• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib Khutbah

  • ekhutbah Audio MP3

  • Tetamu Online

  • Pengurusan Blog

Khutbah Jumaat : Ulama’ DiSanjungi Ujian Allah DiSantuni Kemuliaan DiMiliki


السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 155 – 156 surah al-Baqarah :

وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَ‌اتِ ۗ وَبَشِّرِ‌ الصَّابِرِ‌ينَ ﴿١٥٥﴾ الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّـهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَ‌اجِعُونَ ﴿١٥٦﴾ أُولَـٰئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِّن رَّ‌بِّهِمْ وَرَ‌حْمَةٌ ۖ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ

Maksudnya : Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.

Kini kita di negeri sebelah Pantai Timur sedang memasuki musim tengkujuh. Malah ada beberapa negeri telah dan sedang diuji dengan banjir seperti Melaka, Kedah dan Selangor. Ujian Allah itu bertujuan untuk mengetahui tingkatan dan kualiti pengorbanan dan kesabaran. Adapun bentuk ujian yang diberikan Allah iaitu :

[1] Syaitan Dan Hawa Nafsu yang merupakan 2 musuh utama manusia dalam hidup yang wajib dijauhi dalam kehidupan manusia. [2] Orang Kafir, Musyrik, Munafiq, Zalim, Fasiq, Jahil yang memusuhi kebenaran [3] Penderitaan Dan Kesengsaraan Hidup seperti banjir, kebakaran, gempa bumi dan Covid-19 [4] Kekayaan Dan Kemewahan Hidup bila gagal diurus berasaskan agama hingga tergelincir kepada jalan kesesatan  [5] Pangkat Jawatan Dan Kedudukan bila disalahguna untuk melakukan kezaliman dan kerosakan diatas muka bumi ini. [6] Ketakutan Yang Berlebihan sehingga takut kepada makhluk lebih takut daripada takut kepada Allah [7] Anak-Anak, Pasangan Hidup, Ahli Keluarga Dan Teman yang mengajak kepada maksiat kepada Allah

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat  11   surah at-Taghabun :

مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّـهِ ۗوَمَن يُؤْمِن بِاللَّـهِ يَهْدِ قَلْبَهُ ۚ وَاللَّـهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ ﴿١١﴾ ‌

Maksudnya : Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu 

            Lafaz ‘ibtilaa’, ‘imtihan’, ‘fitnah’ (bahasa Arab) mempunyai pengertian hampir sama, iaitu dugaan daripada Allah ke atas sebahagian hamba-Nya untuk menilai kadar keimanan mereka. Begitu juga perkataan musibah, bala dan bencana (bahasa Melayu) masih diertikan sebagai ujian dan dugaan Allah ke atas hamba-Nya. Kata lawan bagi ujian Allah ini ialah ‘uquubah’, ‘azab’ dan ‘iqaab’ (bahasa Arab) yang bermakna hukuman dan balasan.

Terdapat perbezaan antara ujian dan hukuman, seperti berikut:

[1] Ujian itu bersifat sementara dan tidak kekal. Ia wujud hanya untuk menduga keimanan orang yang beriman. Hukuman atau uquubah adalah balasan kepada mereka yang melakukan dosa dan bersifat kekal abadi. Biasanya ujian datang dalam bentuk ketakutan, kelaparan, kekurangan wang atau harta dan makanan dan kematian. Golongan yang paling banyak diuji oleh ialah para nabi

عَنْ سعد بن أبي وقاص قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَىُّ النَّاسِ أَشَدُّ بَلاَءً قَالَ الأَنْبِيَاءُ ثُمَّ الصَّالِحُونَ ثُمَّ الأَمْثَلُ فَالأَمْثَلُ فَيُبْتَلَى الرَّجُلُ عَلَى حَسَبِ دِينِهِ فَإِنْ كَانَ دِينُهُ صُلْبًا اشْتَدَّ بَلاَؤُهُ وَإِنْ كَانَ فِى دِينِهِ رِقَّةٌ ابْتُلِىَ عَلَى حَسَبِ دِينِهِ فَمَا يَبْرَحُ الْبَلاَءُ بِالْعَبْدِ حَتَّى يَتْرُكَهُ يَمْشِى عَلَى الأَرْضِ مَا عَلَيْهِ خَطِيئَةٌ – رواه الترمذي والحاكم وابن حبان

Dari Sa’ad bin Abi Waqqash beliau berkata : “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w : “Ya Rasulallah, siapa manusia yang paling berat cubaannya ?”. Rasulullah menjawab : “Para Nabi lalu orang-orang soleh lalu orang-orang yang semisal dengan mereka lalu yang semisal dengan mereka. Sesungguhnya seseorang akan diuji sesuai dengan tahap agamanya, semakin kuat dia berpegang teguh dengan agamanya, semakin berat cubaan dan ujian yang diterimanya. Sedangkan yang agamanya biasa saja, maka dia diuji mengikut kadar agamanya itu. Dan ujian itu akan terus menimpa seorang hamba sampai dia berjalan di atas bumi tanpa dosa”.

Dalam sejarah para nabi, beberapa perkara berlaku Nabi Ibrahim as dicampak ke api oleh Namrud, Nabi Ayub as pernah ditimpa sakit berpanjangan, Nabi Yusuf as dimasukkan ke dalam penjara, Nabi Yunus as dimasukkan ke dalam perut ikan dan Nabi Muhamad saw pernah diboikot oleh kafir Quraisy di Makkah selama tiga tahun.

Semua ini adalah ujian Allah bagi para hamba-Nya yang beriman. Ia berlaku dalam beberapa ketika sahaja, bukan hukuman atau balasan pedih daripada Allah selama-lamanya.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat  30  surah as-Syura:

وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ ﴿٣٠

Maksudnya : Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu. 

[2] Ujian samada baik buruk sebagai peringatan atau menyedarkan Mukmin di mana ada juga ujian yang menimpa orang Mukmin berbentuk bencana supaya mereka cepat bertaubat dan sedar daripada kelalaian atau kecuaian yang menghinggapi mereka. Ada kala ujian ini tidak berbentuk bencana tetapi nikmat yang diberi kepada seorang Mukmin untuk menduga sama ada dia tetap bersyukur kepada-Nya seperti sebelumnya atau kalah dengan perasaan baru yang timbul iaitu berasa bangga dengan pencapaiannya hingga lupa diri dan menderhakai Allah

[3] Ujian itu menjadi azab jika menimpa ahli maksiat di mana sebahagian ulama menyatakan ujian Allah jika ditimpakan ke atas orang yang banyak dosa dan melakukan maksiat dan jika mereka tidak menyedarinya itu sebagai ujian dan tidak bertaubat dengan segera atau gagal dengan ujian-Nya, maka ia bukan lagi ujian tetapi telah menjadi azab yang menimpa seperti yang menimpa Qarun.

Allah menjelaskan bahawa tiada suatu azab menimpa seseorang melainkan kerana pilihan manusia itu sendiri yang gagal dengan ujian Allah, seperti firman Allah dalam ayat 79 surah An-Nisaa:

مَّا أَصَابَكَ مِنْ حَسَنَةٍ فَمِنَ اللَّهِ ۖ وَمَا أَصَابَكَ مِن سَيِّئَةٍ فَمِن نَّفْسِكَ ۚ وَأَرْسَلْنَاكَ لِلنَّاسِ رَسُولًا ۚ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ شَهِيدًا ‎﴿٧٩﴾‏

Maksudnya : Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah daripada Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah daripada (kesalahan) dirimu sendiri.”

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah S.W.T,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلَا وَصَبٍ وَلَا هَمٍّ وَلَا حُزْنٍ وَلَا أَذًى وَلَا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ – رواه البخاري

Maksudnya: “Tidaklah seorang Muslim tertimpa suatu penyakit dan keletihan, kekhuatiran dan kesedihan, dan tidak juga gangguan dan kesusahan bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya.

[4] Ujian Allah menggugurkan dosa supaya manusia bertaubat sedangkan Azab yang menimpa pula adalah kerana banyak dosa dan maksiat.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يَزَالُ الْبَلَاءُ بِالْمُؤْمِنِ وَالْمُؤْمِنَةِ فِي نَفْسِهِ وَوَلَدِهِ وَمَالِهِ حَتَّى يَلْقَى اللَّهَ وَمَا عَلَيْهِ خَطِيئَةٌ

Maksudnya : “Ujian akan sentiasa menimpa orang mukmin sama ada lelaki mahupun perempuan, pada dirinya, anak dan hartanya hingga ia bertemu Allah dengan tidak membawa satu kesalahan (dosa) pun atasnya.”

Al-Quran juga menjelaskan bencana yang menimpa seorang Mukmin itu bukanlah azab kekal atau balasan atas perbuatannya yang salah, tetapi ia seperti penghapus dosa-dosanya dan penyebab dia melakukan

[5] Ujian menaikkan darjat dengan kesabaran

قال النبي : عَجَبًا ِلأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ لَهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَلِكَ ِلأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ، إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْراً لَهُ – رواه مسلم

Maksudnya : Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin, semua urusannya adalah baik baginya. Hal ini tidak didapatkan kecuali pada diri seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka yang demikian itu merupakan kebaikan baginya. Sebaliknya apabila tertimpa kesusahan, dia pun bersabar, maka yang demikian itu merupakan kebaikan baginya. 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

قال النبي : إِنَّ اللهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتَزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنَ الْعِبَادِ. وَلَـٰكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ. حَتَّىٰ إِذَا لَمْ يَبْقِ عَالِمًا، اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوْسًا جُهَّالًا. فَسُئِلُوْا، فَأَفْتُوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ، فَضَلُّوْا وَأَضَلُّوْا.“ رواه البخارى

Maksudnya : Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu sekaligus mencabutnya daripada dada hamba-hamba, akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mewafatkan para ulama hingga bila sudah tidak tersisa ulama maka manusia akan mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang jahil, ketika mereka ditanya mereka berfatwa tanpa ilmu, mereka sesat dan menyesatkan orang lain

            Sejak akhir-akhir ini semakin ramai ulama Islam yang meninggal dunia yang mengingatkan kita tentang bagaimana dunia ini terlalu hampir dengan Qiamat. Al-Quran dan hadis nabi s.a.w menyatakan bahayanya bila dunia sepi daripada Ulama taqwa yang boleh membimbing manusia kepada jalan kebenaran. Sesuai sebagai pewaris nabi maka peranan Ulama begitu besar dalam memberi tunjuk ajar umat bukan sahaja dalam bab ibadat khusus malah meliputi seluruh apek kehidupan termasuk cara berpolitik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Hilangnya Ulama merupakan suatu kehilangan yang besar yang wajar kita rasa kebimbangan terutama dalam menjaga kesucian agama seterusnya melaksanakan segala system Islam dalam kehidupan agar memperolehi kebahagian hidup dunia dan akhirat. Oleh itu marilah kita berlumba untuk mencari ilmu sebelum Ulama sudah tiada. Jangan selepas kematian seorang demi seorang Ulama barulah kita kalut untuk mencari. Kehilangan Ulama sukar dicari ganti seumpama kebocoran yang tidak mampu lagi ditampung

عَنْ أَبِيْ أُمَامَةَ عَنْ رَسُوْلِ اللهِ ﷺ أَنَّهُ قَالَ: “خُذُوْا الْعِلْمَ قَبْلَ أَنْ يَذْهَبَ.“ قَالُوْا: “وَكَيْفَ يَذْهَبُ الْعِلْمُ، يَا نَبِيَّ اللهِ، وَفِيْنَا كِتَابُ اللهِ؟“ قَالَ؛ فَغَضِبَ لَا يُغْضِبُهُ اللهُ، ثُمَّ قَالَ: “ثَكِلَتْكُمْ أُمَّهَاتُكُمْ! أَوَلَمْ تَكُنِ التَّوْرَاةُ وَالْإِنْجِيْلُ فِيْ بَنِيْ إِسْرَائِيْلِ فَلَمْ يُغْنِيَا عَنْهُمْ شَيْئًا؟ إِنَّ ذَهَابَ الْعِلْمِ أَنْ يَذْهَبَ حَمَلَتُهُ. إِنَّ ذَهَابَ الْعِلْمِ أَنْ يَذْهَبَ حَمَلَتُهُ.“ رواه الدارمى

Sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda: “Ambillah ilmu sebelum ia hilang.” Para sahabat bertanya: “Bagaimana ilmu boleh hilang, wahai Nabi, sedangkan di kalangan kita ada Kitab Allah?” Abu Umamah berkata; maka Nabi marah, yang sebelumnya belum pernah baginda marah, lalu bersabda: “Rosak kalian! Bukankah sudah ada Taurat dan Injil di kalangan Bani Israeil tetapi keduanya tidak mencukupi bagi mereka (tidak mereka jadikan pedoman di zaman mereka)? Sesungguhnya hilangnya ilmu bersama hilangnya pembawa ilmu itu. Sesungguhnya hilangnya ilmu bersama hilangnya pembawa ilmu itu (ulama’).” 

            Oleh itu dampingilah Ulama’, berilah bantuan dan sokongan kepada Ulama pewaris nabi agar kita tidak tersesat jalan. Hidupkan budaya ilmu dalam kehidupan

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: