• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3

  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,888,284 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 19,799 other followers

  • Advertisements

Khutbah Audio 180 – Kasih Sayang Utuh Kebahagiaan Kukuh

Advertisements

Kasih Sayang Utuh Kebahagiaan Kukuh

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  9-11 surah Huud :

وَلَئِنْ أَذَقْنَا الْإِنسَانَ مِنَّا رَحْمَةً ثُمَّ نَزَعْنَاهَا مِنْهُ إِنَّهُ لَيَئُوسٌ كَفُورٌ ﴿٩﴾ وَلَئِنْ أَذَقْنَاهُ نَعْمَاءَ بَعْدَ ضَرَّاءَ مَسَّتْهُ لَيَقُولَنَّ ذَهَبَ السَّيِّئَاتُ عَنِّي ۚ إِنَّهُ لَفَرِحٌ فَخُورٌ ﴿١٠﴾ إِلَّا الَّذِينَ صَبَرُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَـٰئِكَ لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ كَبِيرٌ ﴿١١

Maksudnya : Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur. Dan demi sesungguhnya! kalau Kami memberinya pula kesenangan sesudah ia menderita kesusahan, tentulah ia akan berkata: “Telah hilang lenyaplah dariku segala kesusahan yang menimpaku”. Sesungguhnya ia (dengan kesenangannya itu) riang gembira, lagi bermegah-megah (kepada orang ramai). Kecuali orang-orang yang sabar dan mengerjakan amal soleh maka mereka itu akan beroleh keampunan dan pahala yang besar

Nikmat Ramadhan dan Syawal yang Allah anugerahkan kepada kita antaranya untuk menyemai nilai rasa kasih sayang dalam menjamin kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. Al-Quran menyebut perkataan rahmah sebanyak 145 kali yang menunjukkan bagaimana pentingnya sifat kasih sayang dalam kehidupan. Malah pengutusan nabi Muhammad s.a.w itu sendiri untuk menyebar kasih sayang berteraskan agama bagi membasmi penindasan system yang digunapakai dalam masyarakat jahiliah sebelum ini termasuk membunuh anak perempuan hidup-hidup. Unsur dari kasih sayang antara lain : [1] Adanya saling menjaga keamanan, suasana harmoni dan saling memberi “kesenangan positif” antara satu pihak terhadap pihak lainnya. [2]  Adanya saling menghargai, toleransi, dan saling menghormati antara satu pihak terhadap pihak lainnya [3]  Adanya unsur kedekatan emosional atau perasaan [4]  Tidak adanya unsur kekerasan, penghinaan, umpatan, pemaksaan bahkan penderaan fizikal [5]  Tidak adanya unsur “pembezaan” atau “pilih kasih” antara satu pihak dengan pihak lain

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Firman Allah dalam ayat  57-58 surah Yunus :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِّمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ﴿٥٧﴾ قُلْ بِفَضْلِ اللَّـهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَٰلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُونَ ﴿٥٨

Maksudnya : Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. Katakanlah (wahai Muhammad) “kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal)”

Hilangnya sifat kasih sayang menyebabkan banyaknya berlaku jenayah dan masalah sosial. Sebulan dua ini, Negara buat sekian kalinya dicemari dengan kes jenayah seperti ibu buang anak dari tingkat 2 dalam menambah jumlah kes sedia ada seperti rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 115 kes buang bayi dilaporkan sepanjang 2017. Kes bapa saudara tikam anak saudara yang masih kecil dan terbaru bagaimana adik Adam Rayqal berusia 5 bulan disorokkan dalam bahagian peti ais di rumah pengasuhnya

Ucapan takziah kepada kedua ibubapa dan seluruh ahli keluarga mangsa. Buat ibu ayah yang diuji Allah dengan kehilangan insan kecil dalam hidup mereka agar diberikan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini dan ditempatkan anak kecil ini di dalam syurga Allah bersama-sama dengan mereka yang beruntung di sisi-Nya.

عَنْ أَبِي حَسَّانَ، قَالَ قُلْتُ لأَبِي هُرَيْرَةَ إِنَّهُ قَدْ مَاتَ لِيَ ابْنَانِ فَمَا أَنْتَ مُحَدِّثِي عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم بِحَدِيثٍ تُطَيِّبُ بِهِ أَنْفُسَنَا عَنْ مَوْتَانَا قَالَ قَالَ نَعَمْ ” صِغَارُهُمْ دَعَامِيصُ الْجَنَّةِ يَتَلَقَّى أَحَدُهُمْ أَبَاهُ – أَوْ قَالَ أَبَوَيْهِ – فَيَأْخُذُ بِثَوْبِهِ – أَوْ قَالَ بِيَدِهِ – كَمَا آخُذُ أَنَا بِصَنِفَةِ ثَوْبِكَ هَذَا فَلاَ يَتَنَاهَى – أَوْ قَالَ فَلاَ يَنْتَهِي – حَتَّى يُدْخِلَهُ اللَّهُ وَأَبَاهُ الْجَنَّةَ   – رواه مسلم

Daripada Abu Hassan, beliau berkata: Aku bertanya kepada Abu Hurairah RA: “Sesungguhnya dua anak lelaki aku telah meninggal dunia. Bolehkah engkau sampaikan apa-apa hadis daripada Rasulullah SAW yang akan melegakan diri kami atas kematian dua anak kami?” Abu Hurairah menjawab: “Ya!. Kanak-kanak itu akan menjadi anak-anak di syurga. Apabila salah seorang mereka berjumpa dengan ayahnya atau kedua ibu bapanya, dia akan memegang pakaian atau tangan ibu bapanya sebagaimana aku memegang hujung baju kalian. Dia tidak akan melepaskannya sehingga Allah memasukkannya dan ayahnya ke dalam syurga.”

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat  21 surah ar-Ruum :

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ ﴿٢١

Maksudnya : Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir

Kasih sayang dan belaian dalam kekeluargaan merupakan fitrah kehidupan yang menjadi dambaan setiap manusia. Sama ada lelaki atau perempuan, mereka memerlukan perhatian sebagai pemangkin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Namun bukan semua kemahuan dan idaman dapat dinikmati. Ada manusia yang hidup penuh dengan derita dan duka lara. Tidak kurang juga yang kehilangan kasih sayang di kala mereka amat memerlukannya daripada insan tersayang. Begitu pun ada yang tidak mensyukuri nikmat hidup dikurniakan ibu bapa dan keluarga yang penyayang. Antara perkara yang perlu dihayati dalam hidup berkeluarga untuk menyuburkan kasih sayang ialah :

[1] Sebagai ibu bapa kita berkewajipan mendidik dan memberi segala keperluan asas kehidupan anak-anak seperti makan, minum, pakaian, tempat tinggal dan juga pendidikan. Demikian juga anak-anak perlu diberikan nafkah kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya demi perkembangan anak-anak yang lebih baik untuk masa hadapan

[2] Anak-anak yang dibesarkan dengan perasaan kasih sayang serta belas kasihan akan membesar menjadi manusia yang tahu menghargai orang lain. Mereka juga akan mengasihi orang lain sebagaimana ibu bapa memberikan mereka kasih sayang ketika mereka sedang memerlukan.

[3]  Fitrah manusia di dunia ini memerlukan 5 keperluan yang asasi iaitu kasih sayang , keseronokan , kebebasan, penghargaan dan keperluan untuk hidup termasuk keselamatan. Justeru apabila manusia kehilangan salah satu daripadanya, mereka akan menghadapi masalah dalam kehidupan mereka.

[4]  Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kehidupan sosial sehingga mengabaikan kasih sayang kepada anak-anak dan keluarga, tidak akan menguntungkan diri mereka. Sebaliknya ia satu kerugian kerana anak-anak ketika itu akan mula menjauhkan diri daripada ibu bapa sebagaimana yang pernah mereka lalui tatkala mereka amat memerlukan kasih sayang.

[5]  Anak-anak yang kehilangan kasih sayang akan mencari kekurangan itu melalui pelbagai sumber yang sudah pasti berisiko. Antaranya bergantung harap kepada rakan-rakan. Andai baik teman yang dipilih maka baiklah hasilnya. Namun apabila sebaliknya, maka kita sebenarnya telah memudaratkan kehidupan mereka. Paling menakutkan apabila anak-anak ini lebih bahagia apabila menjadikan dadah dan kehidupan yang melampaui batas sebagai ganti kasih sayang yang dicari.

[6]  Anak-anak perlu bijak menarik perhatian ibu bapa dengan melakukan sesuatu yang berfaedah serta tidak bercanggah dengan kehendak Allah. Doa dan harapan yang digantungkan kepada Allah menjadi penawar kedukaan jiwa akibat kealpaan ibu bapa menjalankan tanggungjawab mengasihi mereka

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat  16-17 surah al-An’am :

مَّن يُصْرَفْ عَنْهُ يَوْمَئِذٍ فَقَدْ رَحِمَهُ ۚ وَذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْمُبِينُ ﴿١٦﴾ وَإِن يَمْسَسْكَ اللَّـهُ بِضُرٍّ فَلَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا هُوَ ۖ وَإِن يَمْسَسْكَ بِخَيْرٍ فَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿١٧

Maksudnya : Sesiapa yang dijauhkan azab daripadanya pada hari itu, maka sesugguhnya Allah telah memberi rahmat kepadanya; dan itulah kejayaan yang jelas nyata. Dan jika Allah menenimpakan engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika Dia melimpahkan engkau dengan kebaikan, maka Dia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Kasih sayang peringkat yang lebih luas ialah dari kalangan pemimpin antaranya lebih mendahulukan kewajiban terhadap rakyat, Negara dan agama daripada kepentingan peribadi. Di samping itu pemimpin mesti mempunyai rasa sosial yang tinggi sehingga dapat memastikan kekayaan Negara dikecapi semua bukan di kalangan kroni sahaja. Tanpa sifat ini menyebabkan timbulnya rasuah dan pecah amanah demi memenuhi kepentingan diri dengan mengorbankan harta Negara dan kebajikan rakyat jelata. Apa yang lebih bahaya bila kemuliaan Islam dipandang ringan termasuk memandang tuntutan LGBT, murtad, seks bebas adalah suatu yang kecil apatah lagi dipersetujui atas nama hak asasi manusia.

Begitu juga peringkat antarabangsa apa hilangnya rasa kasih sayang atas dasar iman menyebabkan nyawa, harta benda dan maruah saudara seagama yang sedang ditindas termasuk di Palestin, Syria, Yaman, Iraq, Afghanistan, Myamnar dan selainnya tidak berharga dan dipandang sebagai isu kecil dan masalah bangsa dan Negara masing-masing. Oleh itu sama-samalah kita berusaha dalam menyuburkan sifat kasih sayang berasaskan Islam untuk meraih kebahagiaan dan kemuliaan di dunia dan akhirat

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ