• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3

  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,993,552 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 40,757 other followers

Khutbah Jumaat : Siyasah Islam DiNobat Negara Berkat


السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  30  surah al-Ruum:

فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا ۚ فِطْرَتَ اللَّـهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا ۚ لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّـهِ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ ﴿٣٠

Maksudnya : (Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Islam adalah agama kesejahteraan dan keamanan. Ini amat bertepatan dan bersesuaian dengan perkataan Islam itu sendiri, di mana ia berasal daripada perkataan Arab, salima atau salama yang bermaksud aman, selamat dan sejahtera. Jika ditinjau dari sudut logik pemikiran dan penggunaan bahasa, ia adalah satu amalan yang bertujuan untuk mewujudkan suasana dan keadaan selamat, sejahtera serta aman. Namun, bagi umat Islam, pemahaman umumnya ialah bahawa agama Islam merupakan satu ajaran yang bersistem dan berstruktur dengan membawa misi keamanan dan kesejahteraan serta keselamatan, dengan tujuan untuk menghasilkan satu bentuk kehidupan yang lebih bersistematik dan teratur dalam segenap aspek kehidupan, yang pada akhirnya akan mewujudkan suasana kesejahteraan, kestabilan, keamanan, kebenaran, kedamaian dan kebahagiaan kepada seluruh alam dan juga kehidupan di akhirat.

Pada hakikatnya, seluruh manusia itu diciptakan oleh Allah dengan sifat sukakan kepada keselamatan, kebenaran, keselesaan, kesejahteraan dan kebahagiaan serta menghindari kesempitan, kecelakaan, kepalsuan dan kegusaran. Sifat tersebut merupakan fitrah. Dalam ertikata yang lain, manusia diciptakan dengan fitrah yang tersendiri, iaitu sukakan kepada perkara yang molek, dan membenci perkara yang jelik, serta sentiasa mencari kebenaran bagi menghindari sebarang kepalsuan. Inilah fitrah kejadian manusia, selaras dengan naluri semula jadi yang telah dianugerahkan kepada mereka. Fitrah adalah sunnatullah, suatu ketetapan dari Allah, yang dicipta bagi mewujudkan kemaslahatan kepada umat manusia dan akan membawa kemajuan dalam kehidupan mereka kerana ia akan memandu mereka ke jalan yang benar menurut landasan syarak. Allah yang telah menjadikan manusia dan seluruh alam ini, dan amat wajar hanya Allah sahaja yang memahami naluri dan fitrah manusia. Selagi mana umat manusia itu menuruti amalan fitrah seperti yang dituntut Islam, selagi itulah mereka terpandu ke arah kebenaran dan kebaikan, kerana Islam adalah agama fitrah. Maka terhindarlah mereka dari kekejian zina dan penyelewengan rasuah, serta jauhlah budaya songsang dari pemikiran dan tingkahlaku mereka.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  256  surah al-Baqarah:

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ ۖ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ ۚ فَمَن يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللَّـهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ لَا انفِصَامَ لَهَا ۗ وَاللَّـهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ﴿٢٥٦

Maksudnya : Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui

Cabaran-cabaran ke atas agama Islam, ajaran dan Syariatnya semakin hari semakin hebat. Tetapi pada masa sama Islam juga berkembang di serata pelusuk dunia dengan begitu pesat.  Atas janji Allah dalam Al-Quran bahawa Islam itu agama yang sempurna. Sifat Islam yang sempurna dan jaminan Allah tentang kelangsungan Islam di alam ini sehinggalah datangnya Hari Kiamat tidak bermakna kita umat Islam tidak perlu berusaha untuk menjelaskan tentang Islam dan merealisasikan kesempurnaannya. Keadaan ini juga tidak membenarkan kita umat Islam bertindak pasif dalam menegakkan hukum Syariah serta syiar Islam. Di sinilah munculnya kewajipan untuk setiap kita melakukan dakwah, mengajak ke arah kebaikan dan cara hidup Islam serta menegakkan hukum Allah yang jelas dan nyata.

Di negara kita, antara cabaran utama kepada Islam dan umatnya di negara ini ialah cabaran berkaitan akidah. Perkara yang menjadi fokus semasa ialah berkaitan kebebasan menganut dan mengamal doktrin yang diisytiharkan salah oleh pihak berautoriti agama. Timbulnya golongan liberal yang meminta supaya pegangan agama diserahkan kepada setiap individu untuk  memilih dan mengamal doktrin serta menentukan akidah masing-masing tanpa sebarang peduli atau perhatian dan jagaan daripada pihak berautoriti agama. Perkara ini sudah tentu tidak selaras dengan kefahaman Islam sebenar kerana akidah Islam itu mempunyai paksi tertentu dan tidak boleh diubah

Begitu juga jeritan pihak-pihak tertentu untuk memansuhkan sekatan yang boleh dikenakan ke atas penyebaran doktrin bukan Islam di kalangan orang Islam. Alasannya ialah kebebasan beragama sedangkan sekatan penyebaran doktrin ini adalah suatu hak orang Islam yang dimaterai dan diiktiraf  Perlembagaan Negara.

Apa yang lebih malang bila adanya cadangan agar Majlis Agama Islam Negeri tidak mengambil tindakan kepada orang Islam sekiranya maksiat dilakukan secara tertutup yang membuka kepada segala pintu kemaksiatan semakin berleluasa. Kita bimbang peranan Majlis Agama dalam membanteras gejala maksiat semakin dikecilkan malah mungkin tidak berperanan lagi.

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Firman Allah dalam ayat  29 surah at-Taubah:

قَاتِلُوا الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ وَلَا بِالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلَا يُحَرِّمُونَ مَا حَرَّمَ اللَّـهُ وَرَسُولُهُ وَلَا يَدِينُونَ دِينَ الْحَقِّ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ حَتَّىٰ يُعْطُوا الْجِزْيَةَ عَن يَدٍ وَهُمْ صَاغِرُونَ ﴿٢٩

Maksudnya : Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak berugama dengan ugama yang benar, iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar “Jizyah” dengan keadaan taat dan merendah diri.

Perbincangan berkenaan Siyasah shar’iyyah oleh ulama telah meletakkan 3 asas thawabit (kekal) yang menjadi tiang utama kepada konsep politik Islam iaitu kedaulatan Islam, syura dan keadilan. Berdasarkan asasnya ini sahaja pun sudah cukup untuk menolak pandangan-pandangan yang menyatakan bahawa siyasah itu adalah keadilan semata-mata atau siyasah itu adalah demokrasi berdasarkan syura. Hakikatnya siyasah shar’iyyah jauh lebih menyeluruh daripada nilaian tersebut. Pada siyasah itu ada aqidahnya (kedaulatan Islam), ada sistemnya (syura) serta ada nilai utamanya (keadilan) menjadikan konsep politik Islam jauh berbeza dengan konsep politik lainnya.

Konsep kedaulatan Islam dalam masyarakat meletakkan asasnya seluruh individu tanpa mengira agama mempunyai tanggungjawab untuk mengiktiraf kedaulatan Islam. Atas sebab inilah masyarakat ini dinamakan mujtama’ islami atau ummah (seperti dalam piagama Madinah), kesepakatan mereka bukan menganut agama yang sama tetapi mengiktiraf prinsip yang sama iaitu kedaulatan Islam. Dalam piagam Madinah jelas menunjukkan pengiktirafan itu diberikan atas beberapa asas iaitu mengiktiraf Islam rujukan utama (fasal 23, 42), mengiktiraf kepimpinan Muhammad bukan sebagai manusia biasa tetapi sebagai utusan Allah (fasal 47), berjanji mempertahankan Madinah daripada musuh Islam (fasal 46). Apabila semua ini dipenuhi barulah layak menyebut mereka ‘satu ummah’ bersama orang beriman.

Al-‘Asqalani meriwayatkan bahawa Imam al-Shafie menyebut yang dimaksudkan dengan ‘taat dan merendah diri’( وَهُمۡ صَـٰغِرُونَ) ialah dalam keadaan mereka rendah, tunduk serta mengiktiraf pemerintah, kepimpinan dan sistem perundangan Islam dalam negara tersebut. Oleh itu, tindakan bermudah menolak terus konsep kafir harbi-zimmi adalah satu tindakan yang tidak teliti dalam membahas siayasah shar’iyyah. Kafir harbi-zimmi bukanlah setakat berbicara soal jizyah atau ‘halal darah’ semata, tetapi ianya mempunyai maqasid lebih asas iaitu isu kesetiaan (wala’) setiap ahli yang berada dalam sebuah negara Islam. Jizyah adalah lambang kesetiaan begitu jugalah diperangi atas asas hilangnya kesetiaan.

Membayangkan konsep kafir harbi-zimmi sebagai satu yang kejam sehingga tidak releven untuk hari ini juga adalah tindakan yang tidak jujur dalam berbahas siyasah shar’iyyah. Mulianya konsep ini sehingga Baginda SAW sendiri sanggup menjadi perisai bagi kafir zimmi yang dizalimi oleh orang lain seperti dalam hadis. Tetapi kesemuanya berdiri atas asas tidak memerangi Islam

Dalam konteks negara kita maka seluruh individu dalam masyarakat majmuk di negara ini perlu mengiktiraf kedaulatan Islam, sesiapa yang mempertikai atau menolak perkara ini perlulah ditegur dan diperbetulkan kerana telah hilangnya kesetiaan pada negara dalam jiwa mereka.  Kita bimbang menukar kepada istilah kewarganegaraan sehingga bukan Islam tidak lagi perlu mengiktiraf Islam, boleh sesuka hati mempertikai Islam maka ia telah jauh tersasar daripada siyasah shar’iyyah. Konsep kafir harbi-zimmi mempunyai asas hak dan tanggungjawab, begitu jugalah sepatutnya dalam konsep kewarganegaraan. Tanggungjawab itu hendaklah selamanya berdiri atas asas mengiktiraf kedaulatan Islam. Kalau bukan ini maka ia bukanlah siyasah shar’iyyah.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

قَالَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لا يَظْلِمُهُ وَلا يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ. –  رواه البخاري

Maksudnya : Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah SWT akan melaksanakan hajatnya. Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup aibnya pada hari qiamat

Islam adalah agama yang mementingkan ikatan persaudaraan. Walaupun tiada pertalian darah, hubungan persaudaraan itu amat kuat apabila diikat dengan ikatan agama.  Oleh itu, Islam melarang keras perbuatan menzalimi atau menganiayai Muslim yang lain dan membiarkan Muslim yang lain dizalimi. Menjadi kewajipan dan tanggungjawab setiap Muslim membantu dan meringankan beban apabila ada di antara  Muslim yang ditimpa musibah serta kesulitan. Orang yang berbuat demikian,  Allah SWT akan memperkenankan hajatnya. Betapa besarnya nilai persaudaraan dalam Islam sehingga ia telah menjadi tanggungjawab setiap  Muslim agar menutup aib atau keburukan saudara Muslim yang lain.

Oleh menjadi tanggungjawab bersama untuk membantu saudara seagama yang berdepan dengan musibah peperangan termasuk di bumi Palestin, Kashmir, Syria, Yaman, Myanmar dan lain-lain. Memperjuangkan nasib saudara seagama bukannya rasis dan melanggar hak asasi manusia malah ia merupakan suatu kewajipan bersama yang akan disoal oleh Allah. Ini adalah isu agama yang melampaui isu kemanusiaan kerana yang sedang membunuh dan menzalimi umat Islam ialah pelampau agama masing-masing. Jangan biarkan umat Islam terus berada dikandang pesalah yang dituduh pengganas sedangkan kita adalah mangsa penindasan. Bangkitlah atas nama Islam untuk Berjaya dunia akhirat.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: