• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib Khutbah

  • ekhutbah Audio MP3

  • Tetamu Online

  • Pengurusan Blog

Khutbah Audio 200 – Lailatul Qadar DiKejar Plural Agama DiHindar

Lailatul Qadar DiKejar Plural Agama DiHindar

الحَمْدُ للهِ  !! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 1-5 surah al-Qadar :

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ﴿١﴾ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ ﴿٢﴾ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ ﴿٣﴾ تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ ﴿٤﴾ سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ ﴿٥

Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,  Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?. ( Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.  Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);  Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Kini kita telah berada pada saki baki bulan Ramadhan  yang memberi isyarat jelas supaya kita semakin bersemangat dalam menambahkan bekalan akhirat pada saat yang begitu berharga ini terutama salah suatu malamnya akan ada Lailatul Qadar yang beribadat padanya lebih baik daripada 1000 bulan atau  83 tahun 4 bulan. Jika adanya tawaran gaji lumayan, jualan murah serta bonus kerja maka kita pasti berebut dan rasa begitu gembira apabila berjaya mendapatnya maka ganjaran akhirat lebih patut diutamakan. Kita jangan hilang fokus dan tumpuan bila berada di akhir Ramadhan sebaliknya amalan soleh kita termasuk solat berjemaah, iktikaf di masjid, membaca al-Quran, bersedekah terus dijaga dan ditambah. Jangan biarkan persiapan menyambut hari raya mengganggu tumpuan kita dalam mengejar Lailatul qadar bagi menjamin hari raya yang lebih hebat dalam Syurga  Allah di akhirat nanti

قال الرسول : “تحَرَّوْا لَيْلَةَ القَدْرِ فيِ الوِتْرِ مِنَ العَشِر الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ” – رواه البخاري ومسلم

Maksudnya : Carilah Lailatul Qadar pada bilangan ganjil pada 10 malam terakhir daripada  Ramadhan

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 9-10 surah as-Syamsu :

قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا ﴿٩﴾ وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا ﴿١٠

Maksudnya : Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

Tidak lupa sepanjang Ramadhan tahun ini sahaja adakah kita betul-betul menghayatinya agar kita sentiasa berada atas landasan yang benar supaya matlamat untuk lahir sebagai hamba Allah yang bertaqwa dapat dicapai. Tarbiah Ramadhan yang begitu menekan pengawalan kita terhadap lidah, telinga, tangan, kaki, mata, kemaluan hatta hati daripada melakukan maksiat terhadap Allah maka sepastinya akan melahirkan hamba Allah yang begitu menjaga kuantiti dan kualiti ibadatnya. Kita tidak mahu menjadi manusia yang lalai hatinya daripada mengingati Allah antaranya kurang semangat untuk beribadah termasuk tidak suka membaca Quran dan berzikir,  tidak nampak berbuat baik itu suatu yang utama, hilang fokus dalam hidup dan mudah lesu dan buntu, sentiasa rasa esok masih ada sehingga suka melengahkan untuk beramal dan bertaubat.

Antara punca hati lalai iailah mengulang-ulang dosa kecil sehingga ketagih dan menjadi suatu kebiasaan, berkawan dengan orang-orang yang lalai, suka berada dalam persekitaran yang ‘rosak’  seperti pergaulan bebas dengan bukan muhrim, mendedah aurat dan buat maksiat dan terjerat dalam perancangan-perancangan licik kaum yang kufar seperti berlebihan dalam mendengar lagu, tengok filem dan rancangan yang tidak berfaedah.

Oleh itu ubatilah hati yang lalai dengan beberapa cara antaranya dengan mencari sahabat yang baik, sentiasa menghadiri majlis ilmu, lazimi bangun malam dan solat, perbanyakkan zikir dan membaca Quran dan ziarah kubur bagi mengingati kematian yang pasti akan datang bila-bila masa sahaja

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 113 surah at-Taubah:

مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَن يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَىٰ مِن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ ﴿١١٣

Maksudnya : Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka

Ramadhan turut menguatkan keimanan kita bahawa hanya Islam sahaja satu-satunya agama yang diredhai dan membawa kita ke Syurga. Umat Islam yang kuat imannya sepastinya menolak Pluralisme agama di atas nama keharmonian kaum dan merapatkan jurang perbezaan kaum kerana ia adalah racun yang membunuh akidah. Contohnya bila adanya suatu majlis berdoa beramai-ramai dengan pelbagai fahaman agama diperkuburan bukan Islam maka ia mengundang suatu perkara yang bahaya. Imam Nawawi dalam kitabnya al-Majmu’ berkata, ulama sepakat mendoakan orang bukan Islam dengan keampunan Allah, mendapat syurga dan apa saja berkaitan akhirat adalah diharamkan. Begitu juga mereka yang disyaki keislamannya, kata Imam Ibn Hajar al-Haithami. Islam bukan agama menyuruh membenci penganut agama lain malah Islam sentiasa menganjurkan kita mendoakan orang bukan Islam supaya bersama menikmati hidayah milik Allah SWT. Itulah nilai kasih sayang sebenar dengan membebaskan mereka dari azab neraka jahanam

Begitu juga dengan isu berbuka puasa di rumah ibadah bukan Islam di mana dalam suatu kenyataan Jabatan Mufti Kedah menyeru agar ia dielakkan kerana hukumnya makruh yang hampir kepada haram dengan setengah penfasiran Ulama iaitu suatu yang berdosa kerana perbuatan itu lebih banyak membawa kepada keburukan berbanding kebaikan

وَقَالَ عُمَرُ: إِنَّا لَا نَدْخُلُ كَنَائِسَكُمْ مِنْ أَجْلِ التَّمَاثِيلِ الَّتِي فِيهَا الصُّوَرُ.  – رواه مسلم

Maksudnya : Kami tidak masuk ke gereja kamu disebabkan patung-patung serta gambar-gambar yang terkandung di dalamnya (iaitu yang mempunyai unsur syirik).

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam  ayat 1-3 surah al-Fathu:

إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِينًا ﴿١﴾ لِّيَغْفِرَ لَكَ اللَّـهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَاطًا مُّسْتَقِيمًا ﴿٢﴾وَيَنصُرَكَ اللَّـهُ نَصْرًا عَزِيزًا ﴿٣

Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata,  Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).  Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya)

Beradanya kita pada bulan Ramadhan turut mengetuk hati kita untuk mengambil pengajaran kepada pembukaan Kota Mekah pada Ramadhan tahun 8 Hijrah yang berlaku akibat pencabulan perjanjian yang dimeterai antara Rasulullah SAW dengan puak Quraisy dalam Perjanjian Hudaibiyah pada tahun 6 Hijrah. Sebelum pembukaan Kota Makkah berlaku, pemimpin Quraisy Abu Sufyan bin Harb telah datang menemui Rasulullah S.A.W meminta perdamaian. Beliau tahu Quraisy tidak dapat lagi menghadapi kemaraan umat Islam. Nabi menerima perdamaian itu dengan meletakkan beberapa syarat. Namun semangat berkobar-kobar umat Islam mahu membalas pengkhianatan janji Quraisy menyebabkan Saad bin Ubadah menyatakan kata-kata keras di hadapan Abu Sufyan:

الْيَوْمَ يَوْمُ الْمَلْحَمَةِ ، الْيَوْمَ تُسْتَحَلُّ الْكَعْبَةُ

Maksudnya : Hari ini adalah hari membalas dendam! Hari ini Kaabah akan ditawan!”

Apabila Nabi S.A.W mendapat tahu perkara ini, baginda membalas:

 الْيَوْمُ يَوْمُ الْمَرْحَمَةِ ، الْيَوْمُ يَعِزُّ اللَّهُ فِيهِ قُرَيْشًا  

“Sebenarnya hari ini hari kasih sayang. Hari ini Allah memuliakan bangsa Quraisy..”

Umat Islam masuk Kota Mekah tanpa sebarang peperangan. Ka’abah dibuka dalam keadaan aman. Malah ketika dihimpun pembesar-pembesar Quraisy yang sebelum ini begitu kuat melawan Islam lalu Nabi S.A.W menyatakan pada mereka:

اِذْهَبُوْا فَأَنْتُمُ الطُّلَقَاء

Maksudnya : “Pergilah! kalian telah dibebaskan.”

Keadaan ini telah membuatkan orang berbondong-bondong memeluk Islam. Kemenangan Islam tidak sedikitpun digunakan bagi membalas dendam terhadap kejahatan yang selama ini dilakukan kafir Quraisy. Pembukaan Kota Mekah bukan sekadar untuk memudahkan mengerjakan ibadat umrah dan haji, bukan sekadar menghancurkan berhala yang berada di keliling Ka’abah malah kesannya lebih jauh terutama dalam mengembang dakwah Islam dan menaungi negara luar Mekah dan Madinah dengan system Islam.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam  ayat 190 surah al-Baqarah:

وَقَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا ۚإِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

Maksudnya : “Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampau (dengan menceroboh atau melampaui adab peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau”.

Perkataan jihad mengikut istilah hukum Islam adalah kesungguhan menegakkan Islam walaupun terpaksa menghadapi kesusahan dan kesulitan, dan menggemblengkan tenaga sehingga mengorbankan jiwa raga, nikmat jasad, akal dan harta. Menegakkan Islam itu adalah melaksanakan Islam kerana berusaha menyelamatkan manusia termasuk diri sendiri, keluarga dan kaum bangsanya supaya menerima Islam yang sempurna, dengan berdakwah dan melaksanakan perintahnya kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat, sama ada mereka menerima Islam tanpa paksaan atau bersedia di bawah naungan Islam tanpa menganutnya. Di mana langkah itu terpaksa menghadapi tentangan dan cabaran.

Jihad juga dilakukan oleh umat Islam dalam meninggikan nasib mereka sendiri dari segenap lapangan ilmu, pendidikan, politik dan ekonomi mengikut takrif Islam yang menyeluruh, sehingga menasihati raja dan pemimpin yang zalim diletakkan menjadi jihad yang paling besar kerana bersabar dan tidak melakukan kekacauan dalam negara dan masyarakat sendiri walaupun terpaksa dizalimi sehingga dibunuh sekalipun. Usaha menegakkan Islam itu terpaksa menghadapi tentangan, sama ada perasaan dalam diri sendiri yang terpaksa bersabar menghadapi tekanannya atau pihak musuh luar di sekelilingnya. Bermula dengan pendekatan damai yang lebih diutamakan, sehinggalah terpaksa menghadapi musuh yang berperang dan melampau. Namun Islam mengharamkan tindakan melampau walaupun terhadap musuh yang melampau. Indahnya Islam difahami dan dihayati. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

خطبة عيد الفطري1440 هـ

KHUTBAH PERTAMA

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 2  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا  . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ  .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  . أَمَّا بَعْدُ …. فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

فرمان الله دالم اية  12   سورة لقمان   :

وَلَقَدْ آتَيْنَا لُقْمَانَ الْحِكْمَةَ أَنِ اشْكُرْ لِلَّـهِ ۚ وَمَن يَشْكُرْ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ ۖ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ اللَّـهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ ﴿١٢

مقصودڽ : مقصودڽ : دان سسوڠڬوهڽ كامي تله ممبري كڤد لقمان، حكمة كبيجقسنأن، ﴿سرتا كامي ڤرينتهكن كڤداڽ﴾: برشكورله كڤد الله ﴿اكن سڬالا نعمتڽ كڤدامو﴾”. دان سسياڤا يڠ برشكور مك فائدهڽ ايت هاڽله ترڤولڠ كڤد ديريڽ سنديري، دان سسياڤا يڠ تيدق برشكور ﴿مك تيدقله منجادي حال كڤد الله﴾، كران سسوڠڬوهڽ الله مها كاي، لاڬي مها ترڤوجي.

 

مسلمين دان مسلمات يڠ درحمتي الله،

سلامت هاري راي عيدالفطري داوچڤكن كڤد سلوروه قوم مسلمين دان مسلمات. كيت بارو سهاج ملالوءي تربية رمضان يڠ مروڤاكن سواتو ڤروسيس دالم ملاهيركن همبا الله يڠ برتقوى. هاري راي مروڤاكن هاري منظاهيركن كشكورن اتس نعمة يڠ بڬيتو باڽق تراوتما دبريكن كقواتن دالم منونايكن عبادة ڤواسا رمضان سرتا مربوت سڬالا فاضيلتڽ. شكور مروڤاكن ساله ساتو چيري همبا الله يڠ برتقوى د مان انتارا معنى شكور اداله سنتياس منيسبهكن ستياڤ نعمة يڠ دداڤتڽ كڤد الله. سنتياس مڽداري بهاوا هاڽ اتس تقدير دان رحمة الله سمات له نعمة ترسبوت ممڤو دڤراوليهي. سداڠكن اورڠ يڠ كفور نعمة سنتياس لوڤا اكن ڤركارا اين.

تندا شكور داڤت دلقسان دڠن 3 چارا ايأيت ملالوءي لسان دڠن ڤوجين دان مڠوچڤكن كسدارن ديري بهاوا دي تله دبري نعمة. ملالوءي هاتي، بروڤا ڤرسقسين دان كچينتأن كڤد الله. ملالوءي اڠڬوتا بادن، بروڤا كڤاتوهن دان كطاعتن كڤد الله.
صفة شكور اكن منداتڠكن باڽق كلبيهن انتاراڽ منونجوقكن تاهڤ كإيمانن سسأورڠ، داتڠڽ رضا الله، دجاأوهي درڤد عذاب الله، دتمبه نعمة اوليه الله دان دجنجيكن دڠن ڬنجران بسر دنيا دان اخيرة.

اداله امت مالڠ بيلا ڤروسيس ڤمبرسيهن دري دوسا سڤنجڠ رمضان كمبالي دچمري دڠن دوسا معصية بيلا تيبا هاري راي. ايڠتله بيلا كيت كتاڬيه دڠن دوسا مڽببكن هيلڠ كتناڠن دري دالم هاتي، الله اكن مڽوليتكن ستياڤ اوروسن دالم هيدوڤ، تراس برات دان مالس اونتوق ملاكوكن كطاعتن، مڠهيلڠكن كبركاتن عمور، منوتوڤ مات هاتي سهيڠڬ كراس هاتي، منداتڠكن لعنة الله دان مڠهالڠي دعا ملائكة دان رسول الله صلى الله عليه وسلم ……امام بخاري مڽبوتكن اوچاڤن صحابة يڠ مليا ابن مسعود رضي الله عنه:

إِنَّ الْمُؤْمِنَ يَرَى ذُنُوْبَهُ كَأَنَّهُ قَاعِدٌ تَحْتَ جَبَلٍ يَخَافُ أَنْ يَقَعَ عَلَيْهِ، وَإِنَّ الْفَاجِرَ يَرَى ذُنُوْبَهُ كَذُبَابٍ مَرَّ عَلَى أَنْفِهِ فَقَالَ بِهِ هَكَذَا

مقصودڽ : سأورڠ مؤمين ممندڠ دوسا-دوساڽ سأكن-اكن دي دودوق د باوه سبواه ڬونوڠ يڠ دتاكوتكن اكن جاتوه منيمڤڽ. سمنتارا سأورڠ ڤندوسا ممندڠ دوسا-دوساڽ سڤرتي سايكور لالت يڠ هيڠڬڤ د اتس هيدوڠڽ د مان دي چوكوڤ مڠيبسكن تاڠنڽ اونتوق مڠوسير لالت ترسبوت.

 

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

فرمان الله دالم اية 24   سورة الإسراء   :

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا ﴿٢٤

مقصودڽ : دان هندقله اڠكاو مرنده ديري كڤد كدوا ايبوباڤ كران بلس كاسيهن دان كاسيه سايڠمو، دان دعاءكنله ﴿اونتوق مريك، دڠن بركات﴾: “واهاي توهنكو! چوچوريله رحمة كڤد مريك بردوا سباڬايمان مريك تله منچورهكن كاسيه سايڠڽ ممليهارا دان منديديقكو سماس كچيل.”

هاري راي جوڬ هاري مڽيبركن كاسيه سايڠ د مان دالم كهيدوڤن كيت اد 2 هوبوڠن يڠ واجب دجاڬ ايأيت ڤرتام هوبوڠن كيت سباڬاي همبا دڠن الله دڠن منونايكن سڬالا سوروهن دان منجاوهي سڬالا لارڠنڽ. كدواڽ هوبوڠن كيت سسام مأنسي برمولا دڠن ڤڠحرمتن كڤد ايبوباڤ دان ستروسڽ مڠمبيل برت تنتڠ اهلي مشاركة يڠ لأين. جاڠن جادي هوبوڠن كيت دڠن ايبوباڤ يڠ ماسيه هيدوڤ سباڬايمان سباهاڬين مشاركة بارت يڠ رڠڬڠ سهيڠڬ ترڤقسا دبوات هاري ايبو اتاو هاري باڤ. ماله اد ايبوباڤ يڠ موصيتكن هرتا ڤوساك اونتوق بيناتڠ كسايڠن عقيبة هيلڠ سيكڤ برتڠڬوڠجواب انق ترهادڤ ايبوباڤ

كواجيڤن ايبو دان باڤ اونتوق منديديق انق-انق دڠن ڤراسان ڤنوه كاسيه دان سايڠ دان منراڤكن نيلاي كبأيقكن، كچينتأن، دان كاسيه سايڠ سسام اهلي مشاركة سوڤاي كيت داڤت ممبينا تالي ڤرسودارأن سسام كيت دڠن سأوتوه يڠ موڠكين. جاڠن بياركن ڤد هاري راي دان هاري-هاري لأين انق-انق دسيبوقكن دڠن ڬاجيت دان رنچاڠن TV بربنديڠ ملاياني تتامو يڠ داتڠ اتاو منزيارهي سانق سودارا. عقيبة سيكڤ تيدق امبيل برت مڽببكن انق-انق كيت تيدق كنل واريث دان سانق سودارا سنديري.
د سودوت يڠ لأين كيت داڤت مڽقسيكن باڬايمانا مأنسي يڠ دبسركن دالم كادأن تيدق ادا كاسيه سايڠ، تيدق منداڤت ڤڠهرڬان، تيدق منريما ڤوجين اتاو تيدق دلاين دڠن باءيك، لبيه چندروڠ اونتوق برتيندق كاسر، تيدق مڽايڠي سسام انسان، تيدق ممڤدوليكن اورڠ لأين، ماله مريك اين اكن لبيه دكت دڠن ڤربواتن جاهت

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ أَوْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ-  رواه البخاري ومسلم

مقصودڽ : سسياڤا يڠ سوك اونتوق دمورهكن رزقيڽ، دان دڤنجڠكن عمورڽ، مك هوبوڠكنله صلة الرحم. .

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

فرمان الله دالم اية 31   سورة الأعراف   :

يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ ﴿٣١

مقصودڽ : واهاي انق-انق آدم! ڤاكايله ڤاكاين كامو يڠ اينده برهياس ڤد تياڤ-تياڤ كالي كامو ك تمڤت عبادت ﴿اتاو مڠرجكن سمبهيڠ﴾، دان ماكنله سرتا مينومله، دان جاڠن ڤولا كامو ملمڤاو; سسوڠڬوهڽ الله تيدق سوك اكن اورڠ-اورڠ يڠ ملمڤاوءي باتس.

أنتارا ادب برهاري راي يڠ دتونجوقكن اوليه نبي صلى الله عليه وسلم اياله مماكاي ڤاكاين چنتيق. اسلام تيدق أنتي كچنتيقكن سباليقڽ بڬيتو مڠڬالقكن اومتڽ اونتوق سنتياس برڤاكاين چنتيق اصلكن ڤاتوه شريعة دڠن منوتوڤ عورة دان تيدق منونجول بنتوق توبوه بادن. بارو-بارو اين نڬارا دهيبوهكن دڠن سواتو اصطلاح بارو “dehijabbing” يڠ ممباوا مقصود ڤروسيس ممبوك تودوڠ باڬي سأورڠ وانيتا مسلمة يڠ مروڤاكن ساله ساتو درڤد ڤروسيس ڤمبيباسن ديري درڤد چڠكامن اڬام. سبنرڽ اسلام تله لاما ممبيبسكن مأنسي دڠن ڤمبيباسن دالم أرتي كات سبنر دان بوكن سقدر موموقكن “بيباس“ نامون اخيرڽ منجادي همبا كڤد دنيا دان سإيسيڽ.

ڤوليميق ڤاكاين سنتياس برلاكو سهيڠڬ تيمبولڽ سوارا سومبڠ يڠ ممڤرتيكاي تيندقكن اوندڠ-اوندڠ ترهادڤ ڤماكاين تيدق سنونوه دان دده عورة اتس ألسن مڠڬڠڬو حق أساسي مأنسي. سداڠكن كتيك اد ڤكرجا مسلمة يڠ دبواڠ كرجا كران برتودوڠ، لارڠن ڤراموڬاري اونتوق منوتوڤ عورة تيدق ڤولا دكاتاكن مڽكت حق أساسي مأنسي. كيت تيدق منولق حق أساسي، تتاڤي يڠ كيت تولق اياله حق أساسي چارا بارت يڠ ممبري كبيباسن مطلق كڤد مأنسي تنڤا باتس. سداڠكن اسلام تله لاما دان ترلبيه دهولو ممبريكن حق أساسي كڤد مأنسي تتاڤي حق ترسبوت ڤرلو اد حدڽ.

ڤركارا يڠ ڤرلو دبري ڤرهاتين جوڬ ترماسوق كتيك مڽمبوت هاري راي ايأيت منجأوهي سيكڤ سوك بركوڠسي دوسا سڤرتي ڬمبر دده عورة، توليسن مڠومڤت، منچاچي ملالوءي ميديا سوسيال Whatsap, Facebook  دان سباڬايڽ. بايڠكن دوسا كيت تروس برجالن والاو ڤون كيت سداڠ صلاة، تيدور اڤاته بيلا كيت برادا دالم قبور ننتي عقيبة ڬمبر دان توليسن بردوسا ايت تروس دكوڠسي اتاو دليهت اوليه اورڠ راماي. الله مورك ڬولوڠن يڠ بربڠڬا دڠن دوساڽ

أَبُو هُرَيْرَةَ يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ : كُلُّ أَمَّتِى مُعَافًى إِلاَّ الْمُجَاهِرِينَ، وَإِنَّ مِنَ الْمَجَانَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلاً ، ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ ، فَيَقُولَ يَا فُلاَنُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا ، وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللهِ عَنْهُ” .- رواه البخاري  ومسلم

مقصودڽ : ستياڤ اومتكو اكن منداڤت امڤونن، كچوالي مُجَاهِرِينَ ﴿اورڠ-اورڠ يڠ تراڠ-تراڠن بربوات دوسا﴾. دان يڠ ترماسوق تراڠ-تراڠن بربوات دوسا اداله سساورڠ بربوات ﴿دوسا﴾ ڤد مالم هاري، كمودين ڤد ڤاڬي هاري دي منچريتاكنڽ، ڤدحال الله تله منوتوڤي ڤربواتنڽ ترسبوت، د مان دي بركات، ‘هاي فولن، مالم تادي اكو تله بربوات بڬيني دان بڬيتو.’ سبنرڽ ڤد مالم، توهنڽ تله منوتوڤي ڤربواتنڽ ايت، تتاڤي ڤد ڤاڬي هاريڽ دي مڽيڠكڤ ڤربواتنڽ سنديري يڠ تله الله توتوڤيڽ.

 

مسلمين دان مسلمات يڠ درحمتي الله،

فرمان الله سبحانه وتعالى دالم سورة النور اية 37:

رِجَالٌ لَّا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَن ذِكْرِ اللَّـهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ ۙ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالْأَبْصَارُ ﴿٣٧

مقصودڽ : ﴿عبادة ايت دكرجكن اوليه﴾ ڤمودا-ڤمودا يڠ قوة ايمانڽ يڠ تيدق دلالايكن اوليه ڤرنياڬأن اتاو برجوال-بلي درڤد مڽبوت سرتا مڠيڠاتي الله، دان منديريكن سمبهيڠ سرتا ممبري زكاة; مريك تاكوتكن هاري ﴿قيامة﴾ يڠ ڤدڽ برباليق-باليق هاتي دان ڤنداڠن.

تربية رمضان بڬيتو ڤنتيڠ دالم ملاهيركن ڬولوڠن ڤمودا يڠ مميليك جاتي ديري سوڤاي ڤلاڤيس كڤد كڤيمڤينن نڬارا دري ڬولوڠن يڠ تقوى. انتارا ڤونچا هيلڠڽ جاتي ديري درڤد ڤمودا اسلام اياله كورڠ علمو دان ڤڠحياتن دڠن علمو اڬام، كرونتوهن اينستيتوسي كلوارڬ، ڤڠاروه راكن سبايا سرتا كورڠ ڤڠاوالن دان ڤناڤيسن ميديا.
اوليه ايت ڤرلو كسوڠڬوهن دان اوسها برتروسن دالم ممبينا جاتي ديري ڤمودا اسلام انتاراڽ منديديق دڠن چارا هيدوڤ براڬام سجق عمور كانق-كانق لاڬي ترماسوق باب صلاة، ڤواسا. مندكتكن رماج دڠن مسجد كران كجايأن مناريق سراما موڠكين انق مودا كمسجد ڤاستي منجنجيكن كسن يڠ بأيك كڤد مشاركة بڬيتوله سباليقڽ. اورڠ ديواسا تراوتما ايبوباڤ مستي منونجوق تلادان يڠ بأيك دالم منجاڬ أدب اونتوق دچونتوهي. ستروسڽ ڤنديديقكن سڤنجڠ حياة سهيڠڬ ايبوباڤ يڠ منيڠڬل دنيا دهولو اتاو انق يڠ منيڠڬل باروله ڤروسيس ڤنديديقكن سلسي. جاڠن بري ألسن انق تله بسر اتاو تله برومهتڠڬ مك ايبوباڤ برهنتي درڤد ممبري ديديقكن دان نصيحة كڤد انق-انق

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

فرمان الله سبحانه وتعالى دالم سورة الأحزاب اية 57:

إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا مُّهِينًا

مقصودڽ : سسوڠڬوهڽ اورڠ-اورڠ يڠ ملاكوكن ڤركارا يڠ تيدق دريضأي الله دان رسولڽ، الله ملعنتكن مريك د دنيا دان د اخيرة، دان مڽدياكن اونتوق مريك عذاب سيقسا يڠ مڠهينا

رمضان منديديق ديري كيت اونتوق سنتياس راڤت دڠن القرءان د مان كيت واجب منجاديكن القرءان سباڬاي ڤندوان اوتام دالم مڽلسيكن سڬالا اوروسن دنيا دان اخيرة كيت. انتاراڽ ڤرلو كسوڠڬوهن دالم ممرتبتكن حكوم القرءان دالم كهيدوڤن. سهوبوڠن دڠن اين كيت مڽوكوڠ ڤنوه حكومن رجم سمڤي ماتي اونتوق ڤنزنا يڠ تله بركهوين ، سيكس سجنيس دان ڤڠهينا نبي محمد صلى الله عليه وسلم د بروني يڠ برمولا 3 اڤريل لالو. سموڬ حكومن اين توروت داڤت دلقسانكن د نڬارا كيت تراوتما دالم مڠهنتيكن ڤڠهينأن ترهادڤ اسلام دان نبي محمد صلى الله عليه وسلم يڠ تروس كدڠارن سيليه برڬنتي تراوتما درڤد ڬولوڠن liberal,، أنتي اسلام دان سباڬايڽ.

بڬيتو جوڬ حكومن اسلام داڤت مڠندور سوارا لنتڠ ڬولوڠن سوڠسڠ LGBT ترماسوق ايسو كڽاتأن ڤجواڠ LGBT دالم ممفتنة JAKIM دالم سواتو ڤرسيداڠن UNHRC د Geneva دڠن مينودوه ببراڤ ڤروڬريم انجورن JAKIM كأره مڠمباليكن ڬولوڠن تربابس كلندسن سڤاتوتڽ دكاتاكن ممڤوڽأي عنصور كڬانسن. اوليه ايت بوكن توڬس كيت اونتوق ممبري حق كڤد LGBT سباليقڽ ڬولوڠن اين واجب دراوت اونتوق كمبالي كڤد فطرة اونتوق سلامت دنيا دان اخيرة. اسلامله نسچاي كيت مليا دان بهاڬيا دنيا اخيرة

فرمان الله دالم ايات 82-83 سورة هود :

فَلَمَّا جَاءَ أَمْرُنَا جَعَلْنَا عَالِيَهَا سَافِلَهَا وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهَا حِجَارَةً مِّن سِجِّيلٍ مَّنضُودٍ ﴿٨٢﴾ مُّسَوَّمَةً عِندَ رَبِّكَ ۖ وَمَا هِيَ مِنَ الظَّالِمِينَ بِبَعِيدٍ ﴿٨٣

مقصودڽ : مك اڤابيلا داتڠ ﴿ماس ڤرلقسنأن﴾ ڤرينته كامي، كامي جاديكن نڬري قوم لوط ايت دترباليقكن ﴿ترتيمبوس سڬالا يڠ اد د موك بوميڽ﴾ دان كامي مڠهوجنيڽ دڠن باتو-باتو دري تانه يڠ دباكر، منيمڤاڽ برتالو-تالو. باتو-باتو ايت دتنداكن د سيسي توهنمو ﴿اونتوق ممبيناساكن مريك﴾، دان اي ڤولا تيدقله جأوه دري اورڠ-اورڠ يڠ ظاليم ايت.

بَارَكَ   اللهُ   لِيْ   وَلَكُمْ   فِي   القُرْآنِ   العَظِيْمِ   وَنَفَعَنِي   وَإِيَّاكُمْ   بِمَا   فِيْهِ   مِنَ   الآيَاتِ   وَالذِّكْرِ   الحَكِيْمِ   وَتَقَبَّلَ   مِنِّي   وَمِنْكُمْ   تِلاوَتَهُ   إِنَّهُ   هُوَ   السَّمِيْعُ   العَلِيْمُ   وَاسْتَغْفِرُ   اللهَ   العَظِيْمَ   لِيْ   وَلَكُمْ   وَلِسَائِرِ   الُمْسِلِمْينَ   وَالمُسْلِمَاتِ   وَالمُؤْمِنِيْنَ   وَالمُؤْمِنَاتِ   فَاسْتَغْفِرُوْهُ   فَيَا   فَوْزَ   المُسْتَغْفِرِيْنَ   وَيَا   نَجَاةَ   التَّائِبِيْنَ

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 KHUTBAH KEDUA

اللهُ أَكْبَرُ ﴿ 3 كالي ﴾ اللهُ أَكْبَرُ ﴿ 3 كالي ﴾ اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ ، اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ …فرمان الله دالم اية 64  سورة الأنفال   :

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَىٰ كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّـهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللَّـهِ ۚ فَإِن تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ﴿٦٤

مقصودڽ : كاتاكنله ﴿واهاي محمد﴾: “واهاي اهلي كتاب، ماريله كڤد ساتو كلمة يڠ برسمأن انتارا كامي دڠن كامو، ايأيت كيت سموا تيدق مڽمبه ملأينكن الله، دان كيت تيدق سكوتوكن دڠنڽ سسواتو جوا ڤون; دان جاڠن ڤولا سباهاڬين دري كيت مڠمبيل اكن سباهاڬين يڠ لأين أونتوق دجاديكن اورڠ-اورڠ يڠ دڤوجا دان دديوا-ديواكن سلأين دري الله”. كمودين جك مريك ﴿اهلي كتاب ايت﴾ برڤاليڠ ﴿اڠڬن منريماڽ﴾ مك كاتاكنله كڤد مريك: “سقسيكنله كامو بهاوا سسوڠڬوهڽ كامي اداله اورڠ-اورڠ اسلام”.

 

مسلمين دان مسلمات يڠ درحمتي الله

اسلام اداله اڬام يڠ بڬيتو چينتا كڤد ڤرداماين. ماله كتيك مروجوع سيرة نبي مك ڤڤراڠن يڠ برلاكو عقيبة دسراڠ دان ڤنچروبوهن موسوه. اوليه ايت تودوهن بهاوا اسلام اڬام يڠ مڠنجور كڬانسن اداله ترساسر درڤد كبنران. دنيا مڽقسيكن باڬايمانا سلڤس سراڠن 11 سيڤتيمبر 2001 موسوه اسلام ممأينكن سنجات Islamofobia يڠ مروجوع كڤد ڤراسڠك بوروق دان diskriminasi ترهادڤ اسلام، ڤڠانوتڽ دان اورڬانيساسي مسلم، خصوصڽ يڠ برجواڠ اونتوق منڬقكن سمولا ڤوليتيق اسلام. Islamofobia سباڬاي راس تاكوت دان بنچي ترهادڤ اسلام، لالو ممباوا كڤد ڤرموسوهن ترهادڤ اورڠ اسلام يڠ برڤڬڠ كڤد اجارن اسلام. Islamofobia كيني برصفة ideologi سست ترهادڤ اسلام، سهيڠڬاله منچتوسكن كڤد عمالن diskriminasi اورڠ اسلام دڠن مڠاسيڠكن مريك درڤد كڬياتن ڤوليتيق، ايكونومي، سوسيال دان كهيدوڤن مشاركة.
كيت بيمبڠ ڤريستيوا تيمبقكن اوليه ڤڠڬانس د 2 مسجد د New Zealandڤد جمعة ڤرتڠهن مارچ لڤس يڠ مڠوربنكن 50 ڽاوا ترماسوق سأورڠ رماج ورڬ مليسيا عقيبة درڤد رسوقكن Islamofobia

تيندقكن proaktif ڤرلو دأمبيل باڬي ممبندوڠ سيكڤ Islamofobia اين. سيسي ڤنراڠن دان ڤنديديقكن سام اد منروسي dialog ڤرلو دلاكوكن اوليه اومة اسلام كڤد مشاركة بوكن اسلام يڠ برادا د دنيا بارت مڠنأي اجارن سبنر يڠ دباوا اوليه اسلام. مشاركة بارت هاروس دبريتاهو اونتوق مڠهنتيكن سبارڠ كأيتن اسلام دڠن اكتيۏيتي كڬانسن.

 

مسلمين دان مسلمات يڠ درحمتي الله،

لاوڠن كلمة ﴿ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ﴾ يڠ برمقصود : دان دياله ﴿الله﴾ يڠ تله ممنڠكن تنتراڽ سرتا مڠالهكن تنترا أحزب د مان كلمة اين مڽمارقكن سماڠت جهاد دان كيقينن بهاوا اسلام ڤاستي منڠ والاو ڤون دسراڠ دان دموسوهي. راس سيمڤاتي واجب ادا دالم ديري كيت كڤد سودارا سأڬام يڠ سداڠ بردڤن دڠن مصيبة ڤڤراڠن ترماسوق د سريا، عراق، يمن، أفغانستان، Myanmar, Uyghur China, ، فلسطين دان لأين-لأين. جاڠن بياركن كسرونوقكن برهاري راي مڽببكن كيت منوتوڤ مات، ممكق تليڠا درڤد توروت مراساي ڤندريتأن سودارا سأڬام

ايسو فلسطين سنديري ڤرنه منچاتتكن باڬايمانا David Ben-Gurion ، ڤردانا منتري ڤرتام إسرائيل ڤرنه مڠرهكن تنترا يهودي اونتوق مڠڤوڠ مسجد الأقصى سمبيل بلياو مڽمڤايكن اوچاڤن كڤد حاضيرين دالم ڤنوه راس كبنچين ﴿كأتس اومة اسلام دان رعية فلسطين﴾ سرتا مڠاخيري تيكس اوچاڤنڽ دڠن مڠاتكن: “كامي ده ڤون منعلوق القدس ﴿الأقصى﴾ دان سكارڠ كامي دالم ڤرجالنن ك يَثْرِب﴿مدينة﴾.“

بڬيتو جوڬ Golda Meir  بكس ڤردان منتري كأمڤت zionis إسرائيل ڤرنه بركات دڠن بوڠكقڽ سلڤس مريك برجاي مرمڤس القدس: “اكو داڤت منچيوم باو نينيق مويڠكو د ﴿مدينة دان حجاز﴾ دان ايت اداله نڬارا كامي يڠ كامي باكل مرمڤسڽ كمبالي.“

كڽاتأن بيادڤ ڤميمڤين zionis اين سڤاتوتڽ ممبڠكيتكن راس تڠڬوڠجواب برسام دالم ممبيباسكن مسجد الأقصى. هنتيكن zionis يهودي درڤد تروس برمهاراجليلا د سڬنڤ چروق رنتاو دان يقينله كيت دڠن كمناڠن اسلام دان كمرديكأن الأقصى اداله سواتو كتتڤن الله

 

اللهُ   أَكْبَرُ!   اللهُ   أَكْبَرُ!   اللهُ   أَكْبَرُ   وَلِلهِ   الحَمْدُ

سلام عيد الفطري دأوچڤکن کڤد سلوروه قوم مسلمين دان مسلمات.باڽقکن   برصدقه اݢر مريك يڠ ممرلوکن بنتوان توروت برݢمبيرا دان زياراهيله   سانق ساودارا ڤد هاري يڠ موليا اين باݢي مراڤتکن لاݢي تالي ڤرساودارأن.ربوتله   ڤلواڠ اونتوق منمبهکن ساهم اخيرة دڠن برڤواسا انم هاري دبولن   شوال   باݢي مڽاهوت سبدا نبيe: مَنْ   صَامَ   رَمَضَانَ   ثُمَّ   أَتْبَعَهُ   سِتًّا   مِنْ   شَوَّال   كَانَ   كَصِيَامِ   الَّدهْرِ(رواه   مسلم)

مقصودڽ   :   سسياڤ يڠ تله برڤواسفرض رمضان   کمودين دإيکوتي ڤولا دڠن برڤواس6 هاري د بولن شوال   مك اداله ڤاهالاڽ   سڤرتي دي برڤواس سڤنجڠ تاهون

اللّهُمَّ   صَلِّ   عَلىَ   سَيِّدِنَا   مُحَمَّدٍ   وَعَلَى   آلِهِ   وَصَحْبِهِ   أَجْمَعِيْنَ   اللّهُمَّ   اغْفِرْ   لِلْمُسْلِمِيْنَ   وَالمُسْلِمَاتِ   وَالمُؤْمِنِيْنَ   وَالمُؤْمِنَاتِ   الأحْيَاءِ   مِنْهُمْ   وَالأمْوَاتِ   إِنَّكَ   سَمِيْعٌ   قَرِيْبٌ   مُجِيْبُ   الدَّعَوَاتِ   وَقَاضِيْ   الحَاجَاتِ   وَأَلِّفْ   بَيْنَ   قُلُوْبِهِمْ   وَأَصْلِحْ   ذَاتَ   بَيْنِهِمْ   وَانْصُرْهُمْ   عَلَى   عَدُوِّكَ   وَعَدُوِّهِمْ   , اللّهُمَّ   لا   تُسَلِّطْ   عَلَيْنَا   مَنْ   لايَخَافُكَ   وَلا   يَرْحَمُنَا  , اللّهُمَّ   انْصُرْ   إِخْوَانَنَا   المُسْلِمِيْنَ   فِى   مصر   وَفِى   فَلَسْطِين   وَفِى   سوريا   وَفِى   Myanmar   وَفِى   تَايْلَنْدِ   وَفِى   بَلَدِنَا   ماليزيا   اللّهُمَّ   انْصُرِ   المُجَاهِدِيْنَ   الَّذِيْنَ   يُجَاهِدُوْنَ   فِي   سَبِيْلِكَ   فِي   كُلِّ   زَمَانٍ   وَمَكَانٍ  . اللّهُمَّ   يَا   مُنْزِلَ   الكِتَابِ   وَ   يَا   مُجْرِيَ   السَّحَابِ   وَ   يَاهَازِمَ   الأحْزَابِ   اِهْزِمْهُمْ   وَانْصُرْنَا   عَلَيْهِمْ  , اللّهُمَّ   عَلَيْكَ   بِاليَهُوْدِ   وَمَنْ   وَالاهُمْ  , اللّهُمَّ   عَلَيْكَ   بِالنَّصَارَى   وَمَنْ   وَالاهُمْ  , اللّهُمَّ   عَلَيْكَ   بِالهُنَوْدِ   وَمَنْ   وَالاهُمْ  , اللّهُمَّ   عَلَيْكَ   بِالأمِيرِكَان   وَمَنْ   وَالاهُمْ  , اللّهُمَّ   عَلَيْكَ   بِالِبرِيطَان   وَمَنْ   وَالاهُمْ  , اللّهُمَّ   عَلَيْكَ   بِأَحْزَابِ   المُشْرِكِيْنَ   الطَّاغِيْنَ   الظَّالِمِيْنَ   وَمَنْ   وَالاهُمْ  , اللّهُمَّ   دَمِّرْهُمْ   تَدْمِيْرًا   وَ   تَبِّرْهُمْ   تَتْبِيْرًا   وَاجْعَلْهُمْ   هَبَاءً   مَنْثُوْرًا   اللّهُمَّ   انْصُرْ   مَنْ   نَصَرَ   دِيْنَكَ   وَاخْذُلْ   مَنْ   خَذَلَ   دِيْنَكَ   , اللّهُمَّ   أَعِزَّ   الإسْلامَ   وَالمُسْلِمِيْنَ   وَأَذِّلَّ   الشِّرْكَ   وَالمُشْرِكِيْنَ   وَدَمِّرْ   أَعْدَاءَ   الدِّيْنِ   وَانْصُرْ   عِبَادَكَ   المُؤْمِنِيْنَ   . اللَّهُمَّ   إِنِّا   نعُوذُبِكَ   مِنْ   البَرَصِ،   وَالجُنُونِ،   وَالجُذَامِ،   وَمِنْ   سَيِّءِ   الأَسْقَامِ   تَحَصَّنَّا   بِذِى   الْعزَّةِ   وَالْجَبَرُوْتِ   وَاعَتَصَمْنَا   بِرَبِّ   الْمَلَكُوْتِ   وَتَوَكَّلْنَا   عَلَى   الْحَيِّ   الَّذِى   لاَ   يَمُوْتُ   اللّهُمَّ   اصْرِفْ   عَنَّا   هَذا   الْوَبَاءَ   وَقِنَا   شَرَّ   الرَّدَى   وَنَجِّنَا   مِنَ   الطَّعْنِ   والطَّاعُوْنِ   وَالْبَلاَءِ   بِلُطْفِكَ   يَا   لَطِيفُ   يَا   خَبِيْرُ   إِنَّكَ   عَلَى   كُلِّ   شَيْءٍ   قَدِيْرٌ   اللّهُمَّ   تَقَبَّلْ   مِنَّا   صَلاتَنَا   وَصِيَامَنَا   وَقِيَامَنَا   وَزَكَاتَنَا   وَجَمِيْعَ   حَسَنَاتِنَا   وَاجْعَلْهَا   خَالِصَةً   لِوَجْهِكَ   الكَرِيْم  . رَبَّنَا   آتِنَا   فِي   الدُّنْيَا   حَسَنَةً   وَفِي   الآخِرَةِ   حَسَنَةً   وَقِنَا   عَذَابَ   النَّارِ  . سبُحْاَنَكَ   اللّهُمَّ   وَتَحِيَّتُهُمْ   فِيْهَا   سَلامٌ   وَآخِرُ   دَعْوَاهُمْ   أَنِ   الحَمْدُ   ِللهِ   رَبِّ   العَالَمِيْنَ

Khutbah Aidil Fitri 1440H

KHUTBAH PERTAMA

 

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا  . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ  .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  . أَمَّا بَعْدُ …. فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Firman Allah dalam ayat 12 surah Luqman :

وَلَقَدْ آتَيْنَا لُقْمَانَ الْحِكْمَةَ أَنِ اشْكُرْ لِلَّـهِ ۚ وَمَن يَشْكُرْ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ ۖ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ اللَّـهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ ﴿١٢

Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)”. Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.  Anugerah hari raya ini dikurniakan oleh Allah setelah melalui tarbiah Ramadhan yang merupakan suatu proses dalam melahirkan hamba Allah yang bertaqwa. Hari raya merupakan hari menzahirkan kesyukuran atas nikmat yang begitu banyak terutama diberikan kekuatan dalam menunaikan ibadat puasa Ramadhan serta merebut segala fadhilatnya. Syukur merupakan salah satu ciri hamba Allah yang bertaqwa di mana antara makna Syukur adalah sentiasa menisbahkan setiap nikmat yang didapatnya kepada Allah. Sentiasa menyedari bahawa hanya atas takdir dan rahmat Allah semata lah nikmat tersebut mampu diperolehi. Sedangkan orang yang kufur nikmat sentiasa lupa akan perkara ini.

Tanda syukur dapat dilaksana dengan 3 cara iaitu melalui lisan dengan  pujian dan mengucapkan kesedaran diri bahawa dia telah diberi nikmat. Melalui hati, berupa persaksian dan kecintaan kepada Allah. Melalui anggota badan, berupa kepatuhan dan ketaatan kepada Allah.

Sifat syukur akan mendatangkan banyak kelebihan antaranya menunjukkan tahap keimanan seseorang, datangnya redha Allah, dijauhi daripada azab Allah, ditambah nikmat oleh Allah dan dijanjikan dengan ganjaran besar dunia dan akhirat.

Adalah amat malang bila proses pembersihan dari dosa sepanjang Ramadhan kembali dicemar dengan dosa maksiat bila tiba hari raya. Ingatlah bila kita ketagih dengan dosa menyebabkan hilang ketenangan dari dalam hati, Allah akan menyulitkan setiap urusan dalam hidup, terasa berat dan malas untuk melakukan ketaatan,  menghilangkan keberkatan umur, menutup mata hati sehingga keras hati,  mendatangkan laknat Allah dan menghalangi doa malaikat dan Rasulullah s.a.w.

Imam Bukhari menyebutkan ucapan sahabat yang mulia Ibnu Mas’ud RA:

إِنَّ الْمُؤْمِنَ يَرَى ذُنُوْبَهُ كَأَنَّهُ قَاعِدٌ تَحْتَ جَبَلٍ يَخَافُ أَنْ يَقَعَ عَلَيْهِ، وَإِنَّ الْفَاجِرَ يَرَى ذُنُوْبَهُ كَذُبَابٍ مَرَّ عَلَى أَنْفِهِ فَقَالَ بِهِ هَكَذَا

Maksudnya : Seorang mukmin memandang dosa-dosanya seakan-akan dia duduk di bawah sebuah gunung yang ditakutkan akan jatuh menimpanya. Sementara seorang pendosa memandang dosa-dosanya seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya di mana dia cukup mengibaskan tangannya untuk mengusir lalat tersebut.

 

Muslimin dan muslimat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 24 surah al-Isra’ :

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا ﴿٢٤

Maksudnya : Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua ibubapa kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

Hari raya juga hari menyebarkan kasih sayang di mana dalam kehidupan kita ada 2 hubungan yang wajib dijaga iaitu pertama hubungan kita sebagai hamba dengan Allah dengan menunaikan segala suruhan dan menjauhi segala laranganNya. Keduanya hubungan kita sesama manusia bermula dengan penghormatan kepada ibubapa dan seterusnya mengambil berat tentang ahli masyarakat yang lain. Jangan jadi hubungan kita dengan ibubapa yang masih hidup sebagaimana sebahagian masyarakat barat yang renggang sehingga terpaksa dibuat hari ibu atau hari bapa. Malah ada ibubapa yang mewasiatkan harta pusaka untuk binatang kesayangan akibat hilang sikap bertanggungjawab anak terhadap ibubapa

Kewajipan  ibu dan bapa untuk mendidik anak-anak dengan perasaan penuh kasih dan sayang dan menerapkan nilai kebaikan, kecintaan, dan kasih sayang sesama ahli masyarakat supaya kita dapat membina tali persaudaraan sesama kita dengan seutuh yang mungkin. Jangan biarkan pada hari raya dan hari-hari lain anak-anak disibukkan dengan gajet dan rancangan televisyen berbanding melayani tetamu yang datang atau menziarahi sanak saudara. Akibat sikap tidak ambil berat menyebabkan anak-anak kita tidak kenal waris dan sanak saudara sendiri

Di sudut yang lain kita dapat menyaksikan bagaimana manusia yang dibesarkan dalam keadaan tidak ada kasih sayang, tidak mendapat penghargaan, tidak menerima pujian atau tidak dilayan dengan baik, lebih cenderung untuk bertindak kasar, tidak menyayangi sesama insan, tidak mempedulikan orang lain, malah mereka ini akan lebih dekat dengan perbuatan jahat.

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ أَوْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ-  رواه البخاري ومسلم

Maksudnya : Sesiapa yang suka untuk dimurahkan rezekinya, dan dipanjangkan umurnya, maka hubungkanlah silaturrahim

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Firman Allah dalam ayat 31 surah al-A’araf :

يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ ﴿٣١

Maksudnya : Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.

Antara adab berhari raya yang ditunjukkan oleh nabi s.a.w ialah memakai pakaian cantik. Islam tidak anti kecantikan sebaliknya begitu menggalakkan umatnya untuk sentiasa berpakaian cantik asalkan patuh syariat dengan menutup aurat dan tidak menonjol bentuk tubuh badan. Baru-baru ini negara dihebohkan dengan suatu istilah baru “dehijabbing” yang membawa maksud proses membuka tudung bagi seorang wanita muslimah yang merupakan salah satu daripada proses pembebasan diri daripada cengkaman agama. Sebenarnya Islam telah lama membebaskan manusia dengan pembebasan dalam erti kata sebenar dan bukan sekadar momokan “bebas” namun akhirnya menjadi hamba kepada dunia dan seisinya.

Polemik pakaian sentiasa berlaku sehingga timbulnya suara sumbang yang mempertikai tindakan undang-undang terhadap pemakaian tidak senonoh dan dedah aurat atas alasan menganggu hak asasi manusia.  Sedangkan ketika ada pekerja muslimat yang dibuang kerja kerana bertudung, larangan pramugari untuk menutup aurat tidak pula dikatakan menyekat hak asasi manusia. Kita tidak menolak hak asasi, tetapi yang  kita tolak ialah hak asasi versi Barat yang memberi kebebasan mutlak kepada manusia tanpa batas. Sedangkan Islam telah lama dan terlebih dahulu memberikan hak asasi kepada manusia tetapi hak tersebut perlu ada hadnya.

Perkara yang perlu diberi perhatian juga termasuk ketika menyambut hari raya iaitu menjauhi sikap suka berkongsi dosa seperti gambar dedah aurat, tulisan mengumpat, mencaci melalui media sosial Whatsap, Facebook dan sebagainya. Bayangkan dosa kita terus berjalan walau pun kita sedang solat, tidur apatah bila kita berada dalam kubur nanti akibat gambar dan tulisan berdosa itu terus dikongsi atau dilihat oleh orang ramai. Allah murka golongan yang berbangga dengan dosa

أَبُو هُرَيْرَةَ يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ : كُلُّ أَمَّتِى مُعَافًى إِلاَّ الْمُجَاهِرِينَ ، وَإِنَّ مِنَ الْمَجَانَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلاً ، ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ ، فَيَقُولَ يَا فُلاَنُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا ، وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللهِ عَنْهُ” .- رواه البخاري  ومسلم.

Maksudnya : Setiap umatku akan mendapat ampunan, kecuali mujahirin (orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa). Dan yang termasuk terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang berbuat (dosa) pada malam hari, kemudian pada pagi hari dia menceritakannya, padahal Allah telah menutupi perbuatannya tersebut, di mana dia berkata, ‘Hai Fulan, malam tadi aku telah berbuat begini dan begitu.’ Sebenarnya pada malam, Tuhannya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi pada pagi harinya dia menyingkap perbuatannya sendiri yang telah Allah tutupinya.

 

Muslimin dan muslimat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 37 surah an-Nuur :

رِجَالٌ لَّا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَن ذِكْرِ اللَّـهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ ۙ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالْأَبْصَارُ ﴿٣٧

Maksudnya : (Ibadat itu dikerjakan oleh) pemuda-pemuda yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.

Tarbiah Ramadhan begitu penting dalam melahirkan golongan pemuda yang memilik jatidiri supaya pelapis kepada kepimpinan negara dari golongan yang taqwa. Antara punca hilangnya jatidiri daripada pemuda Islam ialah kurang ilmu dan penghayatan dengan ilmu agama, keruntuhan institusi keluarga, pengaruh rakan sebaya serta kurang pengawalan dan penapisan media

Oleh itu perlu kesungguhan dan usaha berterusan dalam membina jatidiri pemuda Islam antaranya mendidik dengan cara hidup beragama sejak umur kanak-kanak lagi termasuk bab solat, puasa. Mendekatkan remaja dengan masjid kerana kejayaan menarik seramai mungkin anak muda ke masjid pasti menjanjikan kesan yang baik kepada masyarakat begitulah sebaliknya. Orang dewasa terutama ibubapa mesti menunjuk teladan yang baik dalam menjaga adab untuk dicontohi. Seterusnya pendidikan sepanjang hayat sehingga ibubapa yang meninggal dunia dahulu atau anak yang meninggal barulah proses pendidikan selesai. Jangan beri alasan anak telah besar atau telah berumahtangga maka ibubapa berhenti daripada memberi didikan dan nasihat kepada anak-anak

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Firman Allah dalam ayat 57 surah al-Ahzab :

إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا مُّهِينًا

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang melakukan perkara yang tidak diredai Allah dan RasulNya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina

Ramadhan mendidik diri kita untuk sentiasa rapat dengan al-Quran di mana kita wajib menjadikan al-Quran sebagai panduan utama dalam menyelesaikan segala urusan dunia dan akhirat kita. Antaranya perlu kesungguhan dalam memartabatkan hukum al-Quran dalam kehidupan. Sehubungan dengan ini  kita menyokong penuh Hukuman rejam sampai mati untuk penzina yang telah berkahwin , seks sejenis dan penghina nabi Muhammad s.a.w di Brunei yang bermula 3 April lalu. Semoga hukuman ini turut dapat dilaksanakan di negara kita terutama dalam menghentikan penghinaan terhadap Islam dan nabi Muhammad s.a.w yang terus kedengaran silih berganti terutama daripada golongan liberal, anti Islam dan sebagainya.

Begitu juga hukuman Islam dapat mengendur suara lantang golongan songsang LGBT termasuk isu kenyataan pejuang LGBT dalam memfitnah JAKIM dalam suatu persidangan UNHRC di Geneva dengan menuduh beberapa program anjuran JAKIM ke arah mengembalikan golongan terbabas ke landasan sepatutnya dikatakan mempunyai unsur keganasan. Oleh itu bukan tugas kita untuk memberi hak kepada LGBT sebaliknya golongan ini wajib dirawat untuk kembali kepada fitrah untuk selamat dunia dan akhirat. Islamlah nescaya kita mulia dan bahagia dunia akhirat

Firman Allah dalam ayat 82-83 surah Huud :

فَلَمَّا جَاءَ أَمْرُنَا جَعَلْنَا عَالِيَهَا سَافِلَهَا وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهَا حِجَارَةً مِّن سِجِّيلٍ مَّنضُودٍ ﴿٨٢﴾ مُّسَوَّمَةً عِندَ رَبِّكَ ۖ وَمَا هِيَ مِنَ الظَّالِمِينَ بِبَعِيدٍ ﴿٨٣

Maksudnya : Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu. Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka), dan Ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

 

 

KHUTBAH KEDUA

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ

Firman Allah dalam ayat 64 surah al-Anfaal :

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَىٰ كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّـهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللَّـهِ ۚ فَإِن تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ﴿٦٤

Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah”. Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam”.

 

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah

Islam adalah agama yang begitu cinta kepada perdamaian. Malah ketika merujuk sirah nabi maka peperangan yang berlaku akibat diserang dan pencerobohan musuh. Oleh itu tuduhan bahawa Islam agama yang menganjur keganasan adalah tersasar daripada kebenaran. Dunia menyaksikan bagaimana selepas serangan 11 September 2001I musuh Islam memainkan senjata Islamofobia  yang merujuk kepada prasangka buruk dan diskriminasi terhadap Islam, penganutnya dan organisasi Muslim, khususnya yang berjuang untuk menegakkan semula politik Islam. Islamofobia sebagai rasa takut dan benci terhadap Islam, lalu membawa kepada permusuhan terhadap orang Islam yang berpegang kepada ajaran Islam. Islamofobia kini bersifat ideologi sesat terhadap Islam, sehinggalah mencetuskan kepada amalan mendiskriminasikan orang Islam dengan mengasingkan mereka daripada kegiatan politik, ekonomi, sosial dan kehidupan masyarakat.

 

Kita bimbang tragedi tembakan oleh pengganas di 2 masjid di New Zeland pada Jumaat pertengahan Mac lepas yang mengorbankan 50 nyawa termasuk seorang remaja warga Malaysia akibat daripada rasukan Islamofobia

Tindakan proaktif perlu diambil bagi membendung sikap Islamophobia ini. Sesi penerangan dan pendidikan sama ada menerusi dialog atau perdebatan perlu dilakukan oleh umat Islam kepada masyarakat bukan Islam yang berada di dunia Barat mengenai ajaran sebenar yang dibawa oleh Islam. Masyarakat Barat harus diberitahu untuk menghentikan sebarang kaitan Islam dengan aktiviti keganasan.

 

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,

Laungan kalimah ( وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ)  yang bermaksud : Dan Dialah (Allah) yang telah memenangkan tenteraNya serta mengalahkan tentera Ahzab di mana kalimah ini menyemarakkan semangat jihad dan keyakinan bahawa Islam pasti menang walau pun diserang dan dimusuhi.  Rasa simpati wajib ada dalam diri kita kepada saudara seagama yang sedang berdepan dengan musibah peperangan termasuk di Syria, Iraq, Yaman, Afghanistan, Myanmar, Uyghur China, Palestin dan lain-lain. Jangan biarkan keseronokan berhari raya menyebabkan kita menutup mata, memekak telinga daripada turut merasai penderitaan saudara seagama

Isu Palestin sendiri pernah mencatatkan bagaimana David Ben-Gurion, Perdana Menteri pertama Israel pernah mengerahkan tentera Yahudi untuk mengepung Masjidil Aqsa sambil beliau menyampaikan ucapan kepada hadirin dalam penuh rasa kebencian (ke atas ummat Islam dan rakyat Palestin) serta mengakhiri teks ucapannya dengan mengatakan: “Kami dah pun menakluk Al Quds (Al-Aqsa) dan sekarang kami dalam perjalanan ke Yathrib(Madinah).”

Begitu juga Golda Meir Bekas Perdana Menteri keempat zionis Israel pernah berkata dengan bongkaknya selepas mereka berjaya merampas Al-Quds: “Aku dapat mencium bau nenek moyangku di (Madinah dan Hijaz) dan itu adalah negara kami yang kami bakal merampasnya kembali.”

Kenyataan biadap pemimpin zionis ini sepatutnya membangkitkan rasa tanggungjawab bersama dalam membebaskan Masjidil Aqsa.   Hentikan zionis Yahudi daripada terus bermaharajalela di segenap ceruk rantau dan yakinlah kita dengan kemenangan Islam dan kemerdekaan Aqsa adalah suatu ketetapan Allah

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Selamat hari raya Aidil Fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan ziarahilah sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan. Rebutlah peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa 6 hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w :

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ          ( رواه مسلم )

Maksudnya  : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.

اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ  وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ  وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى Myanmar وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا  اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ .اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Ijtima’ Pondok SeMalaysia 2019 di Madinah Ramadhan, Kota Bharu 23 Mei ini

Daurah Kitab oleh Baba Ismail Sepanjang Sempena Ijtima’ Pondok SeMalaysia 2019