslimin di mana para sahabat begitu gembira melihat nabi mampu bersembahyang bersama-sama mereka menandakan baginda akan sembuh dari sakit. Tetapi kegembiraan itu hanya sementara di mana kesakitan baginda semakin parah dan apabila ditanya kepadanya lalu  baginda menyatakan : Tiada daripada orang islam yang ditimpa kesakitan maka tidak selainnya melainkan Allah akan menggugurkan kejahatannya sebagaimana daun yang gugur dari pokok.

 

Sidang Jumaat yang berbahagia

            Pada suatu hari ketika para isteri nabi berada disampingnya lalu anaknya Siti Fatimah datang menghampirinya. Para isteri nabi yang lain melihat bagaimana Rasulullah s.a.w menceritakan sesuatu kepada Siti fatimah di mana buat kali pertama dia menangis kesedihan dan buat kali kedua dia tersenyum gembira. Apabila ditanya maka Siti fatimah mengatakan bahawa dia sedih pada cerita pertama kerana Rasulullah s.a.w memberitahu bahawa setiap tahun malaikat Jibril akan menyampaikan wahyu al-Quran sekali manakala pada tahun ini dia datang sebanyak dua kali.Dia tidak melihatku melainkan kedatangannya kerana telah tiba ajalku. Sesungguhnya engkau wahai fatimah merupakan ahli keluarga pertama yang akan mengiringiku dan sebaik-baik salaf ialah aku bagi engkau maka aku menangis mendengar kata-kata itu. Manakala cerita yang menyebabkan aku gembira ialah apabila Rasulullah s.a.w bertanya : Adakah engkau tidak redha menjadi Penghulu bagi seluruh umat wanita yang beriman atau ketua bagi wanita umat ini maka aku merasa gembira dengan perkara ini.

            Dalam keheningan Fajar Subuh hari Isnin 12 Rabiul Awwal tahun 11 hijrah ketika mana Sayyidina Abu Bakar dan para muslimin bersiap untuk solat Subuh, mereka telah terpandang wajah Rasulullah s.a.w yang berseri-seri sedang tersenyum apabila tabir dari bilik Sayyidatina ‘Aisyah terbuka lalu Abu Bakar memberi ruang kepada baginda kerana pada sangkaannya baginda ingin solat bersama-sama mereka. Para muslimin yang berada dibelakang turut bergembira apabila melihat keadaan nabi ketika itu tetapi akhirnya nabi mengisyaratkan dengan tangan agar mereka menyempurnakan solat mereka. Selepas itu para muslimin terus berasa senang hati melihat keadaan nabi yang mana pada sangkaan mereka telah hampir pulih. Namun sangkaan mereka meleset sama sekali kerana selepas menutup kembali tabir bilik Sayyidatina ‘Aisyah dan Rasulullah s.a.w kembali berbaring ditempatnya maka kesakitannya bertambah tenat. Itulah senyuman yang terakhir daripada seorang rasul dan pemimpin yang agung buat muslimin dan itulah juga senyuman perpisahan daripada nabi dan ketua yang penyayang buat muslimin sebelum Rasulullah s.a.w menemui Allah.

            Pada saat-saat akhir, Usamah bin Zaid telah masuk menemui Rasulullah s.a. Ketika berada disampingnya dia diam lalu melihat bagaimana nabi telah meletakkan tangan baginda ke atasnya dan kemudiaannya mengangkat kedua tangannya di mana dia tahu bahawa nabi telah berdoa untuknya.

            Antara ucapan atau wasiat yang terakhir sebelum baginda menghembuskan nafas yang terakhir ialah : Wahai manusia! Sesungguhnya tidak akan kekal berita atau wahyu kenabian melainkan rukya solehah yang akan diperlihatkan kepada orang islam atau pun dia melihatnya. Ada pun sesungguhnya aku telah mengakhiri pembacaan al-Quran ketika rukuk dan sujud. Ketika rukuk maka besarkanlah Allah manakala ketika sujud maka bersungguhlah meminta doa Maka lakukanlah nescaya akan dimaqbulkan. Selepas itu baginda menghembuskan nafas yang terakhir untuk pergi menemui kekasih sejati Allah Rabbul Izzati meninggalkan syariat yang akan terus dilaksana dan disampaikan oleh umatnya sehingga hari qiamat.

            Kewafatan Rasulullah s.a.w telah tersebar luas sehinggalah Sayyidina Abu Bakar mendapat berita sedih ketika berada di atas kuda dalam perjalanan pulang kerana pada sangkaannya baginda telah beransur pulih. Sayyidina Abu Bakar bergegas menuju ke Masjid Nabawi lalu memasuki bilik Sayyidatina ‘Aisyah dimana terletaknya jasad Rasulullah s.a.w. Beliau duduk berhampiran jasad nabi yang mulia lalu menyingkap kain yang menutupi bahagian muka nabi di mana beliau terus mengucupnya dan menutup kembali seterusnya keluar menemui para muslimin yang masih sedih dan terkejut menerima berita yang sedih ini. Suasana ketika itu hampir tidak terkawal kerana masing-masing bagaikan tidak percaya apabila menerima berita kewafatan rasul yang begitu dikasihi, ketua yang disegani, pemimpin yang telah memimpin umat daripada kegelapan jahiliah kepada cahaya iman dan islam. Sayyidina Umar sendiri tidak mempercayai berita kewafatan nabi malah memberi amaran keras akan memancung kepala sesiapa sahaja yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w telah wafat kerana baginya Rasulullah s.a.w tidak akan wafat melainkan setelah kaum munafik dihancurkan. Ada juga para muslimin yang tidak kuat imannya kembali murtad kerana tidak dapat menerima hakikat kewafatan nabi ini.

            Dalam keadaan yang tidak terkawal ini lalu Sayyidina Abu Bakar berdiri gagah dihadapan para muslimin lalu mengeluarkan kata-katanya yang tegas :

أيها الناس ! من كان يعبد محمدا فإن محمدا قد مات  ,  ومن كان يعبد الله  فإن الله حي لا يموت

Maksudnya : Wahai sekalian manusia! Sesiapa dikalangan kamu yang menyembah Sayyidina Muhammad s.a.w maka sesungguhnya nabi Muhammad telah wafat dan sesiapa yang menyembah Allah maka sesungguhnya Allah terus hidup dan tidak akan mati

Selepas itu beliau membaca ayat 144 surah ali Imran :

وما محمد إلا رسول قد خلت من قبله الرسل , أفإن مات أو قتل انقلبتم على  أعقبكم  , ومن ينقلب على عقبيه فلن يضر الله شيئا , وسيجزي الله الشكرين .

Maksudnya : Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul. Sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul . Apakah jika baginda wafat atau dibunuh maka kamu akan berpaling tadah (murtad)?. Sesiapa yang berpaling tadah maka dia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikit pun. Dan Allah akan memberi balasan kepada mereka yang bersyukur

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Kepimpinan Penentu Antara Memuja atau Meroboh Jahiliah

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam 144 surah Ali Imran :

وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ الرُّسُلُ ۚ أَفَإِن مَّاتَ أَوْ قُتِلَ انقَلَبْتُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْ ۚ وَمَن يَنقَلِبْ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ فَلَن يَضُرَّ اللَّـهَ شَيْئًا ۗ وَسَيَجْزِي اللَّـهُ الشَّاكِرِينَ

Maksudnya : Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul. Sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul . Apakah jika baginda wafat atau dibunuh maka kamu akan berpaling tadah (murtad)?. Sesiapa yang berpaling tadah maka dia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikit pun. Dan Allah akan memberi balasan kepada mereka yang bersyukur

Kasih dan cinta kita kepada nabi Muhammad s.a.w sentiasa subur dan mekar sepanjang masa dan tempat tanpa terbatas pada sesuatu bulan sahaja seperti pada Rabiul Awwal yang baru berlalu. Begitulah juga perjuangan dan jejak langkah baginda yang telah mengubah keadaan dunia daripada gelap kekufuran kepada cahaya iman, daripada kezaliman jahiliah kepada keadilan Islam wajib diteruskan walau pun baginda telah pun wafat. Dunia Islam pernah menyaksikan bagaimana kewafatan nabi Muhammad s.a.w pada bulan Rabiul Awwal tahun 11 Hijrah telah menggegarkan iman para sahabat dan umat Islam yang lain sehingga ada yang murtad daripada Islam kerana tidak dapat menerima kenyataan ini. Suasana yang kalut ditenangkan oleh Sayyidina Abu Bakar dengan kata-katanya yang tegas :

أيها الناس! مَنْ كَانَ يَعْبُدُ مُحَمَّدًا فَإِنَّ مُحَمَّدًا قَدْ مَاتَ، وَمَنْ كَانَ يَعْبُدُ اللَّهَ فَإِنَّ اللَّهَ حَيٌّ لاَ يَمُوتُ

Maksudnya : Wahai sekalian manusia! Sesiapa dikalangan kamu yang menyembah Sayyidina Muhammad s.a.w maka sesungguhnya nabi Muhammad telah wafat dan sesiapa yang menyembah Allah maka sesungguhnya Allah terus hidup dan tidak sekali-kali akan mati

Kemudian disambung dengan bacaan ayat 144 surah Ali Imran di mana ayat ini walau pun diturunkan pada ketika peperangan Uhud bagi menetapkan hati tentera Islam dalam berdepan dengan suasana kekalahan namun apabila ia dibaca oleh Sayyidina Abu Bakar dalam kekalutan dengan kewafatan nabi s.a.w ini telah menyentak hati para sahabat termasuk Sayyidina Umar al-Khottab sehingga beliau menyatakan : Barulah aku memahami firman Allah ini.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Antara wasiat terpenting yang pernah diungkapkan oleh junjungan besar nabi Muhammad s.a.w sebelum meninggalkan umatnya selama-lamanya ialah

رواه أبو دأود عن علي رضي الله عنه قال: كَانَ  آخِرُ كَلاَمِ رَسُوْلِ اللهِ صلى الله عليه وسلم: الصَّلاَة ُالصَّلاَة اتَّقُوْا اللهَ  فِيْمَا مَلَكَتْ  أَيْمَانُكُمْ

Maksudnya: Adalah kalimah terakhir yang diucapkan oleh Rasulullah s.a.w : Sembahyang, sembahyang! Takutkan sekalian kamu kepada Allah pada apa yang dimiliki oleh tangan-tangan kanan kamu (daripada zakat)

2 perkara besar yang diperingatkan oleh nabi iaitu sembahyang dan zakat merupakan suatu yang begitu penting dalam memastikan hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia sesama manusia berjalan dengan baik bagi menjamin keberkatan dan ketenangan hidup. Akibat pengabaian terhadap sembahyang dan sikap tamak yang bukan sahaja kedekut untuk menunaikan zakat malah harta zakat dan rakyat disalahgunakan telah mendatangkan pelbagai masalah dalam negara. Apabila putusnya hubungan manusia dengan Allah sehingga maksiat semakin subur ditambah lagi hubungan kasih sayang, hormat menghormati sesama manusia semakin luntur telah menyebabkan keamanan tergugat dan suasana jahiliah moden mulai merosakkan suasana. Suasana jahiliah sebelum ini menyaksikan penyembahan terhadap berhala serta akhlak rosak termasuk membunuh anak perempuan hidup-hidup. Jahiliah moden lebih dashsyat dengan penyembahan terhadap ideology dan system ciptaan manusia sehingga kehidupan beragama disempitkan kepada ibadat khusus sahaja sehingga kerosakan akhlak semakin teruk termasuk penzinaan yang menyebabkan anak yang tidak berdosa tanpa mengira jantina dibunuh tanpa perikemanusiaan. Oleh itu marilah kita kembali memperkasakan usaha dalam melahirkan umat yang sentiasa menjaga solat dan menunaikan zakat kerana ia juga merupakan asas kepada kelangsungan kepimpinan yang bertaqwa yang selamat di dunia dan akhirat sebagaimana Firman Allah dalam ayat 41 Surah al-Hajj:

الَّذِينَ إِن مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنكَرِ ۗ وَلِلَّـهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ

Maksudnya : Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 55 surah an-Nuur :

وَعَدَ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا ۚ يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا ۚ وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Maksudnya : Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka

Perjuangan dan tugas nabi Muhammad s.a.w dalam mengubah dunia kepada keadaan yang tunduk patuh kepada perintah Allah terus disambung agar dunia tidak kembali rosak oleh kelam jahiliah. Oleh itu tindakan segera Sayyidina Abu Bakar dalam menyelesaikan masalah kepimpinan telah memberi kesan yang besar ketika suasana umat Islam pada masa itu seumpama anak ayam kehilangan ibu. Peranan yang begitu besar dan berat telah dimainkan oleh Sayyidina Abu Bakar terutama dalam memulihkan semangat umat Islam disamping mengambil tegas terhadap golongan murtad, nabi palsu dan golongan yang enggan membayar zakat. Semuanya ini menyedarkan kita bagaimana betapa pentingnya kepimpinan dalam mencorak suasana dalam negara samada kepada taat kepada Allah atau menderhakaiNya, samada tunduk kepada sistem Islam atau mengenepikannya, samada melahirkan ahli ibadat atau meramaikan lagi kaki maksiat, samada mendapat keberkatan daripada langit dan bumi atau mengundang bala daripada Allah. Kepimpinan juga menentukan jatuh bangun sesebuah negara disamping menjaga kedaulatan negara dan apa yang lebih penting menjaga kesucian Islam dan maruah umatnya daripada dipermainkan oleh musuh Islam. Kita berasa malu mempunyai pemimpin yang nampak seumpama jaguh dalam memerangi Israel sedangkan penasihatnya adalah yahudi dan kapal dagang Israel terus berlabuh di negara ini silih berganti. Kita berasa malu mempunyai pemimpin yang bangga membantu rakyat dengan habuan yang sedikit sedangkan harta dan kekayaan negara dirompak dan disalahguna tanpa sekatan dan tindakan sewajarnya. Renungilah ucapan Sayyidina Abu Bakar ketika dilantik menjadi khalifah pertama setelah kewafatan nabi Muhammad sa.w dengan katanya:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya aku telah dilantik dikalangan kamu sedangkan aku bukanlah orang yang terbaik. Maka jika aku melakukan kebaikan maka bantulah aku tetapi sekiranya aku terpesong maka perbetulkanlah aku. Benar itu adalah amanah dan dusta itu adalah khianat. Orang yang lemah di kalangan kamu merupakan orang yang kuat disisiku sehingga aku akan menunaikan kemahuannya serta memberikan haknya semula. Manakala orang yang kuat di kalangan kamu merupakan orang lemah disisiku sehingga aku akan mengambil kembali hak yang telah dirampas. Oleh itu taatilah aku selagimana aku mentaati Allah dan rasulNya dan jika aku mengengkari Allah dan rasulNya maka janganlah kamu mentaatiku”

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 51 surah al-A’araf :

الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَهْوًا وَلَعِبًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا ۚ فَالْيَوْمَ نَنسَاهُمْ كَمَا نَسُوا لِقَاءَ يَوْمِهِمْ هَـٰذَا وَمَا كَانُوا بِآيَاتِنَا يَجْحَدُونَ

Maksudnya : (Tuhan berfirman: Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara ugama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya). Oleh itu, pada hari ini (hari kiamat), Kami lupakan (tidak hiraukan) mereka sebagaimana mereka telah lupa (tidak hiraukan persiapan-persiapan untuk) menemui hari mereka ini, dan juga kerana mereka selalu mengengkari ayat-ayat keterangan Kami

Antara kewajipan kepimpinan Islam ialah menjaga kesucian Islam daripada dipersenda. Kita begitu marah dengan tindakan seorang warga Arab Saudi yang bacul menghina nabi Muhammad s.a.w dalam tulisannya baru-baru ini yang menggambarkan bagaimana nabi Muhammad s.a.w seperti manusia biasa tanpa ada keistimewaan sehingga dia turut menyatakan bahwa dia suka kepada setengah ajaran nabi dan membenci sebahagian yang lain disamping tidak mahu berselawat kepada nabi. Manusia seperti ini mesti diambil tindakan tegas agar dia insaf dan tidak melarat penyakit yang merosakkan aqidah ini kepada orang lain. Mimbar Jumaat hari ini juga mengutuk dan mengecam tindakan tidak bertamadun tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) membakar al-Quran di Afghanistan walau pun mereka telah maaf atas perbuatan biadap itu. Punca musuh Islam berani menghina al-Quran buat sekian kali kerana hanya rakyat bawahan yang bangkit menentang sedangkan pemimpin di atas hanyut dibuai mimpi. Penghinaan terbaru yang berlaku di Negara kita apabila akhbar The Star menyiarkan gambar artis luar negara Erykah yang mempunyai tatoo nama Allah sedangkan gambar sebenar tidak mempunyai kalimah yang mulia itu. Penghinaan ini merupakan kes ketiga The Star menghina Islam setelah kes pertama adalah tulisan seorang editor The Star yang mempertikaikan tindakan Mahkamah Syariah di Pahang yang menjatuhkan hukuman sebat terhadap seorang wanita Islam yang meminum arak. Kes pula kedua adalah kes daging babi panggang untuk berbuka puasa yang disiarkan bulan Ramadhan lalu. Walau pun The Star telah mengantung tugas 2 pekerjanya namun tindakan lebih tegas mesti diambil oleh pemimpin Islam yang bermaruah dan cintakan Islam agar pihak yang menghina Islam tidak berani melakukan perbuatan biadap tersebut pada masa akan datang. Bangkitlah wahai umat Islam bermaruah. Jangan biarkan nama Allah dicerca, Jangan biarkan nabi Muhamamd s.a.w dihina, Jangan biarkan al-Quran dicaci, Jangan biarkan Islam dimaki. Biar bermandi darah kebiadapan musuh wajib disanggah, biar berpisah nyawa dari badan namun kesucian Islam tetap dipertahankan

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

UJIAN DITEMPUH IMAN UTUH

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 144 surah Ali  ‘Imran :

وما محمد إلا رسول قد خلت من قبله الرسل , أفإن مات أو قتل انقلبتم على  أعقبكم  , ومن ينقلب على عقبيه فلن يضر الله شيئا , وسيجزي الله الشكرين .

Maksudnya : Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul. Sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul . Apakah jika baginda wafat atau dibunuh maka kamu akan berpaling tadah (murtad)?. Sesiapa yang berpaling tadah maka dia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikit pun. Dan Allah akan memberi balasan kepada mereka yang bersyukur

         Kita baru sahaja meninggalkan bulan Rabiul Awwal yang telah banyak mencatatkan peristiwa besar kepada sejarah Islam terutama yang berlaku ke atas diri Rasulullah s.a.w sendiri antaranya peristiwa Maulidurrasul , Hijraturrasul ke Madinah dan kewafatan nabi s.a.w. Ketiga-tiga peristiwa ini telah membawa kesan yang besar kepada umat manusia sebagai umat akhir zaman di mana kelahiran nabi Muhammad s.a.w sebagai pembawa rahmat kepada umat manusia yang ketika itu tenggelam dalam kelam jahiliah dan kekufuran setelah begitu lama terhenti penurunan wahyu dengan tiadanya pengutusan nabi atau rasul. Selaku makhluk yang ditugaskan dalam memimpin urusan dunia sebagai khalifah maka manusia begitu memerlukan petunjuk daripada Allah agar tidak terus hanyut dengan kesesatan maka Allah telah mengutuskan nabi Muhammad s.a.w bersama wahyu al-Quran. Manakala peristiwa Hijraturrasul s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah bukan untuk lari daripada penyiksaan yang diterima sepanjang berada di Mekah dalam mengembangkan dakwah Islam tetapi sebagai meluaskan lagi peranan Islam yang bukan sahaja berkait tentang aqidah,akhlak dan ibadat khusus sahaja  sebaliknya meliputi seluruh aspek kehidupan termasuk pemerintahan, ekonomi dan sosial. Peristiwa kewafatan Rasulullah s.a.w pula sebagai memberi isyarat bahawa telah lengkapnya ajaran Islam yang diturunkan kepada nabi serta telah selesainya tugas nabi dalam memberi tunjuk ajar agar umat manusia dapat membezakan antara iman dan kufur, antara Islam dan jahiliah. Walau bagaimana tinggi menggunungnya rasa kasih dan sayang umat Islam terhadap nabi tetapi Allah Maha Berkuasa di atas segala-galanya di mana setelah selesainya segala tugas kenabian dan kerasulannya maka nabi Muhammad s.a.w mesti dikembalikan kepada Allah tetapi dakwah dan tugas dalam mengembangkan Islam mesti diteruskan oleh umat Islam berdasarkan 2 panduan yang berterusan iaitu al-Quran dan Sunnah nabi.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

         Sesungguhnya peristiwa kelahiran nabi Muhammad s.a.w telah menguji keimanan umat manusia terutama golongan ahli Kitab di kalangan Kristian dan yahudi di mana ada di antara mereka yang cuba membunuh nabi walau pun mengenalinya melalui kita Taurat dan Injil tetapi disebabkan nabi berbangsa arab bukannya sebangsa dengan mereka lalu ia dijadikan sebab utama untuk membunuh dan menolak kenabiannya. Begitu juga peristiwa Hijraturrasul yang disebabkan usaha dalam melaksanakan Islam secara menyeluruh di Mekah bagaikan tiada peluang akibat penentangan begitu kuat bermula daripada keluarga nabi yang terdekat. Lanjutan kepada ujian keimanan terutama kepada umat Islam sendiri terus berlangsung dengan kewafatan Rasulullah s.a.w sehingga ada yang kembali murtad kerana tidak dapat menerima berita yang begitu menyedihkan hati itu. Malah para sahabat yang terdekat turut menafikan berita ini termasuk Sayyidina Umar al-Khottab yang memberi amaran akan membunuh sesiapa yang mengatakan nabi Muhammad s.a.w telah wafat kerana baginya Rasulullah s.a.w tidak akan wafat melainkan setelah kaum munafik dihancurkan. Dalam keadaan yang tidak terkawal ini lalu Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq berdiri gagah dihadapan para muslimin lalu mengeluarkan kata-katanya yang tegas :

أيها الناس ! من كان يعبد محمدا فإن محمدا قد مات  ,  ومن كان يعبد الله  فإن الله حي لا يموت

Maksudnya : Wahai sekalian manusia! Sesiapa dikalangan kamu yang menyembah Sayyidina Muhammad s.a.w maka sesungguhnya nabi Muhammad telah wafat dan sesiapa yang menyembah Allah maka sesungguhnya Allah terus hidup dan tidak akan mati

Kemudian Sayyidina Abu Bakar membaca ayat 144 surah Ali  ‘Imran yang mengingatkan para sahabat agar dapat menerima tentang kewafatan nabi walau pun perasaan kasih sayang terhadap nabi begitu mendalam. Bahkan dakwah dan perjuangan Islam mesti diteruskan dalam mengembangkan Islam ke seluruh pelusuk dunia memandangkan kewafatan nabi hanya sebagai isyarat bahawa ajaran Islam telah sempurna dan tugas nabi telah selesai bukannya dijadikan isyarat bahawa dakwah Islam sudah terhenti. Para sahabat dan generasi akan datang termasuk kita pada hari ini mestilah meneruskan tugas suci dan mulia ini walau pun nabi sudah tiada di sisi dan wahyu dari langit sudah terhenti dengan kewafatan nabi.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

         Kasih dan cinta kita kepada nabi Muhammad s.a.w mestilah tinggi dan mendalam bersesuaian dengan ingatan dan betapa kasihnya nabi kepada generasi yang terus beriman dan memperjuangkan Islam walau pun tidak pernah hidup bersama nabi dan tidak pernah melihat wajahnya yang mulia sebagaimana yang pernah dirasai oleh generasi awal terutama para sahabatnya. Kita beriman dan sayang kepada nabi Muhammad s.a.w bukanlah disebabkan mempunyai tali persaudaraan dengan nabi atau sebangsa dengannya sebaliknya kerana atas dasar iman yang mendalam dan perakuan yang tidak berbelah bahagi bahawa baginda adalah nabi lagi rasul akhir zaman. Jika para sahabat nabi dan generasi awal mempunyai kelebihan kerana dapat hidup bersama nabi dan beriman kepadanya serta dapat menyaksikan penurunan wahyu terbaru kepada nabi namun umat Islam yang terus beriman dan memperjuangkan Islam serta kasih kepada nabi walau pun tidak pernah menatap wajahnya tetap mempunyai kelebihannya sendiri. Ini dapat kita fahami daripada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Jum’ah al-Ansori :

قَالَ قُلْتُ يَا رَسُوْلَ الله ِهَلْ مِنْ قَوْمٍ أَعْظَمَ أَجْرًا مِنَّا آمَنَّابِكَ وَاتَّبَعْنَاكَ؟ . مَا يَمْنَعُكُمْ مِنْ ذلِكَ وَرَسُوْلُ اللهِ بَيْنَ أَظْهَرَكُمْ  يَأْتِيْكُمْ بِالوَحْيِ مِنَ السَّمَاءِ بَلْ قَوْمٌ يَأْتُوْنَ مِنْ بَعْدِكُمْ يَأْتِيْهِمْ كِتَابُ اللهِ بَيْنَ لَوْحَيْنِ فَيُؤْمِنُوْنَ بِيْ وَيَعْمَلُوْنَ بِمَا فِيْهَ أُولئِكَ أَعْظَمُ مِنْكُمْ أَجْرًا    

 ( رواه أحمد والدارمي والباقوردي وابن قانع فى مجمع الصحابة والبخاري فى تاريخه والطبراني والحاكم عن أبي جمعة الأنصاري )

Maksudnya : Telah berkata Abu Jum’ah al-Ansori bahawa aku telah bertanya : Wahai Rasulullah! Adakah suatu kaum yang lebih besar pahalanya daripada kami sedangkan kami beriman kepada engkau dan kami mengikuti engkau?. Lalu nabi bersabda yang bermaksud : Apakah yang menghalang kamu untuk beriman kepadaku sedangkan diri Rasulullah s.a.w ada di sisi kamu dan wahyu datang kepadamu langsung dari langit. Tetapi akan ada lagi suatu kaum yang akan datang kepada mereka Kitab Allah (al-Quran) yang ditulis di antara dua Luh maka mereka lantas beriman kepadaku dan mereka amalkan apa yang tersebut di dalamnya. Mereka itulah merupakan golongan yang mendapat pahala yang besar daripada kamu.

         Begitu juga dengan sebuah lagi hadis daripada Abu Said al-Khudri di mana dia berkata :

أَنَّ رَجُلا قَالَ : يَارَسُوْلَ اللهِ طُوْبَى لِمَنْ رَآكَ وَآمَنَ بِكَ  قَالَ : طُوْبَى لِمَنْ رَآنِي وَآمَنَ بِي وَ طُوْبَى  ثُمَّ طُوْبَى ثُمَّ طُوْبَى لِمَنْ آمَنَ بِيْ وَلَمْ يَرَنِيْ           ( أخرجه أحمد وابن حبان عن أبي سعيد الخدري )

Maksudnya : Bahawasanya seorang lelaki  berkata kepada Rasulullah s.a.w : Berbahagialah bagi sesiapa yang melihat engkau dan beriman kepada engkau. Lalu baginda bersabda yang bermaksud :  Berbahagialah bagi sesiapa yang melihat aku dan beriman kepadaku. Dan berbahagialah kemudian berbahagialah kemudian berbahagialah bagi sesiapa yang beriman kepadaku sedangkan dia tidak pernah melihatku.

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

Kedatangan Rabiul Akhir kali ini bersama dengan berterusannya  jenayah terbaru yahudi di bumi Palestin pada hari ini terutama dalam memastikan seluruh bumi umat Islam di Asia Barat terus tunduk dan mengiktiraf negara haram Israel selepas penjajahan baru di Iraq telah mengingatkan kita bahawa betapa lemahnya umat Islam hari ini akibat perpecah dan menjauhi ajaran Islam yang menyeluruh berbanding umat Islam dahulu yang begitu kuat dalam membebaskan Masjid al-Aqsa dan bumi Palestin. Kita ingat bagaimana Peperangan Hittin yang berlaku pada bulan Rabiul Akhir tahun 583 Hijrah bersamaan bulan Julai tahun 1187 Masihi di mana tentera Islam telah berkumpul dalam melancarkan serangan secara besar-besaran di persisiran pantai berhampiran dengan Tasik Tiberias di Palestin di bawah pimpinan panglima Salahuddin Al-Ayubi. Manakala tentera musuh yang terdiri dari tentera Salib pula berkumpul di sebelah Barat Tasik Tiberias dan terus berada di sana pada malam tersebut. Pasukan tentera perisik dari angkatan tentera Islam telah berjaya mengikuti perjalanan tentera dan tempat-tempat perkhemahan musuh. Lalu angkatan tentera Salahuddin membuat kepungan terhadap tentera Salib pada waktu malam sehinggalah terbit cahaya pagi di mana pada pagi tersebut memang ternyata berlakunya peperangan yang sangat besar berhampiran dengan kampung Hittin di sebelah barat Tasik Tiberias dan di sebelah timur bandar Akko dan Haifa. Pada masa tersebut tentera Salib yang begitu ramai berjaya ditumpaskan kesemuanya di mana tentera Salib yang tinggal hanyalah seramai 150 orang sahaja di mana mereka kemudiannya dijadikan tawanan termasuk pembesar-pembesar dan pemimpin-pemimpin mereka. Peperangan Hittin adalah merupakan mercu tanda kemenangan Islam yang sangat gemilang sejak zaman berzaman yang membawa kepada pembebasan Masjid Aqsa dan seluruh bumi Palestin daripada cengkaman tentera Salib. Semoga kejayaan ini dapat berulang kembali dalam menghentikan darah umat Islam Palestin daripada terus dihirup oleh zionis yahudi serta bangsa pengganas yahudi yang banyak melakukan kerosakan di atas muka bumi ini dapat dihancurkan segera. Jika yahudi terus berada di bumi Palestin maka bukan sahaja kedudukan Qiblat pertama umat Islam iaitu Baitul Maqdis terus terancam malah Masjid Nabawi di Madinah serta Ka’abah di Mekah turut tergugat terutama bangsa yahudi pengganas ini telah beberapa kali mencadangkan agar Ka’abah dibom. Takutlah kepada Allah nescaya manusia akan hormat kepada kita. Sebaliknya jika kita tidak takut kepada Allah maka semestinya kita akan takut kepada manusia.

Firman Allah dalam ayat 128 dan 129 surah at-Taubah

لقد جاءكم رسول من أنفسكم عزيز عليه ما عنتم حريص عليكم بالمؤمنين رؤوف رحيم  .  فإن تولوا فقل حسبي الله لاإله إلا هو  عليه توكلت وهو رب العرش العظيم  .

Maksudnya : Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin. Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah : “Cukuplah Allah bagiku, tiada tuhan selain Dia, hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arasy yang agung”.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

65. IKTIBAR PEPERANGAN MAZAR 12 HIJRAH

 

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  261 surah al-Baqarah :

مثل الذين ينفقون أمولهم فى سبيل الله كمثل حبة أنبتت سبع سنابل فى كل سنبلة مائة حبة  والله يضــعف لمن يشاء والله وسع عليم

Maksudnya : Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya        

Kita kini berada pada bulan Sofar yang turut mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk direnungi bersama oleh umat Islam. Antaranya peristiwa Peperangan Al-Mazar yang telah berlaku pada bulan Safar tahun 12 Hijrah. Ia meletus akibat daripada peperangan Zat As-Salasil yang berlaku sebelum itu yang menyebabkan terbunuhnya panglima perang Parsi dianggap tidak memadai untuk mengecewakan maharaja Parsi, lalu peperangan Al-Mazar dicetuskan sebagai peperangan tambahan dalam melemahkan lagi kekuatan tentera Parsi. Sayyidina Khalid bin Al-Walid r.a telah telah diberi tanggungjawab yang besar iaitu memikul amanah sebagai panglima tentera Islam di mana tentera Islam di bawah pimpinannya ini telah bertempur dengan tentera Parsi yang mempunyai bilangan yang ramai dan dipimpin oleh seorang panglima yang bergelar Qorin. Di dalam peperangan Al-Mazar ini tentera Parsi berjaya dikalahkan oleh tentera Islam, malah Parsi terpaksa mengorbankan seramai 30,000 tentera. Belum lagi keletihan yang di alami oleh tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid bin Al-Walid hilang di dalam peperangan Al-Mazar itu, mereka telah memasuki satu peperangan lain melawan tentera Parsi yang besar di akhir bulan Safar yang dikenali sebagai peperangan Alis. Di dalam peperangan Alis ini sekali lagi tentera Parsi terpaksa mengalami kerugian yang besar walaupun mereka membekalkan dengan kekuatan ketenteraan yang begitu ramai, di mana Parsi terpaksa mengorbankan sejumlah 70,000 tenteranya. Boleh dikatakan kesemua peperangan yang dilancarkan oleh tentera Islam bagi menghadapi kekuatan tentera Parsi adalah di dahului dengan perancangan yang halus, iaitu selama mana musuh menggunakan kekuatan tentera yang cukup besar, maka peperangan secara bertalu-talu digunakan dalam tempoh waktu yang lama. Tentera Islam menunggu sehingga pihak musuh menjadi lemah akibat kerosakan dan penderitaan semasa perang barulah serangan secara menyeluruh dapat dilakukan di mana akhirnya tentera Islam berjaya mencapai kemenangan

            Kemenangan yang besar ini telah membolehkan tentera Islam melemahkan kekuatan Empayar Parsi yang merupakan antara kuasa besar dunia pada masa itu. Kekuatan aqidah dan ikatan kukuh kepada Allah serta bersatunya umat Islam di bawah panji kalimah suci

 لاإِلهَ إِلا اللهُ مُحَمًَّد َرَسُوْلُ اللهُ    telah mendatangkan pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dijanjikan. Walau pun Rasulullah s.a.w telah pun wafat namun usaha di dalam menyebarkan dakwah Islam terus dijalankan malah janji kemenangan daripada Allah dan rasulNya bahawa kuasa Rom dan Parsi akan jatuh telah menyemarakkan lagi semangat jihad umat Islam untuk melihat Islam merajai dan memimpin dunia. Jumlah yang kecil bukan bererti lemah tetapi apa yang paling penting ialah keimanan kepada Allah serta keikhlasan diri dalam memperjuangkan agama Islam yang suci.

 

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

            Apabila kita melihat kepada catatan sejarah Islam maka kita dapati bagaimana kehebatan Sayyidina Khalid ibnu Walid dalam mengetuai peperangan samada ketika belum Islam atau selepas keislamannya. Peperangan Uhud telah menukilkan bagaimana Khalid bin Walid yang belum lagi memeluk Islam pada masa itu telah diberi tanggungjawab dalam mengetuai angkatan berkuda kuffar Quraisy sehingga dengan perancangannya yang rapi telah menyebabkan tentera Islam tewas. Setelah beliau memeluk Islam maka seluruh kebijaksanaannya terutama dalam peperangan telah dicurahkan untuk perjuangan Islam. Sebelum kewafatan Rasulullah s.a.w, Sayyidina Khalid Ibnu Walid mula menjadi panglima perang Islam dalam peperangan Mu’tah  melawan tentera Rom setelah  ketiga-tiga panglima yang dilantik oleh Rasulullah s.a.w  telah gugur syahid dalam peperangan ini. Kehebatan dan ketangkasan Khalid Ibnu Walid begitu terserlah apabila kebanyakan peperangan melawan Rom dan Parsi yang diketuainya telah berjaya sehingga ketaatan dan keikhlasannya pernah diuji oleh Khalifah Uthman bin Affan di mana beliau telah membuat tindakan mengejut dengan melucutkan jawatan Khalid Ibnu Walid  sebagai panglima perang dalam peperangan Yarmouk. Sayyidina Umar yang baru dilantik menjadi khalifah setelah kewafatan Sayyidina Abu Bakar telah membuat keputusan yang membahayakan ini ketika pertempuran sengit sedang berlangsung. Namun begitu Khalid Ibnu Walid menerima arahan itu dengan tenang malah memberi kerjasama yang sebaiknya kepada panglima Islam yang baru dilantik sehingga kerjasama mereka telah berjaya menyembunyikan pemecatan itu daripada pengetahuan tentera Islam sehingga berjaya mencapai kemenangan gemilang. Ketika ditanya mengenai pemecatan ini lalu Sayyidina Umar menjawab bahawa beliau begitu bimbang jika tentera Islam hanya bersemangat untuk berperang kerana dipimpin oleh Khalid Ibnu Walid dan juga risau jika Khalid Ibnu Walid  semakin lupa kepada pertolongan Allah yang lebih utama berbanding kehebatan dirinya yang sentiasa diberikan kemenangan. Sikap taat kepada Allah dan patuh kepada pemimpin telah menjadikan Khalid Ibnu Walid seorang yang disanjung. Malah Khalid Ibnu Walid pernah menempelak golongan yang takut pergi berjihad di medan perang kerana takut mati dengan katanya : “ Sungguh hina mereka takut berperang kerana takut mati sedangkan aku pernah menyertai ratusan peperangan dengan harapan aku mati syahid tetapi akhirnya aku hanya mati di atas katil sahaja”.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Bulan Sofar turut memahat peristiwa tentang kematian panglima Islam Solehudin al-Ayyubi yang terkenal dengan jasanya yang begitu besar dalam membebaskan masjid al-Aqsa, Baitul Maqdis daripada cengkaman Empayar Rom. Keimanan yang tinggi kepada Allah dan rasulNya serta keyakinan dengan janji Allah bahawa Masjid al-Aqsa bakal dibebaskan daripada cengkaman kesesatan dan kezaliman telah menyemarakkan lagi semangat Solahuddin al-Ayyubi bersama tentera Islam untuk terus berjuang dalam membebaskan Baitul Maqdis. Solahuddin al-Ayyubi yang berbangsa Kurdi dan anak kelahiran Tikrik, Iraq yang juga tempat lahir Saddam Husein telah melakukan pelbagai perancangan dalam menawan semula Baitul Maqdis milik umat Islam. Kekalahan pemimpin dan tentera Islam sebelum ini tidak pernah melunturkan semangat jihad beliau dalam memperjuangkan Islam dan membebaskan Baitul Maqdis. Selain membina kubu hampir di kesemua negara keliling Baitul Maqdis, beliau turut menggulingkan raja-raja yang lebih mementingkan kepentingan diri daripada memperjuangkan Islam. Ketika hampir berjaya menawan Baitul Maqdis setelah banyak kali dipatahkan oleh tentera Rom maka Solahuddin al-Ayyubi  telah memeriksa setiap khemah tenteranya dan didapati ramai dikalangan tenteranya sedang solat tahajjud dan membaca al-Quran serta sedikit daripada mereka yang tidur. Lalu keesokan harinya beliau telah mengarahkan agar tenteranya yang tidur supaya tidak turut serta dalam serangan kerana hanya tentera yang sentiasa dekat dengan Allah sahaja yang diperlukan dalam mengalahkan musuh. Akhirnya Allah mendatangkan kemenangan yang gemilang yang terus dikenang sehingga hari ini setelah segala syarat kemenangan telah dipenuhi dengan penuh keikhlasan kepada Allah.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

            Melalui contoh yang ditunjukkan oleh 2 panglima Islam yang agung itu maka seluruh umat Islam wajib mengikuti cara mereka antaranya kembali bersatu di bawah panji Islam, yakin terhadap janji kemenangan daripada Allah serta berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya dengan penuh keikhlasan kepada Allah. Penderitaan umat Islam serta penjajahan baru terhadap negara umat Islam pada hari ini tidak mampu dihentikan oleh umat Islam yang berpecah dan jauh daripada ajaran Islam yang sebenar. Malah Rasulullah s.a.w dan para sahabat serta pejuang Islam silam bukan memperolehi kemenangan dengan mudah sebaliknya terpaksa berkorban jiwa raga barulah kemenangan diraih. Kemenangan Islam bukan mudah diperolehi semata-mata bilangan yang ramai dan kuat pada kelengkapan senjata semata-mata sedangkan aqidah umat Islam begitu lemah yang menyebabkan ramai di kalangan umat Islam lebih suka tunduk kepada kuffar daripada berjuang untuk Islam. Malah bumi Iraq hari ini mudah dijajah kerana umat Islam berpecah malah ada yang sanggup membantu musuh untuk menjajah dan ramai pemimpin yang tahu bersuara lantang tetapi dalam masa yang sama terus sujudk di kaki musuh. Amerika sehingga kini gagal membuktikan mengenai senjata pemusnah dan kimia milik Iraq dan mereka hanya berjaya menggulingkan Saddam Husein tetapi belum mampu menangani masalah kepimpinan yang baru di Iraq. Amerika tidak layak bercakap tentang demokrasi kerana merekalah yang pernah mencabul sistem demokrasi di Algeria dan Turki apabila gerakan Islam mendapat kejayaan. Amerika juga tidak layak bercakap bahawa mereka sahaja mampu menggulingkan Saddam sedangkan menurut seorang tokoh gerakan Islam Iraq bahawa jika sekadar mahu menggulingkan Saddam maka  gerakan Islam Iraq sendiri sudah mampu melakukannya sejak 10 tahun lalu. Memandangkan keadaan rakyat Iraq yang berpecah mengikut bangsa terbesar kepada Arab dan Kurdi dan mengikut mazhab kepada Sunni dan Syiah maka penggulingan Saddam lebih memburukkan suasana sedangkan rakyat sendiri berpecah pula kepada pro-Islam, ideologi kebangsaan, sosialis, komunis dan lain-lain disamping Iraq terus menjadi rebutan penjajah luar serta dikenakan sekatan ekonomi. Kebanyakan ulama’ Iraq berpendapat lebih kurang mudharat dengan membiarkan Saddam memerintah manakala gerakan Islam terus menyedarkan rakyat Iraq agar kembali kepada Islam yang membolehkan pemerintahan Islam yang bakal naik selepas itu mudah untuk memerintah apabila  rakyat Iraq semakin faham dengan ajaran Islam yang menyeluruh. Penjajahan terhadap Iraq dan amaran keras terhadap Syria serta Iran mendedahkan lagi hasrat jahat yahudi untuk menguasai bumi Arab bagi menjayakan pembinaan negara Israel Raya dengan memperkudakan kuasa Kristian Amerika serta memandulkan peranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Umat Islam mesti berhenti daripada berpecah agar musuh tidak terus memerintah dan meratah kita. Umat Islam mesti kembali bersatu agar usaha jahat musuh menjadi buntu. Kembalilah kita kepada Islam agar kita terus dimuliakan oleh Allah di dunia dan akhirat.

Ingatlah firman Allah   ayat 74 surah al-Nisa’ :

فليقــتل فى سبيل الله الذين يشرون الحيــوة الدنيا بالآخرة ومن يقــتل فى سبيل الله فيقتل أو يغلب فسوف نؤتيه أجرا عظيما

Maksudnya : Oleh itu, orang-orang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,093 other followers