• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib Khutbah

  • ekhutbah Audio MP3

  • Tetamu Online

  • Pengurusan Blog

Khutbah Jumaat : Nabi Muhammad s.a.w DiIkut Penghinanya DiKutuk dan Boikot


السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ   !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.  

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 27 surah al-Hajj :

وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِ‌جَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ‌ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ ﴿٢٧﴾ 

Maksudnya : Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.

Kini kita berada pada bulan Zulkaedah yang merupakan bulan ke-2 terakhir dalam taqwim Hijrah. Pada bulan ini ramai di kalangan umat Islam dari seluruh dunia termasuk ibubapa, adik-beradik, sanak saudara mahu pun sahabat handai kita telah dan akan bertolak menuju ke tanah suci Mekah bagi menunaikan Fardhu haji. Setelah 2 tahun dilanda wabak covid-19 sehingga turut membantut niat untuk menunaikan haji maka tahun ini ramai di kalangan kita berpeluang untuk ke tanah suci Mekah. Kita doakan semoga para jemaah haji diberikan keselamatan sepanjang menunaikan ibadat di Mekah dan dianugerahkan dengan ganjaran haji mabrur yang diidamkan.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُأَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:  العُمْرَةُ إِلَى العُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا، وَالحَجُّ المَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الجَنَّةَ  – مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.

Maksudnya : Antara umrah kepada umrah lainnya itu akan menghapuskan dosa di antara keduanya. Dan haji mabrur tidak ada balasannya melainkan Syurga.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 27 surah al-Fathu :

لَّقَدْ صَدَقَ اللَّـهُ رَ‌سُولَهُ الرُّ‌ؤْيَا بِالْحَقِّ ۖ لَتَدْخُلُنَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَ‌امَ إِن شَاءَ اللَّـهُ آمِنِينَ مُحَلِّقِينَ رُ‌ءُوسَكُمْ وَمُقَصِّرِ‌ينَ لَا تَخَافُونَ ۖ فَعَلِمَ مَا لَمْ تَعْلَمُوا فَجَعَلَ مِن دُونِ ذَٰلِكَ فَتْحًا قَرِ‌يبًا

Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah redha terhadap orang mukmin ketika mereka berbai’ah (janji setia) kepada engkau di bawah pohon. Maka Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi ganjaran kepada mereka kemenangan yang dekat waktunya.

           Bulan Zulkaedah sebagaimana bulan lain turut mencatat beberapa peristiwa besar dan bersejarah antaranya telah berlangsungnya Perjanjian Hudaibiah pada tahun 6 Hijrah antara kaum muslimin pimpinan Rasulullah s.a.w dengan kaum Quraisy. Peristiwa ini berlaku apabila umat Islam yang ingin menunaikan ibadat haji telah dihalang oleh kafir Quraisy. Mereka merasa begitu gerun melihat betapa ramainya jumlah umat Islam walau pun kedatangan mereka ke Mekah bertujuan untuk menunaikan ibadat haji bukannya untuk berperang. Akhirnya Rasulullah s.a.w telah menghantar Sayyidina Uthman bin ‘Affan ke Mekah untuk berbincang dengan pihak Quraisy bagi membolehkan umat Islam mengerjakan haji pada tahun itu. Pemergian Sayyidina Uthman yang agak lama tanpa sebarang berita menyebabkan timbulnya cerita bahawa beliau telah dibunuh yang membawa kepada berlangsungnya Bai’ah ar-Ridhuan di bawah sebatang pokok di Hudaibiah bagi menyatakan kesanggupan mereka untuk membela Islam walau pun terpaksa menumpahkan darah. Ketika kaum muslimin sedang berbai’ah, tiba-tiba munculnya Sayyidina Uthman di mana beliau turut sama dalam berbai’ah. Kuffar Quraisy yang mendengar tentang bai’ah yang dilakukan ini mula merasa gerun dan takut lalu mereka segera menghantar wakil bagi mengadakan perdamaian antara mereka dengan umat Islam. Melalui Perjanjian Hudaibiah inilah walau pun dari segi zahir ramai melihat tidak menguntungkan Islam tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila ia menjadi pemangkin sehingga terjadinya Pembukaan Kota Mekah beberapa tahun selepas itu akibat perlanggaran terhadap perjanjian oleh kuffar.

Pada hari ini kita dapat lihat dan rasa sendiri bagaimana banyak perjanjian dengan musuh Islam membawa kepada penerusan penjajahan baru bermula dengan tergadainya bumi Palestin kepada Israel selepas Peperangan Dunia Ke-2 dengan kejatuhan Khilafah Uthmaniah Turki. Oleh itu kita perlu kepada kesatuan dan kepimpinan umat Islam yang tegas dan bertaqwa kepada Allah agar kita tidak terus dipermain dan diperkotak-katik oleh musuh Islam di atas perpecahan dan kelemahan umat Islam. Bangkit dan bersatulah atas dasar Islam baru kemuliaan dapat dicapai

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

قال الرسول: وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لاَ يُؤْ مِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُوْنَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَلِدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ – متفق عليه

Maksudnya:Demi jiwaku ditanganNya! Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihinya daripada anaknya, bapanya sendiri dan sekalian manusia

Ketika umat Islam masih lagi berada dalam suasana kegembiraan menyambut Syawal tiba-tiba dihiris dengan kenyataan biadap dan rasis oleh 2 pegawai tertinggi parti pemerintah negara itu menghina Nabi Muhammad SAW, Isteri nabi Siti Aisyah dan Islam. Pemerintahan Parti Bharatiya Janata (BJP) di India telah dikecam kerana sering kali melakukan tindakan provokasi khususnya terhadap umat Islam di sana. Pada Februari lalu, pemakaian hijab oleh pelajar Muslimah di salah sebuah negeri di republik tersebut dihina dan dilarang memasuki kolej. Tragedi Islamofobia begitu menyemarak di India. Selepas berdepan dengan kemarahan lebih dua bilion umat Islam di seluruh dunia susulan kenyataan biadap menghina nabi Muhammad s.a.w itu, kerajaan India khabarnya telah mengambil tindakan drastik terhadap dua individu berkenaan. Ia adalah susulan kenyataan anti-Islam berkenaan, negara-negara Islam dari rantau Teluk termasuk Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Oman, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Iran dan Pakistan telah bersatu dan sebulat suara mengecam perkara itu sebagai ancaman terhadap Islam sejagat.

Sebagaimana dilaporkan The New Arab, beberapa negara Teluk itu dengan pantas dan tegas pada Ahad telah tampil mengutuk kenyataan jahat dan rasis yang disifatkan sebagai Islamofobia dibuat pada minggu lalu, salah seorang daripadanya ialah Nupur Sharma, yang merupakan jurucakap BJP di bawah pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi. Dan dalam tempoh 24 jam selepas kenyataan rasis itu, kerajaan Modi akur menggantung tugas Sharma dan memecat seorang pegawai lain, Naveen Kumar Jindal. Respons dari negara-negara Arab khususnya telah mengejutkan India yang sebelum ini secara berterusan dengan sewenang-wenangnya melakukan diskriminasi dan ancaman terhadap hak umat Islam di India.

Sempena berada bulan yang mulia, hari Jumaat yang mulia, di rumah Allah yang mulia maka kita sebagai umat Islam yang bermaruah mengutuk dan mengecam sebarang tindakan bacul dan biadap pihak yang menghina Islam dan nabi Muhammad s.a.w. Biar nyawa melayang asalkan kesucian Islam dan kemuliaan Islam dipertahankan. Biar bermandi darah asalkan penghinaan terhadap Islam dan nabi Muhammad s.a.w terus disanggah dan dicegah. Jangan bermain api dengan umat Islam,buruk padahnya

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 112 surah Al-An’am :

وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الْإِنسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَىٰ بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا ۚ وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ ۖ فَذَرْهُمْ وَمَا يَفْتَرُونَ

Maksudnya : Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.”

Jika kita meneliti sirah Nabi S.A.W, Baginda telah dihina dan dicerca dengan pelbagai bentuk dan cara, bukanlah kerana Baginda seorang yang jahat atau melakukan kezaliman dan provokasi kepada orang lain, bahkan hanyalah kerana Baginda menyampaikan kebenaran dan berdialog dengan cara terbaik dalam berdakwah. Baginda pernah dituduh dan diburukkan karakternya dengan pelbagai gelaran seperti gila, penipu, ahli sihir, dirasuk jin dan lain-lain lagi yang amat jauh dari keperibadian sebenar Baginda, tetapi akhirnya apa yang berlaku ialah manusia semakin ramai mengenali Islam dan memeluk Islam setelah mengenali Baginda dan ajaran Islam dalam wajahnya yang sebenar.

Selain itu, kita juga dapat saksikan dalam sejarah Islam akibat daripada penghinaan terhadap Rasulullah S.A.W yang mana ia membawa kemusnahan terhadap diri atau kumpulan itu sendiri, antaranya kisah Raja Parsi. Raja Parsi pernah mengoyak surat Rasulullah S.A.W dan menghina Baginda dengan mengatakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W hanya setaraf hambanya sahaja. Lalu Baginda S.A.W mendoakan supaya Allah mengoyakkan kerajaannya dan akhirnya Allah S.W.T telah memakbulkan doa Baginda sehingga jatuhnya empayar Parsi dengan penuh kehinaan dan tidak pernah bangkit semula hingga ke hari ini.

Kita percaya para penghina Rasulullah S.A.W akan ditimpakan oleh Allah S.W.T dengan kehinaan sama ada di dunia atau akhirat. Bukanlah suatu yang sukar bagi Allah meruntuhkan kerajaan India kerana menghina Islam dan nabi Muhammad s.a.w

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

قال الرسول : لَتَتّبِعُنّ سَنَنَ الّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ. شِبْراً بِشِبْرٍ، وَذِرَاعا بِذِرَاعٍ. حَتّىَ لَوْ دَخَلُوا فِي جُحْرِ ضَبَ لاَتّبَعْتُمُوهُمْ” قُلْنَا: يَا رَسُولَ اللّهِ آلْيَهُودُ وَالنّصَارَىَ؟ قَالَ “فَمَنْ؟ – رواه البخاري ومسلم

Maksudnya : “Kamu akan mengikut jalan orang yang terdahulu darimu. Sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, hinggalah kalau mereka masuk ke lubang biawak, nescaya kamu akan turut masuk. Sahabat bertanya adakah mereka Yahudi dan Nasrani? Jawab Baginda: Siapa lagi kalau bukan mereka?”

Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan Hadis ini, menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan syibr(sejengkal) dan dziro’ (sehasta) serta lubang dhob adalah permisalan terhadap tingkah laku kaum Muslimin yang begitu serupa dengan tingkah Yahudi dan Nasrani dari segi mengikuti mereka dalam hal kemaksiatan begitu juga perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.  Mereka mencipta dan membiarkan kita berada dalam situasi Normalisasi Silang agama dengan slogan ‘menghormati agama lain’ ‘Kita meraikan perbezaan antara kita’. 

Kita perlu waspada dengan laungan Liberal yang cuba menghasut umat Islam untuk tidak menutup aurat termasuk bertudung yang didakwa tiada dalam Al-Quran.

Begitu juga perbuatan gila raya hingga terlibat dengan acara keagamaan agama lain yang boleh membahayakan aqidah. Contohnya Bon Odori iaitu Perayaan Hantu Lapar  adalah berkaitan kepercayaan agama Buddha Jepun.

Islam tidak menegah untuk kita berbuat baik dan meraikan orang bukan Islam tetapi dalam masa yang sama mencegah daripada terlibat dengan upacara keagamaan agama lain yang bertentangan dengan Islam.

Firman Allah dalam ayat 72 surah al-Furqan :

وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا ‎﴿٧٢﴾‏ 

Maksudnya : Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya. 

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: