24. KESATUAN ULAMA’ DAN UMARA’

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ ….

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  37 surah al-Ra’adu :

وكذلك أنزلناه حكما عربيا ولئن اتبعت أهواءهم بعد ما جاءك من العلم مالك من الله من ولي ولاواق

Maksudnya : Dan demikianlah Kami telah menurunkan al-Quran itu sebagai peraturan dalam bahasa Arab.Sekiranya kau mengikuti hawa nafsu mereka setelah datang pengetahuan kepadamu. Tiada sekali-kali pelindung dan pemelihara bagimu terhadap siksaan Allah

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Kini kita berada di awal bulan Sofar di mana pada akhir bulan inilah Rasulullah s.a.w  selepas pulang daripada mengerjakan haji wida’ pada tahun 10 Hijrah telah mengatur tentera di bawah kepimpinan seorang pemuda yang bernama Usamah bin Zaid bagi menghancurkan kubu kerajaan Rom yang terletak di Balqa’, Jordan dan Palestin. Namun begitu ketika persiapan terakhir tentera Islam bagi menjalankan misi penting ini, tiba-tiba Rasulullah s.a.w telah ditimpa sakit tenat yang membawa kepada kewafatan baginda di keheningan pagi hari Isnin 12 Rabiul Awwal tahun 11 Hijrah. Kewafatan Rasulullah s.a.w setelah segala ajaran Islam yang meliputi ibadat, sosial, ekonomi, pentadbiran dan seluruh aspek kehidupan manusia telah sempurna. Ajaran dan sistem Islam yang sempurna ini ditinggal bersama dengan 2 sumber rujukan yang utama iaitu al-Quran dan Hadis bagi mengelakkan umat manusia daripada tersesat dan kembali kepada kehidupan jahiliah. Kewafatan Rasulullah s.a.w bukanlah bererti segala ajaran dan sistem Islam terhenti pelaksanaan dan penghayatannya tetapi ia diteruskan oleh para sahabat dan ulama’ yang dikatakan pewaris para nabi dalam menunaikan kewajipan dakwah dan mentadbir dunia berasaskan Islam Tanggungjawab ini ditunaikan dengan penuh cermat oleh pemimpin Islam dibantu oleh para ulama’ bagi memastikan kemurnian Islam terjaga dan keadilan sejagat terus terbela daripada dirosakkan oleh tangan-tangan ganas yang begitu dahagakan kemusnahan dan huru-hara.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Gabungan dan kesatuan antara pemimpin dan ulama’ dalam menjalankan amanah besar dengan melaksanakan segala ajaran dan sistem Islam bagi menjamin keadilan dan keamanan dalam negara telah berjalan dengan baik termasuk di Alam Melayu. Contoh yang dapat lihat ialah bagaimana yang berlangsung di Acheh di zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Islam Acheh apabila Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam telah melantik Syeikh Hamzah Fansuri dan Syeikh Syamsudin Sumetrani sebagai penasihatnya. Sultan selepas itu pula iaitu Sultan Iskandar Thani Mahkota Alam telah melantik Syeikh Nuruddin Raniri dan Syeikh Abdul Rauf Singkel sebagai penasihat dalam mentadbir negara dan menyebarkan Islam. Gabungan yang mantap antara pemimpin dan ulama’ telah membawa negara ke arah kegemilangan tamadun yang berasaskan material dan rohani secara serentak.

Selepas kejatuhan Khilafah Uthmaniah Turki ditangan penjenayah sekulerisme yang dipimpin oleh Mustafa Kamal at-Tartuk pada tahun 1924 maka gabungan antara pemimpin dan ulama’ menjadi renggang kerana biasanya pemimpin negara umat Islam dipilih daripada kalangan yang berfahaman penjajah hasil daripada strategi musuh Islam yang begitu teratur dalam memastikan Islam tidak mampu bangkit sebagai suatu kuasa besar sebagaimana sebelum ini. Kebanyakan ulama’ yang ikhlas berjuang dalam mengembalikan semula kekuasaan dan kegemilangan Islam telah mengambil jalan menegur dan menasihati pemimpin yang begitu terpengaruh dengan sistem kuffar melalui jalan luar dengan menolak untuk bersatu dengan pemimpin selagimana mereka tidak melaksanakan perintah dan amanah Allah. Kebanyakan ulama’ memilih jalan sebagaimana yang diambil oleh imam Ahmad bin Hambal yang tidak mahu menerima jawatan yang ditawarkan oleh khalifah Makmun dan Muktasim disebabkan khalifah pada masa itu dipengaruhi oleh aliran muktazilah yang terkeluar daripada golongan ahli Sunnah wal jamaah. Imam Ahmad bin Hambal terus bertegas dengan keputusannya walau pun dipenjara dan disiksa begitu lama sehinggalah Khalifah Mutawakkil yang dikenali sebagai penegak ahli sunnah wal jamaah naik menjadi khalifah barulah beliau dibebaskan. Tindakan ini disebabkan perlantikan mereka nanti bukanlah bertujuan untuk menasihat tetapi terpaksa mengikut segala kemahuan pemimpin yang kebanyakannya bertentangan dengan Islam yang sebenar.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Dalam menyedarkan kesesatan pemimpin yang berjaya mempengaruhi rakyat melalui ideologi sekularisme yang pernah disifatkan oleh Syeikh Mustafa Sobri iaitu Mufti terakhir Khilafah Uthmaniah Turki di mana beliau menyatakan bahawa sekuler merupakan jalan pintas ke arah kemurtadan. Disebabkan berfahaman sekuler iaitu pemisahan antara agama dan urusan dunia maka pemimpin berani menghina Islam serta menghalalkan apa yang diharamkan serta mengharam apa yang dihalalkan oleh Allah seperi arak dan riba. Para pemimpin sanggup berperang dengan Allah dan rasul dengan menghalalkan riba yang menyebabkan umat Islam menjadi hina dan melarat di negara sendiri. Rakyat yang dijahilkan terus terikut dengan rentak pemimpin mereka sehingga  suasana dalam negara menjadi bercelaru apabila agama hanya dilaksanakan dalam urusan ibadat khusus dan nikah kahwin sahaja.

Melihat suasana penghayatan Islam mula hilang ditelan oleh keganasan serangan fahaman sekularisme menyebabkan ulama’ yang benar-benar ikhlas berjuang dalam memartabatkan Islam bangun menerangkan garisan antara Islam dan kufur. Tindakan berani mereka walau pun terpaksa menghadapi senapang pemerintah dan dipenjara namun demi Islam segala jiwa raga sanggup dikorbankan. Pengorbanan suci ini mestilah kita semua hargai dan sanjungi serta membantu para ulama’ yang meneruskan perjuangan dalam memastikan Islam berjaya ditegakkan kembali. Ulama’ bukanlah pengganas yang dahagakan darah manusia dan suka kepada perpecahan tetapi mereka adalah golongan yang cintakan kedamaian dengan memastikan semua hak umat manusia ditunaikan dan dikawal dengan sistem Islam yang sememangnya bersesuaian dengan fitrah kejadian manusia. Dengan usaha dan pengorbanan murni merekalah maka kita pada hari ini dapat mengenali apakah Islam yang sebenar dan kita tidak hanyut dengan laungan agama suku politik suku yang dibawa oleh pendakyah sekularisme. Disamping itu Allah tidak menurunkan bala yang terlalu berat untuk dipikul oleh kita sebagaimana yang berlaku di Palestin, Kashmir, Bosnia dan sebagainya. Ini disebabkan para ulama’ di negara kita telah memainkan peranan mereka setakat yang mampu walau pun dihalang dan disekat dengan pelbagai cara dalam mnghadapi kesesatan sistem dan kezaliman pemimpin sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat 117 surah Hud :

وما كان ربك ليهلك القرى بظلم وأهلها مصلحون

Maksudnya : Dan Tuhanmu tidak sekali-kali mahu membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya selagimana mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Keberanian pemimpin dalam menghina hukum Islam telah menyebabkan ramai umat Islam yang berani murtad dan tanpa segan silu datang ke pejabat pendaftaran negara untuk menukar nama dan agama mereka dalam kad pengenalan dengan nama bukan Islam. Kelantangan pemimpin dalam menghina ulama’ dan meminta agar al-Quran ditafsirkan semula menyebabkan bertambah cergasnya gerakan anti hadis dan orang yang sanggup menterjemahkan al-Quran walau pun tidak tahu bahasa arab yang menyebabkan dia membawa ajaran sesat bahawa sembahyang hanya 3 waktu sahaja sehari semalam bukannya 5 waktu. Ini ditambah lagi dengan keberanian sekumpulan remaja yang berani membakar ayat al-Quran bertujuan memanaskan badan mereka daripada kesejukan pagi dengan alasan mereka tidak tahu bahawa ayat al-Quran merupakan sesuatu yang mulia di dalam Islam. Keadaan bertambah berat apabila baru-baru ini pemimpin negara menyatakan bahawa beliau tidak pernah membaca al-Quran dalam bahasa arab sedangkan al-Quran hanya dalam bahasa arab sahaja dan tiada dalam bahasa lain.

Oleh itu usaha dalam menyekat penerangan mengenai garisan iman dan kufur amatlah merbahaya walaupun dengan alasan menggugat perpaduan sedangkan semangat kebangsaan yang bertentangan dengan Islamlah yang menjadi punca kepada perpecahan ditambah dengan kezaliman sistem dan penindasan yang dilakukan oleh pemimpin yang mula merasakan bahawa jawatan dan harta yang dimiliki mula tergugat apabila rakyat mula kembali dan bersatu kepada mendokong Islam yang sebenar

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Kepimpinan nabi Ibrahim a.s DiContohi Kebahagiaan DiRai

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 6  surah al-Mumtahinah :

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِيهِمْ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْ‌جُو اللَّـهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ‌ ۚ وَمَن يَتَوَلَّ فَإِنَّ اللَّـهَ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ

Maksudnya : Demi sesungguhnya! Adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim a.s dan pengikut-pengikutnya itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan (balasan baik) hari akhirat. Dan sesiapa yang berpaling daripada mencontohi mereka, (maka padahnya akan menimpa dirinya sendiri), kerana sesungguhnya Allah Dia lah Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

Kita baru sahaja menyambut ketibaan hari raya korban di mana pagi tadi kita sama-sama solat sunat hari raya secara berjemaah dan mengambil manfaat daripada khutbah hari raya. Ada antara kita telah pun selesai melakukan ibadat korban sebagaimana yang digalakkan oleh nabi Muhammad s.a.w dan ramai lagi akan turut berbuat amalan sunat ini sehingga berakhirnya hari Tasyriq iaitu 13 Zulhijjah nanti. Kedatangan hari raya korban begitu banyak meninggalkan kesan dalam membentuk diri ke arah yang lebih cemerlang dan hampir kepada Allah. Antaranya melalui kisah nabi Ibrahim a.s yang begitu banyak mendidik kita di mana nabi yang mulia ini bukan sahaja tidak terpengaruh dengan suasana jahiliah pada zaman remajanya malah bangkit mempertahankan iman disamping begitu bersungguh menjalankan kerja-kerja dakwah dalam menghancurkan jahiliah. Kekuatan hujah nabi Ibrahim a.s terpaksa berdepan dengan tindakan menggunakan kekuatan kuasa oleh Raja Namrud sehingga nabi Ibrahim a.s dibakar hidup-hidup sebagaimana yang dikisahkan oleh Allah dalam ayat 68-69 surah al-Anbiya’ :

قَالُوا حَرِّ‌قُوهُ وَانصُرُ‌وا آلِهَتَكُمْ إِن كُنتُمْ فَاعِلِينَ ﴿٦٨﴾ قُلْنَا يَا نَارُ‌ كُونِي بَرْ‌دًا وَسَلَامًا عَلَىٰ إِبْرَ‌اهِيمَ

Maksudnya : (Setelah tidak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: “Bakarlah dia dan belalah tuhan-tuhan kamu, jika betul kamu mahu bertindak membelanya!” . Kami berfirman: “Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada nabi Ibrahim! “.

Kisah ini mengajar kita supaya bersungguh dalam memperkasakan pendidikan agama bagi menjadi benteng daripada mudah ditipu dengan sebarang bentuk pemikiran dan cara hidup yang bertentangan dengan Islam. Kita begitu kecewa apabila peruntukan untuk sekolah agama rakyat (SAR) tidak dimasukkan dalam belanjawan 2013 dengan alasan tidak berdaftar dengan kementerian terbabit sedangkan dalam masa yang sama boleh menyumbang puluhan juta kepada sekolah jenis kebangsaan dalam suatu majlis yang penuh sarat dengan penghinaan terhadap hukum Islam termasuk Hudud.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 24-25 surah As-Sajadah :

وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِ‌نَا لَمَّا صَبَرُ‌وا ۖ وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ ﴿٢٤﴾ إِنَّ رَ‌بَّكَ هُوَ يَفْصِلُ بَيْنَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ

Maksudnya : Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami. (Pertentangan di antara satu golongan dengan yang lain itu) sesungguhnya Tuhanmu sahajalah yang akan memutuskan hukumNya di antara mereka pada hari kiamat, mengenai apa yang mereka berselisihan padanya.

Pertembungan antara iman dan kufur, perlawanan antara Islam dan jahiliah, pertentangan antara hak dan batil  terus berlangsung hingga hari qiamat. Al-Quran membawa banyak kisah pemimpin yang mesti kita contohi untuk kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat seperti kepimpinan nabi Ibrahim, nabi Musa dan nabi Muhammad s.a.w. Kepimpinan yang berteraskan kepada wahyu Allah ini bukan sahaja menunjuk kepada umat manusia bagaimana menguruskan dunia berdasarkan agama malah menitikberatkan tentang kehidupan dunia berkait rapat dengan akhirat agar kepimpinan tidak tergelincir daripada garisan yang telah ditetapkan oleh syarak. Kepimpinan yang adil dan hebat ini memerlukan kepada kesabaran dan keyakinan yang tinggi dalam mencapainya seterusnya mempertahankannya kerana ia dibenci oleh manusia yang dihasut oleh hawa nafsu dan syaitan. Kepimpinan ini bukan sahaja memberi keamanan kepada rakyat jelata di dunia malah sentiasa bersungguh dalam menyelamatkan umat daripada daripada api neraka di akhirat.

Kepimpinan ini akan sentiasa dicabar dan dimusuhi oleh manusia yang bertuhankan hawa nafsu dan syaitan seperti pemerintahan Raja Namrud, Firaun, Abu Lahab dan manusia bongkak yang lain. Kepimpinan jahiliah ini sepastinya hanya menjadi dunia sebagai matlamat utama dengan menolak keimanan terhadap balasan akhirat sehingga tidak mempedulikan lagi masalah sesat, zalim, dosa, khianat dalam kamus pemerintahan mereka. Inilah yang digambarkan oleh Allah dalam ayat 41-42 surah al-Qasas :

وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً يَدْعُونَ إِلَى النَّارِ‌ ۖ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يُنصَرُ‌ونَ ﴿٤١﴾ وَأَتْبَعْنَاهُمْ فِي هَـٰذِهِ الدُّنْيَا لَعْنَةً ۖ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ هُم مِّنَ الْمَقْبُوحِينَ

Maksudnya : Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua (dalam kesesatan) yang mengajak ke neraka (dengan kekufurannya), dan pada hari kiamat pula mereka tidak mendapat sebarang pertolongan. Dan Kami iringi mereka dengan laknat di dunia ini, dan pada hari kiamat pula adalah mereka dari orang-orang yang tersingkir (dari rahmat Kami) dengan sehina-hinanya.

Sidang Jumaat yang dikasihi Allah,

Menyedari tentang betapa pentingnya kepimpinan Islam dalam meruntuhkan pemerintahan jahiliah maka menjadi kewajipan kita bersama untuk memilih pemimpin yang benar-benar berjuang dalam menegakkan Islam agar kita bahagia dunia dan tidak menyesal di akhirat sana. Jika pemimpin dalam rumahtangga banyak mencorakkan cara hidup anak isteri samada taat kepada Allah atau lebih banyak menderhakaiNya apatah dalam negara. Kita telah menyaksikan semakin banyak berlakunya pertukaran kepada kepimpinan di beberapa negara terutama di negara arab dan Afrika akibat kebangkitan rakyat di atas kezaliman dan penindasan yang berlaku. Oleh itu kita juga mesti memastikan sebarang pemilihan pemimpin berdasarkan Islam bukan seperti yahudi yang meletakkan matlamat dunia semata-mata dalam menentukan kepimpinan Negara seperti calon Presiden Amerika mesti mesra yahudi barulah mendapat sokongan tertinggi.

Melalui ibadat korban juga sepatutnya banyak mengajar para pemimpin untuk berkorban demi kebahagiaan rakyat bukannya mengorbankan rakyat untuk kepentingan diri sendiri. Akhirnya banyak alasan diberi bila kos sara hidup semakin tinggi seperti kenaikan harga gula supaya rakyat hidup sihat dengan mengurangkan penggunaan gula, bil elektrik dan air naik supaya rakyat lebih jimat dalam penggunaan elektrik dan air sedangkan pembaziran, rasuah dan pecah amanah terus berlaku tanpa sebarang usaha bersungguh dalam mengubatinya. Kini ditambah dengan pelaksanaan saman melalui Sistem Kamera Penguatkuasaan Automatik (AES) atas alasan mendidik rakyat ketika di jalanraya sedangkan apa yang kita nampak saman ini akan mencekik rakyat untuk keuntungan berapa kerat pihak yang berkepentingan. Jangan dek habuan ratusan ringgit kita lupa penyelewengan dan pembaziran wang Negara berjuta malah berbilion ringgit. Jadilah mukmin yang sebenar yang tidak mudah dijual beli dan ditipu berkali-kali

قال الرسول: لاَ يُلْدَغُ الْمُؤْمِنُ مِنْ جُحْرٍ وَاحِدٍ مَرَّتَيْنِ – رواه البخاري ومسلم

Maksudnya : Seorang mukmin tidak akan disengat dari lubang yang sama 2 kali

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Tidak lupa pada hari mulia ini untuk sama-sama berdoa kepada para jemaah haji yang sedang berada di Mina pada hari ini untuk sama melontar di Jumratul Aqabah agar mereka dikurniakan dengan haji yang mabrur yang dijanjikan ganjaran yang hebat di sisi Allah sebagaimana yang disebut melalui nabi s.a.w

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُأَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:  العُمْرَةُ إِلَى العُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا، وَالحَجُّ المَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الجَنَّةَ  - مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.

Maksudnya : Antara umrah kepada umrah lainnya itu akan menghapuskan dosa di antara keduanya. Dan haji mabrur tidak ada balasannya melainkan Syurga.

            Melalui amalan melontar ini kita dapat mengambil pengajaran bagaimana bahayanya godaan syaitan dalam menyekat hasrat murni nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail untuk menunaikan pengorbanan suci yang diperintahkan oleh Allah sehingga terpaksa dilontar dengan batu supaya gangguan syaitan itu dapat dipatahkan. Keadaan godaan dan gangguan syaitan ini terus berlaku dalam menghancurkan anak Adam supaya dapat menjadi teman kepada Syaitan dalam neraka Allah di akhirat kelak. Oleh itu kita wajib beriman bahawa syaitan adalah musuh yang nyata yang mesti dilawan dan ditentang sepanjang masa agar dia tidak merosakkan aqidah dan amalan kita. Jangan sekali-kali kita terpengaruh dengan sebarang seruan sesat yang menyatakan syaitan boleh dijadikan rakan. Jangan biarkan hati kita menjadi mati akibat mudah terpengaruh dengan hasutan hawa nafsu dan syaitan sehingga lupa kepada peringatan Allah sebagaimana kata Syeikh Ibrahim Adham antara tanda hati mati ialah mengaku syaitan itu musuh tetapi tidak berjuang menentangnya apatah lagi menjadikan syaitan sebagai rakan

Firman Allah dalam ayat 5-6 surah al-Faatir :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ وَعْدَ اللَّـهِ حَقٌّ ۖ فَلَا تَغُرَّ‌نَّكُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا ۖ وَلَا يَغُرَّ‌نَّكُم بِاللَّـهِ الْغَرُ‌ورُ‌ ﴿٥﴾ إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا ۚ إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ‌

Maksudnya : Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia, dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka). (5) Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Sistem Islam DiMartabat Penjajahan Moden DiSekat

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 27-28 surah al-Hajj :

وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِ‌جَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ‌ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ ﴿٢٧ لِّيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُ‌وا اسْمَ اللَّـهِ فِي أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ عَلَىٰ مَا رَ‌زَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ ۖ فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ‌

Maksudnya : Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh. “Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.

            Kini kita berada pada bulan Zulkaedah yang merupakan bulan ke-2 terakhir dalam taqwim Hijrah. Pada bulan ini ramai di kalangan umat Islam dari seluruh dunia termasuk ibubapa, adik-beradik, sanak saudara mahu pun sahabat handai kita telah dan akan bertolak menuju ke tanah suci Mekah bagi menunaikan Fardhu haji. Kita doakan semoga para jemaah haji diberikan keselamatan sepanjang menunaikan ibadat di Mekah dan dianugerahkan dengan ganjaran haji mabrur yang diidamkan.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُأَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:  العُمْرَةُ إِلَى العُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا، وَالحَجُّ المَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الجَنَّةَ  – مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.

Maksudnya : Antara umrah kepada umrah lainnya itu akan menghapuskan dosa di antara keduanya. Dan haji mabrur tidak ada balasannya melainkan Syurga.

            Semoga pertemuan dan berkumpulnya umat Islam dari seluruh dunia mampu menanam seterusnya membangkitkan semangat untuk bersatu atas dasar Islam dalam membebaskan kita daripada belenggu penjajahan hawa nafsu dan system ciptaan manusia kepada tunduk patuh kepada Allah dan melaksanakan system Islam dalam seluruh aspek kehidupan. Jadikan bilangan yang ramai yang bermanfaat dengan membuang penyakit al-Wahnu iaitu takut kepada mati dan terlalu cinta kepada dunia

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 27 surah al-Fathu :

لَّقَدْ صَدَقَ اللَّـهُ رَ‌سُولَهُ الرُّ‌ؤْيَا بِالْحَقِّ ۖ لَتَدْخُلُنَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَ‌امَ إِن شَاءَ اللَّـهُ آمِنِينَ مُحَلِّقِينَ رُ‌ءُوسَكُمْ وَمُقَصِّرِ‌ينَ لَا تَخَافُونَ ۖ فَعَلِمَ مَا لَمْ تَعْلَمُوا فَجَعَلَ مِن دُونِ ذَٰلِكَ فَتْحًا قَرِ‌يبًا

Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah redha terhadap orang mukmin ketika mereka berbai’ah (janji setia) kepada engkau di bawah pohon. Maka Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi ganjaran kepada mereka kemenangan yang dekat waktunya.

            Bulan Zulkaedah juga turut mencatat beberapa peristiwa besar dan bersejarah antaranya telah berlangsungnya Perjanjian Hudaibiah pada tahun 6 Hijrah antara kaum muslimin pimpinan Rasulullah s.a.w dengan kaum Quraisy. Peristiwa ini berlaku apabila umat Islam yang ingin menunaikan ibadat haji telah dihalang oleh kafir Quraisy. Mereka merasa begitu gerun melihat betapa ramainya jumlah umat Islam walau pun kedatangan mereka ke Mekah bertujuan untuk menunaikan ibadat haji bukannya untuk berperang. Akhirnya Rasulullah s.a.w telah menghantar Sayyidina Uthman bin ‘Affan ke Mekah untuk berbincang dengan pihak Quraisy bagi membolehkan umat Islam mengerjakan haji pada tahun itu. Pemergian Sayyidina Uthman yang agak lama tanpa sebarang berita menyebabkan timbulnya cerita bahawa beliau telah dibunuh yang membawa kepada berlangsungnya Bai’ah ar-Ridhuan di bawah sebatang pokok di Hudaibiah bagi menyatakan kesanggupan mereka untuk membela Islam walau pun terpaksa menumpahkan darah. Ketika kaum muslimin sedang berbai’ah, tiba-tiba munculnya Sayyidina Uthman di mana beliau turut sama dalam berbai’ah. Kuffar Quraisy yang mendengar tentang bai’ah yang dilakukan ini mula merasa gerun dan takut lalu mereka segera menghantar wakil bagi mengadakan perdamaian antara mereka dengan umat Islam. Melalui Perjanjian Hudaibiah inilah walau pun dari segi zahir ramai melihat tidak menguntungkan Islam tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila ia menjadi pemangkin sehingga terjadinya Pembukaan Kota Mekah beberapa tahun selepas itu akibat perlanggaran terhadap perjanjian oleh kuffar.

 

Sidang Jumaat yang dikasihi,

Firman Allah dalam ayat 56-58 surah al- Anfal :

الَّذِينَ عَاهَدتَّ مِنْهُمْ ثُمَّ يَنقُضُونَ عَهْدَهُمْ فِي كُلِّ مَرَّ‌ةٍ وَهُمْ لَا يَتَّقُونَ ﴿٥٦ فَإِمَّا تَثْقَفَنَّهُمْ فِي الْحَرْ‌بِ فَشَرِّ‌دْ بِهِم مَّنْ خَلْفَهُمْ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُ‌ونَ ﴿٥٧ وَإِمَّا تَخَافَنَّ مِن قَوْمٍ خِيَانَةً فَانبِذْ إِلَيْهِمْ عَلَىٰ سَوَاءٍ ۚ إِنَّ اللَّـهَ لَا يُحِبُّ الْخَائِنِينَ  

Maksudnya : (Iaitu) orang-orang yang engkau telah mengikat perjanjian setia dengan mereka, kemudian mereka mencabuli perjanjian setianya pada tiap-tiap kali, sedang mereka tidak mahu memelihara dirinya (dari keaiban mencabuli perjanjian itu).  Oleh itu, jika engkau menemui mereka dalam peperangan maka hancurkanlah mereka (supaya dengan itu) orang-orang yang di belakang mereka (gerun gentar); mudah-mudahan orang-orang itu pula beringat (insaf). Dan jika engkau mengetahui adanya perbuatan khianat dari sesuatu kaum (yang mengikat perjanjian setia denganmu) maka campakkanlah (perjanjian itu) kepada mereka dengan cara terus terang dan adil. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang khianat.

Pada hari ini kita dapat lihat dan rasa sendiri bagaimana banyak perjanjian dengan musuh Islam semakin menghimpit dan mencengkam dengan meneruskan penjajahan baru bermula dengan tergadainya bumi Palestin kepada Israel selepas Peperangan Dunia Ke-2 dengan kejatuhan Khilafah Uthmaniah Turki. Musuh Islam memasang jerat dengan penuh dendam kesumat terhadap umat Islam dengan perjanjian berat sebelah. Antara punca penjajahan baru di Mesir selain gerunnya musuh Islam terhadap usaha mengembalikan system Islam maka ia turut disebabkan rasa bimbang kapatalisme sekiranya Mesir tidak lagi mengimport gandum daripada mereka dengan perancangan menggunakan semaksima mungkin pengeluaran gandum sendiri yang disekat selama ini atas alasan menghormati Perjanjian Camp David. Menyedari bahayanya penjajahan baru yang dulunya dinamakan globalisasi tetapi kini bergerak atas nama tertentu seperti yang bakal dipersetujui oleh pemimpin Negara walau pun banyak bantahan dibuat iaitu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TTPA) dijangka akan dimeterai pada Oktober 2013 ini di Brunei. Ramai menyatakan kebimbangan dengan penjajahan baru ini menyebabkan lebih banyak pengangguran, peniaga tempatan bakal gulung tikar malah hasil Negara akan disedut tanpa batasan kerana kapitalis lebih berkuasa daripada undang-undang Negara malah boleh menggugat isu akhlak dan agama. Belum perjanjian dibuat pun banyak masalah penghinaan terhadap Islam seperti masih ada syarikat yang tidak membenarkan wanita bertudung untuk bekerja di syarikat mereka     , larangan solat Jumaat dan sebagainya. Begitu juga penyebaran ajaran sesat Islam Liberal seperti kes pembatalan  pengharaman buku Irshad Manji  yang jelas mempromosi gaya hidup dan pemikiran yang bertentangan dengan  Islam yang sebelum ini disekat oleh KDN. Kita minta supaya Peguam Negara bertindak segera untuk merayu agar keputusan yang boleh menyebarkan racun berbisa kepada umat Islam terutama yang cetek agama ditarik semula. Agama bukan suatu perkara yang boleh main-main atau boleh dipadang ringan kerana rosaknya agama bakal menghancurkan bangsa dan negara.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 41 surah ar-Ruum :

ظَهَرَ‌ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ‌ وَالْبَحْرِ‌ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْ‌جِعُونَ

Maksudnya : Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Kita dilarang sama sekali menyalahkan takdir Allah apabila berlalu sesuatu keburukan kepada kita. Kita wajib berusaha dalam melaksanakan sesuatu perkara yang dibenarkan oleh syarak dan meninggal segala tegahan Allah dalam setiap aspek kehidupan. Islam telah menggariskan peraturan yang sempurna dalam menguruskan dunia berdasarkan agama seperti Islam menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba, haramkan zina dengan menghalalkan nikah kahwin. Begitu juga masalah kenaikan harga barang tidak boleh dilakukan sesuka hati seperti haram manipulasi harga sebenar secara terancang oleh rakan penjual, menganggu harga pasaran dan ihtikar iaitu menyimpan barangan asasi agar naik harga kerana mewujudkan suasana paksaan yang direka.

Oleh itu apabila rakyat dibebani dengan kenaikan harga minyak yang pasti disertai oleh kenaikan harga barangan keperluan yang lain maka sepatutnya kerajaan menangani terlebih dahulu masalah rasuah, kesenangan kepada golongan koprat, kroni serta pembangunan mewah yang membazir sebelum bertindak mengurangkan subsidi minyak yang sepastinya menyiksa rakyat kebanyakan. Kita masih ingat kisah Imam Nawawi yang sanggup berdepan dengan risiko dibunuh oleh pemimpin kerana meminta supaya seluruh kekayaan pemimpin diambil terlebih dahulu sebelum mengambil cukai daripada rakyat untuk digunakan dalam membeli senjata bagi berdepan dengan musuh yang bersiap sedia menyerang Negara. Begitu juga cadangan yang dikeluarkan oleh Sultan Ulama’ Izzuddin Abdul Salam yang meminta agar seluruh kemewahan pemimpin dan menteri diambil terlebih dahulu sebelum mengambil cukai daripada rakyat untuk membeli senjata bagi berdepan dengan musuh. Oleh itu kita menyeru agar pemimpin wajib bertanggungjawab dengan kesusahan yang sedang dan bakal ditanggung oleh rakyat bukannya dibebankan dengan kenaikan harga minyak dan bakal diperas dengan cukai GST nanti. Selesaikan masalah ini dengan penuh amanah bukannya untuk menjaga kepentingan peribadi. Setiap kita bakal disoal di akhirat nanti di mana golongan yang paling banyak dan besar amanahnya maka semakin banyak soal jawab akan dihadapi di akhirat nanti

            Firman Allah dalam  ayat 36 surah Muhammad:

إِنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ ۚ وَإِن تُؤْمِنُوا وَتَتَّقُوا يُؤْتِكُمْ أُجُورَ‌كُمْ وَلَا يَسْأَلْكُمْ أَمْوَالَكُمْ

Maksudnya : (Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan; dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan Ia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya).

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Sistem Islam DiPerkasa Negara Sentosa

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  191-192  surah Ali ‘Imran :

الَّذِينَ يَذْكُرُ‌ونَ اللَّـهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُ‌ونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْ‌ضِ رَ‌بَّنَا مَا خَلَقْتَ هَـٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ‌ ﴿١٩١ رَ‌بَّنَا إِنَّكَ مَن تُدْخِلِ النَّارَ‌ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ ۖ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ‌

Maksudnya : Golongan yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan perkara ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun

            Kini kita berada pada hari terakhir bulan Syawal di mana bulan baru Zulkaedah bakal menjelma. Perubahan hari, minggu, bulan dan seterusnya tahun yang begitu cepat bersama meningkatnya umur kita sepatutnya dijadikan peringatan berharga untuk kita sama-sama menghitung diri terutama tentang amal ibadat dan taubat atas maksiat yang kita telah dan akan lakukan. Jadikankanlah diri kita sebagai sebaik-baik manusia iaitu diberi panjang umur dengan amalan soleh yang banyak

قَالَ الرَسُولُ :خَيْرُ النَّاسِ مَنْ طَالَ عُمْرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ ، وَشَرُّ النَّاسِ مَنْ طَالَ عُمْرُهُ وَسَاءَ عَمَلُهُ– رواه الترمذي

Maksudnya : Sebaik-baik manusia adalah orang yang panjang umurnya dan baik amalannya. Manakala sejahat-jahat manusia pula ialah orang yang panjang umurnya dan buruk amalannya.

Jadikanlah diri kita sebagai hamba Allah yang menghargai nikmat masa dan umur yang dianugerahkan oleh Allah kerana ia bakal ditanya pada hari akhirat nanti

قال الرسول: لا تَزُولُ قَدَمَا الْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ أَرْبَعٍ : عَنْ عُمْرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ , وَعَنْ شَبَابِهِ فِيمَا أَبْلاهُ , وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَا أَنْفَقَهُ , وَعَنْ عِلْمِهِ مَاذَا عَمِلَ فِيهِ    - رواه الترمذي

Maksudnya : Kedua-dua kaki tidak akan berganjak sedikit pun pada hari kiamat sehingga ditanya tentang 4 perkara iaitu : [1] tentang umur, bagaimana ia habiskan,[2] tentang masa muda ke mana dia pergunakan, [3] tentang hartanya, dari mana diperolehi dan bagaimana dibelanjakan dan [4]  tentang ilmunya, apakah yang dibuat dengannya

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat  155 – 157  surah al-Baqarah :

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ  الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعونَ أُولَٰئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ

Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah maka mereka mengucapkan :  إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعونَ  . Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat daripada Tuhan mereka. Dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk

            Setiap diri kita mahukan ketenangan dan kebahagian dalam kehidupan. Islam mengajar kita cara untuk mendapatkan nikmat berharga ini mengikut landasan yang telah ditetapkan oleh agama bukan mengikut kehendak hawa nafsu. Akibat membelakangkan panduan agama menyebabkan ketenangan dan kebahagian yang diharapkan tetapi kecelaruan dan kehancuran yang berlaku. Ramai yang mengejar harta tanpa mengira halal haram termasuk dengan menipu, pecah amanah atau rasuah akhirnya mereka diburu oleh kesalahan sehingga harta menyusahkan hidup, rumahtangga kacau bilau. Ramai yang mengejar keseronokan dengan hiburan melampau akhirnya terjebak dengan arak dan dadah yang merosakkan akal dan tubuh badan. Akibat mengambil racun berbisa sebagai ubat maka penyakit bukan sahaja tidak sembuh malah keadaan semakin binasa

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Ketika Negara masih dihantui dengan jenayah menggunakan senjata api yang semakin meningkat ditambah dengan laporan wujudnya 49 kumpulan kongsi gelap dengan keahlian mencecah 50 ribu orang malah yang ada yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). Jika sebelum merdeka kongsi gelap terkenal dalam berebut kawasan lombong biji timah dan sebagainya manakala selepas merdeka ia bergerak dalam melakukan pelbagai jenayah. Pemimpin mesti bertanggungjawab dalam kelahiran begitu banyak kongsi gelap setelah 56 tahun menyambut kemerdekaan Negara serta bersungguh dalam menanganinya bukan setakat mengumumkannya untuk menakutkan rakyat ketika Negara dikatakan dalam keadaan aman. Sikap hanya menangkap ikan bilis sedangkan jerung dibiar bebas antara punca suburnya jenayah membahayakan Negara ini. Kita juga tidak mahu isu ini menenggelamkan penderitaan rakyat akibat kenaikan harga minyak minggu ini yang sepastinya akan diikuti dengan kenaikan harga barang yang pasti membebankan rakyat terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana. Itu belum lagi tekanan terhadap rakyat dengan kenaikan tarif elektrik, cukai GST dan saman automatic AES yang bakal menyusul.  Jangan salahkan siapa jika menderita dengan bebanan hidup sehingga berada dalam keadaan takut dan lapar jika kita sendiri yang menempah penyakit. Ingatlah suatu amaran nabi sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Abdullah ibnu Umar:

يَا مَعْشَرَ المُهَاجِرِيْنَ خَمْسٌ إِذَا ابْتَلَيْتُمْ بِهِنَّ وَأَعُوْذُبِاللهِ أَنْ تُدْرِكُوْهُنَّ لَمْ تَظْهَرِ الفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوْا ِبهَا إِلا فَشَا فِيْهِمُ الطَّاعُوْنُ وَالأوْجَاعُ الَّتِى لَمْ تَكُنْ مَضَتْ ِفى أَسْلافِهِمُ الَّذِيْنَ مَضُوْا, وَلَمْ يَنْقُصُوْا المِكْيَالَ وَالِمْيزَانَ إِلا أُخِذُوْا بِالسِّنِيْنَ وَشِدَّةِ المُؤْنَةِ وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ, وَلَمْ يَمْنَعُوْا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلا مُنِعُوْا القَطْرَ مِنَ السَّمَآءِ وَلَوْ لا البَهَائِمُ لَمْ يُمْطَرُوْا, وَلَمْ يَنْقُضُوْا عَهْدَ اللهِ وَعَهْدَ رَسُوْلِ اللهِ إِلا سَلَّطَ اللهُ عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ غَيْرِهِمْ فَأَخَذُوْا بَعْضَ مَا فِى أَيْدِيْهِمْ, وَمَالَمْ تَحْكُمْ أَئِمَّتُهُمْ بِكِتَابِ اللهِ وَيَتَخَيَّرُوْا ِمماَّ أَنْزَلَ اللهُ إِلا جَعَلَ اللهُ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُمْ

Maksudnya : Wahai kaum Muhajirin! Ada 5 perkara di mana jika telah menimpa kamu maka tiada lagi kebaikan bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah S.W.T agar kamu tidak menemui zaman itu. 5 perkara itu ialah:  [1] Tidak bermaharajalela perbuatan zina pada suatu kaum sehingga mereka berani secara terang-terang melakukannya melainkan akan ditimpa penyakit Taun yang merebak dengan cepat dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang lain. [2] Tiada mereka mengurangi sukatan atau timbangan melainkan mereka akan diuji dengan kemarau panjang dan kesulitan dalam mencari rezeki serta berhadapan dengan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka. [3] Dan tidak menahan mereka akan zakat harta benda melainkan ditahan juga untuk mereka air hujan dari langit. Jika tiada binatang yang hidup di muka bumi ini nescaya mereka tidak diberikan hujan oleh Allah S.W.T. [4] Dan tiada mereka menyalahi akan janji Allah S.W.T dan rasulNya melainkan Allah S.W.T akan menurunkan kepada mereka musuh yang akan merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka. [5] Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah S.W.T  yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan utama maka Allah S.W.T akan menjadikan bencana di kalangan mereka sendiri

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

            Segala amaran nabi itu berlaku satu demi satu di depan kita seperti [1] Wabak Taun yang berjangkit dan kolera serta penyakit kelamin yang begitu banyak merebak sekarang seperti Aids, HIV adalah disebabkan banyaknya terjadi perzinaan. Setiap kali sambutan tahun baru, merdeka maka isu zina sentiasa tersiar akibat sambutan dibuat ikut penjajah. Kita begitu bersetuju dengan cadangan orang bukan Islam agar diasingkan antara rumah urut lekaki dengan perempuan bagi mencegah aktiviti pelacuran. Kita juga menyambut baik pembatalan konsert Lamb of God kumpulan muzik barat yang jelas menghina Islam dan tidak sesuai dengan budaya timur setelah banyak desakan dibuat. [2] Keadaan sukar mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah disebabkan daripada rakyat yang mengurangkan sukatan, ukuran dan timbangan. Lalu terjadilah inflasi, barang naik harga, harga minyak naik, pendapatan tidak mencukupi, banyak pengangguran dan lain-lain kemorosotan ekonomi. Rakayt tertekan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi sedangkan masalah ketirisan dan sikap boros serta pembaziran dalam mengurus harta Negara tidak disekat. Ibnu Khaldun pernah menyebut antara punca kehancuran Negara apabila pemimpin terus seronok dengan cara hidup mewah dan projek mega dengan memeras rakyat dengan cukai yang tidak munasabah [3] Allah balakan dengan kemarau panjang disebabkan tidak mengeluarkan zakat di mana ramai umat Islam sendiri menganggap tidak perlu lagi keluar zakat kerana dia telah membayar cukai. Sesetengah tempat, walaupun hujan turut banyak, tetapi air tidak mencukupi untuk kegunaan, iaitu hujan tidak lagi membawa berkat bahkan membawa bala bencana pula.  [4] Kuasa musuh mengambil sebahagian daripada apa-apa yang dimiliki kaum Muslimin seperti hilangnya kuasa ekonomi daripada tangan kaum Muslimin disebabkan mereka mengkhianati janji-janjinya kepada Allah SWT, tidak mentaati perintah Allah. Atau bagi negara Islam lain mungkin penjajah atau pelabur asing yang akan menguasai ekonomi dan hasil kekayaan negeri. Rakyat akan merempat di bumi sendiri. Walau pun telah diberikan kemerdekaan tetapi hakikatnya kebanyakan Negara umat Islam terus dijajah oleh system penjajah malah kuasa kuffar akan segera menyerang atau menggulingkan mana-mana pemimpin yang mahu kembali kepada system Islam antara terbaru di Mesir dan perancangan Amerika Syarikat untuk menyerang Syria. Musuh Islam bukan sahaja akan menyedut hasil mahsul Negara malah membiarkan keadaan huru-hara asalkan Islam tidak dikembali sebagai perundangan Negara. Ancaman ke-[5] iaitu Perang saudara yang berlaku dalam kalangan kaum Muslimin sendiri disebabkan mereka mengabaikan hukum-hukum Allah SWT dan tidak menjadikan al-Qur’an sebagai undang-undang di dalam kehidupan. Akan berlaku perpecahan dan perbalahan, perperangan dan pembunuhan sesama sendiri berleluasa. Gagalnya Negara kita untuk kembali kepada system Islam antara punca banyak penyakit sosial dan jenayah berlaku. Tepuklah dada kita dan tanyalah iman kita samada mahu kembali kepada system Islam untuk meraih kebahagiaan dunia akhirat atau terus redha dengan system penjajah dan terus melarat di Negara sendiri. Islamlah nescaya kita mulia dan bahagia dunia akhirat

Firman Allah dalam ayat 117 surah Hud :

وَمَا كَانَ رَبُّكَ لِيُهْلِكَ الْقُرَىٰ بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا مُصْلِحُونَ

Maksudnya : Dan Tuhanmu tidak sekali-kali mahu membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya selagimana mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

 

 

158. BAHAYA SILAP PILIH 3 PANGKAT

 

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 140 surah Ali ‘Imran :

إن يمسسكم قرح فقد مس القوم قرح مثله وتلك الأيام نداولها بين الناس وليعلم الله الذين ءامنوا ويتخذ منكم شهداء والله لايحب الظــلمين

Maksudnya : Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka maka sesungguhnya kaum kafir itu pun (dalam perang Badar) mendapat luka yang sama. Dan masa kejayaan dan kekalahan itu, Kami gilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pengajaran). Dan agar Allah membezakan orang-orang beriman (dengan orang-orang kafir) dan supaya sebahagian kamu dijadikanNya gugur sebagai syuhada’. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim

            Kita buat sekian kalinya bakal meninggal bulan Syawal yang telah banyak meninggalkan kesan manis dan pahit dalam diari hidup kita. Setiap kali tibanya bulan Syawal maka ia mengingatkan kita kepada beberapa peristiwa besar yang pernah berlaku dalam bulan ini seperti Peperangan Uhud yang berlaku pada pertengahan bulan Syawal tahun ke-3 Hijrah diikuti dengan Peperangan Ahzab atau Khandak yang berlaku pada bulan Syawal berlarutan sehingga awal bulan Zulkaedah tahun 5 Hijrah. Bulan Syawal juga menyaksikan bagaimana berlakunya Peperangan Hunain pada tahun ke-8 hijrah iaitu selepas Pembukaan Kota Mekah. Peperangan besar ini menyedarkan kita bagaimana api permusuhan kuffar terhadap Islam tidak mengenal tempat dan masa. Jika Rasulullah s.a.w bersama para pejuang Islam terpaksa berdepan dengan musuh yang nyata pada bulan Syawal sedangkan kita pada hari ini ramai yang kecundang dengan nafsu syahwat dan syaitan pada bulan Syawal setelah berpenat lelah mengawal nafsu sepanjang Ramadhan lalu. Kata pepatah arab berkenaan hakikat hari raya yang sepatutnya kita sambut iaitu :

لَيْسَ العِيْد لِمَنْ لَبِسَ الجَدِيْدَوَلَكِنَّ العِيْد ِلمَنْ تَقْوَاهُ يَزِيْدُ

Maksudnya : Bukanlah hari raya itu bagi mereka yang sekadar memakai pakaian baru sebaliknya hari raya yang sebenarnya ialah bagi mereka yang taqwanya bertambah

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

            Firman Allah dalam surah Ghaafir  ayat 23 – 24

ولقد أرسلنا موسى بئايـتنا وسلطن مبين إلى فرعون وهـمـن وقـرون فقالوا سـحر كذاب

Maksudnya : Sesungguhnya telah Kami utuskan nabi  Musa dengan membawa keterangan Kami dan dalil yang nyata kepada Firaun, Haman dan Qarun lalu mereka berkata : “ Ini ahli sihir lagi pendusta”.

            Umat yang terbaik di sisi Allah ialah umat yang menjalankan amanah Allah dalam kehidupan seharian ketika senang dan susah, kaya dan papa, tua dan muda. Perjuangan dalam meninggikan syiar Islam di muka bumi ini tidak dapat lari daripada menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Segala rintangan dan cabaran ini tidak boleh dianggap sebagai batu penghalang yang membantutkan perjuangan sebaliknya ia mestilah dianggap sebagai penambah kepada semangat juang yang sedia ada. Semakin kuat cabaran maka semakin tinggi semangat juang sehingga akhirnya kebenaran pasti mendapat kemenangan manakala kebatilan pasti dapat dikalahkan. Tidak mudah untuk menang tetapi bukan susah untuk kalah. Contohnya ketika kita merenung perjuangan nabi Musa a.s yang terpaksa berdepan dengan tiga jenis manusia yang berbeza dari segi pangkat, tugas dan peranan tetapi matlamatnya sama iaitu memastikan umat manusia terus menyembah sesama manusia serta kufur kepada Allah. Manusia pertama bernama Firaun yang berjawatan sebagai raja pemerintah yang menjadikan kuasa sebagai hak milik mutlak bukannya menjadikan kuasa itu sebagai suatu amanah daripada Allah sehingga dia sanggup melawan Allah tanpa rasa takut dan bersalah. Firaun telah lama mati lemas dengan penuh kehinaan tetapi pemimpin-pemimpin yang bersikap sepertinya terus ada setiap zaman dan tempat. Pemimpin jenis ini tidak pernah takut untuk mempersendakan Islam dan mengenepikan agama dalam politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Akhirnya pemimpin jenis ini menjadikan dirinya sebagai penguasa yang tidak boleh disanggah sehingga yang kuat dan kaya sentiasa menang manakala yang lemah dan miskin menjadi mangsa kezaliman yang sentiasa kalah.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Manusia jenis kedua bernama Haman yang berperanan sebagai menteri atau pegawai yang berusaha siang dan malam dalam memastikan rakyat jelata sentiasa tunduk kepada pemimpin yang sesat dan zalim secara membabi buta. Haman juga telah mati tetapi menteri dan pegawai yang bersikap sebagaimana Haman terus muncul sehingga rakyat terus keliru hasil kepetahan bicara manusia jenis ini yang bijak menutup kesesatan dan kezaliman pemimpin. Apa yang lebih malang apabila ada yang faham agama tetapi sanggup menjual agama demi dunia sehingga timbulnya pendapat bahawa dalam mendidik manusia hanya perlu kepada amar makruf sahaja tanpa perlu kepada nahi mungkar kerana bila telah banyak program kebaikan maka manusia akan jadi baik dengan sendiri tanpa perlu kepada pencegahan sedangkan bila kita lihat dalam negara lebih banyak program yang merosakkan berbanding program mendidik sehingga meningkatnya jenayah, pecah amanah dan sebagainya. Jika rakyat terus terpesona dengan tipuan ini maka rosaklah kita. Bila rakyat hanyut dengan hiburan maka negara dijajah dengan kejahatan, bila rakyat boleh dijual beli maka system negara terus rosak binasa. Ingatlah suatu pesanan Rasulullah s.a.w

قال الرسول e  : مَا مِنْ نَبِيٍّ بَعَثَهُ اللهُ فِى أُمَّةٍ قَبْلِي إِلا كَانَ لَهُ مِنْ أُمَّتِهِ حَوَارِيُّوْنَ وَأَصْحَاب يَأْخُذُوْنَ بِسُنَّتِهِ ويََقْتَدُوْنَ بِأَمْرِهِ ثُمَّ إِنَّهَا تَخْلُفُ مِنْ بِعْدِهِمْ خُلُوْفُ يَقُوْلُوْنَ مَالا يَفْعَلُوْنَ وَيفْعَلُوْنَ مَالا يُؤْمَرُوْنَ فَمَنْ جَاهَدَهُمْ بِيَدِهِ فَهُوَ مُؤْمِنٌ وَمَنْ جَاهَدَهُمْ بِلِسَانِهِ فَهُوَ مُؤْمِنٌ وَمَنْ جَاهَدَهُمْ بِقَلْبِهِ فَهُوَ مُؤْمِنٌ لَيْسَ وَرَاءَ ذَلِكَ مِنَ الإيمْاَنِ حَبَّةَ خَرْدَلٍ –-  رواه مسلم

Maksudnya : Tiada seorang nabi pun yang Allah utus kepada umat sebelum aku melainkan terdapat pada umatnya itu penolong dan para sahabat yang melaksanakan sunnahnya dan mengikut perintahnya. Setelah generasi mereka, datanglah generasi yang hanya pandai bercakap apa yang tidak dibuat. Mereka melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak pernah diperintahkan kepada mereka. Sesiapa yang berjihad menentang mereka dengan tangannya maka dia seorang yang beriman. Sesiapa yang berjihad menentang mereka dengan lidahnya maka dia seorang yang beriman. Sesiapa yang berjihad menentang mereka dengan hatinya maka dia juga seorang yang beriman. Tiada lagi keimanan selepas itu walaupun sebesar sawi

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Manusia jenis ketiga pula bernama Qarun yang merupakan hartawan yang sanggup membantu pemimpin dan menteri melalui harta kekayaannya dengan syarat dia mendapat balasan yang berganda hasil pelaburannya dalam menyesatkan rakyat dan menutup kesalahan pemimpin. Qarun juga telah lama mati ditelan bumi bersama harta kekayaannya tetapi hartawan yang bersikap sebagaimana Qarun terus wujud di mana-mana. Bahayanya hartawan jenis ini ialah dia mampu mengawal system pemerintahan, perundangan, ekonomi, sosial dalam sesebuah negara kerana berjaya membeli negara dengan harta kekayaannya. Jadi tidak pelik apabila wujudnya negara yang dikawal oleh tauke dadah, tauke judi, tauke arak, kongsi gelap dan sebagainya. Jangan terkejut bila penjenayah yang paling merbahaya dalam negara boleh lepas bebas bila perundangan boleh dipermainkan oleh kongsi gelap. Benar kata cerdik pandai : Bila wang bercakap maka perundangan akan senyap. Menyedari perkara ini maka kita sebagai rakyat yang bermaruah mestilah memastikan bahawa pemimpin, menteri, pegawai dan hartawan yang berada di atas kita daripada golongan yang bertaqwa dan bertanggungjawab bukannya yang hanya pandai menyeru rakyat supaya berjimat cermat tetapi dia hidup dalam mahligai indah, melancong dengan kapal terbang mewah. Jangan gadaikan maruah diri dan negara kerana sedikit habuan wang, baja, saham sedangkan kita semakin dibebankan dengan kenaikan harga barang yang tidak terkawal. Jangan jadi manusia setaraf binatang yang boleh di jual beli dengan wang. Untungnya sedikit ruginya banyak, senangnya sebentar deritanya lama. Lahirlah kita sebagai rakyat yang sentiasa peka dengan keadaan semasa antaranya jika kita tidak dapat turut serta dalam perhimpunan 100 ribu rakyat di Kuala Lumpur esok maka sama-samalah kita solat hajat dan berdoa agar perhimpunan ini berlangsung dengan baik tanpa gangguan mana-mana pihak disamping ia mencapai matlamatnya yang suci dalam memastikan system dalam negara kembali bersih daripada rasuah, pecah amanah dan unsur-unsur khianat yang lain. Bukan daripada golongan yang beriman golongan yang tidak menghiraukan keadaan umat Islam lain yang menderita dan ditindas

فرمان الله تعالى دالم أية    51   سورة النور :

إنما كان قول المؤمنين إذا دعوا إلى الله ورسوله ليحكم بينهم أن يقولوا سمعنا وأطعنا  وأولئك هم المفلحون

Maksudnya : Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah S.W.T dan sunnah Rasulullah agar mereka berhukum dengannya di kalangan mereka lalu mereka berkata : “ Kami dengar dan kami patuh”.  Dan mereka itulah golongan yang beroleh kejayaan.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

56. PENUHI SYARAT KEMENANGAN ISLAM

 

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 123-124 surah Ali ‘Imran :

ولقد نصركم الله ببدر وأنتم أذلة فاتقوا الله لعلكم تشكرون . إذ تقول للمؤمنين ألن يكفيكم أن يمدكم ربكم بثلــثة ءالــف من الملئكة مسومين

Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar sedangkan kamu ketika itu dalam keadaan lemah, Oleh itu bertaqwalah kepada Allah agar kamu mensyukuriNya. Ingatlah ketika kamu mengatakan kepada orang mukmin :” Apakah tidak cukup bagi kamu Allah membantumu dengan 3 ribu para malaikat yang diturunkan dari langit?”.

            Kini kita telah berada di sepuluh hari dan malam-malam terakhir daripada bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan pengampunan serta penggadaan pahala. Hari-hari dan malam-malam terakhir inilah yang akan menampakkkan sifat ketaatan dan istiqamah seseorang itu samada dalam menunaikan ibadat khusus kepada Allah atau usaha dalam mendekatkan diri kepada Allah sehingga lahir sebagai hamba Allah yang bertaqwa. Ini boleh mengukur sejauh manakah seseorang itu berjuang untuk Islam dan berapa tinggikah pergantungan dan ikatan hatinya kepada Allah dalam meninggikan kalimah Allah di muka bumi ini. Ramai yang berjuang tetapi hanya sekerat jalan akibat tidak tahan dengan ujian yang datang dan ramai juga yang berjuang tetapi rasa keikhlasan dan pertautan hatinya dengan Allah agak kurang sehingga tidak datangnya kemenangan. Begitulah apa yang kita lihat dalam masalah menghidupkan bulan Ramadhan bulan tarbiah di mana pada awal Ramadhan didapati masjid dan surau begitu penuh melimpah tetapi pada hari-hari terakhirnya tempat ibadat itu semakin sepi dan lengang kerana ramai yang lebih seronok memenuhi pasaraya untuk persiapan hari raya sedangkan pada malam 10 terkahir inilah akan berlakunya lailatul Qadar yang disifatkan oleh Allah bahawa ia merupakan suatu malam yang lebih baik daripada seribu bulan yang lain sebagaimana  firman Allah dalam ayat 3 surah al-Qadar :

ليلة القدر خير من ألف شهر

Maksudnya : Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan.

            Tidak salah bersiap untuk hari raya tetapi janganlah sehingga kurang masanya untuk kita mendekatkan diri kepada Allah Tuhan yang menganugerahkan hari raya itu untuk kita semua. Jadilah umat Islam yang berjaya di mana dia mampu membahagi masa dengan baik di mana ada waktu untuk bermunajat kepada Allah dan ada waktu pula untuk menguruskan kerja dunia tetapi tidak terkeluar daripada apa yang dikehendaki oleh agama. Godaan nafsu pada hari terakhir Ramadhan begitu kuat kerana nafsu bagaikan tidak mahu melihat kita mendapat kelebihan lailatul Qadar. Tetapi itulah budaya yang ditunjukkan oleh media di mana bulan Ramadhan lebih banyak ditunjukkan suasana orang makan daripada ditayangkan orang yang sedang kelaparan dan apabila hampir berakhirnya Ramadhan pula lebih banyak ditunjukkan orang yang sedang berhari raya daripada menayangkan orang yang sedang berpuasa.

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

            Ramadhan bulan meningkatkan ketaqwaan dan menambahkan amalan dalam mendekatkan diri kepada Allah. Ini adalah penting  kepada kita yang mengaku sebagai pejuang Islam. Ramadhan telah membuktikan bahawa Islam mampu beroleh kemenangan gemilang dengan pertolongan daripada Allah sebagaimana kemenangan dalam peperangan Badar al-Kubra, Pembukaan Kota Mekah, pembukaan Baitul Maqdis oleh Solehudin al-Ayyubi. Ini menunjukkan kepada kita bahawa semakin lemahnya nafsu dunia maka semakin maraknya cinta kepada Allah yang membolehkan kita berhadapan dengan musuh tanpa rasa takut dan gentar dengan hilangnya perasaan terlalu cintakan dunia. Semakin hampirnya kita kepada Allah dan semakin kuatnya pertautan hati kita kepada Allah maka semakin dekatlah pertolongan dan kemenangan daripada Allah. Oleh itu gunakanlah sepenuhnya kedatangan Ramadhan kali ini untuk lebih menjinakkan nafsu kita sehingga membolehkan kita mendekatkan diri kepada Allah. Hilangkan dua penyakit merbahaya dalam diri iaitu terlalu cintakan dunia dan takutkan kematian sehingga umat Islam kembali mulia dan seterusnya dianugerahkan kemenangan oleh Allah.

            Jika dalam peperangan Badar al-Kubra ketika Rasulullah s.a.w dan tentera Islam berada dalam kepungan musuh yang tiga kali ganda lebih ramai dan kuat sedangkan nabi dan tentera Islam sebejnarnya bukanlah keluar dengan niat berperang maka Allah datangkan kemenangan kerana pertautan hati mereka dengan Allah begitu kuat. Oleh itu kita umat Islam hari ini dengan jumlah yang ramai mestilah lebih yakin kepada janji kemenangan daripada Allah dengan syarat kita kembali bersatu di bawah panji Islam bukannya terus berpecah mengikut bangsa dan negara sebagaimana yang dilakukan oleh penjajah. Umat Islam mesti mendalami ilmu agama sehingga benar-benar mantap dan menerokai ilmu baru yang bermanfaat sehingga kukuh aqidahnya di mana dengan kekuatan aqidahlah maka seluruh ujian yang mendatang dapat dilalui dengan baik.

Kata seorang barat (Uskup) dalam bukunya Gereja dan Islam : “ Sesungguhnya rahsia kekuatan luar biasa yang berjaya dizahirkan oleh Islam berpandu kepada kejayaan agama ini mengesani kewujudan Allah dan kehendak iradatNya yang Maha Tinggi. Kekuasaan Allah yang mutlak ke atas alam ini yang tersembunyi dalam WahdaniyyahNya. Keimanan jenis inilah yang menyerapkan kepada orang-orang Islam roh ketundukan dan kecintaan kepada mati yang tidak pernah kami ketahui terdapat pada mana-mana sistem selain Islam. Ini ditambah lagi aqidah Islam bersih daripada sebarang kekusutan dan kecelaruan. Malah aqidah Islam berada dalam lingkungan yang mudah difahami oleh orang awam. Sesungguhnya aqidah Islam adalah suatu kekuatan yang menakjubkan yang berjaya meresap ke dalam hati-hati manusia dengan mudah”

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

            Umat Islam hari ini begitu di hina dan diperlakukan sesuka hati oleh musuh Islam bukanlah kerana tiada kekuatan ekonomi tetapi akibat tidak menghidupkan budaya ilmu dalam kehidupan. Umat Islam sendiri jahil tentang Islam sehingga kadang-kadang membawa kepada mempertikaikan kebanyakan sistem yang ada dalam Islam. Apabila umat Islam ditimpa dengan kejahilan maka aqidahnya pun menjadi lemah sehingga membawa kepada kurang keyakinan terhadap Islam dan mereka berpecah mengikut apa yang dikehendaki oleh penjajah. Inilah yang menyebabkan negara-negara umat Islam yang dianugerahkan pelbagai hasil mahsul negara yang tidak dapat dimanfaatkan untuk keseluruhan rakyat jelata kerana kurangnya kepakaran daripada kalangan umat Islam sendiri akibat budaya malas dan lebih suka tunduk kepada penjajah. Akhirnya banyak hasil bumi negara umat Islam disedut dan diambil untuk manfaat kuffar. Kuffar begitu gerun jika umat Islam kembali bersatu atas dasar iman. Oleh itu kuffar terus berusaha agar umat Islam dan negara masing-masing terus berpecah yang menyebabkan umat Islam terus menjadi lemah. Umat Islam mesti menyedari hakikat bahawa ilmu dan aqidah mesti kuat sebelum boleh bergerak dengan kekuatan ekonomi kerana jika ekonomi sahaja yang kuat sedangkan aqidah umat Islam lemah maka kekuatan ekonomi itu tidak akan digunakan untuk Islam sebaliknya lebih banyak digunakan untuk kepentingan diri sehingga hilangnya semangat jihad dan semakin lemahnya aqidah kerana dihanyutkan dengan cinta dunia.

            Ingatlah sabda Rasulullah sa.w :

فَوَاللهِ  مَا الفَقْرَ  أَخْشَى  عَلَيْكُمْ  وَلَكِنِّي  أَخْشَى    أَنْ  تُبْسَطَ  عَلَيْكُمُ  الدُّنْيَا  كَمَا  بُسِطَتْ  عَلَى  مَنْ  كَانَ  قَبْلَكُمْ  فَتَنَافَسُوْهَا  كَمَا  تَنَافَسُوْهَا فَتُهْلِكَكُمْ  كَمَا  أَهْلَكَتْهُمْ  .

Maksudnya  :  Demi  Allah!  Aku tidak bimbang  kefakiran yang menimpa kamu tetapi  apa yang aku bimbang  ialah  apabila dibentangkan kemewahan  dunia  sebagaimana  yang  telah  dibentangkan  kepada umat sebelum kamu lalu mereka merebut kemewahan dunia itu  maka kamu juga akan berebut sebagaimana mereka maka kamu  akan dibinasakan  sebagaimana  binasanya umat sebelum kamu

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

            Musuh Islam terus menekan dan menyerang umat Islam seluruh dunia kerana Islam yang bergerak atas asas wahyu dan menawan hati manusia merupakan suatu kuasa yang paling merbahaya kepada kuffar yang bergerak atas dasar kejahilan dan paksaan ke atas tubuh manusia. Islam diperangi secara fizikal dan mental. Umat Islam di Palestin terus dibunuh dan disiksa setiap hari. Begitu juga umat Islam di beberapa tempat yang lain di mana kuffar yang telah memulakan perang Salib terbaru terhadap Islam tidak akan merasa tenang selagi adanya umat Islam di atas muka bumi Allah ini. Selain serangan fizikal kuffar turut menghina Islam agar dibenci oleh seluruh umat dunia bagi menyekat kemasukan rakyat negara-negara barat terutama Amerika ke dalam Islam yang kini peratusnya begitu tinggi sejak serangan 11 September. Apa yang terbaru ialah penghinaan seorang wartawan yang menuduh jika Nabi Muhammad s.a.w masih hidup maka sudah pasti baginda akan memilih salah seorang ratu cantik yang datang bertanding di Nigeria yang menyebabkan lebih 200 orang mati akibat pertempuran antara umat Islam dan Kristian di Nigeria. Umat Islam di Nigeria sanggup mati apabila nabi Muhammad dihina sedangkan di negara kita pemimpin yang menghina hukum Allah dan mencaci nabi terus dapat memimpin apatah lagi penulis murahan yang berbuat demikian.

            Negara kita tidak terkecuali daripada ditekan oleh barat dan kuffar walau pun pemimpin yang jahil dan mengkhianati umat Islam telah banyak membodek dan mengampu kuffar. Semakin ramai rakyat yang tidak bersalah di tahan di bawah ISA maka semakin kuat tuduhan barat bahawa pemimpin dan negara ini juga merupakan pengganas. Negara ini didakwa oleh kebanyakan negara barat tidak selamat untuk dilawati serta membayangkan akan berlakunya letupan bom sebagai yang telah berlaku di Bali, Indonesia. Malah Perdana Menteri Singapura turut menjelaskan bahawa politik Islam merupakan suatu yang bakal memberi cabaran yang begitu besar kepada kuffar termasuk di rantau Asia Tenggara. Pertembungan ini akan mewujudkan keganasan kerana masing-masing tidak akan tunduk kepada salah satu daripadanya.

            Apa yang pasti Islam akan dimenangkan oleh Allah. Cuma waktu dan saat kemenangan itu adalah terletak kepada persediaan dan usaha umat Islam untuk melaksanakannya. Islam tidak diberi kemenangan mudah sebaliknya perlu mengalami keperitan dan kesusahan sebelum datangnya kemenangan dan kemanisan. Jangan lupa tunaikanlah zakat fitrah antara jihad kita dalam membantu saudara Islam yang lain.

Firman Allah dalam  ayat 139 surah Ali ‘Imran:

ولاتهنوا ولاتحزنوا وأنتم الأعلون إن كنتم مؤمنين

Maksudnya : Janganlah kamu berputus asa dan janganlah pula kamu bersedih hati sedangkan kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

 َ

Jihad Ubah Kepimpinan Zalim Kepada Adil

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 26 Surah Ali ‘Imran:

قُلِ اللَّـهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ‌ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ‌

Maksudnya :Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.  

            Islam mengajar kita bagaimana hanya Kerajaan Allah sahaja merupakan kerajaan yang sebenar dan berkekalan. Manakala kerajaan lain merupakan suatu amanah yang sementara sahaja yang bakal disoal tentang corak pemerintahannya di akhirat nanti. Semua kerajaan lain berada di bawah genggaman kekuasaan Allah di mana Allah boleh menaik dan menjatuhkan sesebuah kerajaan mengikut kehendakNya. Ia mengingatkan kita semua bahawa tidak ada kerajaan yang terus kekal memerintah selama-lamanya agar pemimpin sentiasa bertaqwa dalam memerintah negara dengan menjauhi penyalahgunaankuasa yang menyebabkan kerajaan mereka bukan sahaja dijatuhkan di dunia malah di akhirat kelak akan diseksa dalam api neraka Allah yang dahsyat bakarannya. Allah pernah memberi kerajaan kepada nabi Sulaiman dan nabi Muhammad s.a.w di mana baginda berdua memerintah negara dengan taqwa dan adil sehingga keadilan dan keselamatan dirasai bukan sahaja oleh manusia malah makhluk yang lain. Begitu juga Allah pernah menyerahkan kerajaan kepada Namrud dan Firaun namun mereka melakukan kezaliman dan kerosakan dengan kekuasaan yang ada sehingga kerajaan mereka dijatuhkan dengan penuh kehinaan.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 6 surah al-Hujurat :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

            Memandangkan pemilihan pemimpin bukan suatu yang kecil malah akan dipertanggungjawab di akhirat nanti maka kita wajib memilih pemimpin berdasarkan petunjuk wahyu bukannya mengikut hawa nafsu. Antaranya dengan kita menapis segala bentuk berita dan maklumat yang tersebar melalui tv, radio, akhbar dan media massa yang lain agar kita tidak tertipu dan dipermainkan oleh emosi sehingga mengambil langkah yang salah dalam memilih pemimpin. Kita sedar bahawa hidup pada akhir zaman penuh dengan fitnah dan seribu macam penipuan sehingga hukum hakam Islam dipermainkan dengan dirujuk kepada bukan ahlinya. Akhirnya timbul kata-kata yang menghina hukum Islam tanpa tindakan sewajarnya seperti jika hukum Hudud dilaksanakan maka Negara menjadi mundur kerana ramai umat Islam kudung kaki dan tangan, penutupan aurat hanya sesuai di Negara arab sahaja kerana di sana suasana padang pasir yang berdebu dan masyarakat arab yang kuat nafsu. Malah seruan terbaru yang dikatakan sebagai jihad agar mengubah Kerajaan Kelantan yang telah mengharamkan judi, menghad penjualan arak di kalangan bukan Islam, menyimpan wang kerajaan dalam perbankan Islam, telah melulus enakmen Hudud disamping banyak lagi program yang berteraskan Islam sedangkan sudah 55 tahun Negara ini diperintah oleh golongan sekulerisme ini bukan sahaja hasil arak dan judi bertambah malah ada orang Islam yang menjadi ahli pengarah kepada syarikat arak dan judi. Begitu juga masalah hiburan melampau yang merosakkan akhlak rakyat terus disuburkan di mana selepas pilihanraya nanti telah dirancang suatu program yang menelan belanja RM 26 juta bagi menjemput artis dalam dan luar Negara untuk menambahkan lagi masalah Negara. Malangnya penggunaan tv, radio, akhbar dan media massa yang berat sebelah menyebabkan manusia yang merosakkan agama dianggap sebagai pejuang agama, orang yang menghancurkan bangsa Melayu dianggap sebagai pejuang Melayu

عن و أبو هريرة  قال : قال النبي :سيأتِي على الناسِ سنواتٌ خدّاعاتٌ ، يُصدَّقُ فيها الكاذِبُ ، ويُكذَّبُ فيها الصادِقُ ، ويُؤتَمَنُ فيها الخائِنُ ، ويخونُ الأمينُ ، وينطِقُ فيها الرُّويْبِضَةُ . قِيلَ : وما الرُّويْبِضةُ ؟ قال : الرجُلُ التّافِهُ يتَكلَّمُ في أمرِ العامةِ – رواه ابن ماجه

Maksudnya : “Akan datang kepada manusia tahun-tahun penuh dengan penipuan. Ketika itu pendusta dibenarkan sedangkan orang jujur didustakan, pengkhianat dipercayai sedangkan orang amanah dianggap pengkhianat. Pada saat itu ruwaibidhah berbicara.” Ada yang bertanya, “Apakah dimaksudkan dengan ruwaibidhah?”. Beliau menjawab, “Orang bodoh yang turut campur dalam urusan masyarakat luas.”

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 7-8 Surah Yunus:

نَّ الَّذِينَ لَا يَرْ‌جُونَ لِقَاءَنَا وَرَ‌ضُوا بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاطْمَأَنُّوا بِهَا وَالَّذِينَ هُمْ عَنْ آيَاتِنَا غَافِلُونَ ﴿٧ أُولَـٰئِكَ مَأْوَاهُمُ النَّارُ‌ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang tidak menaruh ingatan akan menemui Kami (pada hari akhirat untuk menerima balasan), dan yang reda (berpuashati) dengan kehidupan dunia semata-mata serta merasa tenang tenteram dengannya, dan orang-orang yang tidak mengindahkan ayat-ayat (keterangan dan tanda-tanda kekuasasaan) Kami,. Mereka yang demikian keadaannya (di dunia), tempat kediaman mereka (di akhirat) ialah neraka; disebabkan keingkaran dan kederhakaan yang mereka telah lakukan.

          Kita wajib memilih pemimpin yang mampu memperkasakan Islam, menjulang maruah bangsa dan menjaga kestabilan negara. Kita mesti menjadi manusia yang cerdik yang tidak boleh dijual beli undi mereka dengan habuan yang sedikit sedangkan bakal berdepan dengan kesengsaraan dengan kenaikan harga minyak yang menyebabkan harga barang akan naik, harga tol, bil elektrik, telefon, air terus naik, saman automatik seperti saman ekor yang memeras duit rakyat untuk kayakan syarikat kroni, cukai yang membebankan, hutang PTPTN kepada pelajar Universiti diteruskan sehingga ramai yang diheret ke mahkamah kerana hutang belajar ribu ringgit sahaja sedangkan dalam masa yang sama boleh hapus kira hutang MAS sebanyak RM 500 juta kepada kroni. Kita di Kelantan dirompak royalti 12 bilion kemudian dituduh tidak mampu membina lebuhraya yang berharga RM 2 bilion. Inilah bahayanya bila memilih pemimpin yang berniaga dengan rakyat iaitu beri sedikit ditarik balik berjuta-juta. Dasar pemimpin jenis ini terus mengekalkan rakyat dalam keadaan miskin agar mereka terus dapat menekan dan mengugut rakyat jelata dengan kuasa yang ada. Pemimpin jenis ini juga lebih suka berhutang sehingga negara hampir muflis akibat hutang telah mencecah RM 500 bilion iaitu setiap rakyat menanggung beban hutang negara RM 22 ribu seorang. Begitu juga banyak negeri dalam negara kita lebih banyak berhutang daripada membayar kecuali negeri yang diperintah oleh pemimpin berjiwa rakyat seperti Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang. Jangan biar negara menjadi muflis baru kita menyesal untuk mencari pemimpin yang dapat menyelesaikan masalah yang parah ini. Berubah sebelum parah, beringat sebelum kena, berhati-hati sebelum menyesal

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

            Laungan khurafat yang sering dilaungkan oleh penjajah ialah penjajah tidak akan memberi pemerintahan kepada anak watan kerana mereka tidak pandai memerintah. Maka laungan khurafat ini diteruskan oleh anak didik penjajah dengan mengatakan golongan selain mereka tidak pandai memerintah walau pun sepanjang 55 tahun memerintah begitu banyak hutang Negara ditimbun, amalan rasuah semakin parah sehingga indek rasuah peringkat antarabangsa semakin menjunam , pecah amanah menjadi amalan malah ada pemimpin yang boleh mempermainkan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) tanpa rasa takut. Akhinya undang-undang dalam Negara tidak lebih daripada sarang labah-labah iaitu jika rakyat di bawah dikejar sehingga ke lubang cacing sedangkan pemimpin atasan boleh menari di depan undang-undang. Sedangkan Rasulullah s.a.w pernah memberi jaminan bahawa system Islam akan dilaksanakan walau pun kepada Puteri kesayangannya sendiri Siti Fatimah yang membuktikan ketelusan system Islam tanpa memilih bulu. Begitu juga politik fitnah dan lucah boleh dimainkan tanpa rasa takut kepada Allah. Oleh itu tidak pelik apabila golongan ini begitu takut kepada hukum Islam yang melarang dan mengambil tindakan tegas sekiranya tersebarnya fitnah terutama dalam masalah zina dan liwat. Firman Allah dalam ayat

وَالَّذِينَ يَرْ‌مُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْ‌بَعَةِ شُهَدَاءَ فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا ۚ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Maksudnya : Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik; -

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Imam al-Ghazali pernah berpesan bahawa sebodoh-bodoh manusia ialah orang yang menjual akhiratnya kerana dunia orang lain iaitu dia sendiri tidak kalut dengan dunia tetapi terus mempertahankan orang yang gila dunia dan kuasa. Kita juga mesti mengelak daripada terlibat dgn sebarang rasuah dlm memilih pemimpin tambahan pula pemimpin tersebut adalah zalim terhadap rakyat.  Jika mereka menabur wang ringgit dan menyuruh agar memilih serta mengekalkan kedudukan mereka lalu penerima wang tadi menurut kehendaknya semata-mata kerana mengambil wang tersebut maka dia telah terlibat dengan rasuah.  

Rasulullah pernah bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah iaitu antara 3 orang yang Allah S.W.T tidak bercakap dengan mereka pada hari kiamat serta tidak disucikan mereka dan mendapat azab pedih ialah:

…. وَرَجُلٌ بَايَعَ إِمَامًا لايُبَايِعَهُ إِلا لِدُنْيَا . فَإِنْ أَعْطَاهُ مِنْهَا وَفَى لَهُ وَإِنْ لَمْ يُعْطِهِ مِنْهَا لَمْ يَفِ لَهُ

Maksudnya : ….dan seorang lelaki yang taat setia kepada pemimpin di mana dia tidak taat kecuali kerana dunia. Jika pemimpin memberinya habuan maka dia tunai ketaatan baginya tetapi jika pemimpin tidak memberinya maka dia tidak mentaatinya

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

 

Kepimpinan Islam DiPilih Kezaliman Jahiliah DiSisih

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 58 Surah an-Nisa’:

إِنَّ اللَّـهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ ۗ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا

Maksudnya : Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

Kepimpinan dan pembinaan tamadun merupakan suatu yang berkait rapat antara satu sama lain. Bila kita membaca sejarah sesuatu kerajaan maka topik utama perbincangan banyak berkisar tentang pemimpin, corak pemerintahan dan kejayaan atau kegagalannya dalam membina tamadun. Oleh itu Islam begitu mengambil berat tentang masalah kepimpinan dan cara pembinaan tamadun agar selari dengan kehendak syarak. Islam bukan hanya mahu tamadun kebendaan sahaja ditegakkan sedangkan tamadun rohani dipinggirkan. Umat Islam sentiasa diperingatkan tentang ikatan antara kebahagiaan dunia akhirat, dosa pahala, Syurga Neraka agar kita sentiasa memastikan setiap tindakan kita termasuk dalam memilih pemimpin dan pembinaan tamadun mesti mengikut kehendak wahyu bukan tunduk kepada hawa nafsu. Dunia diberi oleh Allah kepada sesiapa yang mencintai Allah dan memusuhiNya sedangkan agama hanya dianugerahkan kepada hamba Allah yang mencintai Allah. Oleh itu kita sedar bahawa tujuan kita memilih pemimpin bukan untuk mendapat habuan dunia semata-mata sebaliknya kita memilih pemimpin dari kalangan orang yang mampu membangunkan Tamadun dunia dan rohani berdasarkan agama. Tidak ada pemimpin yang mampu membina Tamadun Kebendaan dan Rohani secara serentak berdasarkan agama melainkan orang yang kenal Allah dan mencintai Allah. Antara contohnya ialah pemimpin yang mengatakan judi adalah haram maka kedai judi tidak diberikan lesen untuk beroperasi agar rakyat terjaga daripada keruntuhan akhlak. Kita tidak tertipu dengan pemimpin yang hanya berbangga kerana membuka perbankan Islam sedangkan dia sendiri begitu seronok dengan sistem riba. Kita wajib memilih pemimpin yang sentiasa berusaha dalam memberi kefahaman kepada rakyat tentang pentingnya solat 5 waktu sehingga banyak program tarbiah dilaksanakan agar rakyat betul-betul menjaga solat. Kita wajib menolak pemimpin yang hanya tahu mengeluh apabila lahirnya ramai anak zina, keruntuhan akhlak akibat hiburan melampau sedangkan pintu zina diberi lesen samada kelab malam, rancangan tv, program hiburan melampu sehingga tak cukup artis tempat maka berjuta wang dibazirkan untuk menjemput artis luar negara. Bijak mengundi bawa bahagia, Silap mengundi bawa derita dunia akhirat

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 19 surah at-Taubah :

أَجَعَلْتُمْ سِقَايَةَ الْحَاجِّ وَعِمَارَ‌ةَ الْمَسْجِدِ الْحَرَ‌امِ كَمَنْ آمَنَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ‌ وَجَاهَدَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ ۚ لَا يَسْتَوُونَ عِندَ اللَّـهِ ۗ وَاللَّـهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

Maksudnya : Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid Al-Haraam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.

Islam begitu mengambil berat tentang Syiar dan pelaksaan syariat di mana pada zaman nabi s.a.w ada sahabat yang berbangga kerana keluarganya diamanah untuk memegang anak kunci Ka’abah, ada sahabat yang lain berbangga kerana keluarga mereka berperanan besar dalam memberi minum jemaah haji lalu Sayyidina Ali bangkit menerangkan bahawa beliau antara orang yang paling awal beriman kepada Allah dan rasulNya dan banyak berjuang pada jalan Allah. Oleh itu kita bukan sahaja digalakkan untuk membina masjid tetapi apa yang paling penting dalam memperkasakan pengajian agama sehingga rakyat jelata berilmu dan semakin jinak dengan masjid. Jangan pula seronok memberitahu dunia bahawa mereka adalah golongan yang membina masjid sedangkan tangan yang  sama memberi lesen untuk judi, kelab malam, kilang dan kedai arak yang berleluasa, hiburan melampau serta tempat dan aktiviti maksiat yang lain. Kita tidak mahu hanya menjadi jaguh di kaca tv dan dada akhbar dalam mempertahankan kalimah Allah sedangkan membiarkan pemimpin yang sedia ada memberi kelulusan untuk membawa masuk Bible dari Indonesia yang bertulis kalimah Allah untuk diedarkan. Kita tidak mahu manusia yang menghina hukum Allah terus membiak sehingga banyak bala Allah merebak termasuk jenayah dan video fitnah liwat dan zina dibiarkan tersebar tanpa tindakan sewajarnya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Imam Muslim meriwayat dari Abu Hurairah ra, bahwasanya Rasulullah saw bersabda:

مَنْ خَرَجَ مِنْ الطَّاعَةِ وَفَارَقَ الْجَمَاعَةَ فَمَاتَ مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً وَمَنْ قَاتَلَ تَحْتَ رَايَةٍ عِمِّيَّةٍ يَغْضَبُ لِعَصَبَةٍ أَوْ يَدْعُو إِلَى عَصَبَةٍ أَوْ يَنْصُرُ عَصَبَةً فَقُتِلَ فَقِتْلَةٌ جَاهِلِيَّةٌ وَمَنْ خَرَجَ عَلَى أُمَّتِي يَضْرِبُ بَرَّهَا وَفَاجِرَهَا وَلَا يَتَحَاشَى مِنْ مُؤْمِنِهَا وَلَا يَفِي لِذِي عَهْدٍ عَهْدَهُ فَلَيْسَ مِنِّي وَلَسْتُ مِنْهُ

Maksudnya : “Barangsiapa keluar dari ketaatan dan memecah belah Jama’ah, lalu dia mati, maka matinya (seperti) mati jahiliyyah. Dan barangsiapa berperang di bawah panji Assobiyah, marah kerana Assobiyah, atau menyeru kepada Assobiyah, atau menolong kerabat (dalam kezaliman), kemudian dia terbunuh, maka matinya adalah mati jahiliyyah. Dan siapa saja memerangi umatku, membunuh orang yang baik maupun orang yang buruk dari umatku, dan tidak memperhatikan orang-orang mukminnya, tidak pula memperhatikan orang yang membuat perjanjian, maka ia bukan termasuk golonganku, dan aku bukan termasuk golongannya

Rakyat ditakutkan melalui tv, radio, akhbar dan media massa yang lain bahawa bangsa Melayu akan hilang kehebatan dan kuasa jika pemimpin sekarang diubah. Sebagai rakyat yang bijak dan cerdik sepastinya kita tidak mudah tertipu dengan laungan yang tersasar daripada hakikat yang sebenar ini. Laungan kebangsaan sempit ini begitu merbahaya jika kita termakan racunnya yang berbisa sehingga Rasulullah s.a.w memberi amaran keras tentang bahaya Assobiyah. Ibnu Khaldun di dalam Al-Muqaddimah menyatakan bahawa semangat dan kekuatan bangsa boleh membantu menaikkan sesuatu bangsa kepada kemajuan dengan syarat ia mesti berteraskan Islam. Tetapi dalam masa yang sama apabila semangat kebangsaan atau kekitaan ini mula dilonggarkan daripada Islam maka ia akan menghancurkan bangsa tersebut. Ia terjadi apabila pemimpin mula merasakan kekuatannya adalah hasil sokongan yang tidak berbelah bahagi atas nama mereka sebangsa walau apa pun yang dilakukan. Akhirnya pemimpin tersebut mula terpesong dan mementingkan diri sendiri sehingga  segala kemewahan negara pada mulanya dinikmati oleh seluruh bangsanya mula diperkecilkan kepada mereka yang menyokongnya sahaja sehingga mengabai dan menzalimi mereka yang sebangsa tetapi tidak memberi sokongan kepadanya di atas sebab tertentu. Disebabkan perasaan tamak terus menguasai diri menyebabkan pemimpin itu mula memperkecilkan lagi pembahagian hak dan kemewahan kepada keluarga terdekat dan mereka yang menjadi pendokong kuat kepadanya walau pun bukan dari bangsanya. Tindakannya ini akhirnya menimbulkan perasaan dendam di kalangan bangsanya sendiri terutama penyokongnya yang selama ini begitu setia kepadanya akibat daripada kezaliman yang dilakukan.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Kita  mesti yakin bahawa mulianya sesuatu bangsa kerana berpegang kepada Islam dan hina serta mundurnya suatu bangsa kerana membuang Islam daripada kehidupan mereka. Ingatlah kita kepada kata-kata Sayyidina Umar yang masyhur ketika beliau  berjaya membebaskan Baitul Maqdis yang berbunyi :

نَحْنُ  قَوْمٌ أَعَزَّنَا اللهُ بِاللإسْلامِ فَمَهْمَا نبَتْغَيِ العِزَّةَ بِغَيْرِمَا أَعَزَّنَا اللهُ أَذَلَّنَا اللهُ

Maksudnya : Kita adalah suatu kaum yang  dimuliakan oleh  Allah  dengan  Islam. Selama mana kita mencari kemuliaan dengan sesuatu  yang bukan  apa yang  telah dimuliakan kita dengannya  iaitu  Islam  maka kita akan dihina oleh Allah

Bangsa Melayu akan kembali perkasa dan kuat apabila kita berani membuat perubahan termasuk dalam memilih pemimpin. Kita jangan lupa kepada jenayah golongan yang mengaku memperjuangkan hak Melayu sedangkan banyak tanah rezab Melayu digadai kepada orang asing termasuk saki baki tanah milik Keretapi Tanah Melayu KTM di Singapura. Pengkhianat kepada tulisan jawi yang menyebabkan ramai yang buta al-Quran dan agama. Pengkhianat kepada pusat pengajian agama termasuk serangan besar-besaran terhadap sekolah agama rakyat SAR yang mengorbankan puluhan ribu pelajar. Menyusahkan pelajar untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Azhar sehingga banyak kolej Islam ditutup dan ribuan pensyarah dan pelajar menjadi mangsa. Mengkhianat bahasa Malaysia dengan pelaksanaan pembelajaran matapelajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris yang mengorbankan ratusan ribu anak Melayu. Ibarat kata Ibnu Khaldun bangsa yang paling bangsat ialah bangsa yang bergantung kepada bahasa penjajahnya sendiri untuk maju. Kita rakyat Kelantan yang majoritinya orang melayu dinafikan hak Royalti minya lebih 12 bilion disamping pembangunan yang lain oleh golongan yang mendakwa mereka pejuang bangsa Melayu. Jangan kerana atas alasan Melayu menyebabkan kita terus membiarkan pembaziran wang rakyat seperti kos bil elektrik dan air kediaman Perdana Menteri mencecah RM10 juta setahun manakala kos selenggara RM49 juta setahun. Jangan kerana terhutang budi dengan duit RM100, RM500 dan sebagainya menyebabkan kita terus membiarkan masalah rasuah, pecah amanah yang mendekatkan Negara kita menjadi muflis. Jangan kerana nama Melayu menyebabkan kita rela syarikat kapal terbang MAS terpaksa membeli minyak daripada Syarikat arak Filiphina di mana salah seorang ahli pengarahnya orang Melayu. Islamkan Melayu nescaya kita bahagia dunia akhirat, jangan melayukan Islam sehingga kita menderita dunia akhirat.

Firman Allah dalam ayat 41 Surah al-Hajj:

الَّذِينَ إِن مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنكَرِ ۗ وَلِلَّـهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ

Maksudnya : Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Pemimpin Adil Bawa Bahagia Pemimpin Zalim Bawa Derita

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 41 Surah al-Hajj:

الَّذِينَ إِن مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنكَرِ ۗ وَلِلَّـهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ

Maksudnya : Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan

Kedatangan nabi Muhammad s.a.w sebagai nabi akhir zaman yang bukan sahaja sebagai seorang ahli ibadat yang tawadhu’, pendakwah yang cekal, ketua keluarga yang penyayang, ahli masyarakat yang sopan, ketua tentera yang bijak malah sebagai pemimpin negara yang hebat. Jangan sekali-kali memisahkan cara hidup nabi dalam setiap kehidupan dengan hanya melihat nabi sebagai pendakwah yang tidak berpolitik atau hanya memakmurkan masjid tidak terlibat dalam mengurus negara. Kewafatan nabi bukan bererti berakhirnya dakwah Islam sebagaimana permusuhan terhadap Islam terus berlangsung hingga hari qiamat. Jahiliah yang pernah dibanteras oleh nabi akan kembali subur semula akibat gagalnya sistem Islam dilaksanakan atas muka bumi ini. Tugas nabi yang mulia ini diteruskan oleh khulafa’ ar-Rasyidin selepas kewafatan baginda bagi memastikan suasana yang baik dan teratur tidak kembali menjadi buruk dan berterabur. Sesuai dengan maksud khalifah itu sendiri iaitu kepimpinan dalam mengurus dunia berdasarkan agama ke arah menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Antara tugas besar kepimpinan Islam ialah memastikan rakyat jelata sentiasa mengambil berat tentang kewajipan solat 5 waktu, pembayaran zakat dan agihan yang adil kepada rakyat dalam memastikan hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia sesama manusia berjalan dengan baik bagi menjamin keberkatan dan ketenangan hidup ditambah dengan memperkasa tugas amar makruf nahi mungkar dalam setiap aspek kehidupan supaya cara hidup rakyat berpandu kepada wahyu bukannya hanyut dengan godaan nafsu

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 247 surah al-Baqarah :

وَقَالَ لَهُمْ نَبِيُّهُمْ إِنَّ اللَّـهَ قَدْ بَعَثَ لَكُمْ طَالُوتَ مَلِكًا ۚ قَالُوا أَنَّىٰ يَكُونُ لَهُ الْمُلْكُ عَلَيْنَا وَنَحْنُ أَحَقُّ بِالْمُلْكِ مِنْهُ وَلَمْ يُؤْتَ سَعَةً مِّنَ الْمَالِ ۚ قَالَ إِنَّ اللَّـهَ اصْطَفَاهُ عَلَيْكُمْ وَزَادَهُ بَسْطَةً فِي الْعِلْمِ وَالْجِسْمِ ۖ وَاللَّـهُ يُؤْتِي مُلْكَهُ مَن يَشَاءُ ۚ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya : Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: “Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: “Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?” Nabi mereka berkata:” Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan”. Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.

Tugas sebagai pemimpin bukanlah suatu lambang kebanggaan sebaliknya ia adalah amanah yang besar dalam membentuk corak pemerintahan samada tunduk kepada Allah atau menyalahiNya, mendapat berkat atau laknat, bermatlamat dunia atau akhirat. Al-Quran dan hadis nabi banyak memberitahu kepada kita bagaimana pemimpin yang adil mengikut syariat akan mendapat balasan Syurga manakala pemimpin zalim akan dibakar dalam Neraka. Malah pemimpin yang adil antara 7 golongan yang bakal dipayungi di bawah bayangan Arasy pada hari akhirat dan juga antara golongan yang dimakbulkan doa oleh Allah.

Menyedari tentang kewajipan dan tanggungjawab pemimpin yang begitu besar ini maka kita sebagai rakyat jelata mesti memilih kepimpinan sebagaimana yang diajar oleh wahyu bukannya mengikut selera wahyu. Kisah perlantikan Talut sebagai pemimpin dalam berdepan dengan kezaliman Jalut antaranya mengajar kita tentang 2 ciri utama pemimpin iaitu berilmu dan beramal dengan ajaran syarak disamping memiliki kemampuan untuk melaksanakan tugas yang dipikul serta mampu memberi keyakinan kepada rakyat dengan penampilan akhlak yang baik.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 8 surah Al-Maidah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّـهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِ‌مَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَ‌بُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ خَبِيرٌ‌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Kisah ini juga memberi peringatan agar kita jangan terpedaya dalam memilih pemimpin hanya berdasarkan keturunan dan kekayaan semata-mata kerana ia tidak menjamin kebahagiaan hidup dunia apatah lagi di akhirat nanti. Ingat pesanan berharga daripada Khalifah Umar bin Abdul Aziz : Jika pemimpin kaya maka rakyat akan miskin tetapi bila pemimpin miskin maka rakyat akan kaya. Ini adalah kerana pemimpin yang kaya sentiasa sibuk untuk menambah kekayaan sehingga lupa rakyat yang susah sedangkan pemimpin yang miskin sentiasa berfikir tentang kebajikan rakyatnya yang susah.” Begitu juga Ibnu Khaldun di dalam al-Muqaddimah telah menggariskan beberapa sebab atau punca yang menyebabkan keruntuhan sesebuah kerajaan antaranya ialah masalah wang atau aktiviti mega yang berbentuk mewah bukan untuk keperluan rakyat sehingga wujudnya pembaziran, pecah amanah, salah kuasa, rasuah yang menyebabkan rakyat memikul bebanan cukai dan kos sara hidup yang tinggi ketika pemimpin terus hidup mewah. Kepincangan dalam menguruskan kekayaan Negara cuba ditutup dengan pemberian habuan yang sedikit kepada rakyat dengan membiarkan masalah rasuah, pecah amanah, pembaziran serta hasil mahsul Negara dibahagi sesama kroni sahaja sehingga yang kaya semakin kaya yang miskin papa kedana. Kita begitu bimbang apabila hutang dalam Negara kita makin membesar akibat pembaziran, pecah amanah, rasuah yang kadarnya sentiasa meningkat dari tahun ke tahun yang mendekatkan Negara menjadi muflis

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 19 surah at-Taubah :

أَجَعَلْتُمْ سِقَايَةَ الْحَاجِّ وَعِمَارَ‌ةَ الْمَسْجِدِ الْحَرَ‌امِ كَمَنْ آمَنَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ‌ وَجَاهَدَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ ۚ لَا يَسْتَوُونَ عِندَ اللَّـهِ ۗ وَاللَّـهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

Maksudnya : Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid Al-Haraam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.

Al-Quran turut menyatakan bagaimana betapa pentingnya dalam menghidupkan syiar dan syariat dalam negara agar keberkatan hidup dunia dicapai, kebahagiaan akhirat digapai. Oleh itu kita bukan sahaja digalakkan untuk membina masjid tetapi apa yang paling penting dalam memperkasakan pengajian agama sehingga rakyat jelata berilmu dan semakin jinak dengan masjid. Jangan pula seronok memberitahu dunia bahawa mereka adalah golongan yang membina masjid sedangkan dalam masa yang sama tangan yang  sama memberi lesen untuk judi, kelab malam, kilang dan kedai arak yang berleluasa, hiburan melampau serta tempat dan aktiviti maksiat yang lain. Kita tidak mahu rakyat terus hanyut dengan hiburan melampau, ketagihan arak, judi, penzinaan akibat lesen yang diberi. Sepatutnya dengan melihat pelbagai kerosakan akhlak yang membawa kepada peningkatan jenayah dalam negara maka pelbagai aktiviti tarbiah dipertingkat manakala lesen tempat maksiat dikawal bukan semakin disuburkan semata-mata mahu mengaut keuntungan dunia sehingga maruah rakyat dikorbankan. Sampai bilakah kita mahu dikenali sebagai negara pengguna arak antara yang terbesar di dunia dan pengutip hasil judi yang terus menjadi antara sumber utama negara. Kita tidak mahu hanya menjadi jaguh di kaca tv dan dada akhbar dalam mempertahankan kalimah Allah sedangkan membiarkan pemimpin memberi kelulusan untuk membawa masuk Bible dari Indonesia yang bertulis kalimah Allah. Kita tidak mahu manusia yang menghina hukum Allah terus membiak sehingga banyak bala Allah turun termasuk jenayah dan video fitnah liwat dan zina dibiarkan tersebar tanpa tindakan sewajarnya. Kita bukan hanya mahu pemimpin yang berbangga kerana membuka bank Islam sedangkan mereka sendiri seronok dengan sistem riba. Oleh itu buatlah perubahan terbaik dalam memilih pemimpin demi mencapai keberkatan hidup di dunia dan kebahagiaan hidup di akhirat. Jangan menyalahkan orang lain jika kerosakan dalam negara terus berlaku akibat kesalahan kita sendiri dalam memilih pemimpin. Ingatlah bahawa atas setiap kita adanya amanah mengikut jawatan yang kita pikul dan amanah ini pasti akan ditanya diakhirat kelak termasuk dalam masalah memilih pemimpin. Bijak memilih bahagia, Salah memilih menderita.

Firman Allah dalam ayat 41 Surah ar-Ruum:

ظَهَرَ‌ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ‌ وَالْبَحْرِ‌ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْ‌جِعُونَ

Maksudnya : Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

7 Dosa Besar DiJauhi Negara DiBerkati

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 65 surah az-Zumar :

وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَ‌كْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِ‌ينَ

Maksudnya : Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai nabi Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: “Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi.

Umat Islam sentiasa diperingatkan oleh agama berkenaan dosa pahala, Syurga Neraka, dunia akhirat agar kita tidak lalai sehingga melampaui syariat. Sesuai dengan sistem agama yang meliputi seluruh aspek kehidupan termasuk ibadat khusus, politik, ekonomi, sosial dan sebagainya maka berjayalah umat yang meletakkan Islam sebagai cara hidup dan betapa ruginya umat yang hanya menjadikan agama hanya berguna pada perkara yang selari dengan kehendak nafsunya dengan menolak system agama yang bercanggah dengan nafsu serakahnya. Jadikanlah diri kita sebagai warga akhirat yang menjadikan dunia hanya sebagai tempat persinggahan dalam mengumpul sebanyak mungkin bekalan akhirat. Jangan sama sekali jadikan diri kita sebagai warga dunia yang menjadikan dunia yang sementara ini sebagai matlamat hidup sehingga mengenepikan akhirat. Nabi Muhammad s.a.w sentiasa memperingatkan kita bahawa dunia adalah tempat untuk beramal manakala akhirat nanti adalah tempat untuk kita menerima pembalasan samada Syurga yang penuh nikmat atau Neraka yang penuh azab. Oleh itu marilah kita sama-sama meningkat amal soleh disamping menjauhi dosa derhaka terhadap Allah terutama 7 dosa besar sebagaimana yang diungkapkan oleh nabi s.a.w dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah RH:

قال الرسول : اجْتَنِبُوا السَّبْعَ المُوْبِقَاتِ ؟ قَالُوا يَارَسُوْلَ اللهِ وَ مَا هُنَّ ؟ قَالَ الشِرْكُ بِاللهِ وَ السِّحْرُ وَ قَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللهُ إِلاَّ بِالْحَقِّ وَ أَكْلُ الرِّبَا وَ أَكْلُ ماَلِ الْيَتِيْمِ وَ التَّوَلِّي يَوْمَ الزَّحْفِ وَ قَذْفُ الْمحْصَنَاتِ الْغَافِلاتِ الْمُؤْمِنَاتِ

Maksudnya : Jauhilah 7 perkara yang membinasakan. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah 7 perkara tersebut?. Baginda menjawab: “Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan untuk dibunuh kecuali dengan haq (benar), makan riba, makan harta anak yatim, lari dari pertempuran dan menuduh zina terhadap wanita beriman yang terhormat serta menjaga kehormatan

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 43 surah al-Furqan :

أَرَ‌أَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَـٰهَهُ هَوَاهُ أَفَأَنتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلًا

Maksudnya : Nampakkah (wahai nabi Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?.

Dosa paling besar yang wajib kita jauhi ialah dosa syirik mempersekutukan Allah. Biasanya kita mudah nampak apabila manusia yang syirik pada Allah dalam menyembah patung berhala, matahari, pokok dan sebagainya yang dianggap sebagai tuhan. Apa yang jelas masih diteruskan oleh pemimpin walau pun telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa ialah penghormatan kepada Tugu Pahlawan. Begitu juga sikap memperkecilkan sistem Islam dengan penggubalan undang-undang yang bercanggah dengan Islam disamping membiarkan suara-suara sumbang dari kalangan umat Islam sendiri yang memperlekehkan undang-undang Islam dalam masalah hukum Hudud, penutupan aurat, pergaulan bebas dan sebagainya akibat dirasuk dengan fahaman sesat sekulerisme yang memisahkan antara agama dan urusan mentadbir dunia. Oleh itu kita wajib bersyukur kepada Allah atas nikmat iman dan Islam yang wajib dijaga termasuk kita yakin bahawa Allah sahaja yang Maha Memberi rezeki di mana makhluk termasuk pemimpin hanya sebagai suatu cara untuk menyampaikan rezeki yang telah ditentukan oleh Allah. Menjadi suatu kesalahan besar jika terlalu terhutang budi kepada orang yang berbuat baik kepada kita termasuk ibubapa sehingga kita mengikut suruhan yang bercanggah daripada syariat Islam. Ingatlah alasan terakhir Firaun bila tidak mampu melawan kekuatan hujah nabi Musa a.s. iaitu mengungkit jasa beliau yang menjaga dan memberi makan minum nabi Musa semenjak dari kecil lagi namun dengan tegas ditolak oleh Musa a.s bahawa baginda tidak akan menyokong syirik dan kezaliman serta memperingatkan Firaun bahawa Pemberi rezeki yang sebenar adalah Allah

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Dosa besar yang kedua ialah amalan sihir di mana tidak dapat dinafikan ada ramai di kalangan umat Islam sendiri yang terlibat dengan amalan ini termasuk masalah mencari kedudukan dalam politik kepartian sehingga negara pernah digegarkan dengan pembunuhan wakil rakyat oleh bomoh. Dosa besar yang ketiga ialah membunuh orang tanpa sebenar di mana kita melihat akhir-akhir ini pembunuhan yang berlaku dalam negara semakin meningkat. Ia disebabkan daripada sifat tercela yang merasuk jiwa seperti hasad dengki, gagal mengawal kemarahan, gila harta dan pangkat disamping mabuk arak dan ketagihan dadah. Imam Hasan al-Basri berkata : “ 4 perkara di mana sesiapa yang memilikinya maka Allah memeliharanya daripada syaitan dan mengharamkannya daripada azab Neraka iaitu sesiapa yang mampu menahan diri ketika dalam keghairahan, ketakutan, syahwat dan kemarahan”

Firman Allah dalam ayat 93 surah an-Nisa’ :

وَمَن يَقْتُلْ مُؤْمِنًا مُّتَعَمِّدًا فَجَزَاؤُهُ جَهَنَّمُ خَالِدًا فِيهَا وَغَضِبَ اللَّـهُ عَلَيْهِ وَلَعَنَهُ وَأَعَدَّ لَهُ عَذَابًا عَظِيمًا

Maksudnya : Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka kepadanya, dan melakanatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 278 – 279 surah al-Baqarah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ وَذَرُ‌وا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّ‌بَا إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْ‌بٍ مِّنَ اللَّـهِ وَرَ‌سُولِهِ ۖ وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُ‌ءُوسُ أَمْوَالِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُونَ

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

Dosa besar yang keempat ialah makan riba di mana kita di Kelantan Alhamdulillah tindakan bijak kerajaan negeri untuk mengeluarkan simpanannya dari bank riba menyebabkan semua bank bertindak mengadakan kaunter perbankan Islam. Sedangkan kesungguhan di peringkat negara terhadap haramnya riba masih dingin di mana banyak amalan riba bukan sahaja diteruskan malah disuburkan lagi sedangkan dunia sedang menyaksikan sistem riba antara sebab utama ekonomi dunia semakin hancur dan banyak negara menjadi muflis. Akibat teralu seronok dengan janji syaitan bahawa riba menguntungkan menyebabkan amaran Allah yang mengisytiharkan perang terhadap amalan riba dipandang sepi.

Dosa besar yang kelima ialah makan harta yatim dengan cara yang bercanggah dengan syariat. Islam begitu memuliakan anak yatim dan golongan yang menjaga kebajikan mereka disamping memberi amaran keras kepada sesiapa yang mengkhianati anak yatim. Firman Allah dalam ayat 34 surah al-Isra’ :

وَلَا تَقْرَ‌بُوا مَالَ الْيَتِيمِ إِلَّا بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ حَتَّىٰ يَبْلُغَ أَشُدَّهُ ۚ وَأَوْفُوا بِالْعَهْدِ ۖ إِنَّ الْعَهْدَ كَانَ مَسْئُولًا

Maksudnya : Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga dia baligh (dewasa serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.

 

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

Dosa besar yang keenam ialah lari daripada medan perjuangan. Kita sebelum ini menyaksikan bagaimana pencerobohan terhadap bumi Palestin, Iraq dan sebagainya yang menuntut jihad peperangan terhadap musuh Islam. Manakala dalam masa sebulan lebih ini kita didedahkan dengan pencerobohan di Lahad Datu yang telah mengorbankan ramai polis dan tentera. Kita doakan semoga ia diselesaikan dengan baik dan segera disamping mimbar Jumaat pada hari ini mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga perwira kita. Kita juga mesti memperkasakan amar makruf nahi mungkar dan jangan lari daripada tugas penting ini termasuk dalam masalah kepimpinan di mana ketika merenungi suatu hadis daripada Imam al-Bukhari meriwayatkan dengan sanadnya hingga sampai kepada Zubair Adi. Beliau berkata, “Kami datang kepada Anas Malik, kemudian kami mengadu kepadanya mengenai kezaliman yang dilakukan Hajjaj Yusuf Thaqafiy. Dia menjawab, “Sabarlah, kerana setiap zaman yang berjalan yang kemudiannya lebih buruk daripada sebelumnya. Hingga kamu bertemu Rabb kamu. Saya mendengar hadis ini daripada Nabi SAW.”

Menurut Ibnu Masud, “Hadis ini tidaklah bererti pemerintah hari esok lebih buruk daripada pemerintah hari ini, juga bukan bererti tahun akan datang lebih buruk daripada tahun ini.

“Maknanya, ulama kamu dan ahli fiqah ramai yang meninggal dunia sehingga kamu tidak menemui pengganti mereka, akhirnya datanglah orang yang tidak berilmu memberikan fatwa dalam agama berdasarkan akal mereka.”

Dalam riwayat lain, beliau mengatakan, “Akhirnya orang yang tidak berilmu itu menelanjangkan Islam dan menghancurkannya.”

Oleh itu kita jangan lari daripada perjuangan dalam memilih pemimpin yang mampu memandu kita kepada kebahagiaan hidup dunia akhirat agar kemakmuran dan keberkatan Negara terus dikecapi

Dosa besar yang ketujuh ialah menuduh orang yang beriman dan soleh terlibat dengan perbuatan terkutuk seperti zina dan liwat. Pada hari ini sekali lagi tuduhan liwat dan zina terhadap seseorang melalui video dan sebagainya dimainkan tanpa rasa takut kepada Allah akibat daripada hukuman Islam diketepikan. Ingatlah amaran Allah dalam ayat 4 surah an-Nuur :

وَالَّذِينَ يَرْ‌مُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْ‌بَعَةِ شُهَدَاءَ فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا ۚ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Maksudnya : Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan 4 orang saksi, maka sebatlah mereka 80 kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik;

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 5,733 other followers