Islamkan Sambutan Merdeka Rayakan Kenikmatan Syurga

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 1-3 surah al-Fathu :

إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِينًا ﴿١﴾ لِّيَغْفِرَ‌ لَكَ اللَّـهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ‌ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَ‌اطًا مُّسْتَقِيمًا ﴿٢﴾ وَيَنصُرَ‌كَ اللَّـهُ نَصْرً‌ا عَزِيزًا

Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata, Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya). Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya)

Kini kita berada dipertengahan bulan Syawal di mana kehangatan sambutan hari raya masih dirasai dengan pelbagai program termasuk rumah terbuka yang silih berganti. Sambutan hari raya lebih bermakna bila disambut mengikut suluhan wahyu dengan mengekang hawa nafsu supaya tarbiah Ramadhan yang dijanjikan dengan pengampunan dosa tidak kembali dicemari dengan kekotoran noda dosa pada bulan Syawal. Peluang kedatangan Syawal juga akan lebih bererti bila proses tarbiah Ramadhan diteruskan dengan sama-sama berpuasa 6 hari di bulan Syawal bagi menyahut seruan nabi s.a.w :

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ  ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ          ( رواه مسلم )

Maksudnya  : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Selain kehangatan sambutan raya, hari ini kita berada pada 31 Ogos di mana bermula malam tadi dengan sambutan ambang merdeka dan pagi tadi pelbagai acara dalam menunjukkan kepada dunia bahawa rakyat Malaysia seronok kerana dapat menyambut hari kemerdekaan Negara kali ke-55. Sebagaimana laungan kemenangan ketika sambutan raya yang sepatutnya memberi motivasi dan semangat yang tinggi untuk kita sama-sama menjulang wahyu, mengekang hawa nafsu sehingga musuh Islam tidak lagi berani memperkuda dan mempermainkan Islam namun apa yang berlaku adalah sebaliknya akibat umat Islam dihidapi penyakit al-Wahnu iaitu terlalu cinta kepada dunia dan terlalu takut kepada mati sehingga takbir raya bukan sahaja lesu tak bermaya malah tidak membawa perubahan ke arah kebaikan. Begitulah juga sambutan merdeka yang tidak dapat lari daripada unsur hiburan melampau yang menunjukkan bahawa mulut sahaja seronok melaungkan merdeka tetapi jiwa dan cara hidup terus berqiblatkan penjajah. Akhirnya penjajah tersenyum simpul melihat gelagat lucu rakyat di negara bekas jajahannya yang mulutnya berkata merdeka tetapi cara hidupnya terus menjulang system penjajah. Malah system Islam yang dikuburkan oleh penjajah termasuk hukum Hudud begitu ditakuti oleh umat Islam sendiri kerana telah lama memuja system penjajah. Seronokkah kita bila hanya melaungkan merdeka sedangkan selepas merdeka peratus orang Islam ada 82% tetapi setelah 55 tahun merdeka peratus orang Islam tinggal 50% sahaja. Itu belum dikira dengan penghapusan tulisan jawi yang membawa kepada semakin ramai umat Islam buta al-Quran dan agama. Penukaran cuti hari Jumaat kepada Ahad yang tidak pernah berani dibuat oleh penjajah tetapi dilakukan oleh anak didik penjajah. Malah pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris sehingga bahasa Malaysia dikuburkan menjadi lambang besar bagaimana penjajahan pemikiran dan cara hidup lebih bahaya daripada penjajahan bangsa dan warna kulit. Benarlah kata Ibnu Khaldun bahawa bangsa yang paling bangsat ialah bangsa yang terpaksa menggunakan bahasa penjajahnya untuk mencari kemajuan.

Firman Allah S.W.T dalam ayat 34 surah al-Namlu :

قَالَتْ إِنَّ الْمُلُوكَ إِذَا دَخَلُوا قَرْيَةً أَفْسَدُوهَا وَجَعَلُوا أَعِزَّةَ أَهْلِهَا أَذِلَّةً ۖ وَكَذَٰلِكَ يَفْعَلُونَ

Ertinya : Ratu Balqis berkata: “Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia kepada hina-dina; dan demikian itulah mereka akan lakukan

Sidang Jumaat Yang dirahmati Allah ,

Menyedari betapa pentingnya erti sebuah kemerdekaan dari segi pengisian dan seterusnya menjaganya maka kita umat Islam telah diberi garis panduan berguna bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah dalam perkara ini termasuk pengajaran besar daripada Kemerdekaan Kota Mekah pada bulan Ramadhan tahun 8H bukan sahaja membersihkan kembali Ka’abah daripada berhala dan amalan syirik yang selama ini mengotorkan kesucian bumi Mekah malah memudahkan lagi umat Islam untuk mengerjakan ibadat umrah dan haji. Bahkan bermula daripada kemerdekaan Kota Mekah telah membolehkan Islam menyebar luaskan lagi dakwah dan sistemnya bukan sahaja dalam Semenanjung Tanah Arab tetapi turut keluar daripada kawasan itu. Kemerdekaan ini diminta oleh Allah agar didahulukan dengan bertasbih dan bertahmid atas nikmat Allah yang telah menjadikan umat Islam sebagai pemegang amanah dan pembela agama Islam dan juga atas rahmat Allah yang mengurniakan kemenangan serta penyertaan umat manusia yang begitu ramai memeluk Islam selepas kemerdekaan bumi Mekah. Allah turut menyuruh agar beristighfar atas pelbagai perasaan bangga dan sombong yang berkecamuk dalam hati di saat kemenangan serta perasaan tidak sabar, terkilan, gentar kerana merasakan begitu lama kemenangan yang dijanjikan Allah ini untuk diraih. Arahan ini sebagaimana diungkapkan oleh Allah dalam ayat 3 surah an-Nasru  :

 فَسَبِّحْ ِبحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا

Maksudnya : Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan pohonlah keampunanNya. Sesungguhnya Allah Amat Menerima taubat hambaNya.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah ,

Ia jauh berbeza dengan sambutaan kemerdekaan kita yang dipenuhi dengan hiburan melampau sehinga ramai yang terlibat dengan arak, zina yang melahirkan anak luar nikah beberapa bulan selepas sambutan merdeka dan kesan buruk yang lain. Cara sambutan kemerdekaan ini bukan sahaja tidak berterima kasih kepada pejuang kemerdekaan yang sanggup mati untuk menghalau penjajah malah tidak bersyukur kepada Allah dengan melakukan maksiat. Akhirnya laungan merdeka menjadi nyanyian yang melalaikan ketika sistem penjajah terus menguasai jiwa dan negara yang menyaksikan bukan sahaja jenayah bertambah ganas dan parah malah maruah Islam dan umatnya semakin tercalar. Ketika bercakap isu murtad maka tiada undang-undang tegas berdasarkan Islam yang digubalkan. Malah apa yang lebih malang kedudukan Mahkamah Syariah yang dianggap kelas kedua berbanding mahkamah sivil telah meletakkan hak muallaf bagaikan terumbang-ambing tanpa pembelaan sewajarnya. Apa yang lebih teruk apabila undang-undang tukar agama yang diluluskan kabinet pada tahun 2009 yang membenarkan seorang anak kekal dalam agama asalnya iaitu bukan Islam apabila ibubapanya masuk Islam menambahkan penghinaan terhadap Islam. Sempena menyambut kemerdekaan kali ke-55 marilah sama-sama kita berdoa dan membantu seorang Muallaf iaitu Muhammad Riduan bin Abdullah yang memerlukan kos guaman sebanyak RM 60 ribu bagi mencabar keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang memberi hak penjagaan anak-anaknya yang telah diIslamkan kepada isterinya yang bukan Islam walau pun sebelum itu Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memutuskan hak penjagaan 3 anaknya itu kepada Muhamamd Riduan. Jangan pula akibat pemikiran kita pun telah dijajah menyebabkan kita memandang isu agama anak sebagai suatu yang murah berbanding baju raya dan bendera jalur gemilang. Jangan jadi menang sorak kampung tergadai. Buat pekak walau pun agama dijual

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Sempena menyambut kemerdekaan juga marilah kita hayatilah erti sebenar sebuah kemerdekaan sebagaimana ungkapan Rub’ie bin ‘Amir ketika beliau bertemu panglima tentera rom yang bernama Rustum:

نَحْنُ قَوْمٌ انبْعَثَناَ اللهُ لِنُخْرِجَ الناَّسَ مِنْ عِبَادَةِ غَيْرِ الْعِبَادِ إِلَى عِبَادَةِ اللهِ، وَمِنْ جُوْرِ الأَدْياَنِ إِلَى عَدْلِ الإِسْلاَمِ، وَمِنْ ضِيْقِ الدُّنْياَ إِلَى سَعَةِ الآخِرَةِ”

Maksudnya : “Kami kaum yang datang untuk mengeluarkan manusia daripada penyembahan sesama makhluk kepada menyembah Allah, daripada kezaliman agama-agama sesat kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan akhirat”

Tarbiah Ramadhan banyak mengajar kita bahawa kita bukan sahaja akan berasa gembira ketika berbuka puasa malah apa yang paling diidamkan ialah bahagia apabila berjumpa dengan Allah di akhirat kelak. Begitu juga tarbiah Ramadhan akan memerdekakan kita daripada api neraka yang merupakan antara kemuncak kepada kelebihan Ramadhan bagi hamba Allah yang Berjaya menghayati tarbiah Ramadhan. Maka suasana sambutan merdeka juga mesti disambut mengikut acuan agama agar jiwa dan cara hidup kita dimerdekakan daripada penjajahan system penjajah samada dari segi pemerintahan, politik, sosial, ekonomi dan lainnya supaya kita bukan sahaja benar-benar merdeka di dunia malah yang lebih penting ialah merdeka daripada api neraka Allah seterusnya meraih Syurga di akhirat nanti.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Merdeka jiwa dan negara rayakan kemenangan

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 123 surah al-Baqarah :

وَاتَّقُوا يَوْمًا لَّا تَجْزِي نَفْسٌ عَن نَّفْسٍ شَيْئًا وَلَا يُقْبَلُ مِنْهَا عَدْلٌ وَلَا تَنفَعُهَا شَفَاعَةٌ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ

Maksudnya : Dan takutlah kamu dari (huru-hara) hari kiamat (yang padanya) seseorang tidak dapat mengganti atau melepaskan orang lain sedikitpun, dan tidak akan diterima daripadanya sebarang tebusan, dan tidak akan memberi manfaat kepadanya sebarang syafaat; dan orang-orang yang salah itu tidak akan ditolong (dari azab sengsara).

Suasana sambutan hari raya masih begitu terasa dengan pelbagai cara sambutannya termasuk rumah terbuka silih berganti bagi meraikan anugerah hari raya oleh Allah setelah sebulan melalui ujian hawa nafsu dalam tarbiah Ramadhan. Ketika menyambut ketibaan Syawal maka marilah kita sama-sama menghitung diri samada tarbiah sebulan Ramadhan telah mampu menundukkan hawa nafsu atau kita yang semakin tunduk pada hawa nafsu dan syaitan. Bagaimana dengan solat jemaah dan masjid semakin meriah atau kembali lengang kosong. Bagaimana dengan zikrullah dan amalan sunat yang lain semakin bertambah atau ditinggal terus. Bagaimana kita dengan al-Quran samada semakin rapat atau sudah disimpan dan dilupakan. Bagaimana dengan makan minum kita samada berhati-hati dengan menjaga halal haram dan tidak berlebihan atau lebih suka melempias nafsu makan hingga melebihi had dan membazir. Adakah kita layak melaungkan takbir kemenangan dengan kedatangan Syawal sedangkan kita tewas pada hawa nafsu dan syaitan terutama ketika menyambut hari raya. Ini jauh bezanya dengan pejuang Islam dahulu yang bukan sahaja berjaya menewaskan hawa nafsu malah berjaya mengalahkan musuh di medan perang seperti dalam peperangan  Ahzab, Hunain yang berlaku dalam bulan Syawal.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Sebagai meneruskan usaha dalam melahirkan kita sebagai hamba Allah yang taat sepanjang tahun bukan setakat menjadi hamba Ramadhan yang baik pada bulan Ramadhan sahaja maka marilah kita sama-sama menunaikan puasa sunat 6 hari bulan Syawal. Sama-samalah kita merebut kelebihan puasa sunat terutama berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w :

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهٌ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ  – رواه مسلم

Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.

Abu Said Al-Khudri ra berkata: Rasulullah saw bersabda:

مَنْ صَامَ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللهِ بَعَّدَ اللهُ وَجْهَهُ عَنْ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا – رواه البخاري.

Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah swt menjauhkan mukanya dari api neraka sejauh 70 tahun perjalanan”

Sidang Jumaat Yang dirahmati Allah ,

Firman Allah S.W.T dalam ayat 34 surah al-Namlu :

قَالَتْ إِنَّ الْمُلُوكَ إِذَا دَخَلُوا قَرْيَةً أَفْسَدُوهَا وَجَعَلُوا أَعِزَّةَ أَهْلِهَا أَذِلَّةً ۖ وَكَذَٰلِكَ يَفْعَلُونَ

Maksudnya : Raja perempuan itu ( Ratu Balqis) berkata: “Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia kepada hina-dina; dan demikian itulah mereka akan lakukan

Sesuai dengan sambutan hari raya pada tahun ini dalam susana sambutan hari Kemerdekaan negara kali ke-54 maka marilah kita sama-sama melihat perbezaan ketara antara 2 golongan yang menyambut 2 perayaan ini di mana orang yang berjaya dalam tarbiah Ramadhan akan menyambut hari raya penuh kesyukuran dengan memperbanyakkan amal ibadat sedangkan golongan yang gagal dalam tarbiah Ramadhan biasanya akan memenuhi hari raya mereka dengan maksiat. Golongan yang betul-betul menghayati  erti kemerdekaan maka mereka terus bersemangat untuk mengisikan kemerdekaan dengan Islam sebagaimana yang pernah diungkapkan oleh Rub’i bin Umair ketika menjawab pertanyaan Rustam panglima Parsi ketika berlakunya peperangan al-Qadisiah : “ Allah telah mengutuskan kami untuk memerdekakan sesiapa yang dikehendaki dari menyembah sesama manusia kepada menyembah Allah yang Esa. Dan memerdekakan manusia daripada kesempitan dunia kepada lapang dan luasnya akhirat dan daripada belenggu kezaliman agama lain yang sesat kepada keadilan Islam”. Manakala golongan yang kedua dan gagal dalam menyambut kemerdekaan ialah golongan yang hanya mendabik dada seronok sambut merdeka dengan cara hiburan penjajah, berpakaian dan bergaul bebas seperti penjajah, mengagungkan pemikiran dan sistem perundangan penjajah. Golongan ini hanya tahu melaungkan kalimah merdeka sedangkan dirinya terus dijajah

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Penjajahan sesebuah bangsa dan negara kebanyakannya membawa suatu perubahan yang besar kepada rakyat dan keadaan negara yang terjajah. Kebiasaannya setiap penjajahan kuffar terhadap negara umat Islam akan membawa 3G yang menjadi matlamat utama penjajahan iaitu [1] God iaitu Tuhan atau agama penjajah, [2]  Glory iaitu kemasyhuran dengan kejayaan penjajahan yang dilakukan dan [3]  Gold iaitu mengaut keuntungan daripada hasil mahsul yang didapati di negara jajahan. Kedatangan Portugis ke Tanah Melayu dengan runtuhnya Empayar Kesultanan Melayu memulakan era penjajahan di negara kita. Penjahan kuffar ini bukan sahaja mengubah system politik, sosial dan ekonomi Islam kepada system ciptaan manusia malah penjajah turut berjaya melahirkan umat Islam yang berfikiran penjajah melalui system pendidikan yang begitu memberi kesan besar hingga hari ini. Penulisan sejarah yang diajar di sekolah dan universiti tidak banyak menyentuh berkenaan matlamat menghancurkan Islam melalui penjajahan sebaliknya lebih banyak disentuh hanya untuk mengaut emas dan rempah sahaja. Malah peranan ulama’ dan pejuang kemerdekaan yang betul-betul melawan penjajah digelapkan sebaliknya anak buah penjajah Bristish diagung-agungkan. Malah akhir-akhir ini suara marah kepada komunis begitu kuat bergema sedangkan cara pemikiran komunis terus subur antaranya menganggap agama sebagai candu masyarakat iaitu merbahaya dan boleh memundurkan negara jika agama dipegang kemas oleh rakyat. Golongan ini begitu takut jika rakyat kembali kepada Islam yang boleh menggugat kuasa mereka.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Kebanyakan Negara umat Islam yang sudah merdeka tetapi terus dipenjara. Mereka bangun melaungkan bahawa mereka telah bebas sedangkan mereka terus diberkas. Benarlah kata-kata seorang tokoh Islam bahawa kita tidak sepatutnya bergembira dengan kembalinya penjajah ke Negara mereka sebaliknya kita sepatutnya bergembira bila pemikiran, roh dan undang-undang penjajah hilang daripada terus membelenggu umat Islam dan Negara kita.  Kita dapat saksi sendiri walau pun sudah 54 tahun kita merdeka namun penjajahan musuh Islam terus berlangsung tanpa tentangan malah dialu-alukan terutama  melalui Propaganda Yahudi yang dinamakan senjata 5S. Senjata 5S yang dimaksudkan ialah [1] Song iaitu hiburan yang melalaikan yang menghancurkan akhlak umat Islam termasuk ketika menyambut hari raya dan merdeka. Cara hidup bebas daripada pegangan agama merupakan antara senjata paling licik sebagaimana yang pernah disebut oleh Zwimmer : Kita telah berjaya melahirkan di Negara Islam generasi belia yang tidak mengetahui hubungannya dengan Allah malah tidak ingin untuk mengetahuinya. Kita berjaya mengeluarkan orang Islam daripada Islam walau pun tidak memeluk Kristian seterusnya kita akan lahirkan generasi yang diingini oleh penjajah iaitu tidak lagi mempedulikan isu besar sekeliling mereka sebaliknya lebih suka berehat dan malas serta matlamat hidup mereka hanya untuk memenuhi nafsu syahwat semata-mata

[2] Spirit iaitu mabuk arak dan dadah sehingga Negara kita sampai hari ini gagal membersihkan nama sebagai Negara pengguna arak nombor 10 paling tinggi di dunia malah apa yang terbaru bila cadangan penjualan Esso Malaysia Berhad (ESSO) dan syarikat-syarikat berkaitannya kepada sebuah syarikat arak dari Filipina [3] Sex iaitu meluasnya zina sehingga baru-baru ini akhbar memuatkan berita bagaimana sekolah mengandung di Melaka perlu tambah bangunan kerana semakin ramai mereka yang mengandung luar nikah ingin memasukinya. Islam sentiasa mengarahkan umatnya agar menutup pintu zina termasuk melalui pergaulan bebas

Amaran nabi e dalam suatu hadis yang diriwayat oleh Tirmizi:

لأَنْ يُطْعَنَ فِي رَأْسِ أَحَدِكُمْ بِمِخْيَطٍ مِنْ حَدِيدٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأَةً لا تَحِلُّ لَهُ

Maksudnya : Lebih baik seorang daripada kamu menikam kepalanya sendiri dengan jarum besi daripada dia menyentuh perempuan yang tiada halal baginya

[4] Sport iaitu sukan sehingga yang gila sukan tanpa rasa salah meninggalkan solat malah Negara mengiktiraf Israel kerana sukan. Senjata yahudi ke- [5]  Smoke iaitu amalan merokok kerana kebanyakan syarikat rokok milik yahudi sedangkan yahudi begitu bersungguh melarang penganutnya daripada merokok ketika mereka menggalakkan orang lain untuk cepat mati dengan amalan merokok disamping menambah keuntungan dengan hasil jualan rokok.

            Oleh itu sempena berada pada hari mulia dan bulan yang mulia marilah kita sama-sama memerdekakan diri kita daripada menjadi hamba kepada hawa nafsu dan syaitan serta musuh Islam. Biarlah takbir yang kita laungkan menyambut kemenangan menjadi hamba Allah bukan kembali menjadi hamba hawa nafsu dan syaitan. Biarlah laungkan merdeka yang kita laungkan menyambut kemenangan dalam menghalau system dan pemikiran penjajah keluar dari diri dan Negara tercinta bukan mulut kata benci penjajah sedangkan tindakan terus memuja penjajah. Islamkanlah sambutan hari raya kita. Islamkanlah sambutan hari merdeka Negara kita. Islamlah kita dalam semua cara hidup barulah kita Berjaya dunia akhirat

Firman Allah dalam ayat 97-98 surah al-A’araf :

أَفَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَىٰ أَن يَأْتِيَهُم بَأْسُنَا بَيَاتًا وَهُمْ نَائِمُونَ ﴿٩٧﴾أَوَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَىٰ أَن يَأْتِيَهُم بَأْسُنَا ضُحًى وَهُمْ يَلْعَبُونَ

Maksudnya : Patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur? Atau patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main?

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Penjajahan DiBuang Maruah DiJulang

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 18 surah Az-Zumar :

الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ ۚ أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّـهُ ۖ وَأُولَـٰئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ

Maksudnya : Golongan yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.

Kini kita berada dipenghujung bulan Syawal yang disebut sebagai bulan kemenangan setelah melalui sebulan tarbiah Ramadhan dalam mendidik seluruh pancaindera ke arah mentaati Allah serta menjauhi segala larangan Allah. Hakikat kemenangan tidak dapat dirasai melainkan bagi orang yang benar-benar berjuang sebagaimana laungan kemenangan yang terus diingat dan disebut-sebut oleh seluruh umat Islam terutama apabila tibanya hari raya dengan launganوأعز جنده وهزم الأحزاب وحده  yang bermaksud Dan Dia (Allah) yang memulia dengan memberi kemenangan kepada tenteraNya dan mengalahkan tentera bersekutu kuffar (Ahzab) pada bulan Syawal tahun ke-5H. Laungan kemenangan ini diulang-ulang saban tahun untuk membangkitkan semangat kita dalam memperjuangkan Islam yang merupakan satu-satunya agama atau cara hidup yang sempurna dan benar. Kita ingat kata-kata seorang yahudi kepada Sayyidina Umar al-Khottab : Wahai Amirul Mukminin! Sekiranya turun ayat ini kepada kami golongan yahudi nescaya kami akan menjadikan hari tersebut sebagai hari raya iaitu ayat 3 dari surah al-Maidah yang berbunyi

…..الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا……

Maksudnya : Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu

            Mendengar kata-kata yahudi itu lalu Sayydina Umar mengatakan bahawa kami  tahu bahawa ayat ini turun pada hari Jumaat ketika berada di padang Arafah.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Meyakini tentang betapa sempurnanya agama Islam dan hebatnya segala sistem yang datang daripada Allah melalui nabi Muhammad s.a.w maka kita wajib memerdekakan diri sendiri, ahli keluarga, masyarakat sekeliling seterusnya negeri dan negara daripada sebarang bentuk penjajahan yang cuba menyekat sistem Islam daripada hidup subur. Antara kebebasan yang mesti kita lakukan ialah [1] membebaskan diri daripada menyekutui Allah dari segi penyembahan dan pergantungan hidup. Betapa malangnya masyarakat kita hari ini dimomokkan dengan kepercayaan tahyul dan khurafat terutama melalui filem seram sehingga mereka berada dalam ketakutan kepada kuasa yang lain daripada Allah. Akhirnya amalan sihir semakin subur serta pergantungan kepada Allah semakin hilang. Antara amaran keras nabi ialah sebagaimana maksud suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim : Sesiapa yang mendatangi seorang yang meramal (sesuatu yang ghaib) lalu mempercayainya apa yang dikatakannya maka tidak diterima solatnya selama 40 hari. [2]  membebaskan diri daripada menyembah sesama manusia supaya hilangnya sikap manusia yang mempercayai dan mengikut kata-kata dan perbuatan orang berpangkat, berharta secara membuta tuli walau pun jelas bercanggah daripada Islam. Ini dapat mengelak daripada terus suburnya undang-undang rimba di mana yang kuat menindas yang lemah, yang kaya memeras golongan miskin, yang berkuasa menzalimi rakyat jelata [3]  membebaskan diri daripada sebarang bentuk kezaliman sistem manusia, perbuatan keji dan mungkar dalam kehidupan. Kemerdekaan hakiki bukan setakat bertukar tangan orang yang memerintah daripada penjajah kepada anak watan sebaliknya bebas daripada terus tunduk kepada perundangan penjajah yang kejam seperti undang-undang ISA yang baru sahaja diumumkan untuk dihapuskan setelah begitu lama didesak. Namun penghapusan ISA masih menjadi tandatanya kerana setakat ini tiada tahanan ISA baru yang dibebaskan malah dokumen penghapusan ISA secara hitam putih belum dibuat. Ia dibimbangi hanya sebagai jerat yang menunggu mangsa terutama cadangan undang-undang gantiannya akan lebih dahsyat daripada ISA yang sememangnya zalim dan kejam.

Firman Allah S.W.T dalam ayat 17 surah az-Zumar :

وَالَّذِينَ اجْتَنَبُوا الطَّاغُوتَ أَن يَعْبُدُوهَا وَأَنَابُوا إِلَى اللَّـهِ لَهُمُ الْبُشْرَىٰ ۚ فَبَشِّرْ عِبَادِ

Maksudnya : Dan orang-orang yang menjauhi dirinya dari menyembah atau memuja Taghut serta mereka rujuk kembali taat bulat-bulat kepada Allah, mereka akan beroleh berita yang menggembirakan (sebaik-baik sahaja mereka mulai meninggal dunia); oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu -

Sidang Jumaat Yang dirahmati Allah ,

Firman Allah S.W.T dalam ayat 43 surah al-Furqan :

أَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَـٰهَهُ هَوَاهُ أَفَأَنتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلًا

Maksudnya : Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya supaya jangan sesat?

            Sesuai dengan penerusan terhadap tarbiah Ramadhan diikuti dengan puasa sunat 6 hari dibulan syawal maka kita sama-sama berdoa agar kita dapat membebaskan diri daripada 2 lagi bentuk penjajahan merbahaya yang ada dalam diri kita iaitu hawa nafsu yang menyuruh kepada kejahatan dan syaitan yang pandai menipu daya untuk membawa kita kepada kerugian di dunia dan akhirat. Ramai umat Islam hanyut dalam kemungkaran seperti malas sembahyang, bergaul bebas antara lelaki perempuan, mendedah aurat, makan riba, berjudi, terlibat dengan najis dadah, rasuah, pecah amanah akibat daripada dijajah oleh hawa nafsu dan syaitan. Akibat hanyut dijajah ini menyebabkan hati mereka menjadi mati yang mengakibatkan mereka tidak lagi menghiraukan berkenaan halal dan haram, dosa dan pahala, syurga dan neraka. Oleh itu dalam membebaskan golongan ini daripada terus dijajah maka antara perkara yang wajib dilakukan sebagaimana yang disebut oleh Syeikh Ibrahim Adham iaitu 5 cara untuk ubati penyakit hati mati. [1] Memperbanyakkan membaca al-Quran, memahami isi kandungannya seterusnya melaksanakannya dalam kehidupan seharian. [2] Banyakkan puasa sunat disamping menjaga yang wajib [3] Latih diri untuk bangun beribadat pada malam hari yang merupakan antara waktu dimaqbulkan doa dan tenang untuk bermunajat kepada Allah. [4] Sentiasa hadir ke majlis ilmu dalam menambah apa yang kurang, memperingat semula apa yang lupa, mempebetulkan kembali apa yang tersalah serta sentiasa mendampingi orang yang soleh. [5] Banyak berfikir tentang hubungan kita dengan Allah diwaktu sunyi agar kita dapat menghitung diri dari segi amal ibadat dan taubat atas segala dosa yang dilakukan. Ingatlah bahawa manusia yang beruntung ialah manusia yang hari ini lebih baik daripada hari semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini. Manakala manusia yang paling rugi ialah manusia yang hari ini lebih teruk daripada semalam dan hari esok lebih teruk daripada hari ini.

Firman Allah S.W.T dalam ayat 268 surah al-Baqarah :

الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُم بِالْفَحْشَاءِ ۖ وَاللَّـهُ يَعِدُكُم مَّغْفِرَةً مِّنْهُ وَفَضْلًا ۗ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya : Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

            Pada hari ini kebanyakan negara umat Islam termasuk negara kita telah merdeka daripada penjajahan bangsa tetapi masih terjajah dari segi perundangan dan sistem hidup. Banyak penjajahan hari ini tertumpu kepada penjajahan pemikiran walau pun makin banyak yang diteruskan melalui peperangan fizikal. Antara penjajahan pemikiran melalui industri pemberitaan dunia hari ini yang sudah sekian lama tersasar daripada kebenaran apabila dimonopoli kuasa besar yang kebanyakannya dimiliki tokoh Yahudi. Apabila Yahudi menguasai media, sudah pasti berita diterima masyarakat hanya yang baik berhubung rejim Zionis. Lihat saja siapa di belakang media antarabangsa seperti CNN, CNBC, FOX, REUTERS, BBC dan lain-lain yang sama ada secara langsung atau tidak langsung pasti berkaitan dengan rejim Zionis. Disebabkan itu, berita kesengsaraan warga Palestin dan kekejaman Israel tidak dihebahkan kepada masyarakat antarabangsa. Begitu juga kesengsaraan umat Islam di Somalia, Kenya, Sudan dan lain-lain. Musuh Islam berusaha melemahkan semangat dan memecahbelahkan kesatuan umat Islam dengan berita palsu. Oleh, sudah menjadi fardu kifayah kepada umat Islam untuk menjadi pembekal berita yang sebenar tanpa perlu bergantung kepada sumber asing ini. Begitu juga sikap tv, akhbar, radio tempatan juga bagaikan mengikut cara yahudi iaitu dipenuhi dengan pembohongan dan menjadikan isu sensitif berkaitan kaum dan agama dalam mewujudkan suasana ketakutan dalam diri rakyat dengan tujuan agar sokongan kepada pemimpin yang zalim terus kekal. Sesungguhnya orang yang beriman tidak akan disengat di tempat yang sama, orang yang cerdik tidak mudah ditipu hidup-hidup, orang bermaruah tidak boleh dijual beli seperti barangan dan binatang

Firman Allah dalam ayat 6 surah al-Hujurat :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

149. MERDEKA DIRAI ISLAM DIHAYATI

 

 

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian            

Firman Allah S.W.T dalam ayat 146 surah al-A’raf :

سأصرف عن ءايـتي الذين يتكبرون فى الأرض بغير الحق وإن يروا كل ءاية لايؤمنوا بها وإن يروا سبيل الرشد لايتخذوه سبيلا وإن يروا سبيل الغي يتخذوه سبيلا  ذلك بأنهم كذبوا بئا يــتنا وكانوا عنها غــفلين

Maksudnya : Aku (Allah) akan memalingkan mereka yang sombong takabbur di muka bumi tanpa alasan yang benar daripada memahami tanda kekuasaanKu. Dan mereka jika melihat setiap ayatKu nescaya mereka tidak beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat jalan petunjuk mereka tidak mengambilnya sebagai jalan untuk diikuti, sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan maka mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Demikian itu disebabkan mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya

            Saat dan detik kegemilangan umat Islam telah digugat oleh penjajahan kuffar yang menjajah dengan menjalankan dasar pecah dan perintah terhadap wilayah yang sebelum ini berada di bawah pemerintahan khilafah Islam. Kealpaan dan kelalaian umat Islam sendiri merupakan antara sebab yang menjayakan lagi proses penjajahan kuffar terutama dengan runtuhnya Khilafah Islamiah Turki pada tahun 1924 yang menyaksikan system pemerintahan dan umat Islam dibahagikan kepada negara-negara kecil berdasarkan bangsa di mana negara-negara itu pula dikawal oleh penjajah agar tidak bangkitnya umat Islam yang ingin kembali kepada pemerintahan Islam. Kemasukan Portugis ke Tanah Melayu dengan runtuhnya Kesultanan Melayu Melaka memulakan era penjajahan di negara kita di mana penjajahan yang berlaku begitu lama telah mengakibatkan bukan sahaja banyak system Islam dicabuli serta digantikan dengan system kuffar malah apa yang lebih malang penjajahan pemikiran telah menyebabkan umat Islam sendiri menjadi jahil tentang system Islam yang menyeluruh malah ada yang bangun menentangnya. Setiap penjajah tahu dan faham bahawa sesuatu bangsa yang dijajah pasti akan bangkit menghalau mereka pada suatu hari nanti kerana perbezaan bangsa dan agama. Oleh itu penjajah terlebih awal merosakkan pemikiran bangsa yang dijajah terutama melalui system pendidikan agar mereka ini lahir sebagai warganegara yang sanggup bermati-matian menerus dan mempertahankan system penjajah dengan mengenepikan system Islam selepas diberikan kemerdekaan.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

                Setelah meneliti sejarah perkembangan Islam itu sendiri daripada suatu agama dan umat yang dipandang rendah oleh musuh akhirnya menjadi suatu agama dan umat yang disanjung tinggi terutama setelah nabi Muhammad s.a.w berjaya membina kuasa di Madinah Munawwarah seterusnya kejayaan dalam memerdekakan kota Mekah daripada jahiliah serta merdekanya banyak wilayah yang sebelum ini dijajah oleh Empayar Rom dan Parsi. Kegemilangan umat Islam begitu terserlah setelah segala system Islam ditegakkan sehingga keadilan system Islam bukan sahaja dirasai oleh umat Islam malah turut dikecapi oleh orang bukan Islam yang bernaung di bawah pemerintahan Islam.  Kemerdekaan yang dicapai oleh umat Islam daripada jahiliah dan kekufuran telah diisi dan diganti dengan Islam dan keimanan sehingga umat Islam semakin kuat dan maju serta menjadi sumber rujukan dan ikutan bangsa lain dalam membina kemajuan tamadun.

            Namun begitu setelah sekian lama berada dipuncak kegemilangan dengan Islam sentiasa dijulang dalam kehidupan maka umat Islam bertukar menjadi lemah dan tertinggal dibelakang akibat ramai di kalangan umat Islam mengenepikan system Islam dalam kehidupan sehingga umat Islam yang dulunya hebat sebagai pemerintah bertukar sebagai rakyat yang melarat terjajah di negara sendiri. Umat Islam berjaya mencapai kegemilangan ketika system Islam dijulang tetapi kita hari ini menjadi umat yang menjadi mangsa penjajahan dan penindasan kuffar akibat system Islam dibuang daripada kehidupan. Umat Islam silam memerdekakan diri daripada menyembah sesama manusia kepada menyembah Allah yang Esa, daripada berada di bawah kesesatan jahiliah kepada bernaung di bawah terangnya cahaya Islam. Umat Islam silam memerdekakan diri daripada kongkongan system jahiliah dan menggantikannya dengan system Islam yang membolehkan mereka meraih kejayaan gemilang.

 

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,

             Menyedari betapa pentingnya kemerdekaan hakiki dalam memastikan  berulangnya kegemilangan umat Islam di mana kita perlu memerdekakan negara daripada system penjajah kepada system Islam sebagaimana sebelum ini. Adalah suatu yang amat malang apabila para pejuang kemerdekaan terutama dari kalangan ulama’ dan mereka yang benar-benar berjuang di jalan Allah sehingga gugur dalam memerdekakan negara tetapi apabila merdeka maka system penjajah yang ditentang selama ini bukan sahaja diteruskan malah dipertahankan. Kemerdekaan yang dicapai hanya setakat menukar kepemimpinan daripada bangsa Inggeris kepada Melayu sedangkan kesesatan system jahiliah diteruskan sehingga ia bukan sahaja tidak mampu mengembalikan kehebatan umat Islam malah kita terus terjajah di negara sendiri yang menyaksikan bagaimana system jahiliah merajai negara manakala kebanyakan system Islam terus dipenjara. Kegagalan untuk turut memerdekakan banyak system Islam daripada dilaksanakan dalam negara telah menyaksikan bagaimana lebih banyak masalah berlaku seumpama semakin tinggi jurang antara golongan kaya dan miskin akibat kekayaan berlegar di kalangan golongan kaya, pecah amanah dan rasuah terutama golongan di kalangan pemimpin dan anggota keselamatan, jenayah yang meliputi semua peringkat umur, keruntuhan akhlak dan sebagainya. Apa yang lebih malang apabila kerosakan akhlak dan peningkatan jenayah cuba diubati dengan memperbanyakkan lagi tempat dan program maksiat sedangkan program tarbiah semakin kurang dan ditekan. Anak didik penjajah ini hanya tahu melaungkan Islam Hadhari tetapi memastikan Islam terus digari. Anak didik penjajah  ini terus menipu rakyat dengan mengatakan system jahiliah yang dipertahankan adalah ubat mujarab dalam merawat penyakit masyarakat sedangkan ia merupakan racun berbisa dalam menghancurkan rakyat. Anak didik penjajah ini menyemai jahiliah dalam diri rakyat tetapi berangan-angan ingin menuai hasil Islam daripadanya. Akhirnya rakyat hanya tahu mengebar bendera sedangkan pemimpin berseronok menikmati hasil kekayaan negara. Kita begitu malu melihat bendera megah berkibar sedangkan kebebasan bersuara dan perlaksanaan system Islam semakin tercabar.

Firman Allah S.W.T S.W.T dalam ayat 85 surah al-Baqarah :

…… أفتؤمنون ببعض الكتـب وتكفرون ببعض فما جزاء من يفعل ذلك منكم إلا خزي فى الحيــوة الدنيا ويوم القيــمة يردون إلى أشد العذاب  وما الله بغافل عما تعملون

Maksudnya : …….Adakah kamu beriman dengan sebahagian Kitab dan engkar sebahagian yang lain?. Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian dari kalanganmu melainkan kehinaan dalam kehidupan dunia dan pada hari qiamat pula mereka dikembalikan kepada siksaan yang amat berat. Allah S.W.T tidak lengah daripada apa yang kamu perbuat

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

                Penjajahan pemikiran terus menjadi halangan utama dalam memerdekakan negara secara menyeluruh daripada system jahiliah kepada Allah S.W.T. Suatu usaha yang lebih bersungguh mesti dilaksanakan di dalam memberi kesedaran kepada umat Allah S.W.T agar kembali memerdekakan diri daripada system kuffar yang telah menghancurkan aqidah dan akhlak umat. Walau pun telah 47 tahun menyambut kemerdekaan negara tetapi penjahan pemikiran masih menebal dalam sanubari sesetengah umat Allah S.W.T sehingga wujudnya golongan yang sanggup meletakkan perlembagaan penjajah lebih tinggi daripada Allah S.W.T. Golongan yang terjajah pemikiran juga terlalu mengagungkan nafsu dengan meletakkan arahan wahyu dipunggung. Sebelum ini kita sudah biasa melihat bagaimana umat Allah S.W.T sendiri sanggup memandang rendah terhadap perundangan Allah S.W.T tetapi kini suara itu lebih lantang termasuk menyanggah kenyataan mufti dalam mengharamkan pertunjukan hiburan yang melampaui batas agama. Jika jabatan mufti yang dilantik pun sanggup ditentang apatah lagi golongan ulama’ dan pejuang Allah S.W.T yang selama ini bangun menegur kezaliman dan kesesatan system jahiliah. Golongan yang terjajah pemikiran ini mahu meletakkan golongan mufti dan ulama’ setaraf dengan paderi Kristian atau sami Budha dan Hindu yang hanya berperanan di kuil dan gereja serta tukang baca doa dan jurunikah sahaja sedangkan Allah S.W.T meletakkan golongan ulama’ di tempat yang tinggi sebagai pembantu para pemimpin di mana rosaknya ulama’ maka rosaklah negara. Kelantangan umat Allah S.W.T  sendiri dalam mempertikaikan ajaran Allah S.W.T telah menimbulkan golongan lain terutama bukan Allah S.W.T yang bangun menghina Allah S.W.T seperti suatu artikel yang dikeluarkan oleh Majlis Peguam yang meletakkan suara anjing lebih mulia daripada laungan azan. Sempena menyambut kemerdekaan kali ke-47 ini, tidak lupa kita meminta agar pemimpin membebaskan mangsa kezaliman ISA. Kita turut mendesak agar para pemimpin beragama Islam untuk memperkasakan Allah S.W.T bukannya melemahkan perlaksanaannya demi mencapai keredhaan Allah S.W.T dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Firman Allah S.W.T dalam ayat 44-45 surah al-An’am :

فلما نسوا ما ذكروا به فتحنا عليهم أبوب كل شيء حتى إذا فرحوا بما أوتوا أخذنــهم بغتة فإذاهم مبلسون فقطع دابر القوم الذين ظلموا والحمدلله رب العــلمين

Maksudnya : Kemudian apabila mereka lupa tentang apa yang telah diperingatkan mereka dengannya lalu Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan sehingga apabila mereka bergembira dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka maka Kami siksakan mereka secara mengejut lalu mereka berputus asa. Maka kaum yang zalim itu dibinasakan sehingga ke akar umbi keturunannya. Dan segala pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

75. HAYATI KEMERDEKAAN HAKIKI DENGAN ISLAM

 

 

 

 

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam  ayat 58 surah al-Baqarah :

وإذ قلنا ادخلوا هذه القرية فكلوا منها حيث شئتم رغدا وادخلوا الباب سجدا وقولوا حطة نغفرلكم خطــيــكم  وسنزيد المحسنين

Maksudnya : Dan ingatlah ketika Kami berfirman : “ Masuklah kamu wahai bani Israel! Ke negeri ini (Baitul Maqdis) dan makanlah daripada hasil buminya yang banyak bagaimana kamu kehendaki dengan puas”. Dan masukilah pintu ini dengan sujud merendah diri dan katakanlah : “Bebaskanlah kami daripada dosa”, nescaya Kami mengampuni kesalahanmu dan kelak Kami akan menambah pemberian kepada mereka yang berbuat baik.

            Bila ditanya tentang kemerdekaan dan kebebasan daripada sebarang belenggu penjajahan maka setiap diri insan yang bermaruah begitu menginginkannya. Bagi yang sudah merdeka maka mereka bergembira menyambutnya dan bagi yang belum merdeka atau baru dijajah maka mereka sentiasa berbincang dalam berusaha mengembalikan hak kemerdekaan mereka. Penjajahan dan kemerdekaan bukan sahaja berkait kepada manusia biasa sebagaimana kita tetapi turut dialami oleh para nabi dan rasul. Oleh itu dalam mencari erti kemerdekaan hakiki dan bagaimana mahu mengisinya agar bertepatan dengan kehendak Allah maka kisah dan sejarah kemerdekaan para kekasih Allah itu wajar dikaji dan diambil iktibar yang sebaiknya. Contohnya kemerdekaan yang dianugerahkan kepada nabi Musa yang mengetuai bani Israel daripada penjajahan dan penindasan yang begitu dahsyat yang dilakukan terhadap bangsa mereka oleh Firaun dan bangsa Qibti sepanjang berada di bumi Mesir. Allah telah memerdekakan bani Israel bukanlah disebabkan mereka adalah bangsa istimewa tetapi bertujuan agar mereka tunduk dan patuh kepada dakwah Islam yang dibawa oleh  nabi Musa. Kedegilan bani Israel dalam mengisikan kemerdekaan dengan Islam telah menyebabkan ramai dikalangan mereka dihukum oleh Allah dengan pembalasan segera samada dengan taubat secara membunuh diri akibat menyembah anak lembu yang dibuat daripada emas sepanjang munajat nabi Musa di Thursina atau dihancurkan melalui gempa bumi akibat turut mahu melihat Allah sebelum menerima dakwah nabi Musa atas alasan mereka pun berketurunan bani Israel yang sepatutnya mesti dapat melihat Allah sebagaimana nabi Musa. Malah kedegilan bani Israel lebih terserlah apabila mahu memasuki bumi yang dijanjikan iaitu Baitul Maqdis tanpa mahu berperang sebaliknya hanya mahu masuk setelah musuh dikalahkan. Akhirnya setelah diberikan keizinan untuk memasuki kota tersebut maka mereka terlalu megah dan sombong serta menindas bangsa asal serta mahu makanan sebagaimana mereka pernah makan ketika ditindas sebagai hamba abdi oleh Firaun di Mesir tanpa rasa bersyukur dengan nikmat al-Manna dan as-Salwa yang telah dianugerahkan oleh Allah selama ini. Inilah antara bahana dan bala yang menimpa bani Israel akibat tidak bersyukur atas kemerdekaan yang dianugerahkan serta akibat buruk yang menghina kedudukan mereka kerana mengisikan kemerdekaan dengan perkara yang menyalahi arahan Allah dan nabi Musa. Mereka turut bertindak kejam membunuh ramai para nabi yang lahir di kalangan bangsa mereka sendiri. Yahudi pada hari ini turut mewarisi sikap degil bani Israel termasuk memperolehi negara haram Israel atas tekanan mereka terhadap Britain semasa pemecahan negara umat Islam selepas kejatuhan Khilafah Uthmaniah Turki dan kini mereka isikan kejayaan mereka itu dengan melakukan pelbagai kezaliman dan pembunuhan terhadap umat Islam.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

            Ini berbeza dengan kemerdekaan yang dicapai dengan Islam dan diisikan pula dengan perasaan tunduk dan patuh kepada arahan Allah maka Dia menganugerahkan kemenangan gemilang  dan kemerdekaan hakiki kepada nabi Muhammad s.a.w dan umat Islam ketika Pembukaan Kota Mekah. Kemerdekaan ini membersihkan kembali Ka’abah daripada berhala dan amalan syirik yang selama ini mengotorkan kesucian bumi Mekah. Sambutan kepada kemerdekaan bumi Mekah daripada penjajahan jahiliah disambut dengan penuh kesyukuran tanpa sikap bongkak malah penduduknya diberi layanan yang baik sehingga mereka dapat menerima dakwah Islam tanpa penentangan tidak sebagaimana sebelum ini. Kemerdekaan yang dicapai ini bukan sahaja memudahkan lagi umat Islam untuk mengerjakan ibadat umrah dan haji malah segala sistem Islam dapat diperluaskan lagi pelaksanaannya. Bahkan bermula daripada kemerdekaan Kota Mekah telah membolehkan Islam menyebar luaskan lagi dakwah dan sistemnya bukan sahaja dalam Semenanjung Tanah Arab tetapi turut keluar daripada kawasan itu. Kemerdekaan ini diminta oleh Allah agar didahulukan dengan bertasbih dan bertahmid atas nikmat Allah yang telah menjadikan umat Islam sebagai pemegang amanah dan pembela agama Islam dan juga atas rahmat Allah yang mengurniakan kemenangan serta penyertaan umat manusia yang begitu ramai memeluk Islam selepas kemerdekaan bumi Mekah. Allah turut menyuruh agar beristighfar atas pelbagai perasaan bangga dan sombong yang berkecamuk dalam hati di saat kemenangan serta perasaan tidak sabar, terkilan, gentar kerana merasakan begitu lama kemenangan yang dijanjikan Allah ini datang. Arahan ini sebagaimana diungkapkan oleh Allah dalam ayat 3 surah an-Nasru  :

 فَسَبِّحْ ِبحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا

Maksudnya : Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan pohonlah keampunanNya. Sesungguhnya Allah Amat Menerima taubat hambaNya.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

            Bagi mengisi kemerdekaan maka kita perlu kembali kepada seluruh sistem Islam yang telah terbukti hebat dan adil dalam memuliakan generasi sebelum kedatangan penjajah. Kita ingat kepada ungkapan Sayyidina Umar al-Khottab ketika mahu menerima kunci Baitul Maqdis dari Rom sebagai lambang kemerdekaan dengan katanya :

نَحْنُ  قَوْمٌ أَعَزَّنَا اللهُ بِاللإسْلامِ فَمَهْمَا نبَتْغَيِ العِزَّةَ بِغَيْرِمَا أَعَزَّنَا اللهُ أَذَلَّنَا اللهُ

Maksudnya : Kita merupakan suatu bangsa yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Maka selagimana kita mencari kemulian selain menggunakan Islam yang telah memuliakan kita maka selagi itulah kita akan dihina oleh Allah.

            Kita juga mesti faham tentang hakikat kemerdekaan agar sambutan hari merdeka bukan untuk berseronok sehingga tersesat dalam budaya penjajah sebaliknya kita hendaklah mengisikan kemerdekaan yang dicapai sebagaimana yang diperjuangkan oleh para ulama’ dan pejuang Islam ketika menentang penjajah iaitu dengan mengembalikan semula sistem Islam. Para pejuang kemerdekaan bukan berjuang untuk melihat generasi selepas merdeka hanya tahu berseronok sebaliknya mereka mahu kita melaksanakan seluruh sistem Islam sebagaimana yang pernah dilaksanakan sebelum kedatangan penjajah. Hayatilah erti kemerdekaan sebagaimana yang pernah diucapkan oleh panglima Islam Rub’i bin ‘Umair  ketika menjawab pertanyaan panglima Farsi iaitu Rastam tentang sebab tentera Islam mahu memerdekakan Farsi di mana katanya dengan tegas : Kami diutuskan untuk memerdekakan sesiapa yang mahu di kalangan manusia daripada perhambaan sesama manusia kepada perhambaan diri hanya kepada Allah, memerdekakan manusia daripada sistem ciptaan manusia yang zalim kepada sistem Islam yang adil, memerdekakan manusia daripada pandangan hidup yang sempit setakat nampak kehidupan dunia kepada kehidupan berpandangan jauh sehingga hari akhirat.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

            Jika pejuang Islam yang memperjuangkan kemerdekaan negara masih hidup maka mereka pasti kecewa melihat anak bangsa mereka rosak dan hanyut dengan sistem dan budaya penjajah walau pun saban tahun menyambut hari merdeka. Pejuang kemerdekaan pasti terkilan kerana cita-cita untuk melihat agar seluruh sistem Islam kembali dijulang dikhianati oleh anak bangsa sendiri yang terus berusaha membenamkan seluruh sistem Islam daripada dilaksanakan dengan pelbagai alasan berasaskan nafsu yang bertentangan dengan tuntutan wahyu. Masalah jenayah yang berlaku dalam negara hari ini yang kini semakin tenat terutama rosaknya akhlak di kalangan pelajar sekolah di mana kesemuanya ini bukanlah disebabkan Islam dilaksana tetapi ia disebabkan Islam tidak diletakkan di tempat yang sewajarnya. Perkara ini akan bertambah serius jika semakin banyak usaha dalam mengurangkan pengajian agama di sekolah termasuk yang terbaru menjadikan pendidikan moral diselaraskan mengikut semua agama bukan mengislamkan lagi pendidikan tersebut. Oleh itu sebelum terlambat dan bertambah parah maka kita seru kepada seluruh umat Islam bermula daripada pemimpin sehingga rakyat jelata agar menyambut kemerdekaan negara bersama merdekanya sistem Islam untuk dilaksanakan. Dalam suatu Seminar Antarabangsa Sistem Keadilan Jenayah Islam yang diadakan di Johor baru-baru ini telah membuktikan secara tidak langsung tentang keadilan system Islam yang selama ini cuba disembunyikan. Antaranya pelaksaannya di Nigeria selama 2 tahun walau pun dengan pelbagai kesukaran tetapi telah membuatkan rakyatnya lebih bersopan, menjaga peribadi dan berhati-hati dalam setiap tingkah laku, Begitu juga pelaksanaannya di Pakistan dapat diterima baik oleh orang bukan Islam yang tidak pernah merasakan perundangan Islam menzalimi mereka. Manakala pelaksanaannya di Arab Saudi  telah membawa kepada peratus jenayah di negara itu paling rendah di dunia. Dalam tempoh 25 tahun pemerintahan Malik Abdul Aziz hanya 16 orang dipotong tangan dan dari tahun 1967 hingga 1987 iaitu 20 tahun hanya seorang wanita yang telah kahwin dihukum rejam kerana berzina. Jika dilihat daripada hasil kajian tersebut maka jumlahnya begitu jauh lebih kecil berbanding jenayah yang berlaku dalam negara kita yang terus mengamalkan sistem penjajah. Tuduhan liar bahawa hukum hudud Kelantan dan Terengganu yang digubal menghalalkan liwat terhadap isteri adalah mengelirukan kerana ia sememangnya tidak dikenakan hudud sebaliknya dikenakan hukum ta’azir. Sedangkan jika kita kaji beberapa perundangan Mahkamah Syariah negeri sendiri seperti Wilayah Persekutuan hanya mentakrif salah liwat antara lelaki dengan lelaki sahaja sedangkan lelaki meliwat perempuan apatah lagi isteri tidak dikira salah. Oleh itu dalamilah ilmu agama sebelum bercakap mengenai keadilan. KeranaMu  Allah kami akan merdekakan seluruh sistem Islam untuk dilaksanakan. KeranaMu Allah kami akan majukan negara berlandaskan Islam.

Firman Allah dalam ayat 30 surah as-Syura :

وما أصــبكم من مصيبة فبما كسبت أيديكم ويعفوا عن كثير

Maksudnya : Dan apa sahaja musibah yang menimpa maka ia disebabkan perbuatan tangan kamu sendiri dan Allah memaafkan sebahagian besar dari kesalahan kamu

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

 

 

 

Isikanlah Kemerdekaan Dengan Islam

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah S.W.T dalam ayat 34 surah al-Namlu :

قَالَتْ إِنَّ الْمُلُوكَ إِذَا دَخَلُوا قَرْيَةً أَفْسَدُوهَا وَجَعَلُوا أَعِزَّةَ أَهْلِهَا أَذِلَّةً ۖ وَكَذَٰلِكَ يَفْعَلُونَ 

Raja perempuan itu (Balqis) berkata: “Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia kepada hina-dina; dan demikian itulah mereka akan lakukan

            Penjajahan sesebuah bangsa dan negara kebanyakannya membawa suatu perubahan yang besar kepada rakyat dan keadaan negara yang terjajah. Kebiasaannya setiap penjajahan kuffar terhadap negara umat Islam akan membawa 3 matlamat utama iaitu pertamanya Tuhan atau agama penjajah, keduanya kemasyhuran dengan kejayaan menjajah yang dilakukan dan ketiganya mengaut keuntungan daripada hasil mahsul yang didapati di negara jajahan. Kedatangan Portugis ke Tanah Melayu dengan runtuhnya Empayar Kesultanan Melayu memulakan era penjajahan di negara kita. Penjahan kuffar ini bukan sahaja mengubah system politik. sosial dan ekonomi Islam kepada system ciptaan manusia malah penjajah turut berjaya melahirkan umat Islam yang berfikiran penjajah melalui system pendidikan yang begitu memberi kesan besar hingga hari ini. Sebab itulah pada awal kewujudan sekolah aliran Inggeris ianya ditentang oleh golongan Ulama’ terutama daripada pondok-pondok. Golongan ulama’ ini telah nampak bahawa matlamat pendidikan Inggeris bukan sahaja menjurus ke  arah memberi pendidikan secara formal tetapi turut menanam pemikiran agar lebih yakin kepada system penjajah berbanding Islam serta meracuni pemikiran umat Islam bahawa Islam hanya perkara yang berkaitan dengan ibadat khusus sahaja seperti solat, puasa, haji dan zakat tanpa mempedulikan masalah sosial, perundangan, politik, ekonomi dan sebagainya. Pemikiran yang dikenali sebagai sekulerisme ini terus subur dalam diri umat Islam di negara ini dari dulu hingga kini dan ia semakin membarah sehingga suburnya fahaman Islam Liberal walau pun telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2006 lagi. Oleh itu hasil daripada pembawaan agama penjajah telah menyebabkan lahirnya begitu ramai umat Islam tidak lagi yakin kepada system Islam dan apa yang lebih malang lagi betapa ramai umat Islam yang telah murtad secara terang-terangan dan berani pula mencabar melalui mahkamah sivil untuk menukar agama.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah S.W.T dalam ayat 44-45 surah al-An’am :

فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّىٰ إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُمْ بَغْتَةً فَإِذَا هُمْ مُبْلِسُونَ  فَقُطِعَ دَابِرُ الْقَوْمِ الَّذِينَ ظَلَمُوا ۚ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ 

Maksudnya : Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan). Lalu kaum yang zalim itu dibinasakan sehingga terputus keturunannya. Dan (dengan itu bersyukurlah kerana musnahnya kezaliman, dengan menyebut): “Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian Alam”

            Sempena menyambut hari kemerdekaan negara kali ke-51 sepatutnya system penjajah semakin hilang, cara berpakaian dan cara hidup penjajah semaki banyak dibuang tetapi betapa malangnya apabila apa yang berlaku adalah sebaliknya. Sistem penjajah semakin dijulang ketika system Islam semakin dihakiskan, system kuffar menjadi pujaan ketika system Islam dijadikan bahan cacian, system ciptaan manusia dijadikan suatu kebanggaan manakala system Allah didakwa punca kemunduran. Umat Islam lebih berbangga dan gembira berada di bawah system penjajah yang menghina mereka dunia dan akhirat. Umat Islam berasa malu dan takut dengan system Islam yang pernah menjulang umat Islam dulu. Pejuang kemerdekaan bermati-matian menghalau penjajah dan sistem kuffar sedangkan generasi baru yang mendakwa telah merdeka terus menjemput dan mengagung-agungkan penjajah dan sistem kuffar. Kita mendesak agar Jemaah Menteri membatal jemputan seorang artis barat walau pun sebelum ini ia telah pun dibatalkan tetapi kemudiannya diluluskan semula kerana ia bukan sahaja mencemar sambutaan kemerdekaan malah kedatangan bulan Ramadhan. Kita minta agar menteri fikirkan tentang kesan daripada penganjuran program maksiat dan merosak akhlak sebelum ini samada dapat mengurangkan atau menambahkan lagi jumlah penagih dadah, peminum arak, penzina, anak luar nikah dan bermacam lagi kesan buruk yang lain. Golongan yang cerdik ialah orang yang mencegah kerosakan dengan mengawal program maksiat daripada dijalankan serta berusaha mengubati kerosakan dengan ubat yang mujarrab. Manakala golongan yang kurang waras ialah orang yang menghidangkan racun untuk merosakkan rakyat serta mengubat penyakit dengan racun berbisa. Melalui mimbar Jumaat ini juga kita mendesak agar program bagi menyambut ambang kemerdekaan negara mesti dibuat dengan cara yang berakhlak terutama ia akan berlangsung ketika kita mahu menyambut awal Ramadhan. Jangan cemari Ramadhan dengan amalan maksiat sebagaimana Ramadhan pernah dicemari dengan sambutan tahun baru beberapa tahun yang lepas. Pejuang kemerdekaan tidak pernah meminta anak cucunya mencemari kemerdekaan dengan maksiat sebaliknya mereka menagih amalan soleh dan doa daripada kita yang masih hidup.

 

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,

Firman Allah S.W.T S.W.T dalam ayat 85 surah al-Baqarah :

…… أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ ۚ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَٰلِكَ مِنْكُمْ إِلاَّ خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَىٰ أَشَدِّ الْعَذَابِ ۗ وَمَا اللهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ 

Maksudnya : …….Adakah kamu beriman dengan sebahagian Kitab dan engkar sebahagian yang lain?. Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian dari kalanganmu melainkan kehinaan dalam kehidupan dunia dan pada hari qiamat pula mereka dikembalikan kepada siksaan yang amat berat. Allah S.W.T tidak lengah daripada apa yang kamu perbuat

             Ketika mahu mengisi kemerdekaan yang dicapai maka semestinya kita menjadikan Islam sebagai asas pengisian. Kita perlu faham tentang hakikat kemerdekaan sebenar sebagaimana yang pernah diungkapkan oleh Rub’i bin Umair ketika menjawab pertanyaan Rustam panglima Parsi ketika berlakunya peperangan al-Qadisiah tentang sebab beliau membawa tentera Islam ke Parsi lalu dengan tegas beliau menjawab : “ Allah telah mengutuskan kami untuk memerdekakan sesiapa yang dikehendaki dari menyembah sesama manusia kepada menyembah Allah yang Esa. Dan memerdekakan manusia daripada kesempitan dunia kepada lapang dan luasnya akhirat dan daripada belenggu kezaliman agama lain yang sesat kepada keadilan Islam”. Sudah sampai masa, waktu dan ketikanya untuk kita memperkasakan pengajian agama serta menukarkan qiblat sistem pendidikan negara kepada memahami dan menjulang cara hidup Islam dengan menguburkan perasaan terlalu taksub kepada sistem ciptaan penjajah. Kita berasa kesal dengan tindakan jahat dalam memerangi pengajian agama termasuk membatalkan kerjasama antara kolej dalam negara dengan Universiti Al-Azhar yang berjalan baik sebelum ini sehingga mengorbankan nasib ribuan pelajar Islam. Mengapa takut kepada pelajar agama sedangkan golongan artis yang kebanyakannya menyuburkan budaya penjajah terus diberikan laluan dan peluang seluasnya untuk dilahirkan saban hari.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

            Ketika menyambut kemerdekaan juga maka ia sepatutnya menambahkan lagi usaha dan semangat kita dalam memperkasakan perundangan Islam terutama ketika ada pihak yang bergerak secara terancang untuk menguburkan Mahkamah Syariah. Malah penjelasan Majlis Fatwa Kebangsaan yang berpendapat bahawa proses perundangan perlu berjalan terlebih dahulu sebelum dibuat lafaz sumpah laknat (muhabalah) seperti yang berlaku baru-baru ini dalam tuduhan liwat turut menambah keyakinan kepada kita semua bahawa sebarang fitnah ini hanya dapat disekat dengan kembali melaksanakan perundangan Islam. Isikanlah kemerdekaan negara dengan Islam. Raikanlah kemerdekaan dengan menjulang tinggi sistem Islam

Firman Allah dalam ayat 19 surah an-Nur :

إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَنْ تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ ۚ وَاللهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لاَ  تَعْلَمُونَ 

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman maka bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat.  Dan Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

33. MERDEKAKAN NEGARA DARIPADA PENINDASAN

 

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 6 surah Lukman :

ومن الناس من يشترى لهو الحديث ليضل عن سبيل الله بغير علم ويتخذها هزوا  أولئك لهم عذاب مهين

Maksudnya : Dan ada di antara mausia mereka yang membelanjakan hartanya kepada cerita dan hiburan yang melalaikan sehingga menyesatkan daripada jalan Allah tanpa berdasarkan ilmu. Ada juga orang yang menjadikan agama sebagai bahan ejekan. Merekalah orang yang ditimpa azab yang hina.

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Hari ini 31 Ogos maka tibalah kita pada tarikh bersejarah iaitu sambutan kemerdekaan negara kali ke-44. Malam tadi telah menyaksikan bagaimana anak yang merdeka daripada ikatan agama melaung bersorak menyebut perkataan merdeka sedangkan pakaian, akhlak dan maruah mereka berkiblat kepada penjajah. Kesuciaan hari Jumaat telah dikotori dengan program maksiat yang diambil daripada penjajah. Pemimpin menghalalkan apa yang haram dan mengharamkan apa yang halal semata-mata seronok menyambut kemerdekaan. Laungan merdeka tidak membawa apa erti kepada mereka kerana mereka hanya tahu untuk berseronok . Perjuangan ulama’ dan pejuang kemerdekaan yang terpaksa bermandi darah untuk mendapatkan kemerdekaan telah dikotori dengan pesta maksiat dan arak. Dahulunya ulama’ dan pejuang kemerdekaan berjuang menghalau penjajah tetapi anak selepas merdeka membawa masuk kembali sistem dan budaya penjajah yang menyesatkan. Sepatutnya sambutan kemerdekaan diisi dengan semangat jihad dan majlis ilmu yang mampu memerdekakan rakyat daripada perasaan takut sesama hamba dan juga memerdekakan rakyat daripada kejahilan yang menyebabkan akhlak dan aqidah mereka terancam dan menjunam. Sepatutnya perasaan syukur kepada Allah di atas nikmat kemerdekaan dan terima kasih kepada ulama’ dan pejuang kemerderkaan kita sambut dengan majlis berlandaskan agama serta angkatkan tangan memohon kepada Allah agar kemerdekaan ini tidak dicemari oleh kezaliman, kesesatan dan keruntuhan akhlak yang akan mengancurkan negara bukannya diisi dengan pesta maksiat dan arak yang menjemput lagi turunnya bala Allah.

 

Sidang Jumaat yang dihormati,

            Kibaran bendera jalur gemilang menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan. Jangan biarkan kibaran bendera tersebut seolah-olah kita mengibarkan bendera putih sebagai tanda menyerah kalah kepada anak didik penjajah yang terus menjajah negara ini menggunakan sistem dan budaya penjajah. Jadikanlah kibaran bendera negara sebagai penyemarak semangat jihad berdasarkan jalur merah yang bererti berani dalam memerdekakan Islam yang dilambangkan sebagai bulan dan bintang dalam bendera negara. Setelah 44 tahun mencapai kemerdekaan maka kita sepatutnya telah merasai sistem Islam dalam setiap aspek kehidupan sebagaimana yang pernah dirasai oleh datuk moyang kita sebelum kedatangan Portugis 1511 yang lampau. Malangnya sistem Islam terus dipenjarakan oleh anak didik penjajah yang lebih rela menjadi hamba abdi kepada yahudi dan sekutu kuffar daripada memerdekakan Islam untuk dilaksana. Malah anak didik penjajah bertanggungjawab penuh dalam menakutkan umat Islam dan orang bukan Islam terhadap Islam yang menyebabkan usaha untuk melaksanakan semua system Islam di negara ini terus terbantut. Atas alasan masyarakat majmuk maka hak Allah iaitu tertegaknya sistem Islam dalam negara terus dinafikan kerana bimbang akan berlakunya huru-hara. Siapakah yang mahu membuat huru-hara tersebut dan mengapakah usaha untuk membanterasnya tidak dilakukan jika mereka benar-benar wujud. Jika rakyat yang bangun menegur kezaliman dan kesesatan yang dilakukan oleh pemimpin boleh ditangkap tanpa bicara mengapakan mereka yang boleh membahayakan keselamatan negara apabila tertegaknya Islam tidak mampu diambil tindakan. Kita turut mempersoalkan bilakah negara ini akan kembali menjadi masyarakat tidak majmuk yang membolehkan terlaksananya amanah Allah yang besar itu. Masyarakat majmuk sebenarnya bukan sebagai penghalang jika Islam mampu tersebar dengan luasnya bukannya sebagaimana hari ini di mana orang bukan Islam masih ramai yang tidak faham tentang Islam dan orang Islam sendiri ramai yang telah murtad akibat kelalaian pemimpin. Banyak suruhan ke arah kemungkaran dan kerosakan yang dibuat berbanding arahan kepada kebaikan.

 

Sidang Jumaat yang dikasihi,

            Sempena sambutan merdeka juga kita mahu melihat bagaimana tiada lagi pemimpin kuku besi yang begitu ghairah melakukan penindasan dan kezaliman berdasarkan sistem penjajah yang sesat sedangkan mereka merdeka daripada tindakan undang-undang. Kita tidak mahu lagi adanya pemimpin yang kita benci kerana kezaliman dan kesesatan mereka dan mereka pula membenci rakyat kerana berani menegur kesalahan mereka disamping mereka berani menghina hukum Islam, mencaci sunnah nabi serta memaki para ulama’ pewaris nabi. Kita mahu lahirnya pemimpin yang bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah agama dan pemerintahan dalam mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat sebagaimana sabda nabi s.a.w dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim dalam sohihnya :

قال الرسول : خيار أئمتكم الذين تحبونهم ويحبونكم  ويصلون عليكم وتصلون عليهم  وشرار أئمتكم الذين تبغضونهم ويبغضونكم وتلعنونهم ويلعنونكم …….

Maksudnya : Sebaik-baik pemimpin kamu ialah mereka yang kamu cinta dan mereka mencintaimu, mereka sentiasa menghubungi kamu dan kamu sentiasa menghubungi mereka. Dan sejahat-jahat pemimpin kamu ialah mereka yang kamu benci dan mereka pula membencimu, mereka yang kamu kutuk dan mereka pula mengutuk kamu…..

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

            Sejarah Islam telah menyaksikan bagaimana Sayyidina Abu Bakar mengarahkan bala tentera untuk melepaskan anjing yang tersepit dihujung negara. Sejarah turut mencatat bagaimana Khalifah Muktasim yang mendengar seorang wanita muslimah yang diketawakan oleh sekumpulan kafir di tengah-tengah bandar telah menghantarkan bala tentera untuk menjaga maruah seorang wanita muslimah. Apa yang berlaku hari ini adalah sebaliknya di mana rakyat diminta mengibar bendera dan melaungkan merdeka sedangkan adanya rakyat yang terpenjara tanpa dapat mempertahankan haknya. Golongan yang berpesta dengan maksiat yang meruntuhkan akhlak dan membahayakan aqidah diberikan kemerdekaan sedangkan rakyat yang hadir majlis ceramah untuk memberi kesedaran dalam memastikan negara ini tidak hancur dan dijajah kali kedua telah ditangkap dan bermandi hujan asid.

            Pemimpin bagaikan bersandiwara meminta para ulama’ bangun menyedarkan masyarakat dan bersama dengan pemimpin dalam memajukan negara sedangkan dalam masa yang sama ada ulama’ yang ditangkap, tauliah kuliah agama di masjid ditarik malah adanya mufti yang dipecat kerana menangkap orang Islam yang terlibat dengan pertandingan ratu cantik yang tidak bermoral. Jika sebelum ini seorang muslimah yang dipecat kerana memakai purdah ketika bekerja maka tidak mustahil pada masa akan datang ramai rakyat yang berjubah dan berserban semasa berkerja akan dibuang berdasarkan kepada arahan terbaru yang dikeluarkan oleh anak didik penjajah yang lebih berani dan bacul daripada penjajah. Pada masa keruntuhan akhlak yang begitu kuat melanda maka pemakaian berdasarkan sunnah diperangi sedangkan mereka yang membuka aurat diberikan kemerdekaan yang seluasnya.

            Sempena sambutan hari kemerdekaan maka kita seru agar semua tahanan yang dipenjara tanpa bicara diberi pengadilan yang sewajarnya. Janganlah pemimpin boleh berseronok di mahligai mewah sedangkan rakyat terkurung dikandang besi penuh resah. Kasihanilah anak dan isteri mereka. Mereka pun anak merdeka dan berhak menerima pembelaan yang sewajarnya. Ingatlah bahawa doa orang yang dizalimi merupakan senjata tajam yang boleh menggugat kedudukan orang yang zalim. Keranamu Malaysia kami kan tegakkan negara Islam merdeka. Keranamu Malaysia kami akan tunaikan hak Allah yang sememangnya menjamin hak manusia tanpa mengira batasan agama dan bangsa.

Firman Allah dalam ayat 19  surah Lukman :

واقصد من مشيك واغضض من صوتك إن أنكر الأصوات لصوت الحمير

Maksudnya : Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, rendahkan suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

50. MERDEKAKAN NEGARA DARIPADA PENJAJAHAN BARU

 

 

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam  ayat 31 surah Saba’ :

وقال الذين كفروا لن نؤمن بهذا القرءان ولا بالذي بين يديه ولو ترى إذ الظــلمون موقوفون عند ربهم يرجع بعضهم إلى بعض القول يقول الذين استنضعفوا للذين استكبروا لولآ أنتم لكنا مؤمنين

Maksudnya : Dan orang-orang kafir berkata : “ Kami sekali-kali tidak akan beriman kepada al-Quran ini dan tidak pula beriman kepada kitab-kitab sebelumnya”. Dan betapa hebatnya jika kamu melihat ketika mereka yang zalim itu dihadapkan kepada Tuhannya di mana sebahagian mereka menghadapkan perkataan kepada sebahagian yang lain. Berkata mereka yang dianggap lemah kepada mereka yang menyombong diri : “ Jika bukan kerana kamu nescaya kami menjadi orang-orang yang beriman”.

            Setiap insan cintakan kebebasan dan kemerdekaan mengikut keadaan masing-masing. Si miskin mahu bebas daripada kemiskinan, Si peniaga mahu bebas daripada belenggu hutang dan kerugian, Si banduan mahu bebas daripada penjara dan Mangsa kezaliman mahu bebas daripada penindasan. Setiap manusia mudah menyebut perkataan merdeka tetapi ramai di kalangan mereka tidak tahu hakikat kemerdekaan dan bagaimana cara mengisi kemerdekaan. Ramai yang hanya tahu melaung perkataan merdeka sedangkan dirinya terus terjajah. Makna kemerdekaan yang sepatutnya kita guna pakai ialah kebebasan daripada kesempitan sistem jahiliah kepada keluasan dan keadilan Islam, daripada penindasan kezaliman sistem yang sesat kepada kesaksamaan sistem Islam, daripada belenggu kegelapan jahiliah kepada sinar ilmu Islam yang terang.

 

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

            Kini buat sekian kalinya rakyat negara ini menyambut ketibaan bulan Ogos yang merupakan bulan bagi menyambut kemerdekaan negara daripada penjajah. Bagi mereka yang pernah hidup di zaman penjajah maka mereka pernah merasai keperitan hidup di zaman itu dan bagi generasi yang muda pula mereka hanya mendengar melalui cerita ayah dan datuk mereka tentang penindasan yang telah dilakukan oleh penjajah terhadap rakyat jelata. Di sini sudah kita dapati perbezaan antara dua golongan iaitu yang tua dan yang muda dalam mengerti erti kemerdekaan di mana yang tua lebih terasa bahang kemerdekaan berbanding dengan generasi muda. Golongan tua menyambut merdeka dengan penuh perasaan hiba sedangkan generasi muda kebanyakannya hanya tahu melompat menjerit perkataan merdeka sedangkan diri mereka disalut dengan budaya penjajah.

            Pada tahun ini kerajaan akan membazirkan sebanyak  RM 1 juta wang rakyat bagi kempen mengibar bendera jalur gemilang. Bila dilihat kepada keadaan ini maka menunjukkan bagaimana rakyat pada hari ini kurang bersemangat menyambut merdeka sehingga kerajaan terpaksa membazirkan wang yang begitu banyak bertujuan semata-mata mahu melihat rakyat mengibar bendera. Semangat menyambut merdeka telah semakin berkurangan disebabkan berlakunya penjajahan baru oleh pemimpin dictator yang terlalu banyak menindas rakyat. Walau pun penjajah British telah dihalau namun anak buah penjajah yang menjadi gantiannya terus memerintah menggunakan sistem penjajah disamping lebih banyak penyelewengan yang berlaku sehingga rakyat tidak tahu lagi membeza antara penjajahan British dengan penjajahan pemimpin yang sebangsa. Rakyat mula berfikir tentang bagaimana mereka diminta bergembira mengibarkan bendera sedangkan pemimpin terus ketawa  menggadai negara. Rakyat mula bimbang pada suatu masa nanti negara ini hanya tinggal bendera sedangkan seluruh kekayaan dan tanah akan menjadi milik orang asing akibat kelalaian dan penyelewengan pemimpin yang tamak haloba. Kemerdekaan yang disambut tidak lebih daripada menang sorak kampung tergadai. Oleh itu marilah kita sama-sama menukarkan cara sambutan merdeka ke arah mengikut lunas Islam agar kemerdekaan yang pernah dicapai dapat digunakan sepenuhnya dalam melaksanakan kembali sistem Islam sebagaimana yang telah dilaksanakan pada zaman Kesultanan Melayu sebelum kedatangan penjajah.

 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

            Pada zaman sebelum merdeka, penjajah British tidak berani mengganggu sekolah-sekolah Melayu dan pondok-pondok tempat pengajian agama sedangkan pada zaman anak didik penjajah di mana mereka lebih berani dalam menukar cuti daripada Jumaat kepada hari Ahad di beberapa buah negeri, penghapusan tulisan jawi sebelum ini, pengurangan isi kandungan dalam pengajian Islam, larangan memakai kopiah apatah lagi jubah dan serban di sekolah serta anak didik penjajah dengan begitu lantang memerangi pusat pengajian Islam sehingga ada yang terpaksa ditutup disamping menyusahkan orang ramai daripada mendapatkan pengajian di surau dan masjid sehingga kebanyakan masjid hanya menjadi tempat solat sahaja bukan lagi berperanan sebagai pusat penyebaran ilmu Islam. Mengajar agama secara menyeluruh dianggap pengganas dan membahayakan keselamatan negara sedangkan sistem pendidikan yang ada lebih ramai melahirkan kaki lepak dan mereka yang terlibat dengan najis dadah sehingga pusat Serenti tumbuh sama banyak dengan bilangan universiti.

            Malah anak didik penjajah turut berani mahu menukarkan pengajian sains dan matematik dalam bahasa Inggeris sedangkan usaha ini tidak lebih daripada berundur ke belakang dan mengkhianati amanah bangsa. Usaha ini telah ditentang oleh orang Melayu walau pun pemimpin yang mengaku berbangsa Melayu ini mendakwa bahawa kebanyakan orang Melayu setuju dengan usaha ini. Mereka boleh menyembunyikan fakta yang sebenar kerana seluruh media dikuasai oleh pemimpin yang hanya tahu menipu rakyat sedangkan dalam masa yang sama sudah ramai guru-guru yang mahu menarik diri daripada mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Mengapakah kita perlu bersetuju dengan usaha anak didik penjajah yang menjadi pengkhianat kepada bangsa sendiri sedangkan orang Cina dan India turut bangun menentang secara terang-terangan usaha penggunaan Bahasa penjajah itu di negara ini. Sepatutnya semakin lama merdeka maka semakin banyak ilmu yang dapat di alih ke dalam bahasa Melayu sebagaimana usaha kuffar yang telah menghabiskan wang yang banyak dalam menterjemahkan ilmu-ilmu yang diambil daripada tamadun Islam dalam bahasa arab ke dalam bahasa mereka. Adakah setelah begitu lama kita merdeka dan semakin banyak universiti yang dibangunkan maka negara kita masih kekurangan ahli penterjemah dan pakar bahasa. Jika masih belum mampu melahirkannya maka suatu usaha yang lebih gigih mesti dibuat segera bukannya hanya tahu membazirkan wang rakyat dalam membina mahligai yang berjuta serta membina projek mega yang hanya menguntungkan kroni sahaja sedangkan rakyat hanya mampu berputih mata

 

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

            Sehubungan dengan ini maka sempena sambutan bulan merdeka maka sepatutnya kita sambut dengan penuh insaf dalam mengembalikan semula negara ini sebagaimana sebelum kedatangan penjajah iaitu di dalamnya dilaksanakan sistem Islam secara menyeluruh. Sepatutnya semakin lama menyambut merdeka maka semakin kurangnya orang bukan Islam dalam negara jika kerajaan yang ada begitu serius mengajak orang bukan Islam terutama bangsa Cina dan India untuk memeluk Islam. Alangkah indahnya pada suatu hari nanti kita dapat merasai bagaimana orang Melayu, Cina, India dan lain bangsa bersatu dalam satu agama iaitu Islam dalam memajukan negara. Tiada lagi perasaan iri hati dan dendam kepada suatu bangsa yang lain kerana masing-masing sudah disatukan oleh Islam. Orang Cina dan India serta bangsa lain tidak boleh bertukar kepada bangsa Melayu tetapi mereka boleh bersama kita di dunia dan akhirat dengan memeluk Islam. Pada hari ini kita masih gagal merasai suasana itu kerana kita diperintah oleh pemimpin yang berjuang atas semangat kebangsaan yang sempit. Semoga dengan merdekanya kita daripada pemimpin yang kolot dan ketinggalan zaman itu maka erti kemerdekaan yang hakiki dapat dirasai oleh seluruh rakyat jelata

Firman Allah dalam ayat 37 surah Saba’ :

وما أمولكم ولآأولــدكم بالتي تقربكم عندنا زلفى إلا من ءامن وعمل  صالحا فأولئك لهم جزاء الضعف بما عملوا وهم فى الغرفــت ءامنون

Maksudnya : Dan bukanlah harta dan anak-anak kamu yang mendekatkan kamu kepada Kami walau pun sedikit. Tetapi mereka yang beriman dan beramal soleh maka mereka itulah yang memperolehi balasan yang berlipat ganda disebabkan apa yang telah mereka kerjakan dan mereka aman sentosa di tempat-tempat yang tinggi iaitu di Syurga.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

8. MERDEKAKAN NEGARA DENGAN ISLAM

 

 

 

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.  Janganlah  kita  hanya  tahu  mendengar  sahaja  perkataan  taqwa  serta  menyebutnya  sedangkan  ia  tidak  menyerap  ke dalam  sanubari  kita . Hitunglah  diri kita  setiap  masa  samada  semakin  hampir  kepada  Allah atau  sebaliknya.  Adakah  amalan  soleh  kita  semakin  meningkat  atau pun  menurun….

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 76 surah an-Nisa’ :

الذين آمنوا يقاتلون في سبيل الله  والذين كفروا يقاتلون في سبيل الطاغوت فقاتلوا أولياء الشيطان  إن كيد الشيطان كان ضعيفا

Maksudnya : Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berperang di jalan Toghut, oleh itu perangilah kawan-kawan syaitan itu kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah.

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

            Tidak lama lagi kita akan menyambut hari Kemerdekaan negara kita kali ke-43 pada 31 Ogos ini. Kemerdekaan secara pertukaran pemerintah daripada yang berkulit putih dan berbangsa Inggeris kepada yang berkulit sawa matang dan berbangsa Melayu telah lama berlangsung. Kemerdekaan ini memang dapat dirasai perbezaannya berbanding di zaman penjajah namun begitu disebabkan kemerdekaan yang hakiki iaitu perubahan terus daripada sistem yang berlandaskan ideologi ciptaan manusia kepada  pemerintahan Islam masih belum tercapai maka kemerdekaan ini tidak pernah membenarkan kehidupan yang berlandaskan Islam terlaksana sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Kesultanan Melayu Islam Melaka dan beberapa kesultanan yang lain di alam Melayu ini. Pelbagai usaha dilakukan oleh anak didik penjajah dalam memastikan Islam tidak dilaksana dan terus dipenjara sebagai meneruskan cita-cita penjajah yang mula-mula datang menakluk Melaka pada tahun 1511 yang lalu. Kita mesti ingat bagaimana kejayaan Portugis dalam menakluk Kota Melaka pada tahun 1511 itu bukanlah  untuk datang mengaut kemewahan hasil bumi di sini semata-mata tetapi turut disertakan agenda yang penting iaitu memastikan pengaruh Kristian tersebar dan Islam mesti disekat dan dibuang daripada diamalkan dalam masyarakat setempat. Kejayaan mereka ini disambut meriah di sebuah gereja di Rom, Itali di mana mereka menyatakan bahawa kejayaan menakluki Kota Melaka itu merupakan satu pintu ke arah menakluk semula Baitul Maqdis, Palestin dan ia juga merupakan ubat dalam merawat kekecewaan mereka dengan kejatuhan Kota Istanbul, Turki di tangan tentera Islam sebelum ini.

 

Sidang Jumaat yang dihormati,

            Sambutan hari kemerdekaan ini mestilah disambut dengan penuh rasa insaf dan sedar tentang tanggungjawab kita yang masih belum selesai iaitu untuk memerdekakan Malaysia daripada kongkongan sekularisme yang sesat dan semangat kebangsaan yang ketinggalan zaman sehingga Islam mampu dilaksanakan di dalam semua bidang kehidupan bukannya setakat ditikar sembahyang sahaja. Janganlah pula kita terikut-ikut dengan perangai dan cara sambutan hari merdeka oleh anak-anak merdeka yang bebas daripada ikatan agama di mana mereka ini hanya tahu melompat, menari, menjerit melaungkan merdeka sedangkan diri mereka sendiri terus terjajah oleh budaya barat yang sesat.

            Jika didakwa bahawa perundangan Islam tidak boleh dilaksanakan kerana masyarakat berbilang bangsa mengapakah undang-undang Inggeris Lord Reid boleh diterima pakai di sini semenjak sekian lama sedangkan warga negara ini boleh dikatakan tiada yang berbangsa Inggeris. Lagi pun perlembagaan ini banyak menerima pandangan sekuler yang berlandaskan agama Kristian sedangkan agama rasmi Malaysia ialah Islam. Jika dikatakan bahawa masyarakat akan huru-hara kerana melaksanakan dasar agama mengapakah semangat yang berdasarkan bangsa masing-masing boleh diperjuangkan walau pun ia akan menyebabkan antara setiap bangsa akan berebut untuk menguasai bangsa yang lain sehingga pernah mencetuskan peristiwa ngeri 13 Mei kerana jurang perbezaan dari sudut ekonomi terlalu tinggi. Jurang perbezaan ini terus berlaku disebabkan pemimpin yang hanya mementingkan kroni dan penyokong mereka sahaja sehingga terlalu jelas ketidakadilan  dalam pengagihan harta kekayaan negara. Jika dikatakan bahawa Islam tidak mampu dilaksanakan kerana ramai lagi umat Islam sendiri disamping orang bukan Islam tidak memahami apa itu Islam maka mengapakan akhbar, radio, tv dan media massa yang lain tidak disuruh menyebar dan menerangkan Islam secara serius bukannya hanya seumpama melepas batuk ditangga sahaja. Mengapakan seluruh media massa hanya diberikan kebebasan untuk menyiarkan hiburan yang sesat dan melalaikan, diberikan kebebasan dalam menghina Islam dan ulama’ serta memburukkan Islam sebagai agama zalim dan ganas sedangkan untuk tujuan memberi kefahaman mengenai Islam yang sebenar disekat. Disamping itu pengajian agama juga tidak dititik beratkan samada di sekolah atau pusat pengajian tinggi. Adakah Islam yang tidak mampu dilaksana atau memang pemimpin itu sendiri yang tidak mahu Islam terlaksana.

 

Sidang Jumaat yang dikasihi,

            Mengapakah kita membesar-besar dan begitu runsing apabila keistimewaan Melayu disentuh terutama oleh satu persatuan Cina sedangkan ketika ada pemimpin memberi amaran untuk mengambil tindakan kepada mana-mana negeri yang melaksanakan Islam serta menghina hukum Islam malah memberi pula peluang kepada rakan mereka yang bukan Islam untuk mencaci Islam maka ramai orang melayu yang mengaku beragama Islam hanya diam membisu malah terus menyokong pemimpin itu. Adakah bangsa Melayu lebih tinggi dan mulia daripada Islam. Kita tidak menafikan pentingnya keistimewaan Melayu yang ada dalam perundangan negara tetapi kalau hanya tertera dalam perundangan sahaja ia tidak akan memajukan orang Melayu itu sendiri. Kerana tidak melaksanakan cara pemerintahan Islamlah yang menyebabkan Melayu itu semakin terpinggir. Kejahilan orang Melayu terutama dalam memahami Islam tidak dipandang serius demi menjaga kedudukan pemimpin kerana jika adanya ilmu maka seseorang akan sedar tentang kesesatan dan penyelewengan pemimpin yang menyebabkan kedudukan pemimpin itu tergugat.

            Oleh itu sedarlah kita bahawa tanggungjawab dalam memerdekakan Malaysia buat kali kedua daripada penjajahan ideologi sekuler yang memisahkan kehidupan dunia dengan akhirat supaya generasi akan datang terselamat daripada gejala dadah, zina, murtad dan lain-lain dengan terlaksananya perundangan Islam. Merdekakan diri kita, merdekakan keluarga kita, merdekakan masyarakat kita, merdekakan negeri kita, merdekakan negara kita dan merdekakan dunia sejagat daripada kejahilan dan cengkaman ideologi sesat yang didalangi oleh Yahudi dan Kristian. Firman Allah dalam ayat 120 surah al-Baqarah :

ولن ترضى عنك اليهود ولا النصرى حتى تتبع ملتهم قل إن هدى الله  هو الهدى  ولئن اتبعت أهواءهم بعد الذي جاءك من العلم  مالك من الله  من ولي ولا نصير .

Maksudnya : Orang-orang Yahudi dan Kristian tidak akan senang kepada kamu sehinggalah kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah : “ Sesungguhnya petunjuk Allah itulah merupakan petunjuk yang benar”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah datangnya pengetahuan kepadamu maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

 

35. MERDEKAKAN SELURUH SISTEM ISLAM

 

 

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 188 surah Ali ‘Imran :

لاتحسبن الذين يفرحون بمآ أتوا ويحبون أن يحمدوا بمالم يفعلوا فلاتحسبنهم بمفازة من العذاب ولهم عذاب أليم

Maksudnya : Janganlah sekali-kali  kamu menyangka bahawa orang-orang yang gembira dengan apa yang telah mereka kerjakan dan mereka suka supaya dipuji terhadap perbuatan yang belum mereka kerjakan. Janganlah kamu menyangka bahawa mereka terlepas daripada siksa dan bagi mereka siksaan yang pedih

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Detik 31 Ogos tidak pernah lekang daripada ingatan seluruh rakyat negara ini kerana ia merupakan tarikh bersejarah yang telah menyaksikan negara ini diberi kemerdekaan oleh pihak penjajah yang begitu lama menguasai bumi tercinta ini. Penjajah telah bersetuju memberi kemerdekaan dengan syarat dasar pemerintahan mestilah terus berkiblatkan sistem yang diamalkan oleh mereka. Akhirnya golongan yang menjadi anak didik penjajah telah berjaya mendapatkan kemerdekaan tersebut sedangkan satu golongan lagi yang dipelopori oleh para ulama’ yang betul-betul memperjuangkan kemerdekaan bukan setakat bertukarnya kulit putih kepada kulit sawa matang dan daripada pemimpin yang berbangsa Inggeris kepada pemimpin berbangsa melayu malah sistem Islam yang telah dilaksanakan oleh kesultanan melayu sebelum datangnya Portugis pada 1511 berjaya dilaksanakan semula namun mereka gagal mendapat tempat di hati penjajah. Golongan ulama’ terus dipinggirkan daripada pemerintahan di mana sehingga sekarang ulama’ bukan sahaja dimaki hamun tetapi diperangi sehingga ada yang terbunuh pada zaman pemerintahan anak didik penjajah. Pengorbanan ulama’ bukan sahaja tidak disanjungi malah mereka dituduh sebagai pengkhianat yang mahu hancurkan negara.

 

Sidang Jumaat yang dihormati,

            Sebelum merdeka kita menentang penjajah yang sememangnya memusuhi Islam malah merekalah yang bertindak membuang seluruh sistem Islam daripada dilaksanakan di negara ini. Setelah penjajah pulang ke negara mereka dengan membawa begitu banyak hasil mahsul dari negara ini maka segala dasar pemerintahan penjajah diteruskan oleh anak didik mereka. Tugas umat Islam pada awalnya dijangka lebih mudah setelah mendapat kemerdekaan tetapi sehingga hari ini tugas untuk memartabatkan kembali sistem Islam di negara ini terus mendapat halangan dan tentangan mungkin lebih hebat daripada zaman penjajah. Tugas dalam meninggikan kalimah Allah tidak cukup setakat kita mendapat kemerdekaan sedangkan sistem Islam terus dipenjara daripada dilaksanakan. Kita menentang penjajah bukanlah kerana mereka berbangsa Inggeris dan kita menentang penjajah bukanlah disebabkan mereka bukan anak tempatan tetapi kita menentang penjajah kerana mereka memerangi Islam dan menghalang daripada terlaksananya sistem Islam di negara ini. Oleh itu kita pada hari ini terus menegur pemimpin negara walau pun mereka seagama dengan kita kerana mereka meneruskan sistem penjajah yang berlawanan dengan Islam sedangkan penjajah telah lama meninggalkan negara kita.

 

Sidang Jumaat yang dikasihi,

            Pada zaman penjajah mereka mengakui bahawa begitu susah untuk memurtadkan umat Islam lalu mereka menjauhkan kita daripada Islam melalui sistem pendidikan disamping system perundangan yang diamalkan. Kita pernah mendengar bagaimana peristiwa Natrah yang diambil balik daripada keluarga angkatnya yang beragama Islam di Singapura oleh keluarga asalnya yang beragama Kristian maka seluruh umat Islam bangun menentang sehingga menggerunkan penjajah. Tetapi selepas merdeka ramai umat Islam yang telah murtad di mana umat Islam bukan sahaja dilarang bangkit menentangnya malah perundangan yang ada telah memberi keselesaan dan ruang yang luas kepada umat Islam untuk murtad. Kes Aisyah Bukhari misalnya di mana pihak Kristian berjaya mendapatkan perintah daripada mahkamah agar ayah Aisyah merelakan anaknya dimurtadkan. Begitu juga kes Kartini Kamarudin di mana ayahnya yang cuba  membawa balik anaknya namun dihalang oleh mereka yang memurtadkannya malah terpaksa mempertahankan dirinya ketika ditikam dengan senjata tajam tetapi dia pula dituduh di mahkamah cuba mencederakan penculik anaknya yang boleh membawa hukuman penjara 14 tahun. Perkara ini berlaku pada masa ini dan apakah yang bakal berlaku di zaman anak cucu kita jika kita gagal memerdekakan negara ini daripada sistem penjajah. Sematkan dalam diri dan gerakkkan seluruh anggota kita agar kemerdekaan negara yang telah dicapai buat kali pertama dengan berjayanya kita menghalau penjajah kembali ke negara mereka dan kini kita mengorak langkah dalam memerdekakan negara daripada sistem penjajah ke arah pelaksanaan sistem Islam yang pasti akan memberi keamanan dan kebahagiaan yang sebenar di dunia dan akhirat.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

            Penjajah tersenyum girang apabila melihat kejayaan pemimpin yang merupakan anak didik mereka berjaya menghalang kebangkitan Islam malah lebih berani daripada mereka sendiri. Mereka seronok melihat rakyat negara ini rosak sebagaimana rosaknya moral anak mereka. Sistem pendidikan negara yang diwarisi daripada penjajah telah menjauhkan rakyat daripada Islam malah telah merosakkan anak bangsa. Setelah ramai anak muda beragama Islam memenuhi pusat serenti kerana terlibat dengan dadah maka sekarang ini lebih banyak penyakit sosial yang lebih merbahaya dan menggugat umat Islam telah melanda negara. Kita dikejutkan oleh Black Metal yang menjadikan Syaitan sebagai tuhan mereka ditambah dengan gejala pink metal iaitu golongan anak muda yang terlibat dengan lumba haram dengan mempertaruhkan perempuan sebagai hadiah. Perkara ini sebenarnya telah lama berlaku tetapi ia dianggap remeh-temeh kerana ia hanya menggugat keamanan negara bukannya menggugat kedudukan pemimpin. Perkara yang lebih diambil berat oleh pemimpin ialah pengajian agama serta kuliah di masjid-masjid dan juga ceramah yang boleh menggugat kedudukan mereka sebagai pemimpin di mana mereka dengan segala kuasa yang ada pada mereka terus menyekat program yang berjaya menyedarkan masyarakat tentang kesesatan dan kezaliman sistem dan pemimpin yang ada serta-merta sedangkan masalah penyakit sosial yang sebenar hanya diambil tindakan secara sambil lewa.

 

Sidang Jumaat yang dihormati,

            Pada zaman penjajah kita dapat saksikan bagaimana ramai pejuang kemerdekaan dipenjara dan dibunuh. Tidak kurang jiwa rakyat negara ini dijadikan benteng dalam melawan musuh penjajah. Rakyat dijadikan mangsa untuk kepentingan kuasa penjajah. Cara ini turut digunakan pada hari ini di mana rakyat yang beruniform terpaksa berhadapan dengan rakyat yang bangkit menentang kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh pemimpin yang telah merobek dengan tangan mereka sendiri sistem yang selama ini dipertahankan oleh mereka. Pemimpin tanpa rasa bersalah memenjarakan rakyat tanpa membicarakan kesalahan mereka yang dikatakan golongan militan yang mahu menggulingkan pemimpin dengan alasan mereka pernah berlatih di Pakistan dan pernah membantu golongan mujahidin di Afghanistan dalam menghalau kuasa komunis Russia. Pemimpin menyembunyikan hasrat mereka yang sebenar iaitu menjadikan rakyat sebagai umpan bagi memujuk Presiden Amerika Syarikat dengan menyatakan bahawa pemimpin negara ini juga benci kepada mujahidin terutama Usama Laden yang memerangi Amerika Syarikat dan sekutu kuffarnya. ٍBertepatan dengan persiapan untuk menyambut hari kemerdekaan negara pada 31 Ogos depan maka kita menyeru agar pemimpin membebaskan mereka yang tidak bersalah atau bicarakan mereka jika mereka benar-benar bersalah. Hormatilah negara ini yang telah merdeka dan merdekakan Islam untuk dilaksana.

.Firman Allah dalam ayat 167  surah An-Nisa’ :

إن الذين كفروا وصدوا عن سبيل الله قد ضلوا ضللا بعيدا

Maksudnya : Sesungguhnya orang kafir dan menghalangi (manusia) daripada jalan Allah benar-benar telah sesat sejauh-jauhnya.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,093 other followers