• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3

  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 2,069,815 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 40,273 other followers

Khutbah Jumaat : Halal DiCari, Haram DiHindari, Keberkatan DiMiliki


السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  11   surah at-Taghabun :

مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّـهِ ۗوَمَن يُؤْمِن بِاللَّـهِ يَهْدِ قَلْبَهُ ۚ وَاللَّـهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ ﴿١١﴾ ‌

Maksudnya : Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu

Kini kita di negeri sebelah Pantai Timur sedang memasuki musim tengkujuh di mana sudah ada beberapa tempat yang sedang dilanda banjir. Hujan itu adalah suatu rahmat daripada Allah. Namun, apabila ia turun terlalu lebat dan banyak atau turun terus menerus sehingga mengakibatkan banjir besar, maka sudah tentu ianya suatu bentuk ujian dan dugaan yang didatangkan daripada Allah. Jika yang terjadi adalah hujan yang begitu lebat atau hujan yang tidak kunjung henti di tempat kita, maka kita boleh meminta pada Allah untuk mengalihkan hujan tersebut ke tempat yang lebih manfaat dengan mengamalkan doa yang terdapat di dalam Al-Quran dan diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Antaranya pernah nabi s.a.w berdoa:

اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلاَ عَلَيْنَا، اللَّهُمَّ عَلَى الآكَام وَالظِّرَابِ، وَبُطُونِ الأَوْدِيَةِ، وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ- رواه البخاري ومسلم .

Maksudnya : “Ya Allah!, turunkanlah hujan di sekitar kami dan janganlah ditimpakan bencana ke atas kami. Ya Allah, turunkannya di dataran tinggi, bukit-bukit, lembah-lembah serta tempat tumbuhnya pokok-pokok”.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat  88  surah al-Maidah:

وَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّـهُ حَلَالًا طَيِّبًا ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ الَّذِي أَنتُم بِهِ مُؤْمِنُونَ ﴿٨٨

Maksudnya : Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.

Antara usaha kita dalam menghindari bala Allah ialah dengan memperbanyakkan jbadat, zikrullah, doa dan menjauhi maksiat. Punca doa ditolak antaranya akibat terlibat dengan perkara yang haram. Dalam kitab Minhajul Abidin, Imam al-Ghazali menjelaskan ada 3 alasan mengapa kita wajib menjauhkan diri dari memakan makanan yang haram dan syubhat:

[1] Takut pada neraka Jahannam antaranya Firman Allah dalam ayat 10 Surah an-Nisa’

إِنَّ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ أَمْوَالَ الْيَتَامَىٰ ظُلْمًا إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ نَارًا ۖ وَسَيَصْلَوْنَ سَعِيرًا ﴿١٠

Maksudnya : Sesungguhnya, orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepunuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala

[2]  orang yang memakan makanan haram dan syubhat tidak pantas beribadah, sebab ibadah yang dikerjakannya ditolak Allah SWT. Hanya orang-orang yang bersih dan suci yang berhak beribadah kepada-Nya.

[3]  orang yang makan barang haram dan syubhat, maka ia terhalang untuk melakukan kebaikan, meskipun ia melakukan kebaikan, namun perbuatannya ditolak Allah SWT. Semua yang dilakukannya hanyalah kepayahan, kesedihan, dan mengisi waktu luang belaka saja, tidak lebih daripada itu.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

            Hadis daripada Anas bin Malik sabda Nabi S.A.W:

قَالَ لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي الْخَمْرِ عَشَرَةً عَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَشَارِبَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةَ إِلَيْهِ وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَآكِلَ ثَمَنِهَا وَالْمُشْتَرِيَ لَهَا وَالْمُشْتَرَاةَ لَهُ ‏ – رواه الترمذي

Maksudnya: Rasulullah saw melaknat sepuluh orang yang berkaitan dengan arak. Yang memerah,yang meminta perah, yang minum, yang membawa, yang dibawa kepadanya, yang menuangkan arak, yang menjual, yang memakan hasil jualan arak, yang membeli dan yang dijual untuknya.

            Ketika kita berbicara tentang usaha kerajaan dalam menghadkan penjualan arak secara terbuka serta pembicaraan kepada mereka yang terlibat dengan rasuah maka Islam mengharamkan perbuatan rasuah dan mencuri dengan nas yang nyata dalam al-Quran dan Hadis. Akan tetapi Islam membenarkan arak bagi penganut agama lain yang membenarkannya, kerana kebebasan individu dan hak bagi diri serta kaumnya sahaja dengan syarat tidak mengganggu masyarakat sekeliling yang lain. Adapun rasuah diharamkan oleh semua agama tanpa sebarang pengecualian. Hukuman bagi perbuatan meminum arak dan rasuah dalam Islam adalah berbeza. Kesalahan meminum arak termasuk dalam jenayah hudud bagi penganut Islam sahaja, dan hukuman hudud tidak boleh dikenakan ke atas golongan bukan Islam. Hukuman bagi mereka yang meminum arak ialah 40 kali sebatan. Manakala hukuman rasuah termasuk dalam hukuman takzir, mengikut kebijaksanaan pemerintah sama ada dijatuhkan hukuman penjara, sebatan, buang daerah, dirampas harta, sehingga dijatuhkan hukuman bunuh,  kerana berbeza keadaan pelaku dan tahapnya. Bukan seperti hukuman undang-undang manusia pada hari ini yang sekadar penjara, hukuman denda atau dirampas harta.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat  188  surah al-Baqarah:

﴿وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ﴾

Maksudnya : “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain antara kamu dengan jalan yang bathil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui.” 

Rasulullah SAW juga bersabda berkait dengan bahaya rasuah:

الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي فِيْ النَّارِ- رواه الطبراني

Maksudnya : “Penerima rasuah dan pemberi rasuah kedua-duanya ke neraka.” 

     Hukuman meminum arak dan rasuah juga berbeza. Kedua-duanya tetap berbahaya dalam beberapa aspek dan dikenakan hukuman yang berbeza. Maka tidak boleh dinisbahkan mana yang lebih berat dengan timbangan kilogram atau ukuran meter. Apabila salah satunya diharamkan secara mutlak, maka tidak boleh kesalahan lain diberikan lesen untuk berjalan secara mutlak.

Apabila berlaku kebocoran tingkah laku dalam kawalan sehingga masalah itu berleluasa dan mengakibatkan kemudaratan kepada umum, maka boleh dibuat peraturan atau undang-undang tambahan yang melibatkan juga penganut bukan Islam. Contohnya apabila mereka yang mabuk telah menyebabkan berlakunya perlanggaran undang-undang jalan raya.

Pelanggaran undang-undang yang berlaku melibatkan kemalangan yang tidak mengira agama dan bangsa, menganggu masyarakat awam dan mempengaruhi pihak lain dalam masyarakat. Keadaan tersebut akhirnya menghilangkan keharmonian dan keluhuran moral bermasyarakat madani, maka hukum agama dan adat hendaklah dirungkai mengikut Siyasah Syar’iyyah atau Maqasid  Syar’iyyah.  

Contoh lain seperti undang-undang keselamatan jalan raya yang melibatkan keharmonian masyarakat majmuk secara menyeluruh, maka hendaklah disamakan dan tiada perbezaan antara agama dan adat resam sesuatu kaum.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

قال النبي : لَيَأْتِيَنَّ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ لَا يُبَالِي الْمَرْءُ بِمَا أَخَذَ الْمَالَ أَمِنْ حَلَالٍ أَمْ مِنْ حَرَامٍ – رواه البخاري

Maksudnya : Sungguh akan datang kepada manusia suatu zaman, yang saat itu seseorang tidak peduli lagi dari mana dia mendapatkan harta, apakah dari jalan halal ataukah yang haram.

            Apabila disebutkan dalam al-Quran dan Hadis, bermakna kedua-duanya adalah dosa besar yang dihukum di dunia dan akhirat, bukan di dunia sahaja. Jelas wujud perbezaan antara hukum Islam dengan undang-undang ciptaan manusia, kerana hukum Islam mempunyai roh aqidah tersendiri.

Undang-undang ciptaan manusia tidak mempunyai roh aqidah. Berbeza dengan hukum Islam apabila telah mendapat hukuman di dunia mengikut hukum Islam, maka tidak akan dihukum sekali lagi di alam barzakh dan ketika dihidupkan semula di hari akhirat. Sebaliknya jika terlepas daripada hukuman dunia dengan pelbagai helah, maka tetap akan dihukum di akhirat sekiranya tidak bertaubat.

Sidang Jumaat yang berbahagia,

            Firman Allah dalam ayat  114-115  surah an-Nahlu:

فَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّـهُ حَلَالًا طَيِّبًا وَاشْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّـهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ ﴿١١٤﴾ إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّـهِ بِهِ ۖ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَإِنَّ اللَّـهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴿١١٥

Maksudnya : Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.  Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah ia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Minggu ini kita dikejutkan dengan terbongkarnya taktik jahat kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging itu dengan logo halal dan menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia. Hasil risikan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis), kartel berkenaan dipercayai menyamar sebagai syarikat pembekal daging sejuk beku, dan menjadikan sebuah gudang di Senai, Johor Bahru sebagai lokasi membuat label dan cap palsu yang kemudiannya ditampal pada kotak daging yang telah dibungkus semula itu. Kita bimbang perkara ini berlaku berpunca daripada sifat ketidakjujuran dalam mana-mana rantaian proses import dari negara asal hingga ke pasaran kepada orang awam.Sesiapa yang terbabit dalam kes memalsukan dokumen dan logo halal bagi produk makanan untuk pasaran di negara ini wajib dikenakan hukuman berat.

Umat wajib mengambil berat tentang hukum halal haram samada pada makan minum itu sendiri dan sumber dapatan untuk berkat dunia dan selamat di akhirat

أَرْبَعٌ إِذَا كُنَّ فِيكَ، فَلاَ عَلَيْكَ مَا فَاتَكَ مِنَ الدُّنْيَا: حِفْظُ أَمَانَةٍ، وَصِدْقُ حَدِيثٍ، وَحُسْنُ خَلِيقَةٍ، وَعِفَّةٌ فِى طُعْمة – رواه أحمد

Maksudnya : Ada 4 perkara apabila keempatnya ada pada dirimu, maka segala urusan dunia yang luput darimu tidak akan membahayakanmu : menjaga amanah, berkata benar, akhlak baik dan menjaga urusan makanan

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: