• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3

  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,922,125 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 38,120 other followers

  • Advertisements

Al-Quran DiJulang Umat Cemerlang Negara Gemilang


السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  3-6 surah ad-Dukhan :

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُّبَارَكَةٍ ۚ إِنَّا كُنَّا مُنذِرِينَ ﴿٣﴾ فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ ﴿٤﴾ أَمْرًا مِّنْ عِندِنَا ۚ إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ ﴿٥﴾ رَحْمَةً مِّن رَّبِّكَ ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ﴿٦

Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).(Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar). Iaitu perkara-perkara yang terbitnya dari hikmat kebijaksanaan Kami; sesungguhnya telah menjadi adat Kami mengutus Rasul. (Untuk menyampaikan) rahmat dari Tuhanmu (kepada umat manusia); sesungguhnya Allah Jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui (akan segala keadaan hamba-hambaNya)

Ramadhan dan al-Quran tidak dapat dipisahkan naka begitulah juga dengan diri kita jangan pisahkan daripada al-Quran. Kemuliaan Ramadhan berkait rapat dengan penurunan al-Quran maka begitulah hati kita bila sentiasa disirami dan dipenuhi dengan al-Quran akan membawa kepada kemuliaan diri dunia dan akhirat. Amat rugi apabila kita mampu membaca akhbar, majalah, whatsap, tonton tv, layari internet sedangkan sentiasa memberi seribu alasan untuk tidak membaca al-Quran. Betapa rugi kita mampu berbincang dan belajar ilmu dunia yang lain sedangkan sentiasa memberi pelbagai alasan untuk tidak belajar al-Quran dan memahami makna isi kandungannya. Betapa rugi manusia yang malu jika mampu menguasai Bahasa dunia yang lain terutama Bahasa Inggeris sedangkan dia tidak pernah malu kerana tidak pandai membaca al-Quran apatah lagi memahami maknanya.

Oleh itu sempena berada di bulan Ramadhan bulan al-Quran maka marilah kita sama-sama menjinak dan mendekat diri dengan al-Quran. Antara cara untuk sentiasa seronok dan bersemangat untuk membaca al-Quran ialah : [1] Pelajari dan ketahui tentang manfaat dan keutamaan membaca Al-Qur’an [2]  Buat komitmen pada diri sendiri untuk selalu Istiqomah dalam mambaca Al-Qur’an setiap hari. Yakinkan diri sendiri, bahawa tidak ada yang boleh memisahkan kita dari Al-Qur’an kecuali jika ajal sudah datang menjemput. [3] Mencari teman yang tujuannya sama di mana bila kita bersama-sama dengan orang yang sama-sama mencintai Al-Qur’an akan mendorong keinginan kita dalam membaca dan mempelajari al-Quran [4] Bergabung dengan komuniti pecinta Al-Qur’an termasuk melalui jaringan online. Jika kita boleh whatsap dan berhubung untuk perkara hiburan melalui internet maka mengapa tidak boleh untuk berbuat demikian dalam masalah belajar al-Quran [5]  Tanam rasa cinta kepada Al-Qur’an dan memiliki hasrat untuk terus mempelajari Al-Qur’an untuk kebaikan dunia dan akhirat kita

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 82 surah al-Isra’:

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا

Maksudnya : Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.

Antara keistimewaan al-Quran sebagaimana yang tersebut dalam al-Quran dan hadis nabi s.a.w ialah : [1] Al-Quran sebagai penawar hati dari penyakit syirik, nifak dan yang lainnya. Di dalam al-Qur’an ada sebahagian ayat-ayat dan surah-surah yang berfungsi untuk mengobati badan seperti surat al-Fatihah, an-Naas dan al-Falaq serta yang lainnya tersebut di dalam Sunnah. [2] Al-Quran terpelihara daripada penyelewengan berbanding kitab-kitab samawi lainnya seperti Taurat dan Injil telah banyak dirubah oleh pemeluknya sebagaimana firman Allah dalam ayat 9 surah al-Hijr :

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ

Maksudnya : Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan al-Qur’an dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya

[3] Al-Quran terjaga dari pertentangan atau percanggahan antara ayata-ayatnya.

Firman Allah dalam ayat 82 surah an-Nisaa’

أَفَلاَ يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْءَانَ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِندِ غَيْرِ اللهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلاَفاً كَثِيرًا

Maksudnya : Maka apakah mereka tidak memperhatikan al-Quran? Sekiranya al-Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapatkan pertentangan yang banyak di dalamnya

[4] Al-Quran mudah untuk dihafal berdasarkan firman Allah dalam ayat 32 surah al-Qamar:

وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْءَانَ لِلذِّكْرِ

Maksudnya : Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan al-Quran untuk pelajaran

[5] Al-Quran merupakan mu’jizat dan tidak seorangpun mampu untuk mendatangkan yang semisalnya. Allah telah mencabar kafir Quraisy untuk mendatangkan ayat seumpama al-Quran maka mereka tidak mampu. Firman Allah dalam ayat 38 surah Yunus :

أَمْ يَقُولُونَ افْتَرَاهُ قُلْ فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِّثْلِهِ

Maksudnya : Atau (patutkah) mereka mengatakan: “Muhammad merekanya (al-Quran). Katakanlah: “(Kalau benar yang kamu dakwa itu), maka cubalah datangkan sebuah surah seumpamanya … “.

[6] Al-Quran mendatangkan ketenangan dan rahmat bagi siapa saja yang membacanya,

قال النبي : مَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِينَةُ وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلاَئِكَةُ وَذَكَرَهُمُ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ – رواه مسلم

Maksudnya : Tidaklah berkumpul suatu kaum dalam suatu majlis membaca al-Quran dan mempelajarinya kecuali turun pada mereka ketenangan dan diliputi oleh rahmat dan dikerumuni oleh malaikat dan Allah akan menyebutkan mereka di hadapan para malaikatnya

[7] Al-Quran akan memintakan syafa’at kepada Allah bagi orang yang membacanya,

قال النبي : اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ – – رواه مسلم

Maksudnya : Bacalah al-Quran, kerana sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat memohonkan syafa’at bagi orang yang membacanya (di dunia)

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 89 surah an-Nahlu :

وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِّكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَىٰ لِلْمُسْلِمِينَ ﴿٨٩

Maksudnya : dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam

Al-Quran sebagai petunjuk sepanjang zaman di mana segala system yang berada dalamnya sesuai dengan fitrah manusia tanpa mengira bangsa, di mana sahaja tempat dan masa mereka berada. Oleh itu kita jangan kita terikut-ikut dengan laungan golongan Liberal dalam memahami al-Quran supaya kita tidak menjadi manusia yang sesat. Menurut golongan Islam Liberal, al-Quran perlu ditafsir semula tanpa terikat dengan tafsiran Ulama terdahulu. Tafsiran Ulama terdahulu telah jauh ketinggalan dan tidak sesuai lagi untuk zaman sekarang. Dalam mentafsir al-Quran tidak perlu terikat dengan ilmu Asbabun-Nuzul, Nasikh wal Mansukh, tafsiran Rasulullah, para Sahabat dan Ahli-ahli Tafsir terdahulu. Memadai menurut mereka tafsiran itu menepati logik akal dan rasional. Sehingga tahap yang lebih sesat golongan Liberal mendakwa Hadis tersebut bercanggah dengan al-Quran yang menyeru manusia supaya berfikir, merenung dan menggunakan akal.

Golongan liberal mempertikai Syariat Allah dan hukum-hakam fiqh dengan hujah rasional. Pada pandangan mereka hukum Syariat Islam adalah ciptaan Ulama dan Fuqaha. Oleh itu, mereka menganggap Syariat Islam tidaklah suci secara sepenuhnya dan ia terdedah kepada penilaian semula dan kritikan termasuklah Hukum-hakam Syariat yang Qatie. Antara Hukum-hakam Syariat yang menurut pandangan Liberal perlu dinilai semula ialah: Hukum bahagi pesaka yang tidak sama rata antara lelaki dan wanita;, Keharusan poligami bagi lelaki, Kewajipan bertudung kepala ke atas wanita, Hukuman bunuh ke atas orang murtad, Hukum jenayah Hudud yang menurut mereka adalah pengaruh budaya Arab Jahiliyah, Larangan wanita daripada menjadi pemimpin termasuklah dalam solat, Hak mutlak suami untuk mencerai isteri, Larangan perkahwinan antara orang Islam dan bukan Islam dan Undang-undang moral agama yang dikatakan melanggar hak asasi dan kebebasan manusia.

Golongan seperti ini bakal menggugat kesucian Islam termasuk bersekongkol dengan golongan anti Islam untuk menekan supaya dihapuskan JAKIM dan sebagainya

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ :

فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar

Sambutan Ramadhan juga sepatutnya membuka mata kita untuk lebih rasa bertanggungjawab terhadap penderitaan saudara seagama yang terus dibunuh di Myanmar, Syria, Iraq dan lain-lain. Begitu juga sempena berada hari hari Jumaat yang mulia, bulan Ramadhan yang mulia maka kita sama-sama bangkit mengutuk tindakan bacul Amerika Syarikat yang memindahkan kedutaan Negara pengganas dunia itu ke Baitul Maqdis pada 14 Mei lalu yang menambahkan lagi keganasan tentera zionis Yahudi sehingga meragut lebih daripada 100 nyawa rakyat Gaza dan beribu-ribu cedera dalam protes di bumi Palestin tanah wakaf milik seluruh umat Islam. Bangkitlah kita dengan harta hatta nyawa. Jangan biarkan saudara kita terus menderita.

Sempena berada pada bulan Ramadhan bulan dimaqbulkan doa juga marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah terutama malam Lailatul Qadar agar Allah mempermudahkan urusan pemberian royalty minyak hak rakyat Kelantan yang begitu lama dinafikan. Kita berharap kerajaan baru tidak lagi meneruskan sekatan royalty ini. Ingatlah bahawa doa orang yang dizalimi adalah doa yang mustajab

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ مُعَاذًا إِلَى الْيَمَنِ فَقَالَ اتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ فَإِنَّهَا لَيْسَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ اللَّهِ حِجَابٌ – رواه البخاري

Maksudnya :  Takutlah (berhati-hatilah) kamu terhadap doa orang yang dizalimi kerana antara doanya dan Allah tidak ada apa-apa penghalang

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: