• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib Khutbah

  • ekhutbah Audio MP3

  • Tetamu Online

  • Pengurusan Blog

Khutbah Jumaat hari ini : Islam DiPilih Jahiliah DiSisih Kemenangan DiRaih

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 65 surah al-Anfal :
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ حَرِّضِ الْمُؤْمِنِينَ عَلَى الْقِتَالِ ۚ إِن يَكُن مِّنكُمْ عِشْرُونَ صَابِرُونَ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ ۚ وَإِن يَكُن مِّنكُم مِّائَةٌ يَغْلِبُوا أَلْفًا مِّنَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَفْقَهُونَ ‎﴿٦٥﴾
Maksudnya : Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti.
Kita kini telah pun berada penghujung bulan Sofar di mana bulan ini turut mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk direnungi bersama oleh umat Islam. Antaranya peristiwa Peperangan Al-Mazar yang telah berlaku pada bulan Sofar tahun 12 Hijrah. Ia meletus akibat daripada peperangan Zat As-Salasil yang berlaku sebelum itu yang menyebabkan terbunuhnya panglima perang Parsi yang dianggap tidak memadai untuk mengecewakan maharaja Parsi, lalu peperangan Al-Mazar dicetuskan sebagai peperangan tambahan dalam melemahkan lagi kekuatan tentera Parsi. Sayyidina Khalid bin Al-Walid r.a telah telah diberi tanggungjawab yang besar iaitu memikul amanah sebagai panglima tentera Islam di mana tentera Islam di bawah pimpinannya ini telah bertempur dengan tentera Parsi yang mempunyai bilangan yang ramai dan dipimpin oleh seorang panglima yang bergelar Qorin. Di dalam peperangan Al-Mazar ini tentera Parsi berjaya dikalahkan oleh tentera Islam, malah Parsi terpaksa mengorbankan seramai 30,000 tentera. Belum lagi keletihan yang di alami oleh tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid bin Al-Walid hilang di dalam peperangan Al-Mazar itu, mereka telah memasuki satu peperangan lain melawan tentera Parsi yang besar di akhir bulan Safar yang dikenali sebagai peperangan Alis. Di dalam peperangan Alis ini sekali lagi tentera Parsi terpaksa mengalami kerugian yang besar walaupun mereka membekalkan dengan kekuatan ketenteraan yang begitu ramai, di mana Parsi terpaksa mengorbankan sejumlah 70,000 tenteranya. Boleh dikatakan kesemua peperangan yang dilancarkan oleh tentera Islam bagi menghadapi kekuatan tentera Parsi adalah di dahului dengan perancangan yang halus, iaitu selama mana musuh menggunakan kekuatan tentera yang cukup besar, maka peperangan secara bertalu-talu digunakan dalam tempoh waktu yang lama. Tentera Islam menunggu sehingga pihak musuh menjadi lemah akibat kerosakan dan penderitaan semasa perang barulah serangan secara menyeluruh dapat dilakukan di mana akhirnya tentera Islam berjaya mencapai kemenangan
Kemenangan yang besar ini telah membolehkan tentera Islam melemahkan kekuatan Empayar Parsi yang merupakan antara kuasa besar dunia pada masa itu. Kekuatan aqidah dan ikatan kukuh kepada Allah serta bersatunya umat Islam di bawah panji kalimah suci لاإِلهَ إِلا اللهُ مُحَمًَّد َرَسُوْلُ اللهُ telah mendatangkan pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dijanjikan. Walau pun Rasulullah s.a.w telah pun wafat namun usaha di dalam menyebarkan dakwah Islam terus dijalankan malah janji kemenangan daripada Allah dan rasulNya bahawa kuasa Rom dan Parsi akan jatuh telah menyemarakkan lagi semangat jihad umat Islam untuk melihat Islam merajai dan memimpin dunia. Jumlah yang kecil bukan bererti lemah tetapi apa yang paling penting ialah keimanan kepada Allah serta keikhlasan diri dalam memperjuangkan agama Islam yang suci.

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,
Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisaa’ :
فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالْآخِرَةِ ۚ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيُقْتَلْ أَوْ يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا ‎﴿٧٤﴾‏
Maksudnya : Oleh itu, orang-orang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam). Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar.
Pengajaran besar yang bukan sahaja untuk didengar malah wajib diikuti ialah bagaimana tugas kepimpinan dan dakwah Islam terus berjalan walau pun nabi Muhammad s.a.w telah wafat. Ketika zaman Khulafa’ ar-Rasyidin sendiri menyaksikan bagaimana usaha dalam meluaskan penguasaan dan penyebaran Islam sehingga kejayaan menguasai Empayar Rom dan Parsi berjaya diraih. Manakala khalifah selepas itu berjaya menguasai Empayar India dan China serta kejayaan Sultan Muhammad al-Fateh menakluk Kota Konstantinople. Begitulah kejayaan Islam menguasai Sepanyol di mana catatan sejarah itu bukan berhenti setakat di dalam buku sejarah tetapi mesti diulangi. Islam tidak membeku dengan berpuas hati atau terus berada pada takuk tertentu sahaja malah Islam terus subur berkembang sesuai dengan agama sejagat yang membawa rahmat
Tugas dalam menyebar dan mengamalkan Islam sudah tentu berdepan dengan cabaran dan hakangan. Antara cabaran dalam era globalisasi ini boleh dikategorikan kepada dua iaitu cabaran luaran dan cabaran dalaman. Cabaran Luaran iailah (i) Cabaran Globalisasi di mana manusia mendapat maklumat dengan cepat dan pantas sehingga apa yang berlaku di Barat dengan cepat memberi kesan kepada bahagian-bahagian bumi yang lain. Kesejagatan ini menjadi faktor utama merubah kehidupan, rentak dan daya gerakan serantau dan antarabangsa serta tindakan ekonomi, politik dan sosial. Globalisasi kebudayaan memberi pengaruh paling besar menjadikan umat Islam sebagai umat pengguna, pembeli dan pemakai produk kapitalis Barat. Ia merupakan penjahan moden yang mencengkam umat Islam sehingga menggugat aqidah dan akhlak
(ii) Kecelaruan Fahaman Moden Yang Asing seperti pembebasan wanita, fahaman liberal dan lebih membimbangkan ialah budaya songsang LGBT terutama bila kerajaan Singapura mula membuka ruang kepada kebebasan LGBT yang dibimbangi akan memberi kesan kepada negara kita jika tidak ditangani dengan baik dan segera
(iii) Masyarakat Yang Tidak Cakna atau Prihatin akibat dihinggap penyakit jiwa santai, jiwa hamba, penting diri sendiri dan mati rasa sehingga menyebabkan mereka tidak lagi merasa terpanggil untuk mempertahankan agama. Mereka lebih seronok hidup dalam gelombang maksiat daripada memikir tentang nasib umat. Akibatnya, kebejatan moral bertambah parah dikalangan umat Islam

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 120 surah al-Baqarah:
وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ ‎﴿١٢٠﴾
Maksudnya : Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
Manakala Cabaran Dalaman pula ialah (i) Lemah dan Malas Befikir di mana Tradisi keilmuan ini perlu disepadukan dengan penerapan iman dan taqwa. Belia yang berilmu tetapi perilakunya penuh dengan kebobrokan hanya membawa masalah kepada zaman. Akhirnya tidak ada beza antara mereka dengan para orientalis yang punya banyak ilmu tetapi terkutuk akhlaknya lantaran akal budinya tidak didasari fitrah keimanan
(ii) Penyakit Wahn: Cintakan Dunia dan Takutkan Mati di mana peringatan nabi SAW menyebutkan majoriti umat akhir zaman tidak memiliki kualiti kerana mengikut hawa nafsu cintakan dunia dan takutkan mati. Kedua-dua sifat ini telah membunuh semangat untuk berjihad menegakkan kalimah Allah.
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « يُوشِكُ الأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا ». فَقَالَ قَائِلٌ وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ قَالَ « بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ وَلَيَنْزِعَنَّ اللَّهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمُ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ فِى قُلُوبِكُمُ الْوَهَنَ ». فَقَالَ قَائِلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الْوَهَنُ قَالَ « حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ ».
Maksudnya : Akan hampir seluruh umat manusia menyeru kamu sebagaimana diseru makanan ke bekasnya. Maka seorang berkata : Dan adakah disebabkan jumlah kami pada waktu itu menjadi sedikit?. Jawab baginda : Bahkan jumlah kamu pada hari itu begitu ramai tetapi kami seperti buih seumpama buih air banjir. Dan akan dicabut daripada sanubari musuh kamu perasaan kagum terhadap kehebatanmu disamping Allah akan mencampakkan penyakit wahan ke dalam hati kamu. Maka seorang berkata : Wahai Rasulullah! Apakah penyakit wahan itu. Lalu sabda baginda : Cinta kepada dunia dan benci kepada kematian.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Dr. ‘Abdullah Nasih ‘Ulwan dalam bukunyaPeranan Pemuda Dalam Memikul Risalah Islam menggariskan beberapa aspek untuk dihayati oleh belia Islam sebagai bekalan mereka:(1) Setiap belia Islam mestilah mengetahui matlamat dia diciptakan oleh Allah SWT.(2) Setiap belia Islam mestilah mempunyai gambaran dan maklumat tentang strategi musuh yang setiap detik berusaha menghancurkan Islam.(3) Setiap belia Islam mestilah menaruh harapan untuk menempuh kejayaan dalam bidang dakwah dan menghindarkan perasaan pasif dan berputus asa.(4) Setiap belia Islam mestilah mengambil contoh teladan yang ditunjukkan oleh para Sahabat seperti tercatat dalam Sirah.(5) Setiap belia Islam mestilah yakin akan kelebihan para da’I dan jalan dakwah.(6) Setiap belia Islam mestilah mengetahui teknik dakwah yang bijak supaya dapat memberi kesan kepada orang lain.(7) Setiap belia Islam mestilah mengetahui dengan penuh keyakinan qadha’ dan qadar Allah SWT itu hanyalah disisiNya sahaja.
Kejayaan kita adalah bergantung kepada sejauh mana kita berjaya melaksana dan meniru nabi Muhammad s.a.w dalam setiap aspek kehidupan samada ibadat khusus, ekonomi, politik, sosial dan sebagainya. Kegagalan kita akibat menjauhi dan membenci cara hidup Nabi s.a.w. Tepuklah dada dan tanya iman kita. Islamlah nescaya kita selamat dan berjaya dunia dan akhirat
Firman Allah dalam ayat 13 surah al-Kahfi :
نَّحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُم بِالْحَقِّ ۚ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى ‎﴿١٣﴾‏
Maksudnya : Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka (Ashabul Kahfi) dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Himpunan Khutbah Maulidurrasul s.a.w

 Rasulullah s.a.w DiTeladani Penyakit DiUbati

Sunnah Nabi Muhammad s.a.w DiJulang Sistem Jahiliah DiTentang

Agama DiJulang al-Quds DiMerdekakan

Sunnah Nabi s.a.w DiJulang Penderitaan Aleppo DiHentikan

Sunnah Nabi s.a.w DiHayati Bala Allah DiJauhi

Kecintaan Kepada Rasulullah s.a.w Tinggi Umat DiBerkati

Cinta Nabi Muhammad s.a.w Subur Umat Makmur

Sistem Islam DiNobat Ajaran Nabi Muhammad s.a.w DiMartabat

Kepimpinan nabi Muhammad s.a.w DiPilih Kebahagiaan DiRaih

Nabi Muhammad s.a.w DiCintai Ajarannya DiRealisasi

Sistem nabi DiJulang Racun Musuh DiBuang

Rasulullah s.a.w DiTeladani Rahmat Allah Dirasai

Nabi Muhammad s.a.w DiIkuti Sistem Islam DiJulang Tinggi

Nabi Muhammad s.a.w DiContoh Jahiliah DiRoboh

Ajaran Nabi DiMartabat Negara Selamat

Rasulullah DiJulang Asobiyyah DiBuang

19. Rasulullah S.A.W Dan Tarbiah

112. Tarbiah Pemangkin Kejayaan Dakwah

68. Maulidurrasul S.A.W Pemangkin Kesatuan Ummah

70. Sanjungi Rasulullah & Junjungi Agama Allah

Ujian Ditempuh Iman Utuh

69. Maulidurrasul S.A.W Semarakkan Perjuangan Islam

45. Kelahiran Rasulullah S.A.W Perubah Tamadun

Rasulullah s.a.w DiPertahan Umat Gemilang

67. Bersatu Hadapi Tentera Bergajah Moden

91. Islam Dijulang Jahiliah Dibuang

Khutbah Jumaat : Sofar DiRai Syariat DiHayati Umat DiBerkati

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ!!  الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.  

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 51 surah at-Taubah:

قُل لَّن يُصِيبَنَا إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَنَا هُوَ مَوْلَانَا ۚ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ ‎﴿٥١﴾

Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal”.

Kita kini telah pun berada pada pertengahan bulan Sofar 1444H di mana Sofar dalam susunan bulan Islam adalah bulan yang kedua selepas Muharram. Ulama  berbeza pendapat berkaitan punca dinamakan Sofar. Antaranya ada yang mengatakan kerana kosongnya Kota Makkah apabila penduduknya bermusafir keluar untuk pelbagai tujuan. Manakala sebahagian lagi berpendapat ia dinamakan Sofar kerana mereka akan merampas segala harta milik kabilah yang diperangi hingga tiada meninggalkan apa-apa (kosong).

Masyarakat Jahiliyyah memberikan maksud ‘sofar’ ialah sejenis penyakit dalam perut yang menyebabkan orang yang mengalaminya kuning mukanya. Perkataan ini juga membawa maksud ular yang suka mematuk. Ia juga membawa maksud lapar. Daripada kepercayaan ini yang membawa kepada pegangan masyarakat jahiliyyah yang terlalu memandang buruk kepada bulan Safar yang dianggap membawa sial sehingga mereka melarang perkahwinan dan kerja penting yang lain dibuat pada bulan Sofar

Dalam suatu hadis dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW pernah menjelaskan mengenai kepercayaan bulan Sofar yang membawa sial tersebut, Baginda bersabda,

لاَ عَدْوَى وَلاَ طِيَرَةَ وَلاَ هَامَةَ وَلاَ صَفَرَ – رواه البخاري ومسلم

Maksudnyanya: “Tidak ada penularan penyakit (dengan sendirinya), tidak ada thiyarah iaitu berbuat atau tidak melakukan sesuatu kerana beranggapan ia boleh membawa kesan secara langsung padanya, tidak ada kesialan karena burung hantu, tidak ada kesialan pada bulan Sofar,” 

Kita sebagai umat beriman wajib berpegang bahawa hanya Allah sahaja yang berkuasa mendatang manfaat atau mudharat manakala semua makhluk samada bernama manusia, jin, matahari, bulan, bintang dan lainnya tidak berkuasa walau sedikit pun untuk mendatangkan manfaat atau mudharat

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ رَدَّتْهُ الطِّيَرَةُ مِنْ حَاجَةٍ فَقَدْ أَشْرَكَ, قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ: مَا كَفَّارَةُ ذَلِكَ؟ قَالَ: أَنْ يَقُولَ أَحَدُهُمْ: اللَّهُمَّ لَا خَيْرَ إِلَّا خَيْرُكَ وَلَا طَيْرَ إِلَّا طَيْرُكَ وَلَا إِلَهَ غَيْرُكَ – مسند أحمد بن حنبل

Maksudnya : “Sesiapa yang berpaling daripada melakukan sesuatu hajat kerana beranggapan akan bernasib sial maka dia telah melakukan syirik.” Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah penebus anggapan itu? Baginda menjawab: “Hendaklah seseorang daripada kamu mengucapkan:

اللَّهُمَّ لَا خَيْرَ إِلَّا خَيْرُكَ وَلَا طَيْرَ إِلَّا طَيْرُكَ وَلَا إِلَهَ غَيْرُكَ

(Ya Allah, tiada kebaikan melainkan kebaikan-Mu dan tiada kesialan kecuali yang telah Engkau takdirkan dan tiada tuhan yang disembah selain Engkau).”

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Firman Allah dalam surah Hud ayat 123:

وَلِلَّهِ غَيۡبُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَإِلَيۡهِ يُرۡجَعُ ٱلۡأَمۡرُ كُلُّهُۥ فَٱعۡبُدۡهُ وَتَوَكَّلۡ عَلَيۡهِۚ وَمَا رَبُّكَ بِغَٰفِلٍ عَمَّا تَعۡمَلُونَ

Maksudnya : “Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.”

Bulan Sofar turut mencatatkan pelbagai peristiwa besar dan penting yang sewajarnya menjadi bahan renungan bersama setiap Muslim dalam kehidupan seharian. Di antara peristiwa penting tersebut ialah pernikahan Rasulullah SAW dengan Khadijah binti Khuwailid. Ia berlaku sebelum Nabi dilantik menjadi Rasul. Bulan Sofar juga menyaksikan kebenaran berperang yang berlaku pada tahun ke-2 Hijrah. Peperangan pertama disertai Rasulullah adalah Wudan atau Abwa’ bagi menentang kekufuran. Seterusnya, peperangan Bi’ru Ma’unah juga berlaku pada tahun ke-4 Hijrah, di bawah pimpinan al-Munzir bin ‘Amr As Sa’idi yang ditugaskan untuk berdakwah dan mengajar agama Islam dan al-Quran kepada Bani ‘Amir. Peperangan ini disertai 40 sahabat Rasulullah.

Selain itu, bulan Safar mencatatkan tragedi al-Raji’. Peristiwa ini berlaku pada tahun ke-3 Hijrah atau ke-4 H yang melibatkan 7 orang sahabat nabi diutus bagi mengajar agama Islam kepada kaum ‘Udal dan al-Qarah, tetapi mereka mengkhianati perutusan itu dengan melakukan serangan hendap di sebuah tempat persinggahan bernama al-Raji’ di daerah ‘Usfan (kawasan antara Makkah dan Madinah). Di antara sahabat menyertai perutusan itu adalah Khubaib bin ‘Adi, Marthad bin Abi Marthad al-Ghanawiy, ‘Asim bin Thabit dan Zaid bin al-Dathanah. Semua sahabat dibunuh di tempat serangan kecuali Khubaib bin ‘Adi yang dibawa ke Makkah dan dibunuh di sana. Beliau orang pertama menunaikan solat dua rakaat sunat sebelum dibunuh yang kemudiannya menjadi ikutan sunnah.

Pembukaan Khaibar (kubu orang Yahudi) juga berlaku pada bulan Safar tahun ke-7 Hijrah dengan turut disertai 20 sahabat wanita antaranya Ummu Salamah, Safiyah binti Abd Mutallib dan Ummu Aiman. Di dalam peperangan tersebut, 15 sahabat gugur syahid manakala pada pihak Yahudi pula 73 terbunuh.

Antara pengajaran besar ialah perjuangan dalam menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini tidak dihampar dengan permaidani merah sebaliknya terpaksa menumpahkan darah, bukan datang dengan kemenangan yang senang sebaliknya menuntut kepada nyawa yang melayang

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 85 surah Ali ‘Imran

وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ ﴿٨٥

Maksudnya : Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi

Sempena kita berada pada hari sambutan Hari Malaysia maka marilah kita bermuhasabah diri agar kita bukan sahaja menghargai pejuang kemerdekaan malah kita wajib mempertahankan kemerdekaan bemula dari diri kita seterusnya ahli keluarga kita, masyarakat sekeliling kita seterusnya negara. Ramai yang hanya seronok melaungkan kalimah keramat merdeka sedangkan cara hidup, cara berfikir terus berqiblatkan kepada penjajah. Antara penjajahan yang terus berlaku terutama Yahudi antaranya menggunakan formula 5F dalam menghancurkan umat Islam iaitu :

[1] Filem dimana bukan sahaja yahudi dapat mengaut keuntungan malah merosakkan aqidah Islam dan akhlak disebabkan pengaruh filem. Begitu juga seks bebas dan sikap negatif yang ditanam melalui filem tajaan yahudi.

[2]Famili (keluarga) dengan menanamkan budaya hidup bebas dalam keluarga Islam sehingga berleluasanya perbuatan bersedudukan dengan suami atau isteri orang, anak-anak dibiarkan mendedah aurat dan bergaul bebas tanpa batasan

[3]Fesyen pakaian dengan memperkenalkan fesyen yang mendedah aurat dan mengghairahkan di mana setiap fesyen yang ditayangkan melalui filem terus dipasarkan secara meluas dengan harga yang murah. Umat Islam terus memakai pakaian yang menjolok mata dengan perasaan bangga kerana dianggap memakai pakaian mengikut peredaran masa. Pakaian yang mengikut kehendak syarak dihina malah diperangi habis-habisan sehingga pernah berlaku pekerja yang bertudung dibuang kerja. Begitu juga ketika orang yang tidak menutup aurat dikenakan tindakan seperti saman maka bangkitnya pejuang hak asasi manusia dalam membela mereka sedangkan bila pakaian yang disuruh oleh agama dihina dan disekat pemakaiannya maka tiada siapa yang bangkit secara bersama untuk mempertahankannya. Masyarakat telah diyahudikan pemikiran dan cara berpakaiannya sehingga Islam ditendang jahiliah dijulang. Ingatlah amaran nabi s.a.w melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said al-Khudri:

قال الرسول e  : لَتَتَّبِعُنَّ سُنَنَ اَّلذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاٍع حَتَّى لَوْدَخَلُوْا فِى حُجْرِ ضَبٍّ لاتبَّعْتُمُوْهُمْ قُلْنَا : يارسولَ الله آليَهُوْدُ وَالنَّصَارَى؟. قَالَ : فَمَنْ ؟

Maksudnya: Kamu akan mengikut jejak langkah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jika mereka memasuki lubang dhob nescaya kamu pun akan turut mengikuti mereka. Para sahabat bertanya : “ Ya Rasulullah! Adakah Yahudi dan Nasrani?. Nabi bersabda: Siapa lagi kalau tidak mereka

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Senjata yahudi ke-[4] ialah Fun (hiburan) di mana hiburan yang melampau terus dihidupkan sehingga banyak masa umat Islam dihabiskan untuk berbincang perkara berkenaan artis dan filem sedangkan masalah yang besar diabaikan. Ketika wabak covid-19 belum lagi berakhir tetapi budaya hiburan melampau terus disuburkan tanpa rasa takut kepada bala Allah yang lebih besar. Umat Islam berasa senang hati untuk hadir program hiburan serta merasakan suatu siksaan dan deraan bila diminta menghadiri majlis keagamaan dan program dalam menggerakkan kerja-kerja Islam

  • Food (makanan) di mana umat Islam kini lebih berselera untuk menjamu makanan yang dihasikan oleh jenama yahudi dan sekutunya berbanding produk umat Islam sendiri. Sedangkan antara sebab manusia diseksa dunia akhirat dan doa ditolak oleh Allah akibat daripada makan makanan haram

 أَيُّها النَّاسُ، إنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ لا يَقْبَلُ إلَّا طَيِّبًا، وإنَّ اللَّهَ أمَرَ المُؤْمِنِينَ بما أمَرَ به المُرْسَلِينَ، فقالَ: {يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا إِنِّي بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ} [المؤمنون: 51]، وقالَ: {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ} [البقرة: 172]، ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أشْعَثَ أغْبَرَ، يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّماءِ، يا رَبِّ، يا رَبِّ، ومَطْعَمُهُ حَرامٌ، ومَشْرَبُهُ حَرامٌ، ومَلْبَسُهُ حَرامٌ، وغُذِيَ بالحَرامِ، فأنَّى يُسْتَجابُ لذلكَ؟-  رواه مسلم

Maksudnya : Sesungguhnya Allah Ta’ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta’ala berfirman: (Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh). Dan Allah Ta’ala berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu). Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

65. IKTIBAR PEPERANGAN MAZAR 12 HIJRAH

 

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  261 surah al-Baqarah :

مثل الذين ينفقون أمولهم فى سبيل الله كمثل حبة أنبتت سبع سنابل فى كل سنبلة مائة حبة  والله يضــعف لمن يشاء والله وسع عليم

Maksudnya : Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya        

Kita kini berada pada bulan Sofar yang turut mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk direnungi bersama oleh umat Islam. Antaranya peristiwa Peperangan Al-Mazar yang telah berlaku pada bulan Safar tahun 12 Hijrah. Ia meletus akibat daripada peperangan Zat As-Salasil yang berlaku sebelum itu yang menyebabkan terbunuhnya panglima perang Parsi dianggap tidak memadai untuk mengecewakan maharaja Parsi, lalu peperangan Al-Mazar dicetuskan sebagai peperangan tambahan dalam melemahkan lagi kekuatan tentera Parsi. Sayyidina Khalid bin Al-Walid r.a telah telah diberi tanggungjawab yang besar iaitu memikul amanah sebagai panglima tentera Islam di mana tentera Islam di bawah pimpinannya ini telah bertempur dengan tentera Parsi yang mempunyai bilangan yang ramai dan dipimpin oleh seorang panglima yang bergelar Qorin. Di dalam peperangan Al-Mazar ini tentera Parsi berjaya dikalahkan oleh tentera Islam, malah Parsi terpaksa mengorbankan seramai 30,000 tentera. Belum lagi keletihan yang di alami oleh tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid bin Al-Walid hilang di dalam peperangan Al-Mazar itu, mereka telah memasuki satu peperangan lain melawan tentera Parsi yang besar di akhir bulan Safar yang dikenali sebagai peperangan Alis. Di dalam peperangan Alis ini sekali lagi tentera Parsi terpaksa mengalami kerugian yang besar walaupun mereka membekalkan dengan kekuatan ketenteraan yang begitu ramai, di mana Parsi terpaksa mengorbankan sejumlah 70,000 tenteranya. Boleh dikatakan kesemua peperangan yang dilancarkan oleh tentera Islam bagi menghadapi kekuatan tentera Parsi adalah di dahului dengan perancangan yang halus, iaitu selama mana musuh menggunakan kekuatan tentera yang cukup besar, maka peperangan secara bertalu-talu digunakan dalam tempoh waktu yang lama. Tentera Islam menunggu sehingga pihak musuh menjadi lemah akibat kerosakan dan penderitaan semasa perang barulah serangan secara menyeluruh dapat dilakukan di mana akhirnya tentera Islam berjaya mencapai kemenangan

            Kemenangan yang besar ini telah membolehkan tentera Islam melemahkan kekuatan Empayar Parsi yang merupakan antara kuasa besar dunia pada masa itu. Kekuatan aqidah dan ikatan kukuh kepada Allah serta bersatunya umat Islam di bawah panji kalimah suci

 لاإِلهَ إِلا اللهُ مُحَمًَّد َرَسُوْلُ اللهُ    telah mendatangkan pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dijanjikan. Walau pun Rasulullah s.a.w telah pun wafat namun usaha di dalam menyebarkan dakwah Islam terus dijalankan malah janji kemenangan daripada Allah dan rasulNya bahawa kuasa Rom dan Parsi akan jatuh telah menyemarakkan lagi semangat jihad umat Islam untuk melihat Islam merajai dan memimpin dunia. Jumlah yang kecil bukan bererti lemah tetapi apa yang paling penting ialah keimanan kepada Allah serta keikhlasan diri dalam memperjuangkan agama Islam yang suci.

 

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

            Apabila kita melihat kepada catatan sejarah Islam maka kita dapati bagaimana kehebatan Sayyidina Khalid ibnu Walid dalam mengetuai peperangan samada ketika belum Islam atau selepas keislamannya. Peperangan Uhud telah menukilkan bagaimana Khalid bin Walid yang belum lagi memeluk Islam pada masa itu telah diberi tanggungjawab dalam mengetuai angkatan berkuda kuffar Quraisy sehingga dengan perancangannya yang rapi telah menyebabkan tentera Islam tewas. Setelah beliau memeluk Islam maka seluruh kebijaksanaannya terutama dalam peperangan telah dicurahkan untuk perjuangan Islam. Sebelum kewafatan Rasulullah s.a.w, Sayyidina Khalid Ibnu Walid mula menjadi panglima perang Islam dalam peperangan Mu’tah  melawan tentera Rom setelah  ketiga-tiga panglima yang dilantik oleh Rasulullah s.a.w  telah gugur syahid dalam peperangan ini. Kehebatan dan ketangkasan Khalid Ibnu Walid begitu terserlah apabila kebanyakan peperangan melawan Rom dan Parsi yang diketuainya telah berjaya sehingga ketaatan dan keikhlasannya pernah diuji oleh Khalifah Uthman bin Affan di mana beliau telah membuat tindakan mengejut dengan melucutkan jawatan Khalid Ibnu Walid  sebagai panglima perang dalam peperangan Yarmouk. Sayyidina Umar yang baru dilantik menjadi khalifah setelah kewafatan Sayyidina Abu Bakar telah membuat keputusan yang membahayakan ini ketika pertempuran sengit sedang berlangsung. Namun begitu Khalid Ibnu Walid menerima arahan itu dengan tenang malah memberi kerjasama yang sebaiknya kepada panglima Islam yang baru dilantik sehingga kerjasama mereka telah berjaya menyembunyikan pemecatan itu daripada pengetahuan tentera Islam sehingga berjaya mencapai kemenangan gemilang. Ketika ditanya mengenai pemecatan ini lalu Sayyidina Umar menjawab bahawa beliau begitu bimbang jika tentera Islam hanya bersemangat untuk berperang kerana dipimpin oleh Khalid Ibnu Walid dan juga risau jika Khalid Ibnu Walid  semakin lupa kepada pertolongan Allah yang lebih utama berbanding kehebatan dirinya yang sentiasa diberikan kemenangan. Sikap taat kepada Allah dan patuh kepada pemimpin telah menjadikan Khalid Ibnu Walid seorang yang disanjung. Malah Khalid Ibnu Walid pernah menempelak golongan yang takut pergi berjihad di medan perang kerana takut mati dengan katanya : “ Sungguh hina mereka takut berperang kerana takut mati sedangkan aku pernah menyertai ratusan peperangan dengan harapan aku mati syahid tetapi akhirnya aku hanya mati di atas katil sahaja”.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Bulan Sofar turut memahat peristiwa tentang kematian panglima Islam Solehudin al-Ayyubi yang terkenal dengan jasanya yang begitu besar dalam membebaskan masjid al-Aqsa, Baitul Maqdis daripada cengkaman Empayar Rom. Keimanan yang tinggi kepada Allah dan rasulNya serta keyakinan dengan janji Allah bahawa Masjid al-Aqsa bakal dibebaskan daripada cengkaman kesesatan dan kezaliman telah menyemarakkan lagi semangat Solahuddin al-Ayyubi bersama tentera Islam untuk terus berjuang dalam membebaskan Baitul Maqdis. Solahuddin al-Ayyubi yang berbangsa Kurdi dan anak kelahiran Tikrik, Iraq yang juga tempat lahir Saddam Husein telah melakukan pelbagai perancangan dalam menawan semula Baitul Maqdis milik umat Islam. Kekalahan pemimpin dan tentera Islam sebelum ini tidak pernah melunturkan semangat jihad beliau dalam memperjuangkan Islam dan membebaskan Baitul Maqdis. Selain membina kubu hampir di kesemua negara keliling Baitul Maqdis, beliau turut menggulingkan raja-raja yang lebih mementingkan kepentingan diri daripada memperjuangkan Islam. Ketika hampir berjaya menawan Baitul Maqdis setelah banyak kali dipatahkan oleh tentera Rom maka Solahuddin al-Ayyubi  telah memeriksa setiap khemah tenteranya dan didapati ramai dikalangan tenteranya sedang solat tahajjud dan membaca al-Quran serta sedikit daripada mereka yang tidur. Lalu keesokan harinya beliau telah mengarahkan agar tenteranya yang tidur supaya tidak turut serta dalam serangan kerana hanya tentera yang sentiasa dekat dengan Allah sahaja yang diperlukan dalam mengalahkan musuh. Akhirnya Allah mendatangkan kemenangan yang gemilang yang terus dikenang sehingga hari ini setelah segala syarat kemenangan telah dipenuhi dengan penuh keikhlasan kepada Allah.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

            Melalui contoh yang ditunjukkan oleh 2 panglima Islam yang agung itu maka seluruh umat Islam wajib mengikuti cara mereka antaranya kembali bersatu di bawah panji Islam, yakin terhadap janji kemenangan daripada Allah serta berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya dengan penuh keikhlasan kepada Allah. Penderitaan umat Islam serta penjajahan baru terhadap negara umat Islam pada hari ini tidak mampu dihentikan oleh umat Islam yang berpecah dan jauh daripada ajaran Islam yang sebenar. Malah Rasulullah s.a.w dan para sahabat serta pejuang Islam silam bukan memperolehi kemenangan dengan mudah sebaliknya terpaksa berkorban jiwa raga barulah kemenangan diraih. Kemenangan Islam bukan mudah diperolehi semata-mata bilangan yang ramai dan kuat pada kelengkapan senjata semata-mata sedangkan aqidah umat Islam begitu lemah yang menyebabkan ramai di kalangan umat Islam lebih suka tunduk kepada kuffar daripada berjuang untuk Islam. Malah bumi Iraq hari ini mudah dijajah kerana umat Islam berpecah malah ada yang sanggup membantu musuh untuk menjajah dan ramai pemimpin yang tahu bersuara lantang tetapi dalam masa yang sama terus sujudk di kaki musuh. Amerika sehingga kini gagal membuktikan mengenai senjata pemusnah dan kimia milik Iraq dan mereka hanya berjaya menggulingkan Saddam Husein tetapi belum mampu menangani masalah kepimpinan yang baru di Iraq. Amerika tidak layak bercakap tentang demokrasi kerana merekalah yang pernah mencabul sistem demokrasi di Algeria dan Turki apabila gerakan Islam mendapat kejayaan. Amerika juga tidak layak bercakap bahawa mereka sahaja mampu menggulingkan Saddam sedangkan menurut seorang tokoh gerakan Islam Iraq bahawa jika sekadar mahu menggulingkan Saddam maka  gerakan Islam Iraq sendiri sudah mampu melakukannya sejak 10 tahun lalu. Memandangkan keadaan rakyat Iraq yang berpecah mengikut bangsa terbesar kepada Arab dan Kurdi dan mengikut mazhab kepada Sunni dan Syiah maka penggulingan Saddam lebih memburukkan suasana sedangkan rakyat sendiri berpecah pula kepada pro-Islam, ideologi kebangsaan, sosialis, komunis dan lain-lain disamping Iraq terus menjadi rebutan penjajah luar serta dikenakan sekatan ekonomi. Kebanyakan ulama’ Iraq berpendapat lebih kurang mudharat dengan membiarkan Saddam memerintah manakala gerakan Islam terus menyedarkan rakyat Iraq agar kembali kepada Islam yang membolehkan pemerintahan Islam yang bakal naik selepas itu mudah untuk memerintah apabila  rakyat Iraq semakin faham dengan ajaran Islam yang menyeluruh. Penjajahan terhadap Iraq dan amaran keras terhadap Syria serta Iran mendedahkan lagi hasrat jahat yahudi untuk menguasai bumi Arab bagi menjayakan pembinaan negara Israel Raya dengan memperkudakan kuasa Kristian Amerika serta memandulkan peranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Umat Islam mesti berhenti daripada berpecah agar musuh tidak terus memerintah dan meratah kita. Umat Islam mesti kembali bersatu agar usaha jahat musuh menjadi buntu. Kembalilah kita kepada Islam agar kita terus dimuliakan oleh Allah di dunia dan akhirat.

Ingatlah firman Allah   ayat 74 surah al-Nisa’ :

فليقــتل فى سبيل الله الذين يشرون الحيــوة الدنيا بالآخرة ومن يقــتل فى سبيل الله فيقتل أو يغلب فسوف نؤتيه أجرا عظيما

Maksudnya : Oleh itu, orang-orang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Yahudi DiPuja Umat Merana

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 28 – 29  surah Ibrahim :

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ بَدَّلُوا نِعْمَتَ اللَّهِ كُفْرًا وَأَحَلُّوا قَوْمَهُمْ دَارَ الْبَوَارِ  جَهَنَّمَ يَصْلَوْنَهَا ۖ وَبِئْسَ الْقَرَارُ 

Maksudnya : Tidakkah engkau lihat dan merasa hairan terhadap orang-orang yang menukar kesyukuran nikmat Allah dengan kekufuran dan telah menempatkan kaum mereka dalam kebinasaan. Iaitu neraka jahannam yang mereka akan menderita bakarannya dan ingatlah seburuk-buruk tempat tetap ialah neraka jahannam

            Kini kita telah berada pada bulan Sofar di mana banyak peristiwa penting  yang  pernah berlaku pada bulan ini antaranya Peristiwa berdarah ar-Raji’ yang telah berlaku pada bulan Sofar tahun 4 Hijrah di mana beberapa wakil daripada qabilah ‘Adal  dan Qarah telah datang menemui Rasulullah s.a.w untuk meminta agar menghantar beberapa orang sahabat bertujuan bagi mengajar al-Quran dan hukum-hakam agama atas dasar di tempat tinggal mereka yang bernama ar-Raji’ terdapat  sambutan yang baik kepada ajaran Islam. Lalu Rasulullah sa.w menghantar 6 orang sahabat (menurut riwayat imam Bukhari 10 orang sahabat) di mana Mar’id bin Abi Mar’id dilantik menjadi ketua kepada rombongan pendakwah tersebut. Malangnya apabila sampai di ar-Raji’, rombongan pendakwah ini telah dikepung oleh tentera musuh yang sememangnya memasang perangkap untuk menculik pendakwah Islam bagi diserahkan kepada kafir Quraisy Mekah bagi tukaran termasuk membebaskan tawanan perang. Sebahagian besar rombongan pendakwah ini tidak mahu menyerah diri kepada musuh sehingga gugur syahid. Manakala 3 yang sanggup menerima syarat musuh pula telah dijual kepada kafir Quraisy dan turut gugur syahid dibunuh oleh pembeli mereka yang sememangnya benci terhadap Islam.  Peristiwa ini memberi pengajaran besar kepada kita semua bagaimana dalam memperjuangkan Islam mesti berdepan dengan pelbagai helah musuh termasuk diculik dan dipaksa untuk belot kepada perjuangan Islam. Hanya golongan yang benar-benar teguh iman dan kesabarannya sahaja yang tidak akan sekali-kali menjual agama dengan dunia, tidak mengkhianati amanah rakyat demi kepentingan diri sendiri

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sejarah Islam turut mencatatkan bagaimana bulan Sofar tahun 656 Hijrah, tentera Tartar Monggol yang berasal dari hujung negara China yang diketuai oleh Halagu telah datang menyerang Kota Baghdad dan menghancurkannya sehingga jatuhnya Kerajaan Abbasiyah setelah 5 kurun memerintah berpusat di Baghdad  yang ketika itu diperintah oleh al-Musta’sim. Kejatuhan kerajaan Islam itu akibat perpecahan umat Islam, ajaran Islam yang menyeluruh diabaikan sehingga ramai yang hanyut dengan hiburan yang melalaikan. Malah ada seorang menterinya yang dikenali dengan ’Alqami telah berpaling tadah dengan meminta pertolongan daripada Halagu pemimpin tentera Tartar untuk menyerang Baghdad. Kita dapat melihat bagaimana perbuatan berpaling tadah dan belot daripada perjuangan sentiasa berlaku sekiranya berjuang untuk takhta dan harta tetapi ia jarang berlaku apabila diikat kukuh dengan ikatan aqidah yang kuat. Oleh itu kita mesti berhati-hati dalam memilih wakil atau pemimpin kita supaya tidak diserahkan kepada golongan yang sanggup menggadai maruah apatah agama demi keuntungan dunia dan nafsunya.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah ,

Pertembungan antara iman dan kufur terus berlangsung, pertentangan antara Islam dan jahiliah terus berlaku, percanggahan antara hak dan batil terus terjadi. Oleh itu kita umat Islam tidak mempunyai masa untuk berehat kerana tugas kita lebih banyak daripada masa yang ada. Hadapan kita ada antara 2 pilihan samada berjuang atau hidup sebagai hamba kepada musuh Islam, kembali kepada sistem Islam atau menjadi penyembah kepada sistem musuh Islam. Akhirat pula kita akan mendapat balasan Syurga jika berjuang untuk Islam sebaliknya menjadi bahan bakaran api neraka sekiranya menjadi petualang yang mengkhianati agama.

Kita dapat lihat sendiri bagaimana zionis yahudi telah merancang lebih 100 tahun untuk menguasai dunia iaitu bermula pada tahun 1897 hingga kini di mana mereka telah membahagikan kepada 2 fasa. Fasa pertama bermula tahun 1897 hingga 1947 yahudi mesti mempunyai sebuah negara berdaulat dimana ia telah berjaya dengan terdirinya negara haram Israel di bumi Palestin pada tahun 1948. Cuma fasa kedua iaitu 1947 hingga 1997 untuk menguasai seluruh dunia dengan terdirinya Israel Raya belum lagi berjaya sehingga tersasar hampir 12 tahun. Yahudi antaranya menggunakan formula 5F dalam menghancurkan umat Islam iaitu :

[1] Filem dimana bukan sahaja yahudi dapat mengaut keuntungan malah merosakkan aqidah Islam sehingga adanya laporan suatu kajian ilmiah yang dijalankan di mana ramai remaja Islam yang terlibat dengan pemujaan Syaitan seperti Black Metal, Jangan Ikut Tuhan (JIT) dan sebagainya antaranya disebabkan pengaruh filem. Begitu juga seks bebas dan sikap negatif yang ditanam melalui filem tajaan yahudi.

[2]Famili (keluarga) dengan menanamkan budaya hidup bebas dalam keluarga Islam sehingga berleluasanya perbuatan bersedudukan dengan suami atau isteri orang, anak-anak dibiarkan mendedah aurat dan bergaul bebas tanpa batasan

[3]Fesyen pakaian dengan memperkenalkan fesyen yang mendedah aurat dan mengghairahkan di mana setiap fesyen yang ditayangkan melalui filem terus dipasarkan secara meluas dengan harga yang murah. Umat Islam terus memakai pakaian yang menjolok mata dengan perasaan bangga kerana dianggap memakai pakaian mengikut peredaran masa. Pakaian yang mengikut kehendak syarak dihina malah diperangi habis-habisan sehingga pernah berlaku pekerja yang bertudung dibuang kerja, larangan memakai serban di tempat kerja dan pengajian sehingga ada pelajar sekolah dipecat malah akhir-akhir ini penunggang motosikal yang berserban dipandang seperti penjenayah berbanding mat rempit. Keadaan ini amat membahayakan kerana kita sedia maklum bahawa undang-undang jalanraya membenarkan umat Islam memakai serban semasa menaiki motosikal tetapi akibat tafsiran makna lebai yang kabur menyebabkan sesiapa yang tidak diakui sebagai lebai akan disaman sedangkan sijil atau dokumen untuk lebai belum pernah dikeluarkan oleh mana-mana agensi atau jabatan. Kita doakan semoga tafsiran makna lebai lebih mesra Islam bukannya berada bawah tempurung sekuler yang lebih hormat serban sikh daripada Islam. Begitu juga ketika orang yang tidak menutup aurat dikenakan tindakan seperti saman maka bangkitnya pejuang hak asasi manusia dalam membela mereka sedangkan bila pakaian yang disuruh oleh agama dihina dan disekat pemakaiannya maka tiada siapa yang bangkit secara bersama untuk mempertahankannya. Masyarakat telah diyahudikan pemikiran dan cara berpakaiannya sehingga Islam ditendang jahiliah dijulang. Ingatlah amaran nabi s.a.w melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said al-Khudri:

قال الرسول e  : لَتَتَّبِعُنَّ سُنَنَ اَّلذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاٍع حَتَّى لَوْدَخَلُوْا فِى حُجْرِ ضَبٍّ لاتبَّعْتُمُوْهُمْ قُلْنَا : يارسولَ الله آليَهُوْدُ وَالنَّصَارَى؟. قَالَ : فَمَنْ ؟

Maksudnya: Kamu akan mengikut jejak langkah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jika mereka memasuki lubang dhob nescaya kamu pun akan turut mengikuti mereka. Para sahabat bertanya : “ Ya Rasulullah! Adakah Yahudi dan Nasrani?. Nabi bersabda: Siapa lagi kalau tidak mereka

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Senjata yahudi ke-[4] ialah Fun (hiburan) di mana hiburan yang melampau terus dihidupkan sehingga banyak masa umat Islam dihabiskan untuk berbincang perkara berkenaan artis dan filem sedangkan masalah yang besar diabaikan. Umat Islam berasa senang hati untuk hadir program hiburan serta merasakan suatu siksaan dan deraan bila diminta menghadiri majlis keagamaan dan program dalam menggerakkan kerja-kerja Islam

[5] Food (makanan) di mana umat Islam kini lebih berselera untuk menjamu makanan yang dihasikan oleh jenama yahudi dan sekutunya berbanding produk umat Islam sendiri. Kita mesti sedar bagaimana adanya usaha mengedarkan gandum yang diproses di Israel yang dicampur dengan bahan untuk memandulkan manusia. Pernah berlaku di Mesir dan Jordan pengedaran telur ayam Israel yang disuntik ubat mandul. Jangan biarkan kita mandul semangat melawan Israel dan mandul keturunan kerana banyak menjamu selera makanan dan minuman yahudi. Renungilah suatu petikan kitab yahudi :“Angka kelahiran orang bukan Yahudi harus dikurangkan sekecil mungkin.”  ………Firman Allah dalam  ayat 45 surah al-Anfal:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ 

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu memerangi pasukan musuh maka teguhkan hatimu dan sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beroleh kemenangan

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

4. PERISTIWA AR-RAJI’

 

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.  Janganlah  kita  hanya  tahu  mendengar  sahaja  perkataan  taqwa  serta  menyebutnya  sedangkan  ia  tidak  menyerap  ke dalam  sanubari  kita . Hitunglah  diri kita  setiap  masa  samada  semakin  hampir  kepada  Allah atau  sebaliknya.  Adakah  amalan  soleh  kita  semakin  meningkat  atau pun  menurun….

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 2 dan 3 surah al-Ankabut

أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلكم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكذبين.

Maksudnya : Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan begitu sahaja untuk mengatakan bahawa kami telah beriman sedangkan mereka belum diuji. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka maka sesungguhnya Allah mengethaui orang-orang yang benar dan mengetahui mereka yang berdusta.

            Hari demi hari, mingu demi minggu berlalu dengan pantas tanpa menghiraukan adakah penghuninya mampu mengambil manfaat dengan kedatangannya untuk berbuat ketaatan kepada Allah atau sebaliknya. Kini kita semua sudah pun berada pada permulaan bulan Sofar yang turut merakamkan beberapa peristiwa sejarah yang penting  untuk kita sama-sama menghayati dan mengambil pengajaran daripada peristiwa yang berlaku. Antara peristiwa penting yang telah berlaku pada bulan Sofar ialah peristiwa yang menyayat hati di mana pendakwah yang dihantar dalam peristiwa ar-Raji’ dan Bi’ Ma’unah telah dibunuh dengan kejam oleh musuh Islam,seterusnya pada bulan inilah juga menyaksikan Khlaid ibnu Walid, ‘Amru bin al-‘Ash dan Uthman bin Talhah memeluk Islam, pada bulan ini juga Usamah bersama bala tentera Islam dihantar untuk berperang dengan Kerajaan Rom dan pada bulan ini jugalah Rasulullah s.a.w mula sakit tenat sehinggalah baginda wafat pada pertengahan bulan Rabiul Awwal tahun 11 Hijrah

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

            Pada hari ini marilah kita sama-sama merenungi apa yang berlaku dalam peristiwa ar-Raji’. Peristiwa ar-Raji’ telah berlaku pada bulan Sofar tahun 4 Hijrah di mana beberapa wakil daripada qabilah ‘Adal dan Qarah telah datang menemui Rasulullah s.a.w di mana mereka telah meminta daripada baginda agar menghantar beberapa orang sahabat bertujuan untuk mengajar al-Quran dan hukum-hakam agama atas dasar di tempat tinggal mereka yang bernama ar-Raji’ terdapat  sambutan yang baik kepada ajaran Islam. Lalu Rasulullah sa.w menghantar 6 orang sahabat (menurut riwayat imam Bukhari 10 orang sahabat) di mana Mar’id bin Abi Mar’id dilantik menjadi ketua kepada rombongan pendakwah tersebut. Peristiwa ini menunjukkan kepada kita bagaimana tanggungjawab pemimpin dan Daulah Islamiah di mana berperanan untuk memastikan Islam tersebar melalui penghantaran pendakwah dan sebagaimananya seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan juga pernah dilakukan oleh Kesultanan Melayu Melaka sebelum ini sehingga Islam tidak tertumpu di suatu tempat sahaja tetapi turut diterima dakwahnya diseluruh pelusuk dunia. Cuma pada hari ini terutama di negara kita, kerja-kerja ini tidak dibuat secara bersungguh malah masih ramai orang bukan Islam takut apabila mendengar perkataan Islam yang dimomokkan dengan keganasan dan perpecahan kerana orang Islam sendiri yang menerangkan perkara yang bercanggah dengan Islam yang sebenar kepada mereka. Kita lihat bagaimana gerakan dakwah Kristian bukan sahaja dapat bergerak bebas dalam memurtadkan umat Islam termasuk dengan sihir tanpa ada tindakan dan mereka telah berjaya memurtadkan begitu ramai umat Islam walau pun mereka tidak mempunyai kementerian khas Kristian di negara ini. Sebaliknya kerajaan yang mendakwa mahukan Islam dengan menubuh Pusat Islam dan beberapa organisasi yang lain seperti JAKIM, IKIM,YADIM dan lain-lain tidak pula menunjukkan sesuatu yang memberangsangkan terhadap perkembangan Islam malah semakin hari semakin ramai yang murtad dan jauh daripada Islam yang sebenar. Adakah tugas mereka untuk mengembangkan Islam atau untuk menyekat pengaruh kemenangan Islam.

             

Sidang Jumaat yang dihormati

            Ketika sampai di ar-Raji’ iaitu di suatu kawasan yang bernama Huzail, tiba-tiba mereka telah didatangi bala tentera yang lengkap bersenjata menunggu untuk bertindak. Mereka datang beramai-ramai mengepung paara sahabat yang ditugaskan untuk menjalankan tugas dakwah itu. Mereka berkata : “Lebih baik  kamu semua menyerah diri kepada kami kerana kami tidak akan melakukan apa-apa kepada kamu. Kami cuma mahu mendapatkan sesuatu daripada orang-orang Mekah jika menyerahkan kamu kepada mereka”. Tetapi ketua rombongan pendakwah Islam itu tidak mahu mahu menyerah dan mengambil keputusan lebih baik mati bertempur daripada menyerah serta tidak sekali-kali percaya kepada janji-janji orang musyrikin itu lalu beliau dan beberapa orang sahabat yang lain menentang musuh sehingga mereka gugur syahid.

            Seorang perempuan musyrikin Quraisy dimana salah seorang anaknya dibunuh dalam satu peperangan  oleh ‘Asim bin Thabit iaitu salah seorang daripada pendakwah yang telah gugur syahid itu telah bernazar untuk minum arak dalam tempurung kepala ‘Asim tetapi Allah memelihara kepalanya daripada diambil oleh musuh apabila Allah mengahantarkan sekumpulan lebah untuk menjaga jasadnya.

Manakala 3 orang  daripada mereka yang masih tinggal iaitu Zaid bin Abi ad-Dasinah, Khubaib bin  ‘Adi dan Abdullah bin Tariq telah mengambil keputusan untuk menerima janji yang ditawarkan oleh musuh Islam itu. 3 orang tawanan tadi dibawa ke Mekah untuk dijual dan ketika mereka tiba di Zuhran Abdullah bin Tariq berjaya melepaskan diri daripada ikatan lalu menyambar pedang dan melawan musuh sehingga dia gugur syahid. 2 orang yang masioh tinggal terus dibawa ke Mekah dan dijual dengan bayarannya ialah membebaskan 2 tawanan daripada qabilah Huzail yang ditawan oleh pihak kafir Quraisy.

            Khubaib bin ‘Adi telah dibeli oleh Bani al-Harith bin ‘Ammar bin Naufal kerana dia telah membunuh pemimpin mereka Harith dalam peperangan Badar. Khubaib telah diperhinakan dan dipukul berkali-kali dengan cara yang menyakitkan dan juga telah dipenjarakan. Pada suatu hari ketika Khubaib sedang bercukur di rumah Bani Harith tempat kurungannya, tiba-tiba seorang anak kecil dari keluarga itu datang menghampiri Khubaib lalu dia mengambil anak itu dan diletakkan atas ribaannya. Apabila si ibu menyedari anak kecilnya tiada di sisi lalu dia melihat ke arah Khubaib dan terlihat anaknya berada atas ribaan Khubaib yang sedang memegang pisau cukur. Khubaib melihat kepada si ibu lalu berkata : “ Aku tahu perasaanmu iaitu menganggap bahawa aku akan membunuh anak ini bagi membalas dendam terhadap apa yng diperlakukan kepadaku. Demi Allah aku tidak akan melakukan perkara kejam itu”. Selepas itu dia melepaskan anak kecil itu walau pun dia boleh membunuhnya atau pun menjadikannya tebusan untuk membebaskannya tetapi dia tidak berbuat demikian. Si ibu begitu takjub melihat apa yang berlaku dan memuji kemuliaan akhlak Khubaib. Inilah dia antara kesan daripada tarbiah Rasulullah s.a.w yang dapat kita sama-sama lihat. Seterusnya Khubaib di bawa ke Tan’im untuk dibunuh di mana sebelum itu dia telah meminta agar diberi peluang untuk dia melakukan solat sunat 2 rakaat. Setelah selesai solat lalu dia berkata dengan tegas : “ Demi Allah, jika tidak kerana bimbang kamu menuduh aku pengecut nescaya aku akan bersembahyang lebih panjang lagi”. Kemudia dia berdoa :“Wahai Tuhanku! Hitungkanlah mereka semua dan binasakanlah mereka semua sehingga jangan tinggalkan walau pun seorang”. Kemudia dia bersyair antaranya : “ Demi sesungguhnya aku tidak peduli sekiranya aku dibunuh sebagai seorang Islam di mana sahaja anggota yang dibunuh. Perkara itu kerana Allah jika ia mengkehendaki nescaya Dia memberkati setiap anggota yang dihiris”.Kemudian bangunlah Uqbah bin al-Harith lalu membunuh Khubaib dan gugurlah seorang sahabat yang tabah dan berani mati kerana Islam.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah

            Pada hari yang sama mereka membunuh seorang lagi sahabat  iaitu  zaid bin ad-Dasinah yang dibeli oleh Safuan bin Umaiyyah. Abu Sufian yang menjadi pemimpin taghut pada masa itu bertanya kepada Zaid : “ Apakah pendapat kamu jika Muhammad berada sekarang mengantimu supaya kami dapat pancungkan lehernya?”. Dengan tegas Zaid menjawab : “ Demi Allah! Aku tidak rela sekali pun nabi Muhammad s.a.w  terkena duri sedangkan aku bersama-sama keluargaku”. Abu Sufian berkata : “ Aku tidak pernah bertemu sesorang itu begitu kasih kepada seseorang yang lain seperti para sahabat Muhammad kasih kepada Muhammad”. Selepas itu Zaid dibunuh oleh musuh tanpa belas kasihan. Inilah dia kasih sayang para sahabat terhadap diri Rasulullah s.a.w dan Islam sehingga mereka lebih rela mati daripada melihat baginda dikhianati dan Islam dihina. Bagaimana dengan kita pada hari ini?. Adakah kita terus rela melihat Islam dimaki, umat Islam dibunuh dan dihalau dari tanahair mereka sendiri, Hukum Allah dipersenda, Sunnah nabi dihina,para ulama’ dicerca oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan memang bencikan Islam untuk dilaksana.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

            Firman Allah dalam ayat  23 surah al-Ahzab

من المؤمنين رجال صدقوا ما عاهدوا الله عليه . فمنهم من قضى نحبه ومنهم من ينتظر وما بدلوا تبديلا

Maksudnya :  Antara orang-orang mukmin itu ada mereka yang telah menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Maka di antara mereka ada yang telah gugur syahid dan antara mereka ada pula yang menunggu (datangnya syahid) dan mereka sedikit pun tidak mengubah janjinya.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Himpunan Khutbah Bulan Sofar

4. PERISTIWA AR-RAJI’

Yahudi DiPuja Umat Merana

65. IKTIBAR PEPERANGAN MAZAR 12 HIJRAH