• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3

  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,989,233 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 40,643 other followers

  • Advertisements

Khutbah Audio 190 – Hak Allah DiNobat Negara Berkat Umat Selamat

Advertisements

Hak Allah DiNobat Negara Berkat Umat Selamat – Edisi Pdf

Hak Allah DiNobat Negara Berkat Umat Selamat

Hak Allah DiNobat Negara Berkat Umat Selamat

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  11   surah at-Taghabun :

مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّـهِ ۗوَمَن يُؤْمِن بِاللَّـهِ يَهْدِ قَلْبَهُ ۚ وَاللَّـهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ ﴿١١﴾ ‌

Maksudnya : Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu

Kini kita di negeri sebelah Pantai Timur sedang memasuki musim tengkujuh di mana sudah ada beberapa tempat yang sedang dilanda banjir. Hujan itu adalah suatu rahmat daripada Allah. Namun, apabila ia turun terlalu lebat dan banyak atau turun terus menerus sehingga mengakibatkan banjir besar, maka sudah tentu ianya suatu bentuk ujian dan dugaan yang didatangkan daripada Allah. Jika yang terjadi adalah hujan yang begitu lebat atau hujan yang tidak kunjung henti di tempat kita, maka kita boleh meminta pada Allah untuk mengalihkan hujan tersebut ke tempat yang lebih manfaat dengan mengamalkan doa yang terdapat di dalam Al-Quran dan diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Antaranya pernah nabi s.a.w berdoa:

اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلاَ عَلَيْنَا، اللَّهُمَّ عَلَى الآكَام وَالظِّرَابِ، وَبُطُونِ الأَوْدِيَةِ، وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ- رواه البخاري ومسلم .

Maksudnya : “Ya Allah!, turunkanlah hujan di sekitar kami dan janganlah ditimpakan bencana ke atas kami. Ya Allah, turunkannya di dataran tinggi, bukit-bukit, lembah-lembah serta tempat tumbuhnya pokok-pokok”.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat  30  surah as-Syura:

وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ ﴿٣٠

Maksudnya : Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.

Antara tindakan kita sebagai umat yang beriman apabila diuji dengan sesuatu musibah iaitu :

[1] Segera ambil tindakan disertai muhasabah seperti jika sakit segera berubat

[2] Tetap berfikiran positif dan jangan sama sekali berburuk sangka kepada Allah dengan musibah apapun yang dialami apatah lagi menyalahkan takdir

[3] Jangan mengeluh dan mencela Musibah sebab musibah dalam banyak keadaan menjadi pilihan Allah dalam menjadikan diri kita menjadi hamba yang lebih baik dan ia juga suatu cara pengampunan dosa dan membawa kebaikan-kebaikan lainnya.

قال النبي : عَجَبًا ِلأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ لَهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَلِكَ ِلأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ، إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْراً لَهُ – رواه مسلم

Maksudnya : Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin, semua urusannya adalah baik baginya. Hal ini tidak didapatkan kecuali pada diri seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka yang demikian itu merupakan kebaikan baginya. Sebaliknya apabila tertimpa kesusahan, dia pun bersabar, maka yang demikian itu merupakan kebaikan baginya.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 12-13 surah ar-Ra’du :

هُوَ الَّذِي يُرِيكُمُ الْبَرْقَ خَوْفًا وَطَمَعًا وَيُنشِئُ السَّحَابَ الثِّقَالَ ﴿١٢﴾ وَيُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلَائِكَةُ مِنْ خِيفَتِهِ وَيُرْسِلُ الصَّوَاعِقَ فَيُصِيبُ بِهَا مَن يَشَاءُ وَهُمْ يُجَادِلُونَ فِي اللَّـهِ وَهُوَ شَدِيدُ الْمِحَالِ ﴿١٣

Maksudnya : Dia lah yang memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir), dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Dia yang menjadikan awan tebal yang berat (dengan air).  Dan Dia lah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya. Dan Dia lah juga yang menghantarkan petir, lalu Ia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakinya Dan mereka yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul) mengenai perkara yang berhubung dengan Allah (dan kuat kuasaNya) Padahal Dia Amat keras azab seksanya.

Umat yang beriman kepada Allah pasti yakin bagaimana setiap apa yang berlaku telah diatur oleh Allah dengan kuasa dan kehendakNya. Allah telah melantik malaikat untuk menjalankan tugas dengan teratur samada berbentuk membawa nikmat atau azab. Ini dijelas lagi oleh nabi s.a.w dalam banyak hadis antaranya

قال النبي : ِإذَا قَضَى اللَّهُ الأَمْرَ فِي السَّمَاءِ ضَرَبَتِ الْمَلاَئِكَةُ بِأَجْنِحَتِهَا خُضْعَانًا لِقَوْلِهِ، كَأَنَّهُ سِلْسِلَةٌ عَلَى صَفْوَانٍ-رواه البخاري

Maksudnya: “Apabila Allah menetapkan suatu arahan di langit, para malaikat mengibas-ngibaskan sayapnya, kerana patuh akan arahan tersebut, firman yang didengarnya itu bagaikan gemerincing rantai besi (yang ditarik) di atas batu rata. Perkara ini memekakkan mereka (sehingga jatuh pengsan kerana ketakutan). Mereka patuh pada arahan Allah, melakukan apa yang diarahkan kepada mereka.

Dalam akidah Islam, jumhur ulama menegaskan bahawa malaikat tidak melakukan kesilapan. Pandangan ini dinyatakan oleh al-Qadi Iyyad dan al-Imam al-Suyuti. Mereka berhujah dengan 2 ayat daripada al-Quran iaitu ayat 6 Surah al-Tahrim dan ayat 27 Surah al-Anbiya’ yang menggambarkan sifat malaikat itu menerima arahan dan tidak melakukan kesilapan. Malaikat itu disifatkan sebagai makhluk yang sangat taat pada Allah serta tidak melakukan kesilapan dan dosa. Sekiranya malaikat melakukan kesilapan, barangkali berlaku kesilapan mengambil nyawa orang yang belum tiba ajalnya, wahyu barangkali diutus pada orang yang salah, bahkan catatan amalan kita juga mungkin boleh tersilap.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 178-179 surah al-Baqarah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِصَاصُ فِي الْقَتْلَى ۖ الْحُرُّ بِالْحُرِّ وَالْعَبْدُ بِالْعَبْدِ وَالْأُنثَىٰ بِالْأُنثَىٰ ۚ فَمَنْ عُفِيَ لَهُ مِنْ أَخِيهِ شَيْءٌ فَاتِّبَاعٌ بِالْمَعْرُوفِ وَأَدَاءٌ إِلَيْهِ بِإِحْسَانٍ ۗ ذَٰلِكَ تَخْفِيفٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَرَحْمَةٌ ۗ فَمَنِ اعْتَدَىٰ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَلَهُ عَذَابٌ أَلِيمٌ ﴿١٧٨﴾ وَلَكُمْ فِي الْقِصَاصِ حَيَاةٌ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ﴿١٧٩

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman “Qisas” (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya.  Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa.

Umat Islam yang tidak terpengaruh dengan fahaman sekuler atau liberal pasti akan mengakui bahawa tiada system politik, ekonomi, social yang lebih baik dan adil daripada Islam. Agama dalam Islam ialah panduan hidup berdasarkan wahyu Allah. Kebenaran membabitkan kewujudan rohani dan ukhrawi yang disampaikan oleh Rasul. Islam juga menawarkan sistem kehidupan dan hukum-hakam yang sesuai untuk individu serta awam. Dengan kata lain, agama dalam Islam bukan sekadar masalah peribadi seperti dipegang sebahagian tradisi agama lain, tetapi merangkumi soal kemasyarakatan. Kesan negatif akibat keutamaan diberikan terhadap kebebasan individu berbanding komuniti hanya melahirkan masyarakat yang mementingkan diri dan mengabaikan perasaan orang lain. Terlalu menjaga hak kebebasan seperti kebebasan bersuara menyebabkan timbul pelbagai masalah yang menjurus kepada sikap tidak bertoleransi terhadap bangsa dan agama hingga berlaku fitnah agama.

Ketika berbicara dengan isu kajian terhadap hukum bunuh dan sebat maka Islam telah menjelaskan bagaimana tujuan hukum qisas maka keluarga mangsa boleh mendapat ganti rugi untuk meneruskan kehidupan kerana yang telah mati itu tidak akan hidup kembali tetapi kehidupan keluarga mangsa tetap perlu diteruskan. Qisas adalah satu-satunya bentuk hukuman yang boleh menyelamatkan manusia seluruhnya daripada bahaya pembunuhan yang bertambah-tambah dari semasa ke semasa. Suatu pembunuhan tidak diikuti oleh pembunuhan lain atau ganti rugi akan menyebabkan timbulnya perasaan dendam.

Pembunuhan terbaru dengan pemergian Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang menjadi mangsa dalam tragedi rusuhan di hadapan kuil Sri Maha Mariamman. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya, diampunkan segala dosa-dosanya dan ditempatkan di kalangan para syuhada dan orang yang soleh. Kita menjadi saksi pengakhiran hidupnya yang baik sehingga terkorban nyawa demi menyelamatkan dan menjaga keharmonian negara. Namun Allah lebih menyayangi dirinya dan lebih mengetahui hikmah disebaliknya. Kepada kaum keluarga dan sahabat sepasukan, banyakkan bersabar dan tabah dalam menghadapi ujian yang perit ini. Ingatlah, dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali. Semoga penjenayah yang melakukan perbuatan kejam ini diadili dengan segera

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 109 surah an-Nisa’ :

وَدَّ كَثِيرٌ مِّنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُم مِّن بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِّنْ عِندِ أَنفُسِهِم مِّن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ ۖ فَاعْفُوا وَاصْفَحُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّـهُ بِأَمْرِهِ ۗ إِنَّ اللَّـهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿١٠٩

Maksudnya : Ramai di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Sikap musuh Islam tidak akan berpuas hati dengan umat Islam sehingga kita sanggup menjadi kuda tunggangan kepada mereka. Renungi kenyataan Sultan Brunei ketika ditekan oleh barat kerana melaksanakan hukum Islam : “Mengapa tidak kamu risaukan anak-anak kamu yang ditembak di sekolah-sekolah kamu, penjara kamu yang gagal menempatkan orang-orang yang tertuduh, kadar ketinggian jenayah, kadar bunuh diri dan pengguguran bayi yang tinggi dan apa-apa yang patut dirisaukan di sana. Banyak agama yang menentang LGBT sedangkan kamu membiakkannya. Tidak salahkah membenarkan senjata-senjata membunuh, tidak salahkah membenarkan bayi yang belum lahir dibunuh, tidak salahkah membenarkan gaya hidup yang membawa pada AIDS dan kerencatan pada generasi baru?. Mengapa terlalu risaukan tentang apa yang terjadi di Brunei sedangkan kamu tidak pun membuka mata tentang apa yang berlaku di Syria, Bosnia, Rohingnya, Palestin dan lain-lain. Ribuan terbunuh di sana dan kamu masih tidak peduli, tiada seorang pun yang terbunuh di sini di bawah Undang-undang Syariah dan kamu kecoh menggembar-gemburkannya, walaupun penduduk di sini yang secara langsung terkesan darinya, menerimanya dengan aman”.

Pada hari Jumaat yang mulia ini, di atas mimbar yang mulia ini maka marilah kita sama-sama mengutuk kekejaman terhadap umat Islam Uighur menjangkau 10 juta orang berbanding 22 juta rakyat di Xinjiang.  Pemimpin negara China melancarkan dakyah propaganda ‘membanteras keganasan’ untuk menghukum umat Islam Uighur. Laporan PBB mendedahkan kira-kira  sejuta umat Islam Uighur telah ditahan di sebuah kem tahanan rahsia dan masjid-masjid di Xinjiang telah dimusnahkan. Umat Islam ditahan dikem dianggap sebagai pesakit mental, dipaksa murtad dan didoktrin dengan ideologi komunis. Inilah baru betul diskriminasi yang berlaku. Angkatlah tangan-tangan kita untuk berdoa agar kekejaman terhadap saudara seagama kita yang sedang ditindas dapat dihentikan segera dan keadilan dapat dikembalikan. Hidupkah hati kita yang masih boleh bergelak ketawa ketika saudara kita dibunuh sesuka hati. Boleh tidur nyenyakkah kita ketika rumah saudara kita dibakar dan dimusnah. Selesakah untuk menjamu selera ketika tubuh saudara kita dimamah peluru musuh Islam. Sempurnakah iman kita tidak merasa apa-apa dengan penderitaan saudara yang sedang menjerit derita. Tepuklah dada tanyalah iman kita

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ