• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib Khutbah

  • ekhutbah Audio MP3

  • Tetamu Online

  • Pengurusan Blog

Sayangi Pencinta nabi Muhammad s.a.w Perangi Penghina nabi – Edisi Pdf

Sayangi Pencinta nabi Muhammad s.a.w Perangi Penghina nabi

Sayangi Pencinta nabi Muhammad s.a.w Perangi Penghina nabi

الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 31 surah Ali ‘Imran :
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Cinta adalah ungkapan yang sering diucapkan. Kalimah cinta menggambarkan perasaan sangat sayang terhadap sesuatu atau seseorang sama ada antara suami dan isteri; ibu dan anak; sesama kaum keluarga serta kaum kerabat. Cinta itu bukan sekadar tumbuh subur di dalam jiwa bahkan suatu tindak tanduk yang dapat diukur melalui tingkah laku seseorang. Sebagai Muslim, kita tidak dapat lari daripada membicarakan perasaan kasih dan sayang kepada Allah SWT dan juga rasul-Nya Nabi Muhammad SAW. Baginda diutuskan kepada manusia untuk membimbing mereka ke jalan yang benar melalui tunjuk ajar dan tindak tanduknya.
Mari kita renungkan sifat cinta Rasulullah SAW kepada umatnya. Baginda dikurniakan Allah SWT sebagai seorang insan yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya. Kasih sayang Rasulullah s.a.w kepada umatnya begitu tinggi sehingga baginda memperjuangkan Islam hingga sampai kepada kita walau pun banyak sekali ujian, ancaman, kesulitan hingga ancaman kematian terhadap baginda. Namun begitu baginda tetap memperjuangkan Islam hingga kita mampu merasai kemanisan Islam ini. Tanda cinta Nabi SAW turut dapat dilihat dari sikap prihatinnya terhadap umatnya di padang Mahsyar kelak. Tatkala manusia gementar berhadapan penghakiman Allah SWT terhadap setiap amalan, Baginda SAW merayu kepada Allah SWT supaya umatnya diringankan beban dan dilepaskan daripada seksa api neraka.
Baginda bukan risaukan isteri, keluarga, kaum kerabat, sahabat baginda sebaliknya amat risaukan umatnya.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
قال الرسول: وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لاَ يُؤْ مِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُوْنَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَلِدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ – متفق عليه
Maksudnya:Demi jiwaku ditanganNya! Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihinya daripada anaknya, bapanya sendiri dan sekalian manusia
Persoalannya, apakah bentuk cinta yang perlu kita buktikan terhadap Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian? Antara syarat yang perlu ada untuk menjadi umat Muhammad SAW yang sempurna ialah tanamkan perasaan cinta dan kasih yang begitu ikhlas dan tinggi kepada Nabi SAW.
Perasaan ini perlu dipupuk dan disuburkan dalam jiwa kita serta ahli keluarga sepanjang masa melebihi segala-galanya. Jika rasa cinta pada Nabi SAW tidak subur dalam jiwa, maka ini menyebabkan kita tiada usaha dan semangat menghayati dan mencontohi cara hidup baginda dalam kehidupan seharian.
Sanggup mempertahankan kemuliaan Nabi Muhammad SAW daripada difitnah sama ada secara fizikal atau kata-kata. Umat yang cintakan Nabi SAW akan sanggup mempertahankan kemuliaan Nabinya daripada difitnah.
Contohilah Zaid bin Harithah yang sanggup mempertaruhkan nyawanya demi mempertahankan Nabi SAW daripada dicederakan oleh penduduk Thaif semasa melaksanakan seruan dakwah terhadap masyarakat di bandar itu.
Hayatilah cintanya sahabat seperti Talhah bin Ubaidillah dan Abu Dujanah yang sanggup menjadikan tubuh mereka sebagai perisai untuk melindungi Nabi SAW daripada terkena anak panah musuh dalam peperangan Uhud.
Sanggupkah kita mempertahankan kemuliaan Nabi SAW dan ajarannya dengan fizikal dan lidah seperti mana dilakukan oleh sahabat Baginda.
Mempertahankan sunah Nabi Muhammad SAW. Umat yang cintakan Nabi SAW sanggup mempertahankan sunah nabinya. Mereka menjadikan cara kehidupan seharian Baginda sebagai ikutan dan cara hidup.
Para sahabat dan pejuang Islam sanggup memperjuangkan semua bentuk ajaran rasulnya bahkan berusaha keras membanteras segala larangan rasul-Nya. Mereka bukan sahaja sanggup mengorbankan harta malah sanggup mempertaruhkan nyawa dalam mempertahankan nabi s.a.w dan Islam
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 57 surah al-Ahzab :
إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا مُّهِينًا
Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang melakukan perkara yang tidak diredai Allah dan RasulNya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina
Minggu ini negara dipanaskan dengan suatu isu seorang lelaki bukan Islam yang menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saidatina Aisyah, menerusi laman sosial Facebook di mana dia kini ditahan polis setelah ratusan laporan polis dibuat di seluruh negara bagi membantah tindakan bacul dan jijik tersebut. Kita begitu mengharapkan agar suatu tindakan tegas diambil bagi mengelakkan perkara yang sama berulang lagi pada masa akan datang. Jangan hanya tahan kemudian bebas seperti isu muballigh Kristian sebelum ini. Ini bukan suatu tuntutan yang berat sebelah dan kejam sebaliknya negara Malaysia di mana Islam adalah agama negara sepatutnya lebih berani daripada Eropah dalam bertindak terhadap pelampau yang menghina nabi s.a.w. Kita dapat saksikan bagaimana suatu deklarasi Mahkamah Eropah 2018 yang berlangsung di Austria mengambil suatu ketetapan bahawa sesiapa sahaja yang menghina nabi Muhammad s.a.w dalam bentuk perkataan atau media maka ia bukan lagi menjadi kebebasan sebaliknya menjadi suatu kesalahan yang boleh dihukum termasuk penjara.
Al-Quran menjelaskan kepada kita bagaimana betapa beratnya azab bagi merka yang menghina nabi s.a.w. Imam Ibn Katsir menyebut dalam tafsir: “Allah menjauhkan golongan yang menghina Allah dan rasulNya daripada Rahmat-Nya di dunia dan di akhirat dan menjanjikan mereka di akhirat nanti azab yang menghinakan dan kekal di dalam azab itu selama-lamanya.”
Syeikh al-Maraghi: “Terdapat sesetengah manusia menyakiti Rasul-Nya seperti orang yang mengatakan Rasulullah SAW itu seorang penyair, ahli nujum, orang gila, dan banyak lagi kata-kata yang menyakitkan Baginda. Sesiapa yang menyakiti Rasul bererti dia menyakiti Allah SWT; dan sesiapa yang mentaati Rasul bererti dia mentaati Allah SWT. Allah SWT menjauhkan mereka daripada rahmat dan nikmat-Nya ketika di dunia lagi. Maksudnya, Allah SWT menjadikan mereka terus berada dalam kesesatan dan menjadikan mereka gembira melakukan kesesatannya itu. Kesesatan ini bakal menyeret mereka ke dalam neraka, sebagai tempat yang amat buruk; kemudian mereka akan dilaknat ketika ketika di akhirat nanti dengan memasukkan mereka ke dalam neraka yang membakar tubuhnya.”
Syeikh al-Maraghi turut menjelaskan: “Menyakiti Rasulullah SAW selepas kewafatannya, sama seperti menyakitinya semasa hayatnya. Keimanan kepada Baginda akan menghalang orang mukmin daripada melakukan perbuatan yang akan menyakiti Baginda. Ini adalah dosa dan kederhakaan yang paling besar.”

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Daripada Ibn Abbas RA, dia menceritakan:
أنَّ أَعْمَى كَانَتْ لَهُ أمُّ وَلَدٍ تَشْتُمُ النبيَّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ وَتَقَعُ فِيهِ فَيَنْهَاهَا فَلَا تَنْتَهِي وَيَزْجُرُهَا فَلَا تَنْزَجِرُ قَالَ فَلَمَّا كَانَتْ ذَاتَ لَيْلَةٍ جَعَلَت تَقَعُ في النَّبيِّ صَلَّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَتَشْتُمُهُ فَأَخَذَ المِغْولَ سَيْفٌ قَصِيرٌ فَوَضَعَهُ فِي بَطْنِهَا وَاتَّكَأ عَلَيْهَا فَقَتَلَهَا فَوَقَعَ بَيْنَ رِجْلَيْهَا طِفْلٌ فَلَطَّخَتْ مَا هُنَاكَ بِالدَّمِ فَلَمَّا أَصْبَحَ ذُكِرَ ذَلِكَ لِرَسُولِ اللّهِ صَلَّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَمَعَ النَّاسَ فَقَالَ أَنْشُدُ اللّهَ رَجُلًا فَعَل مَا فَعَل لِي عَلَيْه حَقٌّ إِلَّا قَامَ فَقَامَ الأَعْمَى يَتَخَطَّى رقَابَ النَّاسِ وَهُوَ يَتَزَلْزلُ حَتَّى قَعَدَ بَيْنَ يَدَي النبيِّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُوْلَ اللّهِ أَنَا صَاحِبُهَا كَانَتْ تَشْتُمُكَ وَتَقَع فِيْكَ فَأَنْهَاهَا فَلَا تَنْتَهِي وَأَزجرُهَا فَلَا تَنْزَجِرُ وَلي مِنْهَا ابْنَان مثلُ الُّلؤْلُؤَتَينِ وَكَانَت بِي رَفِيْقَة فَلَمَّا كَانَتْ الْبَارِحَةُ جَعَلَت تَشْتُمُكَ وَتَقَعُ فِيْكَ فَأَخَذْتُ المِغْولَ فَوَضَعْتُهُ فِي بَطْنِهَا وَاتَّكأْتُ عَلَيْهَا حَتَّى قَتَلْتُهَا فَقَالَ النبيُّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ ألا اشهَدوا أنَّ دمَها هَدَرٌ – رواه أبو دأود
Maksudnya: “Seorang lelaki buta mempunyai Ummu Walad yang menghina Nabi SAW dan ia benar-benar telah melakukannya (penghinaan). Lelaki tersebut telah melarang dan mengancamnya namun ia tidak berhenti dan lelaki tersebut terus melarangnya namun wanita tersebut tidak mengendahkan larangan tersebut. Ibn Abbas meneruskan lagi: Pada suatu malam, wanita itu kembali mencela Nabi SAW, maka lelaki tersebut mengambil sebilah pisau yang tajam dan meletakkanya di perut wanita tersebut lantas menikamnya. Lelaki tersebut telah membunuhnya sementara antara dua kaki wanita tersebut lahir seorang bayi dalam keadaan wanita tersebut berlumuran darah. Apabila tiba waktu pagi, kejadian tersebut diceritakan kepada Nabi SAW, lalu baginda SAW mengumpul orang ramai dan bersabda: “Aku bersumpah kepada Allah SWT atas seorang lelaki, dia telah melakukan sesuatu perbuatan kerana aku dan dia adalah benar (perbuatannya)”. Kemudian lelaki buta itu melangkah di antara manusia hingga dia duduk di hadapan Rasulullah SAW. Dia berkata: “Wahai Rasulullah, aku adalah suaminya akan tetapi dia (wanita ini) telah mencela dan menghinamu. Aku telah melarangnya dan mengancamnya tetapi dia tetap tidak berhenti atau mengendahkannya. Daripadanya aku telah dikurniakan 2 orang anak yang merupakan permata, isteriku sangat sayang kepadaku. Namun, semalam dia telah mencelamu dan menghinamu, lalu aku mengambil pisau dan aku letakkan di perutnya lantas aku menikamnya sehingga meninggal. Nabi SAW bersabda : “Ketahuilah bahawa darah wanita ini adalah sia-sia (halal untuk dibunuh).”
Betapa beratnya hukuman dan balasan kepada mereka yang menghina, mencaci dan menjatuhkan maruah Rasulullah SAW termasuk Nabi-Nabi yang lain termasuk bunuh. Oleh itu, amat perlu kita berhati-hati daripada mengeluarkan apa-apa kenyataan dan pendapat yang menunjukkan betapa hinanya Rasulullah SAW kerana itu boleh membawa kepada kekufuran dan kemurkaan Allah SWT.
Menghina nabi s.a.w lebih teruk daripada menghina pemimpin negara sebagaimana yang digambar oleh tindakan yang dilakukan oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz
Terdapat sebuah atsar daripada Abd al-Hamid bin Abd al-Rahman bin Zaid bin al-Khattab, sesungguhnya beliau berada di Kufah mewakili Umar bin Abdul Aziz. Maka beliau telah menulis kepada Umar bin Abdul Aziz: “Aku mendapati seorang lelaki telah mencelamu di Kufah dan telah terbukti bahawa dia benar-benar telah mencelamu, maka aku ingin membunuhnya atau memotong kedua tangannya atau memotong lidahnya atau menyebatnya, akan tetapi aku terfikir untuk merujuk kepadamu terlebih dahulu berkenaan perkara ini.” Maka Umar bin Abdul Aziz menulis kembali kepada beliau: “Salam sejahtera ke atasmu, Demi Allah yang diriku berada di tangan-Nya, jika engkau membunuhnya maka aku akan membunuhmu disebabkan olehnya, jika engkau memotongnya maka aku akan memotongmu disebabkan olehnya, jika engkau menyebatnya maka aku akan menariknya daripada engkau. Apabila engkau menerima perutusanku ini maka keluarlah engkau dengannya ke al-Kunasah (tempat pembuangan sampah) maka engkau celalah dia sebagaimana dia mencelaku atau engkau memaafkannya kerana itu lebih aku suka. Ini kerana, tidak halal membunuh seorang muslim yang mencela salah seorang daripada manusia melainkan seseorang itu mencela Rasulullah SAW.”
Penghinaan terhadap nabi Muhammad s.a.w adalah suatu jenayah yang berat. Umat yang beriman pasti berasa sensitif bila ia berlaku dengan segera bangkit bertindak dengan sedaya upaya termasuk berkorban nyawa. Hanya umat yang lemah iman yang memandang isu ini adalah remeh temeh. Sayangi nabi Muhammad s.a.w, Hayati sunnahnya, kasihi pencinta nabi s.a.w dan perangi penghina nabi
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Audio 194 – Murabbi Memimpin Ummah Sejahtera

Murabbi Memimpin Ummah Sejahtera – Edisi Pdf

Murabbi Memimpin Ummah Sejahtera

مربي مميمفين أومة سجهترا

Murabbi Memimpin Ummah Sejahtera

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ!! الحَمْدُ للهِ  القَائِلِ فِى كِتَابِهِ الكَرِيْمِ : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُوا فِي الْمَجَالِسِ فَافْسَحُوا يَفْسَحِ اللَّـهُ لَكُمْ ۖ وَإِذَا قِيلَ انشُزُوا فَانشُزُوا يَرْفَعِ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ ۚ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ﴿١١

أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ .أَمَّا بَعْدُ

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 9 surah Az-Zumar:

أَمَّنْ هُوَ قَانِتٌ آنَاءَ اللَّيْلِ سَاجِدًا وَقَائِمًا يَحْذَرُ الْآخِرَةَ وَيَرْجُو رَحْمَةَ رَبِّهِ ۗ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ ﴿٩

Maksudnya : “(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? “Katakanlah lagi (kepadanya): “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.

Islam mewajibkan atas umatnya untuk belajar ilmu agama dan melaksanakannya dalam seluruh aspek kehidupan seterusnya menyebar luaskannya kepada anggota masyarakat agar keindahan Islam dapat dilihat dan dirasai. Kelangsungan dakwah Islam tertegak atas ilmu, kejayaan pembinaan tamadun sepadu antara kerohanian dan kebendaan juga tertegak atas ilmu. Maju dan mundurnya sesuatu bangsa dan negara bergantung kepada kekuatan ilmu. Penerusan budaya ilmu dan pengamalan kepada ilmu perlu kepada murabbi sebagai pembimbing yang bukan sahaja mengajar malah menunjuk teladan yang terbaik. Ibarat suatu syair Arab yang berbunyi :

لَوْ لَا المُرَبِّي مَاعَرَفْتُ رَبِّيْ

Maksudnya : Tanpa murabbi nescaya daku tidak mengenali Tuhanku

Mimbar hari ini akan mengupas khutbah bertajuk : Murabbi Memimpin Ummah Sejahtera

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 2 surah al-Jumuat:

هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِّنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِن كَانُوا مِن قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ ﴿٢

Maksudnya : Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.

Murabbi dalam Islam membawa maksud yang luas melebihi tahap muallim. Konsep Murabbi merujuk kepada pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari. Justeru, Murabbi lebih menumpukan penghayatan sesuatu ilmu, sekaligus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Oleh itu, tugas “Muallim” banyak berlegar di “akal” tetapi tugas Murabbi berlegar di “hati”.

Bila berbicara berkenaan murabbi maka kita sebagai umat beriman kepada Allah dan rasulNya sudah pasti meyakini bahawa Murabbi Agong ialah nabi Muhammad s.a.w itu sendiri. Antara tugas nabi Muhammad s.a.w sebagai murabbi yang mesti dicontohi dan diikuti oleh umat Islam ialah menggerakkan 3 tugas utama sebagaimana yang disebut oleh Allah dalam ayat 2 surah al-Jumaat iaitu:   PERTAMA – Membacakan ayat-ayat Allah yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya.  Matlamat dalam melahirkan masyarakat yang boleh membaca al-Quran tidak akan tercapai tanpa usaha yang bersungguh dan berterusan daripada setiap lapisan masyarakat bermula daripada ibubapa sehinggalah pemimpin negara. Al-Quran menjadi ubat mujarrab dalam menyembuh penyakit rohani dan jasmani. Jauhnya umat daripada al-Quran akan membawa kepada merebaknya pelbagai masalah termasuk aqidah, akhlak dan jiwa

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ، يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ، وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ، إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمِ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ، وَمَنْ بَطَّأَ بِهِ عَمَلُهُ، لَمْ يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُهُ

Maksudnya: “Dan tidaklah satu kaum itu berkumpul di rumah-rumah Allah (masjid) sambil membaca al-Quran dan mempelajarinya sesama mereka melainkan turunnya ketenangan kepada mereka, diliputi oleh rahmat Allah serta malaikat mengerumuninya dan Allah menjadikan makhluk-makhluk yang berada di sisi-Nya menyebut-nyebut mereka. Dan barangsiapa yang amalnya perlahan, maka nasabnya tidak dapat mengangkat darjatnya itu”. [Riwayat Muslim (2699)]

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah

Firman Allah dalam ayat 13 surah Luqman:

وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّـهِ ۖ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ ﴿١٣

Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa dia memberi nasihat kepadanya:” Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”.

Tugas nabi Muhammad s.a.w sebagai Murabbi Agong yang KEDUA pula membersihkan manusia daripada aqidah yang sesat. Kemiskinan ilmu menyebabkan umat Islam mudah terkeliru dan dipesongkan oleh pelbagai ideologi atau fahaman yang menyeleweng seperti Liberal, Plurel dan sebagainya. Peranan ibubapa menjadi asas kepada kefahaman anak-anak berkaitan aqidah yang benar sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan. Kecuaian ibu bapa dalam memandu dan mendidik anak-anak mereka dengan pendidikan yang baik, atas alasan kesibukan ibu bapa dan menyerahkan sepenuhnya kepada guru telah menyebabkan kerugian masa yang sangat berharga bersama anak-anak. Oleh itu, institusi kekeluargaan perlu dibangunkan dan dijadikan utama dalam komuniti agar ibubapa merasai kepentingan dan tanggungjawab dalam mendidik anak-anak

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّهُ كَانَ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا مِنْ مَوْلُودٍ إِلَّا يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ وَيُنَصِّرَانِهِ وَيُمَجِّسَانِهِ

Maksudnya: “Tidaklah dilahirkan seorang anak itu melainkan dia lahir dalam keadaan fitrah. Maka kedua  ibubapanya yang bertanggugjawab meyahudikannya atau menasranikannya atau memajusikannya”. [Riwayat Muslim, no. Hadith 4805]

Tugas murabbi yang KETIGA iaitu mengajarkan umat dengan kitab Allah dan hikmat pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syariat agama. Kefahaman mendalam berkenaan syariat Islam yang menyeluruh akan melahirkan umat yang begitu cinta dalam mengamalkan sistem ekonomi, sosial, politik dan sebagainya berteraskan Islam. Akhirnya lahir umat Islam yang Aqidah kukuh, pengamal syariat yang amanah dan disempurnakan lagi dengan memiliki sifat mahmudah terpuji seperti ikhlas, menunaikan hak kepada ahlinya, menunai janji disamping menghindari segala sifat mazmumah tercela seperti riak, takabbur, suka menipu, menyebar fitnah, mengkhianati amanah dan sebagainya

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ: عَلَيْكُمْ بِالصِّدْقِ، فَإِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِي إِلَى الْبِرِّ، وَإِنَّ الْبِرَّ يَهْدِي إِلَى الْجَنَّةِ، وَمَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَصْدُقُ، وَيَتَحَرَّى الصِّدْقَ، حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ صِدِّيقًا، وَإِيَّاكُمْ وَالْكَذِبَ، فَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الْفُجُورِ، وَإِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ، وَمَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَكْذِبُ، وَيَتَحَرَّى الْكَذِبَ، حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ كَذَّابًا. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.

Maksudnya : Hendaklah kalian selalu berlaku jujur, karena kejujuran membawa kepada kebaikan, dan kebaikan mengantarkan seseorang ke Surga. Dan apabila seorang selalu berlaku jujur dan tetap memilih jujur, maka akan dicatat di sisi Allâh sebagai orang yang jujur. Dan jauhilah oleh kalian berbuat dusta, karena dusta membawa seseorang kepada kejahatan, dan kejahatan mengantarkan seseorang ke Neraka. Dan jika seseorang senantiasa berdusta dan memilih kedustaan maka akan dicatat di sisi Allâh sebagai pendusta [Riwayat al-Bukhâri (no. 6094) ; Muslim (no. 2607)]

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 79 surah Ali Imran:

مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُؤْتِيَهُ اللَّـهُ الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُوا عِبَادًا لِّي مِن دُونِ اللَّـهِ وَلَـٰكِن كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنتُمْ تَدْرُسُونَ ﴿٧٩

Maksudnya : Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian dia tergamak mengatakan kepada orang ramai: “Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah”. Tetapi (sepatutnya ia berkata): “Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya

Tugas sebagai murabbi yang ditinggalkan oleh nabi Muhammad s.a.w tidak terhenti dengan kewafatan baginda sebaliknya ia diteruskan sehingga qiamat. Kita mesti menjadikan manhaj rabbani dalam mendidik umat manusia untuk melakukan suatu amal dengan niat yang benar dan mengharapkan keredhaan Allah. Pendidikan yang menghubungkan kehidupan seorang hamba dengan Allah, misalnya dalam masalah keimanan, peribadatan, cinta kepada Allah, berakhlak yang baik. Imam  Al-Tabari menafsirkan “rabbaniyyin” sebagai mereka yang menghimpunkan ilmu yang lahir dari mata hati dengan politik serta pembangunan masyarakat di samping mengislah urusan dunia dan akhirat mereka. Imam Al-Tabari turut menambah bahawa golongan rabbani juga bukan hanya dalam kalangan mereka yang berilmu, bahkan mereka memainkan peranan mengelola kehidupan manusia, seperti pemimpin yang mentadbir urusan manusia secara adil dan tidak berlaku zalim

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 110 surah Ali ‘Imran :

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم ۚ مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ ﴿١١٠

Maksudnya : Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik

Mengakhiri khutbah pada hari ini, khatib ingin menyeru sidang Jumaat sekalian untuk sama-sama menghayati intipati khutbah yang telah disampaikan iaitu:

Pertama: Nabi Muhammad s.a.w adalah Murabbi Agong yang wajib dijadikan contoh teladan yang bukan terhenti dalam bidang pendidikan dan dakwah sahaja malah meliputi pentadbiran negara dengan menegakkan keadilan sistem Islam yang menyeluruh
Kedua: Setiap diri kita mesti memiliki sifat murabbi yang memainkan peranan dan fungsi yang sangat penting dalam membangunkan peradaban dan kemajuan sesebuah negara dan bangsa.
Ketiga: Semua pihak bermula daripada pemimpin di atas hingga rakyat biasa di bawah perlu berganding bahu dalam memartabatkan kerja dakwah dan amar makruf nahi mungkar untuk lahir sebagai umat yang terbaik sebagaimana yang pernah dicapai oleh umat berjaya sebelum kita

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Audio 193 – Jati Diri Ummah DiMiliki Islam DiJulang Tinggi

Jati Diri Ummah DiMiliki Islam DiJulang Tinggi – Edisi Pdf

Jati Diri Ummah DiMiliki Islam DiJulang Tinggi

Jati Diri Ummah DiMiliki Islam DiJulang Tinggi

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  30 surah Fussilat :

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّـهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ ﴿٣٠

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu

Sifat Istiqamah membawa maksud tetap atau berpendirian teguh atas kebenaran. Secara umumnya, berpegang pada aqidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah atau berpaling tadah walau apa jua keadaan.  Istiqamah merupakan daya kekuatan yang diperlukan sepanjang hayat manusia dalam melaksanakan tuntutan Islam, mulai daripada amalan hati, amalan lisan dan anggota tubuh badan.  Segala amalan samada fardu ain atau fardu kifayah memerlukan istiqamah.

Ibnu ‘Abbâs RA dan Qatâdah RH berkata, “Maksud Istiqmah, berlaku luruslah dalam melaksanakan hal-hal yang diwajibkan.” Abu Bakar RA menafsirkan firman Allah( ثُمَّ اسْتَقَامُوْا) “dengan mengatakan, ”Mereka adalah orang-orang yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu pun.”

Qâdhi ‘Iyâdh RH mengatakan, “Mereka mentauhidkan Allah dan beriman kepada-Nya kemudian berlaku lurus, tidak menyimpang dari tauhid, dan selalu iltizâm atau konsisten dalam melakukan ketaatan kepada-Nya sehingga mereka meninggal dunia

Imam al-Qusyairi RH berkata, “Istiqâmah adalah sebuah darjat, dengannya berbagai urusan menjadi sempurna dan berbagai kebaikan dan keteraturan mampu diraih. Sesiapa yang tidak istiqâmah dalam keperibadiannya maka dia akan sia-sia dan gagal. Istiqâmah tidak akan mampu dilakukan kecuali oleh orang-orang yang berjiwa besar, kerana dia keluar dari hal-hal yang dianggap lumrah, meninggalkan adat kebiasaan, dan berdiri di hadapan Allah dengan jujur.”

Imam an-Nawawi RH pula mengatakan, ”Para ulama menafsirkan istiqâmah dengan ” لُزُوْمُ طَاعَةِ اللهِِ ” ertinya tetap konsisten dalam ketaatan kepada Allah.”

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 16 surah al-Jin :

وَأَن لَّوِ اسْتَقَامُوا عَلَى الطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَاهُم مَّاءً غَدَقًا ﴿١٦

Maksudnya : (Nabi Muhammad diwahyukan menerangkan lagi): “Dan bahawa sesungguhnya! Kalaulah mereka (manusia dan jin) itu berjalan betul di atas jalan (Islam), sudah tentu Kami (akan memberikan mereka sebab-sebab kemewahan, terutama) menurunkan hujan lebat kepada mereka

Perjuangan dalam hidup manusia amat luas dan berbeza-beza. Perjuangan yang suci di redhai Allah tidak terlepas daripada cabaran terutamanya perjuangan menegakkan Islam sama ada dalam diri, dalam keluarga dan dalam masyarakat.  Cabaran itu hanya akan dapat di atasi oleh semangat jihad yang tinggi, beristiqamah, bersabar dan tidak berputus asa. Istiqamah bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan oleh seseorang itu,tidak ramai yang mampu untuk melaksanakan istiqamah ini dalam kehidupan seharian.  Terdapat 3 syarat dalam Istiqamah iaitu [1] adalah Niat dengan memasukkan dalam hati untuk beristiqamah. Teguhkan dan ajarkan hati untuk berniat melakukan perkara-perkara baik setiap hari. Ini kerana setiap amalan itu bermula dengan niat dan kita akan diberi ganjaran bersandarkan niat kita. Syarat ke-[2] adalah mengurangkan pilihan dalam membuat amalan. Memang lumrah manusia sekiranya berhadapan dengan banyak pilihan tugasan, dia akan membuat pilihan yang paling ringan atau mudah sahaja. Maka utamakanlah perkara-perkara yang ‘utama’ dalam membuat amalan. Elakkanlah memilih benda yang ringan sahaja, tetapi pilihlah yang paling utama. Jangan tunggu ikhlas baru hendak beramal sebaliknya beramallah sehingga ikhlas. Jangan tunggu tua baru hendak beramal sebaliknya beramallah sampai tua. Jangan tunggu pencen baru nak datang masjid atau belajar ilmu agama sebaliknya datanglah masjid dan belajar hingga terus istiqamah sampai mati. Jangan banyak beri alasan untuk menjadi makmum belakang imam waktu hidup agar tidak menyesal setelah tubuh terbujur kaku depan imam sebagai jenazah. Jangan malu tutup aurat agar bila dibalut kain kafan baru nak menyesal yang tiada guna. Jangan beri alasan tiada masa untuk membaca al-Quran agar kita tidak menyesal bila Quran tidak mahu memberi syafaat bila berada di akhirat kelak

Seterusnya syarat ke-[3] adalah memperbanyakkan Doa. Doa itu senjata bagi orang-orang beriman, ia adalah permohonan atau pengucapan seorang hamba dilakukan secara langsung dengan Allah SWT dan setiap rintihan yang dimohon didengar oleh Allah SWT. Allah SWT tidak suka kepada hambaNya yang tidak pernah memanjatkan doa.

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 139 surah Ali ‘Imran :

وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ ﴿١٣٩

Maksudnya : Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.

Kita wajib lahir sebagai umat yang istiqamah dalam amal ibadat, pelaksana tuntutan agama dalam keluarga, masyarakat dan Negara untuk Berjaya dunia seterusnya akhirat. Betapa sedih rasanya jika menatap realiti umat Islam dewasa ini. Mereka diselimuti oleh kemiskinan agama, akhlak dan kebendaan. Ramai telah dijangkiti virus kecintaan secara berlebih-lebihan terhadap dunia dan takut mati. Mereka berbuat zalim kerana miskin iman. Mereka sering melakukan tindakan bertentangan dengan Islam akibat miskin ilmu. Umat Islam yang sepatutnya menjadi khairu ummah iaitu umat terbaik akhirnya menjadi mainan di tangan kaum kafir dan musyrik. Keberadaan kaum Muslimin belum berhasil menjadikan diri mereka gambaran Al-Quran yang berjalan secara kukuh yang boleh disaksikan orang lain. Bahkan, mereka adalah manusia-manusia yang memiliki kelayakan untuk dijajah. Jadi, bukanlah musuh yang terlalu kuat untuk dihadapi, tetapi umat Islam sendiri yang kehilangan jati diri Islam dan ruh jihad.

Umat Islam hari ini bukanlah pahlawan ilmu pengetahuan, sekalipun al-Quran memberikan perintah pertama kali, iqra’ (bacalah). Umat Islam hilang rasa sensetif berkaitan aqidah sehingga memandang kecil isu murtad dan ramai yang tenggelam dengan fahaman liberal, menyamaratakan agama, Umat Islam tidak menjadi orang yang berlapang dada dan bersungguh dalam menyelesai masalah, sekalipun kita sentiasa membaca surah Asy-Syura. Akhirnya umat Islam hanya banyak bermesyuarat tetapi tindakannya kosong malah apa yang lebih malang timbulnya slogan kita bersatu untuk tidak bersatu seperti kezaliman terhadap umat Islam di Palestin, Syria tidak mampu dihentikan walau pun Negara sekelilingnya adalah milik umat Islam. Umat Islam hilang kekuatan dalam aspek persiapan ketenteraan, sekalipun al-Quran dan hadis nabi memerintahkan untuk mempersiapkan kekuatan sehingga bukan sahaja aurat umat Islam ditelanjang, maruah dihina malah nyawa dibunuh sesuka hati tanpa pembelaan.

Umat Islam bagaikan hilang kekuatan dalam menguasai ekonomi, sekalipun surah al-Jumuaah menekankan agar umat Islam bertebaran di muka bumi dalam membina kekuatan ekonomi. Umat islam terus menjadi pengguna dan pembeli setia kepada barangan bukan Islam. Oleh itu sama-sama kita contohi sikap yang pernah ditunjuk oleh Sayyidina Uthman bin Affan RH yang berusaha bersungguh-sungguh membeli telaga milik seorang Yahudi yang menjadi antara sumber air utama sehingga umat Islam di Madinah terpaksa membeli air dengan harga yang mahal daripada Yahudi tersebut. Akhirnya Yahudi itu sanggup menjual separuh telaganya iaitu dengan cara bergilir sehari telaga itu bawah Sayydina Uthman dan hari yang lain bawah kawalan Yahudi itu. Pada hari telaga itu di bawah jagaan Sayydina Uthman maka umat Islam akan mengambil air secara percuma dengan kadar kegunaan untuk 2 hari yang menyebabkan pada hari telaga itu di bawah kawalan Yahudi tidak ada yang datang membeli airnya. Akhirnya Yahudi itu bertindak menjual seluruh telaga itu kepada Sayyidina Uthman sehingga umat Islam tidak lagi bergantung kepada Yahudi itu untuk mendapat air. Oleh itu usaha dalam melahirkan lebih ramai usahawan, barangan dan pasaraya milik umat Islam wajib digandakan agar umat Islam tidak lagi terlalu bergantung kepada orang bukan Islam disamping sikap sesetengah pengusaha bukan Islam yang mempermainkan isu halal haram dapat dibanteras

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 8 surah al-Mumtahanah :

لَّا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Maksudnya : Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Islam menerima hakikat hubungan kemanusiaan bermasyarakat majmuk dan madani, bersempadankan akidah dan syariat yang memelihara hubungan kemanusiaan, bersikap positif terhadap semua kebaikan dan kebijaksanaan daripada semua pihak tanpa meninggalkan Islam diutamakan dan memimpin serta menjadi petunjuk yang wajib ditegakkan mengatasi yang lain daripadanya dan disampaikan mesejnya kepada seluruh manusia. Islam adalah penyelesaian yang wajib ditegaskan menjadi akidah perjuangan berkonsepkan Rabbani dan berwawasan dunia akhirat. Umat Islam wajib istiqamah atau konsisten menegakkan Islam yang sempurna tanpa paksaan terhadap pihak yang lain. Wala’ untuk tunduk kepada Islam memimpin dan bersatu di bawahnya adalah wajib dan haram berwala’ kepada bukan Islam. Namun diizinkan bertahaluf dan berkerjasama dengan bukan Islam dalam titik persamaan yang tidak terkeluar daripada kewajipan menegakkan Islam sehingga berdaulat, bertujuan menyampaikan Islam kepada semua pihak dengan pelaksanaannya yang menyeluruh. Jangan atas alasan kerjasama menyebabkan hak umat Islam dan umatnya dilanggar dan dirobek atas nama kebebasan beragama dan asasi. Sebaliknya kuatkan pelaksanaan Islam sehingga orang Islam dan bukan Islam dapat merasai keadilan dan kehebatan system Islam. Manusia biasanya memusuhi apa yang mereka tidak faham berkenaannya. Oleh itu perjelaskan Islam bukan menyembunyikannya atas alasan bimbang orang bukan Islam takut dan membencinya. Umat Islam sendiri wajib yakin dengan Islam dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakannya bukannya kita sendiri yang menghina agama sendiri dan mempertahan orang yang menentang Islam. Islamlah nescaya kita mulia dan Berjaya dunia akhirat

Firman Allah dalam ayat 85 surah Ali ‘Imran

وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ ﴿٨٥

Maksudnya : Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ