• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib Khutbah

  • ekhutbah Audio MP3

  • Tetamu Online

  • Pengurusan Blog

Khutbah Aidil Fitri 1443H – edisi Pdf

Khutbah Aidil Fitri 1443H/2022M

KHUTBAH PERTAMA

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 2  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا  . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ  .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  . أَمَّا بَعْدُ …. فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Firman Allah dalam ayat 152-153 surah al-Baqarah :

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ ‎﴿١٥٢﴾‏ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ ‎﴿١٥٣﴾‏

Maksudnya : Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).  Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.  Syukur kita panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat hari raya setelah sebulan kita berpuasa Ramadhan. Apatah lagi sambutan kali ini begitu bermakna setelah 2 tahun kita berdepan dengan kekangan SOP yang ketat akibat wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia sehingga ramai di kalangan kita hanya berkesempatan untuk menyambut hari raya bersama keluarga tercinta pada tahun ini. Oleh itu jangan kita kotori nikmat hari raya ini dengan najis dosa maksiat

Sambutlah hari raya antara rasa berharap agar Allah menerima segala amalan soleh kita dan mengampuni dosa kita. Disamping rasa bimbang sekiranya amalan kita ditolak dan dosa kita tidak diampuni. Ibnu Athaillah As-Iskandari dalam Kitab Al-Hikam menukilkan : “Sesiapa mendapatkan buah amalnya di dunia, maka itu menjadi petunjuk diterima amalnya di akhirat.” Ia bererti sekiranya seseorang itu setelah puasa bertambah baik maka itu tandanya puasa nya diterima oleh Allah.

Imam Ibn Rajab al-Hanbali pula menyebut: Sesiapa yang melakukan ketaatan kepada Allah, dan selesai melaksanakannya, antara tanda diterimanya amalan tersebut adalah dia akan berterusan melakukan ketaatan yang lain selepas itu. Manakala antara tanda tertolaknya sesuatu amalan ialah apabila amalan itu diikuti dengan sesuatu maksiat. Apa sahaja kebaikan yang dilakukan selepas kejahatan, akan menghapuskan kejahatan tersebut, dan sudah pasti yang terbaik ialah melakukan kebaikan selepas melakukan kebaikan yang lain

Muslimin dan muslimat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 53 surah az-Zumar :

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ ‎﴿٥٣﴾

Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

            Nikmat hari raya adalah anugerah Allah sebagai hari ibadat yang wajib mematuhi garisan syarak bagi meningkatkan rasa kehambaan. Tingkatan ubudiyyah atau kehambaan membawa seseorang itu bebas dan merdeka dari cengkaman perhambaan sesama manusia, hawa nafsu, syaitan dan seterusnya menjadikannya seorang insan yang tinggi dan mulia di sisi Allah.

            Bagaimana tarbiah Ramadhan mendidik kita untuk bersabar bukan sahaja daripada lapar dahaga malah mengawal mata, telinga, kaki, tangan, lidah dan hati daripada perkara larangan Allah dengan penuh keyakinan bahawa ketataan itu tidak sia-sia malah dijanjikan kegembiraan bukan sahaja nikmat berhari raya di dunia malah apa yang lebih besar nikmat akhirat ketika berjumpa Allah nanti

            Contohnya betapa ramai di kalangan kita sanggup berdepan dengan keperitan perjalanan jauh dan sesak kerana yakin akan dapat merasakan kegembiraan dapat berhari raya bersama keluarga tercinta di kampung halaman. Segala kesusahan itu akan hilang bila dapat berhari raya bersama insan tersayang

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Ketika berada di bulan Ramadhan lalu kita ditekankan bagaimana syaitan dibelenggu. Bahayanya tipudaya syaitan menyebabkan ramai umat manusia tercampak ke dalam Neraka. Oleh itu sempena berada pada hari raya yang mulia ini maka kita jangan terpedaya dengan taktik licik syaitan termasuk melakukan perbuatan mujaharah dengan maksiat iaitu melakukan maksiat secara terang-terangan adalah di antara dosa besar yang dicegah dalam agama. Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلاَّ الْمُجَاهِرِينَ، وَإِنَّ مِنَ الْمَجَانَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلاً، ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ، فَيَقُولَ يَا فُلاَنُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا، وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ – رواه البخاري

Maksudnya: Setiap umatku diberikan kemaafan melainkan golongan al-mujahirin. Sesungguhnya di antara perbuatan mendedahkan dosa itu adalah, seorang lelaki itu melakukan perbuatan dosa pada satu malam. Kemudian dia bangun pagi dalam keadaan Allah telah menutup keaiban dirinya. Lalu dia menceritakan kepada orang lain dengan katanya: ‘’Wahai si fulan, semalam aku telah melakukan perbuatan dosa itu dan ini’’. Sedangkan dia telah tidur dalam keadaan Allah menutup keaiban dirinya, lalu dia bangun dan mendedahkan apa yang Allah tutupkan dari dirinya.

Hadis di atas ini jelas menunjukkan bahawa golongan yang mempublikkan maksiat ataupun melakukannya secara terang-terangan. Golongan al-mujaahiruun ini terbahagi kepada dua bahagian seperti berikut:

Pertama: Seseorang itu melakukan maksiat dan dia melakukannya secara terbuka.

Ini adalah mereka yang melakukan maksiat secara terang-terangan di hadapan orang ramai dan mereka melihat ke arahnya, maka dalam kes ini dia dianggap melakukan kezaliman ke atas dirinya sendiri atas maksiat yang dilakukan. Begitu juga dia melakukan dosa ke atas orang lain kerana menjadi faktor orang lain turut mengikut maksiat yang dia lakukan.

Kedua: Seseorang yang melakukan dosa secara sembunyi. Kemudian dia pergi menceritakan dosa yang telah dilakukan kepada orang lain.

            Betapa ramai di kalangan kita yang terperangkap dengan viral dosa di media sosial whatsap, tiktok, facebook. Jangan biarkan dosa kita berjalan akibat penayangan maksiat. Ingatlah bahawa Malaikat Raqib Atid tidak pernah rehat  apatah lagi pencen daripada mencatat dosa maksiat yang dilakukan dalam keadaan sembunyi atau terangan. Padamkan maksiat itu dengan segera dan bertaubat sebelum terlambat. Jangan kita menyesal yang tidak berguna dalam kubur nanti ketika dosa viral maksiat kita terus ditonton oleh orang yang hidup.

            Menjadi virus yang merbahaya juga apabila masyarakat semakin memberi sokongan samada dengan menonton apatah lagi dengan membeli barangan yang diiklan dengan lakonan yang bercanggah dengan syarak. Ini menyebabkan pengeluar bukan sahaja tidak insaf malah semakin besar kepala melanggar syariat agama. Oleh itu kita jangan bersekongkol dengan pelaku maksiat

Muslimin dan muslimat yang diberkati Allah,

قال الرسىول :مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ أَوْ رَاحَ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُ فِي الْجَنَّةِ نُزُلاً كُلَّمَا غَدَا أَوْ رَاحَ  – رواه مسلم

Maksudnya: “Sesiapa yang pergi ke masjid atau pulang, Allah akan sediakan baginya tempat dalam syurga sepertimana pergi dan pulang.”

            Ramadhan turut mendidik kita semua agar sentiasa jinak dengan masjid di mana ia antara sumber kekuatan umat Islam. Setiap diri kita wajib menjadikan diri kita sebagai kaki masjid serta mendidik anak cucu kita sebagai pemuda Masjid. Kejayaan menarik seramai mungkin anak muda ke masjid pasti menjanjikan kesan yang baik kepada masyarakat. Sebaliknya kegagalan memenuhkan ruangan masjid dengan anak muda bakal membawa bencana dan kerosakan kepada masyarakat. Kita tidak mahu bila datangnya Syawal ramai yang boleh hadir rumah terbuka yang jauh sedangkan masjid yang sentiasa terbuka tidak dapat datang. Usah rasa hebat jika begitu banyak rumah hamba Allah boleh diziarah tetapi rumah Allah dipandang sepi

            Setelah 2 tahun lebih SOP akibat covid-19  maka ada segelintir umat Islam yang menjadi selesa untuk tidak hadir masjid termasuk solat Jumaat. Semoga virus ini segera diubati terutama bermula sebelum Ramadhan lalu pihak kerajaan telah membenarkan masjid dan surau untuk solat Jemaah dengan rapat sof dengan jumlah Jemaah tanpa had. Semoga semangat berjemaah yang disemai sepanjang Ramadhan lalu dapat disuburkan lagi pada 11 bulan selepas Ramadhan

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Firman Allah dalam ayat 9 surah al- Isra’ :

إِنَّ هَٰذَا الْقُرْآنَ يَهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ وَيُبَشِّرُ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا كَبِيرًا ‎﴿٩﴾

Maksudnya : Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar

            Ramadhan mendidik diri kita untuk sentiasa rapat dengan al-Quran di mana kita wajib menjadikan al-Quran sebagai panduan utama dalam menyelesaikan segala urusan dunia dan akhirat kita. Jika masyarakat merasakan telefon pintar seperti nyawa kehidupan yang tidak boleh dipisahkan untuk mendapat maklumat dan hiburan maka sepatutnya umat Islam meletakkan kepentingan al-Quran lebih daripada itu. Kita bimbang bila membaca suatu laporan kajian mendapati bahawa hanya 10% sahaja yang membaca al-Quran setiap hari dan sebanyak 63.1% yang membaca al-Quran jarang-jarang. Alasan mereka yang jarang-jarang membaca al-Quran adalah kerana malas, tidak ada masa dan alasan tidak pandai membaca al-Quran.

            Oleh itu jangan tanya Allah sebab apa umat Islam mundur, hina di Negara sendiri, ditindas dan tidak hebat sebagaimana umat kemenangan sebelum ini. Sebaliknya perbetulkan diri kita agar dapat mencontohi umat kemenangan di mana mereka sentiasa membaca al-Quran, memahami dan bersemangat dalam melaksanakan system al-Quran dalam kehidupan samada politik, ekonomi, sosial dan sebagainya.  Sempena berada di hari lebaran hari kemenangan ini maka tepuklah dada kita dan tanyalah iman dan hubungan kita dengan al-Quran

مَثَلُ المُؤْمِنِ الَّذِي يَقْرَأُ القُرْآنَ كَالأُتْرُجَّةِ، طَعْمُهَا طَيِّبٌ وَرِيحُهَا طَيِّبٌ، وَمَثَلُ الَّذِي لاَ يَقْرَأُ كَالتَّمْرَةِ طَعْمُهَا طَيِّبٌ وَلاَ رِيحَ لَهَا – رواه البخاري و مسلم

Maksudnya: “Perumpamaan orang mukmin yang membaca al-Quran seperti buah Utrujah (limau sitrus), rasanya enak dan baunya wangi. Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti buah Kurma, rasanya enak tetapi tidak berbau

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن

KHUTBAH KEDUA

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ

Firman Allah dalam ayat 26 surah al-Fussilat:

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَا تَسْمَعُوا لِهَٰذَا الْقُرْآنِ وَالْغَوْا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَغْلِبُونَ ‎﴿٢٦﴾

Maksudnya : Dan orang-orang yang kafir berkata: “Janganlah kamu mendengar Al-Quran ini dan tentanglah dia (dengan nyayian-nyanyian dan jeritan-jeritan riuh rendah serta tepuk sorak), supaya kamu berjaya (mengganggu bacaan atau menenggelamkan suara pembacanya)!”

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah

            Suasana sambutan Ramadhan tahun ini dicemari dengan tindakan melampau seorang pemimpin parti politik berhaluan kanan anti-Islam di Sweden yang membakar senaskhah al-Quran, Khamis lalu. Pemimpin kelahiran Denmark yang berusia 40 tahun itu pernah mencetuskan kemarahan umat Islam sebelum ini apabila membakar al-Quran di Malmo, sebuah kota di selatan Sweden pada 2020. Tindakan biadab tersebut tentunya akan membangkitkan kemarahan umat Islam. Sewajarnya ada sikap toleransi dan saling menghormati terutamanya berkaitan agama di mana isu-isu sensitif berkaitan agama seperti menghina pemimpin agama mahupun kitab suci perlu dielakkan dalam memelihara keharmonian dan perpaduan dalam sesebuah negara.

Kebebasan bersuara yang diamalkan ketika ini terutamanya di Barat, dipandang umat Islam sebagai alat diskriminasi dan provokasi terhadap mereka di mana saat ini Islamofobia dilihat amat berleluasa hingga menyebabkan umat Islam di Eropah dan Barat dihina, ditindas dan dizalimi. Terdapat banyak insiden masjid dan sekolah umat Islam diceroboh dan dirosakkan serta berlakunya jenayah akibat kebencian hingga menyebabkan kecederaan mahupun kematian ke atas umat Islam. Sudah sampai masanya penghinaan terhadap Islam, pemimpinnya mahupun al-Quran perlu dihentikan segera kerana ia hanya akan terus meningkatkan ketegangan yang berpanjangan. Hentikan sikap double standard terhadap Islam dan umatnya kerana ia tidak akan menguntungkan mana-mana pihak

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,

Ramadhan tahun ini juga dicemarkan dengan keganasan gerakan Yahudi Ortodoks yang melakukan keganasan di Palestin. Matlamat mereka membina Kuil Haikal Sulaiman pada tempat Masjid al-Aqsa dan mengembalikan pusat upacara pelaksanaan korban. Mereka terang-terang mengisytiharkan mahu meruntuhkan Masjid al-Aqsa, menghalau semua orang Islam dan Kristian dari ‘bumi Israel’.

Justeru, sudah sampai masanya Dunia Islam perlu bertindak dengan lebih tegas dan berani bagi menyekat kezaliman zionis Israel. Dalam masa yang sama bersatu padu dan berkerjasama bagi membebaskan Masjidil Aqsa daripada cengkaman penjajahan rejim zionis Israel demi untuk kelangsungan rakyat Palestin di samping untuk menguatkan lagi penyatuan seluruh Dunia Islam.

Marilah sama-sama kita mendoakan agar Allah SWT mengurniakan tsabat kepada saudara-saudara kita yang mempertahankan Masjidil Aqsa dan mengurniakan kepada Dunia Islam kepimpinan yang beriman bagi membebaskan bumi Palestin dan Masjidil Aqsa.  Saat ini tersangat hampir dengan izin Allah!

لا تَقُومُ السَّاعَةُ حتَّى تُقاتِلُوا اليَهُودَ، حتَّى يَقُولَ الحَجَرُ وَرَاءَهُ اليَهُودِيُّ: يا مُسْلِمُ، هَذَا يَهُودِيٌّ وَرَائِي فاقْتُلْهُ. – رواه البخاري و مسلم

Maksudnya : Kiamat tidak terjadi hingga kaum muslimin memerangi Yahudi  hingga batu berkata, ‘Hai Muslim, ini orang Yahudi dibelakangku, kemarilah, bunuhlah dia,

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

            Selamat hari raya Aidil Fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan ziarahilah sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan. Rebutlah peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa 6 hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w :

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ          ( رواه مسلم )

Maksudnya  : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.

اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ  وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ  وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى Myanmar وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا  اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ

Ya Allah! Jauhilah kami daripada bala’ bencana, wabak penyakit berjangkit covid 19, pelbagai perlakuan keji dan mungkar, segala kepayahan dan dugaan yang zahir dan yang tersembunyi. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Engkau ampunilah dosa-doa kami, kedua ibu bapa kami,adik beradik kami, anak-anak kami dan seluruh keluarga kami . Engkau rahmatilah diri kami, keluarga kami dan negara kami. Engkau lindungilah hamba-hamba Mu yang kerdil ini dari segala musibah, Engkau jauhilah diri kami dari penyakit yang merbahaya dan wabak yang mengancam nyawa, Ya Muqallibal Quluub, Teguhkan hati kami dalam agama Islam dan janganlah kau tarik nikmat Islam di dalam hidup kami. Sebagaimana Engkau kumpulkan kami pada hari raya ini maka kumpulkanlah kami untuk kebahagiaan yang berkekalan dalam SyurgaMu di akirat nanti

 .اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Himpunan Khutbah Aidil Fitri

Khutbah Aidil Fitri 1442H

Khutbah Aidil Fitri 1441H

Khutbah Aidil Fitri 1440H

Khutbah Aidil Fitri 1439H

Khutbah Aidilfitri 1438H

Khutbah Aidilfitri 1437H

Khutbah Aidil Fitri 1436H

Khutbah Aidilfitri 1435H

Khutbah Aidil Fitri 1434H

Khutbah Aidil Fitri 1433H

Khutbah Aidil Fitri 1432H

Khutbah Aidil Fitri 1431H

Khutbah Aidil Fitri 1430H

Khutbah Aidil Fitri 1429H

Khutbah Eidil Fitri 1428H

Khutbah Eidil Fitri 1427H

Khutbah Eidil Fitri 1426H

Khutbah Eidil Fitri 1425H

Khutbah Eidil Fitri 1424H

Khutbah Eidil Fitri 1423H

Khutbah Eidil Fitri 1422H

Khutbah Eidil Fitri 1421H

Himpunan Khutbah Ramadhan

Lailatul Qadar DiCari, Perang Badar DiHayati, al-Quran DiJulangTinggi

Ramadhan DiRai Al-Quran DiHayati Keberkatan DiMiliki

Ramadhan DiRai Aqidah DiJulang Tinggi

 Ramadhan DiRai Islam DiIkuti Umat DiBerkati

 Ibadat DiGandai Maksiat DiHindari Ramadhan DiRai

Ramadhan DiHayati Negara DiBerkati

Keberkatan Ramadhan DiCari Kemenangan Islam DiRai

Nuzul al-Quran DiHayati Tamadun Islam Diraih Kembali

Ramadhan Dirai al-Quran DiSanjungi

Ramadhan Dihayati Taqwa Dimiliki

Ramadhan DiHayati al-Quran DiJulang Tinggi

Taqwa DiTagih Kemuliaan DiRaih Sempena Ramadhan

Ramadhan Penyemarak Semangat Juang

Peristiwa Pembukaan Kota Mekah

Ramadhan DiRebut al-Quran DiIkut

Peperangan Badar Al-Kubra

Ramadhan Penyubur Kasih Sayang

Ramadhan Penyubur Jiwa Mulia

Ramadhan Dihayati Umat Terpuji

Taqwa Bertambah Berkat Melimpah Sempena Ramadhan al-Mubarak

Al-Quran DiJulang Umat Cemerlang

Khutbah Jumaat : Lailatul Qadar DiCari, Perang Badar DiHayati, al-Quran DiJulangTinggi

الحَمْدُ للهِ  !! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 1-5 surah al-Qadar :

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ﴿١﴾ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ ﴿٢﴾ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ ﴿٣﴾ تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ ﴿٤﴾ سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ ﴿٥

Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,  Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?. ( Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.  Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);  Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! 

Kini kita mulai memasuki malam terakhir bulan Ramadhan bagi tahun 1443H  yang memberi isyarat jelas supaya kita semakin bersemangat dalam menambahkan bekalan akhirat pada saat yang begitu berharga ini terutama salah suatu malamnya akan ada Lailatul Qadar yang beribadat padanya lebih baik daripada 1000 bulan atau  83 tahun 4 bulan. Dikatakan lebih baik daripada seribu bulan di mana Imam al-Qurtubi berkata: “Malam Qadar mempunyai kelebihan kerana banyaknya keistimewaan dan malam tersebut dibahagikan kebaikan yang banyak yang tidak terdapat seumpamanya pada seribu bulan. Ramai ulama dan ahli tafsir berpendapat amalan dilakukan pada malam Qadar lebih baik daripada seribu bulan yang tiada padanya malam Qadar. Hal ini, disokong oleh Abu al-‘Aliyah. Maksud Jibril dan Malaikat turun pada malam tersebut pula di mana Imam Qurtubi berkata: “Mereka turun daripada setiap langit dan juga Sidratul Muntaha ke langit dunia untuk mengaminkan doa orang yang memohon pada malam tersebut hingga waktu fajar. Turunnya malaikat dan Jibril membawa rahmat dengan perintah Tuhan.

Manakala maksud mendapat keselamatan dan kebaikan semuanya tanpa sebarang kejahatan hingga keluarnya fajar di mana ahli tafsir Al-Dahhaq berkata: “Allah tidak takdirkan pada malam tersebut kecuali keselamatan. Sedangkan imam Mujahid berpendapat: “Ia merupakan malam selamat di mana syaitan tidak mampu untuk melakukan sebarang kejahatan pada malam tersebut.”

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

قال الرسول : مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِإِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ -– رواه البخاري ومسلم.

Maksudnya : Sesiapa yang bangun beribadat pada Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka diampunkan baginya  dosa-dosanya yang telah lalu

Jika dalam urusan dunia seperti bila adanya tawaran gaji lumayan, jualan murah serta bonus kerja maka kita pasti berebut dan rasa begitu gembira apabila berjaya mendapatnya. Sepatutnya semangat berlumba untuk mendapatkan Lailatul qadar mesti lebih bersungguh daripada mengejar habuan dunia. Kita jangan hilang fokus dan tumpuan bila berada di akhir Ramadhan sebaliknya amalan soleh kita termasuk solat berjemaah, iktikaf di masjid, membaca al-Quran, bersedekah terus dijaga dan ditambah. Perbanyakkan zikir, istighfar dan doa terutama

Dari Aisyah RA, beliau bertanya kepada Nabi SAW:

يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ عَلِمْتُ أَيُّ لَيْلَةٍ لَيْلَةُ القَدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَا؟ قَالَ: قُولِي: اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي – رواه أحمد والترمذي والنسائي والبيهقي

Maksudnya: Wahai Rasulullah, jika aku menjumpai satu malam merupakan Lailatul Qadar, apa yang harus aku ucapkan di malam itu? Baginda menjawab: Ucapkanlah:

 اللَّـهُـمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ تُـحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku.”

Jangan biarkan persiapan menyambut hari raya mengganggu tumpuan kita dalam mengejar Lailatul qadar bagi menjamin hari raya yang lebih hebat dalam Syurga  Allah di akhirat nanti

قال الرسول : “تحَرَّوْا لَيْلَةَ القَدْرِ فيِ الوِتْرِ مِنَ العَشِر الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ” – رواه البخاري ومسلم

Maksudnya : Carilah Lailatul Qadar pada bilangan ganjil pada 10 malam terakhir daripada  Ramadhan

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat  3-4 surah ad-Dukhan :

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُّبَارَكَةٍ ۚ إِنَّا كُنَّا مُنذِرِينَ ﴿٣﴾ فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ ﴿٤﴾ 

Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).(Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar)

Ramadhan yang merupakan bulan turunnya al-Quran sewajarnya mengetuk hati kita untuk menghayati peranan al-Quran dalam kehidupan kita antaranya : [1] Memimpin manusia ke jalan keselamatan dan kebahagiaan hidup baik di dunia mahupun di akhirat [2] Memelihara dan mempertahankan martabat kemanusiaan yang tinggi dengan mempertahankannya dengan iman dan amal soleh.  [3] Peringatan  bagi umat manusia agar tidak tergelincir kepada jalan kesesatan   [4]  Al-Quran sebagai pedoman, petunjuk, dan rahmat bagi manusia [5] Pelajaran dan penerangan bagi umat manusia

Suasana sambutan Ramadhan tahun ini dicemari dengan tindakan melampau seorang pemimpin parti politik berhaluan kanan anti-Islam di Sweden yang membakar senaskhah al-Quran, Khamis lalu. Pemimpin kelahiran Denmark yang berusia 40 tahun itu pernah mencetuskan kemarahan umat Islam sebelum ini apabila membakar al-Quran di Malmo, sebuah kota di selatan Sweden pada 2020. Tindakan biadab tersebut tentunya akan membangkitkan kemarahan umat Islam. Sewajarnya ada sikap toleransi dan saling menghormati terutamanya berkaitan agama di mana isu-isu sensitif berkaitan agama seperti menghina pemimpin agama mahupun kitab suci perlu dielakkan dalam memelihara keharmonian dan perpaduan dalam sesebuah negara.

Kebebasan bersuara yang diamalkan ketika ini terutamanya di Barat, dipandang umat Islam sebagai alat diskriminasi dan provokasi terhadap mereka di mana saat ini Islamofobia dilihat amat berleluasa hingga menyebabkan umat Islam di Eropah dan Barat dihina, ditindas dan dizalimi. Terdapat banyak insiden masjid dan sekolah umat Islam diceroboh dan dirosakkan serta berlakunya jenayah akibat kebencian hingga menyebabkan kecederaan mahupun kematian ke atas umat Islam. Sudah sampai masanya penghinaan terhadap Islam, pemimpinnya mahupun al-Quran perlu dihentikan segera kerana ia hanya akan terus meningkatkan ketegangan yang berpanjangan. Hentikan sikap double standard terhadap Islam dan umatnya kerana ia tidak akan menguntungkan mana-mana pihak

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam  ayat 123 surah  Ali ‘Imran:

﴿وَلَقَدۡ نَصَرَكُمُ ٱللَّهُ بِبَدۡرٖ وَأَنتُمۡ أَذِلَّةٞۖ فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ١٢٣﴾

Maksudnya : “Dan sesungguhnya Allah telah menolong kalian mencapai kemenangan dalam Peperangan Badar, sedang kalian berkeadaan lemah (kerana kalian sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu, bertaqwalah kalian kepada Allah, supaya kalian bersyukur (akan kemenangan itu).” 

Beradanya kita pada bulan Ramadhan turut mengetuk hati kita untuk mengambil pengajaran kepada Perang Badar Kubra tahun 2 Hijrah  antaranya [1] Perang Badar merupakan pembatas di antara 2 ikatan dan menjadi pembeza antara yang haq dan yang batil. Kekuatan umat Islam semakin kuat sehingga dataran Arab/ [2] Tergoncangnya kedudukan Quraisy di mata orang Arab terutama penduduk Makkah dengan kekalahan yang tak diduga tersebut. [3] Munculnya umat Islam sebagai suatu kekuatan yang memiliki pengaruh besar. Hal ini menyebabkan banyak kabilah yang tinggal di sepanjang laluan Mekah dan Syam membuat perjanjian kesepakatan dengan mereka. Dengan demikian kaum muslimin sudah berhasil menguasai laluan utama tersebut. [4] Sebelum Perang Badar meletus, kaum muslimin bimbang ancaman keberadaan orang-orang non muslim yang tinggal di kota Madinah. Namun setelah mereka kembali dari Badar ternyata kebimbangan itu meleset. [5] Semakin bertambahnya kebencian orang-orang Yahudi terhadap umat Islam. Sebahagian mereka mulai menunjukkan permusuhannya secara terang-terangan. Sementara yang lainnya menjadi agen yang membawa berita berkenaan perihal kaum muslimin kepada orang-orang Quraisy serta memprovokasi mereka untuk menyerang umat Islam. [6] Aktiviti perdagangan Quraisy menjadi semakin sempit. Akhirnya mereka terpaksa mengguna laluan Iraq melalui Najd yang agak jauh kerana takut apabila dikuasai oleh orang-orang Islam. [7] Pada Perang Badar, 14 orang dari kalangan umat Islam gugur sebagai syuhada.  Manakala dari pihak orang musyrikin  seramai 70 orang terbunub dan 70 orang lagi ditawan. Kebanyakan dari mereka adalah pemuka dan pembesar Quraisy.

Semoga semangat dari strategi yang rapi serta pergantungan yang tinggi kepada Allah dalam Perang Badar dapat kita ulangi terutama dalam menghentikan keganasan zionis Yahudi di Palestin.  Sejak awal Ramadhan tahun ini ‘Pemegang Amanah Bukit Haikal’ ialah gerakan Yahudi Ortodoks yang melampau, berpusat di Quds melakukan keganasan di Palestin. Matlamat mereka membina Kuil Haikal Sulaiman pada tempat Masjid al-Aqsa dan mengembalikan pusat upacara pelaksanaan korban. Gerakan ini terang-terang mengisytiharkan mahu meruntuhkan Masjid al-Aqsa, menghalau semua orang Islam dan Kristian dari ‘bumi Israel’.

Umat Islam sudah muak mendengar kenyataan kosong sama ada daripada OIC, Liga Arab mahupun PBB sendiri kerana sudah sedia maklum tidak akan diendahkan oleh rejim zionis Israel. Masa bercakap sudah berlalu, sekarang masanya untuk bangkit bagi membantu dan membebaskan setiap inci bumi Palestin dari jajahan zionis Israel. Justeru, sudah sampai masanya Dunia Islam perlu bertindak dengan lebih tegas dan berani bagi menyekat kezaliman zionis Israel. Dalam masa yang sama bersatu padu dan berkerjasama bagi membebaskan Masjidil Aqsa daripada cengkaman penjajahan rejim zionis Israel demi untuk kelangsungan rakyat Palestin di samping untuk menguatkan lagi penyatuan dan perpaduan seluruh Dunia Islam.

Marilah sama-sama kita mendoakan agar Allah SWT mengurniakan tsabat kepada saudara-saudara kita yang mempertahankan Masjidil Aqsa dan mengurniakan kepada Dunia Islam kepimpinan yang beriman bagi membebaskan bumi Palestin dan Masjidil Aqsa. Ketahuilah masa ini tersangat hampir dengan izin Allah!

لا تقومُ الساعةُ حتى يقاتلَ المسلمون اليهودَ ، فيقتلُهم المسلمون ، حتى يختبيءَ اليهوديُّ من وراءِ الحجرِ و الشجرِ ، فيقولُ الحجرُ أو الشجرُ : يا مسلمُ يا عبدَ اللهِ هذا يهوديٌّ خلفي ، فتعالَ فاقْتلْه . إلا الغَرْقَدَ ، فإنه من شجرِ اليهودِ  – رواه مسلم

Maksudnya : Kiamat tidak terjadi hingga kaum muslimin memerangi Yahudi lalu kaum muslimin membunuh mereka hingga orang Yahudi bersembunyi dibalik batu dan pohon, batu atau pohon berkata, ‘Hai Muslim, hai hamba Allah, ini orang Yahudi dibelakangku, kemarilah, bunuhlah dia, ‘ kecuali pohon gharqad, ia adalah pohon Yahudi

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Jumaat : Ramadhan DiRai Al-Quran DiHayati Keberkatan DiMiliki

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.  

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  3-6 surah ad-Dukhan :

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُّبَارَكَةٍ ۚ إِنَّا كُنَّا مُنذِرِينَ ﴿٣﴾ فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ ﴿٤﴾ أَمْرًا مِّنْ عِندِنَا ۚ إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ ﴿٥﴾ رَحْمَةً مِّن رَّبِّكَ ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ﴿٦

Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).(Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar). Iaitu perkara-perkara yang terbitnya dari hikmat kebijaksanaan Kami; sesungguhnya telah menjadi adat Kami mengutus Rasul. (Untuk menyampaikan) rahmat dari Tuhanmu (kepada umat manusia); sesungguhnya Allah Jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui (akan segala keadaan hamba-hambaNya)

Syukur kita panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat Ramadhan di mana kini telah 2 minggu kita sama-sama diberikan kesempatan untuk beramal pada bulan yang penuh keberkatan ini. Ramadhan dan al-Quran tidak dapat dipisahkan maka begitulah juga dengan diri kita jangan pisahkan daripada al-Quran. Kemuliaan Ramadhan berkait rapat dengan penurunan al-Quran maka begitulah hati kita bila sentiasa disirami dan dipenuhi dengan al-Quran akan membawa kepada kemuliaan diri dunia dan akhirat. Amat rugi apabila kita mampu membaca akhbar, majalah, whatsap, tonton tv, layari internet sedangkan sentiasa memberi seribu alasan untuk tidak membaca al-Quran. Betapa rugi kita mampu berbincang dan belajar ilmu dunia yang lain sedangkan sentiasa memberi pelbagai alasan untuk tidak belajar al-Quran dan memahami makna isi kandungannya. Betapa rugi manusia yang malu jika mampu menguasai Bahasa dunia yang lain terutama Bahasa Inggeris sedangkan dia tidak pernah malu kerana tidak pandai membaca al-Quran apatah lagi memahami maknanya. 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 82 surah al-Isra’:

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا

Maksudnya : Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.

Contohilah generasi kemenangan dari kalangan para sahabat nabi yang menjadi teladan bagi generasi  berikutnya dalam menjadikan al-Quran sebagai jalan hidup mereka. Oleh sebab itu mereka mulia di sisi Allah kerana ketakwaan mereka, kedalaman ilmu mereka, amal soleh mereka, dan kecintaan mereka yang teramat besar terhadap Allah dan Rasul-Nya. Para sahabat hidup di bawah naungan al-Quran. Sehingga ayat-ayat suci itu mewarnai hidup dan kehidupan mereka, mewarnai hati dan tingkah laku mereka. Para sahabat tidak memandang al-Quran sebagai teori dan falsafah. Bahkan, mereka menjadikan al-Quran sebagai undang-undang kehidupan mereka dalam hidup bermasyarakat dan bernegara, dalam hidup individu dan rumah tangga. Bahkan, al- Quran itu sesuai dengan semua keadaan dan suasana. 

  Kita patut merasa bimbang apabila kegunaan al-Quran dalam masyarakat  hanya disimpan di dalam rumah, tulisan khat digantung di dinding-dinding rumah sebagai perhiasan semata-mata. Bahkan terdapat kajian menunjukkan tahap kesedaran umat Islam di Malaysia terhadap al-Quran masih berada tahap sederhana. Satu pemantauan telah dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, mendapati bahawa ada dalam kalangan umat Islam di negara ini tidak mempunyai al-Quran walaupun senaskhah di rumah mereka. Para remaja pada hari ini ramai yang tidak tahu atau kurang mahir dalam membaca al-Quran kerana sikap mereka yang tidak memandang berat akan kepentingan al-Quran serta ketidakprihatinan ibu bapa dan masyarakat sekeliling . Masalah ini juga adalah berpunca dari sikap masyarakat yang terlalu memandang kepada pangkat serta mengambil berat mengenai hal-hal keduniaan Menurut suatu laporan kajian mendapati bahawa hanya 10% sahaja yang membaca al-Quran setiap hari dan sebanyak 63.1% yang membaca al-Quran jarang-jarang. Alasan mereka yang jarang-jarang membaca al-Quran adalah kerana malas, tidak ada masa dan alasan tidak pandai membaca al-Quran.  Walaupun kebanyakan pelajar telah khatam al-Quran, namun dari segi tahap kelancaran masih di peringkat sederhana. Sebagaimana dapatan kajian mendapati masalah yang dihadapi oleh pelajar adalah pelajar kurang lancar membaca al-Quran, lemah dari segi makhraj huruf dan lemah menguasai hukum-hukum tajwid. Mereka tidak dapat menguasai al-Quran sejak di sekolah rendah lagi. Begitu juga kebanyakan umat Islam membaca al-Quran, tetapi mereka tidak memahami dan menghayati isi kandungan al-Quran yang dibaca sehingga Kejahilan segelintir kita yang tidak memahami maksud di sebalik ayat al-Quran menjadikan matlamat membaca al-Quran itu pincang. Keadaan di mana individu melagukan ayat al-Quran secara mendayu sedangkan ayat menegaskan perintah Allah, sering berlaku dan menimbulkan kekeliruan

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat  121 surah al-Baqarah :

الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَتْلُونَهُ حَقَّ تِلَاوَتِهِ أُولَٰئِكَ يُؤْمِنُونَ بِهِ ۗ وَمَن يَكْفُرْ بِهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ ‎﴿١٢١﴾

Maksudnya : Orang-orang yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi. 

  Al-Quran dan Ramadhan saling berkait dan menjadi sumber bekalan. Al-Quran merupakan sebuah mukjizat dan Rahmatan Lil a’lamin kepada seluruh makhluknya. Manakala, bulan Ramadhan diturunkan padanya al-Quran serta menjadi sumber bekalan kekuatan kepada setiap orang Muslim. Manusia hanya perlu memanfaatkan keberadaan di Bulan Ramadhan dan berusaha memahami al-Quran dengan berinteraksi menggunakan kaedah yang di gariskan daripada al-Quran dan as-Sunnah bagi memberikan kesan kepada penghayatan al-Quran dalam kehidupan

Menurut Imam Ghazali , merujuk ayat “sebagaimana sepatutnya” (haqqa tilawatih) membawa maksud, membaca perlu melibatkan lisan, akal, dan hati. Tugas lisan adalah membaca huruf per huruf secara tepat. Tugas akal adalah memahami makna dan kandungan. Manakala, tugas hati adalah mengambil pelajaran dan nasihat untuk kemudian dipatuhi dan ditaati. Kalimah Haqqa tilawatih menurut at-Tabari , Abdullah ibn Mas’ud menjelaskan dengan memabawa maksud tunduk dan patuh terhadap segala apa yang dihalalkan dan diharamkan oleh-Nya, dan membacanya sesuai dengan apa yang diturunkan oleh Allah serta tidak menyimpangkan-Nya, dan tidak mentakwilka-Nnya secara tidak patut. Manakala, Ibnu Abbas menafsirkan haqqa tilawatih, iaitu mengiringi apa yang dibaca dengan iringan yang beramal dengan-Nya

Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 89 surah an-Nahlu :

وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِّكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَىٰ لِلْمُسْلِمِينَ ﴿٨٩

Maksudnya : dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam

Gunakanlah  peluang berada pada bulan Ramadhan bulan turunnya al-Quran untuk kita semakin rapat dengan al-Quran bukan sahaja berlumba untuk membacanya tetapi mesti memahami seterusnya melaksanakannya dalam kehidupan seharian agar kita berjaya dunia dan akhirat.

Kita perlu runsing bila ditanya mengapa umat Islam di negara ini tidak mengamalkan mambaca al-Quran dalam kehidupan seharian lalu mereka akan memberikan alasan sibuk dengan pekerjaan. Manakala pelajar sekolah pula mengatakan bahawasanya mereka terlalu sibuk untuk belajar dan menyiapkan kerja sekolah yang perlu dihantar segera sehinga tidak sempat membaca al-Quran.

Ibu bapa  juga tidak menjalankan tanggungjawab mereka untuk mengajar al-Quran ekoran daripada kerja yang terlalu banyak hingga terbawa-bawa ke rumah. Anak-anak akan merasakan bahawa membaca al-Quran itu adalah perkara yang tidak penting dan boleh dipilih sama ada ingin membacanya mahupun tidak. Ibu bapa dalam konteks ini tidak mempamerkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak dalam penghayatan al-Quran di rumah. Pengaruh rakan sebaya juga memainkan peranan yang besar dalam isu al-Quran ini. Rakan sebaya yang tidak pernah mengingatkan rakannya untuk membaca al-Quran merupakan rakan sebaya yang teruk dan tidak sepatunya dijadikan rakan ataupun tugas umat Islam sebagai seorang yang bertanggungjawab perlulah membimbing rakan sebaya yang terpesong jauh dari ajaran agama Islam. Jika ketua kumpulan dalam kalangan rakan sebaya itu dapat dipengaruhi untuk berubah dan sentiasa mengamalkan al-Quran, nescaya rakan-rakan mereka yang lain akan turut patuh dan mengikuti apa sahaja yang ketua mereka lakukan. Biarpun pada awalnya setiap individu dalam masyarakat membaca al-Quran secara paksaan, tetapi lama kelamaan paksaan tersebut akan menjadi relahati. Perubahan ini menuntut kepada cara interaksi dengan al-Quran yang baik. Hidupkan al-Quran dalam diri kita, anak isteri kita, masyarakat kita, negeri kita, negara kita nescaya kita akan berjaya dunia akhirat

قال النبي : اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ – – رواه مسلم

Maksudnya : Bacalah al-Quran, kerana sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat memohonkan syafa’at bagi orang yang membacanya (di dunia)

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Jumaat : Ramadhan DiRai Aqidah DiJulang Tinggi

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.  

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 183 surah al-Baqarah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ﴿١٨٣

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa

Kini kita berada pada hari-hari terakhir bulan Sya’aban 1443H di mana kita bakal menyambut kedatangan Ramadhan 2 hari lagi. Terdapat 2 sikap orang dalam menyambut Ramadhan yang penuh dengan keberkatan dan keistimewaan ini iaitu  [1] orang yang bergembira dan suka cita dalam menyambut bulan Ramadhan kerana ia bulan yang anugerahkan oleh Allah untuk menambah pahala dan bertaubat dari semua dosa. Ramadhan adalah bulan bonus dimana Allah melipatgandakan pahala amal kebaikan. Maka segala sesuatu persiapan terutama ilmu, fizikal, rohani, harta dipersiapkan untuk menyambut dan mengisi Ramadhan. Gembira di bulan ini terdapat janji Allah dengan membuka luas pintu Syurga dan dijauhkannya seseorang dari api neraka. Dan itu merupakan kemenangan yang membahagiakan.

قَدْ جَاءَكُمْ شَهْرُ رَمَضَانَ شَهْرٌ مُبَارَكٌ افْتَرَضَ الله عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ فِيْهِ يُفْتَحُ فِيْهِ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَيُغْلَقُ فِيْهِ أَبْوَابُ الْجَحِيْمِ وَتَغُلُّ فِيْهِ الشَّيَاطِيْنُ، فِيْهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ, مَنْ حُرِمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حُرِمَ.- رواه أحمد

Maksudnya: ” Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah memerintahkan berpuasa di dalamnya. Dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan dibelenggu segala syaitan. Dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebajikan malam itu, berert telah diharamkan baginya segala rupa kebajikan”.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

مَا ملأَ آدمِيٌّ وِعَاءً شَرًّا مِنْ بَطنٍ، بِحَسْبِ ابنِ آدمَ أُكُلاتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ، فإِنْ كَانَ لا مَحالَةَ فَثلُثٌ لطَعَامِهِ، وثُلُثٌ لِشرابِهِ، وَثُلُثٌ لِنَفَسِهِ رواه الترمذي وقال: حديثٌ حسنٌ.

Maksudnya: Tidaklah memenuhi bekas bagi Anak Adam yang lebih buruk dari perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suapan yang dapat  menegakkan tulang belakangnya. Jika ingin lebih dari itu, maka bahagilah satu pertiga  perutnya untuk makanan, satu pertiga untuk minuman, dan satu pertiga untuk  pernafasan.

Manakala golongan ke-[2]  menyambut Ramadhan dengan sikap yang dingin. Baginya, Ramadhan tidak ada beza dengan bulan-bulan lain. Orang seperti ini tidak mampu memanfaatkan Ramadhan untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Dosa dan kesalahan tidak membuatnya risau dan gelisah hingga tak ada upaya maksima untuk menghapusnya dan menjadikan Ramadhan sebagai momentum untuk kembali kepada Allah. Bahkan, dia menyambut Ramadhan dengan kebencian kerana pada perasaannya Ramadhan menyekatnya daripada melakukan dosa dan kemaksiatan, sebagaimana yang dilakukannya di bulan-bulan lain. Hatinya tertutup dan penuh benci kepada kebaikan. Menyaksikan kaum Muslimin berlumba-lumba dalam kebaikan, mengisi hari-hari mereka dengan ibadah adalah pemandangan yang tidak disukainya. Syaitan telah menghembuskan kebencian dalam hatinya hingga Ramadhan bagai neraka baginya. Semoga kita dijauhkan dari sikap dan sifat ini.

Sepatutnya Ramadhan dijadikan bulan menjaga kesihatan dengan mengurangkan makan tetapi dijadikan bulan pesta makanan. Sepatutnya Ramadhan dijadikan bulan berjimat cermat tetapi dijadikan bulan membazir sehingga sisa makanan yang dibuang pada Ramadhan meningkat berkali ganda

Luqman Al-Hakim menasihati  anaknya: “Wahai anakku! Apabila  perutmu kekenyangan, akalmu akan tidur, hikmah akan bisu, anggota tidak  mampu melakukan ibadah.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat  185 surah al-Baqarah :

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ …..

Maksudnya : Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah

  Allah menyebut secara khusus dalam al-Quran tentang kelebihan dan keberkatan bulan Ramadhan. Ini menunjukkan bulan Ramadhan adalah bulan yang amat istimewa kepada umat Islam kerana waktu malam dan siang ia menyajikan pelbagai keberkatan. Oleh itu, Ramadhan merupakan satu bulan mulia yang sentiasa ditunggu dengan penuh kegembiraan. Jangan sia-siakan kehadiran Ramadhan agar kelebihan yang dijanjikan oleh Allah dapat kita capai. Antaranya dengan memperbanyakkan bacaan al-Quran serta tadabbur maknanya seterusnya menghayati dalam kehidupan seharian. Al-Quran dan puasa akan memberi syafaat kepada orang berpuasa dan membaca al-Quran pada hari akhirat kelak

الصِّيَامُ وَالْقُرْآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، يَقُولُ الصِّيَامُ: أَيْ رَبِّ، مَنَعْتُهُ الطَّعَامَ وَالشَّهَوَاتِ بِالنَّهَارِ، فَشَفِّعْنِي فِيهِ، وَيَقُولُ الْقُرْآنُ: مَنَعْتُهُ النَّوْمَ بِاللَّيْلِ، فَشَفِّعْنِي فِيهِ ، قَالَ: «فَيُشَفَّعَانِ».

Maksudnya: Puasa dan Al-Quran itu memberi syafaat bagi hamba pada Hari Kiamat. Puasa berkata: “Wahai Tuhan! Aku telah mencegahnya daripada makan dan  kelazatan pada siang hari, maka syafaatkan aku baginya.” Al-Quran berkata:  “Wahai Tuhan! Aku telah menegahnya tidur pada waktu malam, maka  syafaatkan aku baginya.” Tuhan berkata: “Kedua-duanya disyafaatkan.”

Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T,

Sebagaimana kita berpuasa dari makanan dan minuman yang halal, kita  juga wajib berpuasa dengan meninggalkan perkara yang haram. Kita bukan sahaja wajib meningggalkan makan minum bermula dari Subuh hingga Maghrib malah wajib juga menjauhi pancaindera kita  iaitu tangan, kaki, mata, telinga, lidah daripada maksiat. Kerana inilah  disyariatkan puasa. Sabda Rasulullah SAW:

مَن لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ والعَمَلَ به، فليسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ في أنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وشَرَابَهُ. – رواه البخاري

Maksudnya: Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan keji (dusta) serta mengamalkannya, maka Allah tidak berhajat orang itu meninggalkan makan dan minumnya.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 256 surah al-Baqarah :

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ ۖ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ ۚ فَمَن يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ لَا انفِصَامَ لَهَا ۗ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ‎﴿٢٥٦﴾‏

Maksudnya: Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. 

Ketika kita umat Islam sedang bersiap sedia untuk menyambut Ramadhan maka timbul isu panas apabila adanya usaha melalui mahkamah untuk memurtadkan 3 anak Loh Siew Hong yang sebelum ini telah memeluk Islam melalui bekas suaminya. Oleh itu mimbar Jumaat pada hari ini menyeru kepada semua ahli politik, cendekiawan, mufti, pendakwah, badan bukan kerajaan (NGO) serta seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk bersatu dan senada dalam isu keselamatan aqidah anak-anak Loh Siew Hong.
Keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menyerahkan tiga kanak-kanak itu kepada ibu kandungannya hanyalah melibatkan isu penjagaan dan tidak menyentuh isu agama apatah lagi memerintahkan atau membenarkan anak-anak tersebut untuk meninggalkan agama Islam. Keislaman mereka adalah atas dasar kefahaman, kesedaran dan kerelaan mereka sebagai manusia yang merdeka hasil daripada pengajian serta pendidikan Islam yang mereka lalui.

Justeru,Kita sebagai umat yang beriman dan bermaruah pada hari ini ingin memberikan amaran tegas bahawa jangan ada mana-mana pihak yang ingin atau berhasrat menukar agama anak-anak ini. Seluruh umat Islam di negara ini wajib bersatu demi keselamatan aqidah mereka. Agama adalah nikmat paling bernilai yang wajib dijaga dan dipertahankan. Biar bermandi darah namun usaha murtadkan umat tetap disanggah. Biar nyawa melayang namun aqidah tetap dipertahankan. Jangan bermain api dengan umat Islam nanti buruk padahnya

Firman Allah dalam ayat 109 surah al-Baqarah :

وَدَّ كَثِيرٌ مِّنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُم مِّن بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِّنْ عِندِ أَنفُسِهِم مِّن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ ۖ فَاعْفُوا وَاصْفَحُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ‎﴿١٠٩﴾

Maksudnya: Ramai di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Himpunan Khutbah Ambang Ramadhan

Ramadhan DiRindu Taqwa DiBuru

Rai Kedatangan Ramadhan Raih Kemenangan Islam

Ramadhan DiRai Keistimewaannya DiNikmati

Ramadhan DiSambut Taqwa DiRebut

Ramadhan Dirai Kemuliaan DiRasai

Taqwa DiTagih Kemuliaan Diraih