• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib Khutbah

  • ekhutbah Audio MP3

  • Tetamu Online

  • Pengurusan Blog

FENOMENA GERHANA BULAN PENUH PADA SELASA INI 8 NOVEMBER 2022


FENOMENA GERHANA BULAN PENUH PADA 8 NOVEMBER 2022
FENOMENA GERHANA BULAN PENUH PADA 8 NOVEMBER 2022
FENOMENA GERHANA BULAN PENUH PADA 8 NOVEMBER 2022

Fenomena Gerhana Bulan Penuh pada 8 November 2022 (Selasa) akan berlaku 5.8 hari sebelum Bulan berada pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi (apogee) iaitu pada jarak 404,923km. Fenomena ini dapat dilihat secara keseluruhan di Asia, Australia, Amerika Utara dan Selatan serta sebahagian utara dan timur Eropah.

.

Gerhana Bulan Penuh ini merupakan central lunar eclipse, iaitu gerhana bulan yang berlaku apabila cakera Bulan melalui paksi bayang umbra Bumi yang berada di tengah-tengah bayang umbra Bumi. Central lunar eclipse merupakan gerhana penuh yang mempunyai nilai magnitud umbra yang tinggi, tempoh yang panjang dan nilai gamma yang rendah. Magnitud umbra pada kali ini ialah 1.3607 dan nilai Gamma adalah 0.2570 dengan tempoh gerhana penuh maksimum adalah selama 85.7 minit.

.

Di Malaysia, fenomena Gerhana Bulan Penuh ini berlaku mulai jam 16:02 dan berakhir pada jam 21:56 waktu tempatan. Fenomena tersebut tidak dapat dilihat di Malaysia pada permulaan fasa gerhana penumbra dan separa kerana ia berlaku apabila Bulan berada di bawah ufuk.

.

Masyarakat di Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena tersebut apabila Bulan mulai terbit di ufuk timur ketika ia mula mengalami fasa gerhana penuh bagi penduduk di Sabah dan Sarawak manakala bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung, fenomena tersebut hanya mula kelihatan ketika fasa gerhana maksimum sehingga fasa gerhana penumbra berakhir pada jam 21:56:08. Oleh itu, pemerhati dinasihatkan untuk berada di kawasan yang tidak mempunyai halangan di arah timur seperti kawasan yang tinggi ataupun pantai yang menghadap ke arah timur supaya dapat menyaksikan gerhana tersebut seawal mungkin.

.

𝗡𝗼𝘁𝗮 𝗸𝗮𝗸𝗶:

• 𝗠𝗮𝗴𝗻𝗶𝘁𝘂𝗱 𝗴𝗲𝗿𝗵𝗮𝗻𝗮 𝘂𝗺𝗯𝗿𝗮 (𝙪𝙢𝙗𝙧𝙖𝙡 𝙀𝙘𝙡𝙞𝙥𝙨𝙚 𝙈𝙖𝙜𝙣𝙞𝙩𝙪𝙙𝙚) ialah pecahan diameter Bulan yang dilitupi oleh bayang umbra Bumi ketika gerhana maksimum. Ia dinyatakan dalam peratus atau pecahan perpuluhan (contoh: 50% atau 0.50). Magnitud Gerhana Umbra kurang daripada 1.0 untuk gerhana separa, kurang daripada 0.0 untuk gerhana penumbra, dan sama dengan atau lebih besar daripada 1.0 untuk gerhana penuh.

• 𝗚𝗮𝗺𝗺𝗮 ialah jarak (dalam unit jejari khatulistiwa Bumi) antara pusat cakera Bulan dari pusat bayang umbra Bumi ketika gerhana maksimum iaitu apabila Bulan melintas paling dekat dengan paksi bayang umbra Bumi.

• 𝘾𝙚𝙣𝙩𝙧𝙖𝙡 𝙡𝙪𝙣𝙖𝙧 𝙚𝙘𝙡𝙞𝙥𝙨𝙚 berlaku apabila cakera Bulan melalui paksi bayang umbra Bumi ketika gerhana. Ia lazimnya adalah fasa gerhana penuh dan mempunyai magnitud umbra yang besar, tempoh gerhana maksimum yang panjang dan nilai gamma yang rendah.

.

SUMBER RUJUKAN:

https://www.timeanddate.com/eclipse/lunar/2022-november-8

https://www.eclipsewise.com/…/LE2022Nov08Tprime.html

https://svs.gsfc.nasa.gov/cgi-bin/details.cgi?aid=4981…

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: