• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3

  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,986,459 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 40,367 other followers

  • Advertisements

Sifat Munafiq DiJauhi Islam DiJulang Tinggi Kemuliaan DiMiliki


السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  1-3   surah al-Munafiqun :

إِذَا جَاءَكَ الْمُنَافِقُونَ قَالُوا نَشْهَدُ إِنَّكَ لَرَسُولُ اللَّـهِ ۗ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ إِنَّكَ لَرَسُولُهُ وَاللَّـهُ يَشْهَدُ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَكَاذِبُونَ ﴿١﴾ اتَّخَذُوا أَيْمَانَهُمْ جُنَّةً فَصَدُّوا عَن سَبِيلِ اللَّـهِ ۚ إِنَّهُمْ سَاءَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ﴿٢﴾ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ آمَنُوا ثُمَّ كَفَرُوا فَطُبِعَ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ فَهُمْ لَا يَفْقَهُونَ ﴿٣﴾ ‌

Maksudnya : Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: “Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau – sebenar-benarnya Rasul Allah”. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta. Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.  (Perbuatan buruk) yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, maka dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah)

Antara surah yang nabi Muhammad s.a.w gemar membacanya dalam solat Jumaat ialah surah al-Munafiqun. Surah ini banyak membongkarkan tentang sifat dan perancangan jahat golongan munafiq dalam mengkhianati Islam dan umatnya. Oleh itu kita semua wajib menjauhkan diri kita daripada memiliki sifat golongan munafiq agar kita berjaya dunia dan akhirat. Kita wajib yakin dengan Islam serta sanggup mempertahankan Islam dan umatnya daripada dinodai, dihina apatah lagi dikhianati. Kita juga diminta supaya berdoa agar dijauhkan daripada sifat munafiknya

قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ : إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَدْعُو : ” اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ النِّفَاقِ ، وَسُوءِ الأَخْلاقِ

Maksudnya : Ya Allah! Aku berlindungan dengan Engkau daripada sifat munafik dan akhlak buruk  ( HR Abu Nu’aim)

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Ketika kita membaca surah al-Baqarah lagi maka didapati pada awal surah al-Baqarah di mana Allah menyebutkan 3 golongan manusia iaitu: [1] Golongan Mukmin [2] Golongan Kafir dan [3] Golongan Munafik

Allah menjelaskan pada ayat-ayat dalam permulaan surah al-Baqarah tentang busuknya hati orang-orang munafik dan permusuhan mereka kepada golongan Mukmin. Berikut adalah antara sifat-sifat golongan munafik:

[1] Suka berbuat kerosakkan tetapi mendakwa sebagai orang yang melakukan perkara baik sebagaimana Firman Allah dalam ayat 11-12 surah al-Baqarah:

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ قَالُوا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ (١١) أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ الْمُفْسِدُونَ وَلَكِنْ لَا يَشْعُرُونَ

Maksudnya : Apabila dikatakan kepada mereka : “Janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi.” Maka mereka berkata : “Kami hanyalah orang-orang yang melakukan kebaikan.” Ketahuilah, mereka adalah golongan yang melakukan kerosakan tetapi mereka tidak menyedarinya.”

[2] Orang-orang yang sangat bodoh tetapi mengaku pandai sebaliknya menuduh orang yang mahu menegakkan Islam sebagai bodoh sebagaimana ayat Firman Allah dalam ayat 13 surah al-Baqarah:

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ ءَامِنُوا كَمَا ءَامَنَ النَّاسُ قَالُوا أَنُؤْمِنُ كَمَا ءَامَنَ السُّفَهَاءُ أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاءُ وَلَكِنْ لَا يَعْلَمُونَ

Maksudnya : Apabila dikatakan kepada mereka : “Berimanlah kamu (yakni percayalah kamu kepada janji Allah dan agama Islam) sebagaimana orang-orang lain telah beriman.” Mereka menjawab : “Adakah kami perlu percaya sebagaimana orang-orang yang bodoh itu telah percaya?” Jawab Allah : Ingatlah sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh tetapi mereka tidak tahu.”

[3] Orang-orang yang menipu Allah sebagaimana ayat Firman Allah dalam ayat 15 surah al-Baqarah:

اللَّهُ يَسْتَهْزِئُ بِهِمْ وَيَمُدُّهُمْ فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ

Maksudnya : Allah akan (membalas) olok-olokan mereka dan membiarkan mereka terombang-ambing dalam kesesatan mereka itu.”

[4] Orang yang Islam hanya pada zahirnya tetapi tidak pada hatinya.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat  64 – 66 Surah at-Taubah:

يَحْذَرُ الْمُنَافِقُونَ أَن تُنَزَّلَ عَلَيْهِمْ سُورَةٌ تُنَبِّئُهُم بِمَا فِي قُلُوبِهِمْ ۚ قُلِ اسْتَهْزِئُوا إِنَّ اللَّهَ مُخْرِجٌ مَّا تَحْذَرُونَ • وَلَئِن سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ ۚ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ  لَا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُم بَعْدَ إِيمَانِكُمْ

Maksudnya : Golongan munafiqin itu takut akan diturunkan ke atas mereka suatu surah yang mendedahkan apa yang tersembunyi di dalam hati mereka. Katakanlah “Teruskan ejekan-ejekanmu. Sesungguhnya Allah akan menyatakan apa yang kamu takuti itu” • Dan jika kamu nyatakan kepada mereka (berkenaan ejekan mereka), tentulah mereka akan menjawab “Sesungguhnya kami hanyalah bergurau dan main-main sahaja” Katakanlah apakah dengan Allah dan RasulNya pun kamu buat gurauan? • Tidak perlu kamu meminta maaf kerana kamu telah pun kafir setelah beriman

Surah lain yang menyebut sifat munafik ialah Surah at-Taubah terutama melalui ayat 64 hingga ayat 66 di mana Allah menjelaskan berkaitan dengan perilaku golongan munafiq yang menghina Nabi SAW. Golongan munafiq sewenang-wenangnya memperlekeh Nabi SAW. Allah melancarkan cabaran supaya mereka meneruskan tabiat jelek mereka hingga isi hati mereka yang bencikan Islam itu terdedah. Golongan munafiq suka bermain-main dengan agama. Apabila ditanya mengapa mulut mereka lancang memperlekeh urusan agama? Lantas dengan selamba mereka menjawab kononnya perlekehan tersebut hanyalah senda gurau. Allah mengancam bahawa gurauan seumpama itu menyebabkan iman mereka terbatal. Malah golongan munafiq menuduh Nabi menabur Janji Palsu. Antaranya Allah merakamkan dialog golongan munafiq melalui ayat 12 surah al-Ahzab:

وَإِذْ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ وَالَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ مَّا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ إِلَّا غُرُورًا

Maksudnya : Dan ketika golongan munafiqin & orang yang hatinya berpenyakit berkata “Apa yang dijanjikan oleh Allah dan Rasulnya kepada kami, hanyalah tipu daya belaka” Nabi SAW yang bersifat benar dan amanah, tiba-tiba didakwa kononnya sebagai orang yang memungkiri janjinya. Ternyata, ia merupakan tabiat golongan munafiqin seperti yang telah didedahkan oleh al-Quran.

Kita sebagai umat beriman wajib berpegang bahawa Sifat Wajib Bagi Nabi iaitu

[1] Sidiq iaitu Benar maka Mustahil Nabi menipu apatah lagi memungkiri janji.

[2]Amanah iaitu Jujur maka Mustahil Nabi mengkhianati hak Allah dan hak manusia.

 

[3] Fathonah iaitu Cerdik maka Mustahil Nabi berperilaku bodoh kerana panduan wahyu mencerdikkan sesiapa yang mengikutinya.

[4] Tabligh iaitu Menyampaikan maka Mustahil Nabi menyembunyikan ajaran Islam atau mewariskan ajaran Islam secara tidak sempurna.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 93 surah an-Nisa’ :

وَمَن يَقْتُلْ مُؤْمِنًا مُّتَعَمِّدًا فَجَزَاؤُهُ جَهَنَّمُ خَالِدًا فِيهَا وَغَضِبَ اللَّـهُ عَلَيْهِ وَلَعَنَهُ وَأَعَدَّ لَهُ عَذَابًا عَظِيمًا ﴿٩٣

Maksudnya : Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka kepadanya, dan melakanatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.

Ketika berbicara dengan isu kajian terhadap hukum bunuh maka Islam telah menjelaskan bagaimana tujuan hukum qisas maka keluarga mangsa boleh mendapat ganti rugi untuk meneruskan kehidupan kerana yang telah mati itu tidak akan hidup kembali tetapi kehidupan keluarga mangsa tetap perlu diteruskan. Qisas adalah satu-satunya bentuk hukuman yang boleh menyelamatkan manusia seluruhnya daripada bahaya pembunuhan yang bertambah-tambah dari semasa ke semasa. Suatu pembunuhan tidak diikuti oleh pembunuhan lain atau ganti rugi akan menyebabkan timbulnya perasaan dendam.

Pembunuhan terbaru dengan pemergian Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang menjadi mangsa dalam tragedi rusuhan di hadapan kuil Sri Maha Mariamman. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya, diampunkan segala dosa-dosanya dan ditempatkan di kalangan para syuhada dan orang yang soleh. Kita menjadi saksi pengakhiran hidupnya yang baik sehingga terkorban nyawa demi menyelamatkan dan menjaga keharmonian negara. Namun Allah lebih menyayangi dirinya dan lebih mengetahui hikmah disebaliknya. Kepada kaum keluarga dan sahabat sepasukan, banyakkan bersabar dan tabah dalam menghadapi ujian yang perit ini. Ingatlah, dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali. Semoga penjenayah yang melakukan perbuatan kejam ini diadili dengan segera

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 109 surah an-Nisa’ :

وَدَّ كَثِيرٌ مِّنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُم مِّن بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِّنْ عِندِ أَنفُسِهِم مِّن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ ۖ فَاعْفُوا وَاصْفَحُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّـهُ بِأَمْرِهِ ۗ إِنَّ اللَّـهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿١٠٩

Maksudnya : Ramai di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Pada hari Jumaat yang mulia ini, di atas mimbar yang mulia ini maka marilah kita sama-sama mengutuk kekejaman terhadap umat Islam Uighur menjangkau 10 juta orang berbanding 22 juta rakyat di Xinjiang.  Pemimpin negara China melancarkan dakyah propaganda ‘membanteras keganasan’ untuk menghukum umat Islam Uighur. Laporan PBB mendedahkan kira-kira  sejuta umat Islam Uighur telah ditahan di sebuah kem tahanan rahsia dan masjid-masjid di Xinjiang telah dimusnahkan. Umat Islam ditahan dikem dianggap sebagai pesakit mental, dipaksa murtad dan didoktrin dengan ideologi komunis. Inilah baru betul diskriminasi yang berlaku. Angkatlah tangan-tangan kita untuk berdoa kepada Allah agar kekejaman terhadap saudara seagama kita yang sedang ditindas dapat dihentikan segera dan keadilan dapat dikembalikan. Hidupkah hati kita yang masih boleh bergelak ketawa ketika saudara kita dibunuh sesuka hati. Boleh tidur nyenyakkah kita ketika rumah saudara kita dibakar dan dimusnah. Selesakah untuk menjamu selera ketika tubuh saudara kita dimamah peluru musuh Islam. Sempurnakah iman kita tidak merasa apa-apa dengan penderitaan saudara yang sedang menjerit derita. Tepuklah dada tanyalah iman kita

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: