Berita

Peluang mahasiswa IPT belajar pondok cuti semester

Sebagaimana lazim setiap kali musim cuti semester ramai mahasiswa yang mengambil peluang untuk berdaftar sebagai pelajar sementara termasuk di Pondok Pasir Tumboh, Lubuk Tapah, Seligi, Gelang Mas, Tunjung dan beberapa pondok pilihan yang lain. Tidak ketinggalan bagi yang bekerja sambilan pada waktu siang maka mereka datang menyewa berdekatan madrasah bagi memudahkan untuk belajar pada waktu malam. Ada juga yang tinggal berdekatan dengan madrasah ini datang belajar secara berulang pada waktu tertentu.
Maklumat lanjut boleh hubungi melalui telefon yang tertera dalam blog ini
————————————————-
Rayuan Derma pembinaan bangunan baru
Pihak pentadbiran pondok begitu mengalu-alukan sumbangan derma daripada tuan/puan para dermawan sekalian bagi menyiapkan bangunan di pondok-pondok seperti berikut :
1. Bangunan Asrama Lelaki Pondok Sungai Durian, Kuala Krai
2. Masjid Pondok Bukit Awang, Pasir Puteh
3. Bangunan serbaguna 3 tingkat Pondok Seligi, Pasir Puteh
4. Masjid Pondok Beta Hilir, Kota Bharu
5. Asrama bahagian tahfiz Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas
6. Kedai Pondok Gelang Mas, Pasir Mas
7. Dewan serbaguna Pondok Tunjung, Kota Bharu
8. Penyelanggaraan Asrama lelaki Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu
———————————————————
Lawatan ke Pondok Kelantan
Pihak pondok terus menerima kunjungan pelancong samada dari dalam negara atau luar negara yang ingin mendapat maklumat lebih jelas berkenaan sistem pengajian pondok tradisional yang membolehkan Kelantan digelar dengan jolokan Serambi Mekah dari dulu hingga kini. Kedatangan pelancong dijangka meningkat pada musim cuti sekolah
Antara pondok yang sentiasa menjadi tempat tumpuan para pelancong ialah Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu, Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas dan Pondok Sungai Durian, Kuala Krai.
Rombongan yang berminat untuk melawat pondok tersebut bolehlah menghubungi pejabat pondok masing-masing bagi memudahkan urusan persiapan sambutan dan penerangan. Nombor telefon pejabat urusan ialah Pondok Pasir Tumboh di talian 09-7657786, Pondok Lubuk Tapah 09-7905672 dan Pondok Sungai Durian 09-9664161

4 Respons

  1. salam…bagus web ini!!jemput jengok web ini!!

  2. Salam,

    Saya Pn. Hani ingin bertanya sikit bagaimana nak menghantar anak pada musim cuti sekolah yang akan bermula pada 5 hingga 20 Jun, 2010. Harap dapat maklum balas dengan lebih lanjut lagi.

    Sekian terima kasih.

    Wassalam.

    Pn. Hani

  3. assalamu alaikum, wr, wb.. Boleh tak belajar secara online?

    • ‘alaikassalam. boleh, tp berkat tidak sampai kpd kita. Sahabatku, kita akan mendapat berkat apabila kita berjumpa dengan guru, cium tangan guru, kasih kpd guru, hormati guru. Selain itu, kita juga akan mendapat berkat apabila guru mendoakan kita, menyukai kita, dari situ Allah akan meredhai kita. Aamiin InsyaAllah.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,093 other followers

%d bloggers like this: