• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3

  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 2,048,424 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 37,925 other followers

Islam DiLaksana Kegemilangan Umat DiRasa


السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  28   surah as-Syura :

وَهُوَ الَّذِي يُنَزِّلُ الْغَيْثَ مِن بَعْدِ مَا قَنَطُوا وَيَنشُرُ رَحْمَتَهُ ۚ وَهُوَ الْوَلِيُّ الْحَمِيدُ ﴿٢٨

Maksudnya: “Dan Dialah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa dan Dia pula menyebarkan rahmat-Nya merata-rata. Dan (ingatlah) bahawa Dialah pengawal (yang melimpahkan ihsan-Nya), lagi Yang Maha Terpuji.”

Kini kita di negeri sebelah Pantai Timur sedang memasuki musim tengkujuh di mana sudah ada beberapa tempat yang telah dan sedang dilanda banjir. Sama-sama kita berdoa agar Allah kurniakan kesabaran dan keselamatan serta diganti dengan suatu yang lebih baik kepada saudara kita yang diuji dengan musibah banjir. Disamping itu hulurkanlah bantuan setakat termampu. Hujan merupakan salah satu daripada nikmat-nikmat Allah SWT kepada makhluk-Nya. Di dalam al-Quran terdapat 2 kalimah yang menunjukkan makna hujan iaitu “المَطَرَ” dan “الغَيْثَ” tetapi kalimah tersebut digunakan mengikut konteksnya. Adapun kalimah “المَطَرَ” digunakan pada konteks azab sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibn ‘Uyainah dan “الغَيْثَ” pula digunakan pada konteks rahmat seperti  ayat ke-28 surah al-Syura. Contoh bagi kalimah “المَطَرَ” yang menunjukkan kepada azab adalah berdasarkan firman Allah SWT dalam ayat 84 surah al-‘Araf:

وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهِم مَّطَرًا ۖ فَانظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُجْرِمِينَ

Maksudnya: “Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Demikian itu, lihatlah bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan.”

Daripada Aisyah R.anha berkata, Adapun Rasulullah SAW ketika melihat hujan  berdoa: – رواه البخارى  اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا

Ertinya“Ya Allah Kau jadikanlah curahan hujan ini sebagai curahan yang bermanfaat.”

Al-Hafiz Imam Ibn Hajar al-Asqalani mengatakan bahawa doa yang disebutkan di dalam hadith di atas adalah sunat untuk dibaca ketika turunnya hujan bagi menambahkan kebaikan dan juga keberkatan  di samping menolak segala yang boleh memberi mudharat.

Pernah juga nabi s.a.w berdoa:

اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلاَ عَلَيْنَا، اللَّهُمَّ عَلَى الآكَام وَالظِّرَابِ، وَبُطُونِ الأَوْدِيَةِ، وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ – رواه البخارى ومسلم

Maksudnya : “Ya Allah!, turunkanlah hujan di sekitar kami dan janganlah ditimpakan bencana ke atas kami. Ya Allah, turunkannya di dataran tinggi, bukit-bukit, lembah-lembah serta tempat tumbuhnya pokok-pokok”.

Di samping itu juga, doa ketika hujan adalah salah satu keadaan yang mustajab sebagaimana yang dikhabarkan oleh Nabi SAW Daripada Sahl bin Sa’ad RA:

الدُّعَاءُ عِنْدَ النِّدَاءِ، وَتَحْتَ الْمَطَرِ ثِنْتَانِ لَا تُرَدَّانِ:  – رواه الحاكم

Maksudnya: “2 doa yang tidak akan ditolak: Doa ketika azan atau selepas daripada azan dan doa ketika turunnya hujan.” 

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Firman Allah dalam ayat  144  surah Ali ‘Imran :

وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ الرُّسُلُ ۚ أَفَإِن مَّاتَ أَوْ قُتِلَ انقَلَبْتُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْ ۚ وَمَن يَنقَلِبْ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ فَلَن يَضُرَّ اللَّـهَ شَيْئًا ۗ وَسَيَجْزِي اللَّـهُ الشَّاكِرِينَ ﴿١٤٤

Maksudnya : Dan nabi Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah wafat atau terbunuh). Jika demikian, kalau baginda pula wafat atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).

Ketika menjalani kehidupan di alam dunia ini kita pasti berdepan dengan pelbagai ujian daripada Allah. Ujian yang paling besar ialah fitnah terhadap aqidah kita.  Kita yang baru saja meninggal bulan Rabiul Awwal yang bukan sahaja mencatat bulan kelahiran insan agong nabi Muhammad s.a.w maka bulan yang sama nabi Muhammad s.a.w telah diwafatkan. Saat kewafatan baginda s.a.w memberi kesan yang begitu besar kepada keimanan segelintir umat Islam pada masa itu sehingga ada yang telah murtad. Ketika saat yang begitu runcing diluar kawalan maka penyelesaian awal telah diambil dengan perlantikan Sayydina Abu Bakar as-Siddiq sebagai khalifah betempat di Saqifah Bani Saadah apabila golongan Muhajirin dan Ansor memberi bai’ah taat setia kepadanya.

Antara ucapan awal Sayyidina Abu Bakar selepas dilantik menjadi khalifah: “Wahai Manusia, sesungguhnya aku telah di lantik memimpin kamu dan bukanlah aku yang terbaik di kalangan kamu. Sekiranya aku berbuat baik, maka taatilah aku. Sekiranya aku berbuat keburukan, betulkanlah aku. Kebenaran itu amanah dan dusta itu khianat. Orang yang lemah di sisi kamu adalah kuat di sisiku sehingga aku kembalikan haknya. Orang yang kuat di kalangan kamu adalah lemah di sisiku sehingga aku mengambil hak daripadanya jika Allah mengkehendaki. Tidak ada sesuatu kaum yang meninggalkan jihad melainkan Allah akan menjatuhkan mereka dengan kehinaan. Tidak akan berlaku kemungkaran yang berleluasa di dalam sesuatu kaum melainkan Allah akan menurunkan bala’ kepada mereka seluruhnya. Taatilah aku selagimana aku mentaati Allah dan Rasul-Nya. Maka sekiranya aku memaksiati Allah dan Rasul-Nya, maka tidaklah perlu kamu mentaatiku. Bangunlah untuk menunaikan solat., semoga Allah mengasihi kamu

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 41 surah al-Hajj :

الَّذِينَ إِن مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنكَرِ ۗ وَلِلَّـهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ ﴿٤١

Maksudnya : Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan

Ketika menyoroti tugas berat yang telah dilaksanakan oleh Sayyidina Abu Bakar dalam mengawal keadaan umat antaranya menghapuskan golongan murtad dan nabi palsu sekaligus mendaulatkan kerajaan Islam Madinah, memerangi kaum yang enggan membayar zakat, membebaskan negeri-negeri di bawah naungan Rom dan Parsi di mana Tentera Islam yang diketuai panglima Khalid bin al-Walid turut berjaya mempertahankan Madinah daripada ancaman kuasa luar seperti Parsi di sebelah Timur dan serangan kerajaan Rom Timur di sebelah Barat. Beliau juga mengumpul semula semua naskah al-Quran di mana beliau telah mengarahkan Zaid bin Thabit supaya mengumpulkan semua tulisan ayat al-Quran serta menyalinnya semula. Jasa yang begitu besar kepada dunia Islam ini telah menjulang nama Sayyidina Abu Bakar dengan gelaran Penyelamat Umat Islam.

Tugas berat ini menunjukkan bahawa kepimpinan Islam bukan sahaja mengurus tugas dakwah, ibadat khusus malah merangkumi politik, ekonomi, sosial dan cara hidup manusia berlandaskan Islam. Tiada system yang lebih baik dan menyeluruh selain daripada Islam.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 91 surah al-Maidah :

إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَن يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّـهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ ۖ فَهَلْ أَنتُم مُّنتَهُونَ ﴿٩١

Maksudnya : Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?

Kepimpinan adalah suatu tanggungjawab yang besar di mana ada yang menjurus kepada Syurga dengan tunduk patuh kepada Islam dan ada yang membawa kepada Neraka bila menurut hawa nafsu. Kita dapat melihat ada kerajaan yang bersungguh mengambil tindakan kepada orang Islam yang tidak hadir solat Jumaat ketika masih ada majikan yang terus menyekat orang Islam daripada solat Jumaat tanpa rasa bersalah. Ada kerajaan yang bertindak menghadkan jualan arak dan mengharam minum arak di tempat awam dan ada juga kerajaan lebih berminat untuk memberi kebebasan minum arak di tempat awam. Kita yakin bahaya arak bukan sahaja merosakkan akal peminum malah membahayakan nyawa orang lain. Sebab itu di Negara maju seperti Australia dan United Kingdom (UK) tidak membenarkan penjualan dan minum arak secara terbuka. Taiwan pula merancang untuk melaksanakan hukuman mati terhadap pesalah yang menyebabkan kemalangan maut, ketika memandu dalam keadaan mabuk bagi kes serius. Jika undang-undang merokok di tempat awam boleh dikuatkuasakan dalam Negara maka arak yang lebih bahaya mesti lebih dipandang serius.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 103 surah Ali Imran :

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّـهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّـهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّـهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ ﴿١٠٣

Maksudnya : Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya

Menyedari tentang betapa umat Islam wajib dalam mengembalikan semula izzah ummah dan mengulangi semula kegemilangan. Bersatu kerana aqidah dan bertujuan untuk menegakkan kehendak Allah di atas muka bumi ini adalah satu tuntutan Allah. Banyak ayat al Quran dan hadis Rasulullah SAW yang memerintahkan umat Islam bersatu padu kerana aqidah bahkan tidak sedikit ayat al Quran dan Hadis Nabi SAW yang mencela perpecahan. Perpecahan di kalangan umat Islam menyebabkan kita dijajah di Negara sendiri. Penderitaan berpanjangan di Palestin, Iraq, Syria, Myanmar dan sebagainya akibat musuh tidak lagi gerun dengan umat Islam yang berpecah akibat terlalu cinta kepada dunia dan benci kepada kematian

Oleh itu berubahlah kita dalam mengukuh semula ikatan persaudaraan atas dasar iman yang akan memimpin Muslim ke syurga. Di hari akhirat kelak, Allah akan memanggil mereka yang membina kasih kerana Allah.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :”إِنَّ اللَّهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى يَقُولُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ: أَيْنَ الْمُتَحَابُّونَ بجَلَالِي؟ الْيَوْمَ أُظِلُّهُمْ فِي ظِلِّي يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلِّي”  – رواه مسلم

Maksudnya : “Sesungguhnya Allah akan berkata pada hari kiamat: Siapa yang berkasih sayang keranaKu? Hari ini aku akan memberikan naunganKu, hari dimana tidak ada naungan melainkan naunganKu.”

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: